Ayuh, bangkitlah. Saya percaya, setiap anak Pahang mempunyai darah kepahlawanan Mat Kilau, setiap anak Perak mempunyai semangat menentang penjajahan Datuk Maharajalela, setiap anak Terengganu mempunyai resam Rahman Limbung, dan akhir sekali, setiap anak Malayu mempunyai darah Jebat dalam memartabatkan keadilan. Bangkitlah bangsaku, menentang penjajah era baru, Kerajaan Penjajah. - Edy Noor Reduan
Tuesday, July 29, 2008
Tahniah YB Zulkifli. Tahniah !
Jawapan saya mudah: pengorbanan saya terlalu kecil berbanding dengan masadepan rakyat & negara.
Itulah ungkapan yang dihamburkan oleh YB Zulkifli Nordin selepas bertalu-talu ditanya mengenai pengorbanan kerusi beliau kepada DSAI. Saya terharu.
Alhamdulillah, saya amat bersyukur kita mempunyai pejuang tulin di dalam Pakatan Rakyat. Kepentingan rakyat jauh mendahului kepentingan diri. Pengorbanan YB ini memberi impak yang besar kepada keikhlasan Pakatan Rakyat dalam menuju ke puncak Putrajaya.
Kini tumpuan kita sudah jelas, aduan liwat adalah aduan palsu bagi merencatkan perjalanan DSAI untuk menumbangkan BN. Oleh demikian, DSAI seharusnya bebas dari sebarang tuduhan dalam masa terdekat ini dan sudah tentu para pejuang sedang bersiap sedia untuk menghadapi peperangan sengit yang bakal berlaku di Kulim BB.
Sebelum itu, ingin saya tampalkan di sini coretan YB Zulkifli yang memberi gambaran terhadap sambutan masyarakat di sana terhadap DSAI;
A'km to all.
Sejarah dicipta di Kulim malam semalam apabila hampir 20ribu rakyat Kulim Bandar Bharu turun di Dewan Chinese Recreation Center (CRC) untuk mendengar ucapan DSAI.
Ada yang terpaksa meletakkan kenderaan sehingga 5km jauhnya dan berjalan kaki ke Dewan CRC. Program yang dipengerusikan oleh YB Johari Abdul (Sg. Petani) dimulakan dengan ucapan YB Lim Su Nee (ADUN Kulim-Ketua Bahagian PKR KulimBB). Ini diikuti oleh ucapan YB Yakob Husin (ADUN Bandar Bharu-YDP PAS Kawasan KBB) dan YB Senator Zamri Yusof (Ketua Perhubungan PKR Kedah). Turut berucap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang (DAP) YB Prof. E.Ramasamy & Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang YB Fairuz.
Kesemua mereka mengalu-alukan kesediaan DSAI untuk bertanding dalam pilihanraya kecil sebagai langkah pertama menuju Putrajaya.
Ketibaan DSAI ke Dewan CRC diberi sambutan luar dugaan. Pukulan kompang, tarian naga & india mengiringi DSAI masuk ke dewan dengan laungan gemuruh Reformasi oleh puluhan ribu rakyat yang hadir. Waktu kemuncaknya tiba apabila DSAI mengejutkan para hadirin dengan mengumumkan bahawa "Kulim hari ini mencipta sejarah dengan melahirkan bakal Perdana Menteri Malaysia ke 6..saya Anwar Ibrahim mengumumkan bertanding di Parlimen Kulim Bandar Bharu apabila kerusi ini dikosongkan nanti..'. Pengumuman mengejutkan ini disambut sorakan hebat rakyat dengan laungan takbir & reformasi oleh hadirin semua.
Gelombang kebangkitan rakyat kembali melanda. Dalam tempoh tak berapa lama, berita pengumuman tersebut tersebar keseluruh dunia melalui web TV dan internet.
Tetiba sahaja telefon saya dihujani panggilan telefon & sms yang tak hentinya sehingga saat saya menulis ini. Ramai yang bertanya mengapa saya sanggup korbankan kerusi empuk yang telah saya duduki. Jawapan saya mudah: pengorbanan saya terlalu kecil berbanding dengan masadepan rakyat & negara.
Negara memerlukan pemimpin yang boleh memacu bukan sahaja ekonomi negara.. bahkan membawa rakyat dan negara ke ketamadunan yang hebat. Pada saya, hanya Anwar Ibrahim yang mampu berbuat demikian. Ramai juga yang tanya apa habuan yang dijanjikan kepada saya..ramai yang terkejut bila saya katakan tiada apa-apa.
Saya serahkan kepada ALLAH. Rezeki datang dari ALLAH. Insya ALLAH saya yakin pengorbanan kecil saya ini tidaklah hebat berbanding pulangan yang akan diperolehi oleh rakyat dan negara.
Moga ALLAH memberkati usaha-usaha kita yang tidak seberapa ini.
Ameen..
Adios..
Apa lagi yg boleh saya ucapkan..tahniah kerana YB boleh membuat keputusan yg sukar demi masa depan rakyat..inilah nilai sebenar pemimpin...reformasi..reformasi..reformasi..
ReplyDeleteanak jati N33.