Friday, July 11, 2008

Rakyat Percaya Atau Tidak ?

Oleh HermanSamsudeen
dibawa oleh PemudaWilayah

Usul tidak percaya yang dikemukakan oleh YB. Datin Seri Wan Azizah selaku ketua pembangkang di Parlimen semalam terhadap PM, Dollah Badawi benar-benar dinantikan oleh rakyat. Inilah kali pertama pakatan pembangkang mengemukakan usul tidak percaya kepada seorang Perdana Menteri di negara ini.

Isu bahawa usul ini ditolak oleh speaker tidak timbul kerana seluruh dunia sudah tahu bahawa sekurang-kurangnya 81 kawasan parlimen di negara ini menolak kepimpinan Dollah. Ini adalah krisis kepimpinan negara yang paling serius dalam sejarah dimana hampir separuh rakyat di negara ini sudah hilang keyakinan pada Perdana Menteri.

Usul ini pastinya memberikan satu lagi tekanan kepada kabinet Abdullah yang dilihat agak kucar kacir kebelakangan ini hinggalah Dollah sendiri gagal mengawal dan tidak tahu apa yang berlaku disekelilingnya. Fitnah tersebar dengan luasnya, permusuhan dalam dan diluar BN begitu sengit dan rakyat kini tersepit dengan janji-janji manis Dollah yang sering kali menipu rakyat.

Kenaikan harga minyak mengundang kemarahan serta menyebabkan kadar inflasi negara mencecah 7% dan bursa saham jatuh dengan mendadak hingga terpaksa digantung.

Timbalannya juga terlibat dengan pelbagai skandal jenayah dan para Menterinya juga tidak yakin memegang portfolio mereka hingga ada sebelum ini yang menolak dan meletak jawatan dari kabinet.

Masalah kalangan komponen BN juga gagal diselesaikan dan inilah peluang terbaik untuk beliau meletakkan jawatan sebelum masalah yang lebih buruk berlaku.

Apa jua keputusannya Isnin nanti, rakyat sudah bersedia menolak Abdullah!

edyes wrote:

Rakyat SUDAH menolak paklah. Hanya kemenangan kotor pada PRU12 sahaja yang menjadikan paklah masih kekal di kerusi PM.

Samada usul ini diterima masuk atau tidak, samada undian kepada paklah atau tidak, itu perkara nombor dua. Perkara nombor satu ialah "Rakyat Makin Menderita". Tolonglah jangan sibuk dengan politik peribadi sahaja.

3 comments:

  1. Edyes

    dengar dengar PAS akan tarik diri dari menyokong usul tidak percaya PR ini.ini bukan rasmi tapi kemungkinan tu ada,sama sama kita lihat drama politik malaysia

    ReplyDelete
  2. Kalau PAS tarik diri, kita akan melihat satu kejayaan besar kepada Kerajaan BN.

    Kita sebagai rakyat selepas itu hanya akan bermimpi untuk melihat jatuhnya kerajaan korup BN.

    InsyaAllah PAS akan bersama PR. Mereka juga tidak sokong kepimpinan paklah, itu sudah pasti.

    ReplyDelete
  3. Salam..
    Satu hari nanti..kalau Pak Anwar (B-----) tu jd PM jgn hairan ada pulak yg buat undi tak percaya pada dia. Tak mustahil semua tu akan berlaku. Pak Karpal,Pak Lim Kit Siang..nak tgk saja ke..yg dok putus urat buntut dok lawan kat Parlimen mrk2 ni..blh tgk saja ke. Fkr la..ada antara mrk mgatakan nk jdkan negara islam...langkah mayat dia dulu.

    ReplyDelete