Thursday, July 10, 2008

Debat Minyak : Siaran Langsung di TV3 dan Astro Awani

MALAYSIAKINI : Dua saluran televisyen swasta, TV3 dan Astro Awani akan menyiarkan secara langsung perdebatan isu harga minyak antara ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menteri penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Agendadaily.com, penganjur program tersebut menyatakan siaran itu bermula jam 9 malam 15 Julai ini.

"Kami memberi hak penyiaran debat tersebut kepada TV3 dan dikongsi bersama oleh Astro Awani," kata ketua pengarang akhbar internet itu, Rosli Ismail.

Beliau difahamkan RTM1 pula akan membuat siaran tertunda debat bertajuk "Hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga minyak" yang diadakan di auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di ibu negara.


edyes wrote:

Harap jangan ada apa-apa alasan munahsabah atau alasan tidak munahsabah untuk membatalkan program debat ini. Kita tidak mahu ianya jadi seperti pembatalan penggunaan dakwat hitam sewaktu PRU lepas.

Saya juga bagi pihak rakyat ingin juga mendengar apakah nas-nas yang bakal dibawa oleh kerajaan dalam konteks menaikkan harga minyak secara mendadak pada awal Jun tempohari.

Dengan menjayakan program debat ini, sekali lagi kredibiliti kerajaan menjadi pertaruhan. Saya amat berharap ianya akan menjadi kenyataan dan bukan retorik semata-mata. Ditakuti tajuk debat tersebut akan menjadi isu utama yang membawa kepada pembatalan.

"Hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga minyak"

Tajuk yang bakal menarik perhatian seluruh dunia, dan bakal membongkar kepincangan kerajaan dalam menguruskan hasil minyak negara.

No comments:

Post a Comment