Friday, August 1, 2008

Anwar Mungkin Ditahan Dalam Tempoh Terdekat !

PKR hari ini meramalkan penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan dalam "tempoh 48 jam" berhubung kes dakwaan meliwat bagi menghalangnya bertanding dalam pilihanraya kecil di Permatang Pauh.

Ketua penerangannya Tian Chua berkata PKR tidak menolak kemungkinan Anwar ditahan dalam tempoh terdekat.

"Kelihatannya mereka merancang mendakwanya (di mahkamah) pada Isnin depan," katanya kepada agensi berita AFP.

"Mereka mungkin menangkapnya dalam tempoh 48 jam akan datang. Ia bertujuan menyekatnya bertanding dalam satu pilihanraya kecil."

No comments:

Post a Comment