Friday, July 25, 2008

Akhirnya Paklah Mengalah - Mercedes untuk T'ganu

Perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membenarkan kerajaan Terengganu memakai kereta Mercedes untuk kegunaan barisan exconya.

Keputusan itu, yang bercanggah dengan amalan biasa yang hanya membenarkan kenderaan nasional Proton Perdana V6 Executive, diumumkan hari ini. - Malaysiakini

edyes wrote:

So, lepas nie negeri mana pulak yang akan gunakan alasan yang sama?

Maka akan melompatlah para exco-exco kerajaan negeri kerana bakal memperolehi sebuah kenderaan yang 'selamat'. Dengan menggunakan wang rakyat, mereka tanpa rasa bersalah mementingkan diri sendiri.

Di sebalik langkah kerajaan P.Pinang yang menolak pembelian kenderaan baru, juga di sebalik penjimatan yang dilakukan oleh semua negeri pakatan rakyat dalam memperjuangkan nasib rakyat, kerajaan BN pula membenarkan pembaziran yang amat jelas.

Kenapa Mercedes ? Kenapa tidak tukar kepada Waja yang lebih jimat dari segi kos penyelenggaraan? Setiap hari kita mendengar pepatah "Ubah Gaya Hidup", dan nampak gayanya, kerajaan negeri Terengganu memulakan langkah itu dengan baik sekali. Ubah gaya dari kenderaan mewah kepada kenderaan yang lebih lebih lebih mewah. Tahniah !

Ingatlah wahai rakyat, walaupun bukan 'wang royalti' yang digunakan ke arah Mercedes tersebut, walaupun menggunakan wang dan harta kerajaan negeri, sedarkah kita bahawa wang yang digunakan itu adalah wang rakyat ? sedar ka?

Kita bersusah payah menaiki kenderaan NASIONAL yang kononya mudah rosak dan tinggi kos penyelenggaraan, Wakil-wakil rakyat pula 'berkorban' dengan menggunakan kenderaan yang penyelenggaraanya berkos rendah dan tidak mudah rosak...

Bila kerajaan BN tumbang nanti, kita akan lelong setiap Mercedes itu dengan harga RM200k. Sudah tentu harga itu murah kerana ianya bebas cukai. Hasil dari lelong itu akan kita gunakan untuk membangunkan rumah kos rendah untuk rakyat terengganu. InsyaAllah.

3 comments:

  1. Bro, Exco-Exco BA nih pls jangan pakai Proton Perdana, Tok Imam kawan, baru pakai 3 tahun... gearbox jahanam... nasib baik Service Centre Owner, anak murid dia... jadik tukar FOC. Saya cadangkan pakailah kereta-kereta lain i.e. Camry atau Accord kalau tak nak pakai Merz. Penggunaan kereta untuk Kerajaan tak yah bayar eksais kan? so, rege dah jadi murah by at least 45%, kalau RM155K, makna nya baru RM80K. Salam. p/s: Pendapat Ana, pakai Merz pun tak apa.... rege untuk gomen free tax... lagipun ianya lasak dan safety first kerana ada ABS dan kalau satu tayar pecah pun ia tak membuang.

    ReplyDelete
  2. mat...yang pasal babi kat sepang tu cemane?ramai ke yang nak makan babi ni?lu makan?

    ReplyDelete
  3. mat mana pulak nie...

    Babi tu sume bukan tetiba jer banyak kat selangor... Menang jer Pakatan Rakyat, tetiba babi muncul secara beramai2... tak logic beb.

    semua tu zaman UMNO memerintah. memangla orang UMNO tak makan babi2 tu, tapi ada mungkin diorang invest tutup mata, amik untung... siapa tau kan... meniaga babi bukan macam meniaga unta, sekali babi beranak, sedozen keluar, tiga kali setahun... sebab tu tauke babi kaya...

    ReplyDelete