Friday, June 27, 2008

Sumpah Si Ezam

“Dengan nama ALLAH saya tinggalkan Anwar atas prinsip sebagai seorang Muslim yang berpegang kepada prinsip Islam yang tidak membenarkan saya membantu beliau menjadi pemimpin dalam apa cara sekalipun,”

Sumpah Ezam si penyelamat bangsa+t.

edyes wrote:

Dengan nama ALLAH, saya cabar Ezam untuk tidak berselindung, tidak main sembunyi-sembunyi, dan tidak main kotak kotak melainkan fakta dan kenyataan.

Mengapa perlu berselindung wahai Ezam, mengapa perlu tunggu? Jika benar DSAI tidak layak menjadi PM atas sebab-sebab yang kau tahu, adalah menjadi kewajipan untuk menyampaikan kepada semua rakyat biarpun ianya penuh keaiban. Jika aib yang dilakukan, maka layaklah seseorang itu diaibkan kerana rakyat tidak wajar menerima si aib sebagai pemimpin.

Jika benar DSAI tidak boleh dibiarkan menjadi PM, sila buktikan dengan bukti, bukan bukti dengan kata-kata, bukan bukti dengan sumpahan, tetapi bukti yang membuatkan seluruh rakyat menolak kepimpinan Anwar. Jika itulah musibat engkau Ezam, ingin melihat kejatuhan seorang pemimpin pembela bangsa.

Kalaupun betul engkau bersumpah, mengapa dulu ketika setia bersama DSAI tidak kau dedahkan segalanya? Kenapa sesudah masuk UMNO baru nak bersumpah macam ni. Adakah ini bermakna selama ini kau bersubahat dengan orang yang kau tuduh? Fasik sungguh.

"Jika datang kepada kamu seorang yang FASIK membawa sesuatu berita, hendaklah kamu selidik terlebih dahulu, semoga kamu tidak menghukum sesuatu kaum dengan sebab kejahilan kamu (atas perkara yang disampaikan itu)
"

Engkau juga jangan lupa Ezam, jika politik Dato Seri Anwar Ibrahim berkubur sekalipun, Semangat Reformis dalam setiap diri kami tetap berkobar. Kami akan pastikan engkau bersama UMNO hancur lebur ditelan arus tsunami rakyat !

Tiada yang aku nampak selain kepentingan peribadi disebalik akuan sumpah ini.

5 comments:

  1. minta kebenaran saudara utk menyebarkan sumpah saudara di myspace sy

    ReplyDelete
  2. Terima kasih SM,

    edy cuma cabar ezam, edy tak sumpah pun.

    ReplyDelete
  3. Dulu DSAI ni dlm UMNO kan TPM lg...agaknya kalau tk dek pasai kes L.... dia ni! Tak wujud la ye PKR ni atau reformasi segala ni ye..Kalau dia jd PM lg la. Ni sbb marah berdendam...jd wujud la PKR..parti berdendam!!

    ReplyDelete
  4. tak boleh kira macam tu nor,

    kita jangan sempitkan fikiran kita. edy yakin tiada unsur dendam di sini.

    PKR ditubuhkan untuk menegakkan keadilan di negara kita. kita menentang habis-habisan kerajaan yang menindas.

    Kita mahu sebuah kerajaan yang menjaga kebajikan rakyat dengan lebih sempurna. bukan sekadar melepas batuk di tangga, bukan sekadar untuk publisiti media semata-mata.

    ReplyDelete
  5. bro edy...wa ciplak entry bro dalam blog wa....actually bro punya pendapat sama macam wa...jd wa ambik je la...malas nak reka ayat...hehehehe......TQ

    ReplyDelete