Thursday, June 12, 2008

Kenapa Kita Harus Berhimpun ?

Umpama lidi nan sebatang, amat mudah dipatahkan, tetapi jika lidi itu seguni, polis dan FRU pasti tidak akan dapat walau melenturkanya.

Kenapa kita harus berhimpun? Kenapa kita harus protes? Kenapa kita harus meluangkan masa di terik panas dan di tengah hujan? Kerana kita rakyat yang sayangkan negara. Kita tidak mahu negara ini hanyut bersama pemimpin yang rakus. Buktikan kepada paklah bahwa keputusan drastik kenaikkan minyak itu tidak masuk dek akal.

Sekali lagi saya ulang fakta, 650ribu tong sehari dikeluarkan manakala penggunaanya ialah 400ribu tong. Maka sahlah kita adalah negara pengeluar. Sebagai negara pengeluar, keuntungan akan menjadi berbilion2 dengan kenaikkan setiap dollar pada harga minyak dunia.

Kenapa tidak pakai sistem 'keluar minyak dari bumi dan terus guna'? kenapa minyak Malaysia dijual keluar dan minyak arab dibawa masuk? kita rakyat bukan minta minyak secara percuma, tetapi biarlah pembayaran setiap liter minyak yang dibeli itu hanya merangkumi harga kos, bukan untuk buat keuntungan. Itu sepatutnya menjadi dasar PETRONAS, iaitu dasar minyak dan gas negara.

Sepatutnya sejak merdeka, satu badan ditubuhkan untuk mengeluarkan minyak dengan satu kos, dan keuntungan itu ditukar menjadi subsidi. Badan itu ialah PETRONAS. Hasil bumi negara ini patut dibahagikan sama-rata, bukan untuk syarikat tertentu sahaja seperti pengeluar tenaga IPP. Diulangi, sepatutnya pengeluaran minyak negara menampung kos. Kos itu ditanggung oleh rakyat melalui kerajaan dan akhirnya minyak itu diberi semula kepada rakyat !!!

Apa yang berlaku ialah, PETRONAS untung bersih 70billion tetapi hanya diagihkan dengan kekeliruan. Bonus para pekerjanya juga melebihi orang lain, wajarkah? Katanya duit keuntungan minyak PETRONAS untuk pembangunan. Jadi, bagaimana pula dengan keuntungan getah negara, keuntungan minyak sawit, komoditi lain, cukai-cukai perbankan, cukai pendapatan, cukai syarikat, road tax, keuntungan export dan lain lagi. Kerajaan pandai pusing.

Di mana perginya wang 4bilion sewaktu harga minyak dinaikkan 30sen sebelum ini? katanya nak mempertingkatkan pengangkutan awam. Tak nampak pun pembaharuan projek LRT, dan gerabak LRT putra masih lagi dua, bukan tiga. Shahril samad kata wang itu hanyut bersama harga minyak yang melambung. Mana boleh ! Duit 4bilion itu sepatutnya sudah diasingkan !!! Kerajaan apa ini?? Kali ini 13bilion pun nak dihabiskan macam itu sahaja kerana kenaikkan harga minyak??

Sesiapa yang tidak berpuas hati dengan kenaikkan harga minyak, sila hadirkan diri bagi memprotes tindak-tanduk kerajaan yang amat membebankan. Apakah perlu kita berdiam diri? Selama ini mungkin kita mengeluh dengan satu persatu harga barang keperluan naik, tetapi kali ini menjejaskan kehidupan kita. Kenaikkan harga barang dari segala jenis mee ke gandum hingga ke beras dan akhirnya gula. Tarif elekrik juga akan naik lagi. Sedarkah paklah, warga pertengahan tidak mampu menyimpan dalam keadaan sebelum minyak naik? Bagaimana keadaan seorang pemandu teksi anak lima bini tak kerja?

Mereka merampas kebahagiaan kita. Masa yang terluang untuk anak-anak terpaksa digunakan untuk mencari lebihan wang bagi mencukupkan perbelanjaan bulanan. Anak-anak akan lebih terbiar selepas ini, kes kehilangan anak juga akan meningkat.

Tahukah kita kenapa gejala sosial sekarang telah melampau dan tidak terkawal? ya, kerana masa untuk membelai anak dan memantau anak telah digunakan sepenuhnya untuk mencari duit belanja dan duit persekolahan anak itu sendiri. Rakyat semua tertekan untuk berebut mencari peluang mendapatkan lebihan wang. jenayah juga akan meningkat berganda. Golongan manakah yang akan menghadapi mimpi ngeri ini? Bukan pemimpin, tetapi rakyat !!

Kita semua tahu, harga minyak adalah kunci bagi semua harga barang kerana ia terlibat secara langsung dengan faktor logistik. Oleh demikian, kenaikkan 78sen petrol dan RM1 diesel ini satu malapetaka ciptaan pemimpin baghal. Kita harus PROTES !!

Wahai peniaga kecil, peniaga besar, pemandu rapid, pemandu teksi, pemandu lori, pekerja tol, pekerja kedai-kedai makan, promoter-promoter di shopping complex, pekerja kilang, pekerja telefonis, pekerja khidmat pelanggan, semua pekerja bawahan kerajaan, penjawat am rendah, semua pekerja non-executive, kerani-kerani, pekerja buruh, penjaga keselamatan (jaga), polis-polis berpangkat rendah, pekerja bomba, pesara tentera, cikgu-cikgu, penjaga makmal, pekerja cyber-cafe, pelayan restoran, pekerja hotel, pekerja sambilan, wartawan, petani-petani, pengusaha ladang, nelayan negara, driver-driver, semua rakyat Malaysia yang bergaji dan tidak bergaji, marilah bersama menunjukkan PROTES kenaikkan harga minyak ini.

Jika kita semua bersatu hati, pasti akan dirahmati dan jalan kemenangan itu akan ditunjukkan oleh yang maha Esa.

Ayuh, jadikan zaman kita adalah zaman yang menumbangkan kerajaan zalim ini. Ambil lah peluang berhimpun ini, jalankan peranan masing-masing. kita bukan mahu nama, kita mahu bersama untuk menghadapi kehidupan yang lebih selesa. Rakyat Malaysia wajar dilayan dengan lebih baik oleh kerajaan dan selaku rakyat celik, kita harus mengajar kerajaan tentang bagaimana kepuasan itu harus dipenuhi dan mampu dipenuhi !


Demi masa depan anak2, kita wajar melakukan sesuatu di zaman kehidupan kita. Jangan biarkan penindasa sebegini berlaku dalam hidup kita. Harga kehidupan ini tidak harus dibayar untuk kesenangan orang lain!

Ayuh Demonstrasi ! tunjukkan protes !! Kenapa kita harus berhimpun? kerana kita wajar mengharungi kehidupan yang lebih selesa, aman dan makmur. Biarlah kita berjemur, berpanas berhujan untuk seketika demi kebaikan selamanya.

Jumpa di Kg baru besok, saya dah apply cuti siap2. Dan jangan lupa, jumpa lusa di Seremban, tempat saya dibesarkan.

EDYES

No comments:

Post a Comment