Data Bukti Kerajaan Selesa Dengan Kenaikan Harga Minyak Mentah
14 06 2008
Data daripada Bank Negara Malaysia dan Pembendaharaan Negara membuktikan bahawa Kerajaan sebenarnya selesa dan mewah akibat kesan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia.
Data Pembedaharaan menunjukkan kenaikan pendapatan hasil kerajaan melonjak semenjak Abdullah Ahmad Badawi menerajui negara dan lonjakan ini adalah disebabkan kenaikan hasil yang diperolehi kerajaan menerusi
• Cukai Langsung dari Cukai Pendapatan Syarikat Petroleum yang meningkat dari RM 11.5 B pada tahun 2004 kepada RM 20.7 B dalam tahun 2006.
• Cukai Tak Langsung dari Duti Eksport Petroleum yang meningkat dari RM 1.5 B pada tahun 2004 kepada RM 2.3 B pada tahun 2006.
• Hasil Bukan Cukai – Dividen Petronas daripada RM9.1 B dalam tahun kewangan 2004 yang melonjak 100% kepada RM18.0 B pada tahun berakhir 2006.
• Hasil Bukan Cukai – Royalti Petroleum dan Gas yang meningkat dari RM2.5 B pada tahun 2004 kepada RM4.2 B pada tahun 2006.
(Data di atas diperolehi dari sumber Pembedaharaan Negara dan boleh di lihat umum di http://www.treasury.gov.my/view.php?ch=24&pg=183&ac=1443&fname=attachment&dbIndex=0).
Kenaikan pendapatan kerajaan ini adalah berkait rapat dengan keuntungan besar yang diperolehi oleh syarikat Petroleum terutamanya Petronas yang mengaut keuntungan terus daripada kenaikan harga pasaran minyak mentah dunia.
Bagaimanapun, Data daripada Bank Negara Malaysia menunjukkan perbelanjaan kerajaan untuk subsidi tidak melonjak dengan ketara akibat daripada kenaikan kenaikan harga minyak di pasaran dunia. Data Bank Negara menafikan hakikat yang cuba diutarakan oleh kerajaan bagi menaikan harga bahan bakar untuk kenderaan di Malaysia.
(Data Bank Negara boleh di lihat di http://www.bnm.gov.my/files/publication/msb/2007/11/pdf/6.3.pdf)
(Walaupun data berakhir pada tahun 2006, tetapi kita boleh bayangkan trend di antara kenaikan harga minyak dan peningkatan perolehan kerajaan apabila pasaran minyak mentah dunia terus melonjak pada tahun 2007 dan 2008.)
Data yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia menunjukkan pada tahun 2004, Kerajaan membelanjakan sebanyak RM5.8 B untuk segala subsidi iaitu termasuk subsidi bahan bakar, subsidi bahan makanan dan lain-lain.
Pada tahun 2005, perbelanjaan kerajaan bagi tujuan subsidi bagaimanapun meningkat hampir 3 kali ganda kepada RM13.4 B tetapi perbelanjaan untuk subsidi bagaimanapun menurun semula pada tahun 2006 kepada hanya RM10.1 B sedangkan mulai 2006 desas-desus dalam kerajaan untuk menamatkan pemberian subsidi bahan bakar mula timbul.
Walaupun kenaikan pendapatan hasil kerajaan dari sumber Petroleum meningkat dengan mendadak yang membuktikan hasil kerajaan turut meningkat setiap kali harga minyak mentah dunia meningkat, tetapi subsidi yang dikeluarkan oleh kerajaan tidak meningkat pada peratusan yang sama.
Kerajaan membiarkan rakyat menanggung beban kenaikan harga minyak mentah dunia sebaliknya kerajaan menikmati perolehan yang amat positif dari kenaikan itu.
Sebalikanya data-data dari kerajaan jelas menunjukkan kerajaan sebenarnya mampu dengan selesa menurunkan harga bahan bakar petrol dan diesel dengan meningkatkan subsidi setanding dengan peratusan kanaikan perolehan kerajaan.
Sebaliknya, kerajaan bertindak menaikan harga minyak. Rakyat dijanjikan dengan menanggung sendiri beban kenaikan harga minyak, kerajaan akan mempertingkatkan taraf hidup dan kualiti hidup penduduk menerusi pembiayaan projek-projek yang mampu meringankan beban rakyat.
Malangnya, walaupun terpaksa menanggung beban kenaikan harga minyak, rakyat tidak pula dapat menikmati janji-janji kerajaan itu. Projek-projek kerajaan yang diumumkan sering dibatalkan dan pembayar cukai dipaksa pula membayar ganti rugi akibat pembatalan kontrak-kontrak oleh kerajaan.
Apa yang jelas lagi bersuluh, beban rakyat bukanlah disebabkan kenaikan harga minyak tetapi disebabkan kebebalan dan sikap tidak bijak Kerajaan yang diterajui oleh Abdullah Haji Ahmad Badawi.
edyes wrote:
Salin dan tampal demi menyampaikan maklumat dan fakta kepada seluruh rakyat supaya mereka semua sedar bahwa kita ditipu hidup-hidup, siang-siang dan terang-terang !!
Kita bukan mahu kaya, tapi biarlah kekayaan negara dibahagi secara saksama. Kita tidak mahu lagi beban yang ditanggung rakyat demi kesenangan pemimpin, itu bukan resam orang yang berjasa !
Dengan fakta ini, maka terbuktilah ada sesuatu yang berlaku disebalik pengagihan kekayaan Malaysia.
Dari fakta ini juga, kita boleh tanya kepada kerajaan, sejauh mana wajarnya harga minyak domestik dinaikkan ?
Saya akhiri dengan serangkap pantun,
Harga minyak naik sedolar
Malaysia kita untung berjuta
Tetapi apabila fakta diselar
ISA dan penjara serta merta
Salam brader,
ReplyDeleteOrite...orite...teruskan.
kalau sukj singgah sini lagi dan baca petikan saya ini, tentunya sukj dah baca 'bantahan' saya di blog sukj.
ReplyDeletesaudara sukj memperlekeh para protesters. Saya sangat tidak setuju dengan pendirian saudara sukj terhadap demonstrator.
seperti kata mat_terab, "kalau kita tidak sanggup turun membela nasib rakyat jangan lah pula kita hanya tahu memperlekehkan orang yang sanggup berkorban wang, masa, dan keringat semata-mata untuk memastikan kita semua menikmati harga barang dan minyak yang murah......"
saya pun macam sukj juga, yang betul saya setuju, yang tak betul saya kasi hentam juga.
salam
ok, tambahan untuk topic,
ReplyDeleteCuba kita tengok graf yang kedua tu betul2. Graf tersebut menunjukkan hasil cukai kerajaan dari Petronas (bukan keuntungan petronas).
Kita dapat lihat, bagaimana meningkatnya pendapatan kerajaan dari Petronas pada tahun 2006 dan ironinya, subsidi yang dibekal DIKURANGKAN !!
Ini baru dari sudut hasil jualan minyak. Bagaimana pula dengan hasil komoditi seperti minyak sawit, getah dan sumber negara yang lain. Dimaklumkan kepada semua, harga sawit dan getah juga meningkat sehingga 300% !!
Bayangkan, dalam konteks graf yang kedua itu, mengapa kerajaan mengurangkan subsidi dari tahun sebelumnya sedangkan pendapatan meningkat jaaaauuuh lebih tinggi dari tahun 2005.
Satu lagi persoalan, bagaimana pula dengan fakta tahun 2007? pastinya peningkatan tahun 2008 lebih 'mengujakan'.