Oleh Dari_Sabah
Kami anak jati negeri Sabah memahami usaha kerajaan untuk membangunkan negeri kami. Faktor geografi adalah cabaran utama untuk pembangunan kerana keluasan tanah negeri Sabah yang terlalu luas berbanding dengan kebanyakan luas negeri teman kami di semenanjung.
Namun apa yang kami tidak puas hati adalah.
1) Isu pendatang tanpa izin. Kerajaan nampaknya tidak mampu menyelesaikan masaalah ini, malah jika PR berkuasapun selepas ini, saya secara peribadi melihat PR akan menghadapi masaalah juga kerana perkara ini telah lama berakar umbi, tetapi setidak-tidaknya sesuatu mesti dilakukan.
2) Masaalah keseragaman. Walaupun negeri Sabah adalah satu negeri di Malaysia, namun wujud ketidakseragaman dari sudut berikut..
a) Harga barangan
b) Gaji pekerja swasta
c) Harga getah dan kelapa sawit
HARGA BARANG: Adalah diketahui umum bahawa terdapat perbezaan harga barangan. Selalunya pengangkutan dijadikan alasan, namun seorang menteri dari Sabah pernah membandingkan keluasan Negara Malaysia dengan Negara Amerika yang 29 kali lebih luas dari negara Malaysia. Beliau berkata bahawa tidak terdapat banyak
perbezaan harga barangan antara New York dengan Los Angeles dan sepatutnya Malaysia yang keluasannya lebih kecil mampu menangani perbezaan ini.
GAJI PEKERJA SWASTA: Ramai tidak mengetahui bahawa gaji pekerja swasta disini lebih murah. seorang pekerja buruh binaan disini mendapat gaji lebih murah berbanding dengan buruh di semenanjung. Pekerja pembantu kedai, restoran, pasar raya rata-rata mendapat gaji sekitar RM300-RM400 sebulan. Malah ada diantara
pekerja pembantu kedai/restoran yang mendapat gaji dibawah RM300. Lebih teruk lagi apabila sesetengah majikan memberi gaji bulanan dibawah RM200. Kami menyedari yang ini bukannya salah kerajaan sepenuhnya, namun jika kerajaan setuju menggubal satu sistem gaji bagi negeri Sabah, itu sudah cukup baik namun
tidak pernah dilakukanpun. Bagi mereka yang berhijrah dari kampung ke bandar mendapati ini sesuatu yang sangat teruk apabila terpaksa menyewa rumah atau bilik sewa, dimana bilik sewa disini berharga minima RM150 sebulan. Inilah makanya kami sangat berharap jika kerajaan meluluskan gaji minimum RM900 tersebut
tetapi kerajaan telah menolaknya. Tapi tak sudikah kerajaan berbuat sesuatu supaya gaji kami disini (swasta) sekurang-kurangnya disama ratakan dengan gaji kawan-kawan kami di semenanjung. Tidak hairanlah banyak anak muda sabah berhijrah ke semenanjung kerana faktor gaji. Yang menyedihkan ialah banyak majikan
disini mendapat pendapatan kasar sehingga sejuta ringgit dan ada juga yang melebihi sejuta ringgit setahun namun pekerjanya menelan kepahitan sehingga terpaksa berkongsi bilik sewa untuk meringkankan beban ini.
HARGA GETAH & KELAPA SAWIT. Kedua-dua ini mempunyai harga yang lebih murah berbanding dengan semenanjung. Secara perbandingan harga getah diSabah sekarang berharga RM5.40 sekilo. ini sangat berbeza dengan harga getah Sarawak dan Semenanjung. Kami mendapat tahu yang LIGS mengawal harga getah sabah sementara
disemenanjung dikawal oleh RISDA. Jadi para pekebun kecil disini yang kebanyakannya miskin kecewa dengan perbezaan harga ini. Pengangkutan juga dijadikan alasan atas perbezaan harga kerana kami difahamkan semua getah dari Sabah mesti mematuhi polisi kebangsaan dimana ianya perlu dihantar ke semenanjung terlebih dahulu sebelum dieksport keluar negara.
Kesimpulan: Kami memerlukan sebuah kerajaan yang prihatin dengan nasib kami. Kami berharap agar tidak sesiapa teman-teman disemenanjung yang menganggap kami tidak berusaha. Kami berusaha sedaya upaya kami supaya kami hidup maka wajarlah kerajaan memberi perhatian kepada rungutan kami terhadap PERBEZAAN-PERBEZAAN ini. Saya dan teman-teman disini memilih PKR sewaktu pengundian berlangsung kerana "tsunami" itu cukup kuat disini, tapi entah kenapa keputusan pilihan raya pula yang mengejutkan kami. Kami seolah-olah tidak percaya bahawa hal sebaliknya berlaku. Dengan kenaikan harga minyak disusuli dengan kenaikan harga barang maka akan bertambahlah derita kami.
edyes wrote:
Lebih 40 tahun kerajaan pusat memerintah Sabah, cukup lah... enought is enought !
Nasib kita di semenanjung ini pun dah makin melarat, inikan pula nasib mereka di Sabah. Apakah selama ini kerajaan Barisan Nasional hanya pandai ambil untung sahaja dari Sabah?
sy pernah ke sabah, tetapi tidak menjelajah keseluruh sabah, tetapi sy tinggal lama di sarawak.malahan sy selalu memandu dr kuching ke sibu, miri dan ke limbang.
ReplyDeletesy yakin, suasana sabah, mungkin hampir sama dgn sarawak dr segi pembangunan infrastruktur yg amt berkurangan.
kenapa ini terjadi? disepanjang pemerhatian sy, tiada satu dasar kerajaan yg benar2 ingin mengubah cara hidup rakyat di sabah dan sarawak.rakyat dibiarkan mungkin dgn sengaja didalam komuniti yg kecil.apabila satu2 komoniti itu kecil, mana mungkin akan terjana ekonomi.jika nk jual goreng pisang pun, siapa yg akan membelinya.kerana itu amat sukar sekali melihat komuniti rumah panjang yg terlibat didalam perniagaan kecil kecilan.tidak seperti di semenanjung, dimana sesuatu komuniti itu terhimpun didalam satu jumlah yg besar, maka ekonomi mudah terjana.
persolannya disini, kenapa kerajaan tidak ada perancanagan jangka pendek atau jangka panjang untuk memusatkan komuniti rumah pjng di satu satu kawasan supaya bilangan komuniti boleh bertambah?mungkin di satu satu kawasan boleh diujudkan berpuluh atau beratus rumah2 panjang dimana ini juga sebenrnya amat memudahkan kerajaan dalam memberikan kemudahan infrastruktur seperti sekolah, hospital dan lain2 lagi.
atau adakah kerajaan sebenrnya sengaja membiarkan senario ini bagi memudahkan mereka mengawal cara pemikiran rakyat, supaya kekal hidup dgn cara lama tanpa pengetahun dan terpisah antara satu dgn lain?kerana apabila rakyat kekurangan dr segi pengetahuan tentang dunia luar, maka kerajaan senang memperbodohkan rakyat.