Tuesday, June 17, 2008

Anwar : Pakatan Rakyat Semakin Hampir Ke Putrajaya

Pakatan Rakyat Semakin Hampir Ke Putrajaya

Rata-rata pengunjung giat bertanyakan tentang bila kita bakal mengambil alih pentadbiran di Putrajaya. Pokoknya, kita semakin hampir ke sana. Kelmarin di Pulau Pinang telah saya tegaskan, beberapa teman dari MCA bakal beralih arah.

Insha-Allah, berkat usaha dan doa sdr/i, masanya akan tiba. Saya komited, jika sekiranya hari ini kita memegang tampuk kuasa, esok harga minyak akan diturunkan!

ANWAR IBRAHIM (17 June 2008)


edyes wrote :

Setiap hari kita didendangkan dengan berita penafian sini dan penafian sana dalam isu lompat-melompat. Penafian parti Gerakan masuk Pakatan Rakyat, penafian SUPP masuk PR dan pelbagai lagi. Setiap hari YB-YB sabah dikerumuni pemberita bagi menafikan itu dan ini.

Setiap hari juga kita mendengar segala bentuk cemuhan terhadap bekas TPM itu kononya beliau mengarut. Kononya bagi beliau mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri, beliau sanggup memainkan isu lompat demi menggeser-geserkan dan melaga-lagakan antara parti komponen BN.

Maka ingin saya nyatakan di sini, setiap hari itu jugalah Dato Seri Anwar Ibrahim memukul gendang mencanang dengan penuh keyakinan bahwa beliau akan menawan Putrajaya dan mengubah dasar pemerintahan yang korup! Membebaskan rakyat dari tekanan hidup yang semakin melarat ! dan membawa harapan baru untuk Malaysia.

Kita berhak untuk hidup dengan lebih selesa, dengan pemerintahan yang tidak menekan malah bersama kerajaan yang mementingkan kebajikan.

REFORMASI !!

TAKBIR !!!

No comments:

Post a Comment