Wednesday, June 4, 2008

Anwar Masuk UMNO ?

Anwar diramal masuk UMNO?

KUALA LUMPUR 3 Jun - Seorang penganalisis politik meramalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat permohonan menyertai semula UMNO berikutan parti itu adalah satu-satunya wadah bagi membolehkan beliau mencapai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri.

Pengarah Institut Pengajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin berkata, tanda-tanda jelas perkara itu akan berlaku ialah dengan permohonan bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Noor untuk menyertai UMNO baru-baru ini.

Katanya, kemasukan bekas orang kuat Anwar itu tidak boleh dilihat sebagai 'Kuda Trojan' seperti disangka banyak pihak sebaliknya beliau adalah 'landasan kereta api' bagi membuka laluan untuk bekas Timbalan Perdana Menteri itu kembali kepada UMNO.

Kejutan''Saya tidak pasti sama ada ramalan ini akan menjadi kenyataan atau tidak tetapi semua orang tahu bahawa banyak kejutan sering berlaku di Malaysia sejak akhir-akhir ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi dialog selepas membentangkan kertas kerja bertajuk Pembangunan Negara Bangsa dan Negara Etnik di Malaysia pada Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik Ke-22 di sini hari ini.

Menurut Shamsul Amri, bukti bahawa Anwar masih berminat untuk kembali kepada UMNO jelas apabila beliau sehingga kini tidak pernah membuat permohonan menjadi ahli PKR walaupun beliau adalah Penasihat parti itu.

Katanya, Anwar juga akan memilih UMNO kerana merasakan bahawa beliau hanya akan menjadi Perdana Menteri selama '25 minit' sekiranya dapat memujuk wakil rakyat Barisan Nasional (BN) melompat parti menyertai pakatan pembangkang.

''Perkara ini boleh berlaku kerana pakatan terbabit sebenarnya tidak kukuh dan terdapat kemungkinan Pas akan keluar dan bergerak bersendirian.

''Kita juga harus ingat bahawa yang di-Pertuan Agong juga mempunyai kuasa untuk menolak pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri dan apa yang berlaku di Terengganu membuktikan kemungkinan ini tidak boleh diabaikan," ujarnya.

Tambah beliau, Anwar dijangka tidak menghadapi masalah untuk mendapat sokongan di kalangan ahli-ahli UMNO kerana beliau dilihat mempunyai pengaruh di peringkat antarabangsa.

''Sebelum ini terdapat jangkaan Datuk Seri Najib Tun Razak akan menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, tetapi sokongan terhadap beliau semakin berkurangan kerana dilihat terlalu banyak bersikap mendiamkan diri membabitkan isu-isu berkaitan perubahan kepimpinan negara," katanya.

edyes wrote:

Ahli UMNO dibuai mimpi indah dengan perkembangan yang tiada kepastian ini, manakala Najib pula yang berpeluh dikala menghadapi mimpi ngeri.

Sedangkan Ezam si penyelamat bangsa itu pun permohonanya untuk menjadi ahli UMNO mengambil masa 2 minggu untuk diluluskan, inikan pula permohonan Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi presiden UMNO atau Perdana Menteri. Mungkin mengambil masa beberapa 'penggal' untuk disemak permohonan ini di atas dasar 'biroKERAsi'.

Seperti yang pernah dinyatakan sebelum ini, pendirian orang biasa seperti saya ialah ; Kita sebagai pejuang keadilan bukan hanya mengikut pemimpin, kita juga mempunyai akal untuk tidak mengikut seorang pemimpin itu terjun ke longkang. Kita juga bukan seperti ahli parti yang mengangguk 'yes-boss' di kala mata tertutup menghalalkan kemungkaran tindak tanduk seseorang pemimpin.


Jika Anwar masuk UMNO di atas alasan memperkuatkan bangsa melayu, mungkin ramai yang akan mengikuti jejak beliau dengan menggugurkan fasal perjuangan dan dalam angan, duit akan masuk berkoyan-koyan.


Biarlah mereka. Jika ini sudah ditakdirkan, maka akan timbul keredhoan di setiap hati mereka yang kekal berjuang. Di kala itu juga, beberapa kerat yang tinggal itulah pejuang-pejuang cekal, yang tidak memandang kepada pangkat atau darjat, yang tidak berkompromi kepada kezaliman dan akhir sekali yang ikhlas kerana memperjuangkan jalan Allah untuk menegakkan Syiar Islam.


Pemimpin itu datang dan pergi tatkala perjuangkan wajar diteruskan. Begitulah juga kiranya ini benar berlaku, maka biarlah si luncai terjun bersama labu-labunya. Kita hidup sekali, biarlah hidup dengan maruah yang tidak tercela.


Walaubagaimanapun, saya percaya kepada DSAI. Saya yakin dengan maruah yang dibawa oleh Dato Seri Anwar Ibrahim. Saya percaya bahwa beliau tidak akan sewenangnya mengkhianati perjuangan ini hanya untuk mencapai sebuah cita-cita. Seorang pemimpin itu lebih mementingkan kehendak rakyat, maka barulah dikatakan berjasa.

Kepada si jenin yang kuat berangan, berusaha lah sendiri untuk mendapat kredit. Jangan lah hanya berangan menyedapkan hati duka nestapa.

Apakah hanya kerana DSAI tidak mengisi borang keahlian PKR, maka beliau bukan ahli dan 'berniat' untuk menyertai semula parti yang selama ini mengaibkan beliau? Benar, memang benar bahwa Anwar bukanlah ahli PKR. Tetapi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat yang juga 'Prime Minister in waiting' dengan izin.


Ahli politik memang sukar dijangka, tetapi ahli politik juga ada maruah dan harga diri.


"Sesungguhnya mereka merancang, Allah juga merancang. nescara rancangan Allah lebih hebat!"

2 comments:

  1. Jangan buat kerja bodoh sampai dua kali. Dulu masuk umno kerana nak cuci taik dari dalam. Sekarang nak masuk umno kerana nak jadi pm. Ingat Najib, KJ...dll boleh dok diam ke?. Dulu kamu dipenjara kerana gara2 orang umno nak sekat kamu dari jadi pm dengan menghasut TDM. Dan masa kamu masuk umno dulu pun orang2 umno asal pun marah kat kamu kerana memotong queue mereka. Banyak yang berangan2 dulu telah berputih mata dipotong dek kamu. Kalu berjuang nak kan habuan dunia, berenti le. nanti tuhan bagi ujian lagi teruk baru padan ngan muka. ujian lepas tu jadikanlah panduan. Umur pun dah lanjut dah, masa banyak habis ngan nak selesai masalah dipenjara. Kerja2 fillah dah terbantut.
    kalu masuk umno pun ingat senang ke nak naik semula dari bawah. Tengok ezam pun dah banyak orang umno persoalkan. Silap2 berputih mata gak nanti. kalau semo orang tentang, nanti tertlentang le ezam di tepi jalan. ke depan tak sampai, ke belakang pun tak dapat. silap2 mati beragan begitu aje. KJ pun tentu boleh hidu matalamat dan tujuan ezam.

    ReplyDelete
  2. memang betullah..anuar memang akan masuk umno balik..Anuar dan Khairi Jamaluddin adalah kawan baik..Lepas Ezam masuk...Anuar di jangka masuk dengan segala adun dan MP nya..Maka Selangor dan Perak akan dapat balik pada BN..atas nama perpaduan Melayu...

    Anuar akan dilantik jadi Menteri dengan syarat dia sokong Khairi Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda. KJ akan sokong Ezam jadi Tim. Ketua Pemuda...Pak Lah akan selamat.Zaid Ibrahim akan bantu Pak Lah..Kalimullah akan bantu Paklah dan Anuar...

    Mahathir dan orangnya sudah ada di luar..tak boleh buat apa-apa lagi...percaya tak..? Datuk Najib tak akan Jadi PM. Dan waktu itu nanti..DAP akan kalah teruk dalam PR 13.. PAS menang besar boleh rampas Trengganu semula....banyak ahli PKR masuk PAS.

    ReplyDelete