sumber : malaysiakini
Lattest Update : Tiga wakil rakyat DAP ditahan polis - Seorang dipukul !
May 1, 08 3:33pm
kemaskini 9.25pm Tiga wakil rakyat DAP Melaka, termasuk seorang ahli parlimen, ditangkap polis lebih lima jam hari ini selepas terlibat cuba membuang tapak projek pembinaan menara telekomunikasi di Kampung Lapan.
Seorang ahli parlimen Sim Tong Him (Kota Melaka) dan dua wakil rakyat negeri Goh Leong San (Kesidang) dan Lim Jak Wong (Bachang) ke tapak projek tersebut, yang tergendala sejak enam bulan lalu, kira-kira 10 pagi tadi.
Kira-kira sejam bersama 20 hingga 30 penduduk setempat membuang tapak menara itu, yang dianggap sebagai mengganggu mereka, ketiga-tiganya ditahan atas kesalahan menimbulkan kekacauan ketika perhimpunan haram.
Mereka dimasukkan ke dalam lokap lebih satu jam di balai polis Melaka Tengah dan disiasat menurut seksyen 440 Kanun Keseksaan, kata seorang wakil rakyat DAP Betty Chew (Kota Laksamana)
Chew - ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri Melaka dan juga isteri ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng - turut hadir di balai polis sebagai menyatakan sokongan kepada rakan-rakannya.
Dihubungi Malaysiakini selepas dibebaskan, Lim berkata beliau digari sewaktu ditangkap, sementara dua lagi ditahan apabila mengiringi beliau ke balai polis. Lim, yang juga setiausaha DAP negeri, mendakwa beliau dipukul oleh seorang pegawai polis sewaktu soal siasat dan terpaksa ke hospital besar Melaka untuk mendapatkan rawatan.
Menurutnya lagi, ketiga-tiga mereka dibebaskan sekitar jam 5 petang.
edyes wrote:
Dipukul ?? Tidak hairanlah...
Tokoh nombor dua dalam Malaysia pun pernah dipukul, ditelanjangkan, diherdik, dimaki, dicerca dan diaibkan sewaktu dalam tahanan.
Kini, tokoh tersebut adalah 'Prime Minister in Waiting' . Tak sabar rasanya.
No comments:
Post a Comment