Tuesday, May 6, 2008

Raja Petra akan didakwa di Mahkamah Jalan Hari Ini

Raja Petra akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta Hari Ini

oleh Amin Iskandar @ Black

Hari ini, Raja Petra Kamarudin (RPK) telah dimaklumkan oleh polis untuk ke Mahkamah Jalan Duta pada pukul 9.30 pagi untuk didakwa dibawah Akta Hasutan.

Raja Petra akan didakwa berikutan dengan artikel yang ditulisnya sebelum ini di laman web Malaysia Today, “Lets send the Altantuya murderers to hell”.

Jelaslah “modus operandi” yang sama digunakan oleh BN. Selepas pilihanraya umum 1999, BN telah menutup akhbar Eksklusif dan menghadkan pengeluaran Harakah.

Sekarang selepas pilihanraya umum 2008, BN kini menyerang laman web dan blog. Raja Petra telah menjadi mangsa pertama.

Selepas ini pasti ramai lagi yang akan menjadi mangsa. Tetapi anda semua jangan takut, teruskan berjuang. Rakyat pasti bersama!!!

edyes wrote:

Sedikit terlewat melaporkan berita penting ini kerana kesuntukkan masa yang amat.

Mungkin pada waktu ini prosiding sudah pun bermula. Pastinya RockyBru dan rakan2 seperjuangan lain sedang menunggu bersama di mahkamah tersebut.

Hidup Raja Petra !!

ps: dalam kesibukan, kutinggalkan kerja seketika...

No comments:

Post a Comment