Friday, May 23, 2008

'Malaysia boleh' ke 'Malaysia bodoh' ?

oleh Adam

Bro, ini tak berkenaan dengan topik, tapi harap boleh di siarkan:

Saya sering ke Slim River dari Petaling Jaya menggunakan NKVE. Toll sudah RM10 dari RM4.50 beberapa tahun lalu.

Saya lihat banyak kerja 'naik taraf' di laksanakan yang menyusahkan dan mengganggu pengguna lebuhraya. Permukaan jalan dan railing masih elok, saya tak tahu kenapa wang mesti di belanjakan untuk membetulkan dan mengganti yang tak rosak. Terlalu banyak wang kot?

Atau mungkin kerana akan ada 'review' concession daripada kerajaan nak tunjuk toll operators mesti 'belanja' Atau nak bagi business kepada sub-kontraktor tertentu...

LDP pula akan dapat 'a cool RM630 million as compensation'...alahai habis lah duit rakyat - kerajaan ini memang kaya.

Mungkin kita patut tukar slogan dari 'malaysia boleh' ke 'malaysia bodoh'

edyes wrote:

Marah betul sedara Adam kita nie.

Memang perkara sebegini sering bermain di kepala hotak saya. Kalau cerita pasal tol memang takkan habis satu hari. Saya selalu ulang alik dari KL ke Seremban, dan saya dapati pada waktu peak hour, kereta sepenuh-penuhnya keluar masuk dari tol Sg Besi. Kadang2 boleh jem dekat sebelum simpang ke Kajang dan jem lagi bila sampai Nilai (hari Jumaat).

Ketelusan. Kalau kerajaan betul2 telus, tunjukkan laporan statistik kenderaan yang keluar masuk di semua tol dalam Malaysia ni. Jadi kita akan lihat samada wajar atau tidak kenaikkan tol itu diusulkan.

Cerita pasal budjet pulak, memang banyak projek yang keperluanya di tahap tidak kritikal dihabiskan wang ringgit rakyat manalaka projek2 kritikal tidak diberi keutamaan. Contohnya isu menangani banjir, isu jalan2 negeri / bandar yang teruk berlubang, isu kemiskinan tegar terutamanya kedudukan ekonomi orang2 melayu di P.Pinang.

Di Terengganu, masjid kristal beratus juta didirikan tetapi rakyat disekelilingnya masih hidup daif. Berapa banyak rumah kos sederhana dapat didirikan dengan duit ratus2 juta tu? Duit kerajaan adalah duit rakyat, jadi mereka apa peduli dengan duit yang dibelanjakan itu. Perkara pokok ialah poket mereka penuh dengan duit haram yang cukup untuk buat istana mewah sedangkan ada rakyat yang berumah tanpa bekalan letrik.

Pada hari ini kita lihat, segala projek yang tidak mendatangkan untung tidak menjadi keutamaan. Hanya yang mereka nampak adalah projek koridor yang memberi pulangan berBilion kepada orang2 tertentu dengan menggadaikan tanah orang2 melayu kita.

Yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin melarat! adakah salah mereka kerana ketinggalan? tidak, mereka tertindas dengan keadaan ekonomi yang menekan!!

Malaysia oh Malaysia, kita yang mencorakkanya dan kita bertanggungjawab mengubah wajah negara kita kepada negara yang lebih pentingkan kebajikan rakyat. kita adalah rakyat juga ada kuasa. celik lah!

2 comments:

  1. Pada tahun 1995 saya bekerja di sebuah syarikat sekuriti yang mendapat kontrak untuk mengambil wang kutipan tol di setiap Plaza Tol.

    Untuk hasil kutipan Plaza tol Sg. Besi sahaja satu hari RM500 ribu bagi hari biasa dan RM800 ribu bagi musim perayaan dan lebih.

    Bayangkan kutipan pada 13 tahun dahulu dan berapakah pula sekarang ini, dengan jumlah kenderaan yang meningkat pengunaannya setiap hari.

    Persoaalannya kos penyelengaraan dan keuntungan yang dijana telah melebihi daripada segalanya. Dan konsesi toll seharusnya ditamatkan, dan rakyat berhak mendapat keselesaan.

    Pemimpin Malaysia memang bodoh!!!!

    ReplyDelete
  2. johari faizal,

    itu tahun 1995 punyer citer, sekarang sehari mau lebih daripada itu.

    baru kira tol sg besi, berapa banyak lagi exit kalau nak dikirakan???

    ReplyDelete