oleh MatStringer
Belum pun lama Menteri Besar Terengganu duduk memanaskan kerusinya sebagai ketua eksekutif negeri yang baru, dua cadangan perjanjian projek (kontrak) yang tidak di undang telah diletakkan atas mejanya. Dua kontrak bernilai RM 100 juta dan lebih RM 500 juta yang perlu kepada kelulusan Mad Said sebelum dilaksanakan, ditolak oleh Mad Said untuk ditandatangani.
“Dua kontraktor datang kepada saya untuk ditandatangani, perlu kepada kelulusan MB, saya tak tandatangan” kata Ahmad sebagaimana laporan akhbar The Edge.
Beliau berkata salah seorang dari kontraktor tersebut telah pun memulakan kerja-kerja asas projek walaupun kelulusan belum diberikan. Ditanya apa yang akan beliau lakukan keatas dua permohonan itu, beliau senyum mengejek dan berkata “ tengoklah”.
Beliau mungkin tidak memberikan isyarat apakah tindakan yang akan diambil, namun beliau memberikan bayangan bahawa kontrek tersebut datang dari ‘orang atasan’.
“Ada projek yang kita cadangkan dan diluluskan Kerajaan Persekutuan, dan ada yang tidak diluluskan,”ada juga yang datang dari ‘atas’, dua kontrek tadi adalah didorong oleh kontraktor”
“Kontraktor datang dan minta tandatangani serta merta, kerana mereka telah mendapat projek tersebut. Sedangkan kita (negeri) tidak tahu menahu. Itu yang menjadi masalah” kata beliau.
Apabila ditanya adakah kedua-dua projek tadi datang dari Putrajaya, Mad Said kata bukan, ia dari jenis yang didorong oleh kontrektor.
Beliau berkata, objektif pentadbirannya juga adalah untuk memajukan negeri Terengganu, sama seperti bekas Menteri Besar, Idris Jusoh, tapi keutamaan dan pendekatannya berbeza.
”Saya mesti pastikan semua pembangunan dan projek akan membawa manfaat kepada rakyat dan bukan hanya memuaskan dua, tiga kontraktor” katanya.
Salah satu keutamaannya adalah untuk memperbetulkan anak-anak syarikat kerajaan dan menyemak urusan tiga syarikat awam Terengganu khususnya Golden Pharos yang ‘sakit’
“Saya sudah mengenalpasti beberapa individu yang saya percayai akan menduduki panel untuk melihat samada sesetengah syarikat perlu bergabung atau tutup sahaja mana yang tidak aktif.
“Bila mereka dapat gambaran yang jelas, mereka akan melapor kepada saya, jadi bila bermesyuarat, saya boleh minta penjelasan” kata beliau.
edyes wrote:
Syabas YAB Ahmad Said.
Kalau benar bagai dikata, sila kotakan. Jangan nanti apabila didesak oleh 'orang atasan', mengalah pula jadinya.
Mad Said harus yakin bahwa rakyat negeri Terengganu sentiasa bersama Mad Said jika inilah pendekatan pembangunan yang dibawa yakni mengutamakan rakyat dan sudah tentunya memberi manfaat yang jelas.
saya percaya bahwa YDP Agong juga bersama YAB MB Terengganu.
Syabas sekali lagi saya ucapkan dan berharap agar Mad Said dapat menjalankan tugas sebagai MB yang prihatin terhadap keperluan rakyat negeri Terengganu.
Bro
ReplyDeleteSori, lambat jawab.
Pasai updates blog-blog kat sidebar blog saya tu, semua tu anak saya buat bila dia ada lapang. Saya bab tekno-tekno ni tak berapa sangat.
Anak saya tu dok di Dungun. La ni tengah exam. Banyak org dah tanya saya. Dia pun dah cerita melalui fon. Tapi, alahai... gua talak faham la!
bakaq a.k.a. ~penarik beca