Tuesday, May 20, 2008

ISA Mengganas Lagi!! Dipukul hingga Lumpuh ?

Oleh Malaysiakini

Seorang surirumah mendakwa suaminya didera dan gagal dirawat dengan rapi sewaktu ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sehingga mengalami kelumpuhan.

Dalam laporan polisnya hari ini, Sharmila Uthiakumar mendakwa pasangannya Sanjeev Kumar Krishnan dibelasah dalam tempoh siasatan selama 55 hari sejak 28 Julai tahun lepas.

"Bahagian badan dan kepala beliau ditumbuk dan ditendang dengan kasut. Bahagian tulang beliau ditendang beberapa kali dengan menggunakan kaki.

"Kaki kiri dan tangan kiri beliau dipukul beberapa kali dengan menggunakan objek yang keras seperti kayu.

"Selain itu, beliau juga selalu dipukul dengan menggunakan botol yang berisi air," kata Sharmila dalam aduannya di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur pagi ini.

edyes wrote:

apa nak jadi nie? sampai lumpuh !!

Pertama sekali perkara ini harus disiasat terperinci. bukan oleh polis yang 'sentiasa betul' tetapi oleh sebuah badan bebas.

Sekiranya laporan ini sahih, sekiranya post mortem menunjukkan memang benar lelaki ini didera sewaktu di tahanan ISA, siapakah yang akan menjawabnya?

Siapakah yang akan jawab kejadian ini dan siapa yang akan bertanggungjawab?? Polis? Paklah ? Tun Mahathir? Ini soal kehidupan, lebih baik mati dari menderita kerana lumpuh !

ISA harus dimansuhkan !

Kekejaman ini harus lenyap dari bumi Malaysia !!!

TAMBAHAN

"Selain itu, beliau juga selalu dipukul dengan menggunakan botol yang berisi air," kata Sharmila dalam aduannya di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur pagi ini.

Beliau, diiringi tiga anggotanya, hadir bersama pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh dan beberapa aktivis gerakan tersebut. Sharmila juga mendakwa suaminya didera dengan teruk, termasuk "dipaksa meminum air kencing sendiri, selain kemaluannya dipukul dan dijolok dengan objek keras".

Selepas ditahan hampir dua bulan, katanya lagi, suaminya dipindahkan ke kem tahanan Kamunting di Taiping mulai 22 September lalu.

Sharmila, seorang pengawal keselamatan, mendakwa akibat kesakitan yang dialami suaminya di bahagian tangan dan kaki kiri, Sanjeev Kumar terpaksa dibawa ke hospital Taiping bulan lalu tetapi tidak mendapat rawatan sewajarnya. "Pada malam hari yang sama (11 April lalu), Sanjeev Kumar mengadu sakit dan kali ini beliau telah dimasukkan dalam wad (hospital Taiping) kerana keadaan yang serius," katanya lagi dalam aduan polis itu.

Seminggu kemudian, tambahnya, suaminya dibawa keluar dari hospital tersebut. "Namun, beliau kini menggunakan kerusi roda untuk kehidupan hariannya kerana kaki dan tangan sebelah kiri tidak lagi berfungsi dan beliau menjadi lumpuh," katanya.

"Akibat kesihatan beliau yang amat teruk, kini suami saya telah kehilangan berat badan yang amat banyak. Beliau sentiasa kelihatan tidak bermaya dan sakit."Syed Ibrahim pula, dalam kenyataannya, berkata Sanjeev Kumar ditahan di kem tersebut atas tuduhan "agen perisik asing."...

No comments:

Post a Comment