Ibu pejabat DAP dibaling bom petrol |
May 15, 08 2:34pm sumber : Malaysiakini |
Ibu pejabat DAP Perak di Ipoh menjadi sasaran tiga bom petrol yang dibaling oleh orang yang tidak dikenali awal pagi tadi. Pengerusi DAP Perak yang juga exco kanan kerajaan negeri, Datuk Ngeh Koo Ham memberitahu Malaysiakini bahawa beliau percaya serangan itu bermotifkan politik. Ngeh mengecam serangan tersebut dan menggesa pihak-pihak yang bertanggungjawab melakukannya supaya "menghormati kerajaan negeri yang baru yang dipilih oleh rakyat". “Walaupun beberapa tingkap sahaja yang pecah, tetapi kita memandang serius perkara ini," kata Ngeh, yang meninjau pejabat tersebut bersama dengan beberapa pemimpin DAP yang lain. Polis: Kes dalam siasatan Ketika dihubungi, seorang anggota polis berkata, kes tersebut dalam disiasat dan sehingga ini tiada sebarang tangkapan dibuat. Menurutnya, kes tersebut diklasifikasikan sebagai "merosakkan harta". “Kita tidak dapat mengklasifikasikannya sebagai jenayah kerana ia membabit orang yang tidak diketahui," katanya. Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengesahkan sama ada insiden bermotifkan politik sepertimana yang didakwa oleh Ngeh.
|
Ayuh, bangkitlah. Saya percaya, setiap anak Pahang mempunyai darah kepahlawanan Mat Kilau, setiap anak Perak mempunyai semangat menentang penjajahan Datuk Maharajalela, setiap anak Terengganu mempunyai resam Rahman Limbung, dan akhir sekali, setiap anak Malayu mempunyai darah Jebat dalam memartabatkan keadilan. Bangkitlah bangsaku, menentang penjajah era baru, Kerajaan Penjajah. - Edy Noor Reduan
No comments:
Post a Comment