Saturday, May 10, 2008

Gabem: 30% saham Bernas dikuasai negara luar

Oleh Malaysiakini

Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) mendakwa 30 peratus saham Padiberas Nasional Bhd (Bernas) dikuasai oleh sebuah negara luar.

Bernas merupakan sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.

"Saham Bernas telah dibeli secara konsisten oleh pihak tertentu sehingga mereka kini menguasai 30 peratus sahamnya," kata pengerusi Gabem, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.

Ekoran itu, Bernama memetik beliau sebagai meminta kerajaan menyediakan dana untuk membeli semula semua saham yang dimiliki oleh syarikat luar itu dan Bernas kembali dikuasai sepenuhnya oleh kerajaan.

"Ini juga untuk mengurangkan permasalahan beras selain lesen pengagihan beras diberikan secara saksama kepada bumiputera," katanya kepada pemberita di Melaka malam semalam.

Rahim berkata, kerajaan diminta menguasai kembali 100 peratus saham Bernas atau memastikan ia dijadikan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) demi menjaga kepentingan nasional ketika krisis makanan kini.

Gabem, tegasnya, tidak mahu Bernas berkongsi kuasa dengan pihak luar berkenaan pada suatu masa kelak dalam menangani hal-hal berkaitan komoditi itu.

edyes wrote:

Dari Lembaga Padi Dan Beras Negara (LPN) kepada Padiberas Nasional Berhad (BERNAS), dapatlah kita ketahui bahwa sesunggunya peluh para pesawah negara dikaut keuntunganya oleh bangsa asing.

Angkara siapakah ini?

Cuba anda fikirkan, adakah kenaikkan mendadak 40-50% harga beras ini dapat dirasai oleh pesawah? Beras-beras yang dijual dengan harga baru ini asalnya dibeli padinya dengan tarif harga padi yang lama.

Bukan sahaja pesawah tidak merasai kenaikkan harga beras ini waima mereka yang bertungkus lumus mengeluarkanya. Malah, 30% yang mengaut keuntungan dari saham BERNAS adalah bangsa asing!! Adilkah kerajaan!

Apakah tujuan BERNAS didagangkan di pasaran saham? Apakah rasionalnya sebuah badan yang menguruskan beras padi negara 'diniagakan' di Bursa Malaysia? Untuk memperkasakan pesawah? Sudah tentu jawapanya tidak lain dan tidak bukan iaitu : Mengaut Keuntungan

Keuntungan atas angin ini permainan siapa?

Inilah salah satu cara orang2 tertentu merobek kekayaan negara, dan yang miskin hanya pesawah kita. Pesawah membanting tulang memerah keringat, tetapi pemegang saham BERNAS yang merasa kemewahanya. Pesawah kita masih sengsara nun di bendang sana.

Rakyat semakin tertekan dengan kenaikkan harga2 barang, kini tambah sengsara dengan peningkatan harga beras. Semua menjamah nasi. Pagi nasik lemak, tengah hari nasik campur, petang bubur nasik, malam nasik goreng kampung. Semuanya nasik, semuanya beras, semuanya padi.

Seperti yang pernah diperkatakan sebelum ini, jika nasib para pesawah beransur baik dengan kenaikkan ini, kita akur dan adalah digalakkan. Tetapi jika nasib mereka serupa sebelum dan selepas kenaikkan hampir 50%, ada sesuatu yang tak kena. Mungkin dasar kerajaan yang tak guna...

Sebagai rakyat biasa, kita tertanya2, mengapa negara pengeluar padi seperti Malaysia merasai kenaikkan yang melampau iaitu sekali ganda. apakah beras itu umpama bijik gandum?

No comments:

Post a Comment