Ada dua perkara ingin dibincangkan di sini.
Perkara yang pertama,
Hari Rabu, 14 Mei 2008. Ada yang mengatakan bahawa hari ini adalah hari lompat melompat. Sama-sama kita tunggu dan lihat sehingga petang ini serta bersedia jika benar2 berlaku pembubaran parlimen.
Pembubaran parlimen? apa kena mengena pembubaran parlimen? seperti yang kita tahu, kerajaan hanya mempunyai satu pilihan sahaja untuk mengelak daripada ditumbangkan oleh Pakatan Rakyat iaitu membubarkan parlimen.
Oleh kerana si pelompat ini melompat bersama kerusi yang telah dimenangi di atas tiket BN, maka dengan pembubaran parlimen ini bakal menyaksikan satu penangguhan kepada pihak Pakatan Rakyat untuk memegang tampuk pemerintahan. Sekali lagi Pakatan Rakyat harus menempuhi PRU malah mungkin menghadapi PRU paling kotor dalam sejarah.
Dengan pembubaran parlimen juga, kerajaan persekutuan akan terselamat walaupun untuk tempoh sementara. Dan percayalah bahwa sekiranya ini berlaku, UMNO dan Barisan Nasional akan berjuang berhabis-habisan untuk mempertahankan nyawanya dalam jasad kerajaan.
Alasan mereka untuk pembubaran? UMNO dan BN pastinya mencabar Pakatan Rakyat supaya menang dengan PRU, bukan dengan lompatan ahli BN kepada PR. Apabila ada pembubaran, maka akan ada lah Pilihanraya Umum. Apabila ada PRU, maka akan ada juga penipuan, dan pengundi hantu dikejutkan semula. Kali ini pengundi hantu ini diminta mengejutkan nenek moyang mereka pula untuk undi yang lebih banyak.
Perkara yang kedua,
Itu jika ada lompatan perintis diikuti jatuhan domino yang dijangka akan melebihi 40 kerusi. Bagaimana pula jika tiada berlaku apa2 hari ini?
Berita mengenai lompatan ini banyak dibawakan kepada kita oleh AgendaDaily. Sebuah tabloid online yang bagi saya merupakan agen kepada UMNO dan BN.
Adalah menjadi satu kemungkinan bahawa peranan Agendadaily itu sendiri menggembar-gemburkan berita lompatan hari Rabu supaya apabila tiada apa2 yang berlaku, rakyat yang mengetahui berita ini akan menjadi muak dengan cerita2 lompatan dan akhirnya akan meluat. Itulah tujuan mereka.
Bagi saya, tidak kiralah ada lompatan berlaku hari ini, atau besok, atau lusa, atau bulan Ogos nanti atau takda langsung, saya akan tetap bersabar dan menanti Harapan Baru Untuk Malaysia Kerana perubahan itu adalah harus demi Malaysia yang lebih adil, lebih berkebajikan dan lebih mapan.
Ada lompat ka, tada lompat ka, sama2 kita tunggu. Walau apa pun, pemimpin sabah sendiri memberi amaran bahwa perkara lompat ini jangan dipandang enteng.
akhir kata, adalah tidak menjadi masalah bagi semua jika tiada berlaku lompatan. Semangat tetap utuh, dan permainan media ini terutamanya oleh agendadaily tiada membuahkan hasil bagi melunturkan semangat waja ini.
EDYES
Kalau nak lompat, lompat sajalah...tak habih-habih nak kata lompat tapi tak lompat jugak. Mcm ni ka pemimpin sekarang? Semuanya ada kepentingan. Kat negara orang, taufan dan gempa bumi dah terjadi. Masih tak sedarkah pemimpin sekarang dengan bala tuhan? Kalau betul pun melompat, apa faedahnya pada majoriti rakyat? Harga barang semakin naik, and practically, our so-called government didn't do anything. Cuma cakap-cakap kosong saja. Dah naik jelak saya dengan isu lompat melompat ni....wek!
ReplyDelete