Tuesday, May 13, 2008

Anwar : Akan Menyaksikan Kekalahan (BN) Cukup Parah

Anwar berteka-teki isu lompat parti

Jimadie Shah Othman May 12, 08 8:42pm

oleh Malaysiakini

Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim masih bermain teka-teki berhubung jumlah ahli parlimen BN yang akan melompat parti dan tarikh sebenar peristiwa besar itu akan terjadi.Beliau berkata pihaknya masih menunggu masa yang sesuai.

"Masa itu bergantung kepada keadaan (sokongan) Umno yang semakin sedikit. Sekarang mereka mulai panik dan memainkan sentimen perkauman, isu kelangsungan masa depan Melayu. Jadi kami rasa biar mereka sambung perdebatan itu. Kita akan mempertimbangkan pilihan kita."

Perubahan besar begini tidak harus dilakukan secara tergesa-gesa. Kita harus beri ruang kepada pimpinan (Pakatan) untuk meneliti semua aspek.

"Dan baiknya ialah apabila kita berikan tempoh, ia dibahaskan di seluruh negara. Jadi dia tidak menimbulkan hal yang agak tegang," katanya di sidang media di pejabatnya di Petaling Jaya petang tadi.

Mengulas jumlah ahli parlimen BN yang sudah berada di pihaknya, Anwar menjawab: "Saya sudah jelaskan, biar Umno dan BN buat spekulasi masing- masing. Kita ambil langkah mengikut peruntukan undang-undang dan prosedur dan kita akan umumkan pada waktu yang tepat.

"Bila sampai waktu, saya bagi notis," katanya, sambil ketawa kecil dan disambut ketawa beberapa wartawan

.Anwar juga berkata, terpulang kepada ahli-ahli parlimen itu sendiri jika hendak membuat pengumuman lebih awal meninggalkan BN. "Ada pilihan pada mereka untuk mengumumkan pada masa yang sesuai. Mereka bebas untuk mengumumkan bila masa yang sesuai.

Tugas saya sebagai memimpin tiga parti hanya mengumumkannya mengikut jadual," katanya.

Tentang langkahnya bertanding dalam pilihanraya kecil untuk dilantik sebagai seorang ahli parlimen, Anwar berkata beliau mempunyai pilihan sama ada untuk bertanding sebelum atau selepas pembentukan kerajaan baru.

"Kita mempertimbangkannya kedua-duanya (pilihan). Berlawan dalam pilihanraya dan membentuk kerajaan," katanya.Mengulas kenyataan menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa kegiatan lompat parti sebagai tidak bermoral, Anwar menjawab perkara itu bergantung kepada keadaan."Yang dimaksudkan dengan tidak bermoral (oleh Nik Aziz) itu apabila ada kaedah membeli orang," katanya.

"Kita tahu proses pilihanraya banyak penipuan. Pilihanraya yang dilaksanakan pada 8 Mac itu penuh dengan penipuan termasuk pembatalan dakwat. Kerusi yang wajib dimenangi, dikalahkan dengan cara tipu-helah," tambahnya.

Beliau mengulangi kenyataan awalnya bahawa dasar lompat parti yang sedang diusahakannya tidak melibatkan duit tetapi kesediaan wakil BN mengikut agenda parti-parti pembangkang."Banyak ahli dan kawan kita daripada BN, termasuk juga mereka di Sabah dan Sarawak sedar bahawa berlaku penipuan pada pilihanraya lalu. Tiada harapan untuk perubahan atau reformasi yang bermakna dalam pemerintahan sekarang atau bawah kerajaan pimpinan Umno," katanya.

Ditanya tentang kemungkinan BN membubarkan parlimen untuk mengelakkan peralihan kuasa melalui langkah lompat parti, Anwar tidak menolak kemungkinan itu.Beliau berkata jika pilihanraya umum yang baru diadakan, beliau berharap ia tidak dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang sedia ada."Saya yakin ia (BN) akan menyaksikan kekalahan cukup parah," katanya.

Mengulas isu pengerusi DAP Karpal Singh yang didakwa mempertikaikan kuasa Raja-raja Melayu, Anwar berkata media yang dimiliki Umno terus-terusan cuba menggambarkan pembangkang tidak menghormati institusi raja.

Dalam perbincangannya dengan Karpal, tambah bekas timbalan perdana menteri itu lagi, ahli parlimen Bukit Gelugor "tidak bermaksud menyinggung atau tidak menghormati kedudukan Raja-raja Melayu".Beliau juga menganggap siasatan polis terhadap Karpal menunjukkan pihak berwajib menggunakan piawaian yang tidak konsisten apabila penghinaan terhadap institusi raja yang jelas seperti di Terengganu dilambat-lambatkan siasatannya.

"Ketua polis negara hanya menyegerakan siasatan terhadap ahli parlimen pembangkang," katanya."(Keadaan) ini mengesahkan kebimbangan rakyat selama ini bahawa dalam badan kehakiman, dalam siasatan polis, dalam pendakwaan Jabatan Peguam Negara, tidak banyak perubahan selepas pilihanraya yang lalu."


sripetaling wrote:

Berdasarkan perkembangan-perkembangan panas yang berlaku sejak kemenangan Pakatan Rakyat pada PRU yang lalu,bermula daripada penguasaan 5 buah negeri kemudian pengumuman Anwar Ibrahim pembentukan kerajaan pusat Pakatan Rakyat InsyaAllah pada 16 september 2008 nanti seterusnya berita kemasukkan 16 atau 17 MP BN ke dalam Pakatan Rakyat pada hari esok ( Rabu -13Mei 2008) dan kenyataan 2 MP dari BN Sabah dalam parlimen baru-baru ini sudah pasti meletakkan UMNO dalam keadaan bercelaru dan tidak tidur lena.

Tapi kalau kita membaca kenyataan yang terakhir yang dikeluarkan oleh Anwar pada hari semalam , mungkin ianya akan meletakkan politik Malaysia dalam keadaan yang lebih getir sejak negara kita merdeka pada tahun 1957.

Malaysiakini melaporkan bahawa Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan parlimen dibubarkan untuk menghalang pihak Pakatan Rakyat daripada membentuk kerajaan pusat!

Keadilan online juga turut melaporkan perkara yang sama! ini menunjukkan berita pembubaran parlimen bukan sekadar berita murahan tetapi ianya mungkin menjadi satu kenyataan!

Umno tidak akan membiarkan sama sekali kerajaan yang berusia lebih kurang 50 tahun itu tumbang dengan begitu saja, pasti mereka akan menggunakan pelbagai tektik dan tipudaya untuk menghalang Pakatan Rakyat ini merealisasikan impian mereka.

Berita ini hendaklah diambil perhatian olehh seluruh kepimpinan PAS dan parti komponen PR yang lain supaya mereka memperkukuhkan gerak kerja parti dan INGATAN UNTUK PAS AGAR TEMPAT -TEMPAT YANG TEWAS BARU-BARU INI HENDAKLAH DIGERAKKAN UNTUK MENAWANNYA KEMBALI UNTUK MEMBENTUK KERAJAAN YANG KUKUH DAN BUKAN SEKADAR SEBAGAI PARTI PELENGKAP!

Umno akan menggunakan pelbagai tektik kotor untuk memastikan mereka menyapu bersih kerusi yang dimenangi oleh PR baru-baru ini. Di bawah ini sedikit keratan daripada kenyataan Anwar Ibrahim mengenai kemungkinan Parlimen dibubarkan :"Beliau mengulangi kenyataan awalnya bahawa dasar lompat parti yang sedang diusahakannya tidak melibatkan duit tetapi kesediaan wakil BN mengikut agenda parti-parti pembangkang.

"Banyak ahli dan kawan kita daripada BN, termasuk juga mereka di Sabah dan Sarawak sedar bahawa berlaku penipuan pada pilihanraya lalu.

Tiada harapan untuk perubahan atau reformasi yang bermakna dalam pemerintahan sekarang atau bawah kerajaan pimpinan Umno," katanya.

Ditanya tentang kemungkinan BN membubarkan parlimen untuk mengelakkan peralihan kuasa melalui langkah lompat parti, Anwar tidak menolak kemungkinan itu. Beliau berkata jika pilihanraya umum yang baru diadakan, beliau berharap ia tidak dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang sedia ada.

"Saya yakin ia (BN) akan menyaksikan kekalahan cukup parah," katanya.

Tapi sebelum menutup artikel saya ingin merayu kepada Sultan Mizan selau sebagai Pemimpin tertinggi dalam hiraki pemerintahan di Malaysia yang berjiwa rakyat agar dapat menghalang dan tidak membenarkan Parlimen dibubarkan oleh UMNO ..WaAllahua'lam

No comments:

Post a Comment