BMC: Ahli parlimen Segambut dibelasah
sumber berita dan gambar : Malaysiakini
Polis menggunakan meriam air serta menembak gas pemedih mata untuk menyuraikan kira-kira 500 penduduk di Bandar Mahkota Cheras (BMC) malam tadi.
Dalam kejadian itu, ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng dan pengerusi jawatankuasa buka jalan BMC didakwa dipukul oleh anggota polis berpakaian biasa.
Ianya berlaku sejurus selepas Lim tiba di tempat kejadian pada kira-kira jam 10 malam untuk memberi sokongan kepada penduduk yang berkumpul di persimpangan Bandar Tun Hussien Onn dengan Lebuhraya Kajang-Cheras
Syarikat konsesi Grand Saga Sdn Bhd sedang membina benteng penghadang - untuk kali ketiga - bagi menyekat jalan pintas di situ digunakan penduduk bagi mengelak bayaran tol.
Ekoran itu, penduduk kini terpaksa memandu sejauh enam kilometer lagi dan membayar tol 90 sen kepada Grand Saga.
Ketika Lim tiba di situ, polis sedang memantau penduduk yang berhimpun mengelilingi pekerja Grand Saga yang sedang bekerja memasang tembok konkrit.
Lim kemudian berjalan ke arah pekerja Grand Saga dan anggota polis di situ untuk bertanya siapa yang menyelia kerja-kerja membina tembok tersebut.
Selepas gagal mendapat sebarang jawapan, Lim mencabut wayar dari mesin yang digunakan oleh pekerja untuk mengimpal batang besi pada tembok konkrit itu (kiri).
'Saya disembur, dipukul'
Tanpa mesin kimpan itu, pekerja Grand Saga beredar, menyebabkan penduduk berasak-asak melepas kawalan polis dan bertindak memusnahkan tembok yang separuh siap itu dengan tangan.
Penduduk yang gembira melihat apa yang berlaku, terus mengangkat dan melambung Lim beberapa kali tetapi suasana kembali tegang apabila polis pencegah rusuhan mengarahkan orang ramai supaya beredar.
Lim cuba menghalang sebuah trak meriam air dengan berdiri di depannya. Menurut Lim (foto kiri), beberapa anggota polis mengheretnya dan berlaku kekecohan.
"Mereka mengheret saya ke tepi dan menyembur pemedih mata ke muka saya. Saya tidak dapat melihat. Mereka tumbuk dan tendang saya," katanya kepada pemberita kira-kira dua jam selepas kejadian tersebut berlaku.
Ahl exco kerajaan negeri, Ean Yong Hian Wah yang berada di tempat kejadian, memberitahu pemberita bahawa polis berhenti memukul Lim selepas diberitahu bahawa Lim adalah seorang ahli parlimen.
Dipukul depan pemberita
Lim, seorang peguam, memang dikenali penduduk di situ kerana beliau pernah menjadi penasihat undang-undang kepada jawatankuasa buka jalan BMC.
Sementara itu, pengerusi jawatankuasa tersebut, Tan - apabila melihat Lim dipukul - terus bergegas untuk membantunya.
Ekoran itu, Tan juga didakwa turut dibelasah dan kemudiannya ditangkap. Para saksi mendakwa, beliau dipukul di perut oleh seorang anggota polis berpakaian biasa di hadapan para pemberita dan jurugambar.
Tan kemudiannya dibawa dari situ dengan kereta polis manakala seorang penduduk membawa Lim dan Ean ke sebuah klinik berhampiran. Tan dibebaskan dengan ikatjamin pada jam 3 pagi.
Ketika itu, polis telah menembak meriam air, tetapi apabila tindakan itu masih gagal menyuraikan orang ramai, mereka melepaskan tiga kali tembakan gas pemedih mata. Orang ramai akhirnya bersurai.
Ketika ditemui pemberita malam tadi, timbalan ketua polis Kjang, Supt Toha Abdullah mendakwa beliau tidak tahu mengenai tindakan polis memukul Lim.
Katanya, pihak polis terpaksa bertindak menyuraikan orang ramai kerana mereka "menggangu tugas keselamatan pihak polis”.
Sebelum ini, dua penduduk BMC telah ditahan. Ketika dihubungi tengah malam tadi, ketua polis Kajang, Shakaruddin Che Mood berkata pihak polis belum memutuskan tuduhan terhadap mereka yang ditahan itu.
edyes wrote:
Masalah ini belum selesai dan semakin parah sehingga seorang Ahli Parlimen dipukul, dibelasah dan disembur. Ianya berlaku dihadapan wartawan.
Tidak ada etika kah polis-polis di Malaysia ini??
Apa hak mereka untuk memukul seorang ahli parlimen? Adakah demi untuk mencapai matlamat sebagai sebuah 'Negara Polis'??
Masalah ini juga telah lama berlaku, mengapa tiada langkah penyelesaian? Apalah salahnya, dalam keadaan rakyat yang semakin tertekan dengan kenaikkan harga barang, Kerajaan memberi 'pelepasan' kepada penduduk untuk menggunakan jalan tersebut.
Adakah Matlamat kerajaan itu sendiri untuk melihat rakyat semakin susah?
Kerajaan ditubuhkan untuk meringankan beban rakyat...
Kerajaan ditubuhkan untuk mempermudahkan rakyat...
Kerajaan ditubuhkan untuk membela nasib rakyat...
Kerajaan ditubuhkan untuk mempertingkatkan kehidupan rakyat...
Kerajaan ditubuhkan untuk menjaga kebajikan rakyat...
Kerajaan ditubuhkan untuk rakyat dan kerajaan ditubuhkan daripada amanat rakyat!!
saya penduduk BMC yang turut merasa keoedihan gas pemedih mata polis yang akalnya sedikit kurang pada malam semalam. Betapa zalimnya polis malam tersebut dengan menembak air gatal dan gas pemedih mata kearah penduduk rakyat malaysia yang berbilang kaum tak kira usia bersatu hati menuntut hak keselesaan sebagai rakyat malaysia. Yang dikesalkan ialah sikap pihak kerajaan yang hanya menyalahkan penduduk tampa mengambil kira masalah penduduk yang tertindas.
ReplyDeleteKepada YB pakatan rakyat khususnya dari Keadilan dan Pas lebihkan usaha anda membantu kami tunjukkan keperihatinan anda. kami penduduk BMC sudah dua malam menyinsing lengan untuk meruntuhkan tembok yang dibina oleh Gran Saga. Turunlah lebih kerap sebagai tanda sokongan anda terhadap kami. kami tidak meminta wang ringgit tetapi sekadar sokongan sudah mendai bagi kami untuk terus berjuang menuntut hak kami.
Kami hanya menuntut hak untuk membuka jalan kami secara sah ke Lebuhraya tampa membayar tol dan jarak perjalanan yang dekat tampa kesesakan. Tampa sesen pun duit Grand Saga digunakan untuk membina jalan ini tetapi semuaya duit pembeli rumah BMC. kami akan terus berjuang sehingga jalan ini dibuka dengan sah.
PDRM ni bila rakyat kutuk mereka, mereka marah. tapi nampak jelas di depan mata tindakan mereka yang berat sebelah, takkan tak kata, benda betoi, takkan nak duduk diam. Yang kena belasah tu bukan warga asing yang menetap di malaysia
ReplyDeleteDi Pulau Pinang bila UMNO buat demo di Komtar, mereka ada namun bertindak mengawal keselamatan sahaja. Kenapa tak belasah juak-juak UMNO tuh yang telah pun diberi peluang memerentah tapi mengabaikan rakyat sebelum ini. Juak UMNO yang bodoh di Pulau pinang tak sedar diri bahawa orang Melayu Pulau Pinang telah menolak mereka.
Apa salahnya PDRM mengawal keadaan menjadi moderator kepada situasi. Kenapa nak dibelasah orang awam yang tidak bersenjata. Bila rakyat bersalah mereka terus humban naik Black Maria tapi sekiranya mereka bertindak salah, tersilap sepak terajang YB yang datang memihak kepada rakyat, siapakah yang menghukum mereka? Polis pun orang jugak, lapar kena makan nasi, sakit kena makan ubat takkan tak buat salah. Hampa bukan tuhan.
Oi Musa Hassan, Janganlah hanya revamp pada motto PDRM sahaja, yang penting sikap dan akidah hampa kena pebetulkan dahulu.