Sunday, April 6, 2008

Sudah Lupakah Apa Itu Pakatan Rakyat ?

Baru berapa hari Pakatan Rakyat telah ditubuhkan, seharusnya persefahaman yang di bina itu akan lebih mantap dan tiada 'leaking' yang membolehkan Barisan Nasional yang agak kritikal itu membuat 'turning point'! Di saat kita menunggu detik paklah meletakkan jawatan, dengan mudah mereka mengalihkan tumpuan seluruh negara untuk menyaksikan pertandingan lawan pedang diantara kit siang dan PAS !!

Sedar atau tidak, setelah kita berjaya di 'stage' yang pertama iaitu menidakkan majoriti 2/3 BN, kita terlupa agenda utama kita. Segala usaha dan usahasama yang diusahakan 24jam sewaktu menghadapi PRU12 tempohari akan menjadi sia-sia. Ramai orang melayu yang mengundi DAP akan menyesal dengan perkembangan ini begitu juga sebaliknya, orang cina yang mengundi PAS juga akan menyesal manakala orang india akan pening kepala...

Kenapa terburu-buru? kenapa begitu melayani wartawan? tidak cukupkah publisiti yang sedia ada? adakah YB lim kepingin untuk masuk tv3 lagi? atau karpal singh berangan menjadi karam singh..? umumnya semua telah ketahui akan akibat daripada sebarang komen yang memainkan sensitiviti penubuhan negara Islam. Ini adalah modal utama BN untuk melagakan DAP dan PAS !!!

DAP dan PAS sedar akan perkara ini kerana masing2 telah lama berpolitik! Dalam pada menubuhkan Pakatan Rakyat, segala perkara yang berkaitan dengan penyimpangan idealogi seharusnya dicari jalan penyelesaian yang muktamad!! Dalam konteks masalah Lim-Karpal dan PAS, adakah tuan2 yang bijak pandai ini masih perlukan DSAI untuk menyelesaikan masalah? DSAI memang berwatak 'problem solver' dengan ketrampilan karismanya serta kebijaksanaanya dalam berdiplomasi.

kepada YB Lim dan DAP, apakah masalah anda jika negeri2 seperti Kelantan, Terengganu(bakal), Kedah dan Perlis mengamalkan dasar Islamic law as Islamic state? tidak boleh compromi kah? ataupun anda2 di penang sana jelousy kepada parti PAS yang kini diterima oleh non-muslim (kebanyakanya indian) dengan penubuhan kelab penyokong PAS? Ingin diketahui juga adakah DAP lebih rela BN memerintah(sambil merompak) sampai bila-bila berbanding dengan jika PAS yang menegakkan negara Islam?

Adakah anda 'terasa' kerana non-muslim ini tidak menyertai DAP sebagai tunjang parti untuk mereka..? Ya, memang ada sekumpulan bekas MIC yang bertindak keluar dari parti sami velue lalu menyertai kelab penyokong PAS dan mereka berbuat demikian kerana mereka yakin bahawa pimpinan PAS yang berlandaskan islam MAMPU berlaku adil !! Wahai DAP, jika mahu terus memerintah P.Pinang dan bersama-sama dengan melayu untuk memerintah Malaysia suatu hari nanti, tolonglah memahami sensetiviti orang melayu yang beragama Islam. Sedikit pengorbanan untuk kebahagiaan bersama, secubit pengorbanan untuk sebuah tumbukan padu maut kepada BN !

Mereka yang bukan islam menerima identiti PAS sebagai 'moderate Islamist' manakala DAP pula sukar diterima oleh orang melayu kerana beberapa isu yang dibangkitkan adalah seperti menikam orang Islam itu sendiri. Walaubagaimanapun, tiada pilihan lain untuk 'mengajar' BN dalam PRU12 dengan membuang undi kepada DAP dan dalam masa yang sama, kita juga 'expecting' sesuatu yang baik dari DAP untuk bangsa selain cina setelah kemenangan banyak dicapai terutamanya kemenangan sebuah negeri di utara. Sebuah negeri ! bukan sebuah kerusi atau sebuah daerah!

Sekarang, tolong kembali kepada agenda asal. Segala ketidak-serasian sepatutnya dihindar jauh-jauh, segala kemushkilan direnungi oleh maklumat / panduan / 'manual' yang logik dan sahih, segala pertembungan idealogi disudahi dengan kompromi 'win-win situation', segala keretakan ditampal dengan semangat setiakawan, sudah lupakah apa itu Pakatan Rakyat?

Kepada Pakatan Rakyat, kelahiran ini telah lama dinanti. Bila sudah bersatu, bermuafakatlah... Melayu-Cina-India-Iban-Kadazan semua boleh hidup bersama, sekarang masanya untuk memperbaiki kehidupan itu demi masa depan yang lebih cemerlang dan Malaysia yang lebih mapan!! Gunakan kebijaksanaan anda dan yakinlah kami rakyat akan sentiasa berjuang untuk anda. Jangan persiakan perjuangan kami.

YB YB semua, sekarang masa untuk bekerja... sila pastikan tiada 'longkang' yang tersumbat di tempat jagaan anda agar 'banjir' tidak lagi berlaku!

oleh Edy Noor

No comments:

Post a Comment