PKR: Rundingan lompat parti 'lancar'
Muda Mohd Noor Apr 10, 08 11:38am (sumber malaysiakini)
Rundingan PKR dengan ahli-ahli parlimen BN "berjalan lancar" dan perkembangan lompat parti itu akan diumumkan "bila tiba masanya", kata seorang pemimpin kanan.
"Mereka menunjukkan respon yang positif," kata naib presiden parti pembangkang itu, Azmin Ali.
"Kita tidak menawarkan wang kepada ahli parlimen tersebut. Tetapi perjuangan untuk membela rakyat dan negara."
PKR juga akan menfailkan petisyen pilihanraya berhubung dakwaan "penyelewengan SPR" ketika pilihanraya umum baru-baru ini. Ia juga mengumumkan sambutan kembalinya penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam arena politik selepas larangan bergiat aktif selama lima tahun.
Perhimpunan itu akan diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di ibu negara pada Isnin depan.
'Black 14, atau pernah disebut 'Gelita 14', disambut setiap tahun sebelum ini bersempena tarikh Anwar dijatuhkan hukuman bagi kes pertama pada 1999. Sambutan ini pada tahun-tahun awal 2000-an biasanya bersifat demonstrasi besar-besaran di Kuala Lumpur anjuran aktivis Gerakan Reformasi dan penyokong PKR.
Perhimpunan "Menghitung Masa dari Black 14 ke Arah Kemenangan Rakyat" kali ini berbeza, menurut seorang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR Badrul Hisham Shaharin
edyes wrote :
Dalam keadaan yang agak kritikal ini, kita menyaksikan masih ada harga barang2 yang naik secara mendadak !! ianya termasuklah segala jenis mee dan juga beras di certain tempat !
Dengan gerakan yang hebat ini !! Sama-sama kita nantikan kemuncaknya !! Servis pemerintahan harus bertukar tangan dengan segera !!!
Bersedialah untuk apa jua kemungkinan yang berlaku. Saya percaya semua sudah bersedia berganding bahu dalam menuju ke arah 'Malaysia Madani' !!!
Saudara dan saudari sekalian, kita bukan tak boleh bersabar, tetapi setiap detik yang berlalu itu merobek kantung2 'uwang' rakyat oleh pemimpin yang rakus !!!
Saudara dan saudari sekalian, kita bukan tak boleh bersabar, tetapi setiap detik yang berlalu itu merobek kantung2 'uwang' rakyat oleh pemimpin yang rakus !!!
>
Bukan kita tidak boleh menunggu, tetapi setiap saat yang berlalu itu, 'mereka' akan lebih bersedia untuk melarikan 'uwang' rakyat, kerna mereka sedar masa yang tinggal untuk mereka berbuat demikian berada dipenghujungnya!!
>
Mereka juga tahu bahwa inilah musim tuaian yang terakhir buat mereka!!
>
Jadi, sebelum mereka merompak dengan lebih sadis lagi, adalah lebih baik kita BERTINDAK !!!
>
REFORMASI !!!
>
Kita pun tidak mahukan keganasan... kita mahu perubahan ini berlaku dengan aman. oleh demikian, ketenangan dan ketabahan saudara dan saudari rakan seperjuangan sekalian adalah dituntut sama sekali agar kempen peralihan kuasa ini berlaku dengan sempurna. Kita rrrrrobohkan UMNO buat selama-lamanya !!!! ALLAH HUAKBAR !!!
>
>
Takbir !!
REFORMASI !!!
Rata2 rakyat mengeluh. Di Miri, saya pg mana kedai/ supermarket harga barang naik mendadak. Ramai pembeli saya jumpa mengeluh. Ada yg mengata, bawa rm100.00 sekarang ni tak nampak apa pun yg di beli.
ReplyDelete