Monday, March 24, 2008

TUANKU USAH GENTAR, KAMI HAMBA RAKYAT BERSAMA TUANKU


oleh : ning

ASSALAMUALAIKUM...

AMPUN TUANKU SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN ....

Ampun tuanku,Kelmarin terpahat satu lagi sejarah ditanah air payung pemerintahan tuanku bila watikah perlantikan MB diserahkan kepada mat said. Terpahat sejarah tuanku bertindak tegas dan mengikut saluran undang undang yang mengizinkan tuanku membuat pilihan siapa patut menjadi memanda menteri.

Patik hamba rakyat menjunjung kasih dan merapatkan janji taat setia tanpa belah bagi kepada keputusan tuanku itu walaupun di sana ada segelintir rakyat tuanku yang berperangai seperti beruk beruk di jalanan. Usah khuatir, usah bimbang dan usah ragu tuanku telah membuat keputusan terbaik berdasarkan plihan yang ada. Patik hamba rakyat akan berada dibelakang dan didepan tuanku untuk mempertahankan keputusan ini.

Ampun tuanku sembah patik harap diampun,Rakyat jelata sudah lama menderita kerana kerakusan manusia berupa beruk bernama matyeh. Dulu rakyat tuanku ditembak disepak diterajang dengan sewenang wenangnya. Sekarang matyeh hina tuanku lagi. Ungkapan natang menunjukan matyeh sudah hilang akal dengan keputusan tuanku.

Patik rapatkan sembah pohon tuanku tegas dengan keputusan ini. Biarkan matyeh terus gelabah dan biarpun matyeh bawak semseng jalanannya dan biarpun matyeh gila babi meroyan tuanku jangan ubah keputusan ini. Biarpun peguam negara berjumpa tuanku biarpun pok dollah kutuk tuanku biarpun beruk khairi hantar samseng biarpun patrick badawi tawar jutaan ringgit tuanku tak usah layan puak beranok beruk ini biarpun apa berlaku tuanku tetap dengan keputusan tuanku.

Patik hamba rakyat berjanji taat setia bersama tuanku dan bilamana tuanku memukul gedok memanggil, akan bersegeralah patik patik mengumpulkan hamba rakyat untuk mempertahankan tuanku. Raja berdaulat raja disanjung, sultan payung rakyat. Itulah tekad patik patik yang bernaung di negerimu Terengganu Daruliman. Daulat Tuanku.


edyesdotcom wrote :

DAULAT TUANKU !!

DAULAT TUANKU !!

DAULAT TUANKU !!

DEMI RAJA, DEMI SULTAN, DEMI YANG DIPERTUAN BESAR, DEMI DULI YANG MAHA MULIA SPBYDP AGUNG, PATIK RELA BERJUANG HINGGA KE TITISAN DARAH YANG TERAKHIR !!


No comments:

Post a Comment