Friday, March 21, 2008

Perbincangan DSAI Dengan Wakil BN






Malaysiakini melaporkan, memetik satu sumber dekat dengan Richard, wakil Serian telah menyerahkan surat keluar parti kepada Chan pada hari yang sama Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan barisan kabinetnya.

Chan kemudian dilaporkan menghantar setiausaha agungnya Sim Kheng Hui pergi memujuk Richard tetapi gagal menemuinya, kata sumber itu.Hari ini Chan dilaporkan berkata Richard gagal dihubungi dan sehingga kini ahli parlimen itu sendiri belum membuat kenyataan.

Sementara itu, penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui berbincang dengan wakil-wakil BN di Semenanjung, bukan hanya dari Sabah dan Sarawak, berhubung kemungkinan perpindahan mereka kepada parti-parti pembangkang. Menurut satu laporan, Anwar berkata bukan tradisi partinya membeli wakil-wakil rakyat tetapi "ia menjadi amalan Umno dan BN". Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan hormat ke pejabat Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini.

Turut hadir, lapor laman web New Straits Times, presiden parti Dr Wan Azizah Wan Ismail dan naib presidennya Dr Lee Boon Chye.

edyesdotcom wrote :

Hidup Anwar Ibrahim !!

Perjuangan Rakyat... Barisan Rakyat !!!

No comments:

Post a Comment