Tuesday, April 1, 2008

Mahathir 'lebih bisa' dari blog: Zam





Mahathir 'lebih bisa' dari blog: Zam



Mar 31, 08 10:43am
Kemaskini 9:55pm;


Semalam, Datuk Seri Zainuddin Maidin mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad wajar dipersalahkan atas kekalahan memalukan BN dan Umno dalam pilihanraya umum lalu. Hari ini, bekas wartawan kanan kumpulan Utusan Melayu Bhd yang dianggap dekat dengan Dr Mahathir, meneruskan kritikannya dengan menyifatkan mantan perdana menteri itu "api dalam sekam" Umno.



Bekas menteri penerangan itu berkata kenyataan Dr Mahathir yang kesal melantik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai penggantinya menggugat Umno dan memaksa parti itu mengumpul tenaga mendapatkan sokongan."Tidak dinafikan kenyataan itu merupakan 'api dalam sekam' yang terus merebak di dalam Umno," kata Zainuddin dalam satu kenyataan.



Kecaman bekas presiden Umno itu, tambahnya, secara terbuka sejak 2006 menyebabkan kewibawaan Perdana Menteri terhakis, lapor Bernama malam ini.




edyesdotcom wrote:

Dah memang dasar tak sedar diri ! inilah sikap orang-orang UMNO yang tidak dapat menerima kekalahan lantas menudingkan jari kepada 'orang' lain. Rakyat semua telah bijak menilai mana yang betul dan mana yang palsu, mana satu permata dan mana satu kaca. Muak dan jelak apabila membaca satu demi satu perenggan artikel di atas, seperti telah tahu segala isi-isinya yang ternyata kekeringan modal!!

Bisa..? Memang Dr. M berbisa. Bermakna zam juga mengakui yang paklah itu tiada bisanya, kenapa nak bandingkan dengan blogers pulak ??? putar alam punyer mamak!! saya bukan menghina mamak, mamak juga adalah saudara seislam tetapi mamak seperti zam ini memutar belitkan fakta dan satu cubaan yang baik untuk mengalihkan perhatian. Sekali lagi kami bersuara "Kami rakyat Malaysia tidak bodoh lagi, kami sudah pandai menilai antara penipuan dan kebenaran, antara yang baik dengan yang buruk, antara yang hitam dengan yang putih, dan antara sandiwara dan realiti sebenar!"


Wahai bekas menteri penerangan yang tak 'terang', bawak-bawak LAH diri tu ke dasar kehidupan sebenar. Jangan kau mainkan lagi perasaan dan sentimen rakyat. UsahLAH kau sibuk lagi untuk memberi komen yang tidak releven. Dan satu lagi, jika zam ada masa, sila hadir ke kelas tuisyen bahasa Inggeris, anak buah saya punyer english lagi baik, bukan satu tapi dua kali lebih bagus dari anda, mantan menteri penerangan...

No comments:

Post a Comment