1. GEGAR Akan Menggegar!
Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) bercadang meneruskan misi menuntut kerajaan Pusat membayar royalti minyak kepada rakyat Kelantan melalui satu perhimpunan sempena lawatan Najib Razak ke Kelantan esok.
Setiausahanya, Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata Gegar akan meneruskan hasrat murninya itu sehingga episod tuntutan tersebut menemui garis penamatnya.
Kain rentang bersaiz 4 x 20 kaki yang bertulis "PM: MANA DUIT ROYALTI KELANTAN RM2 BILLION?? akan dinaikkan oleh pengGEGAR!
2. Pembinaan Istana Negara - Tanpa Tender Terbuka, Tanpa Jaminan!!
Keselamatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bakal dalam keadaan berbahaya, kata ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming kerana seorang daripada kontraktor yang dipertanggung-jawabkan membina laluan ke istana baru itu adalah kontraktor yang sama membina Stadium Gong Badak di Kuala Terengganu yang runtuh tahun lalu.
Pada kejadian itu, struktur bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang bernilai RM300 juta itu runtuh, kurang setahun selepas siap pada 2008 dan digunakan sempena Sukan Malaysia Ke-12 (Sukma) yang Terengganu menjadi tuan rumah. Ia kini tersadai tanpa sebarang usaha pemulihan.
3. ADUN Malim Nawar
Pakatan Rakyat membuka ruang kepada semua ahli parti, ahli DUN dan juga ahli Parlieman, supaya membuat keputusan samada untuk kekal bersama PR ataupun keluar menjadi bebas-BN-friendly. Pastikan tidak kembali ke Pakatan Rakyat sebelum PRU-13 bermula kerana tiada lagi tempat bagi katak-katak seperti anda!
Hiduplah dengan duit yang berjuta itu, pastinya akan cepat habis untuk orang-orang pengkhianat seperti anda (yang melompat).
4. Siapa First Lady?
Siapa peduli?
5. Inkues Teoh Beng Hock
Adakah pemuda ini akan dapat pembelaan setimpal?
When Injustice Became Law, Resistence Become Duty !!!
Ayuh, bangkitlah. Saya percaya, setiap anak Pahang mempunyai darah kepahlawanan Mat Kilau, setiap anak Perak mempunyai semangat menentang penjajahan Datuk Maharajalela, setiap anak Terengganu mempunyai resam Rahman Limbung, dan akhir sekali, setiap anak Malayu mempunyai darah Jebat dalam memartabatkan keadilan. Bangkitlah bangsaku, menentang penjajah era baru, Kerajaan Penjajah. - Edy Noor Reduan
Wednesday, June 16, 2010
Tuesday, June 15, 2010
Hadi Awang Enggan Beri Jaminan Gabungan PAS-UMNO TIDAK BERLAKU Bawah Kepimpinan Beliau!!
Projek Langgar Hadi 2010 (Cubaan 3)
Oleh : AdukaTaruna
1.
Malam percubaan 1 dan 2, kami beredar. Minum di Family Kopitiam Taman Bendahara untuk berbincang plan selanjutnya. Beberapa rakan mula meminta diri untuk pulang. Tinggal gua dan Edyesdotcom.
Then kami berjumpa dengan seorang lagi sahabat. Menilai kembali kelemahan untuk kaizen. Hadi tidak boleh dilepaskan. Kerana kami adalah kumpulan miskin. Allah telah takdirkan satu kemudahan kepada kami. Tidak boleh lepas.
Setelah berbincang + merapu, kami pulang. Pukul 4 pagi. Piala Dunia kami ketepikan. 4 pagi belum boleh tidur. Edit video. Video dah diedit untuk beberapa keperluan, tetapi kami tidak 'cut'. Tidak potong. Lu boleh tengok kami tidak sembunyikan apa2, termasuk suara gua yang agak tercungap kejar Hadi masa Cubaan 1.
Jujur gua cakap, nak Langgar Hadi niat kena sentiasa bersih. Kalau ada sekelumit niat 'geram' memang ada sahaja masalah menghalang. Satu contoh gua bagi ialah komputer gua tiba2 sound boleh ghaib. Terus teringat soal niat. Maybe berkobar2 sangat sampai wujud elemen geram.
So, take time balik, tarik nafas, mohon maaf kat Allah, dan alhamdulillah. Sound ada semula. Edyes jadi saksi. Gua dah banyak kali pesan kat dia. Tolong ingatkan gua tentang niat.
2.
Pagi dah bangun. Settlekan tiket bas Edyes. Perdana habes, Transnasional pun habes. Niamakahai. Nasib baik Mutiara ada. Tiket bas Edyes jam 9 malam.
Terus ke CC. Upload perkembangan untuk lu orang. Settle, gua hantar Edyes ke Putik. Gua ke Klinik Kerajaan Pusat. Gua tak berapa 'sihat'. Check punya check, doktor bagi gua 'MC' sehari.
Dalam pukul 3 lebih kurang, gua datang Putik. Edyes sedang kusyuk dengar penggulungan Presiden PAS. Dia ajak gua cari jalan bagaimana nak cuba untuk kali ke 3. Gua plak tengah perah otak nak tetapkan falsafah.
1. Hadi minta gua jumpa Dr. Samsuri. Maknanya dia dah buka pintu depan. Sama ada ikhlas tak ikhlas, terpaksa atau rela gua tak peduli. Kes ni sama macam SP pelawa khidmat dia. Hulur Queen kat gua, gua terus ngap.
So, ketika itu adakah gua perlu 'langgar' Dr Samsuri untuk serahkan surat cabaran debat atau apa sahaja pertemuan khusus PAS REFORM dengan Hadi?
Gua sms spy gua sama ada nampak kelibat Dr Samsuri atau tidak. Spy gua jawab:
"Dr Samsuri tu sapa? Gua tak kenal."
2. Atau gua tetap try langgar dia. Satu peluang ialah ketika Sidang Media. Langgar time Sidang Media? Apakah ketetapan falsafah dalam hal ini? Salah tetap, gua meninggalkan sejarah yang salah kepada generasi depan.
Keadaan semakin mendesak. Gua kena buat keputusan cepat.
"Makan dulu bro.. gua lapar nih." Edyes sound gua.
"Jom."
3.
Time beli makanan, gua dah nekad. Gua serahkan kepada Allah. Kalau Allah takdirkan Hadi untuk gua di Pengkalan Chepa ni, maka itulah yang terjadi.
"Nak makan mana ni bro?"
"Kita lepak kat belakang bangunan (Putik) tuh. Redut sket."
Sampai jer kat belakang, gua ternampak satu kereta yang memang gua pernah tengok. PAS12! Aik? Tengah makan, ada 2 pakcik (ada dalam bidio) sedang siapkan kereta.
"Bro... peluang. Lu rakam dari jauh. Gua tanya Dr Samsuri." (Bidio ada kat Edyes, gua terlupa nak salin.)
"Assalamualaikum, pakcik."
"Waalaikumussalam."
"Minta maaf saya, pakcik. Nak bertanyalah. Dr Samsuri ada tak kat sini?"
"Eh.. ada."
"Nampak dia tak?"
"Dalam dewan rasanya. Kenapa?"
"Begini, kalau saya nak jumpa Dr Samsuri, atas urusan rasmi, bagaiamana ya? Maksd saya, kat mana pejabat dia?"
"Jalan Raja Laut lah. Tapi minggu ni dia takda. Dia kat Besut."
4.
Pendek cerita, Edyes betul. Gua plan nak 'langgar' Dr Samsuri, Allah takdirkan Hadi keluar. Betul jangkaan Edyes untuk tetapkan masa tunggu Hadi di situ. Ketika tu pulak, time tidak sesak. Tak ramai orang. Majority dah balik. Gua rasa macam nak sujud syukur.
Maka bidio Cubaan 3 pun terhasil untuk penilaian lu orang. Kita hanya berhenti ketika waktu perlu berhenti. Selain itu, kita teruskan agenda kita mencilok sistem Islam kerana sistem itulah yang menyelamatkan kita.
Plan seterusnya ialah Langgar Rusila tanpa pengumuman tarikh (bergantung kepada kesesuaian peristiwa yang Allah rencanakan).
Takbir!!!
Monday, June 14, 2010
Dr Mahathir Sokong Pertaruhan Sukan ???
"Orang Cina memang suka berjudi. Jika tanpa lesen, tiada cara untuk tentukan aktiviti perjudian tidak terlalu berleluasa," katanya menyokong tindakan kerajaan yang bercadang mahu meluluskan pemberian lesen judi baru itu. - Dr Mahathir
edyes wrote:
Semua rakyat tahu hubungan antara Vincent Tan dengan Dr Mahathir! Hanya yang dungu sahaja buat tak tahu. Persoalan : Berapa share Dr M dalam BERJAYA Group ??
Sebab itu Dr M kita sokong judi sukan, walaupun dengan membelakangkan agama demi wang ringgit. BERJAYA akan berjaya mendapat keuntungan berbillion ringgit hasil dari kelulusan judi sukan, maka dari sinilah setiap share-holder itu menerima durian runtuh! Boleh buat lagi sebuah mansion di Nottingham Shire untuk cucu tersayang.
Kekayaan hasil penjualan tiket pertaruhan itu menjadikan mereka yang dibelakang tabir untung berlipatganda sedangkan pungutan tiket itu ialah dari duit rakyat-rakyatnya yang terpesong dengan ketelusan kerajaan melancarkan hiburan berbentuk judi sukan.
Ini disamakan dengan pelabur perusahaan babi. Secara tutup mata mereka melabur, babi yang kadar kelahirannya 3 kali setahun dan setiap kelahiran membawa kepada sedozen anak babi. Sebab itulah kita katakan tokey paling kaya ialah tokey babi! Tak kurang kayanya tokey judi!!
Kata Mahathir, pembangkang membantah judi bukan sebab agama tetapi sebab politik, bermakna jelas lagi nyata bahawa Mahathir telah mengamalkan politik suku dan agama suku di sepanjang 22tahun pemerintahan regim Mahathir. Dan legasi ini diteruskan oleh regim Najib-Rosmah.
Sehingga hari ini saya masih menanti sebarang komen dari Dr M berkenaan Tanjung Pagar yang tergadai dan cubaan untuk menukar hak milik Kg Baru. Namun tidak dapat saya temui jawapan dari seorang ultra-melayu! Maka adalah mungkin saya terlupa, hubungan antara dua legasi iaitu Mahathir dan Najib.
Ayuh kita bangkit dengan menunjukkan bantahan terhadap judi suka pada tanggal 3 Julai nanti. Perarakan dari Masjid Negara ke Istana Negara ! Jangan lupa tarikh itu, seluruh kekuatan pakatan rakyat dari setiap cabang dan bahagian, akan hadir menzahirkan bantahan!
Sunday, June 13, 2010
Darah Nik Aziz Mengalir di Muktamar !!!
Kecederaan yang menimpa TG Nik Aziz ketika di saat akhir Muktamar PAS ke 56 ! Difahamkan, jari TGNA tersepit hingga menyebabkan luka yang mengalirkan darah!
Semoga Allah memberi perlindungan total terhadap TG kesayangan kita iaitu TG Nik Aziz Nik Mat...
EDYES - 13 JUNE 2010
Projek Langgar Hadi 2010 (Cubaan 1)
Oleh : AdukaTaruna
Alhamdulillah, walau pelbagai rintangan, Allah izinkan kami (Kumpulan Langgar Hadi) bertemu di sini (Pengkalan Chepa) untuk satu cabang kecil gerakan menegakkan Islamic State.
Malam itu, kami berjaya melancarakan 2 cubaan. Dan demi Allah, selagi hati kami tidak dibolaj-balikkan Allah, atau Hadi sudah kaizen, atau yang mana dulu, atau sehingga sesuatu yang didatangkan Allah tanpa diduga, kami tidak akan mengalah.
Kami akan merangkak walau dalam kemiskinan dan kekurangan demi menjatuhkan batu penghalang kepada kemajuan dan kehampiran Islamic State di Malaysia tercinta ini. Insyaallah.
Wallahulam.
edyes wrote:
Kami sayangkan PAS!! Kami sayangkan perjuangan PAS yakni setara perjuangan Islam!! Kami mahukan ketelusan dalam perjuangan!
Hanya perjuangan PAS sahaja yang menjadi harapan demi islamic state sebenar, demi sebuah negara kebajikan!! Oleh demikian, peluang yang ada dalam perhitungan PRU-13 tidak akan kami biarkan ia dipersia oleh anasir yang membawa rebah!!
Kehancuran PAS di atas kesilapan pencaturan yang terancang, akan menyebabkan PAS tidak mungkin lagi sekuat hari ini, tidak mungkin lagi diterima seperti hari ini, melainkan ditukar namanya menjadi - PAS baru! Senasib UMNO baru!!
Sila ikuti keterangan lanjut pre-Projek Langgar Hadi di sini
Saturday, June 12, 2010
Thursday, June 10, 2010
Sultan Punya Hak ! Dengan Hanya Sebuah Titah ! (Mesti Baca !!)
"Datuk Rahim hanya berkata bahawa Sultan Johor mempunyai hak untuk menarik balik darjah kebesaran itu tanpa sebarang sebab dan saya menghormati hak itu,"
"Baginda (Sultan Johor) masih raja saya dan sebagai anak watan Johor, saya tetap menghormati baginda,"
Begitulah kata-kata seorang anak jati negeri Johor setelah kebesaran yang telah dikurnia, ditarik balik. Gelaran itu adalah kurniaan sultan dan sultan berhak untuk memberi dan menarik balik sebarang pemberian walaupun tanpa sebab. Kita hormati hak ini, hak dan kuasa raja dan sultan.
Sekitar pagi hari ini, kita dikejutkan satu berita di mana Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Chua Jui Meng, hari ini mengesahkan bahawa Istana Johor telah menarik balik dua darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk kepadanya. Anugerah yang ditarik balik ialah darjah kebesaran Datuk Paduka Mahkota Johor dan Datuk Seri Paduka Mahkota Johor, yang kedua-duanya membawa gelaran Datuk, oleh Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar.
Walaubagaimanapun Datuk Chua Jui Meng masih mengekalkan gelaran Datuk memandangkan beliau menerima dua lagi darjah kebesaran daripada Pahang dan Selangor, masing-masing pada tahun 2002 dan 2003 yang membawa gelaran tersebut.
Pada mulanya saya sedikit terkeliru kerana menyangka pemimpin berketurunan cina dari negeri Johor yang dilucutkan gelaran tersebut adalah presiden MCA memandangkan secara kebetulan, kedua-duanya dari Johor dan nama keluarga kedua-dua pemimpin ini adalah sama iaitu Chua. Bezanya, seorang Chua telah bertindak meninggalkan Barisan Nasional manakala seorang lagi Chua pernah memalukan negeri dan negara apabila tertangkap kelakunya ketika basah serta tidak bermoral, kini dipilih oleh perwakilan MCA untuk menjadi peneraju. Anda juga pasti sedikit keliru di atas beberapa kebetulan, pemimpin manakah sebenarnya dilucutkan jawatan antara dua nama pemimpin berbangsa cina tersebut.
Setelah meneliti kesinambungan yang berlaku, saya tertarik dengan kesabaran yang ditunjukkan Datuk Chua melalui respon yang diberi setelah kehilangan gelaran daripada sultan negeri kelahiranya. Saya nampak kekecewaan beliau apabila tidak lagi diberi kepercayaan untuk memegang gelaran negeri.
Dalam masa yang sama, saya juga pasti keputusan baginda sultan menarik balik gelaran ini mempunyai sebab-sebab wajar yang tertentu demi kedaulatan dan kesucian Kesultanan Johor itu sendiri.
Dalam sistem politik Melayu yang berteraskan sistem feudal, peranan raja dan sultan selain daripada menjadi payung kepada rakyat dan dahan yang merimbun untuk rakyat berpaut, raja dan sultan juga berperanan sebagai ketua agama bagi setiap negeri yang diperintahnya, serta ketua adat istiadat negeri. Sultan yang adil lagi bijaksana dengan kuasa eksekutif miliknya pasti akan menzahirkan negeri di bawah naunganya berada dalam kondisi yang baik, serta nasib rakyatnya yang terjamin. Raja dan sultan menjadi imam dalam memimpin rakyat ke arah kesejahteraan.
Dalam sistem politik Melayu yang berteraskan sistem feudal, peranan raja dan sultan selain daripada menjadi payung kepada rakyat dan dahan yang merimbun untuk rakyat berpaut, raja dan sultan juga berperanan sebagai ketua agama bagi setiap negeri yang diperintahnya, serta ketua adat istiadat negeri. Sultan yang adil lagi bijaksana dengan kuasa eksekutif miliknya pasti akan menzahirkan negeri di bawah naunganya berada dalam kondisi yang baik, serta nasib rakyatnya yang terjamin. Raja dan sultan menjadi imam dalam memimpin rakyat ke arah kesejahteraan.
Sebagai balasan, rakyat akan menjunjung kasih ke atas titah raja dan sultan di samping rakyat juga mengharapkan ehsan raja dan sultan menerajui negeri dengan penuh kebijaksanaan. Oleh demikian, kita sebagai rakyat sentiasa merafak sembah untuk menagih kasih baginda. Raja dan sultan itu tempatnya kita memohon supaya segala permasalahan yang melanda negara dapat diselesaikan dengan kuasa yang ada ditangan baginda.
Sedangkan kuasa raja dan sultan itu mampu untuk memberi dan mengambil kembali gelaran yang telah dikurnia, sedang kuasa raja dan sultan itu, mampu menentukan jatuh bangun sesebuah kerajaan negeri, sedang kuasa raja dan sultan itu walaupun sudah diperkurangkan ketika era pemerintahan Tun Mahathir, mampu menidakkan kuasa legislatif sebuah mahkamah tinggi; Saya percaya raja dan sultan itu mampu berbuat sesuatu yang sedikit sahaja titahnya, demi martabat agama dan bangsa. Saya percaya, demi agama islam yang suci, sebagai ketua agama bagi setiap negeri dan sebagai ketua agama kepada negara, pasti raja dan sultan boleh melakukan sesuatu bagi menghalang negara ini terus menjadi pusat kepada ibu kemaksiatan. Sedangkan negara ini, islam agama resminya.
Kuasa raja dan sultan itu, seharusnya mampu untuk menidakkan kebejatan judi bolasepak itu dilesenkan di bumi Malaysia ini. Cukuplah sudah lesen judi loteri yang yang telah dikuatkuasakan sebelum ini, menjadikan taik judi bangsa dan agama, sanggup beratur mengecai nasib sejurus sebelum menunaikan fardu Jumaat. Cukuplah lesen judi yang segunung besarnya di tengah-tengah Banjaran Titiwangsa, menjadikan taik judi bangsa dan agama itu, sanggup berhutang along demi sat lekuk dan raja spade yang dicari. Jangan jadikan kegilaan sukan bolasepak itu menular menjadi satu judi yang akan memperjudikan nasib bangsa ini.
Kuasa eksekutif yang ada pada raja dan sultan itu sudah terbukti melebihi daripada kuasa sebuah kerajaan yang tergamak menggadai maruah melalui cadangan atau keputusan meluluskan satu aktiviti yang sepatutnya diharamkan sepanjang zaman, bukan semata-mata kerana secalit pelepasan sempena piala dunia. Kuasa raja dan sultan itu melalui Majlis Raja-Raja, masih mampu untuk menafikan sebuah lesen yang mengalirkan keringat wang rakyat memasuki kaunter-kaunter judi walaupun beberapa jam sebelum sepak mula berlangsung.
Dengan kuasa raja dan sultan, melalui hanya sebuah titah dari baginda, pasti akan dijunjung penuh titah itu di atas segala batu jemala yang menjunjung daulat. Sempena hari Jumaat yang jatuh pada tanggal 11 Jun, iaitu esok dari hari ini, Kurniakanlah titah kebawah duli, yang menghalang judi sukan bolasepak itu dihalalkan.
Apabila gerombolan ketuanan melayu itu gagal melaksanakan tanggungjawab dengan betul, apabila gagasan ketuanan rakyat itu tidak berupaya menghalang kebejatan terancang, siapa lagi yang boleh diharapkan selain daripada ketua agama, ketua bangsa dan ketua negara?
Raja adil raja disembah
Raja zalim raja disanggah
Sultan adil sultan disembah
Sultan zalim sultan disanggah
Ampun tuanku, ampun tuanku, ampun tuanku beribu-ribu ampun. Sembah patik harap diampun.
EDYES - 10 JUN 2010 - 10.45PM
Wednesday, June 2, 2010
Surat Terbuka Kepada Tok Jib (Mesti Baca!!)
Dear Tok Jib,
Kehadapan tok jib PM yang disanjungi semoga berada didalam keadaan sihat hendaknya..
Buat pengetahuan Tok jib saya dan rakyat mahrean semuanya berada keadaan sihat walafiat walaupun ada sedikit batuk dan selsema akibat peratus kualiti udara dan suhu yang semakin teruk.
Tak apa lah, kami tahu yang tok jib mungkin terlalu sibuk untuk meninjau keadaan ini kerana ianya isu yang kerdil sekerdil kami ini.
Oh ya! sebelum kami terlupa, Nenek suruh sampaikan pesanan. Nenek kami sedih kerana banyak hutan simpan yang dahulunya mengelilingi perumahan kami sudah pun ditebang dan bukitnya di paras menjadi padang jarak. Nenek kata rumah semakin panas dan habuk melekat di tingkap dan dinding rumah. Nenek kata lagi bila bangunan tu dah siap pintu utama ke kawasan elit itu berada dihadapan perumahan nenek. sudah banyak kereta-kereta yang lalu lalang dan adakalanya rumah nenek pun dijadikan tempat letak kereta oleh orang ramai.
Tok jib, nenek kata lagi pasu bunga dan pokok bunga kertas yang nenek sayang habis di lenyek oleh tayar kereta-kereta ini. Sejak merdeka nenek kata dia bertambah susah bukan bertambah senang. senang dari segi wang tapi susah dalam hati, sering sakit dan hidup tidak tenteram...
Susah jugak nak hidup di negara tanah air sendiri. nenek kata datuk dulu askar melayu masuk keluar hutan tu perkara rutin dan adakalanya nenek tak jumpa datuk sampai 8 bulan. bila datuk pulang, ayat yang sama datuk laungkan kepada ayah dan nenek iaitu "aku kerja bukan main-main, aku nak bagi anak cucu aku senang kemudian hari tak takut untuk bekerja dan senang untuk ngaji"...
Betul jugak kata arwah datuk, walupun dah 3 kepala peluru tembus dalam daging dia tapi sifat kepahlawanan melayu memang bersarang sebati didalam jiwa. tak mudah mengaku kalah demi masa depan cucu cicit melayunya.
Tok jib, bila datuk pencen askar kerajaan hanya bagi sagu hati seribu ringgit dan pencen bulanan RM78 sebulan. dengan wang sebanyak itulah datuk simpan sikit-sikit dan berjaya buka sebuah kedai runcit di Kampung baru pada tahun 1972. datuk dengan bangganya memberitahu kepada setiap pelanggannya yang dia sudah banyak membantu dalam membentuk malaysia yang makmur dan mengharapkan kemakmuran Malaysia ini akan menjadi lubuk rezeki kepadanya pula. mungkin dia terlalu mengharapkan jasanya itu dibalas dengan adil.
sehari demi sehari perniagaan datuk semakin baik tetapi apa yang di persoalkan olehnya kenapa tokey cina yang membekalkan barangan runcit kepada kedai datuk kerap menaikkan harga barang sedangkan kedai cina yang lain masih lagi dengan harga yang sama.
datuk kata, semasa dia berjuang didalam hutan tidak terlintas sedikitpun dalam fikirannya untuk membeda-bedakan keselamatan org awam tanpa mengira warna kulit bahkan 3 peluru yang masih tertanam di bahu dan di peha datuk adalah kerana tindakanya menyelamat seorang gadis cina yang hendak diperkosa oleh tentera jepun. adakah mereka tidak pandai menilai pengorbanan seseorang?
tahun 1986 ketika datuk sudah tua benar dimana umurnya telah mencecah 80 tahun semangat tenteranya tidak pernah pudar. acap kali dia katakan "a soldier will never quit untill he die".
Tok jib, datuk telah meninggal lama dahulu dengan pencen RM78 sebulan dan dengan berkat jimat dan berusaha keras lah datuk telah memiliki beberapa rumah sewa dan kedai di kampung baru. walaupun datuk meninggal di Kedah tetapi nostalgia Kampung baru tidah pernah luput dari ingatannya kerana kampung baru telah menyaksikan hilai tawa, derai tangisan, jatuh bangun dan kejayaan insan yang bernama bangsa melayu.. bangsa yang selalu dihina dan di jadikan bahan eksperimen oleh pemerintahnya sendiri.
Tok Jib, datuk kata Kampung baru adalah kota terakhir masyarakat melayu di Kuala Lumpur. Hilangnya nama kampung baru di peta kuala lumpur bermakna hilanglah kerajaan Melayu di Malaysia kelak nanti....
Yang benar,
Cucu Datuk dan nenek
*surat di atas adalah dipetik dari forum mykmu
edyes wrote:
Sejak isu tanah Kampung Baru meletup, saya ada juga belek-belek forum mykmu untuk melihat apakah khabarnya rakan-rakan seperjuangan kita di sebelah sana yang siap sedia mempertahankan UMNO pada bila-bila masa. Namun mykmu hari ini sudah mempunyai perbezaan ketara berbanding suatu ketika dahulu. Jika dulu, segala macam komen yang tidak menyebelahi mereka akan dipadam setelah entri atau post tersebut dibaca oleh moderator yang dilantik. Hari ini, mungkin moderator-moderatornya telah by-pass tugasan mereka kerana tersedar dari lamunan.
Percayalah, apa yang diperjuangkan rakan kita iaitu penyokong tegar UMNO di forum mykmu tidak jauh bezanya dengan apa yang kita juangkan dalam Pakatan Rakyat. Ianya termasuklah mempertahankan kedaulatan negara serta menjaga nama baik agama kita. Beza yang ketara cuma, mereka mengharapkan UMNO dan BN untuk memartabatkan bangsa sedangkan kita yang telah lama tersedar bahawa, tiada harapan lagi untuk sebuah parti yang dinaungi orang puteh sewaktu di awal penubuhannya. Ramai juga yang penyokong tegar UMNO masih mempertahankan tindakkan pemimpin mereka, tetapi jumlah ini berkurangan berbanding jumlah yang mengkritik dan mempertikai. Dapat juga kita lihat, hanya mereka yang tidak rasional dari posting-postingnya, masih ditakuk lama menyokong kebejatan UMNO.
Situasi seperti ini agak jarang berlaku memandangkan forum mykmu adalah kubu kuat mereka. Adalah begitu payah bagi pendakwah Pakatan Rakyat untuk menembusi mykmu dengan selesa dan acapkali capaian mereka dinafikan melalui penggantungan login id dan ada yang dihapuskan terus dari forum tersebut. Kali ini, kesedaran itu hadir sendiri dikalangan orang kuat mykmu sepertimana yang pernah saya lalui sekitar tahun 2005.
Mungkin senarai isu besar di bawah menjadi faktor pendorong yang utama kerana ia terbit dalam masa yang hampir serentak, antaranya ialah;
1. Isu penyerahan beberapa blok/wilayah minyak yang berharga pada kerajaan Brunei.
2. Penyerahan tanah KTMB (satu2nya tanah kepunyaan Melayu/Malaysia di Singapore) pada kerajaan Singapore.
3. Isu ramalan Malaysia akan bankrup dalam masa sembilan tahun lagi oleh Menteri Umno. (Malaysia diramal bankrup tahun 2019 sebelum diishtihar Malaysia maju 2020?..sungguh lucu Wawasan 2020 Tun M)
4. Isu GST dan penarikan balik subsidi kerajaan kepada rakyat (segala yg berkaitan dengan 'Barang Naik', termasuk desas desus harga minyak akan naik)
5. Isu kerajaan Umno/BN merestui pertaruhan judi bola sempana Piala Dunia 2010
6. Isu penyerahan 40% kouta hak pemilikan tanah orang Melayu di Kampung Baru kepada bukan Melayu.
2. Penyerahan tanah KTMB (satu2nya tanah kepunyaan Melayu/Malaysia di Singapore) pada kerajaan Singapore.
3. Isu ramalan Malaysia akan bankrup dalam masa sembilan tahun lagi oleh Menteri Umno. (Malaysia diramal bankrup tahun 2019 sebelum diishtihar Malaysia maju 2020?..sungguh lucu Wawasan 2020 Tun M)
4. Isu GST dan penarikan balik subsidi kerajaan kepada rakyat (segala yg berkaitan dengan 'Barang Naik', termasuk desas desus harga minyak akan naik)
5. Isu kerajaan Umno/BN merestui pertaruhan judi bola sempana Piala Dunia 2010
6. Isu penyerahan 40% kouta hak pemilikan tanah orang Melayu di Kampung Baru kepada bukan Melayu.
Fakta-fakta yang berbentuk point di atas saya petik dari blog sahabat iaitu priamalaya. Sebagai seorang aktivis blogger, pastinya fakta di atas terkesan dengan mendalam malah ia juga memberi kesan yang signifikan terhadap saki baki penyokong UMNO. Hanya mereka yang berkepentingan sahaja masih bersama kapal yang kian karam, selebihnya adalah manusia yang kurang cerdik dalam menilai erti sebuah perjuangan.
Semua perkara di atas menambahkan lagi kebencian terhadap retorik 'juara rakyat' dan juga retorik 'rakyat didahulukan'. Tetapi perkara ke-enam yang menyentuh isu pemilikkan Kampung Baru Kuala Lumpur adalah isu yang membuatkan saya sebak lagi hiba. Kampung Baru Kuala Lumpur merupakan bidang-bidang tanah terakhir orang melayu di pusat bandaraya. Sepatutnya warisan terakhir ini dijaga, dikawal rapi dan dibela sepenuhnya.
Saya bukan berniat untuk menidakkan hak bangsa lain untuk berniaga di Kg Baru, tetapi cuba pertahankan hak orang melayu di atas tanah orang melayu itu sendiri. Apabila kerajaan menyerahkan 30-40% pembangunan moden Kg Baru supaya diusahakan oleh bangsa lain, ia umpama kerajaan telah underestimate kebolehan peniaga melayu. Menyerahkan Kg Baru kepada bangsa lain untuk diusahakan dengan alasan bangsa lain itu mempunyai keupayaan untuk melabur dengan jumlah yang besar adalah tidak masuk akal sama sekali. Ia boleh disamakan dengan tindakkan kerajaan selama ini menarik pelabur kapitalis barat ke atas bumi Malaysia. Setiap orang melayu harus merasa malang apabila status tanah reserved yang khas untuk melayu telah bertukar tangan, lebih malang jika tanah itu adalah warisan terakhir kita iaitu Kampung Baru.
Kerajaan harus sedar bahawa orang melayu juga mampu menjadi pelabur di Kg Baru. Empayar Naza sebagai contoh, telah lama bertapak di Kampung Baru dan apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan ialah memberi lebih ruang kepada Naza Group dan konglomerat melayu lain untuk membangunkan Kampung Baru. Kerajaan juga mempunyai banyak syarikat GLC yang serba melayu seperti Khazanah Berhad dan Tabung Haji, mengapa tidak syarikat-syarikat ini diberi jalan untuk ke Kampung Baru? atau kerajaan mempunyai motif lain yang tidak lain dan tidak bukan, menguntungkan individu tertentu?
Harus diingat, kebanyakkan bandar-bandar utama di Kuala Lumpur telah dikuasai oleh bangsa lain seperti di Bukit Bintang, Cheras, Pudu dan Petaling. Apakah kita mempunyai 30-40% daripada perniagaan mereka di sana? Maka wajarkah Kg Baru diserahkan bulat-bulat demi wang ringgit yang banyak? Kg Baru harus dipertahankan, demi mewujudkan kawasan melayu mutual di tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Kg Baru menjadi lambang peninggalan khazanah bangsa kita.
Maka sedarlah, Tanah Rizab Melayu sudah makin berkurangan, blok-blok minyak di lautan juga diserah pada Brunei, Pulau Batu Puteh dah terlepas selain tanah Tanjung Pagar di perkarangan pulau juga dah tergadai, kini nasib Kampung Baru bagaikan telur dihujung tanduk. Melayu akan tinggal di flat yang dibangunkan sekitar Kampung Baru di kala condominium mewah beserta pub dan disko bersama pakej sarang maksiat lain akan dibangunkan, juga di kampung yang sama iaitu Kampung Baru. Itulah nasib melayu, melukut di tepian gantang.
Ramai yang dah sedar, betapa kurangnya cerdik kita melambung tinggi kejayaan 50tahun merdeka. Ramai yang telah sedar, betapa kurangnya cerdik kita menyokong retorik 'juara rakyat', yang akhirnya melingkupkan bangsa.
Setelah sedar, bangkitlah memberi yang terbaik demi anak bangsa. Selamatkanlah saki-baki khazanah negara untuk bangsa sebelum ia dijual sehabisnya. Kita masih punya masa sekiranya bangkit hari ini. Kita tunjukkan kepada mereka bahawa bukan semua jiwa itu boleh dibeli dengan janji palsu semata. Berjanjilah bahawa kita sudah sedia untuk bangkit menentang kezaliman yang serba halus lagi menyeksakan. Lawan tetap Lawan!!
Sokonglah gabungan alternatif untuk selamatkan negara ini disebalik pilihan yang terhad. Jikapun memilih Pakatan Rakyat itu adalah sesuatu yang meresahkan, maka bertindaklah dengan bijak. Satu penggal untuk Pakatan Rakyat! Nilailah 5 tahun itu berbanding 50tahun yang telah dilalui.
Tumbangkan Barisan Nasional, itu sahaja harapan yang kita ada! Mari bersama Pakatan Rakyat melalui PAS, PKR dan DAP, kita berjuang demi anak bangsa! Yakinlah dengan perjuangan!!
EDYES - 2 JUNE 2010 - 4.46am
Subscribe to:
Posts (Atom)