Monday, March 25, 2013

Wawancara Anwar di Radio: SAMM Lancar hashtag #1359AM Untuk Hebahan Maksimum!



Kenyataan Umum
25 Mac 2013

Wawancara Anwar di Radio: SAMM Lancar hashtag #1359AM Untuk Hebahan Maksimum!

Malam ini akan ke udara siaran langsung wawancara bersama DS Anwar Ibrahim di radio, buat kali pertama selepas hampir 15 tahun. Liputan bagi siaran 'tanpa tapisan' dibawakan khas oleh Radio Free Malaysia yang dipancar dari luar negara tidak memerlukan lesen kebenaran dari Kerajaan Malaysia, boleh didengar di frekuensi AM 1359 di seluruh negara (satu frekuensi untuk semua).

SAMM mengambil tanggungjawab untuk menghebahkan program ini dan berharap setiap anda yang mengetahui maklumat ini supaya turut membantu hebahan di FaceBook dan twitter, dan hebahan mulut ke mulut jika perlu. Biar seluruh rakyat Malaysia malam ini bertumpu di corong radio berfrekuensi 1359 AM selama dua jam bermula jam 9 malam hingga 11 malam.

SAMM juga dengan ini melancarkan hashtag #1359AM untuk dimainkan di Twitter bagi hebahan maksimum untuk program yang bernotis sangat pendek ini.

Dalam satu lagi perkembangan, penganugerahan 10 minit masa 'airtime' oleh Kementerian Penerangan Malaysia untuk Pakatan Rakyat adalah sangat tidak munahsabah. Maka, rakyat Malaysia khususnya yang bersama arus perubahan terpaksa berkorban untuk kembali semula ke zaman Jepun yang ketika itu hanya radio menjadi sumber maklumat.

Apakah akan ada kepala yang bakal dipancung kerana mendengar siaran malam ini, tidak dapat dipastikan.

Ayuh, hebahkan siaran malam ini. SAMM yakin, rakyat yang dahagakan maklumat atau sekurang-kurangnya bertindak rasional dengan mencari kebenaran dari pelbagai sudut adalah satu tuntutan untuk menjadi bangsa yang lebih bertamadun.

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia

1 comment:

bloglist malaysia said...

Salam Bro.. Tolong update link baru Bloglist Malaysia.. http://bloglist-malaysia.blogspot.com/
Terima kasih...