Monday, October 24, 2011

Himpunan Sejuta Umat Gagal Capai Sasaran - B.Harian




Tidak pelik tetapi benar... Ketika Utusan Malaysia melaungkan kehadiran 10 ribu umat ke Perhimpunan sejuta umat (10 ribu adalah mengikut sifir kalkulator utusan), Berita Harian Online semalam pula telah melaporkan kehadiran adalah tidak sampai 1 ribu umat... Dalam laporan yang sama, BHarian turut menyatakan bahawa himpunan tersebut juga telah gagal. Kehadiran tidak sampai 1 peratus dari yang dijangka!!

Berbekalkan slogan / tagline "Hidup Melayu Hidup Islam" dan "Melayu Sepakat Islam Berdaulat", ternyata ia tidak langsung meraih sokongan rakyat yang semakin mendekati kerangka Islam meninggalkan 'dada melayu'... 


Ke mana perginya tiga juta melayu islam yang menyertai parti melayu yang bermati-matian pertahan melayu, walaupun slogan 'hidup melayu hidup islam' berkumandang? Apakah mereka tidak lagi menyokong melayu itu islam?? 

Pastinya ada sesuatu yang tidak kena dengan HIMPUN yang membuat jangkaan kehadiran sejuta umat tetapi hanya dihadiri tidak sampai seribu menurut laporan Berita Harian. Keterlibatan ekstrimis melayu seperti PERKASA dan campurtangan ahli parlimen dibenci rakyat, Zul Nordin menjadi sebab memburukkan lagi kadar kehadiran. Siapakah pula yang akan bertanggungjawab jika kegagalan himpunan ini menjadi bahan jenaka? 

Perhimpunan sejuta umat kalau betul tajuknya, kena dengan cara dan keperluannya, patut tiada masalah untuk kehadiran sekurang-kurangnya separuh dari jangkaan. Bayangkan, dalam keadaan publisiti media yang meluas, tiada sekatan polis untuk ke stadium, tiada FRU yang menanti, tiada watercanon bersama air kimia yang mengganggu, tiada bom asap, tiada kawat berduri, tiada pimpinan yang ditangkap, tiada senarai blacklist untuk memasuki Shah Alam dan tiada roadblock yang menyebabkan kesesakkan berkilo-kilo meternya, tetapi masih bilangan yang hadir sangat mengecewakan. Di mana silapnya ?

Itulah bezanya keikhlasan dalam perjuangan. Jika dalam himpunan BERSIH, walaupun dengan segala halangan yang disebut di atas, berjaya juga menghadirkan hampir seratus ribu umat. 

Mengapa melayu umno tidak hadir memberi sokongan kepada HIMPUN? Apa yang berlaku di kalangan jutaan melayu islam yang menyokong Umno ialah, mereka biasa hadir ke perhimpunan yang turut disaji dengan artis tersohor tanah air berserta dengan konsert besar-besaran. Tetapi malangnya HIMPUN tidak sesuai menyediakan artis dan konsert, dan melayu umno jadi malas untuk hadir... Frankly speaking ini hakikat, siapa boleh bangkang hakikat ini ?

Sebab itu Edyes dari awal dah buat kenyataan di sini, kalau tajuk himpunan itu ditukar kepada "Desakkan penutupan aurat terhadap isteri PM dan isteri menteri yang berugama Islam", ianya pasti akan mendapat sambutan yang lebih mengkagumkan !


EDYES @ edyesdotcom

1 comment:

Jan said...

Yg aku hairan kenapa si Hassan Ali tu gatai sangat nak pegi.

Ketua pengarah JAIS pun tak datang, dia sibok2 nak datang.

Sebab tu aku suka kata, puak2 PAS ni tak pernah belajaq dri kesalahan. Nak kata BODO, tapi berpelajaran agama. Ini semua perangkap UMNO yg jahat tu. Dgn kehadiran Hassan Ali, peluru sudah ada di tangan Umno untuk melaga2kan mereka.

Aku rasa next election tak payah lah bubuh si Hassan Ali ni lagi la. Kalau dia masih di calonkan, aku tak akan pangkah dia lagi. Menyakitkan hati.

So, ini WARNING utk pemimpin2 PAS. JANGAN BODO MEMANJANG.