Wednesday, March 4, 2009

Yang mana lebih tidak SAH? Yang mana lebih tidak bermaruah?

Pak Bakaq bersuara;

Puak-puak Umno dok lazat sangat mempertikaikan sejauh mana sahnya sidang itu dari segi undang-undang. Legal or not? Saya pula bertanya adakah sah di sisi undang-undang tindakan polis mengepung Dewan Undangan Negeri Perak dan beberapa kali dilihat seolah-olah hendak menyerang ADUN-ADUN yang hendak memasuki dewan itu untuk menajalankan tugas mereka. Was it legal?

Atau, adakah perbuatan polis dan samseng Kampong Dusun menyekat ADUN-ADUN itu bersidang juga menghina sistem demokrasi negara ini, menghina kedaulatan undang-undang, menghina pengundi, menghina DUN Perak dan memusnahkan imej negara?


sila klik sini untuk baca petikan penuh

Entri Pak Bakaq si penarik beca kali ini amat membuka mata. Sila selami dan hayati apa yang cuba beliau sampaikan. Bukan susah untuk meluangkan masa dan meluangkan kuderat untuk berfikir mengenai apa yang benar dan apa yang tidak benar.

No comments: