Tuesday, March 3, 2009

Fikirlah Sipolan Gerombolan ! Fikirlah...


fikirlah... fikirlah... fikirlah...

Mari kita lihat sejauh mana kehebatan gerombolan UMNO menterbalikkan perlembagaan. Mari kita lihat, sampai bilakah mereka akan bertahan dari asakkan kebenaran. Mari kita lihat, banyak mana lagi talian hayat yang mereka ada sementara pilihanraya bukit gantang kian hampir.

Walaupun keputusan PRK Bukit Gantang tidak merubah tampuk pemerintahan kerajaan haram, namun kemenangan besar yang bakal diperolehi Pakatan Rakyat bakal mencerminkan seribu penolakkan daripada rakyat negeri Perak kepada gerombolan perompak bangsa penjahanam agama.

FRU, Polis, SPR, SPRM, RTM, dan semua agensi berkaitan telah digunakan oleh gerombolan demi menubuhkan sebuah kerajaan haram di Perak, kini mereka gunakan lagi kekuatan ini untuk mempertahankan kerajaan haram dan menidakkan hak sebuah kerajaan yang masih sah di sisi undang-undang tubuh negeri. Semua agensi yang terlibat ini adalah saki baki kekuatan gerombolan untuk bernafas di bumi Perak, dan di bumi Malaya.

Rakyat tidak lagi bersama gerombolan kerana semua tahu, sipulan-sipulan yang masih bersama UMNO adalah terdiri daripada sipulan yang membenarkan rompakkan, adalah terdiri daripada sipulan yang membenarkan negara ini diliwat oleh kerakusan si tamak haloba yang mengakui dunia ini adalah syurganya.

Kepada sipulan yang masih buta-tuli, fikirkanlah dengan baik, apakah benar UMNO itu pejuang bangsa? Atau membelakangkan agama demi bangsa? atau merosakkan agama dan bangsa? Marilah berjuang menegakkan syiar agama Allah, selagi ada peluang terhidang. Marilah menegakkan keadilan yang kian tercemar oleh imuniti sebelah pihak, selagi mampu bersatu di bawah Pakatan Rakyat.

Inilah perjuangan, untuk menyelamatkan Malaysia dari hasil 50tahun pemerintahan yang menidakkan hak agama dan bangsa. Marilah berjuang, bukan sekadar untuk diri kita, tetapi untuk agama dan bangsa.

Di bawah adalah satu artikel berkenaan apa yang berlaku di Perak hari ini. Persidangan bawah pokok yang sadis...

Tragedi Perlembagaan Paling Sadis Abad Ini

Oleh: Huzaifah

Tiada istilah yang dapat disebut bagi menjelaskan semua insiden yang terjadi. Kecaman dan kejian sudah lali. Namun semuanya berlegar dalam ruang yang terhad. Tiada media massa meluas buat menyampaikannya kepada denyut nadi setiap pengundi. Semuanya ditapis dan disaring. Apa yang ada hanyalah putar belit keadaan dan berita kepalsuan!

Remuk redam hati saya selaku rakyat Perak, menyaksikan betapa kolotnya pemikiran segelintir manusia yang hitam legam hatinya dan berkarat dengan kedunguan pemikirannya, cuba menafikan kebenaran dengan pembohongan. Terasa betapa hodohnya wajah mereka, walaupun wajah itu cuba diberikan sepuhan indah menerusi wadah media. Hodoh sehingga sukar digambarkan lagi.

Perak Darul Ridzuan, menancap satu lembaran baharu dalam sejarah peradaban moden manusia di Malaysia. Siapa yang menyangka, di sebalik wayang kehebatan dengan pelbagai gelaran dan pangkat kebesaran, tersimpan wajah-wajah kusam penuh dendam yang merosakkan.

Semuanya bermula dengan satu kalimah: Kuasa!

Kuasa, yang dengannya dapat menundukkan manusia lain dan dengannya juga dapat memuaskan nafsu serakah sendiri. Kuasa yang dengannya segala dapat dibeli, dijual dan dinafi. Kuasa yang dengannya menjadikan salah itu betul dan benar itu salah. Kuasa yang dengannya menyumbat orang alim dan baik ke penjara dan penjenayah bebas tanpa dosa!

Inilah kemelutnya. Aduhai…remuk-redam hati kecil saya, melihat perlakuan manusia rakus di Perak. Apakah mereka ini sudah lupa, bahawa negara ini demokrasi, negara ini ada paksinya, undang-undang dan perlembagaan dijadikan pegangan. Sudahlah al-Quran diletak ke tepi, undang-undang yang mereka gubal dan luluskan sendiri, pun mahu dicampak ke tepi.

Apa dosa kami rakyat Perak? Apakah bersalah memilih pemimpin yang kami suka melalui jalan demokrasi. Apakah salah bagi kami rakyat Perak, untuk merasa pemerintah baru di bumi bertuah kami? Apakah salah kami menukar pemerintah lama yang sudah 50 tahun berkuasa tanpa sempadan? Apakah satu dosa kami mempunyai exco yang terdiri daripada bangsa cina; tetapi mereka tidak rakus memonopoli harta?

Apakah salah kami memilih semua ini? Adakah termaktub dalam perlembagaan bahawa seorang speaker boleh diperlekehkan oleh ‘orang suruhannya’. Sudah terbalikah dunia ini? Sudah mahu kiamatkah negeri kami? Apakah negeri yang kami sayangi ini akan hancur luluh menjadi puing-puing sejarah? Adakah seorang anak ‘biadap’ dari Pekan, Pahang akan melenyapkan kedaulatan negeri kami?

Kami rakyat Perak tidak reda dan sekali-kali tidak akan pernah reda. Setiap keringat kami yang gugur bagi memenangkan kerajaan kami, adalah mahal harganya. Ia juga menuntut kami menitiskan air mata bahkan darah merah. Kami berusaha menerusi cara yang halal, menerusi demokrasi, menerusi pilihan raya yang sah dan diiktiraf undang-undang.

Kenapakah, setelah kami rakyat Perak bersatu hati memilih orang yang lebih baik dari ‘gerombolan’ rakus dan ‘penikus’; maka pilihan kami dinafikan. Apakah kami ini rakyat Perak kelas kedua. Apakah kami hanya penumpang di negeri kami sendiri. Apa kami tidak layak bersuara?

Sudah tiba masanya, mari kita solat hajat saban malam. Kita panjatkan doa dalam sujud. Kita adukan kepada Tuhan. Kita mohon pertolongan daripad al-Khalik. Allah adalah wali kita. Setiap yang berlaku, maka kita catatkan tanpa reda. Bahawa kita tetap dengan pendirian. Bahawa Allah tetap bersama orang yang benar. Bahawa kejahatan akan jatuh dan lenyap ditelan bumi.

Marilah, kita kukuhkan hubungan dengan Allah. Pasakkan dalam hati, kemenangan milik orang yang benar. Tanamkan dalam jiwa, kekalahan akan menimpa golongan yang salah.

Biarlah pokok hijau itu menjadi saksi keutuhan kita. Pemimpin yang sejati disokong oleh rakyat yang bersatu hati. Melayu, cina dan India, kami semua adalah rakyat yang sama. Kami tidak akan lari dari medan jihad kami. Ir Nizar pemimpin kami, sampai kami mati.

Biarlah pokok hijau dan hamparan rumput itu menjadi saksi di hadapan Allah. Kami bai’ahkan janji setia. Seperti mana bai’ah rasululullah dan para sahabatnya di sisi Hudaibiyah. Insya-Allah…fajar akan menyinsing esok hari dan kemenangan kita, PR adalah pasti!

Allahuakhbar!

1 comment:

rusuk adam said...

Hikayat bukan dongengan.
1. tersebut sebuah kisah, sebuah negara bernama Sia.rakyatnyer berbilang kaum.ada kaum M,kaum C, kaum I dan beberapa jenis kaum lg.mereka hidup aman dan damai pd dasarnyer tetapi didalam hati memendam rs benci dan iri hati.

2. adalah diberitakan bahawa kaum M adalah penduduk asal negara itu dan kaum2 lain cuma pedagang,pekerja dan pendatang dr luar.tp itu adalah 50 thn yg dahulu.kini semua sudah menjadi wargenegara Sia.mereka semua mempunyai impian besar untk memiliki negara Sia ini.oleh itu setiap kaum merancang sesuatu tuk ms depan anak2 mereka agar lebih terjamin.

3. kaum M, mereka percaya kepada kuasa kaum mereka sendiri.mereka yakin, sebagai kaum majoriti, semua hak keistimewaan kaum M ini perlu dijaga.kerana dgn menjaga hak2 kaum M,mereka senang diangkat tuk jadi pemimpin.di dalam usaha tuk jd pemimpin itu,mereka terpaksa bersaing sesama sendiri dan ada kalanya mereka sanggup mengkhianati kaum mereka sendiri.entah sampai bila agaknyer perbalahan ini.

4. kaum C, mereka adalah kaum yg byk bersabar.penuh dgn strategi.mudah dianggap kwn tetapi menyusun perancangan tuk mengambil negara Sia.mereka percaya, perancangan mereka memerlukan masa yg lama tuk direalisasikan.mereka percaya pd kuasa ekonomi.mereka mendidik anak2 mereka untuk berdikari dan bersemangat.mereka tidak galakkan anak2 mereka berhijrah ke tempat luar atau bandar2 besar.perniagaan keluarga perlu diwarisi.kekayaan perlu dibina.mereka perlu membeli tanah dan perumahan baru.mereka perlu menjadi majoriti di setiap kawasan kerana sistem wakil rakyat di negar Sia, calon ditentukan berdasarkan majoriti kaum disetiap kawasan.ini bermakna,jika kaum C adalah majoriti dikawasan itu, maka calon kaum C akan jadi wakil di situ.apabila sudah ramai wakil mereka terdiri dr kaum mereka,usaha tuk mendapatkan negara itu akan tercapai.untuk rekod, usaha itu memang didalam proses peningkatan tuk berjaya kerana kaum C ini sudah menjadi kaya raya dan tidak menjadi masalah untuk mereka mempunyai bilangan keluarga yg ramai berdasarkan faktor ekonomi keluarga kaum C berbanding kaum M.

5. kaum I, mereka juga punya cita2 yg tinggi tetapi cara mereka berlainan. mereka sedar bahawa negara Sia berlandaskan perlembagaan. perlembagaan hanya boleh dilawan dgn undang2. oleh kerana itu, mereka perlukan ahli2 politik dr kalangan kaum mereka mempunyai ilmu2 yg berkaitan dgn undang2.mereka wajibkan setiap dari mereka yg bergelar peguam, agar menceburi politik.mereka yakin,slagi mereka berpegang dgn undang2, mereka akan dapat memiliki Sia ini secara sah.untuk rekod, usaha mereka sekarang sudah menampakkan hasil apabila sudah byk kes2 difailkan dimahkamah dan mereka juga telah cuba mempertikaikan keistimewaan kaum M berlandaskan undang2.

6. apakah kaum M yg sentiasa berbalah sesama sendiri dan ada yg sanggup menjadi pengkhianat bangsanya tuk menjadi pemimpin menyedari akan situasi ini?atau adakah suatu hr nanti sejarah akan dicatat bahawa negara Sia adalah warisan dr satu bangsa ke satu bangsa?moga setiap anak cucu di masa yg akan dtg tidak akan menyumpah dan menghina generasi terdahulu darinya.
POSTED BY ACOY