Friday, June 1, 2018

Cukuplah GST Berkadar Sifar, Tidak Perlu Dimansuhkan

Kenyataan Terbuka
1 Jun 2018

Cukuplah GST Berkadar Sifar, Tidak Perlu Dimansuhkan

Tangal hari ini tamatlah riwayat percukaian GST negara yang dijangka akan memberi kelegaan kepada rakyat Malaysia. Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan pimpinan Pakatan Harapan yang telah mengotakan janji untuk memansuhkan sistem percukaian GST.

Pemansuhan GST perlu melalui parlimen sebagaimana ia dilahirkan. Namun begitu, saya sebagai rakyat yang prihatin ingin mencadangkan supaya GST tidak terus dimansuhkan tetapi cukuplah sekadar diletakkan pada kadar sifar sahaja. 

Imbas kembali, kerajaan membelanjakan hampir RM300 juta untuk pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang membabitkan pemberian geran latihan GST, perisian perakaunan patuh GST kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan pembangunan sistem MyGST. Sistem GST baru masuk tahun ketiga sebelum dibatal, jadi kita sebolehnya tidak mahu pembaziran seperti ini dibiarkan berlaku.

Asasnya, sistem percukaian GST ialah sebuah sistem cukai yang praktikal dan telah dilaksanakan oleh 148 negara. Malaysia tidak boleh bergantung selamanya dengan hasil bumi khususnya yang berasaskan petrolium, malah cukai SST juga ada kelemahan yang menjadikan hasilnya tiris. Adakah kenyataan ini bermakna saya menyokong pelaksanaan GST di Malaysia? Tidak semestinya.

Bantahan terhadap cukai GST sebelum ini bukan kerana namanya GST, tetapi kerana ia sebelum ini dilaksanakan oleh sebuah kerajaan yang tidak telus, penuh rasuah dan ketirisan. Berulang kali telah disebut, pelaksanaan GST versi Malaysia di bawah kerajaan BN ini umpama mengepam tayar yang sudah bocor, ia tidak akan berjaya.

Jika kita yakin kerajaan baru Pakatan Harapan adalah progressif dan boleh diharap, maka kita harus percaya kerajaan ini mampu mengagihkan sumber negara dengan baik dan mendahulukan rakyat dalam pelbagai aspek. Tidak mustahil suatu hari nanti GST ini wajar diperkenalkan semula ketika kerajaan sudah menyediakan infrastruktur kelas pertama untuk rakyat Malaysia.

Justeru itu, saya secara peribadi sekali lagi mencadangkan supaya GST tidak dimansuhkan sepenuhnya, tetapi hanya kadarnya disifarkan untuk satu jangka masa yang panjang.

Sekian,

EDY NOOR REDUAN
Aktivis Blogger


Thursday, May 31, 2018

Kalimullah diminta jangan baling batu sembunyi tangan

Hello Kalimullah !
Jentik - jentik : Cubaan Terkini PKR - PH

1. Kalimullah diminta jangan baling batu sembunyi tangan. Kita tidak mahu orang luar campur dalam urusan PKR. Pada pemilihan parti yang akan datang, kita mahu Dato Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai Ketua Umum dan YAB Datin Seri Wan Azizah pula kekal sebagai Presiden PKR.
2. Kami tiada halangan jikalau Kalimullah mahu berperanan sebagai 'business agent' dan 'media hitman' untuk orang lain seperti Lim Guan Eng atau nak tunjuk hebat dengan yang lain. Tetapi Kalimullah perlu tahu bahawa ramai dalam PKR tidak bodoh sangat malah ada mula menghidu Kalimullah yang dikatakan ada agenda untuk bentuk “political alliance” diantara Lim Guan Eng, Azmin Ali, Muhyiddin Yassin dan Khairy Jamaluddin.
3. Apakah Kalimullah tidak yakin yang Tun Mahathir tidak bertahan lama sebagai Perdana Menteri. Apakah Kalimullah takut jikalau Anwar Ibrahim ambil alih dari Tun Mahathir pada tahun 2020. Kita tahu bertapa rapatnya hubungan Kalimullah dengan Muhyiddin dan Khairy Jamaluddin.
4. Anwar harus diberi kepercayaan untuk memimpin parti dan negara pada masa hadapan selaras dengan janji Tun Mahathir yang akan menyerahkan jawatan PM kepada Datuk Seri Anwar.
Nota tapak kaki : tulis (ringkasan saja dulu) sebelum lelap mata esok Kita sambung panjang lebat Di blog cheGuBard.blogspot.com

C&P page chegubard