Wednesday, April 30, 2014

Bodek Amerika, Rakyat Jadi Mangsa Undang-Undang Drakonian

Kenyataan Media
30 April 2014

Bodek Amerika, Rakyat Jadi Mangsa Undang-Undang Drakonian

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengesahkan bahawa seorang aktivis kami telah ditahan di bawah Seksyen 4(1), Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas 2012) atau SOSMA. Saudara Saiden Muslimin Ismail telah ditahan dengan pertuduhan disyaki sebagai pengganas yang ingin menjalankan misi jihad di beberapa negara yang sedang bergolak.

Saiden Muslimin Ismail adalah anggota SAMM Muar, juga berasal dari Muar, Johor. Beliau yang berumur 24 tahun, baru sahaja mendirikan rumahtangga pada akhir tahun 2013, ketika ini bergerak aktif dalam menjayakan banyak program anjuran SAMM.  
Mengapa penahanan dengan tuduhan misi jihad ini dilakukan sebaik sahaja Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama selesai mengadakan lawatan beliau ke Malaysia? Timbul persoalan bahawa ini merupakan satu cubaan untuk membodek Amerika Syarikat agar Malaysia dilihat sebagai sebuah negara sekular yang bersekutu dengan Amerika Syarikat.

Apakah penahanan ini menuntut sokongan White House dalam isu kecelaruan demokrasi yang sedang berlaku Malaysia sepertimana yang telah dibangkitkan oleh Obama ketika lawatannya minggu lalu?
 
Mengikut laporan media, kesemua yang ditahan ini merupakan satu kumpulan yang kononnya akan berlepas ke negara bergolak untuk berjihad. Sekali lagi, akta drakonian ini digunakan untuk menahan orang awam diatas satu kesalahan yang belum berlaku.

Penahanan atas satu kesalahan yang berdasarkan kepada andaian dan risikan sedangkan PDRM mengakui ada di antara orang kena tahan ini tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dengan Polis. Bagaimana pihak PDRM boleh membuat kesimpulan bahawa mereka ini sedang ingin berlepas ke negara bergolak untuk berjihad?

SAMM tidak menolak kemungkinan penahanan yang melibatkan anggota SAMM Johor adalah satu asakan politik untuk mengaitkan gerakan anak muda yang menentang dasar kerajaan dengan aktiviti militan.

SAMM menuntut perbicaraan segera dan SAMM juga ingin memperingatkan pihak PDRM agar tidak mengabaikan hak-hak Orang Kena Tahan ini sepanjang kes ini disiasat. SAMM akan terus memerhati dari dekat akan perjalanan kes ini dan mengambil tanggungjawab penuh dalam usaha membebaskan aktivis kami daripada pertuduhan ini serta kebajikan isteri dan waris beliau.

Sehubungan itu, SAMM berharap agar peguam-peguam rakyat dan juga gerakan masyarakat sivil yang lain dapat tampil bersama kami dalam membantu membebaskan aktivis kami daripada segala pertuduhan ini.

Aksi penahanan terhadap 'muslim yang memilih jalan berjihad' sempena kedatangan Obama ini juga mencerminkan betapa pemerintah negara ini 'barua' kepada zionis.

che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia

Tuesday, April 29, 2014

Keputusan Bebas Dakwaan Aksi Malam 31 Disember Cetus Semangat Baru Aksi 1 Mei

Kenyataan Media
29 April 2014

Keputusan Bebas Dakwaan Aksi Malam 31 Disember Cetus Semangat Baru Aksi 1 Mei

1. Pertama sekali syukur Alhamdulillah, Mahkamah Seksyen Jenayah 13, Kuala Lumpur semalam telah melepaskan saya Chegubard, 35, yang juga Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, serta Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Mohamed Bukhairy Mohamed Sofian, 23, dan Pengarah Propaganda SAMM Edy Noor Reduan, 33 dari tuduhan didakwa melakukan kesalahan itu di Dataran Merdeka, Jalan Raja di Kuala Lumpur antara 9 malam 31 Dis 2013 hingga 1 pagi 1 Jan lepas. Tuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman.

2. Hakim Mahkamah Sesyen Azman Mustapha membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Melissa Sasidaran berikutan keputusan Mahkamah Rayuan Jumaat lepas yang menyifatkan Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 sebagai tidak berperlembagaan kerana peruntukan itu di luar batas kuasa Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin perhimpunan aman.

3. Keputusan ini dibuat dibuat berasaskan keputusan Mahkamah Rayuan Jumaat lepas yang menggugurkan tuduhan terhadap ADUN Seri Setia , YB Nik Nazmi Nik Ahmad.

4. Tahniah kepada Hakim yang berani membuat keputusan yang betul. Tahniah dan terima kasih juga kepada Peguam Melissa dan Eric Paulsan termasuk pasukan Lawyer For Liberty (LFL) yang banyak membantu kes - kes berkaitan perjuangan hak asasi dan melawan penindasan. Rakaman penghargaan juga kepada penyumbang yang menyumbang dalam perbagai bentuk kepada kami anak muda bagi meneruskan perjuangan ini khususnya dalam bentuk jaminan mahkamah.

5. Ini merupakan satu petanda baik bagi perjuangan rakyat mempertahankan hak yang dijamin perlembagaan negara. Ini juga membawa maksud bukan semua undang- undang menjamin keadilan ia memerlukan perjuangan dan keberanian. Semenjak PAA diaplikasikan memang banyak kes pendakwaan berkaitan undang - undang ini. Namun SAMM merakamkan sedih terhadap beberapa pemimpin politik yang tersungkur di mahkamah kerana mengaku bersalah awal di depan hakim kerana undang - undang zalim ini. Sepatutnya semua perlu melawan. Nazree Yunus contohnya sudah tentu akan akan jadi titik hitam dalam sejarah perlawanan apabila dia mengaku bersalah dan sebaliknya beruntung ada anak muda seperti Nik Nazmi yang berani menawan sehingga membawa kes ke mahkamah rayuan dan berjaya mengenepikan kes yang akhirnya menjadi tanda segar buat perjuangan.

6. Tanggal 1 Mei satu lagi himpunan penting dalam gerakan rakyat. Untuk itu Penyerahan Penghakiman kes Nik Nazmi Nik Ahmad mengenai Akta Perhimpunan Aman 2012 akan dihantar kepada IGP.

Masa: 2pm
Tempat: Bukit Aman
Tarikh: 30 April 2014 (esok)

Tujuan utama penyerahan penghakiman ini adalah untuk memperingati IGP bahawa Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan bahawa Akta Himpunan Aman adalah tidak berperlembagaan dan Himpunan MayDay pada 1 Mei bukan HARAM.

7. Terima kasih kepada semua yang berjuang. Yakinlah rakyat yang bersatu tidak akan dapat dikalahkan. Ayuh bersama banjiri Kuala Lumpur 1 Mei ini.


Sekian dan terima kasih

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

Membiarkan penipuan dan membunuh demokrasi dalam parti bererti membunuh masa depan harapan bersama.

Membiarkan penipuan dan membunuh demokrasi dalam parti bererti membunuh masa depan harapan bersama.

1. Pendedahan mengenai penyelewengan , manipulasi dan penipuan dalam Pemilihan pantas dijawab oleh Ketua Propaganda Pasukan Keadilan Raya pimpinan Azmin Ali. Namun jawapan Ekmal Ahmud membuktikan dia tidak punya maklumat dan keliru.

2. Dia tidak menafikan sebarang penglibatan pasukan Keadilanraya dengan penipuan tersebut sebaliknya cuba menuding kepada Ketua Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP),Johari Abdul dan Setiausaha Agong, Saifuddin Nasution yang juga kebetulan merupakan salah seorang calon Timbalan Presiden.

3. Ekmal Ahmud menyatakan tidak perlu desak ? Selaku anggota parti apa masalahnya mendesak ? Adakah parti ini sudah tidak boleh ditegur ? SPR contohnya pengendali pemilihan di peringkat nasional maka apabila terdapat kepincangan bukankah rakyat perlu bangkit mendesak dikembalikan ketelusan dalam demokrasi negara. 

4. Ekmal Ahmud mempertikaikan Saifuddin yang bertanding juga masih memainkan peranan sebagai Setiausaha Agong. Dia mempertikaikan bagaimana Saifuddin yang bertanding dan Saifuddin sendiri akan membentangkan laporan pemilihan dalam Kongres Nasional nanti. Dengan kenyataan yang disiarkan oleh Awani, sahih dia tidak punya maklumat lengkap atau tidak diberi maklumat lengkap oleh pasukan Keadilanraya atau dia sendiri keliru.

5. Setelah dicari maklumat sahih Ekmal tidak tahu bahawa 10 April lagi, Saifuddin telah menulis surat kepada Presiden untuk 'bercuti' dari semua tugasan selaku Setiausaha Agong. Semenjak mengumumkan pengesahan bertanding Saifuddin sudah tidak lagi membuat apa - apa peranan Setiausaha Agong malah tidak hadir sebarang mesyuarat termasuk Biro Politik. Ekmal juga keliru atau tidak paham kerana MATC / Kongres dan Pemilihan adalah dua perkara berbeza. MATC (Mesyuarat Agong Tahunan Cabang) / Kongres dibawah kelolaan Ibu Pejabat PKR dan itu yang akan dibentangkan oleh Setiausaha Agong bukan proses pemilihan (pencalonan dan pengundian). Semua urusan senarai pemilih, pencalonan, pengawas, tempat mengundi, pengundian sehingga mengira undi dan rayuan dibawah JPP. Maka dari aspek pemilihan dalam Kongres akan dibentangkan oleh Pengerusi JPP bukan Setiausaha Agong. Harap Ekmal fahami dengan elok perkara ini. Difahamkan Ekmal anak muda yang rajin membaca tetapi jangan hanya membaca saja tetapi tidak cerdik.

6. Dalam perkara ini jika semua yang bertanding harus meletakkan jawatan bagaimana yang lain yang bertanding. Jika yang dipertikaikan jawatan lantikan, tahu atau tidak Ekmal bahawa Dr. Xavier Jayakumar merupakan ahli biro politik lantikan dan bertanding selaku Naib Presiden dan kenapa Ekmal tidak mempertikaikan ? Adakah kerana ia dari pasukan Keadilanraya yang dimana Ekmal ketua propagandanya maka ia menjadi halal tidak meletak jawatan dan masih menghadiri mesyuarat Biro Politik dan memainkan peranan.

7. Bagi pihak Keadilanraya (Azmin Ali) Ekmal langsung tidak menafikan apa pun yang berlaku. Menang ada beberapa ciri penambah baikan dalam proses pemilihan tetapi masalahnya ialah Datuk Johari Abdul lemah dan masih bergantung dengan jentera yang terpalit penipuan Pemilihan 2010.

8. Penipuan bukan berlaku di Batang Sadong sahaja tetapi ia berlaku di banyak kawasan lagi khususnya kawasan pendalaman yang tidak berlaku pertandingan. Semua ini disusun oleh watak yang sama iaitu Pengurus penempatan pengawas dan tempat mengundi iaitu Sabarudin Yasin. Watak inilah juga yang berjaya menjadikan pemilihan 2010 begitu kontroversi (rujuk aduan panjang saya pada 2010). Di kawasan yang tidak diberikan tumpuan ini jumlah kehadiran rendah tetapi dengan penempatan pengawas yang boleh mengikut arahan maka kertas undi akan ditanda sendiri dan dimasukkan di dalam tong maka kehadiran meningkat tinggi. Sabarudin yang dikenali penyokong kuat Azmin inilah yang menyusun menghantar orang seperti Azrai yang mampu mengikut arahan ke kawasan seperti Batang Sadong untuk membuat operasi gelap mereka. Itu belum lag menyebut bagaimana Lawas yang mengundi awal sehari dari notis. 

9. Kita punya data lengkap mengenai bagaimana modus operasi menggunakan pengawas berkempen seperti pengundi diambil salinan chai dan diserahkan salinan chai Keadilanraya. Pegawai JPP memberikan taklimat memburukkan calon lawan Azmin Ali. Banyak lagi cara penipuan , jika ada pengawas yang jujur diugut digugurkan dari senarai pengawas.

10. Dalam JPP pula semua aduan dan rayuan akan diproses oleh satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Kamarul Bahrain seorang penyokong kuat Azmin yang sanggup keluar media elektronik menyerang Menteri Besar Selangor dan minta letak jawatan. Kamarul menyatakan Menteri Besar Selangor lemah tetapi tidak sedar Negeri Sembilan dibawah dia selaku Pengerusi MPN hancur pencapaian PRU kerana dia menukar calon yang berpotensi menang hanya kerana kemaruk sokongan untuk menjadi MB NS. Selepas PRU dia gagal membuat mensyuarat MPN pun dan akhirnya meletakkan jawatan kerana merajuk dengan Ketua Umum. Bayangkan orang seperti ini diberi tanggungjawab proses aduan dan rayuan. Sabaruddin ialah Setiausaha MPN NS dibawah Kamarul. Adakah PKR sudah kekurangan watak yang lebih kredibel ?

10. Saya selaku anggota Parti dengan ini mendesak agar JPP dirombak segera. Contohnya watak seperti Kamarul dan Sabaruddin harus ditukar dan diganti dengan lebih bebas sebelum bermula proses pengundian Sabtu ini. Mohon Dato Johari Abdul dan Datin Paduka Tan Yee Kew supaya sedar dari lena. Nama baik kamu sedang dipermainkan. Orang dalam JPP sedang bergembira melakukan perbagai tipuan dan manipulasi kamu tidak sedar maka akhirnya nanti nama baik kamu yang akan tercemar dan diingat dalam sejarah PKR setaraf dengan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR yang penipu.

11. Saya dengan ini menyatakan dokongan terhadap inisiatif kumpulan anggota biasa PKR yang akan berhimpun pada 30 April 3.30 petang di depan Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Tropicana, Petaling Jaya. Saya mohon JPP bersedia menerima deligasi dan deklarasi dari himpunan tersebut. Kami harap Johari dan Tan Yee Kew sendiri hadir untuk menyambutnya.

13. Menghukum hanya pengawas di Batang Sadong tidak akan menyelesaikan masalah. penipuan berlaku banyak tempat cuma tertangkap ketika melakukan di Batang Sadong. Penipuan ini semenjak 2010 lagi. Ingat kita sering pertikaikan kenapa hanya membicarakan dan menghukum pembunuh Altantuya tetapi melepaskan siapa yang arah bunuh Altantuya. Kita perlu menghukum siapa arah penipuan pemilihan yang mencemarkan parti.

12. Membongkarkan penipuan cuba dikatakan memalukan parti, kita perlu sedar yang membuat penipuan itulah sebenarnya penjahat sebenar. Kami sayangkan parti ini. Ia parti masa depan. Membiarkan penipuan dan membunuh demokrasi dalam parti beerti membunuh masa depan harapan bersama. 
Sekian

che'GuBard
Anggota Biasa Parti Keadilan Rakyat.
 

Monday, April 28, 2014

Pemilihan PKR 2014: Desakkan Itu Atas Kapasiti Anggota Parti

Kenyataan Media
28 April 2014

Pemilihan PKR 2014: Desakkan Itu Atas Kapasiti Anggota Parti

Seperti yang diketahui umum, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) adalah sebuah kumpulan pergerakkan anak muda yang bergerak di atas platform sebuah NGO. Komrad SAMM juga terdiri dari pelbagai latar belakang dan fahaman kepartian.

Mutakhir ini, SAMM telah dituduh oleh sebuah akhbar tempatan kononnya SAMM mendesak pencalonan Azmin Ali bagi jawatan Timbalan Presiden PKR dibatalkan di atas sebab penipuan. Tajuk laporan berita tersebut adalah tersasar sama sekali. SAMM tidak terlibat secara organisasi, tetapi dalam masa yang sama SAMM melihat PKR sebagai sebuah parti masa depan yang mampu menjadi pengemudi utama pentadbiran tanahair ini.

SAMM tidak menafikan telah mengikuti perkembangan Pemilihan PKR 2014 secara dekat. Namun desakkan yang berlaku ketika ini termasuklah protes besar di depan Ibu Pejabat Keadilan di Petaling Jaya pada 30 April ini adalah hadir dari ahli parti yang melihat kepincangan yang berlaku. Chegubard selaku pengasas SAMM juga antara pendesak yang mendesak di atas kapasiti ahli parti.

Malah, kesabaran ahli parti sudah tidak mampu dibatasi. Difahamkan kumpulan penyokong dari semua kem akan berada di depan ibu pejabat parti pada jam 3 petang hari yang sama.

SAMM menggesa pihak media yang tersalah lapor khususnya Berita Harian yang memaparkan di dada akhbar supaya membetulkan semula, atau berdepan tindakan undang-undang di atas laporan yang salah dan tidak cermat.

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM

Sunday, April 27, 2014

AKHIRNYA DRAMA MH370 DISUDAHI DENGAN TANDATANGANI TPPA

AKHIRNYA DRAMA MH370 DISUDAHI DENGAN TANDATANGANI TPPA.

Kalau saya katakan begini bagaimana pendapat anda :

Malaysia pada mulanya agak liat untuk menandatangani perjanjian TPPA. Bukan sahaja ia mendapat tentangan daripada rakyat Malaysia, malah kerajaan yang ada pun tahu akan akibat buruk dengan menandatangani perjanjian ini. Ia disedari sebagai penjajahan cara baru Amerika. 

Lalu Amerika mencipta drama MH370. Mereka seolah olah datang membantu lantas mahukan balasannya melalui TPPA. Selain TPPA, Malaysia dilihat tempat yang paling strategik untuk menyekat China menjadi kuasa besar baharu. 

Selepas kem tentera di Filippina tiada, Amerika memerlukan base camp baru di laut China Selatan. Semua ini diselesaikan dengan satu drama MH370. Ada yang beranggapan, bila China marah kepada Malaysia kerana rakyatnya yang ramai terkorban, Malaysia akan memerlukan bantuan Amerika untuk menyeimbangkan keadaan negaranya yang ditekan oleh China.

Selain semua perkara di atas, Amerika juga sedar tentang lemahnya Najib dengan pelbagai isu yang melibatkan dirinya sendiri seperti kes Altantuya. Najib juga dilihat tidak mendapat sokongan politik oleh rakyat negaranya sendiri tidak sepertimana zaman Mahathir dahulu.

Maka, tanpa rela Malaysia menandatangani TPPA...

Dan ada yang kata MH370 akan ditemui selepas pulangnya Barrack Obama, ini kerana drama penemuan MH370 akan menghilangnya curiga tentang TPPA. 

Ahhh sungguh licik mereka dan sungguh mudah kita ditipu!!

Hj Osama
Penyelaras SAMM Kelantan

Saturday, April 26, 2014

PEMILIHAN PKR 2014 IALAH PERSOALAN MEMBENTUK PASUKAN KE PUTRAJAYA BUKAN SIAPA MB SELANGOR SEMATA -MATA

25 April 2014

PEMILIHAN PKR 2014 IALAH PERSOALAN MEMBENTUK PASUKAN KE PUTRAJAYA BUKAN SIAPA MB SELANGOR SEMATA -MATA

bijak Azmin menggunakan akaun media sosial dia minta anak 
buahnya tanya dan dia menjawab dengan sindiran


  • Minggu ini  akan bermulalah proses pengundian untuk Pemilihan PKR 2014 bagi negeri Sarawak, Pahang, Kelantan, Terengganu, Johor dan Melaka. Jumlah ini membawa kepada lebih 70 Cabang. Namun meneliti realiti walaupun ia mewakili jumlah keanggotaan yang besar namun semua hanya mensasarkan sekitar 5 ke 6 ribu sahaja anggota akan keluar mengundi.
  • Kempen kali ini agak sedikit berbeza, media digunakan sepenuhnya termasuk media arus perdana ini mungkin kerana jumlah pemilih yang terlibat amat besar dan berterabur menyukarkan capaian dan hanya dengan media terbuka sahaja memungkinkan capaian maksima. Ada pro dan kontra dalam perihal ini. Ada yang melihat menggunakan kempen secara terbuka ini negatif dan mereka menyerang teman - teman yang keluar dalam media perdana. Contohnya pasukan (Keadilanraya) Azmin Ali menyerang Tan Sri Khalid Ibrahim kerana mendapat liputan termasuk TV3 tetapi serangan ini sedikit senyap apabila Azmin Ali sendiri mendapat liputan TV3 dengan kempennya disiarkan dalam Buliten Utama malah pasukan Reformasi Tulen (Khalid) membalas Keadilanraya dengan menyiarkan semula serangan yang memang sejak awal seperti muka depan Utusan dimana pasukan pro Azmin pernah mendapat liputan besar kerana isu menyerang Menteri Besar Selangor. Malah Datuk Kamarul Bahrain yang kini selaku Pengerusi Lembaga Rayuan dan Disiplin parti sendiri  pernah keluar beberapa media termasuk media elektronik menggesa Menteri Besar letak jawatan kerana gagal walaupun dalam keadaan dia sendiri gagal selaku Pengerusi MPN PKR N.Sembilan.
serangan pasukan keadilanraya terhadap Khalid kerana mendapat tempat di media arus perdana sedikit kendur bila Azmin sendiri mendapat liputan agak selesa dalam Buliten Utama


  • Namun bagi che'GuBard kempen melibatkan media ini sudah tidak boleh dielakkan dan ia juga ada elemen positif kerana apa pun parti politik itu memerlukan rakyat. PKR khususnya merupakan parti yang punya jumlah keanggotaan agak kecil berbanding tapak sokongan yang besar. PKR ini jentera dan anggota kecil tetapi ia parti yang punya dokongan besar dikalangan rakyat. Maka seharusnya apa pun urusan dalam parti ia harus diketahui dan melibatkan rakyat. Kempen Pemilihan PKR 2014 juga harus terbuka dan harus dituju kepada rakyat juga. Biarlah nampak bergaduh sedikit tetapi kita telus bukan seperti ada pihak yang nampak utuh diluar tetapi mereput di dalam, nampak utuh kerana sama saling melindungi jenayah rompakan dana negara.
  • Cuma kempen seperti menyerang terus Ketua Umum dan keluarga ia amat dikesali. Contohnya serangan mereka yang kini di dalam pasukan keadilanraya lah yang pertama sekali mencipta terma Istana Segambut bagi merujuk Anwar dan Azizah sehingga terma itu menjadi porpular digunakan oleh musuh untuk menyerang parti.

contoh akaun media sosial pendokong kartel Keadilanraya (calon exco wanita pusat) yang secara terang - terang menghina DSAI dan WAWI dengan mengangkat Azmin punya ciri Presiden lebih baik
ini antara banyak contoh lagi pendokong Keadilanraya menyerang DSAI dan WAWI dengan cara musuh dengan menyebut mengenai Istana Segambut
  • Oleh kerana kempen terbuka maka garis kempen harus lebih luas dan ditujukan juga matlamat akhirnya apa yang rakyat dapat bukan sekadar berlegar dalam isu kecil semata - mata. Namun walau begitu ia juga harus dielak dari retorik semata mata sebaliknya praktikal dengan menyedari realiti keadaan parti dan semasa. Bukan sekadar slogan retorik tetapi ia harus menjawab persoalan permasalan dalam parti selama ini seperti isu calon PRU yang sehingga malam sebelum pencalonan bertukar kerana ia bukan kem tertentu. Isu PR satu logo sehinggalah kebajikan anggota bawah.
Ramai tidak lupa ketika rakyat 'all out' untuk kempen melawan penipuan PRU
 'Blackput 505' , Azmin sanggup mencurah air ke api kebangkitan rakyat hanya kerana kecewa selepas 
PRU kononya Anwar tidak tunai janji mengenai jawatan MB
  • Hasil dari pandangan orang ramai mereka agak sedikit gusar melihat pertembungan Pemilihan PKR 2014 kini di mana pada persepsi ramai ialah pertembungan merebut kedudukan MB Selangor. Tan Sri Khalid Ibrahim yang sebelum ini agak sedikit ditujah dengan imej kedekut dan berkira tiba - tiba keluar dari imej tersebut menjelajah dari hotel ke hotel mengadakan pertemuan dan jamuan bertemu anggota di bawah bagi mengikis imej sebelum ini. Namun ia tidak mudah mengikis imej itu dan pasukan Keadilanraya menggunakan garis kempen yang membuat ramai terfikir bagaimana anggota di negeri lain hendak mendapat manafaat dari jawatan Menteri Besar sedangkan di dalam Selangor sendiri orang PKR sukar dan orang Umno masih selesa kerana arahan MB yang berbunyi tidak ada rekemendasi politik diterjemahkan oleh pegawai kerajaan dengan abaikan semua orang PKR. Begitulah cekapnya Keadilanraya mematahkan kempen turun padang Khalid.
  • Palinglemah dalam gerakan pertemuan di bawah ini kelihatan Saifuddin tertinggal ke belakang. Ketika dua pasukan lagi menjelajah dari hotel ke hotel, paling tidak restoran ke restoran sebaliknya Saifuddin menggunakan jaringan teman - teman hanya mampu memanafaatkan pejabat dan pusat khidmat parti sebagai medan dialog dan pertemuan. Namun sentuhan terus dalam kumpulan kecil tetapi kerap ini dilihat lebih telus dan berkesan.
adakah Azwan Ali juga digunakan untuk kempen Azmin untuk MB


  • Persepsi ramai pula melihat Pasukan Keadilanraya hanya berminat untuk penumpuanya merampas kerusi MB Selangor semata - mata. Ia dilihat berkisar dalam politik Selangor. Lihat kartel mereka Azmin Ali calon Timbalan Presiden (Gombak) , Zuraidah Kamaruddin, calon Ketua Wanita (Ampang), Amiruddin Shari, calon Ketua AMK (Gombak), Lee Chin Cheh, Calon Naib Presiden (Adun yang meletak jawatan di Kajang), Haniza Talha, Calon Timbalan Ketua Wanita (PJS) dan begitulah pasukan keadilanraya majoritinya dianggotai dan berkubu di Selangor. Ramai melihat ini kerana tumpuannya ialah merampas kerusi MB Selangor semata - mata dan disatu pihak hanya untuk mempertahankan kerusi MB Selangor pula. Jika ini benar maka ia amat tidak sihat. 

Azmin mengamalkan politik matang? Lihat sahaja bagaimana dia berbalas masej di media sosial secara terbuka dengan 'budak - budak' nya. Tanpa susah meneka andartu yang dimaksudkan ialah Faekah dan orang tua yang suka andartu itu ialah Khalid Ibrahim.



  •  Soalnya sekarang sejak 2008 sehingga kini antara punca masalah dalam PKR ialah perebutan kerusi MB Selangor itu. Tanpa menafikan sewajarnya sedikit perubahan perlu segera di buat di Selangor. Ia perlu ditadbir secara berpasukan bukan hanya sekumpulan kecil lembaga pengarah. (klik sini Selangor harus ditadbir secara berpasukan) Ayat YB Yeo Bee Hin (ADUN DAP Damansara Utama) dalam sidang DUN yang lepas yang menyatakan rundingan air umpama dalam kotak hitam yang ADUN penyokong kerajaan pun tidak ketahui apa perlu diambil ikhtibar. Khalid juga harus sedar dia duduk disitu kerana PKR dan banyak perkara perlu diselaraskan semua bersama PKR dan PR itu sendiri.
  • Sampai bila parti  yang punya masa depan cerah, tapak sokongan besar dan agenda reformasi yang jelas untuk rakyat harus terperangkap dengan masalah perebutan di Selangor. Anggota parti seluruh negara harus putuskan untuk semua ini dihentikan segera. Parti ini seharusnya berkembang pantas selepas PRU 2008 tetapi percaturan di Selangor yang tidak kesudahan telah mengakibatkan banyak usaha baik teralih tumpuan. Ia bukan hanya persoalan Selangor semata. Adakah kita cukup berpuas hati dengan punya Selangor ? Sudah tentu tidak agenda perubahan perlu sampai ke Putrajaya.
  • Selain itu parti ini bakal berdepan cabaran besar khususnya jika benar Anwar dipenjarakan regim penguasa. Seorang Timbalan garis tengah yang praktikal harus wujud. Pertembungan keras Khalid dan Azmin harus dikendurkan dengan agihan gerak kerja dan peranan selepas pemilihan. Penumpuan gerak kerja harus jelas. Timbalan Presiden juga harus punya rekod kerjasama baik dengan teman - teman pimpinan utama PR.
  • Untuk itu saya selaku anggota biasa PKR tanpa ragu mengajak semua untuk mengundi Saifuddin Nasution Ismail untuk jawatan Timbalan Presiden. 

Sekian.


tulisan oleh ; che'GuBard (anggota biasa Parti Keadilan Rakyat)

** artikel untuk bacaan umum tetapi Utusan dan TV3 dilarang petik.

Friday, April 25, 2014

Terdesak dan Panik Kehilangan Jawatan, Taktik Kotor Mula Menjadi Senjata Kempen

Laporan Umum
25 April 2014

Terdesak dan Panik Kehilangan Jawatan, Taktik Kotor Mula Menjadi Senjata Kempen

Empayar yang cuba dibina sejak sekian lama kini menemui jalan buntu apabila sokongan yang hadir pada Pemilihan PKR 2014 tidak seperti yang diharapkan. Elitis yang menguasai jawatan-jawatan utama parti kini berdepan penyingkiran dan bakal diganti demi masa depan bersama.


Lantas kedudukan terdesak empayar ini telah memaksa butang panik ditekan 48 jam menjelang sepak mula pemilihan parti apabila muncul akaun media sosial palsu bagi tujuan penyamaran dan taktik keji. Modus operandi ini pernah digunakan dalam pemilihan 2010 dan tidak mustahil ia dilaksanakan semula oleh kumpulan yang sama.

Diasak hebat dari segenap sudut hingga empayar mula berpecah dan ditinggalkan oleh muka lama dan baru, maka permainan kotor menjadi pilihan untuk dimulakan. Sebuah akaun twitter di atas nama @MasaDepanBsama telah dicipta bagi tujuan propaganda jahat, dengan sengaja menuduh Azmin Ali terlibat dalam satu skandal seks. Tohmahan tersebut seolah-olah hadir dari kem Datuk Saifuddin, YB Izzah dan YB Rafizi, yang juga membentuk pasukan utuh dengan tagline 'Masa Depan Bersama'.


Ini suatu fitnah yang disusun. Penafian telah segera diumumkan sendiri oleh YB Izzah dan Rafizi. Malah taktik kotor ini dikutuk oleh seluruh ahli dan pendokong parti. Diharapkan juga semua pihak khususnya media berperanan melaporkan perkara sebenar dengan jelas dan tanpa prejudis.


Tidak menolak kemungkinan, Pemilihan 2014 mula dicemar selepas wang ringgit dan 'makan hotel' tidak mampu membeli jiwa ahli-ahli parti keadilan yang layak mengundi. Barangkali mereka lupa bahawa parti ini jauh lebih baik dari parti rasuah Umno dan yang sewaktu dengannya.

Bagi kumpulan yang berdepan 'empayar' ini, tahniah diucapkan kerana mengamalkan pertembungan secara sihat. Yakin dan percaya bahawa kita tidak perlu 'modal' dan taktik kotor sebegini untuk bersaing dalam pemilihan keadilan, kerana kita jauh lebih baik dari gerombolan yang amalkan politik kelucahan.


Sekian

Edy Noor Reduan
Pemerhati Tidak Rasmi
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Untuk makluman penjelasan lanjut dan perkembangan kempen terkini, sila ke laman sosial berikut -  https://www.facebook.com/pages/Saif4TP/694137790627599

Monday, April 21, 2014

HIMPUNAN RAKYAT 1 MEI DITERUSKAN DAN MOBILISASI BESAR SEDANG BERJALAN.

Kenyataan Umum
21 April 2014

HIMPUNAN RAKYAT 1 MEI DITERUSKAN DAN MOBILISASI BESAR SEDANG BERJALAN.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini menyatakan sokongan dan dokongan kepada Himpunan 1 Mei 2014 yang dijadualkan akan berlangsung dengan perjalanan dari beberapa lokasi dan 'menuju Dataran Merdeka'. Perjalanan utamanya ialah dari KLCC ke Dataran Merdeka.

Acara 1 Mei akan bermula dari tengahari di KLCC dan akan berakhir sekitar jam 2 petang. Acara di KLCC dibuat oleh sekumpulan organisasi yang bergabung dan membentuk Jawatankuasa Mei 1, 2014. Perbagai acara ucapan pimpinan , persembahan dan ikrar hari pekerja. Sekitar jam 2 petang akan bergerak dari dari 5 titik mula berkumpul menuju Dataran termasuk dari KLCC sendiri. Seperti biasa 4 tempat yang lain ialah Brickfeilds, Sogo dan Masjid Negara.

SAMM percaya semua yang terlibat sedang memainkan peranan yang terbaik untuk memastikan himpunan tersebut berlangsung baik demi menyampaikan masej dan mencapai objektif himpunan yang cukup besar.

Himpunan hari pekerja 2014 membawa tema membantah GST, ini sesuai dengan seruan Perdana Menteri sendiri ketika membentangkan buget dan ketika menyebut fasal GST beliau sendiri ingin melihat respon rakyat. Jika jumlah yang turun besar SAMM percaya Najib akan membatalkan GST tersebut.

Selain itu SAMM menyeru seluruh rakyat menjadikan himpunan ini sebagai manifestasi luahan rasa rakyat yang tidak didengar suaranya termasukkan rakyat harus turun bersama membantah penyalah gunaan mahkamah dalam menafikan suara juga memenjara pimpinan Pakatan Rakyat seperti Anwar Ibrahim.

Jika mengikut skrip regim ini mungkin himpunan besar terakhir Anwar dan beberapa pimpinan utama bersama rakyat.

Kepada penguasa diharapkan jangan panik tak tentu hala. Ini proses demokrasi iaitu rakyat berkumpul menyatakan hak dan pandangan. Ini sudah dijamin dalam perlembagaan Malaysia.

Ambil contoh himpunan malam tahun baru, peserta berjaya memasuki Dataran Merdeka dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Semua berjalan baik. Kerjasama baik antara penguasa dan demonstran. Amat yakin sekali lagi kerjasama erat ini mampu dilakukan dalam Himpunan 1 Mei ini.

SAMM telah mengkerahkan semua komrad SAMM dari seluruh negara untuk bersama disamping sudah mempersiapkan 100 marshal berpengalaman untuk membantu menyelia himpunan tersebut.
surat arahan rasmi Pemuda Pas
SAMM mengucapkan tahniah kepada semua organisasi yang berani dan bertanggungjawab dalam mengerahkan anggota mereka menjayakan Himpunan ini. Contohnya Dewan Pemuda PAS yang sudahpun secara rasminya menggerakkan anggota Pemudanya.

Ayuh bersama 1 Mei himpunan terbesar rakyat di Kuala Lumpur.

sekian

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Friday, April 18, 2014

ISU AIR : SELANGOR HARUS DITADBIR SECARA BERSAMA

Kenyataan Umum
18 April 2013

ISU AIR : SELANGOR HARUS DITADBIR SECARA BERSAMA

Pertama sekali tahniah diucapkan kepada Dewan Undangan Negeri Selangor kerana tampil berbeza dengan sidang DUN negeri lain . Sidang DUN Selangor berlansung panjang dan penuh perbahasan yang penuh semangat berbeza dengan sidang DUN negeri dibawah Bn yang walaupun banyak isu muncul dalam negeri tersebut tetapi ada yang hanya berlangsung sehari sahaja.

Perbahasan dan soalan kepada kerajaan negeri bukan sahaja diasak oleh pembangkang Selangor (Bn) sebaliknya di pihak parti kerajaan juga. Ini membuktikan betapa DUN Selangor itu benar - benar dimanafaatkan dan subur nilainya.

Namun di satu pandangan lain ia juga boleh dilihat dari segi ada sesuatu yang tidak kena jika asakan itu lebih hebat dari pada sebelah kerajaan sendiri. Sidang DUN yang sedang berlangsung minggu ini menyaksikan beberapa isu yang dibangkitkan antaranya isu rundingan air.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim diasak bertalu-talu oleh wakil rakyat Pakatan Rakyat Selangor sewaktu usul supaya kebajikan rakyat Selangor dijamin  dalam pelaksanaan loji rawatan Langat 2 dibentangkan Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku). Yeo Bee Yin (DAP-Damansara Utama), Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa, kiri) dan Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku) seorang demi seorang menghamburkan soalan kepada Khalid sewaktu membahaskan usul itu.

Yeo sewaktu mencelah ucapan Khalid menyifatkan suasana rundingan penstrukturan air dengan pusat dan pembinaan empangan Langat 2 ibarat berlangsung di dalam 'kotak hitam'.

"Rundingan ini ibarat berlaku di dalam kotak hitam..." kata Yeo yang tidak sempat menghabiskan kenyataannya dan dipotong Khalid.

Ini dari kaca mata rakyat sudah tentu ada yang tidak kena. Persoalan yang muncul sudah tentu, adakah keputusan sepenting rundingan air tidak dibincangkan diperingkat exco dan diperturunkan diperingkat wakil - wakil rakyat kerajaan dan parti yang menguasai kerajaan itu sendiri (PR).

Benar antara faktor pemilihan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar ialah kerana sosok selaku ahli korporat berjaya. Malah dalam sidang dewan ketika perbahasan hujah ini juga digunakan olehnya.

"Rekod lampau saya dalam pelaburan, perolehan (syarikat), dan penggabungan saya rasa boleh membantu perbincangan ini.

"Saya tak boleh jadi orang perantara, (dan kemudian) nanti saya balik ke dewan (untuk berbincang) tambah Khalid lagi dalam perbahasan tersebut.

Namun Khalid perlu sedar dia kini bukan lagi mengapalai sebuah syarikat korporat yang hanya berasaskan keuntungan dan menjaga kepentingan pemegang saham sebagai keutamaannya. Dia harus sedar dia kini Menteri Besar mewakili sebuah parti (PKR) dan gabungan parti (PR). Jawatan Menteri Besar yang mentadbir sebuah kerajaan yang penuh risiko dengan serangan dan faktor penting Kerajaan Selangor ini ditadbir oleh gabungan politik berbeza dengan Kerajaan Pusat.

Selaku Ketua Kerajaan Selangor ia perlu berbeza dari Ketua syarikat Korporat. Ia perlu keputusan bersama dan keputusan bersama itu harus difahami bersama oleh semua pihak yang bersama dalam mendirikan Kerajaan Selangor itu.

Jika dalam dewan di pihak kerajaan (wakil PR) sendiri bangkit dan mempertikaikan malah menyebut dengan jelas bahawa rundingan air seumpama dalam 'kotak hitam' yang tidak diketahui maka sesuatu yang tidak betul sedang berlaku. Itu baru pertikaian dalam dewan bagaimana dengan cakap - cakap di kedai kopi (kalangan rakyat biasa) ? Ini perkembangan yang membimbangkan.

Bukan mempertikaikan keputusan dalam rundingan tersebut betul atau salah tetapi sekali lagi menegaskan ia perlu dibuat secara bersama dan difahami bersama. Khalid perlu faham dalam keadaan dia sedang memutuskan rundingan air bersama kerajaan pusat, ketika yang sama usaha sabotaj dalam isu air oleh kerajaan pusat terus berlangsung malah diperhebatkan.

Ketika memulakan langkah perjuangan ini tidak ada sesiapa yang sangka pun Bn akan tumbang di Selangor, malah bukan sahaja Bn malah parti - parti yang akhirnya bergabung dibawah PR tahun 2008 juga terkejut dengan keputusan PRU ketika itu. Kemenangan PR di Selangor usaha perbagai pihak. Kemenangan PR di Selangor perlu dikekalkan dan diisi dengan pengurusan secara berpasukan dan difahami oleh semua rakan pasukan.

Harus dipuji perbagai pencapaian kerajaan Selangor yang jauh lebih baik dengan Kerajaan Bn sebelum itu malah tidak segan untuk mengatakan Selangor antara negeri terbaik pentadbirannya dalam negara buat masa ini tetapi pasukan bola sepak dunia yang dibarisi bintang terbaik dunia pun boleh kalah jika tidak ada kerjasama dan saling memahami.

Ini baru isu air sebagai contoh terhadap perbagai isu lain. Sesuatu perlu dilakukan segera, isu ini (kelemahan) perlu diatasi segera. Ambillah pengalaman negeri yang pernah parti - parti gabungan PR menangi secara PR atau sebelum itu

Sekian sekadar pandangan yang ingin melihat Selangor sebagai pembuka pintu ke Putrajaya.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

Wednesday, April 16, 2014

Majoriti yakin Putrajaya tidak jujur terhadap rakyat isu MH370

Kenyataan Umum
16 April 2014

Majoriti yakin Putrajaya tidak jujur terhadap rakyat isu MH370

SolidaritiAnak Muda Malaysia (SAMM) mengajak semua mengambil serius dapatan dari kajian terbaru Merdeka Centre berkenaan isu kehilangan pesawat MH370.

Dalam respon kepada soalan sama ada responden menyangka Putrajaya jujur atau menyembunyikan sesuatu mengenai MH370, 54% daripada responden berpendapat Malaysia menyembunyikan maklumat. Selepas lebih lima minggu pesawat hilang, ternyata rakyat Malaysia juga cenderung mempercayai Putrajaya tidak jujur berhubung maklumat berkenaan pesawat itu.

Kali ini, responden dari kedua-dua kawasan bandar dan luar bandar bersatu dalam mempercayai Putrajaya kurang jujur dalam mendedahkan maklumat berkenaan MH370.

Responden dipilih melalui kaedah persampelan rawak berstrata mengikut etnik, jantina dan umur, serta meliputi semua kawasan Parlimen di Semenanjung Malaysia.

Kajian itu dijalankan dari 24-30 Mac dengan pemilihan responden berkadar dengan penduduk di setiap kawasan Parlimen.

Malah dapatan survey yang sama mendapati ekoran dari peristiwa MH370 lebih 45% rakyat mula hilang keyakinan terhadap Putrajaya.

SAMM pada 4 April 2014, jam 9 pagi melalui kenyataan media telah dengan tegas menggesa Perdana Menteri, Najib Razak agar bercakap benar di depan rakyat. SAMM dan majoriti rakyat mula sedar kes kehilangan MH370 ini bukan kemalangan trajedi biasa sebaliknya satu kes rampasan pesawat melibatkan pertembungan kuasa besar dunia dan semua termasuk Malaysia menjadi mangsa. 

SAMM sedar Najib sedang tersepit dalam pertembungan kuasa besar. Najib sedang berusaha menyelamat keadaan sebaliknya dia tidak sedar dengan tidak bercakap benar kepada rakyat sendiri akan menyebabkan dia terus tersepit lebih teruk malah meletakkan negara lebih berisiko.

Najib dan para pengampu harus berhenti bersikap negatif dengan menyifatkan semua yang memberi pendapat bercanggah sedikit dengan skrip beliau dilihat sebagai tidak patriotik dan harus dihukum termasuk dibuang kerakyatan.

Kepada Najib kami tahu kamu juga tersepit tetapi ini berlaku kerana ia berpunca dari kelemahan pentadbiran sendiri. Ingatkah kita cerita agen CIA dalam pejabat Peguam Negara yang cuba disapu dibawah karpet ? Malaysia menjadi lemah kerana kita dihimpit, diugut kiri dan kanan. Malah watak utama negara yang punya kes bunuh juga pernah diugut sehingga tanah negara terpaksa diserahkan pada jiran.

Amat lemah, Malaysia hanya mencari mengikut cakap - cakap negara lain. Bayangkan ketika radar Malaysia sudah mengesan pusingan pesawat tersebut tetapi beberapa hari awal kita membuang masa mencari di Teluk Siam, sedangkan kita tahu ia sudah melintasi negara semula.

Persoalanya adakah kita lemah atau Najib sedang dihimpit permainan politik kuasa besar dunia ?

Najib, ketahuilah kamu bahawa China sedang marah bukan sahaja kerana kehilangan warganya tetapi kehilangan sesuatu yang bernilai buat negaranya. Kuasa besar ekonomi ini boleh menghimpit negara kerana kelemahan kamu mengendalikan isu ini. Najib, kamu tidak perlu berselindung. 

Bercakap benarlah dihadapan rakyat. Tidak perlu kamu membaca skrip tulisan pihak lain seperti 'ia berakhir di Lautan Hindi' dan kemudian cuba dimanipulasi oleh sepupu kamu dengan mengatakan "PM tak sebut pesawat terhempas".

Percayalah akibatnya nanti tidak terjangkau oleh pemikiran kamu, Malaysia bakal hilang syarikat penerbangan kerana saman dari seluruh dunia, negara bakal menerima tekanan hebat dari perbagai segi.

Najib, kami sayangkan negara ini. Kami tahu kamu terhimpit dan tampillah dengan bercakap terus terang kepada rakyat. Kuasa besar mana pun kami akan bersedia berdepan tetapi kamu perlu beritahu perkara sebenar kepada rakyat atau kamu selesa menjadi memainkan peranan selaku watak boneka lemah semata - mata. 

Kita mungkin berbeda pandang dalam banyak isu di dalam negara ini tetapi dalam isu mempertahankan negara ia tidak ada kompromi cuma berani tampil dan bercakap benar dengan kami.

Sekian

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Monday, April 14, 2014

Delegasi 6 Hari 5 Malam ke Dubai: SAMM Tuntut Penjelasan Penuh

Kenyataan Media
14 April 2014

Delegasi 6 Hari 5 Malam ke Dubai: SAMM Tuntut Penjelasan Penuh

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menuntut Pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Pejabat Menteri Pendidikan menjelaskan kepada umum mengenai lawatan TPM 6 hari 5 malam ke Dubai dari 8-13 April lalu.

Merujuk kepada maklumat jadual penuh Timbalan Perdana Menteri ke Dubai yang dibocorkan oleh penjawat awam, TPM didapati hanya mempunyai urusan rasmi selama 4 jam iaitu pada 9 April yang melibatkan Kementerian Pendidikan. Selebihnya hanya ditulis sebagai 'private program' dan 'free program' pada 10, 11 dan 12 April 2014.

Jadual yang dibocorkan itu akhirnya diakui sebagai draf awal dalam satu penjelasan oleh pihak menteri terbabit. Dalam penjelasan yang sama, pihak menteri bertanggungjawab tidak menyebut aktiviti pada tarikh 10 dan 11 April, hanya memaklumkan TPM menyertai satu acara golf rasmi yang dianjur oleh Tourism Malaysia pada 12 April 2014.


SAMM menegaskan bahawa lawatan kerja yang terlalu panjang ini adalah satu pembaziran wang rakyat. SAMM juga menuntut penjelasan penuh termasuk beberapa persoalan yang perlu dijawab, antaranya;
  • Nyatakan berapa jumlah delegasi termasuk staf kementerian, keluarga, setiausaha politik dan sebagainya.
  • Berapa jumlah perbelanjaan, penginapan, tiket-tiket penerbangan / sewaan jet peribadi ke atas semua delegasi TPM dan keluarganya selama 6 hari dan 5 malam di Dubai?
  • Mengapa lawatan kerjarasmi ini mengambil masa terlalu lama untuk satu lokasi/negara?
Ketika negara menghadapi jumlah hutang yang kritikal sehingga memaksa cukai barangan dan perkhidmatan (GST) diperkenal, pembaziran umpama penganjuran satu percutian mewah tetap berlaku di kalangan menteri. 

Ketika yang sama, rakyat sedang berkira-kira menyusun atur kehidupan meninggalkan kesenangan dan masa lapang untuk survival menghadapi cukai GST.

Bagi SAMM, situasi 'wasattiyyah songsang' yang diamalkan oleh menteri ini meninggalkan rakyat tidak banyak pilihan selain turun ke jalanraya pada tarikh yang paling afdal, iaitu Hari Buruh 1 Mei 2014.

Dari KLCC ke Dataran Merdeka, 
Buruh Tani Mahasiswa Miskin Kota Berarak Bersama

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

PENJAWAT AWAM JANGAN GENTAR TERUS BOCORKAN MAKLUMAT SALAH LAKU

Kenyataan Media
14 April 2014

PENJAWAT AWAM JANGAN GENTAR TERUS BOCORKAN MAKLUMAT SALAH LAKU

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengecam ugutan yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa semalam yang menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana penjawat awam yang membocorkan rahsia kerajaan. 

Memang benar penjawat awam perlu menjaga etika kerahsiaan demi kepentingan negara, malangnya pemimpin regim pemerintah kini sedang menggunakan etika kerahsiaan itu demi melindungi kegiatan salah laku yang lebih merugikan negara dan rakyat terbanyak.

Ali Hamsa mengugut penjawat awam sebagai respon ketika diminta mengulas Pengerusi Biro Antarabangsa, Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM), Fakhrul Azman Abu Bakar supaya mengenal pasti dalang yang membocorkan dokumen berhubung jadual lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bermula 8 April lepas.

Jadual itu terbukti jadual yang sedang disiapkan untuk lawatan TPM dan ia penuh dengan acara membazir seperti bermain golf dan sebagainya. Maka selepas jadual itu terdedah awal maka ia ditukar. Bukankah yang membocorkan jadual itu telah menyelamatkan wang rakyat ? dan yakinlah jika jadual itu tidak dibocorkan pembaziran akan berlaku.

SAMM dengan ini menyeru semua penjawat awam agar jangan takut untuk terus menjalankan tanggungjawab dengan jujur dan ikhlas disamping terus menjadi telinga dan mata kepada rakyat demi kepentingan negara. Kamu bukan pengkhianat, jika nampak benda salah lalu kamu bocorkan, maka kamu wira rakyat dan negara. Memang ada risiko kerana kamu bekerja dalam regim seperti sekarang ini.

Kepada penerima maklumat pastikan kamu juga punya tanggungjawab bagi merahsiakan dan melindungi pemberi maklumat. SAMM sendiri punya pengalaman membuat banyak pendedahan seperti cincin RM24.4 juta, bukan sikit ugutan dan tawaran untuk mendapatkan siapa pembocor maklumat dalam agensi kerajaan termasuk dalam pejabat Perdana Menteri sendiri sebaliknya SAMM terus memegang janji melindungi pemberi maklumat.

Sekian.

che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

AIR SARAWAK: KEKAYAAN DIPUNGGAH RAKYAT MERANA

Kenyataan Media
14 April 2014

AIR SARAWAK: KEKAYAAN DIPUNGGAH RAKYAT MERANA

Penubuhan Malaysia pada tahun 1963 merupakan kesepakatan untuk bersama menjadi sebuah negara berdaulat di antara Malaya (Pada ketika itu) serta Sabah dan Sarawak. Kesepakatan ini menjanjikan kemakmuran dan keselesaan yang bakal dikongsi oleh rakyat terbanyak.

Selepas lebih dari 50 tahun, kerajaan Malaysia diterajui oleh Barisan Nasional masih gagal menyelesaikan masalah berkaitan air bersih di kebanyakkan kawasan di negeri Sarawak. 

Kita menyaksikan hampir 90% dari hasil hutan di Sarawak digondolkan. Begitu juga dengan hasil bumi seperti petroleum dan gas asli yang tuhan kurniakan kepada Negeri Sarawak terus dikaut dengan cebisan keuntungan hanya terpalit pada kroni-kroni terdekat.

Air yang menjadi keperluan asas kepada manusia masih menjadi duri dalam daging kepada masyarakat di Sarawak. Andai di kawasan pedalaman alasan utama adalah logistik untuk pemasangan infra bagi agihan air, apa pula alasan kepada masyarakat di kawasan hampir bandar dan dalam kawasan bandar. Masalah air bukan masalah baru. Ia telah berlanjutan sekian lama.

Bagi menutup masalah air bersih kerajaan negeri Sarawak, setiap kali pilihanraya kecil negeri kerajaan akan menghadiahkan 'tangki 1Malaysia' kepada penduduk. Penduduk diminta menyimpan air hujan untuk digunakan. 

Pemasangan infra untuk penyaliran air bersih masih di tahap lama. Bagi kawasan yang sudah mempunyai saliran, mutu air yang disalirkan adalah amat rendah. Keladak dan enapan menjadi sajian harian kepada penduduk. Saban hari SAMM Sarawak menerima aduan berkaitan pencemaran air paip yang disalurkan kepada penduduk Sarawak.

Ke mana perginya peruntukkan tahun 2013 sebanyak RM 1.75 billion untuk program bekalan air terawat? Berapa banyak isi rumah yang mendapat manafaat dari peruntukkan ini?

Projek pembinaan empangan yang sedang berjalan dengan pesat sepatutnya diagihkan untuk membina prasarana agihan air dan peralatan untuk rawatan air, bukan untuk melupus balak semata-mata. Lebih banyak pusat pemerosesan dan rawatan air harus dibina bagi menampung keperluan penduduk Sarawak.

Kepentingan penduduk Sarawak harus diutamakan bagi memastikan kualiti air terawat bagi meningkatkan tahap kesihatan orang ramai dan kualiti hidup masyarakat setempat. 

Keadaan geografi Sarawak yang luas dan penempatan penduduk di banyak kawasan terpencil bukan alasan untuk menindakkan hak rakyat Sarawak. Rakyat Sarawak harus bangun menuntut hak mereka seperti negeri lain, di kala sumber alam negeri Sarawak digondol semahunya.

Siti Norazarizah binti Rahman
Penyelaras bersama SAMM Sarawak

Friday, April 11, 2014

BAGAIMANA RAKYAT MAHU BAYAR GST JIKA MENTERI TERUS MEMBAZIR?

Kenyataan Terbuka
11 April 2014

BAGAIMANA RAKYAT MAHU BAYAR GST JIKA MENTERI TERUS MEMBAZIR?

Sejak Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) diperkenalkan khususnya setahun kebelakangan ini, rakyat telah digesa untuk akur menerima cukai baru ini yang dikhabarkan efisyen demi kelangsungan ekonomi negara.

Pelbagai usaha berbentuk promosi yang menelan belanja ratusan juta telah diperhabis demi memberi kefahaman kepada semua betapa GST itu kononnya tidak membebankan rakyat. Lagu GST dicipta dimainkan di televisyen dan corong radio, papan billboard diwarnai dengan kebaikan GST, pelbagai poster dilekat di bermacam tempat awam termasuk dalam LRT dan Tren, dan pelbagai lagi kaedah promosi dengan tujuan untuk menghasut rakyat menerima GST.

Namun rakyat pula saban hari didedahkan dengan pelbagai ketirisan, pembaziran, rasuah dan perilaku tidak amanah dalam pentadbiran kerajaan. Malah kerajaan sering menanggung kerugian dari setiap keputusan kurang bijak dalam memberi tender, akhirnya kos tambahan bernilai ratusan juta ringgit terpaksa dikeluarkan. Antaranya adalah akibat dari kelewatan kontraktor menyiapkan projek, bangunan tidak siap dan bangunan rosak atau runtuh, yang menyebabkan wang rakyat terus mengalir di saluran yang tidak sepatutnya. 

Justeru, promosi GST besar-besaran itu tidak mampu mengambus rencana pentadbiran sebuah kerajaan yang sangat lemah dan menghabiskan wang rakyat.

Laporan audit setiap tahun juga tidak menampakkan perubahan positif. Dilaporkan lima kementerian iaitu Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri akan dipanggil dengan 121 kes pula berkemungkinan berdepan tindakan.

Persoalannya, siapa yang berdepan tindakkan itu? Rakyat biasa atau menteri?

Perkembangan terbaru yang menggemparkan parlimen baru-baru ini menjelaskan konsep wasattiyyah yang dilaung oleh Perdana Menteri adalah songsang. Kita sering dengar pembaziran isteri PM, kali ini hasil pendedahan seorang cikgu, dapat diketahui bagaimana Timbalan Perdana Menteri dan keluarganya pula beraksi melampias wang rakyat di Dubai, Emeriah Arab Bersatu.

Merujuk kepada jadual perjalanan TPM merangkap Menteri Pendidikan di Dubai dari 8-13 April 2014, urusan rasmi hanya sekitar 3-4 jam sahaja iaitu pada 9 April 2014. Apakah baki empat hari lagi dihabiskan di atas padang golf di Dubai? 

Dalam jadual yang sama, tertera perkataan 'private program' dan 'free program' pada tarikh 10, 11 dan 12 April sebelum kepulangan Muhyiddin ke Malaysia pada 13 April.

Apakah segala perbelanjaan, penginapan, tiket-tiket penerbangan delegasi TPM dan keluarganya selama 6 hari dan 5 malam di bumi bertuah UAE terpaksa ditanggung oleh duit rakyat?

Ini suatu pembaziran yang telah disusun dan dihalalkan. Modus operandi pergi ke luar negara untuk urusan rasmi, sambil bercuti sakan. Ini bukan hanya berlaku di kalangan PM dan TPM, tetapi ia berlaku di kalangan semua menteri, menjadi satu kemestian, menjadi satu acara wajib tahunan.

Di atas pembaziran yang melampau, di atas ketirisan yang tidak berkesudahan, bagaimana rakyat mahu menyerahkan wang baki poketnya untuk membayar cukai GST?

Ya benar, sememangnya GST adalah cukai yang telus dan efisyen, tetapi apa yang rakyat Malaysia perlukan hari ini ialah kerajaan yang telus dan efisyen. 

Jika kerajaan tetap bertegas melaksanakan GST, maka rakyat juga perlu bertegas untuk menyambutnya di jalanraya, pada tanggal Hari Buruh 1 Mei 2014.

Sekian

EDY NOOR REDUAN
Aktivis Blogger
Pengarah Propaganda SAMM


Thursday, April 10, 2014

Panggilan Media | Hujah Penggulungan Pendakwaan Terhadap Chegubard

Panggilan Media

Kepada tuan/puan editor,

Menjemput semua pengamal media untuk membuat liputan sambungan perbicaraan dan 'Hujah Penggulungan Pendakwaan' terhadap che'GuBard dalam kes himpunan aman di Padang Timur (Amcorp Mall). Berikut adalah maklumat masa dan lokasi mahkamah;

Tarikh: 11 April 2014 (Jumaat)
Masa: 9 pagi
Lokasi: Mahkamah Seksyen Petaling Jaya

Dimaklumkan juga, esok Datuk Johari Abdul turut disapina oleh DPP sebagai saksi pendakwa. Orang ramai juga dijemput hadir untuk memberi sokongan.

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM

Tuesday, April 8, 2014

KATA DUA BUAT PEMERINTAH: TANGGUH GST ATAU HADAPI PROTES GERGASI 1 MEI

KENYATAAN MEDIA | 8 APRIL 2014


KATA DUA BUAT PEMERINTAH: TANGGUH GST ATAU HADAPI PROTES GERGASI 1 MEI

SAMM telah membuat ketetapan menubuhkan Sekretariat GST dengan objetif menjalin kerjasama dengan agensi-agensi perlaksanaan GST tapi agensi-agensi kerajaan gagal untuk menjawab surat permohonan kami. Namun dengan inisiatif sendiri SAMM mengadakan pertemuan dengan pelbagai pihak untuk melihat sejauh mana keperluan perlaksanaan GST.

Setelah beberapa siri bengkel kajian mengenai GST dijalankan dan di atas perbincangan panjang, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) tanpa berselindung tidak menolak perlaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dalam memastikan kelangsungan ekonomi dan pembangunan negara. Namun SAMM juga sebulat suara bersetuju bahawa ketika ini Malaysia belum bersedia di atas banyak faktor, antaranya;

·         Ketirisan melampau dalam pentadbiran Negara yang menyebabkan pembaziran harus diatasi terlebih dahulu. Laporan audit setiap tahun menjadi rujukan pelbagai kepincangan yang merugikan negara selain pendedahan pelbagai skandal rasuah yang berakhir tanpa tindakan tegas.

·         Perlaksanaan GST yang tergesa-gesa tanpa menyediakan asas yang kukuh terhadap aspek pendapatan rakyat yang masih lagi tidak meningkat atau berpendapatan tinggi hanya akan menambahkan bebanan dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia dikala ketidaktentuan harga barang dan kos sara hidup yang semakin meningkat tahun demi tahun.

Lebih dikhuatiri, jika cukai barangan dan perkhidmatan GST ini dimulakan dengan 6% pada tahun 2015, SAMM menjangkakan pada tahun 2016 kadar GST akan melonjak pada kadar 8%. Justeru, SAMM percaya dengan kos sara hidup yang melonjak selepas PRU13 lalu

Perkembangan terkini juga menunjukkan dewan rakyat telah melulus perlaksanaan GST dengan sokongan semua ahli parlimen Barisan Nasional, ternyata wakil rakyat yang menyokong GST ini adalah di atas kepentingan tertentu, bukan atas kepentingan rakyat. Ini sekaligus tidak memberikan rakyat pilihan lain, selain memilih jalanraya untuk meluahkan protes bantahan setelah dewan rakyat tidak membantu.

Maka sebagai kumpulan anak muda yang pertahankan rakyat, SAMM memberi kata dua kepada kerajaan Malaysia supaya segera umum penangguhan perlaksanaan GST, atau bakal berdepan lautan rakyat dalam satu demonstrasi gergasi pada 1 Mei 2014.

Sesungguhnya kesabaran rakyat kini amat nipis sekali, rasa hormat terhadap pemerintah sudah tiada lagi memandangkan rakyat tidak pernah dihormati malah hak demokrasinya ditipu demi regim mengekalkan kuasa. Kali ini, wang poket pula ingin dicuri sehabisnya, pasti perlawanan akan berbeza.

Sekian.

Mohd Faizal AB Rahman

Penyelaras Kebangsaan

Sekretariat GST SAMM

Monday, April 7, 2014

PANGGILAN MEDIA | 8 APRIL (SELASA) | 12 TGHARI | PARLIMEN

PANGGILAN MEDIA

Kepada tuan/puan editor,

SAMM melalui Sekretariat GST akan mengadakan satu sidang media di perkarangan Parlimen (lobi Parlimen terdahulu) dan mengusulkan sebuah memorandum kepada Menteri Kewangan dan Ahli-Ahli Parlimen. Berikut adalah maklumat tarikh dan masa sidang media:

Tarikh: 8 April 2014
Masa: 12tghari
Lokasi: Perkarangan Parlimen (lobi lama)

Bersempena setahun menjelang perlaksanaan GST, gesaan terus dibuat agar isu GST dibahaskan segera secara terbuka di dewan rakyat. Semua warga media dijemput hadir membuat liputan. 

Sila hubungi 013-4359600 untuk keterangan lanjut.

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan