Friday, October 25, 2013

Kemenangan BN PRU13 Bebaskan Liong Sik Dari Skandal PKFZ

Kenyataan Umum
25 Oktober 2013

Kemenangan BN PRU13 Bebaskan Liong Sik Dari Skandal PKFZ

Pembebasan Tun Ling Liong Sik dari dakwaan menipu kerajaan Malaysia dalam skandal PKFZ merupakan satu lagi detik hitam buat rakyat Malaysia pasca PRU 13. Kehilangan berbilion wang rakyat dalam skandal PKFZ kini menjadi rompakkan yang halal apabila tiada lagi bekas menteri yang akan dipertanggungjawabkan.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah menjangka keputusan ini, namun terus mempersoalkan jika Dr Ling jatuh dibebaskan, siapakah pula yang harus dipersalahkan di atas kehilangan wang negara? RM 12 bilion untuk sebuah infrastruktur pelabuhan adalah sangat tidak munahsabah.

Ternyata rakyat terus ditipu dan penjenayah berskala menteri terus selamat mendapat imuniti setelah kerajaan BN kekal kuasa melalui penipuan pilihanraya. Keputusan ini sengaja dilewatkan hingga selepas PRU13. Jika BN tumbang, sudah pasti tiada imuniti lagi buat perompak skala bilion. Sama seperti kes pembunuhan Altantuya yang ditangguh selepas PRU13, pesalah bebas dari hukuman gantung dan kes ditutup rapat hingga tidak ada ruang untuk pencuri setengah bilion didakwa. Altantuya akhirnya didapati mencuri C4 dan mengebom dirinya sendiri di Puncak Alam.

SAMM turut melihat keputusan Dr Ling bebas yang diumum pagi tadi ketika di sebelah petangnya akan berlangsung pembentangan belanjawan 2014 adalah satu helah untuk menenggelamkan isu PKFZ. Pastinya laporan media akan menjurus kepada laporan belanjawan berbanding pembebasan Dr Ling. 

SAMM dengan ini mendesak mendesak supaya skandal PKFZ tidak terus didiamkan walaupun Dr Ling didapati tidak bersalah. Mana-mana bekas menteri yang telah menyebabkan negara hilang berbilion ringgit dalam skandal PKFZ harus diheret semula ke mahkamah. Jika Dr Ling didapati tidak menipu, maka siapakah yang menipu dan siapakah yang ditipu? 

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Thursday, October 24, 2013

Kerajaan tua ini hilang kreativiti tadbir negara untuk ringankan beban rakyat

Regim ini sudah terlalu tua dan tidak kreatif maka cadangan di bawah diusul;

 
Cadangan : PINDAAN PERINTAH LEVI KENDERAAN BARANG – BARANG (PENGECUALIAN) 1983, AKTA LEVI KENDERAAN BARANG – BARANG 1983

Tanpa perlu diselindung Malaysia sedang mengalami masalah ekonomi khususnya apabila perbezaan antara pendapatan kerajaan jauh amat rendah dari perbelanjaan pengurusan negara. Ini sebenarnya boleh dibaca sebagai kelemahan kebijakan pengurusan ekonomi pemerintah. Maka bukan sedikit cadangan telah diutarakan oleh regim untuk menambah pendapatan kerajaan dan kebanyakannya menjurus kepada menekan semula kepada rakyat untuk ditekan dan diperas dari perbagai segi bagi menambah pendapatn regim. Antaranya ialah cadangan GST barangan keperluan , penarikan subsidi (yang menyebabkan kenaikan harga bahan utama seperti bahan api) dan seumpamanya yang terbaru GST (cukai baru) akan diperkenalkan.
 
Setiap kali pengumuman diumumkan regim terus menipu rakyat dengan mengatakan bahawa negara ini jauh lebih murah dan perbagai propaganda dengan menimbulkan perbagai perbezaan dengan perbagai negara bagi mewajarkan tindakan regim yang menekan rakyat bagi tujuan menambah pendapatan kerajaan. 
 
Sebenarnya jika diteliti banyak ruang lain boleh diteroka dalam menambah pendapatan kerajaan. Namun regim yang gagal bertindak kreatif hanya melihat rakyat sebagai bahan penting untuk diperas.
 
Antaranya ialah dengan meneliti akta levi kenderaan barang – barang (1983) KDRM. 

Bayangkan Singapura mampu mendapat lebih 1Billion SGD setiap tahun hanya dari GST yang dibayar oleh pengeksport Malaysia. Malangnya kita hanya mampu RM147.108 juta (2008) dan RM141.15 juta (2009) melalui levi kenderaan/barangan meninggalkan dan masuk negara melalui pintu sempadan Malaysia-Singapura. Bagaimana perkara ini boleh berlaku dan berlarutan bertahun tahun.
 
Ini berlaku mungkin berlaku kurang ketegasan dipintu sempadan namun alas an paling besar ialah Menteri yang memerintah khususnya Menteri Kewangan hilang kretiviti serta malas untuk meneliti perkara – perkara ini bagi memperbagaikan pendapatan negara.
Bayangkan Levi kita kekal sejak tahun 1983 tanpa diteliti atau dikaji.
 
A. A. Kadar levi kenderaan barang-barang meninggalkan negara
  1. Muatan Jadual 1 (perihal kenderaan) RM200.00
  • ii. Muatan Jadual II (dikecualikan sepenuhnya) RM 0.00
  • iii. Muatan Jadual III (dikecualikan sepenuhnya) RM 0.00
  • iv. Muatan Jadual IV (dikecualikan 50%) RM 100.00
B. Kadar Levi Barang – Barang Memasuki Negara

i. Muatan dagangan RM100.00
 
ii. Tiada Muatan RM 0.00
 
Ini ialah kadar levi diperkenalkan pada tahun 1983 ketika itu Menteri Kewangannya ialah YBM Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah. Ketika levi tersebut dibentangkan dan diluluskan malah diperkenalkan sistem potongan levi dimana pada ketika itu mata wang Malaysia jauh lebih tinggi dari Singapura malangnya oleh kerana kita punya Menteri yang pemalas dan cuai maka kita telah kehilangan bukan sedikit pendapatan negara apabila kadar levi lapuk ini terus dipakai di pintu sempadan negara dan dalam pada masa yang sama Singapura menikmati lebih 1 billion SGD kerana kecekapan pentadbiran mereka.

Cadangan / Pindaan Akta levi 1983

Berikut ialah kadar levi baru yang dicadangkan :
 
a) Semua kenderaan dagangan yang meninggalkan negara dikenakan levi RM300 (kadar sekarang RM200)
b) Semua kenderaan dagangan yang membawa jenis barangan dalam jadual II (dagangan mudah rosak) dikenakan levi RM100 (kadar Levi sekarang dikecualikan sepenuhnya)
c) Kadar 50% yang diberikan dalam jadual IV hendaklah dibatalkan dan semua lori yang membawa barangan binaan hendaklah dikenakan levi RM300 (kadar sekarang cuma RM100.00)
d) Semua kenderaan barang – barang bermuatan yang memasuki Malaysia dikenakan levi RM200.00 (kadar levi sekarang iaitu RM100.00)
 
Rajah 1 : Kadar Levi Kenderaan barang – barang meninggalkan Malaysia
Kadar sekarang
dicadangkan
Jadual I
RM 200.00
RM300.00
Jadual II
RM 0.00
RM 150.00
Jadual III
RM 0.00
BATAL
Jadual IV
RM 100.00
RM300.00
 
Rajah 2 : Kadar Levi Kenderaan barang – barang memasuki Malaysia
Kadang sekarang
dicadangkan
Muatan dagangan
RM 100.00
RM 200.00
Tanpa muatan
RM 0.00
KEKAL
 
Rasional / justafikasi
 
Parlimen Malaysia perlu segera meminda kadar levi ini segera berikutan justifikasi cadangan pindaan akta levi (1983) iaitu :
 
a) Mengambil kira faktor keselamatan negara iaitu kes penambakan laut oleh Singapura dengan menggunakan batuan, pepejal, simen, besi dan lain – lain dari Malaysia. Tindakan ini juga bagi mengurangkan / mengekang tindakan peniaga Singapura melantik proksi dalam syarikat – syarikat seperti syarikat kuari di Malaysia, selama ini tindakan ini menyebabkan bukan sedikit mereka meraih keuntungan dan mengalirkan wang negara keluar.
 
b) Pengimport – pengimport dan syarikat – syarikat binaan asing Singapura tidak layak mendapat pengecualian 50% dari Malaysia dan kebanyakanya ialah bertaraf syarikat pengeksport yang telah kukuh dan maju sepatutnya tidak punya masalah bagi membayar sedikit kenaikan levi. Mereka mendapat keuntungan besar hasil penggunaan bahan binaan dari Malaysia.
 
c) Mereka juga tidak membantah kenaikan kadar GST 5% oleh kerajaan Singapura. Pengeksport boleh dan mampu membayar GST (Goods and Services Tax) kepada kerajaan Singapura berdasarkan nilai SGD. Sedangkan keuntungan mereka berpunca dari Malaysia.

d) Kadar levi lama amat lapuk selama 27 tahun tidak dipinda dan kedudukan mata wang Malaysia yang pada ketika itu lebih tinggi dari Singapura sebaliknya kini berbeza kita tertinggal dari Singapura.
 
        e) Secara tidak langsung kadar baru levi ini sedikit sebanyak mampu menrancakkan penggunaan pelabuhan tempatan seperti Tanjung Pelepas dan Pasir Gudang untuk menghantar terus barangan tanpa melalui Singapura dan menghantar kemudian melalui pelabuhan Singapura. Selama ini ada peniaga yang melintasi tambak Johor dan menghantar barang keluar menerusi pelabuhan Singapura kerana kos melintasi tambak Johor terlalu minima.
 
        f) Peningkatan kadar levi akan ditanggung oleh rakyat Singapura bukan Malaysia. Selaku negara maju dan punya matawang yang nilai jauh lebih tinggi sudah tentu tidak akan merasai sedikit kenaikan yang dicadangkan sebaliknya kita dapat menampah pendapatan kerajaan bagi mengurangan beban rakyat.
 
        g) Dari segi persaingan antarabangsa kita juga masih terus selesa kerana pengimport Singapura pasti akan menanggung kos lebih jika memilih untuk tidak menggunakan bahgan dari Malaysia dan membeli bahan dari Indonesia, Vietnam dan lain – lain. Bagi barangan mudah rosak pula jika diimport dari Indonesia atau Thailand ianya menyebabkan kos yang lebih tinggi berbanding Malaysia.

 
Rumusan 
 
Sebenarnya pindaan akta levi kenderaan barang – barang ini hanya boleh dibuat dengan keputusan Menteri Kewangan yang mempunyai kuasa untuk memperkenalkan kadar levi baru. Namun malangnya kerana kita mempunya menteri kewangan yang malas dan tidak kreatif maka cadangan ini dibawa ke parlimen untuk tindakan semua ahli parlimen. 
 
Cadangan ini jika diterima sekurang – kurangnya akan menambahkan RM200 juta kepada pendapatan negara pada tahun tahun akan datang.
 
Cadangan pindaan levi ini hanyalah sebahagian dari ratusan tindakan yang boleh diambil oleh Kerajaan jika punya Kabinet yang benar – benar 'competent' . Tekanan kepada rakyat seharusnya merupakan tindakan terakhir namun bagi cabinet yang pemalas ini ia menjadi tindakan pertama. 
 
Ini adalah contoh kecil bagaimana wang negara boleh diselamatkan dan rakyat tidak terus dibebani tetapi regim tua ini sudah hilang kretivitinya maka terpulang kepada rakyat untuk mengangkat kelompok baru yang punya daya kretiviti dan lebih anergetik dalam tahun mendatang bagi mentadbir negara agar Malaysia akan lebih disegani dan berdaya saing.
 
Kerajaan mampu jana ekonomi tanpa menjerut rakyat dengan GST jika mereka rajin sedikit lebi. Sempena Buget Jumaat ini mohon Menteri Kewangan membaca artikel ini meransang mindanya mencari ruang menambah pendapatn negara tanpa memeritkan rakyat.

 
cadangan oleh :

che'GuBard
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia

Tahniah Kerajaan PR Selangor dan P.Pinang Bergerak Selangkah Perkukuh Demokrasi

Kenyataan Umum
23 Okt 2013
 
Tahniah Kerajaan PR Selangor dan P.Pinang Bergerak Selangkah Perkukuh Demokrasi
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengucapkan tahniah kepada kerajaan PR Selangor dan P.Pinang yang bergerak selangkah lagi memperkukuhkan demokrasi dalam radar pentadbiran mereka.

18 September lalu Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang melalui mesyuarat Exco Kerajaan Negeri telah meluluskan secara prinsipnya peruntukan kepada ADUN pembangkang di Pulau Pinang (baca : Barisan Nasional) dan lanjutan kelulusan Mesyuarat Exco ini akan dibentangkan dalam Belanjawan Negeri P.Pinang 2014. Manakala 10 Oktober lepas Kerajaan PR Selangor pula telah mengumumkan elaun khas dan keistimewaan kepada Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Selangor.

Bagi SAMM ini usaha berani dalam memperkukuh dan mendidik erti demokrasi sebenar di Malaysia namun memahami dalam searah panjang penindasan dalam menterjemah sistem demokrasi ala Barisan Nasional tentu tindakan seperti ini sukar diterima oleh beberapa pihak dalam PR itu sendiri.

Namun jika kita bercakap soal demokrasi matang, inilah masa terbaik menunjukkan PR berbeza dengan politik penindasan Bn. Kita lihat selama ini bagaimana wakil rakyat PR khususnya ahli parlimen dinafikan hak untuk berkhidmat kepada rakyat dengan satu sen pun peruntukan tidak disalurkan melalui wakil rakyat PR yang diangkat dengan undi rakyat. Kini satu tamparan hebat buat ADUN Bn di Pulau Pinang. Adakah mereka mahu menerima peruntukan yang diberikan kepada mereka walaupun mereka pembangkang ?
 
Jika mereka menerima maka mereka memperakui bahawa amalan Kerajaan Bn di negeri lain dan Bn peringkat Pusat sendiri adalah salah dengan tidak menyalurkan peruntukan melalui wakil rakyat yang diangkat oleh rakyat atau jika menolaknya maka mereka akan terus dikenang dengan politik kepartian sempit dan mereka tidak boleh mengeluh lagi depan pengundi mereka yang mereka tidak ada peruntukan. Melalui Kerajaan Pulau Pinang, PR membuktikan bahawa pertembungan parti politik hal yang lain tetapi dalam urus tadbir negeri demokrasi maka pilihan rakyat harus dihormati dan PR Pulau Pinang telah mengiktirafnya.

Jawatan Ketua Pembangkang dalam dewan (sama ada dewan rakyat atau dewan undangan negeri) amat penting. Namun sejak merdeka Malaysia tidak pernah menghormati seperti mana negara - negara demokrasi matang mengiktiraf jawatan tersebut. Kerajaan PR Selangor mengorak langkah apabila memberikan elaun khas RM8,260 sebulan dengan perbagai keistemewaan lain kepada Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor.
 
Dengan ini jawatan yang juga  diangkat melalui proses demokrasi suara rakyat ini boleh digunakan untuk sama membangunkan negeri. Ketua pembangkang boleh punya sebuah pejabat yang efisyen lengkap dengan pegawai penyelidik yang cukup dan mampu untuk membahaskan dan membuat teguran membina kepada kerajaan negeri yang akhirnya menguntungkan rakyat.
 
Persoalanya kini juga muncul adakah Ketua Pembangkang yang datang dari Bn di Selangor menerima elaun dan keistimewaan tersebut atau dia menolak dengan pemikiran politik kepartian sempit. Jika menerimanya juga maka dia mengakui sendirinya bahawa adalah amalan yang salah apabila Kerajaan Pusat dan Negeri dibawah Bn menidakkan peranan Ketua Pembangkang di dewan yang diangkat oleh rakyat.

Seharusnya beginilah politik negara dibawa kepada persaingan polisi dan persaingan dalam penambahbaikan yang akhirnya memperkukuh demokrasi dan menguntungkan rakyat.

Besar harapan SAMM ingin melihat Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan yang menjadikan perkataan 'tranformasi' sebagai zikirnya tiap hari dalam membentangkan Buget 2014 Jumaat ini mampu benar benar menyambut langkah Kerajaan PR Selangor dan P.Pinang. Langkah ini juga positif dan semua harus bergerak dalam memperkukuh demokrasi dengan mengiktiraf peranan ahli parlimen PR dengan mengambil kira penyaluran peruntukan melalui mereka yang dipilih rakyat dan mengangkat peranan Parlimen Malaysia dengan mengiktiraf keistimewaan kepada Ketua Pembangkang Malaysia. Jika tidak zikir 'transformasi' itu akan terus menjadi retorik bahan ketawa mainan dalam dan luar negara.

Oleh

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

Monday, October 21, 2013

Sempena Hartal 66 tahun, Ayuh Kita Susun Gerakan Ampuh

Tulisan Terbuka
20 Oktober 2013

Sempena Hartal 66 tahun, Ayuh Kita Susun Gerakan Ampuh

Tanggal hari ini, 66 tahun yang lalu menyaksikan semangat penyatuan rakyat di seluruh negara berada di kemuncaknya. Demi membantah Perlembagaan Persekutuan yang diusulkan oleh Penjajah British, Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dan All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) telah melancarkan Hartal di seluruh Malaya. Inilah kekuatan demokrasi rakyat sebelum dilembikkan oleh 'subsidi' kerajaan selama hampir 60 tahun. Dari dasar pecah perintah, hingga ke dasar 'kalimah Allah', rakyat terus cuba dipisahkan dari bersatu.

Hari ini, selepas 5 bulan rakyat dinafikan demokrasi melalui penipuan PRU13, kita terus terperosok menghitung nasib ketika satu demi satu musibah berlaku hasil dari kekalnya pemerintah legasi penjajah. Kemenangan penuh penipuan dengan sokongan minoriti kurang '47 peratus' ini, rompakkan siang hari terus berlaku dan rakyat terus diperah keringat untuk kemewahan tidak terperi kaum kerabat serta kroni.

Aspirasi perubahan yang cuba diterjemah dalam PRU13 telah digagalkan dengan penipuan. Mungkin ramai di antara kita sudah akur keputusan PRU13 dengan alasan kita gagal mengekang penipuan tersebut. Tetapi saya tetap tidak berganjak untuk tidak menyerah dan terus lawan kebobrokan ini hingga ke akhirnya. Gagal mengekang penipuan pilihanraya bukan bermaksud kita perlu akur, kerana saya percaya jika kita akur berserah kepada penipuan ini bermakna kita telah bersubahat. Noktah.

Apabila kerajaan yang terbentuk itu terhasil dari penipuan, ia sama sekali tidak berkat khususnya buat rakyat. Lihatlah bagaimana kerajaan terus menipu dengan menaikkan harga RON95 setelah berjanji ia tidak akan dinaikkan. Telah dijanjikan hanya RON97 sahaja yang diselaraskan mengikut pasaran harga petrol dunia, bukan RON95. Apakah kita begitu mudah terlupa? Maka domino kenaikkan rantaian harga keperluan asas berlaku dan rakyat menjadi mangsa. 

Malah ketika saya menulis ini juga, subsidi gula sedang dalam perjalanan untuk diturunkan. Alasan menteri 'ayam' berbunyi - demi rakyat sejahtera harga gula dinaikkan. Perdana menteri juga acap kali menyebut 'rakyat perlu ubah gaya hidup' ketika ada anak menteri yang didakwa beli banglo RM7.2 juta. Rakyat diminta untuk berkorban demi keluarga 'mereka'.

Saya tidak mahu menyebut soal audit yang harus menjadi polemik besar, ia terlalu panjang untuk dihuraikan. Cukuplah jika saya menyentuh soal kualiti hidup rakyat menjunam merentasi masa. Percayalah bahawa rakyat hari ini terpaksa beralah untuk memilih keperluan asas jenama yang kurang berkualiti berbanding sebelumnya demi penjimatan. Dulu minyak masak botol berjenama, kini hanya minyak masak paket iaitu minyak masak kitar semula dari restoran KFC dan McD. Sos cili yang berplumbum, kicap yang terlebih masin, beras yang hancur berderai, semua ambil jenama murah, kualiti dipinggirkan. Rakyat tidak sihat asalkan pemimpin terus sihat.

Tanahair juga bakal ketandusan modal insan. Kini kedengaran banyak kes anak derhaka, ibu ditinggalkan, bapak dipukul secara 'royal rumble'. Mengapa ini terjadi dalam negara yang rakyatnya kaya budi bahasa? Semua ini berlaku kerana ayah dan ibu telah menjadi pencuri, mencuri masa emas yang sepatutnya bersama anak-anak. Detik tersebut telah disalahguna kerana kesempitan hidup. Ibu bapa mencari lebihan wang untuk berniaga di sebelah malam, menyertai MLM, kerja lebih masa hingga melibatkan sabtu dan ahad. Maka anak akan berpeleseran tanpa kasih sayang yang cukup. Akhirnya rasa hormat dalam sistem kekeluargaan akan berkurang. Kes anak derhaka mungkin terpencil hari ini, bagaimana dalam tempoh 10 tahun lagi? Tanpa modal insan, negara akan lahirkan generasi anak muda sumbang yang tidak menyumbang.

Apa yang saya sebut di atas bukanlah pilihan sebenar rakyat Malaysia. Ibu bapa pasti mahukan masa yang lebih banyak untuk anak-anak, mereka juga mahukan kualiti hidup dengan keperluan asas yang berkualiti. Tetapi rakyat tiada pilihan, terpaksa melalui detik sukar ini ketika pembaziran berleluasa - lihat sahaja laporan audit. Rakyat Malaysia layak untuk kehidupan yang lebih baik, percayalah. Untuk kualiti dan negara yang lebih baik, rakyat telah memilih perubahan, namun kematian demokrasi menghalang. Ini hakikat.

Maka sesuatu perlu dilakukan. Pakatan Rakyat telah melancarkan #Black505 sejurus selepas PRU13 namun memenui jalan buntu. Malah ia tidak terkesan secara menyeluruh kerana tiada hasil yang nyata. Akhirnya rakyat letih untuk meneruskan perlawanan di jalanraya kerana telah masak dengan 'endingnya' - ceramah, ceramah, ceramah! Ini meletihkan, ceramah tidak membawa perubahan.

Rakyat perlukan satu aksi yang mampu membawa perubahan. Tidak keterlaluan jika saya katakan di atas kesedaran betapa penipuan PRU berlaku, rakyat mahu pilihanraya semula jika berpeluang. letih dengan perhimpunan berbentuk ceramah, hasil keputusan yang tidak merubah apa2, tiada kesan mendalam.

Sekiranya satu perhimpunan dianjurkan oleh parti politik, menolak GST contohnya, saya pasti ia tidak akan mendapat sambutan yang besar. Bukan kerana PR tidak mampu menghimpun penyokongnya, bukan kerana PR tidak punya sokongan besar, tetapi seperti saya katakan tadi rakyat letih membayangkan 'ending'nya. Rakyat memang letih hingga merasakan tidak guna untuk melawan kerna 'brengsek' yang menipu pilihanraya ini punya kuasa dan segala kekuatan untuk terus bertahan memerintah

Namun begitu, jauh di sudut hati rakyat yang terluka, mereka menantikan sesuatu yang besar, mereka menunggu satu detik yang paling ideal untuk menunjuk sepenuh kekuatan. Rakyat menunggu kembalinya himpunan demonstrasi penuh bersejarah kembali dijadualkan dalam arena perlawanan jalanraya. Rakyat bersedia untuk kembali ke jalanraya demi demokrasi kemenangan rakyat yang dicuri 5 Mei lalu. 

Bersih 4.0 adalah yang dinanti-nanti. Segala yang dipendam akan diluahkan sehabisnya, bagaikan tiada hari esok. Pilihanraya semula akan dituntut. Percayalah bahawa walau sejauh manapun keletihan itu, rakyat cukup bertenaga untuk satu lagi aksi asalkan ia mempunyai potensi demi membawa perubahan.

Kali ini, Dataran Merdeka harus menjadi sasaran. Dataran Merdeka harus ditawan dengan aksi 'duduk dan terus bantah' hingga keputusan pilihanraya ke-13 diumumkan tidak sah. Harus diingat, salah satu tuntutan Bersih iaitu perlaksanaan sistem dakwat kekal telah diperuntukkan sebagai satu syarat wajib untuk mengesahkan keputusan PRU13. Namun dengan ratusan ribu kes dakwat tidak kekal bersama 1500 laporan polis, bagaimana BN boleh ishtihar menang PRU-13 dan dibenarkan terus memerintah negara ini dengan memijak-mijak rakyat?

Sempena 66 tahun Hari Hartal meninggalkan kita, ayuhlah kita bersatu melawan penindasan dan penipuan ini. Sudah sampai masanya rakyat bangun melawan, bersama semua golongan masyarakat. Semua NGO, semua orang parti, orang bukan parti, rakyat biasa dan luar biasa, aktivis dan pejuang muka buku, ayuh kita susun gerakan ampuh turun ke jalanraya tawan Dataran Merdeka. 

Di atas nama Bersih yakni sebuah gerakan rakyat, di atas nama anak-anak kita, di atas nama bangsa dan agama, tanahair ini perlu diselamatkan segera. Letaklah tarikh, rakyat bersedia untuk sekali lagi, untuk sekali lagi!


Edy Noor Reduan
Aktivis Blogger, Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Sunday, October 20, 2013

Sembelih Korban di Sekolah

Maaflah mungkin ulasan aku ini ramai yg mungkin kurang senang. Aku kurang setuju ibadat korban (sembelih korban) dilakukan dalam perkarangan sekolah... Kita umat islam faham, tapi penganut agama lain bukan semuanya faham lebih2 lagi melibatkan kawasan sekolah, ia agak sensitif (bukan sekadar soal agama semata).

Aku juga dah dengar perbualan Saravan dgn guru besar skolah tu, memang Saravan membuat teguran dengan cara yang sangat provokativ dan boleh menimbulkan racial/religion tension! Sepatutnya dia lebih cool sbb dia ada point, x perlu provoke pun. Dari perbualan tu kita boleh agak ia akan burukkan keadaan jika di'viral', dan kini sudahpun viral. Kesannya, kebencian melampau!

Dalam masa sama, aku setuju dengan banyak pendapat betapa TOLERANSI itu penting sebagaimana kita bertoleransi dalam ritual agama lain, contohnya perarakan cina mati, india mati, thaipusam, pecah kelapa dan pelbagai ritual lain lagi yang berlangsung di tempat awam.

Kalau setiap slot ini boleh saling bertoleransi, patutnya isu sembelih korban juga tidak menjadi satu perkara yang besar. Cuma kena lihat balik, check n balance, kewajaran ibadat ini dilakukan di sekolah - apakah perlu dinotiskan supaya ibubapa non-muslim ini lebih faham? open verdict.

Tapi, persoalan kenapa 'agama islam dapat peruntukkan' tidak seperti agama lain, kenapa islam boleh agama lain x boleh, cukuplah kalau dijawab - kerana islam agama rasmi negara ini. Mereka yang non-muslim wajar fahami konsep adil. Adil bukan semestinya bermaksud sama-rata.

Kita sebagai umat islam juga perlu faham bagaimana melaksanakan keadilan yang dituntut. Janganlah kerana ini negara rasminya Islam, maka kita boleh buat sesuka hati tanpa ambil kira sensitiviti. 

Janganlah pulak kita bandingkan 'kalau negara lain x bagi ruang untuk kebebasan agama khususnya kpd umat Islam', atau 'kalau di negara india jgn harap Islam dapat buat ibadat itu dan ini'... Kalau kita pun nak sekat sebagaimana negara luar tu, kita pun sama spt mereka sdgkan agama kita tak ajar macam tu pun.

Aku bukanlah pandai sgt bab agama, tapi aku yakin kalau orang islam tunjukkan contoh yang baik khususnya sebagai pemerintah yang adil, Islam akan lebih dihormati dan disenangi, itu lebih penting. Aku yakin Allah pelihara keadilan dan segala yang pincang dalam perlaksanaan itu adalah ujianNya.

Sekadar pendapat, 
Edyes

Thursday, October 17, 2013

Lawan TPPA Hingga Malaysia Tarik Diri

Kenyataan Terbuka

17 Oktober 2013

Lawan TPPA Hingga Malaysia Tarik Diri

Walaupun telah berlangsung dua aksi penting, Pentas Perdana Anti-TPPA di Kg Baru dan Demonstrasi Bantah TPPA di hadapan KLCC minggu lalu, ia bukan bermakna penentangan terhadap Perjanjian TPPA sudah berakhir.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyeru semua pihak agar meneruskan bantahan terhadap Perjanjian TPPA sehingga Malaysia sah menarik diri dari perangkap yang mampu menggadai kedaulatan negara.

Isu TPPA ini bukanlah satu isu yang mudah untuk disampaikan kepada umum, ia agak teknikal dan tidak terjangkau imiginasi keburukkannya kerana TPPA belum menjadi kenyataan. Malah pihak kerajaan tidak menjalankan amanah apabila terus berahsia ketika perbincangan TPPA memasuki fasa terakhir sebelum perlaksanaan. Rakyat telah diketepikan dalam soal menentukan masa depan negara.

Justeru itu, sejak dua bulan lalu SAMM menjalankan peranan membangkit kesedaran rakyat betapa isu TPPA perlu dihangatkan merentasi bidang warna politik. Dengan kerjasama sekutu mahasiswa dan Gabungan BantahTPPA, SAMM telah menggerak jentera di seluruh negara dalam aksi Jelajah #TolakTPPA di mana setiap negeri tidak terkecuali menganjur ceramah umum. Penceramah dari pelbagai parti politik dan NGO khususnya dari Bantah telah menyertai jelajah ini. Sebanyak enam puluh ribu risalah kesedaran bahana TPPA telah diedar sepanjang jelajah.

Kemuncak jelajah menyaksikan Pentas Perdana di Kelab Sultan Sulaiman pada 10 Oktober lalu menghimpun tokoh politik dan aktivis, termasuk dua tokoh ternama tanahair telah diundang naik sepentas melawan TPPA, iaitu DS Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir Mohamad. Namun hanya DS Anwar sahaja yang muncul pada malam tersebut manakala Tun Mahathir tidak memberikan jawapan positif.

SAMM menjemput Tun Mahathir kerana kelantangannya menghalang TPPA dimetrai. Namun sejauh mana keikhlasan Tun Mahathir? Apakah hanya demi menyelamatkan perniagaan monopoli anak dan kroni yang bertaraf konglomerat dari jatuh tersungkur di kaki konglomerat antarabangsa? Kerana mahu merungkai persoalan rakyat, SAMM memberi ruang kepada Tun Mahathir bagi menjelaskan sesuatu. Ternyata Tun tidak berani seperti yang dikenali. 

Di sebelah pihak lagi, DS Anwar walaupun dituduh ejen Amerika dan didakwa punya hubungan istimewa dengan US namun beliau berani tampil dengan tegas menolak Perjanjian TPPA yang penuh agenda tersembunyi. DS Anwar mengulangi pendiriannya sejak awal menolak TPPA, ketegasan dan keberanian ini wajar diberi pujian. 

Malah DS Anwar turut menyuarakan tujuan Mahathir menolak TPPA adalah sebagaimana Mahathir yang sama menolak IMF, demi untuk terus memastikan urusan kewangan negara boleh diperlakukan sesuka hatinya ketika menjadi Perdana Menteri. Ia bukan demi rakyat, tetapi demi kepentingan diri dan kuasa.

Kehadiran orang ramai pada malam Pentas Perdana Anti-TPPA tidaklah mengecewakan walaupun hujan lebat bermula sejak awal petang hingga ke malam. Lebih seribu memenuhi segelinap padang dan juga menerusi siaran langsung yang dibawa oleh TV Selangor menyaksikan lebih 10 ribu audiens.

Tanggal 11 Oktober, sempena kehadiran wakil Presiden Barrak Obama ke Malaysia, SAMM bersama Gabungan BantahTPPA membuka gelanggang demonstrasi di depan KLCC. Berarak dari Masjid As-syakirin terus ke depan KLCC, rakyat khussunya golongan anak muda menyatakan bantahan penyertaan Malaysia dalam Perjanjian TPPA. Ini jelas.

SAMM dengan pelbagai usaha dan kerjasama, bertekad memastikan tanahair ini tidak dijual melalui skim TPPA. Oleh demikian, proses kesedaran umum amatlah penting. Syukurlah sejak akhir-akhir ini soal TPPA sudah mula dibicarakan di media dan rata-rata rakyat kelas pertengahan telah mula mengambil tahu tentang TPPA, tidak seperti dua bulan yang lalu. 

Soal TPPA kini semakin popular memberi tekanan yang besar hingga menyebabkan langkah kerajaan kian kendur, malah Perdana Menteri turut bermain jalan selamat mengutarakan kebimbangan. Kebimbangan Perdana Menteri juga dilihat tidak 'menjamin', dan membimbangkan. Najib Razak sememangnya tidak punya ketegasan.

Ayuh terus lawan, rakyat bersatu pasti tidak akan dikalahkan. Menyelamatkan kedaulatan tanahair harus jadi keutamaan setiap anak bangsa Malaysia!

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)



Monday, October 14, 2013

Debunking the Misconceptions of the Fight against TPPA

Debunking the Misconceptions of the Fight against TPPA
By Anas Alam Faizli


It has been many months since the Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA) caught the public's serious attention and subsequently brought into broad daylight from the covert negotiations it has enjoyed since 2010. Since then, dialogues, workshops, awareness campaigns, media literature and negotiations amongst various civil society organisations have taken place.

Bantah TPPA, the largest single voice yet far in the ongoing battle against TPPA, has made significant inroads into increasing public awareness and engaging various stakeholders, industry experts, as well as the government to address the potential harms of the TPPA onto ordinary Malaysians at large. However, there are other antagonists to the TPPA too; ranging from political personalities, special interest groups and even protectionism pundits.

But the TPPA is bigger than that. Its implications are real and will affect real Malaysian people on the ground regardless of political belief, race or interest.

Bantah is not against free trade, but against TPPA; against giving trade partners free passports to have claim onto our domestic regulations and ultimately, our sovereignty . TPPA is neither about fair trade nor even about free trade alone, given that only 6 of the 29 negotiated chapters are about trade. The remaining chapters are all potential threats to Malaysia's sovereignty and economic development.

Therefore, I humbly attempt to debunk some of the myths about TPPA, and why the opposition to it serves beyond, if at all, the purpose of only these various special interest groups.

1) Opposing TPPA is pro-protectionism

Supporters of TPPA will always ride on the open market promises that the TPPA allegedly offers. Local companies can penetrate the market of the US and 12 other countries and it seems that the benefits of free trade and market liberalization will be at their disposal. A few have analogized the TPPA with a 6 or 8 lanes super highway which will open itself to our local companies upon Malaysia ratifying the TPPA. Compared to the narrow trunk roads that they are currently using, forces against TPPA will be labeled as protectionists who are jealous with the huge potentials awaiting these exporters. Is this true?

Protectionism is frowned upon by many. We read international economics and trade textbooks and we will stumble upon the curse on protectionism due to the latter's role in the Great Depression. While we agree in principle that protectionism was to be blamed (in fact it was the US who started it), it is not a "one way traffic". Opposing TPPA may land you on the protectionist camp (if it really is) but will TPPA guarantee that the US will not resort to protectionism forever?

We should not be so naïve that the US will dismantle its trade protection laws particularly its notorious anti-dumping and countervailing laws. While MITI negotiators are very optimistic about exploring new markets in the Asia-Pacific region, our shrimp producers have been slapped with 60% anti-dumping and countervailing duties by the US Fair Trading Commission (FTC). Is not that protectionist?

Again, we should not be misled by the obligation to reduce tariffs as part of our market access obligations. The US tariff rates on most products have long been low. What deters our exports from entering the US market is not that. It is the non-tariff barriers which make it very costly for our producers to comply with the US technical regulations, standards and conformity assessment procedures. The US has higher standards than us and it is likely that their standards will be imposed on us in case the TPPA comes into force.   

2) Opposing TPPA is anti-competition

Supporters of TPPA have been harping on the possibility of TPPA enhancing market competition in Malaysia. While having a regulation that promotes the competitive process is good for the nation, there is no clear link between competition promotion and the TPPA. Malaysia already has Competition Act 2010 which regulates competition in Malaysia and the law does not discriminate between local and foreign companies. Supposed one sees the necessity of increasing the level of competition in the market, the answer lies in the effectiveness of the provisions of this Act and their implementation by the competition authority in Malaysia, not mandatory recommendations that come from outside the country. Most free trade agreements (FTAs) do not provide for substantive and procedural rules that must be incorporated into domestic competition regulation.

3) Opposing TPPA is a Malay agenda

Supporters of the TPPA are arguing that the critical analysis of the possible impact of TPPA on government procurement only serves the Malay interests. Contrary to this perception, the arguments against the agreement are more than promoting the Malay interests. It goes without saying that with TPPA, there is a danger of importing the more stringent intellectual property protection standards into this country. The increase in prices of medicines will not only be felt by Malays.

Non-discrimination that the TPPA strives to achieve is not the prevention of discrimination between locals. The TPPA targets discriminatory practices that differentiate between local producers and foreign producers and between producers from different countries.

4) TPPA will help uproot corruption from outside


Whether corruption is endemic in this country is a question that may be answered differently depending on whom it is posed to. But considering the level of public dissatisfactions over government spending and the scandalous exposes that have rocked the ruling party, it is not unusual if fighting corruption is used to justify the TPPA.    But is fighting corruption impossible that an outsider's help is necessary to make such noble intention comes true. And if the answer is yes, what regulation of trade relations between States has to do with removing the leakages that result from corrupt practices in the country?

It is true that aspects of international trade regulation are prone to corruption just as other branches of public authorities. However the task of uprooting corruption should be left to domestic regulation. FTAs, including TPPA should merely liberalize trade and remove trade barriers. If the trend is to broaden the scope of FTAs to domestic regulation, it may be good if the high standards of US anti-corruption law be exported to our country. But is that the case as far the TPPA is concerned? We do hope that there is an anti-corruption chapter in the draft TPPA text. If there is none, should the US be concerned with the corrupt practices by people in the Malaysian government or businesses?

BANTAH TPPA


Bantah TPPA was given birth by individuals and NGOs realizing the dangers and threats posed by the TPPA. Proposed by BLINDSPOT, MTEM and the Anti FTA committee in June 2013, it is currently the largest Anti-TPPA coalition in the country, strongly comprised of 60 NGOs and 9 coalition councils e.g MAC, MCTC, MTUC, MPM, each of whom represents at least 50 NGOs. Bantah is also participated by the youth groups such as SAMM, SMM and also PKPIM, Islamic movements such as IKRAM, MAPIM and ABIM and several Malay and Chinese chambers of commerce.

Bantah is an apolitical coalition that has no political interests, business interests and is not representing any specific race or quarters. Bantah rejects the TPPA. Despite that fact, Bantah has submitted 75 redlines (items which are costly to the government) to the Prime Minister, stating that if the government still insist on signing the TPPA, the government is urged to ensure that these redlines be strictly adhered to without compromise.

Bantah comprises of academicians, trade experts, law experts, health experts, environmentalists, patent experts, scholars and professionals from all sectors of the industry and society. All proposals and views of Bantah were first referred to the experts who also form Bantah's committee.

Bantah has met and will continue to meet with all quarters from all walks of the society, from fishermen, farmers, planters, professionals, to all political parties, government agencies, government ministries, ministers, including the MITI minister himself and even the Prime Minister DS Najib Tun Razak.

The Prime Minister had in his statement made during the recent APEC Summit Dialogue in Bali said that he would ensure the government considers the agreement based on the people's support on whether they agree or disagree with the agreement. Bantah welcomes this commitment and urges the people to make their opinions heard. Join Bantah!

* Anas Alam Faizli is an oil and gas professional. He is pursuing a post-graduate doctorate, co-Founder of BLINDSPOT and BANTAH TPPA and tweets at @aafaizli

Thursday, October 10, 2013

Respon Besar Mahukan Mahathir-Anwar Sepentas Malam Ini di Kg Baru

Kenyataan Media

10 Oktober 2013

Respon Besar Mahukan Mahathir-Anwar Sepentas Malam Ini di Kg Baru

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bagi pihak Badan Bertindak Bantah TPPA (BANTAH) menjemput semua rakyat khususnya warga kota untuk hadir ke Pentas Perdana Anti-TPPA malam ini di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru Kuala Lumpur.

TPPA adalah musuh yang harus disekat dari menceroboh dan merosakkan ekonomi negara. Perjanjian rahsia ini juga mampu menggadai kedaulatan negara, dan tidak terjangkau sejauh mana buruknya penyakit yang dibawa. ia bagaikan 'endless possibilities'

Maka perhimpunan pada malam ini adalah satu menifestasi penting untuk menolak Perjanjian TPPA dari dilaksanakan. Malam ini rakyat harus tunjuk kekuatan sebagai aksi 'pemanas badan' sebelum aksi sebenar demonstrasi di KLCC pada hari esoknya.

Malam ini di Kg Baru atau esok di KLCC, kedua-dua aksi ini merentasi sempadan politik domestik. Oleh kerana itu, sebagai anak bangsa Malaysia, semua harus bersatu melawan TPPA tanpa mengira warna kulit, kepercayaan dan fahaman politik demi mempertahankan kedaulatan tanahair.

SAMM menjemput ramai tokoh dan aktivis untuk bersama naik ke pentas, ia termasuklah pemimpin gabungan BANTAH yang telah berusaha dari awal perlawanan menentang TPPA. Juga telah diundang dua tokoh ternama iaitu Tun Mahathir Mohamad dan DS Anwar Ibrahim. Kedua-duanya telah menerima jemputan secara rasmi dengan pihak masing-masing menurunkan tandatangan dan cop akuan penerimaan jemputan. 

Namun sehingga kenyataan ini ditulis, hanya DS Anwar sahaja yang menyatakan persetujuan. Tun Mahathir masih belum memberi respon yang positif. Pertemuan dua tokoh ini juga menjadi bualan umum yang rata-ratanya mahukan ia menjadi kenyataan. Rakyat Malaysia tidak lupa zaman emas ekonomi negara ketika kedua-dua tokoh ini berganding sekitar tahun 90an, kini kedua-duanya berpeluang untuk sekali lagi berada di pentas yang sama dengan matlamat menyelamatkan tanahair dari penjajah era baru.

SAMM turut menerima respon yang sangat besar mahukan pertemuan Mahathir-Anwar berlangsung pada malam ini. Ia adalah aspirasi yang tidak mampu disembunyikan. SAMM tetap optimis bahawa negarawan seperti Tun Mahathir akan muncul di pentas, lantas mengenepikan segala sengketa lama walaupun buat seketika. Tun Mahathir adalah antara tokoh yang paling lantang menentang TPPA, maka keikhlasan itu wajar dibuktikan pada malam ini di KSS Kg Baru.

Ayuh semua, kita juga punya peranan untuk memastikan Perjanjian TPPA tidak dimetrai oleh pemerintah. Turun malam ini, dan esok juga jam 2 petang di Masjid KLCC.

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Tuesday, October 8, 2013

Akhirnya Atas Desakan Rakyat, Najib Sedar TPPA Bahaya

Kenyataan Terbuka
8 Oktober 2013

Akhirnya Atas Desakan Rakyat, Najib Sedar TPPA Bahaya

Najib Razak akhirnya disedarkan oleh desakan rakyat bahawa Perjanjian TPPA itu 'menceroboh' hak kedaulatan dalam merangka formula peraturan dan dasar, atau dengan bahasa lebih tepat - Menggadai kedaulatan tanahair.

Syukurlah, walaupun media arus perdana tidak menjalankan peranan yang wajar dalam memberi penerangan khusus tentang bahaya TPPA, namun gerak usaha dari pelbagai pihak telah berjaya membawa rakyat memberikan tekanan supaya Perjanjian TPPA tidak dilaksanakan.

SAMM melalui gerak kerja bersama Badan Bertindak Bantah TPPA (BANTAH) ketika ini telah menjelajah ke 12 daripada 13 lokasi di seluruh negara sebagai tanggungjawab memberi kesedaran umum mengenai Perjanjian TPPA. Ia secara tidak langsung memberi kesan tersendiri apabila semakin ramai rakyat yang faham komplikasi yang bakal dihadapi negara ini sekiranya Perjanjian TPPA dimetrai.

Lokasi terakhir Jelajah Anti-TPPA akan diadakan pada malam ini di Sekinchan, Selangor sebelum satu pentas perdana yang bakal mempertemukan dua tokoh ternama tanahair akan berlangsung pada 10 Oktober di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru Kuala Lumpur.

Isu TPPA ini tidak berakhir. MITI dilihat begitu bersungguh-sungguh cuba memutar belit fakta dan menutup kelemahan mereka. Ketika ini juga pihak MITI sedang 'counter' roadshow BANTAH-SAMM, malah mereka turut membuat program propaganda di satu maktab polis, agar mendapat sokongan anggota polis dalam isu TPPA.

Dalam perkembangan sama SAMM mengingatkan, walaupun Najib Razak kononnya 'tersedar' bahaya TPPA namun kenyataan Najib tetap menunjukkan minatnya terhadap perlaksanaan TPPA apabila menyebut "perjanjian TPP dijangka mengambil masa yang lebih lama untuk dimuktamadkan". Ini bermakna ia satu penangguhan, rakyat jangan terperangkap.

Dari satu sudut yang lain, apakah Najib sebenarnya cuba bertindak menjadi hero apabila akhirnya menolak TPPA? Sikap 'flip-flop' bermuka-muka ini amat bahaya dan sukar dipercayai. Najib juga dilihat tidak mempunyai ketegasan dalam soal TPPA.

Justeru itu, ayuh kita muktamadkan suara rakyat untuk bersatu dan bersama menolak Perjanjian TPPA dalam dua aksi perhimpunan iaitu;

1. Pentas Perdana Anti-TPPA: Selamatkan Kedaulatan Negara, Tolak TPPA | 10 Oktober | 8.30Malam | Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru, KL

2. Himpunan #BantahTPPA dan 'Sambut' wakil US dengan simbol penolakkan | 11 Oktober | 2.00 petang | Masjid KLCC

Maka SAMM menjemput semua rakyat Malaysia agar tidak melepaskan peluang menunjuk kekuatan rakyat kepada pemerintah yang tergamak berani memperjudikan nasib rakyat dan kedaulatan tanahair.

che'GuBard
Pengasas

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Banglo 7.2 Juta: Terima Kasih Nora Danish

Kenyataan Umum

8 Oktober 2013

Banglo 7.2 Juta: Terima Kasih Nora Danish

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengucapkan jutaan terima kasih kepada Nora Danish di atas pengakuan wujudnya sebuah banglo yang dibeli oleh Nadem Nazri.

SAMM sebelum ini pernah mendedah dan mempersoal kelayakkan seorang anak menteri untuk memiliki sebuah banglo bernilai RM7.2 juta. Pengakuan Nora Danish sekaligus menguatkan lagi dakwaan persoalan tersebut.

Walaupun Nora mengaku bahawa rumah mewah yang dibeli itu bukan untuk dirinya, namun sekurang-kurangnya kewujudan banglo tersebut sudah cukup menggugurkan keraguan munahsabah pendedahan SAMM minggu lalu.

Dengan pengakuan ini juga, SAMM menggesa pihak SPRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri sedia untuk membuka fail siasatan ke atas anak Nazri Aziz. 

"Bagaimana anaknya dapat membeli banglow ini? Adakah dia layak? Adakah dia membeli dengan tunai? Jika melibatkan pinjaman bank berapa banyak pinjaman dibuat dan berapa jumlah tunai yang dibayar? Bagaimana bank boleh memberikan kelulusan bernilai jutaan ringgit kepadanya, adakah kerana dia anak menteri?"

SAMM juga sedia untuk bekerjasama dengan pihak SPRM dan Lambaga Hasil bersama dokumen-dokumen yang berada di tangan, dalam usaha mengheret 'jerung' ke muka pengadilan.

Ingatlah bahawa ketika ini sebilangan besar rakyat masih tidak mampu memiliki rumah sendiri, berhempas pulas menyimpan wang dan akhirnya tidak mampu juga membeli rumah di atas kenaikkan harga di pasaran hartanah. Ketika yang sama, seorang anak menteri hidup begitu mewah dan mampu membeli apa sahaja yang dimahunya, tanpa dipersoal dari mana datang hasil kewangan tersebut.

Maka SAMM tampil membuat pendedahan di atas maklumat awam. Kepada pak menteri, jawablah dengan tenang, jika anakmu membeli istana, dari mana datang kewangannya?

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Friday, October 4, 2013

Fwd: Pentas Perdana Anti-TPPA Pertemu Tun M dan Anwar 10 Oktober, 8.30 Malam di KSS Kg baru

Kenyataan Media
4 Oktober 2013

Pentas Perdana Anti-TPPA Pertemu Tun M dan Anwar 10 Oktober, 8.30 Malam di KSS Kg baru

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama Solidariti Mahasiswa (SMM) dengan kerjasama Badan Bertindak Bantah TPPA, dengan ini mengumumkan bahawa DS Anwar Ibrahim bersetuju untuk naik ke Pentas Perdana Anti-TPPA yang akan berlangsung pada malam 10 Oktober 2013 di Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru.

Telah diusahakan satu pentas perdana mempertahan kedaulatan negara menolak perjanjian TPPA menjemput dua tokoh ternama untuk bersama sepentas. Dua tokoh ternama iaitu DS Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir, diundang ekoran keduanya mempunyai pengalaman luas dalam bidang ekonomi perdagangan antarabangsa selain punyai hubungan agak istimewa dengan Amerika yang menjadi dalang Perjanjian TPPA.

Justeru itu, pentas perdana ini harus menjadi satu ruang dan peluang yang penting untuk DS Anwar dan Tun Mahathir menjelaskan segala persoalan khususnya mengenai Perjanjian TPPA yang penuh agenda tersembunyi. DS Anwar telah menyatakan kesediaan manakala Tun Mahathir yang dilihat tegas menentang perjanjian TPPA masih belum memberikan jawapan positif.

Pihak kami masih menunggu jawapan dari pihak Tun Mahathir dan optimis bahawa Tun Mahathir akan mempertimbangkan kehadirannya di pentas perdana ini. DS Anwar Ibrahim telah buktikan betapa segala persengketaan lalu wajar diketepikan demi memastikan tanahair ini tidak dijual melalui skim perjanjian TPPA.

SAMM yakin kedua-dua tokoh yang mempunyai pengaruh tersendiri ini mampu disatukan di atas pentas yang sama dengan masing-masing mengenepikan permusuhan politik domestik seterusnya merealisasikan aspirasi rakyat demi masa depan negara.

che'GuBard
Pengasas

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) 



Thursday, October 3, 2013

Kehadiran Anda di Parlimen Adalah Amanah Yang Tidak Patut Diseleweng

Kenyataan Terbuka
3 Oktober 2013

Kehadiran Anda di Parlimen Adalah Amanah Yang Tidak Patut Diseleweng

Akhirnya Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (PCA) (Pindaan dan Peluasan) 2013 dilulus oleh Dewan Rakyat. Rang undang-undang tersebut hanya dibantah oleh 66 ahli parlimen manakala yang menyokongnya pula seramai 115 ahli parlimen.

Solidariti Anak Muda Malaysia negeri Melaka (SAMM Melaka) tidak dapat menyembunyikan perasaan terkilan bukan hanya kerana undang-undang 'drakonian' ini diwujudkan semula setelah dimansuhkan tahun lalu, tetapi juga kerana segelintir wakil rakyat dari Pakatan Rakyat didapati tidak hadir ke Parlimen.

Atas nama memperjuangkan nasib rakyat, di manakah anda ketika satu perbahasan yang penting berlangsung di Parlimen? Pengundian 'belah bahagi' khususnya yang melibatkan peruntukkan undang-undang negara wajib diambil bahagian oleh semua ahli parlimen yang diundi rakyat. Apatah lagi undang-undang tersebut boleh penjarakan rakyat tanpa perbicaraan selama 2 tahun, sepertimana ISA suatu ketika dulu.

Janganlah diberi alasan kononnya kehadiran semua MP PR tetap tidak menghalang undang-undang tersebut diluluskan. Kehadiran anda di Parlimen adalah amanah yang tidak patut diselewengkan atas kepentingan peribadi.

Masih segar dalam ingatan pada awal Jun lalu, banyak pihak yang mohon agar dilewatkan walau sehari dari mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen sebagai tanda protes penipuan PRU. Namun bingkas suara dari MP mengatakan Parlimen adalah wajib dihadiri demi rakyat, malah ada yang minta supaya jangan gopoh.

Sekarang, SAMM Melaka ingin bertanya kepada MP yang ponteng, di manakah anda semalam? Apakah alasan munahsabah ketidak-hadiran anda semalam?

Ini bukan kali pertama, apakah ini juga bukan kali terakhir? Kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat harus buktikan ketegasan dan ketulusan, maka SAMM Melaka desak agar MP yang tidak hadir Parlimen tanpa alasan kukuh dihukum dan jangan lagi diberi peluang untuk mewakili rakyat. 

Zuraidi Abdullah
Penyelaras SAMM Melaka

Wednesday, October 2, 2013

Hilang Senjata Api: Rakyat Perlukan Jawapan, Bukan Kebarangkalian

Kenyataan Umum

2 Oktober 2013

Hilang Senjata Api: Rakyat Perlukan Jawapan, Bukan Barangkalian

Sebagai Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak wajar sewenang-wenangnya memberi respon seperti melepaskan batuk di tangga dalam isu kehilangan senjata api menurut laporan audit negara.

Kehilangan sebanyak 44 laras senjata api adalah satu perkara yang serius mengendurkan keyakinan awam terhadap keselamatan dan keamanan negara. Jelaslah definasi negara aman yang dilaungkan itu hanyalah retorik semata-mata sedangkan PDRM sendiri terlibat hampir 50 kes kehilangan senjata api.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membidas kenyataan Khalid Abu Bakar dengan mempersoalkan 'bagaimana Khalid tahu senjata api yang dikatakan hilang itu tidak terlepas ke tangan penjenayah? Sedangkan telah dilaporkan sebelum ini terdapat kes senjata api dicuri ketika anggota polis tidur di dalam kenderaan peronda.

Jawapan Khalid kononnya senjata api yang hilang itu barangkali terjatuh dalam laut yang akhirnya tidak boleh dijumpai adalah hanya tekaan rambang. Sepatutnya kenyataan tersebut disokong oleh statistik yang tepat, berapa kes pistol jatuh ke dalam laut? Berapa laras pula senapang automatik yang jatuh ke dalam sungai?

Juga, apakah bom jenis C4 yang digunakan untuk meletup seorang penterjemah berbangsa Mongolia adalah termasuk dalam kes-kes kehilangan senjata api seperti yang dilaporkan Audit Negara? Di manakah laporannya?

SAMM menggesa agar Ketua Polis Negara dan pihak PDRM mengambil pendekatan lebih bertanggungjawab dalam memberikan respon kepada umum. Ini kerana rakyat ketika ini memerlukan lebih jaminan keselamatan memandangkan kes jenayah melibatkan senjata api sangat berleluasa.

Sekian

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Tuesday, October 1, 2013

Jelajah #BantahObama #TolakTPPA Memasuki 'Separuh Masa' Kedua

Kenyataan Umum
1 Oktober 2013

Jelajah #BantahObama #TolakTPPA Memasuki 'Separuh Masa' Kedua

Selepas merentasi 7 lokasi di semua negeri sebelah utara dan pantai timur tanahair, Jelajah #BantahObama #TolakTPPA kini memasuki separuh masa kedua aksi mobilisasi bermula pada malam ini di Kuala Kurau, Perak.

Semua lokasi jelajah mendapat sambutan yang memuaskan walaupun terdapat lokasi ceramah yang terpaksa diubah di minit akhir kerana hujan lebat. Sambutan luar jangkaan berlaku di Bachok, Kelantan apabila majlis tersebut dibanjiri lebih dua ribu hadirin. 

Semua yang hadir dalam setiap lokasi juga menyatakan kesediaan untuk turun ke Kuala Lumpur pada 11 Oktober 2013 sempena 'menyambut' kehadiran Presiden Barrack Obama yang menjadi dalang jerat Perjanjian TPPA. 

Lokasi malam di Kuala Kurau yang merupakan siri ke-8 dari 13 lokasi turut mensasarkan golongan tani dan nelayan yang merupakan antara golongan yang paling terkesan sekiranya Perjanjian TPPA ditandatangani. Turut menggegar pentas malam ini adalah termasuk YB Tian Chua, YB Yunus Jamhari, CheGuBard, Siti Aisyah dan wakil Bantah. 

Lokasi jelajah anjuran SAMM bersama SMM dan Badan Bertindak Bantah TPPA seterusnya akan berlangsung di Muar pada 4 Oktober, Bukit Katil Melaka (5 Oktober), Senawang (6 Oktober), Sekinchan (8 Oktober) dan aksi Grand Finale pada 10 Oktober di Kuala Lumpur iaitu sehari sebelum himpunan #BantahObama di KLCC.

Bagi memastikan proses kesedaran menokok ke maksima, orang ramai dan pihak media wajar dimohon supaya menjalankan peranan hebahan. Adalah malang jika masih ada rakyat yang tidak sedar bahawa tanahair ini sedang dalam proses untuk dijual demi 'kemajuan' atau 'negara maju' yang masih belum menentu.

Sekian

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan