Monday, April 15, 2013

SPR HARUS SEKAT PENGGUNAAN LOGO 1MALAYSIA DALAM KEMPEN PILIHANRAYA





Kenyataan Terbuka
15 April 2013
SPR HARUS SEKAT PENGGUNAAN LOGO 1MALAYSIA DALAM KEMPEN PILIHANRAYA
Logo 1Malaysia mula diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia pada 16 September 2010. Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) percaya Logo dan konsep 1Malaysia adalah milik negara. Telah ratusan juta ringgit duit rakyat digunakan bagi membina dan mempromosi 1Malaysia. Lihat sahaja semua agensi kerajaan dan mana-mana sudut dalam negara ini telah diperkenal serta dinaikkan logo 1Malaysia. Malah, kerajaan telah menghabiskan RM77juta kepada sebuah syarikat berkaitan Israel, APCO worldwide yang memberi ilham penerbitan konsep dan logo 1Malaysia.
Namun mutakhir ini memasuki arena pertembungan pilihanraya menyaksikan logo 1Malaysia telah digunakan dalam kempen pilihanraya Barisan Nasional. Lihat di papan billboard, lihat di banner dan bunting, malah di bendera dacing juga terdapat logo 1Malaysia. Ini tidak sepatutnya berlaku.
SAMM ingin mengingatkan semua bahawa parti Barisan Nasional tidak membelanjakan walau sesen untuk membangunkan logo ini. Oleh demikian sudah semestinya BN tidak ada hak untuk guna dan pakai logo 1Malaysia termasuklah untuk kempen pilihanraya.
Bagi SAMM, tidak ada masalah jika pihak yang menggunakan logo 1Malaysia itu adalah untuk kempen program dan aktiviti kerajaan ketika masih memerintah. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, Barisan Nasional yang sudah tamat mandat sebagai kerajaan tetapi telah mencuri logo 1Malaysia untuk digunakan dalam kempen pilihanraya mereka.
Turut perlu diperhatikan, logo Barisan Nasional seperti yang kita kenal hanyalah berbentuk dacing. Meletakkan logo 1Malaysia di sebelah dacing menjadikan ianya entiti lain, bukan lagi logo parti BN.
Justeru itu, SAMM mendesak keras supaya SPR mengarahkan semua bendera parti BN yang mempunyai logo 1Malaysia diturunkan dan harus tidak dibenar untuk dinaikkan sebagai paparan umum. 1Malaysia adalah hak eksklusif negara dan tidak patut diguna oleh mana-mana parti untuk memancing undi.
SAMM juga menuntut SPR untuk batal penyertaan Barisan Nasional dalam PRU-13 jika mereka masih berdegil menggunakan logo 1Malaysia.
Sekian,
Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia

No comments:

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan