Saturday, March 30, 2013

"GERAKAN HARAMKAN UMNO" | 31Mac | 10.30pg | KLSCAH |

Kepada Ketua Pengarang,

"GERAKAN HARAMKAN UMNO"

Adalah dimaklumkan bahawa pihak SAMM dan kumpulan Revolusi 13 berhasrat menjemput semua pengamal media untuk membuat liputan ke atas sebuah sidang media gerakan yang akan dilancarkan iaitu "Gerakan Haramkan Umno".

Berikut adalah maklumat mengenai sidang media tersebut;

Tarikh: 31 Mac (Ahad)
Masa: 10.30 pagi
Lokasi: Dewan Auditorium KLSCAH (berdekatan Monorel Jln Maharajalela)

Kami juga menjemput semua penggerak blog (blogger) dan juga facebooker untuk hadir bersama dan sebuah ikrar akan dibacakan di hujung sidang media.Terima kasih

Edy Noor Reduan
Solidariti Anak Muda Malaysia

Dato Tarmizi Mohd Jam
Pengelola Kumpulan Revolusi 13

Hampir 2 Ribu Warga Felda Palong Sambut Tian Chua - Bukti Fitnah Jahat Ditolak

Kenyataan Terbuka
29 Mac 2013

Hampir 2 Ribu Warga Felda Palong Sambut Tian Chua - Bukti Fitnah Jahat Ditolak

Bersempena dengan terbubarnya DUN Negeri Sembilan semalam, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melalui SAMM N.Sembilan dan juga aktivis PKR tempatan telah menganjurkan sebuah ceramah perdana di gagasan Felda Palong 2. 

Penganjuran ceramah yang berkisar 'genre' isu Lahad Datu tersebut menampilkan YB Tian Chua, Chegubard dan juga Ustaz Noor Azman Mohamad, telah dihadiri oleh hampir 2000 penduduk Felda. Ini merupakan satu suasana yang sangat ngeri buat Umno dan Barisan Nasional apabila melihat penduduk Felda bangkit untuk sekurang-kurangnya hadir mendengar maklumat.

Walaupun terdapat ura-ura akan berlaku serangan dari pihak NGO pro-Umno berikutan antara penceramahnya ialah YB Tian Chua, namun di atas persediaan yang sangat rapi oleh SAMMdan warga setempat maka keadaan terkawal sepanjang program. Keselamatan hadirin adalah menjadi keutamaan. Malah aktivis Umno setempat yang turut hadir mendengar ceramah menyatakan kekesalannya di atas sebarang gangguan dan menyifatkan ia sebagai pengacau dari luar.

Rata-rata rakyat yang hadir ingin mendengar sendiri penjelasan Tian Chua berhubung isu Lahad Datu di mana kenyataan beliau telah dimanipulasi media yang berat sebelah. Jelaslah betapa rakyat hari ini semakin celik untuk menilai sesuatu perkara dari pelbagai sumber, bukan dari satu sumber semata-mata. Justeru itu, SAMM terus mengambil tanggungjawab membawa YB Tian Chua ke negeri Perak pula selepas ini pada tarikh 16 April bertempat Tapak Pekan Rabu, Batu 5 Parit Buntar.

SAMM Kebangsaan juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah buat komrad SAMMyang bekerja keras menjayakan program ini khususnya SAMM zon Palong dan SAMM zon Muadzam Shah. Dengan keberjayaan ini, SAMM meneruskan rekod bersih penganjuran tanpa gangguan.

Walaubagaimanapun, SAMM ingin merakamkan rasa kesal di atas sikap pimpinan PKR N.Sembilan yang mengambil sikap tidak progresif. Walaupun yang hadir ialah Naib Presiden parti tersebut tetapi wujud arahan untuk tidak bekerjasama telah dikeluarkan dari peringkat negeri. Malah, PKR N.Sembilan tidak mengambil inisiatif di atas sejarah pembubaran automatik DUN N.Sembilan. 

Sekian,

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia

Anak Muda Mahu Debat Polisi, Tolak Tawaran 10 Minit Bentang Manifesto

Kenyataan Terbuka
29 Mac 2012

Anak Muda Mahu Debat Polisi, Tolak Tawaran 10 Minit Bentang Manifesto

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mewakili anak muda perintis perubahan dengan ini menolak tawaran 10 minit Kementerian Penerangan untuk Pakatan Rakyat bentang Manifesto pilihanraya.

SAMM ingin tegaskan, tawaran 10 minit berbentuk rakaman di atas nama 'transformasi' kononnya memulihkan demokrasi adalah sebenarnya memberi gambaran jelas sejauh mana keikhlasan kerajaan pemerintah. Sudahlah masa yang diberi 10 minit itu jauh dari mencukupi, ditayangkan pula dalam bentuk rakaman yang menjadikan tayangan tersebut boleh diedit dan dimanipulasi mengikut acuan media milik kerajaan.

Barisan Nasional umumnya telah berkempen dan berpropaganda sepanjang penggal melalui media arus perdana. Di sebelah pihak lagi, Pakatan Rakyat terpaksa jelajah seluruh negara menyampai maklumat dalam bentuk ceramah demi menepis segala tohmahan yang dilempar.SAMM percaya tidak perlu diadakan ceramah jika media perdana benar-benar bertindak adil memberi ruang sama-rata. 

Lebih buruk, ceramah Pakatan Rakyat juga terpaksa melalui pelbagai rintangan termasuklah gangguan penyokong Umno yang dibantu kebisuan pihak berkuasa. Kesan dari sorotan serangan di tempat ceramah ini juga sedikit sebanyak menakutkan orang ramai untuk hadir ke tapak ceramah dan seterusnya ketandusan maklumat. Ketika yang sama, satu pihak lagi dengan selesa menyampaikan dakyah secara terus ke dalam rumah melalui peti telivisyen.

Dalam situasi kritikal sebegini, apakah 10 minit yang diberi itu difikirkan cukup? Apakah ini sahaja yang mampu diberi oleh sebuah kerajaan 55 tahun? Atau kerajaan takut pekungnya terdedah kepada golongan atas pagar yang rata-ratanya sukar ditembusi melalui ceramah dan media alternatif.

SAMM menyokong penuh pendekatan yang diambil oleh Pakatan Rakyat yang sebulat suara menolak tawaran 10 minit 'mengarut' ini, Sebagai anak muda progressif, SAMM bertekad memastikan kesedaran rakyat khususnya golongan atas pagar berada di tahap tertinggi untuk memilih pihak mana yang wajar diundi demi masa depan bersama. 

Justeru itu, SAMM yakin anak muda seluruh tanahair pasti mengalukan satu wancana debat dianjurkan untuk membentang polisi masing-masing. SAMM sedia menganjurkan wancana debat polisi ini namun terpulang kepada pihak kerajaan. Wancana debat tersebut juga perlu diadakan secara langsung terus ke kaca tv di semua saluran utama media perdana. Jika ini berlaku, maka barulah apa yang dikatakan 'transformasi' itu berfungsi walaupun SAMM yakin rakyat lebih memilih 'reformasi'.

Semoga Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Wanita ini punya keberanian untuk merealisasikan aspirasi anak muda melalui wancana debat ini, atau simpan saja 'transformasi' yang berbondong itu. 

Sekian,

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia

Thursday, March 28, 2013

[GEMPAR] Gambar Bukti DSAI Agen Rahsia!!


Gambar DSAI bersama Datuk Michelle Yeoh, pelakon Hollywood kelahiran Malaysia. Imbas kembali, Datuk Michelle Yeoh pernah berlakon dalam salah satu siri terkemuka James Bond 007... Kali ini sekali lagi Michelle berdepan dengan seorang lagi super agen - Anwar Ibrahim agen Amerika, agen cina, Agen india, agen melayu, agen asing, agen israel, agen arab, agen al-maunah, agen islam, agen kristian, agen global witness, agen wikileaks, agen sulu dan lain-lain lagi KECUALI agen IC (Mahathir)

SIDANG MEDIA & IKRAR BLOGGER/FACEBOOKER UNTUK 'GERAKAN HARAMKAN UMNO'



Kenyataan Umum
27 Mac 2013

SIDANG MEDIA & IKRAR BLOGGER/FACEBOOKER UNTUK 'GERAKAN HARAMKAN UMNO'

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama dengan kumpulan blogger dan facebooker Revolusi13 akan mengadakan sebuah sidang media mengenai gerakan baru yang dikenali sebagai 'Gerakan Haramkan Umno'. Juga akan berlangsung, ikrar para blogger dan facebooker untuk bersama dalam gerakan penting ini.

Berikut adalah maklumat mengenai sidang media tersebut

Tarikh: 31 Mac (Ahad)  
Masa: 10.30 pagi
Lokasi: Dewan Auditorium KLSCAH (berdekatan Monorel Jln Maharajalela)

Turut akan bersama memberi taklimat dalam sidang media ini ialah Chegubard Ketua Penyelaras SAMM, Dato Tarmizi Mohd Jam Pengelola kumpulan Revolusi 13 dan juga beberapa peguam yang akan membentang bagaimana ROS melindungi Umno sebagai parti haram.

Umno Haram

Sorotan daripada pergolakan perebutan jawatan yang berlaku dalam Umno bahagian Tanah Merah pada tahun 2008, ada yang mahu bertanding jawatan utama ketika itu didapati tidak membayar yuran dan terdiri ahli dari cawangan haram. Maka kes mahkamah dibawa dan melalui proses mahkamah dibuktikan 126 cawangan Umno di Tanah Merah ialah cawangan yang tidak berdaftar dan cawangan dibatalkan pendaftaran iaitu cawangan haram.

Umno menggunakan sistem perwakilan maka cawangan haram telah menghantar perwakilan ke bahagian secara automatik bahagian menjadi haram. Bahagian pula menghantar perwakilan ke Perhimpunan Agong Umno dan secara automatik Umno itu sendiri menjadi tidak sah, atau haram.

Ia sama sekali menggambarkan betapa negara ini sebenarnya telah ditadbir oleh sebuah pertubuhan haram. Maka 'Gerakan Haramkan Umno' akan dilancarkan bagi menyelamatkan negara.

Semua pengamal media dijemput untuk menghadiri sidang media ini. Aktivis blogger dan pemain facebooker juga dijemput hadir khususnya untuk bersama menyatakan ikrar.

Sekian,

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia

Tuesday, March 26, 2013

[GEMPAR!!] NEGARA DITADBIR PERTUBUHAN HARAM!!


Kenyataan Media
26 Mac 2013

SAMM & GABUNGAN BLOGGER REVOLUSI 13 MULAKAN GERAKAN HARAMKAN UMNO

Pada 24 Mac 2013 di Kuala Lumpur, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama Gabungan Blogger Revolusi 13 telah mengadakan taklimat bersama hampir 100 orang pemain cyber (blogger/facebookers) pro perubahan. Pertemuan ini ialah siri awal ke arah memulakan gerakan yang dikenali sebagai 'Haramkan Umno'.

Umno sebuah organisasi politik yang ditubuhkan pada 1946 telah diharamkan pada 4 Febuari 1988 melalui satu keputusan mahkamah tinggi. Ini kerana pertembungan perebutan jawatan Presiden antara Dr.Mahathir dan Tengku Razaleigh telah dimenangi oleh Dr.Mahathir dengan taktik jahat antaranya ialah membawa perwakilan haram. Kes ini dibawa ke mahkamah dan mahkamah memutuskan Umno diharamkan. 

Kemudian Razaleigh telah cuba merayu keputusan pengharaman Umno tetapi sebaliknya Dr.Mahathir telah menggunakan kuasanya dengan memecat Tun Salleh Abbas (Ketua Hakim Negara pada ketika itu) dan menggagalkan persidangan rayuan pengharaman Umno. Rupanya apabila Umno asal (1946) diharamkan, Dr.Mahathir meraih keuntungan dengan menubuhkan Umno Baru dan terus memperkukuhkan cengkaman kuasanya.

Setelah mendapat hak penubuhan Umno baru beliau meminda akta pertubuhan 1966. Semenjak itu Umno amat besar kepala mereka memikirkan undang - undang negara sudah berada di bawah tapak kaki mereka. Semua perundangan termasuk akta pertubuhan diambil sambil lewa. 

Setelah Umno asal diharamkan maka semua pendaftaran peringkat pusat, bahagian dan cawangan terbatal. Kemudian Umno baru ditubuhkan maka seharusnya semua proses penajaan dan penubuhan harus dibuat semula dari awal, namun merasakan mereka amat berkuasa maka banyak peringkat Umno telah tidak bertindak dalam mendaftarkan semula organisasi Umno peringkat tertentu. Kemudian keadaan bertambah parah berikutan banyak cawangan Umno yang tidak menghantar dokumen tahunan seperti dikehendaki akta pertubuhan 1966.

Natijahnya tanpa sedar ribuan cawangan Umno menjadi cawangan haram. Umno menggunakan sistem perwakilan maka cawangan haram menghantar perwakilan ke bahagian secara automatik bahagian menjadi haram. Bahagian menghantar perwakilan ke Perhimpunan Agong Umno secara automatik Umno itu sendiri haram.

Pada tahun 2008 dalam Umno bahagian Tanah Merah telah berlaku pergolakan perebutan jawatan, ada yang mahu bertanding jawatan utama ketika itu didapati tidak membayar yuran dan terdiri ahli dari cawangan haram. Maka kes mahkamah dibawa dan melalui proses mahkamah dibuktikan 126 cawangan Umno di Tanah Merah ialah cawangan yang tidak berdaftar dan cawangan dibatalkan pendaftaran iaitu cawangan haram. 

Ini diakui oleh Setiausaha Agung Umno sendiri dan Pendaftar pertubuhan, cuma kes di mahkamah dibuang kerana pengadu yang membawa kes ke mahkamah telah dipecat melalui surat pemecatan yang dikatakan telah di'back-dated'kan. Pengadu telah hilang status sah sebagai ahli (hilang local standi) untuk membawa kes ke mahkamah. 

Umno Tanah Merah terus bermesyuarat dengan dengan perwakilan cawangan haram dan perwakilan dari mesyuarat haram Tanah Merah telah menghantar perwakilan ke Perhimpunan Agung Umno pada tahun itu yang seharusnya turut memberikan implikasi pengharaman PAU tersebut. 

Dari maklumat dalaman tiada cawangan Umno berdaftar di Jeli, Bachok dan Tumpat. Hanya sebilangan kecil cawangan Umno berdaftar di Kota Bharu. Carian dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan menyatakan lebih separuh daripada 2,181 cawangan Umno di Kelantan adalah haram. (sumber SIASAH 2010)

Carian juga telah dibuat di Pejabat Pendaftar Pertubuhan di Shah Alam, Pulau Pinang dan Alor Setar ke atas ratusan cawangan Umno namun Pejabat Pendaftar Pertubuhan menyatakan fail gagal dicari dan berada di Putrajaya. Persoalanya mengapa di Putrajaya ? 

Berdasarkan Seksyen 10 Akta Pertubuhan 1966 menyatakan semua warga Malaysia diberi hak untuk memeriksa dokumen pendaftaran mana - mana organisasi berdaftar di Malaysia kecuali beberapa dokumen sulit seperti laporan kewangan. Malangnya carian di Putrajaya juga gagal mendapatkan maklumat yang dibenarkan berdasarkan akta pendaftar pertubuhan 1966 malah diwujudkan borang Pertubuhan 27 untuk membolehkan carian sepertinya dilakukan.

Diyakini seluruh negara 3/4 dari cawangan Umno adalah terdiri dari cawangan haram, malah ada bahagian Umno juga yang terdiri dari bahagian tidak sah pendaftarannya.

Jadi kini tidak pelik bagaimana negara boleh berdepan dengan 1001 masalah dan krisis - ini kerana negara telah ditadbir oleh sebuah organisasi politik haram. 

Maka SAMM dan gabungan Blogger Revolusi 13 mengajak seluruh rakyat pro perubahan untuk bersama dalam gerakan 'Haramkan Umno'. 

Peranan semua: 
1. Menyampaikan penerangan  'kenapa Umno organisasi haram?'  ke seluruh pelusuk negara.
2. Menggerakkan desakan carian status cawangan Umno di peringkat masing-masing. Gunakan borang Pertubuhan 27. Isi sendiri dan buat carian cawangan Umno tempat anda, hantar ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan dapatkan respon bertulis serta cop rasmi, scan dokumen tersebut dan hantar ke email haramkanumno@gmail.com

3. Gerakan Haramkan Umno ini juga memohon kakitangan pejabat pendaftaran agar dapat menghantar email secara sulit, maklumat berkaitan pendaftaran Umno yang tidak sah ke email haramkanumno@gmail.com
Maklumat berkenaan gerakan ini boleh diperolehi di www.anakmudamalaysia.com dan juga laman facebook Umno-Parti-Haram beberapa laman FB serta blog sekutu. 

Gerakan ini juga akan memfailkan satu petisyen mahkamah berkenaan perkara ini dalam masa terdekat. Ini satu gerakan serius selain dari usaha menggunakan seluruh ruang teknikal perundangan, gerakan ini juga akan menjadikan PRU-13 sebagai satu proses referendum rakyat untuk menolak organisasi haram sebagai pemerintah negara.

Mohon kerjasama semua pemain cyber dan editor media rasmi agar sama membantu hebahan dan dalam masa terdekat akan diadakan satu pelancaran terbuka 'Gerakan Haramkan Umno' di ibukota.

Sekian.

che'GuBard
Ketua Penyelaras Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia

Lihat pendedahan siri pertama di sini - [WAJIB SEBAR] Pendedahan Bersiri #UmnoHaram Bermula! Episod Pertama!



Monday, March 25, 2013

Wawancara Anwar di Radio: SAMM Lancar hashtag #1359AM Untuk Hebahan Maksimum!



Kenyataan Umum
25 Mac 2013

Wawancara Anwar di Radio: SAMM Lancar hashtag #1359AM Untuk Hebahan Maksimum!

Malam ini akan ke udara siaran langsung wawancara bersama DS Anwar Ibrahim di radio, buat kali pertama selepas hampir 15 tahun. Liputan bagi siaran 'tanpa tapisan' dibawakan khas oleh Radio Free Malaysia yang dipancar dari luar negara tidak memerlukan lesen kebenaran dari Kerajaan Malaysia, boleh didengar di frekuensi AM 1359 di seluruh negara (satu frekuensi untuk semua).

SAMM mengambil tanggungjawab untuk menghebahkan program ini dan berharap setiap anda yang mengetahui maklumat ini supaya turut membantu hebahan di FaceBook dan twitter, dan hebahan mulut ke mulut jika perlu. Biar seluruh rakyat Malaysia malam ini bertumpu di corong radio berfrekuensi 1359 AM selama dua jam bermula jam 9 malam hingga 11 malam.

SAMM juga dengan ini melancarkan hashtag #1359AM untuk dimainkan di Twitter bagi hebahan maksimum untuk program yang bernotis sangat pendek ini.

Dalam satu lagi perkembangan, penganugerahan 10 minit masa 'airtime' oleh Kementerian Penerangan Malaysia untuk Pakatan Rakyat adalah sangat tidak munahsabah. Maka, rakyat Malaysia khususnya yang bersama arus perubahan terpaksa berkorban untuk kembali semula ke zaman Jepun yang ketika itu hanya radio menjadi sumber maklumat.

Apakah akan ada kepala yang bakal dipancung kerana mendengar siaran malam ini, tidak dapat dipastikan.

Ayuh, hebahkan siaran malam ini. SAMM yakin, rakyat yang dahagakan maklumat atau sekurang-kurangnya bertindak rasional dengan mencari kebenaran dari pelbagai sudut adalah satu tuntutan untuk menjadi bangsa yang lebih bertamadun.

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia

Jika Parlimen Tidak Bubar Awal Minggu Ini


Kenyataan Terbuka

25 Mac 2013

Jika Parlimen Tidak Bubar Awal Minggu Ini

Teka-teki pembubaran parlimen telah masuk ke kancah lebih kritikal setelah banyak jangkaan pembubaran pada minggu-minggu yang lalu meleset. Kali pertama dalam sejarah, pentadbiran negara telah melepasi lima tahun mandat yang diberi pasca 8 Mac 2008. Lebih parah, hanya tinggal sehari sebelum satu Dewan Undangan Negeri (DUN) akan terbubar secara automatik iaitu DUN Negeri Sembilan dan seterusnya DUN Pahang pada 7 April.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyifatkan perkembangan ini sebagai tidak sihat. SAMM percaya kesempatan cuba diambil oleh kerajaan pemerintah susulan daripada pembubaran automatik DUN yang bakal berlaku sebelum parlimen dibubar. 

Dengan perkembangan ini juga, tidak mustahil boleh berlaku pilihanraya negeri ketika kerajaan pusat masih di bawah pemerintahan BN, bukan di bawah kerajaan sementara seperti yang sepatutnya. Kuasa yang ada pada pemerintah multak membolehkan segala peruntukkan terutamanya peruntukkan kewangan digunapakai dalam kempen pilihanraya negeri berbanding kuasa sebagai pemegang kerajaan sementara yang agak terbatas. 

Implikasi dari pilihanraya di dua buah negeri ini ialah, Barisan Nasional mencari kemenangan awal yang mampu menaikkan moral sokongan sebelum pertembungan sebenar. Kedudukan Negeri Sembilan yang dijangka jatuh ke tangan Pakatan Rakyat mampu dikekang secara maksimum dengan taktik ini dan kemenangan ke atas negeri Pahang akan memberi jaminan yang lebih selesa kepada BN demi kempen pilihanraya seterusnya. Malah, jika kerajaan Selangor membubarkan DUN lebih awal seperti yang digemburkan sebelum ini, ia adalah bonus besar buat BN dan mungkin pilihanraya tiga negeri serentak akan disaji sejurus sebelum parlimen dibubar 28 April.

Jika inilah perancangan Barisan Nasional, maka tidak hairan mengapa parlimen masih belum dibubar. Rakyat harus melihat dan menilai betapa bacul dan jahatnya kerajaan Umno Barisan Nasional pimpinan Najib. Ia sama sekali tidak 'gentleman'.

Justeru, SAMM mendesak keras agar pembubaran parlimen wajib berlaku sebelum mana-mana pembubaran automatik DUN. Ia juga bermaksud, pembubaran parlimen harus berlaku pada awal minggu ini sebelum 27 Mac 2013.


Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia

Saturday, March 23, 2013

Kantoi!! Utusan Malaysia Dedahkan Pemilik Blog Papagomo!!


Semalam telah terbit dalam akhbar Utusan, bahawa Papagomo adalah susuk seperti yang ada di dalam gambar di atas (kerana tiada tertulis 'gambar hiasan'), kononnya blogger Papagomo tetap pertahan pendirian... Namun hari ini pula, susuk yang sama telah menafikan pemilikkan blog Papagomo.

Mana satu yang betul? Apakah Utusan bakal disaman lagi?

PS: Terkejut melihat muka gadis di sebelah kiri itu seperti Najib Razak mengenakan tudung...

Friday, March 22, 2013

IC Polis/Tentera Boleh Dimanipulasi dan Sistem Dakwat Kekal 'Terbalik' Membantu Penipuan Pilihanraya


Kenyataan Terbuka
22 Mac 2012


Berikutan pendedahan sensasi di media apabila seorang anggota trafik yang juga seorang blogger pro-Umno boleh mengundi dua lokaliti, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengingatkan semua pihak bahawa terdapat sindiket terancang yang 'dibiarkan' berlaku demi untuk Umno terus berkuasa.

Ini bukan kes terpencil, ia boleh berlaku di kalangan semua anggota polis dan tentera khususnya yang telah tamat perkhidmatan dan berhenti. Dengan dua pengenalan diri, 'IC tentera' dan juga 'IC awam' digunakan untuk mengundi lebih dari sekali dan kes blogger pro-Umno ini adalah bukti yang jelas.

Berapa ramai jumlah anggota tentera dan polis yang sudah tamat perkhidmatan yang berisiko menafikan sistem demokrasi dengan menjadi pengundi hantu? Ia juga menunjukkan betapa SPR tidak pernah serius membersihkan senarai pengundi lantas menjadi salah satu jalan penipuan pilihanraya. 

Di atas sebab yang sama, majoriti rakyat hari ini menuntut penggunaan dakwat kekal bagi mengekang pengundian lebih dari sekali oleh individu sama. 

Namun difahamkan sistem dakwat kekal yang akan dilaksanakan pada PRU-13 kelak adalah berbeza dari kebiasaan. Hanya mereka yang sudah dicalit dakwat akan diberikan ballot (kertas) mengundi. Ia juga bermakna, setiap mereka yang sudah dicalit dakwat kekal boleh mengundi lebih dari sekali dengan sistem 'terbalik' ini.

Justeru itu, SAMM mendesak supaya penggunaan celupan dakwat kekal harus dilaksanakan dengan sistem yang lebih berkesan iaitu dengan meletakkan syarat hanya jari yang bersih tanpa dakwat kekal sahaja layak mendapat ballot mengundi. 

Jika SPR terus menggunakan sistem yang serba pincang, ia jelas bermakna pelaksanaan penggunaan dakwat kekal yang diumum hanya untuk mengkaburi mata rakyat. Malah ia menjadi satu cara untuk terus menipu dalam pilihanraya. Demokrasi terus dinafikan secara terselindung!

Sekian

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia
twitter: @edyesdotcom 
010-2675872

Thursday, March 21, 2013

[Wajib Lihat] Bila Melayu Cuba Berpura Tuntut Hak India

Hanya terlihat seorang sahaja india dalam gambar ini

Edytorial: Kebiasaannya, jika ada sebarang tunjuk perasaan, demonstrasi atau hantar memorandum, kawan-kawan berbangsa india adalah antara yang paling 'supportive' untuk hadir bersama. Andai ia berkisar tuntutan kaum india, maka berbondong-bongdong, berbas-bas kehadiran kawan-kawan kaum india untuk bersama ekspresi kekecewaan melalui tunjuk perasaan. Tetapi, gambar di atas cukup berbeza dari sinonim kebiasaan.

Maka boleh saya rumuskan di sini, kaum india sendiri tidak bersetuju dengan apa yang direntang dalam gambar ini, yang juga bermakna kaum india tetap bersama dengan Pakatan Rakyat, fullstop.


Wednesday, March 20, 2013

MAHKAMAH RAKYAT: Dr M punca krisis Lahad Datu






Dr Mahathir dipersalahkan kerana menjadi orang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan melalui ‘Projek IC’ di Sabah.
KUALA LUMPUR: Rata-rata panelis forum ‘Mahkamah Rakyat : Kisah dari Lahad Datu, Siapa Pengkhianat Sebenar?’ anjuran SAMM dan APS menyimpulkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad sebagai individu yang menjadi punca sehingga timbulnya krisis terbabit.
Dr Mahathir dipersalahkan kerana menjadi orang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan melalui ‘Projek IC’ di Sabah sejak awal tahun 80-an.
Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Hassnar Ebrahim dalam ucapannya mengakui, beliau pernah menandatangani 500 borang kosong dalam satu masa semasa menjadi Ketua Daerah Sandakan.
Terlibat dalam Projek IC tanpa sedar, Hasnar berkata borang kosong terbabit kemudiannya disahkan dan dibawa kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebelum diubah menjadi sijil kelahiran.
Katanya, semasa Sabah di bawah pemerintahan Parti Bersatu Sabah (PBS) antara 1979 sehingga 1984, tidak kurang daripada 125,000 jumlah kad pengenalan yang dikeluarkan kerajaan persekutuan kepada sebilangan besar pendatang haram.
“Gunung berapi dalam dada saya sudah mahu meletup.
“Kalau ini fitnah dakwa saya kita jumpa di mahkamah,” katanya di hadapan kira-kira 1, 000 orang  di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam tadi.
Peranan Megat Junid
Beliau turut mengakui wujud pertemuan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub dengan 15 pegawai tertinggi kerajaan ketika itu termasuk Ketua Pengarah Imegresen, polis, dan Timbalan Ketua Pengarah JPN di pejabat Jabatan Perdana Menteri.
Beliau mendakwa, semasa pertemuan itu Megat Junid memberitahu mereka Dr Mahathir sendiri meluluskannya dan mahu meminta RM 2 juta untuk kos
projek terbabit.
“Berikutan itu saya ditahan ISA selama 59 hari namun tidak diseksa atau dipukul,” katanya yang juga pernah menjadi saksi penting kes petisyen Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas pada tahun 1999.
Sementara itu, Siti Aminah Mahmud berkata dirinya tidak sedar terlibat dalam Projek IC di Sabah ketika menjadi ahli Umno dan bertugas di Pejabat Umno Bahagian Sembulan.
Katanya, pada tahun 1990 sehingga 1995 beliau membantu mendapatkan gambar dan cap jari pendatang asing untuk dihantar ke pejabat Umno.
“Saya tak tahu di mana mereka cetak kad pengenalan…saya bantu Umno di Sabah dan menambahkan undi Melayu,” katanya.
Beliau juga ditahan di bawah ISA dan disiasat selama 10 hari.
Turut hadir berucap pemimpin Sabah Datuk Kalakau Untol, ahli parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing, bekas Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid dan sasterawan negara Tan Sri A Samad Said.
Suasana forum tersebut juga meriah dengan jualan baju, buku, termasuk produk makanan bijirin sarapan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai super hero yang laris dijual dengan harga RM15.


 Lagi berita bergambar, klik di sini








Monday, March 18, 2013

Apa Punya Bengap! Sejak Bila Tian Chua Diharamkan Makan Babi ??



Aku jarang maki orang dalam blog aku nie, mencarut jauh sekali... tapi kali nie sebab bodohnya tak bertahap, aku terpaksa katakan wal badigol samdol, sejak bila Tian Chua tak boleh makan babi??

Jumpa YB Tian Chua esok di dewan cina, atau klik di sini untuk maklumat lanjut

Mahkamah Rakyat : Kisah dari Lahad Datu, Siapa Pengkhianat Sebenar? Malam Ini di KLSCAH (18 Mac)


Kenyataan Umum

17 Mac 2012
Mahkamah Rakyat : Kisah dari Lahad Datu, Siapa Pengkhianat Sebenar ?
Sejak dari awal isu Lahad Datu muncul regim mengambil posisi menyerang dan tidak tahu mengapa PR tersudut dihimpit untuk berada di posisi bertahan.
Pengorbanan perajurit negara, semangat patriotisma ditunggang semahunya oleh regim untuk kelebihan politik domestik mereka. Walaupun banyak kelemahan regim malah tidak keterlaluan jika ahli politik regim tidak keterlaluan campur tangan pasti banyak kehilangan nyawa dan kerugian dapat dielakkan.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini mengambil sikap mengalihkan rakyat dari gear bertahan kepada gear menyerang. Isu Lahad Datu harus diperjelaskan dengan berani.
Untuk itu ruang perdebatan harus dibuka, malangnya isu sepenting ini yang harus di bawa ke parlimen untuk dibahaskan bagi bukan sekadar mencari punca tetapi memperbaiki kesilapan yang mengundang tragedi. Rakyat perlu dipersajikan dengan ulasan serta maklumat yang lebih membuka minda dan ke arah memperkasakan negara, namun malangnya regim (parti penguasa) cekap menyusun dan memanipulasi ruang sehingga menghimpit lawan politik.
Sehubungan dengan itu Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini akan mengadakan program yang dikenali sebagai :
Mahkamah Rakyat : Membicarakan kisah dari Lahad Datu, siapa pengkhianat sebenar ?
Tarikh: 18 Mac 2013 (isnin)
Masa: 8.45 malam
Lokasi: Dewan Himpunan Cina Selangor (KLSCAH) – berdekatan stesen monorel Jln Maharajalela / Stadium Merdeka.
Program ini anjuran bersama Angkatan Perubahan Sabah dan SAMM akan menampilkan :
  • Tn Hj Mohamad Sabu
  • YB DS Wilfred Bumburing
  • YB Tian Chua
  • YB DS Lajim Ukin
  • Datuk Yahya Lampong
  • Datuk Kalakau Untol
  • Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir
  • Bekas Pengarah JPN Sabah
  • Siti Aminah (saksi hidup)
  • Mat Swadi (saksi hidup)
  • che’GuBard
  • Boby (SAMM Sabah)
Mohon sebarkan dan bantu mobilisasi maksima. Sebarang pertanyaan mengenai program sila hubungi penganjur di talian 010-2675872.
Juga malam itu juga akan dilancarkan risalah khas penerangan kes Lahad Datu dan kenderaan pacuan 4 roda SAMM khusus untuk “smoke operation”.
Seketeriat SAMM

Friday, March 15, 2013

PI BALA MENINGGA DUNIA!! AKU TAK PERCAYA 'CO-INCIDENCE'!!

Edytorial: Maklumat yang saya terima, PI Bala sesak nafas di bawa ke klinik terdekat dan kemudian di bawa ke Hospital Sg. Buluh untuk rawatan lanjut. Namun beliau telah menghembuskan nafas terakhir ketika di dalam ambulance, dalam perjalanan ke Hospital Sg. Buluh

APAKAH SELEPAS INI ANWAR IBRAHIM PULA?!!

Nantikan 'Bom' Dari Lahad Datu 18 Mac Ini di KLSCAH


Siapa pengkhianat sebenar? 

Ayuh hadirlah beramai-ramai, dengar sendiri apa kata orang Sabah mengenai apa yang berlaku di Lahad Datu!

Thursday, March 14, 2013

SAMM Sifatkan Kenyataan Muhyiddin 'Songsang' dan Terbalik




Kenyataan Umum
14 Mac 2013

SAMM Sifatkan Kenyataan Muhyiddin 'Songsang' dan Terbalik

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyanggah kenyataan Muhyiddin Yassin yang mendakwa Pakatan Rakyat kononnya merancang untuk menggagalkan pilihan raya umum ke-13 dengan mewujudkan keadaan porak peranda kerana gementar dengan sokongan rakyat kepada BN yang sudah mula meningkat.

SAMM menyifatkan kenyataan tersebut adalah 'songsang' dan terbalik. Ia juga menggambarkan seolah-olah TPM sedang bercakap di depan cermin.

Bagi SAMM, walaupun kenyataan pemimpin nombor dua Umno agak lucu dan tidak masuk akal, SAMM tetap mengambil serius memandangkan tabiat 'berbuat sesuatu tetapi menuduh orang lain buat' telah berlaku dalam skala penipuan yang sangat besar. Ia dibantu oleh media yang dikawal oleh mereka dengan harapan rakyat terus diperbodoh.

Majoriti rakyat sudah tahu apa sebenarnya yang telah berlaku. Rakyat tahu siapa yang merancang untuk menggagalkan pilihanraya, malah setakat ini pihak yang sama dengan sengaja telah melewat-lewatkan pilihanraya. 

Rakyat juga tahu siapa yang mahu menghuru-harakan keadaan, malah telah banyak huru-hara dilakukan oleh penyokong Umno. Serangan cat, baling batu, baling telur, semua dilakukan Umno kerana gementar kehilangan besar sokongan rakyat. Rata-rata pemimpin Umno yang terlibat pelbagai skandal bakal ke penjara jika Umno tewas Putrajaya, ia seharusnya menimbulkan panik.

SAMM melihat, sebagai gagasan paling berpotensi untuk menerajui Putrajaya selepas ini, tiada sebab untuk Pakatan Rakyat mencetus huru-hara kerana ia akan menyulitkan banyak perkara. Pakatan Rakyat bertegas untuk memastikan peralihan kuasa berlaku dengan aman dan beberapa 'langkah awal' melibatkan institusi keselamatan negara telah mula disusun. Ini hakikat yang harus diterima.

Akhir sekali, SAMM mengucapkan syabas kepada Muhyiddin kerana mengeluarkan kenyataan mirip seorang ketua pembangkang. SAMM yakin Muhyiddin mampu menjadi ketua pembangkang yang baik dan tegas dengan ciri-ciri yang terserlah hari ini.


Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
twitter: @edyesdotcom
010-2675872

Pendakwaan Tian Chua: Kerajaan Umno Cuba Sembunyi Kesalahan Utama



Kenyataan Terbuka

14 Mac 2013



Pendakwaan Tian Chua: Kerajaan Umno Cuba Sembunyi Kesalahan Utama 



Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyatakan sokongan penuh kepada YB Tian Chua yang akan didakwa atas Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi hari ini. SAMM percaya YB Tian Chua tidak bersalah berdasarkan kenyataan langsungnya dan manipulasi media yang dibantu oleh fitnah jahat blog pro-Umno menjadi punca kebencian yang ditimbulkan.



SAMM ingin mengingatkan semua bahawa perkara pokok yang menjadi punca tragedi berdarah di timur Sabah adalah kelemahan dan kesilapan kerajaan Umno menjaga kedaulatan negara. Ia bermula apabila ratusan askar Sulu menembusi 4 agensi maritim negara untuk sampai ke Tg Labian dan seterusnya mara ke Kg Tandou. Penceroboh ini juga diberi selama tiga minggu masa eksklusif untuk 'rundingan' dengan pihak keselamatan sedangkan tindakkan awal pasti mampu mengekang kehilangan banyak nyawa anggota keselamatan. Akhirnya konflik ini berlanjutan dengan jumlah yang terkorban meningkat saban hari.


Apabila majoriti rakyat Malaysia mempersoal beberapa perkara sehingga timbul pelbagai spekulasi, kerajaan Umno mentafsir mereka ini sebagai biadap dan tidak patriotik. Namun halangan media tempatan dan antarabangsa untuk membuat liputan di Lahad Datu adalah punca sebab spekulasi tumbuh melata, termasuklah pandangan YB Tian Chua. Segala berita dari timur Sabah dibuat melalui Ketua Polis, Ketua Angkatan Tentera dan Menteri Umno, sedangkan sumber ini tidak cukup telus kerana ia berlandas perang saraf bagi menghadapi musuh. 

Tindakan menghalau wartawan Al-Jazira dari lokasi konflik masih menjadi tanda tanya. Di mana jua berlaku konflik antarabangsa khususnya yang melibatkan tembakan dan letupan bom, sudah tentu ada 'war correspondent' atau wartawan perang. Tetapi ia tidak berlaku di Sabah seolah-olah ada sesuatu yang cuba disorok. Maka timbul persoalan yang paling ditakuti oleh Umno iaitu "Apakah Lahad Datu satu konspirasi terancang?".

Tragedi berdarah Lahad Datu memberi gambaran buruk buat kerajaan Umno, malah mungkin yang terburuk dalam penggal ini. SAMM percaya hanya dengan mendakwa Tian Chua dan pemimpin PR lain khususnya atas akta hasutan mampu mengolah pemikiran rakyat untuk lupa kesilapan kerajaan Umno. Menuding kesalahan kepada pemimpin PR dalam isu Lahad Datu ini juga disifatkan sebagai jalan singkat untuk kerajaan Umno melepaskan diri dari terus dipersalahkan. Malah tidak mustahil Datuk Seri Anwar Ibrahim akan akhirnya diheret sama menjadi satu end-game yang dirasakan terbaik untuk mereka terus berkuasa.

Namun begitu, SAMM yakin ia bukanlah sesuatu yang mudah bagi Umno untuk mengolah persetujuan rakyat kononnya Anwar Ibrahim ialah dalang kepada pencerobohan Lahad Datu.  Memenjarakan Anwar atau Tian Chua atau sesiapa sahaja pimpinan PR tidak akan beri sebarang kelebihan terhadap kempen Umno untuk pertahan kuasa. Malah kerajaan Umno akan terus dilabel sebagai zalim oleh majoriti rakyat yang disadur kemarahan ekoran peristiwa Lahad Datu.

Hari ini YB Tian Chua didakwa, mungkin beliau akan ditahan. Dengan kuasa akta hasutan, penahanan kali ini membolehkan YB Tian Chua dihalang dari dijamin keluar. Justeru itu SAMM menyeru kepada semua untuk bangkit memberi sokongan dan hadir bersolidariti buat Tian Chua di mahkamah Jalan Duta pagi ini.

SAMM juga dengan kerjasama Angkatan Perubahan Sabah (APS) akan menganjurkan sebuah Pidato Perdana bertajuk "Punca Sebenar Lahad Datu - Siapa Pengkhianat" di KLSCAH pada 18 Mac ini (Isnin). Mengisi barisan pemidato adalah termasuk Tn Hj Md Sabu, YB Tian Chua, DS Lajim Ukim, DS Wilfred Bumburing, Datuk Kalakau dan ramai lagi yang mampu menghurai peristiwa Lahad Datu dari skop yang lebih eksklusif. Saksi hidup peristiwa Lahad Datu juga akan diterbangkan dari Sabah untuk berucap pada malam tersebut sebagai penampilan istimewa. Semua dijemput hadir untuk mendengar apa yang sebenarnya telah berlaku di Sabah, terutamanya dari kaca mata orang Sabah sendiri. Pengamal media dialukan untuk membantu hebahan ini.

Kesimpulannya, apa yang cuba dilakukan oleh kerajaan Umno hari ini ialah ibarat tikus membaiki labu, semakin bertindak semakin rosak. SAMM berani merumuskan bahawa jika Tian Chua dipenjarakan atau Anwar atau Hj Md Sabu atau sesiapa sahaja terus dizalimi, rakyat akan bangkit tanpa mampu disekat, dan Umno Barisan Nasional akan kalah lebih besar dalam pertembungan PRU13 - itu muktamad.


Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
twitter: @edyesdotcom
010-2675872

Sumpah Tidak Mengikut Perlembagaan: Najib PM Haram Jadah?



Bekas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Perdagangan Bukit Aman, Datuk Mat Zain Ibrahim meggesa Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa menjelaskan tiga perkara yang menyebabkan beliau menyoal sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersungguh-sungguh untuk mempertahankan kedaulatan negara.

Dalam sepucuk surat terbuka kepada Ali, Mat Zain menjelaskan tiga perkara tersebut iaitu kesahihan sumpah jawatan Najib sebagai Perdana Menteri yang dibuat secara rahsia, nama Najib yang berlainan dan status kerajaan yang memerintah selepas 8 Mac 2013.

“Najib telah mengangkat sumpah jawatan, taat setia dan sumpah simpan rahsia menggunakan bentuk sumpah yang lain daripada yang ditetapkan dalam Jadual Ke-6 Perlembagaan.

“Di sini lah timbul persoalan sama ada Najib layak menjalankan fungsi-fungsi jawatan Perdana Menteri memandangkan sumpah beliau tidak mengikut perlembagaan.


“Jika dalam lain-lain perkara, Najib bertegas untuk mengikut perlembagaan, mengapakah pula dalam perkara penting, iaitu mengangkat sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia beliau enggan mengikut bentuk sumpah yang telah ditetapkan semenjak wujudnya perlembagaan itu?

“Jika semua Menteri dan Timbalan Menteri boleh lakukan,mengapa tidak beliau?

“Secara peribadi saya menyatakan bahawa sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia yang diikrarkan oleh Najib pada April 2009 tidak memenuhi ketetapan perlembagaan. Oleh demikian beliau tidak layak atau berkuasa menjalankan apa-apa fungsi jawatan Perdana Menteri atau melaksanakan kuasa yang diperuntukkan oleh perlembagaan dan undang-undang lain kepada seorang Perdana Menteri,” kata Mat Zain dalam surat tersebut.

Najib ada 3 nama

Mat Zain turut menyoal kewujudan tiga nama Perdana Menteri ekoran tindakan Najib yang menggunakan nama Muhammad di hadapan namanya.

“Ketika mengangkat sumpah jawatan sebagai PM ke-6 pada April 2009,dengan lafaz Wallahi,Wabillahi,Watallahi, beliau menyebutkan nama beliau dengan terang dan jelas sebagai Muhammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

“Semasa mengikrarkan affidavit-affidavit pada September 2011, beliau menegaskan nama beliau sebagai Najib bin Tun Haji Abdul Razak dengan menggugurkan nama Muhammad dari nama beliau.

“Sementara ketika menandatangani Ikrar Integriti PRU-13 pada Februari 2013 pula,beliau memberikan nama beliau sebagai Najib Razak sahaja, dengan menggugurkan nama “Muhammad” dari nama beliau dan nama “Abdul”dari nama allahyarham bapa beliau.

“Isteri Perdana Menteri,Datin Seri Rosmah Mansor pula, mengikrarkan dalam affidavit berasingan pada 21 September 2011, bahawa nama suami beliau ialah, Najib bin Tun Hj.Abdul Razak. Dengan demikian itu mengesahkan nama suami beliau tidak ada nama Muhammad atau Mohd.

Mat Zain turut menyoal status kerajaan persekutuan yang dibentuk pasca pilihan raya umum Mac 8, 2008 kerana tempoh lima tahun kerajaan telah tamat minggu lepas.

Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di mana pilihan raya diadakan dalam tempoh lima tahun selepas mandat. -FMT