Sunday, July 29, 2012

LIVE dari Tuaran!! Saksikan Sejarah Kebangkitan Sabah Ini Secara Langsung!!


Liputan secara langsung pengumuman penting dari Sabah yang menjadi detik sejarah hilangnya 'fixed deposit' Bn di Borneo dibawakan khas kepada anda oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


Live broadcasting by Ustream

Friday, July 27, 2012

SAMM Cadang Boikot Sambutan Kemerdekaan Edisi Ke-55



Kenyataan Media
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
27 Julai 2012

SAMM Cadang Boikot Sambutan Kemerdekaan Edisi Ke-55

Buat kali pertama dalam sejarah, sambutan Hari Kemerdekaan telah dicemari oleh kepentingan politik kepartian yang melampau. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menggesa agar sambutan hari kebangsaan dengan tema dan logo yang mengarut ini diboikot serta merta.

Tema hari kebangsaan 'Janji Ditepati' yang diambil daripada tema jelajah Bn dilihat SAMM sebagai sangat keterlaluan, adalah lebih baik sekiranya regim terus menggunakan tema 'Undilan Bn' sempena menghampiri tempoh mati bagi parlimen dibubarkan dan seterusnya pilihanraya dijalankan.
Hari kebangsaan atau Hari Kemerdekaan sepatutnya disambut oleh semua rakyat dalam negara ini merentasi batasan agama dan bangsa, apatahlagi warna kepartian. Namun sambutan tahun ini begitu memualkan apabila regim Bn yang telah benar-benar terdesak melacuri Hari Kebangsaan dengan menjadikan sambutan sebagai pentas kempen dan dengan tema jelas kepartian. Bagi SAMM, ini semakin melengkapkan syarat kejatuhan sesebuah regim.

SAMM juga menyeru kepada semua negeri Pakatan Rakyat agar sambutan hari kebangsaan dengan tema dan logo mengarut ini tidak dibenarkan berlaku dalam negeri masing-masing. Sambutan di peringkat negeri PR seharusnya diwarnakan semula dengan lebih murni dan patriotik. SAMM menyeru semua anak muda dan rakyat prihatin agar turut memboikot sambutan kemerdekaan yang menjadi medan politik kepartian regim Bn. Hari Kebangsaan mahupun Hari Merdeka disambut setiap tahun untuk semua, bukan untuk disambut oleh segelintir penyokong sesebuah parti. Maka kerajaan negeri bukan dibawah regim Bn harus menerajui rakyat bertindak keras di atas kecelaruan yang ditimbulkan regim Bn.

Sudahlah selama hari ini sambutan merdeka disadur dengan sejarah kemerdekaan separuh masak yang hanya menampilkan tokoh-tokoh Umno sahaja, sedangkan sejarah menuntut kemerdekaan itu berlaku jauh lebih awal sebelum wujudnya Umno. Malangnya hanya Umno wujud dalam sejarah jasa negara sedangkan banyak bukti persekongkolan Umno dengan penjajah British dan pihak yang jelas melawan dengan garis keras dilihat penjenayah dalam sejarah. Kini pula keadaan menjadi lebih parah apabila sambutan kemerdekaan itu dihiasi dengan tema syok sendiri dan logo sampah.

Jika kecelaruan dan pencabulan hari kebangsaan dibenarkan berlalu tahun ini sebegitu saja, yakinlah ia akan menjadi tradisi dan amat tidak baik bagi semangat pembinaan negara ini.
 
 
che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
www.anakmudamalaysia.com

Thursday, July 26, 2012

Selamatkan Rohingnya, SAMM Seru NGO dan Parti Politik Beri Tekanan di Hadapan Kedutaan Myanmar, Serah Memo 3 Ogos Ini



Penghapusan etnik dibiarkan


Kenyataan Media
26 Julai 2012

Selamatkan Rohingnya, SAMM Seru NGO dan Parti Politik Beri Tekanan di Hadapan Kedutaan Myanmar, Serah Memo 3 Ogos Ini

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melihat perkembangan terkini mengenai umat islam di Rohingnya amatlah menggusarkan. Penghapusan Etnik Islam Rohingnya di Rakhine (Arakan) telah berlaku tanpa campurtangan dunia dan pembunuhan beramai-ramai itu seolah-olah dibiarkan dengan sengaja oleh regim di Myanmar.

Justeru itu, SAMM Wilayah tampil untuk menjayakan sebuah bantahan di hadapan kedutaan Myanmar sekaligus menyerahkan satu memorandum bantahan. Semua NGO yang memperjuangkan kemanusiaan dan semua parti politik di dalam negara ini juga diseru untuk bersama membuat bantahan dan turut mengiringi penyerahkan memorandum.

Di atas nama kemanusiaan, dunia harus memberi tekanan kepada Myanmar agar bertindak menghentikan penghapusan etnik Rohingnya. Malaysia lebih lagi dikenali sebagai sebuah negara Islam harus lebih peka dan lebih ke hadapan dalam memberi tekanan yang besar ke atas Myanmar yang juga negara serantau. SAMM Wilayah melihat kewajaran untuk rakyat sendiri untuk turun memberi tekanan kepada Myanmar sekiranya kerajaan Malaysia gagal memainkan peranan.

Semua dijemput untuk hadir di hadapan Kedutaan Myanmar yang terletak di Jalan Ampang Hilir (berdekatan dengan menara PERKESO Jalan Ampang) pada masa berikut;

Tarikh: 3 Ogos 2012
Masa : 2.00 petang (Selepas Solat Jumaat)
Lokasi : Kedutaan Myanmar, Jalan Ampang Hilir

Tanpa mengira fahaman agama dan warna kepartian, semua wajib bersama menyertai tekanan ke atas negara Myanmar. Ia bukan soal agama tetapi soal kemanusiaan apabila wanita dan kanak-kanak turut menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai dan penghapusan etnik Rohingnya. Kita rakyat yang bertanggungjawab dan punya jatidiri, harus ambil bahagian.

Sekian

AZMIR HJ MUSTAFA
Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Wilayah

Bantahan dan Penyerahan Memo di Muadzam Shah Esok!! (27 Julai)


Kenyataan Terbuka
26 Julai 2012

Bersihkan Bandar Muadzam Shah Daripada Menjadi Bandar Perjudian

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Muadzam Shah akan bersama dengan Gabungan Gerakan Membantah Judi bagi memastikan Bandar Muadzam Shah bersih dari anasir perjudian melampau di daerah ini.

Dengan majoriti lebih 90% penduduk muslim di Bandar Muadzam Shah dalam daerah Rompin, tidak sepatutnya mesin judi dibenarkan berada di sini. Tiada tindakkan yang serius di ambil dari PBT Rompin ke atas pengusaha mesin judi 'kuda'. Serbuan sebelum ini menyaksikan hanya 6 mesin judi yang diangkut daripada ratusan mesin judi di beberapa pintu kedai dan tauke mesin judi masih bebas mengaut keuntungan berlipat-kali ganda daripada perniagaan mini kasino yang dijalankan.

Daripada pemerhatian SAMM Muadzam Shah, fenomena yang berlaku di Muadzam Shah ini adalah sangat merunsingkan di mana ketagihan terhadap mesin judi menyebabkan pelbagai kecelakaan berlaku di kalangan penduduk daerah Rompin. Jenayah awam seperti kecurian dan rompakan kecil meningkat, peneroka juga ada yang sengsara dan ada juga penjawat awam yang menghabiskan seluruh gajinya untuk mesin judi yang akhirnya anak isteri menjadi mangsa dari kerakusan tahi judi. Penangan mesin judi sehingga ada kes anggota tentera yang sanggup menjual tong gas di rumah untuk menebus kekalahan di mesin judi.

Justeru itu, SAMM Muadzam Shah menyeru kepada semua yang berada di sekitar Bandar Muadzam Shah dan Rompin agar turut serta dalam sebuah bantahan dengan penghantaran memo kepada PBT berkenaan. Berikut adalah maklumat masa dan lokasi penyerahan memo;

Tarikh: 27 July 2012
Masa: 2.00pm (lepas solat Jumaat)
Lokasi Berkumpul: Masjid Muadzam Shah

Ayuh bersama SAMM dalam Gerakan Rakyat Membantah Judi. Juga akan turut serta dalam gerakan ini adalah PAS Rompin, PKR Rompin, SAMM Rompin, Jabatan Amal Rompin, Al-Fateh dan KRT Rompin. Pengamal media adalah diharapkan untuk turut membantu dalam aspek hebahan.

Sekian,


MHD NOR FAIZI ABU BAKAR
Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Muadzam Shah

Wednesday, July 25, 2012

Jika #BERSIH Sah, Bagaimana Pula Tindakan Kasar Polis Terhadap Peserta? Sah Atau Tidak Sah??


Semalam dengarnya Hishamuddin nak rayu kepada mahkamah yang sudah menjatuhkan hukum bahawa BERSIH adalah sah. Rayuan yang meminta supaya mahkamah mengharamkan semula BERSIH. Aku percaya kalau yang sudah disahkan halal ini tiba-tiba bertukar status menjadi tidak sah, pasti satu lagi himpunan akan mengambil tempat dalam masa yang tidak lama lagi.

Apa yang pasti BERSIH adalah sah di sisi undang-undang. Namun yang menjadi persoalan sekarang ialah apakah tindakkan kebinatangan seperti membelasah, memijak, memukul, mencederakan, cubaan membunuh pihak polis terhadap peserta BERSIH itu sah di sisi undang-undang?


EDYES
Aktivis Blogger
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Tuesday, July 24, 2012

GEMPAR!! Saham FGVH Dalam Bahaya!! Felda Bakal Tergadai!!


LIHATLAH TREND INI... HABISLAH MELAYU KENA KELENTONG LAGI... KERAJAAN TAK RUGI LANGSUNG SEBAB SEMUA KERUGIAN AKAN DITANGGUNG PENEROKA FELDA!!

Kalau #BERSIH Itu Halal...


Maka yang haram itu adalah Umno dulu kini dan selamanya...



Perkara Ke-4 Resolusi SAMM Punyai Asas Kukuh dan Dapat Sokongan Awam Yang Besar

Salam Reformasi,

Semalam Resolusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang diterbit dari Rapat Kebangsaan 02/2012 yang berlangsung pada 29-30Jun 2012 di P.Pinang telah dipetik dalam portal Malaysiakini. Namun apa yang dipetik hanyalah perkara ke-4 dalam Resolusi SAMM. 

NGO pro-Pakatan Rakyat Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendedahkan, mereka merancang membuat tangkapan awam terhadap warganegara asing dan "agen tempatan" yang cuba mengundi secara tidak sah dalam pilihan raya umum akan datang.

illegal immigrants roundup 010305 patiently waiting"SAMM akan bersama sekutu anak muda untuk menyusun kekuatan yang cukup di seluruh negara untuk mengawal di kebanyakan 'hotspot' pusat pengundi terpilih di majoriti kawasan parlimen seluruh negara," kata NGO itu.

Menurut kenyataan kumpulan itu, membenarkan warga asing menentukan hala tuju negara pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan kerana seolah-olah membenarkan negara ini tergadai. 
"Maka rakyat bersatu hati untuk menghalang campur tangan warga asing di hari pengundian dengan sekeras-keras tindakan," kata kenyataan itu lagi.


Resolusi diperoleh hasil rapat kebangsaan SAMM di Pulai Pinang pada 29 dan 30 Jun lalu.




Oleh demikian, SAMM mengambil kesempatan ini untuk menyiarkan semula kesemua resolusi yang dibangkitkan;

1.     SAMM menuntut Pengerusi SPR Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz dan timbalannya iaitu Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar agar segera meletakkan jawatan yang disandang dalam SPR, memandangkan adalah salah bagi penjawat utama SPR dilantik dari kalangan parti politik yang bertanding, sebagai Pengerusi SPR, kecuaian beliau tidak menyemak dan membatalkan keahlian parti politik adalah satu kesalahan besar melanggar peruntukan Perlembagaan.

2.     SAMM dengan keras menolak secara total 'pengundian awal' yang menggantikan undi pos pada PRU-13 kerana yakin ia penipuan terancang yang lebih parah dari undi pos. Bilangan pengundi awam yang dialihkan sebagai pengundi awal (nama baru pengundi pos) amat tinggi dan membimbangkan.

3.     SAMM komited untuk memastikan PRU hanya berlaku selepas senarai pengundi SPR dibersihkan termasuklah kes 42 ribu nama pengundi yang tiada dalam rekod JPN dan, 170ribu pengundi yang termasuk katogeri satu alamat lebih dari seratus nama pengundi. PRU sebelum pembersihan senarai pemilih adalah satu usaha menipu dan mencabul demokrasi negara.

4.     Membenarkan warga asing menentukan halatuju negara adalah satu pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan kerana ia seolah-olah membenarkan negara ini tergadai. Maka rakyat bersatu hati untuk menghalang campurtangan warga asing di hari pengundian dengan sekeras-keras tindakkan.

SAMM memberi amaran keras dan akan merancang tangkapan dan tindakan awam ke atas  mana-mana warga asing serta agen tempatan yang membawanya jika didapati cuba untuk mengundi secara tidak sah. SAMM akan bersama sekutu anak muda untuk menyusun kekuatan yang cukup di seluruh negara untuk mengawal di kebanyakkan 'hotspot' pusat pengundi terpilih di majority kawasan parlimen seluruh negara.

SAMM juga ingin menyatakan semua perkara yang berbangkit terutamanya perkara ke-4 mempunyai asas yang kukuh, bukan sekadar khabar angin. Ia termasuklah isu kad pengenalan yang mempunyai tarikh luput dan juga isu kad pengenalan yang dikeluarkan sewenangnya tanpa rekod di dalam pangkalan data JPN tetapi mempunyai rekod di pangkalan data SPR.

Lihat gambar di bawah dan anda boleh usul periksa sendiri di laman SPR.




Edy Noor Reduan (EDYES)
Pengarah Propaganda SAMM

Berikut adalah antara sokongan dan cadangan ke atas perkara ke-4 Resolusi SAMM yang diterima dari laman portal Malaysiakini;



Anderson Kingston
 ·  Pengulas Tertinggi · St. David High School
*RAKYAT MALAYSIA* harus bersatupadu melaksanakan tugas kita masing-masing supaya *PENGUNDI HANTU BOLEH DI HAPUSKAN* maka tamatlah riwayat UMNO/BN yang *RASUAH, MENYELEWENG DAN MENYALAHGUNA KUASA untuk memerintah LESAP DI BUMI MALAYSIA buat selama-lamanya.
TUMBANGKAN UMNO/BN DI PRU 13.

Ibnu Sabili Sapujagat ·  Pengulas Tertinggi
Kami akan bakar bakar mangkok mangkok pengkianat negara ni kerana telah mengkianat negara . Hukuman pengkianat negara adalah bakar.

Salman Mirza ·  Pengulas Tertinggi · High Level Public School
tanya...dialek tempatan...kowe dari mano...ADA MACHANG MARI!CONFIRM Bagi penyapu wahai warga malaysia..jgn sia2kan masa depan anak 2 kita

Azroul Shahrin ·  Pengulas Tertinggi · CEO/Managing Director di Miracle ornamental fish aquaculture
nampak bangla, myanmar atau indon yang tak sahih nepal atau mana mana makhluk asing selain makhluk dari malysia , kita minta tengok ic ..kalau dia tak mau kasi tengok kita tangkap , kurung dalam bilik sampai habis mengundi..agak2 dia kurang ajar buh penyepak dua tiga rasa..cantik ..kasi ajar sama makhluk upahan ni.

Ibnu Ya ·  Pengulas Tertinggi · The University of Alabama
pengkhinat asing terpaksa di gunakan oleh parti khianat umno untuk mengekalkan kerajaan khianat bagi membolot kekayaan negara untuk para pengkhianat

Sivakumar Kuppen ·  Pengulas Tertinggi
suruh warga asing nyanyi lagu negeri, lagu negaraku mungkin sudah train berbulan-bulan... hanya rakyat Malaysia yang layak mengundi....

Jamaluddin Hj Ahmad ·  Pengulas Tertinggi · National Restaurant Association of America, Cicago
Macam maner nak join jadik pemantau pada PRU 13 nanti ?

Marcus Lasat ·  Pengulas Tertinggi · umur 54 tahun
saya sokong 100% jangan biar BN tipu lagi, kalau pengiraan di tunda berjam ini bermakna BN cari hela nak tipu, Black out lah, undi poslah, macam2 lagi.!!!

Wtp FX · Langgani · FOREX UNIVERSITY
Periksa pangkal lengan/bahu...Warga Malaysia >21 tahun wajib ada parut pelalian BCG sebesar duit 5sen.

Faizal Tahir · Universiti Malaya
sokong 100% 500% 1000% .... jom pakat gempur.... untuk masa depan negara...

Pokmat Jual Kace
sy meyonkong 200% dalm tangkapan awan ini...ore asing blh blhmengundi gila ko apa!

Haji Abas Haji Awang ·  Pengulas Tertinggi · Bangi, Malaysia
Kumpul nama Ngo melalui Suara Keadilan dan Harakah.KUMPUL SERAMAI YG DAPAT.

Mohd Noor Ismail ·  Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi MARA
Hanya anak muda melayu (UMNO) yg sanggup negara tergadai. Asalkan mereka hidup senang dan kaya-raya

Nizam Sulaiman ·  Pengulas Tertinggi
Sokong 100%. Demi masa depan anak & cucu kita semua.

Michael Lee ·  Pengulas Tertinggi · Loyal Servant di Jesus Christ Corp
Bagus, saya setuju. Sekaligus boleh mengesan PATI dan dihantar pulang ke negara asal. Tak perlu susah-payah pergi cari mereka. Undi akan kena tangkap, tak undi pun tidak akan membawa manfaat kepada orang yang menyogok mereka.

Bangsal Mukabuku ·  Pengulas Tertinggi
dngar khabar org kampung aku byk pergi mngudi kawasan Ijok nnt...(kmpung aku dkt sg buloh), Tajaan Umno. Xpe, nt time mngundi aku try ikut dorg... jd spy baik punye....hakhak...

Sheikh Hussein AlJabri ·  Pengulas Tertinggi
Titik Jer Tanya sape arah/rasuah mereka buang undi & !! Mesti ada ketua dia yg selalunya perut buncit badan besau, geng parti sarkas..

Rosmaiza Daud ·  Pengulas Tertinggi · umur 36 tahun
SOKONG TANGKAP DAN SIAR MUKE MEREKA DALAM AKHBAR BIAR ORANG KENAL SIAPA PENGUNDI HANTU.NI

Ru Van Persie ·  Pengulas Tertinggi · Night Porter di Malmaison Birmingham
murah sgt laa negara msia yg ditadbir bn...JOM TUKAR !!!

Billy Tan Boon Aik
Saya sokong .

Iwan 'Jbecks' · Langgani ·  Pengulas Tertinggi · CCD/CDS/SETTLEMENT EXECUTIVE di PM Securities Sdn Bhd
sy sokong 1000% peratus..sbbnya..badan2 seperti spr, jpn, pulis dan sprm dah tak tau nak buat keje dan halang org luar dr mengundi di negara kita..so since badan2 ni tak tau buat keje..meh kita tunjuk mcmana rakyat malaysia yg sebenar bekerja...bertindak ikut ape yg kita rasa betul..takpayah nak dgr lg badan2 tongong ni punya cakap...

Maz Lan ·  Pengulas Tertinggi · Tirana
WAJIB DISOKONG.... HANYA RAKYAT MALAYSIA YANG BOLEH MENENTUKAN MASA DEPAN NEGARA NYA.

Kasim Selamat
...and justice for all.

Sea Sparrow ·  Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi Malaysia
betul2...tanya spm, pmr, srp dapat berapa,[astu tanya apa makna spm pun ckup dah..kalau tak tau..asingkan diaorg siap2..jgn bagi muka bro..aku sokong 1000000%!

Anggun Atok ·  Pengulas Tertinggi
MALAYSIA SEKARANG SUDAH MENJADI ROJAK KERAJAAN BN SUDAH CUKUP TAKUT DGN KEBANGKITAN ANAK MUDA DAN BN TAKUT UNTUK MENGHADAPI KEKALAH TERUK PADA PRU13 NANTI, HELAH DEMI HELAH DICIPTA N SANGGUP GADAIKAN MARUAH NEGARA KEPADA PENDATANG ASING DEMI UNTUK MENGEKALKAN KUASA....CUKUP BODOH PUNYA PEMIMPIN NEGARA.....

Battlefieldof Merdeka ·  Pengulas Tertinggi
saya sokong, patutnya masa ni lah tentera nak buat jasa jangan bagi orang asing /pati mengundi, tapi apkan daya tentera kita ni ikut telunjuk umno. tapi saya syorkan semua abg2 tentera keluar bantu walaupun tak pakai uniform, sebab mereka di latih untuk berlawan kita di latih untuk bersorak.
kasi hancur BN

عبدالمالك بن منصور ·  Pengulas Tertinggi · Shah Alam, Malaysia
YAAAA.. sokong. dengan cara ini saja boleh menggentarkan hantu2 dan syaitan2 daripada mengundi.

Maz Lan ·  Pengulas Tertinggi · Tirana
TUBUH KAN BEBERAPA KUMPULAN (SATU KUMPULAN 5 ORANG ATAU LEBIH)DALAM SATU KUMPILAN NI KITA PERLU KAN SOKONGAN 2 ATAU LEBIH SUKARELAWAN ANGGOTA POLIS ATAU TENTERA TANPA UNIFORM UNTUK BERSAMA.

Gopal Veeramohan ·  Pengulas Tertinggi · Institut Pendidikan Temenggong Ibrahim,Larkin Johor
Kalau kita semua bersatu hati boleh selamatkan negara kita drpd warga asing menghundi utk menjayakan BN.

Muhammad Asri ·  Pengulas Tertinggi · Institut Elektronika Indonesia
Saya setuju sangat untuk malaysia.

Dev Subramaniam ·  Pengulas Tertinggi
saya sokong degan pendapat ini

Jinggo Al Kapoor Bravo ·  Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
sokong..aku tak akan benarkan mat indon, myammar, kemboja, bangla menentukan hala tuju negara ini...pengkhianat negara mestilah ditentang habis habisan..

RamBut Uban Kilat ·  Pengulas Tertinggi · Indiana University
pada aku... pengundi warga asing tu tak bersalah.. mereka pun takut nak mengundi... tapi SI PEMBERI lesen mengundi tu yang bersalah kerana mengkhianati negara..

Sheikh Naimnif Selamat ·  Pengulas Tertinggi
SPR masih buat pekak jer.... Aku diantara rakyat yg akan mengambil tanggungjawab tersebut...Hak menentukan kerajaan di Malaysia adalah rakyatnya sendiri.. TUnggu....... apa lagi jawapan & alasan yg akan diberikan??? samada berbentuk fakta atau hanya satu auta ??? sama2 kita saksikan nanti!!!


Azizam Zafcos ·  Pengulas Tertinggi
sokong 100%.....kalau bole tangkap sekali siapa yang bagi dia org kewarganegaraan secara haram.....tu lagi besar punya pengkhianat negara

Yusoff Alias · Langgani ·  Pengulas Tertinggi · Owner di Self Employed and Loving It!
aku sokong 1000%. Jika diberi peluang aku akan menanggotai SAMM untuk tujuan ini.

Ismail Dali ·  Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
Tempat2 yang perlu di pantau adalah Pekan, Lembah Pantai, Shah Alam, Bandar Tun Razak , Titiwangsa, Pandan. Aturkan barisan sukarelwan dan beri taklimat bagaimana nak pantau dan saya sokong dengan memberi tenaga sendiri

King Jason Ori · Langgani · Programmer di Apple Japan Office - Tokyo Opera City Tower
tubuhkan jentera gerak kerja dan protokol tangkapan ... sokong!

Gideon Thien
Kalau masa depan Malaysia ditentukan oleh pendatang asing, habis lah negara kita....

Mat Bantai Membantai ·  Pengulas Tertinggi
YA SOKONG 100%. KAMI RAKYAT MALAYSIA SANGGUP MEMBANTU UNTUK TUJUAN SEBEGINI. SAMM SILA ATURKAN PENYERTAAN RAKYAT YANG BERMINAT MENBANTU SECEPAT MUNGKIN. SENANG JE NAK CARI WARGA ASING NI, SURUH CAKAP BAHASA DENGAN PETAH PUNG DAH TAU MEREKA NI ORANG MALAYSIA ATAU PENGUNDI HARAM !

Amry MNor · Subscribed ·  Pengulas Tertinggi
Sokong 100% ayuh!!!!! rakyat malaysia keluar berjihat demi negara...

Basir Parto ·  Pengulas Tertinggi · Un. Putra Malaysia
Aq cadangkan tindakan yg patut diambil ialah tangkap,terajang n pijak je kepada warganegara mee segera yg beratur mengundi...

Perisai Ulama · Subscribed ·  Pengulas Tertinggi · MAYA
jangan bimbang SAMM kami dari solidariti anak tua malaysia juga akan membantu samm dalam tugas ini insyaallah

Arizam Shaila ·  Pengulas Tertinggi · Polisas
kalau nak mintak kad pengenalan tak boleh dan jadi satu kesalahan cuba tengok ada suntik BCG tak.rata2 org malaysia suntik BCG.ok tak idea

Abrahim Abdan ·  Pengulas Tertinggi · SMV Alor Gajah Melaka
Kau orang x usah mereka tu..kita tangkap dan tanya sape suruh mereka? lepas tu kita belasah orang yg jadi dalang tu ..ape macam

Azizul Ahmad Shafawi ·  Pengulas Tertinggi · Shah Alam, Malaysia
saya sokong tindakan yg dicadangkan demi kedaulatan negara...

Tengku Nadzri Tengku Aldin ·  Pengulas Tertinggi · Institut kemahiran mara jasin
sokong 100%....

Musafir Di Dunia · Langgani ·  Pengulas Tertinggi · Kota Tinggi
Pengkhianat serta penjual kedaulatan negara apa hukumannay? Jawapannya hanya satu sahaja hukumannya ikatkan dengan C4 dan letrupkan, mana mana bahagian badan yang tak hancur, bolehlah diberikan kepada anjing liar dihutan!!!!!......

Masmin Kadad ·  Pengulas Tertinggi · Universiti Kebangsaan Malaysia
Pemerintah akan melakukan apa saja demi kelangsungan kekuasaan...Inilah kerja pemimpin BNN...Siapa penghianat Negara sekarang..para pemimpin negara Malaysia yg terkorup......!

Rakyat Bijaksana Pemimpin Pembohong · Universiti of malaybijaksana
SAYA ANAK MALAYSIA YG BERDAULAT...SOKONG 101%...SEDIA JADI SUKARELAWAN YG BERDAULAT...HAK RAKYAT MALAYSIA JANGAN DI CABULI...TENTANG HABIS2AN PENGKHIANAT NEGARA...HUMBAN MEREKA KE LAUT JER...APA NAK JADI DENGAN PEMIMPIN YANG PENTINGKAN DIRI.KELUARGA DAN KRONINYA....HATI ISRAEL BETUL MEREKA NI...TUKAR KERAJAAN BARU...DAH LAMA MEREKA TIPU RAKYAT SENDIRI...LEBIH ZALIM DARI ISRAEL....

Humairah Tarqiyyah · Tentera Imam Mahdi di Daulah Khilafah Islamiyah
mulai sekarang warganegara prihatin perlu mengenalpasti warga asing yang tinggal dalam lokaliti Unit Peti Undi masing-masing. Petugas pilihanraya yg datang dari luar tidak mampu mengecam mereka.

Buat kerja dari sekarang. jika tidak rakyat akan lebih sengsara untuk masa melalui masa depan yang lebih gelap.

Megat Farish · UUM
tangkapp...perlu bagi peringatan....spya hantu raya umno ni...takut..

Wan Kasni ·  Pengulas Tertinggi · Kolej telekom
kami sokong SAMM dan akan menyusun perancangan awal.

Mohd Ayub Harun ·  Pengulas Tertinggi
Di manakah hujah yg membolehkan kita untuk menyokong umno BN apabila Allah swt telah berfirman dalam Surah Hud: Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. (113)

Zaidan Misran ·  Pengulas Tertinggi · Ikm melaka
jgn cari org asing saja. peti undi jgn lupa pantau. UMNO ni ada banyak plan. bukan plan A saja. Mereka akan rancang segala galanya asalkan matlamat tercapai.

هوكڬي راڠير ڤوتيه ·  Pengulas Tertinggi · Hamburg, Germany
cek tanda suntikkan BCG dilengan untuk mengetahui indentiti warga asing.

Dhomdhom Dasuki ·  Pengulas Tertinggi · Gulberg
PRU 13...paling kotor dlm sejarah negara. BERSATU ANAK MUDA hapuskan tipudaya UMNO.

Rahman Bin Abd Rahim ·  Pengulas Tertinggi · Bekerja di Secret Service & Guard for MP keadilan rakyat
warga asing luu org tk payah nk kencing laa..kami kenal muka mana bangla, indon, pakistan, vietnam @ filipin., jgn cari sakit pada hari negara kami mengundi..LU UNDI LU KENA PUKUL MAA.

Jaafar Hassan · Maktab Perguruan Perlis, Perlis
nah Asis Bakri n Ilham Kuh ikut skali dlm 'tangkapan awam' nie...


Ramblie Starr · Open University Malaysia
Saya cadangkan buat dulu di DUN Sandakan!!

Atuk Idris ·  Pengulas Tertinggi · Kuching, Malaysia
ini memudahkan kerja polis maka polis patut sokong.

Hassanal Revo · Ilpkl
MNTAP..ANK MUDE SKONG..PRU NT KTE TANGKAP PNDATANG YG MGUNDI..

Mohd Adib Lofti Adi ·  Pengulas Tertinggi · Inpens international college
tanye ape rukun negara..

Ammoc Lat ·  Pengulas Tertinggi · Importer di Beijiale Co.Ltd
sokong........... setiap pusat pengundi letak kan 5 orang untuk pemantauan, tangkap dan rampas KP jika rakyat asing. boleh bezakan rakyat asing dgn rakayat tempatan.

Zulkhairi Yaacob ·  Pengulas Tertinggi · Universiti Utara Malaysia
100% sokong....pendatang asing tengok muka je dah kenal....

Khalid Gerrad ·  Pengulas Tertinggi · Singapore, Singapore
disokong penuh..

Syahid Al Khattab ·  Pengulas Tertinggi
nak tau depa ni pendatang ker tidak senang saja..tanya lebih sikit pasal negeri dan negara..akan terbongkarlah rahsianya..kita umpan dulu dia bagi dia undi dan lepas tu terus tangkap..baru kantoi..kita tengok sapa yang kenaaaa...

Mohd Zamani ·  Pengulas Tertinggi · Sekolah menengah zaaba
kita pukul ramai2 macam polis buat masa bersih 3.0 tak boleh ke?




Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan