Saturday, March 31, 2012

GEMPAR!! Ceramah di Klang Bakal Diganggu Lagi Malam Ini (31 Mac)!! Apakah Kerna Kedudukan Ezam Di Selangor Terancam?


Malam ini kumpulan mahasiswa menganjurkan sebuah majlis makan malam dan ceramah umum yang menampilkan Timbalan Presiden PAS, Tn Haji Mat Sabu dan juga Hishamudin Rais sebagai penceramah jemputan.

Program berlangsung di Dewan Al-Munirah, Johan Setia Klang bermula seawal jam 8.30 malam. Majlis bermula dengan Makan malam untuk dana mahasiswa dan seterusnya ceramah umum.

Difahamkan, kehadiran program ini di Klang menerbitkan kegoyahan Umno di pihak Ezam Md Noor yang berkerja keras untuk menawan selangor di Zon Klang. Seraya itu, dari sumber yang dipercayai, satu arahan telah dikeluarkan untuk mematahkan semua kerusi dalam dewan tersebut seperti mana yang berlaku di Jalan Kebun dan Kg Idaman.

Kejadian di Jalan Kebun dan Kg Idaman menyaksikan banyak kerusi berwarna merah dipatahkan. Malam ini pula, kemungkinan kerusi berwarna merah juga yang disediakan kerana menurut pihak penganjur, hanya kerusi merah sahaja yang sedia ada. Maka bersedialah semua kerana kerusi-kerusi merah ini akan dipatah renyuk. Ini berikutan arahan serangan diserah kepada binatang yang begitu pantang kepada warna merah, iaitu lembu umno.

Justeru itu, bantuan orang ramai diperlukan untuk mententeramkan lembu upahan ini. Jika lembu tersebut tidak berjaya dikawal, sembelih jika perlu dan hasil sembelihan haruslah dibahagi sama rata dalam erti kata keadilan.

Ayuh hadirlah beramai-ramai kerana jangkaan awal mendapati lembu yang bakal menyerang juga ramai. Akhir sekali satu peringatan buat semua, sila jangan mengenakan baju merah malam ini untuk keselamatan.

Semoga Allah selamatkan kita semua, yang celik minda dan yang tidak mudah dilembukan penguasa...

EDYES

Propa SAMM

Published with Blogger-droid v2.0.4

Umno Tiada Harapan Di Kelantan...



dan juga di kebanyakkan negeri... hanya tinggal 3 negeri sahaja yang ada harapan...

Friday, March 30, 2012

Jelajah Anak Muda SAMM - Pertemuan Tertutup Dengan Komrad Baru SAMM Seluruh Tanahair (Wajib Baca)!!



Assalamualaikum dan salam perjuangan,

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) seperti yang anda kenali adalah sebuah gerakan radikal anak muda yang mendapat sambutan besar dari golongan muda dan juga yang berjiwa muda. Sedia maklum, SAMM bukanlah front kepada mana-mana parti politik tetapi menjadi front kepada rakyat terbanyak. Itulah resam anak muda, pertahan rakyat dan lindungi tanahair dari dijahanamkan oleh regim tidak bertanggungjawab.

Sejak sekian lama tanahair kita telah dikhianati dan perubahan total diperlukan untuk mengubah sistem korup. Perubahan hanya boleh dilakukan selepas regim pewaris penjajah ini dijatuhkan. Jesteru itu sedaya upaya usaha menjatuhkan regim menjadi tumpuan utama SAMM buat masa ini.

Ketika ini, ribuan anak muda kini sudah berjuang dalam kerangka SAMM samada secara terang di medan lapangan mahupun bersolidar melalui rangkaian media sosial. Dari jumlah ribuan itu, ratusan operator terlatih SAMM sedang bergerak hebat di seluruh negara dalam pelbagai aksi yang disusun rapi. Antara program yang dilaksanakan oleh komrad operator SAMM termasuklah menganjurkan program rakyat seperti bantuan kepada rakyat susah, program ceramah penerangan, pengedaran maklumat secara konprehensif dan juga program-program anak muda seperti konsert dan aktiviti konvoi rakyat.

Dalam aspek menumbangkan sebuah regim, SAMM terlibat dalam mengedarkan 100ribu DVD kesedaran beserta dengan risalah kesedaran seperti Risalah Cincin Puaka. Pelbagai risalah di peringkat negeri dan nasional telah diterbitkan SAMM demi menumbangkan regim. SAMM juga telah menerbitkan beberapa judul buku yang mendedahkan konspirasi melibatkan kepimpinan tertinggi negara. SAMM juga telah acap kali menggegar parlimen dengan pendedahan yang mencelikkan minda rakyat.

SAMM juga terlibat secara langsung mengaktifkan semula slogan Asalkan Bukan Umno yang menjadi senjata penting menghadapi PRU-13. Roadshow ABU fasa pertama telah berjaya dilancarkan di 18 venue seluruh negara walaupun beberapa venue diganggu oleh regim yang terdesak.

Sekarang tiba masanya untuk SAMM jelajah pusing ke seluruh negara untuk pertemuan secara tertutup dengan komrad-komrad baru yang telah mendaftar keanggotaan di alamat portal http://www.anakmudamalaysia.com/borang-keanggotaan/  .

Pertemuan-pertemuan(seperti dalam jadual di bawah) ini sangat penting dan wajib dihadiri oleh semua komrad berdaftar. Perbincangan serius peranan SAMM Pra-PRU13 dan juga Pasca-PRU13, iaitu detik paling kritikal yang menyaksikan bagaimana kerajaan berusia 55 tahun tumbang. Pertemuan dalam Jelajah Anak Muda SAMM Juga akan turut membincangkan aksi dan strategi SAMM dalam demo terbesar tanahair iaitu BERSIH 3.0.

Berikut adalah jadual Jelajah Anak Muda SAMM, dan komrad sekalian diwajibkan untuk luang masa dalam pertemuan tertutup seperti yang diatur;

10 April (5.30 ptg) JOHOR 
12 April (5.30 ptg) KEDAH & PERLIS 
13 April (5.30 ptg) P.PINANG 
15 April : (5.30 ptg) WPKL & SELANGOR 
16 April : (6.00 ptg) MELAKA
19 April : (6.00 ptg) PERAK
21 April (9.30 pg) N.SEMBILAN
3 Mei (6.00 ptg) TERENGGANU & PAHANG
5 Mei (3.00 ptg) KELANTAN

Maklumat mengenai lokasi pertemuan akan dimaklum melalui hebahan email dan sms. Kepada yang belum berdaftar keanggotaan sila daftar segera, inilah wadah untuk berjuang tanpa kongkongan dan limitasi kepartian. Kita anak muda, buat cara anak muda!

Penyelaras-penyelaras negeri akan berhubung dengan semua komrad untuk menjayakan Jelajah Anak Muda SAMM kali ini. InsyaAllah kita akan menjurus ke fasa seterusnya iaitu fasa latihan komprehensif menjadi pejuang rakyat yang berkualiti.

"Perjuangan Adalah Perlaksanaan Kata-Kata"

EDYES
Pengarah Propaganda SAMM

Kah kah kah... Siapa Kata Polis Sentiasa Betul ??




Gambar di ambil dari FB: King Jason

Thursday, March 29, 2012

Kenyataan Terbuka SAMM Johor Mengenai Kempen Petisyen Rakyat Projek RAPID di Pengerang


Kenyataan Terbuka
29 Mac 2012

SAMM Johor sokong & sertai Kempen Kampungku Suaraku-Pengerang, Johor

Semalam, Ahli Parlimen Bakri telah pun mengeluarkan satu kenyataan bahawa beliau telah melancarkan satu kempen Petisyen Rakyat berhubung dengan projek Refinery And Petrochemical Integrated Development (RAPID) di Pengerang, Johor dimana petisyen ini akan dijadikan sebagai satu usul di bawah Perkara 19, Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia.

Projek RAPID ini sememangnya akan membawa pembangunan dan juga membuka peluang-peluang pekerjaan di daerah Pengerang namun ia juga harus tidak mengkesampingkan rintihan suara rakyat di kawasan tersebut. Apatah lagi, apabila berkait soal pampasan, pencemaran yang mungkin dihadapi oleh rakyat dan ekosistem, dan juga pemindahan penempatan baru. Soalan-soalan ini harus didengari dahulu agar satu penyelesaian menang-menang jangka panjang dapat diadakan tanpa menolak pembangunan yang bakal berlaku di kawasan tersebut.

Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor (SAMM Johor) memandang serius ketiga-tiga aspek ini atas nama pembangunan yang menjaga kemaslahatan rakyat. Pihak syarikat yang diberikan kelulusan untuk membangunkan projek di kawasan tersebut perlu memikirkan soal pampasan yang setimpal perlu diberikan, bukan hanya sekadar memberikannya semata-mata. Ia seharusnya turut memikirkan kemungkinan ada di antara rakyat kawasan ini yang akan kekurangan hasil pencarian atau lebih malang lagi mungkin akan terus kehilangan mata pencarian.   

Rakyat turut berhak untuk mengetahui secara jelas dan terperinci apakah kemungkinan-kemungkinan pencemaran yang boleh berlaku sekiranya terdapat kemalangan di loji-loji Petrokimia ini dan apakah langkah-langkah pemuliharaan yang akan diambil pemaju projek RAPID ini bagi menjaga ekosistem dan ekologi sekitar Pengerang. Rintihan dan suara rakyat berkenaan pemindahan penempatan mereka juga perlu didengari.

Sehubungan itu, Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor (SAMM JOHOR) dengan ini menyokong penuh usaha kempen tersebut dan akan bersama-sama dengan seluruh kekuatan aktivis kami untuk memberikan bantuan seupaya mungkin bagi menjayakan kempen “Kampungku  Suaraku” ini. SAMM Johor turut merayu kepada semua anak muda Pengerang tanpa mengira latar belakang bangsa dan ideologi politik harus bersama-sama menjayakan kempen ini agar satu referendum atau pungutan suara penduduk Pengerang dapat diadakan dan dipersembahkan kepada Parlimen Malaysia demi masa depan Pengerang yang lebih baik tanpa menjejaskan kualiti kehidupan setiap penduduknya.

Inilah masa yang terbaik untuk setiap rakyat di kawasan yang terlibat perlu menyuarakan pandangan mereka. Pembangunan tanpa memikirkan kemaslahatan rakyat di dalamnya adalah sia-sia. Penduduk harus bersama-sama mengecapi keuntungan pembangunan bukannya dibiarkan melarat atas nama pembangunan. Dan seharusnya sebagai sebuah Kerajaan yang membawa slogan Rakyat Didahulukan, kempen petisyen untuk referendum rakyat ini seharusnya dialu-alukan dan diberi keutamaan.

Ahmad Anwar Asyraf
Penyelaras Negeri
Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor

Wednesday, March 28, 2012

GEMPAR!! Umno NS Harus Bertanggungjawab dalam insiden Serangan ke atas Ketua Menteri P.Pinang


antara yang memakai baju dan topi Pemuda Umno NS bergambar ketika berkumpul sebelum melakukan jenayah serangan terhadap ketua Menteri PP
Jelas terakam penjenayah yang menyerang dengan 'senjata' wartawan dalam kejadian tersebut
bersiap sedia untuk menyerang

Kenderaan dari NS
Antara pemimpin yang hadir ketika Umno berkumpul sebelum serangan

wajah penjenayah jelas terakam tetapi apa tindakan polis dan umno ?
Serangan fizikal sehingga serbu ke kereta ketika Ketua Menteri baru sampai
Penyerang majoriti terdiri dari pemuda berkemeja dan bertopi tertulis
Pemuda Umno Seremban
Wartawan diserang beramai - ramai dan dipukul dihadapan awam tetapi polis hanya berdiam
Antara remaja (disyaki) bawah umur turut terlibat
Kenyataan Media
28 Mac 2012

Umno NS BERTANGGUNG JAWAB KE ATAS INSIDEN SERANGAN KETUA MENTERI P.PINANG.

Parti Keadilan Rakyat Rembau menggesa Umno (Seremban) Negeri Sembilan mengambil tanggungjawab penuh dengan memohon maaf dan mengambil tindakan dengan terhadap ahli dan pemimpin mereka yang terlibat dalam serangan bersifat perkauman terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang. Dalam kejadian tersebut beberapa orang telah cedera termasuk seorang wartawan yang dipukul beramai ramai oleh penyerang.

Bersama kenyataan media ini di sertakan sebahagian bukti bergambar yang mengaitkan ahli dan pemimpin Umno (Seremban) N.Sembilan terlibat dalam kejadian tersebut. Dalam gambar tersebut jelas kelihatan penyerang mengenakan kemeja dan topi tertulis Pemuda Umno Seremban.

Pada hari yang sama (berdasarkan maklumat yang ada) sememangnya pemuda Umno dari Negeri Sembilan berada dan berkumpul dalam program yang turut melibatkan pemimpin Umno Pulau Pinang. Selepas program tersebutlah mereka ramai - ramai berkonvoi dan melakukan jenayah serangan 'gaduh gempar di tempat awam'. Ini jenayah serius kerana serangan jenayah ini dilakukan kepada Ketua Menteri P.Pinang dalam majlis rasmi.

Terdapat banyak rakaman boleh disaksikan dalam internet termasuk seperti You Tiub yang jelas penyerang dari Umno ini menjerit perkataan lucah dan menghina bersifat perkauman.

Telah dibuat beberapa laporan polis namun amat mengecewakan tidak ada tindakan serius diambil selepas itu. PKR Rembau juga akan membuat satu lagi laporan dengan menyerahkan bukti bergambar kepada pihak polis.

PKR Rembau mencabar Umno (Seremban) Negeri Sembilan untuk mengambil tanggungjawab penuh memohon maaf secara terbuka seterusnya menamakan semua ahli dan pemimpin mereka yang terlibat termasuk yang dibawah umur. Umno juga harus mengambil tindakn disiplin terhadap mereka jika Umno tidak merestui tindakan tersebut jika tidak jelas Umno sendiri terlibat dan merestui jenayah ini.

Rakyat diseru menilai insiden ini sewajarnya dan menjadikan ini satu lagi alasan kukuh untuk menolak Umno khususnya di N.Sembilan. Jelas Umno menjadi pelindung kepada gangsterisme dan mendidik anak anak muda termasuk bawah umur untuk menjadi penjenayah keganasan.

Sekian.

che'Gubard
Parti Keadilan Rakyat Rembau

* kenyataan ini dibacakan dalam sidang media pada 28 Mac , 11.30 pagi di Rahang, Seremban. Sidang media dihadiri oleh che'GuBard (Ketua Cabang Rembau),Ust Norazman Ahmad (Ketua Penerangan PAS NS), Sani Md Shah (Ketua AMK Rembau), Sharul (AJK PKR Rembau), Zubir (Pengarah P.raya PKR Rembau)

Kenyataan Media: Rembau Bakal Ditipu Lagi ?



Kenyataan Media
28 Mac 2012

REMBAU BAKAL DITIPU LAGI ?

1. Berdasarkan beberapa perkembang ramai menyakini pilihanraya umum akan datang tidak lama lagi. Pasti Bn akan datang sekali lagi dengan janji – janji manis bagi menagih undi rakyat Rembau. Sehubungan dengan itu PKR Rembau ingin mengingatkan janji –janji (penipuan) kosong dalam PRU yang lepas.

2. Semua di ingatkan dengan laporan akhbar terbitan Utusan yang bertarikh 31 Januari 2008 yang menyatakan janji Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga merupakan pengerusi Barisan Nasional Negeri Sembilan dan Rembau. Dalam laporan media tersebut menyatakan janji akan menukar Rembau sebagai pusat pelancongan porpular jika orang Rembau terus memilih Bn. Dia mengatakan akan menukar wajah kawasan kolam air panas Rembau dengan hotel bertaraf antarabangsa yang lengkap dengan dewan persidangan. Beliau juga dengan bangga mengumumkan akan membina Kampus UITM Rembau. Semua ini dengan jelas bagi menarik undi pengundi Rembau ketika PRU 2008 terlalu hampir.

3. Dalam Akhbar Utusan Malaysia 21 Febuari 2008 pula Menteri besar yang sama menjanjikan akan membina Lapangan terbang di Batu Hampar, Rembau. Bukan sahaja lapangan terbang tetapi turut akan dibina ialah pusat latihan penerbangan bagi Kelab Penerbangan Awam.


4. Janji untuk membina Hospital pula bukan sekadar kenyataan atau ucapan sebaliknya telah diadakan upacara meletakkan batu asas dalam tempoh kempen PRU 2008 bagi mengelirukan atau menipu rakyat pada 7 Mac 2008.

5. Isu hospital Rembau pula tiba tiba kawasan yang yang 'berhutan' tempat konon nak bina Hospital itu tiba - tiba berpagar dan naik papan tanda tertulis "Cadangan Tapak Projek Membina Hospital Rembau". Persoalanya siapa di Rembau yang tidak tahu di situ tapak projek yang dijanjikan ? Kenapa perlu dinaikkan pagar, dibersihkan kawasan hutan dan membina pagar serta papan tanda di kawasan tersebut ? Persoalanya ialah berapa perbelanjaan yang dibelanjakan hanya untuk memperdayakan rakyat Rembau sekali lagi dengan janji lama ini ? Siapa menanggung perbelanjaan tersebut ? Jika benar tender nak dikeluarkan seharusnya syarikat yang mendapat tender projek tersebutlah yang perlu membina pagar keselamatan termasuk membuat kerja pembersihan tersebut, mengapa wang rakyat terus terbazie sedemikian rupa.


6. Berapa banyak buget atau nilai wang yang terpaksa ditambah rakyat dengan kelewatan pembinaan hospital ini ? (itupun jika dibina) Jika Hospital ini dibina pada tahun 2008 kosnya hanya sekitar RM100juta sahaja memandangkan peningkatan kos bahan binaan kemungkinan kerana kelewatan ini kosnya akan meningkat sekitar 100%. Ini semua kerana kelemahan pentadbiran kerajaan.

7. Dari segi nilai tanah tapak projek hospital tersebut juga amat meragukan. harus diingatkan untuk projek landasan berkembar tanah orang kampung yang berdekatan dengan tapak hospital diambil dengan pampasan hanya sekitar RM1.20 - RM 2.80 sekaki manakala tanah tapak projek Hospital tersebut diambil dengan nilai RM22.00 sekaki. Kenapa wujud begitu jauh perbezaan ? Adakah berlaku penipuan dalam isu penilaian tanah orang kampung yang diambil dalam projek landasan berkembar atau berlaku kegiatan 'mark up' melampau dalam menentukan nilai harga tanah Hospital tersebut yang membawa kepada perbezaan sekitar RM900,000 seekar. Itu belum lagi dibesakan dengan nilai pengambil alihan tanah untuk projek bekalan air yang mengambil tanah orang kampung (secara paksarela) dalam kawasan Rembau (Batu Hampar dan sekitarnya) yang jauh lagi rendah.

8. Namun setiap kali program Bn di Rembau khususnya asyik menuduh konon orang di negeri bawah Pakatan rakyat terniaya dan ditipu dengan janji tak di tunai.... adakah Bn Rembau itu sendiri di mana Ketua Umno Rembau ialah Menteri Besar dan Ketua Pemudanya Ketua Pemuda Umno Malaysia sudah tertunai janji PRU mereka ?

9. Orang Rembau harus sedar dan pengundi di seluruh negara harus tahu apa yang jadi Rembau khususnya mengenai janji PRU yang tak tertunai di Rembau ini. Khabar yang terakhir ialah bagaimana projek UITM akan dibina tetapi bukan di Rembau sebaliknya di kawasan yang dimenangi PR di NS. Maknanya pengundi Umno akan terus dianak tiri kerana mereka menganggap pengundi Umno bodoh dan akan berjaya terus diperbodoh dengan janji yang akan diguna semula pada PRU akan datang. Projek ditumpukan dikawasan PR di N.S ialah untuk memujuk pengundi memilih Bn semula. Akhirnya pengundi perlu cerdik pilih Umno hanya dapat janji, undi PR akan dapat projek pembangunan dan seumpamanya.

10. PKR Rembau juga mengecam tindakan terbaru dimana pimpinan utama Umno Rembau sendiri memperbodohkan pengundi Rembau dengan mengatakan kononya lapangan terbang yang dijanjikan Cuma lapangan terbang mainan.

11. Itu belum menyebut janji – janji kecil seperti menyediakan tuisyen percuma kepada semua anak pengundi Rembau (Pusat tuisyen Emas).

Sekian

BADRUL HISHAM SHAHARIN (che’GuBard)
Ketua Cabang PKR Rembau


MALAM INI

JEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI !


GEMPAR!! YB Umno Kaki Dangdut Telah Dikenalpasti!! (Wajib Sebar!!)




Laporan dari akhbar Sinar Harian dua hari lepas melaporkan bahawa Jabatan Siasatan Jenayah (JSJN) Melaka telah menahan seramai 27 orang di tangkap dalam Ops Tapis di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya.
 
27 orang yang di tahan itu termasuk seorang ADUN Melaka.


Lihat gambar di bawah pula, boleh nampak potongan sideburn rambut kedua-dua identiti ini.


Maklumat tambahan yang di perolehi telah membongkar ADUN yang terlibat dalam tangkapan tersebut adalah ADUN dari Dun RIM, iaitu Mohd Yazed Hj Khamis. Maklumat ini di peroleh dari laporan cetak Akhbar Cina, Sin Chew Jit Poh bertarikh 26hb Mac 2012 seperti di bawah:


Sebagai seorang YB yang memegang tanggungjawab/peranan memartabatkan akidah Islam, sepatutnya pada jam 2.40 pagi adalah waktu paling sesuai menganjurkan solat tahajud tetapi pada waktu yang sama YB tersebut telah dicekup meraikan pesta dangdut bersama GRO yang seksi dan arak bergelimpangan. Dalam serbuan yang sama, hasil ujian urin mendapati lapan lelaki dan tiga wanita di dalam premis berkenaan didapati positif dadah.

Jika beginilah sikap seorang YB Umno yang mempunyai 'tittle' Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, bagaimana pula sikap pemimpin Umno lain yang tidak memegang portfolio hal ehwal agama?  Inikah gerombolan pejuang Islam yang boleh diharapkan??

Gambar di bawah pula menunjukkan bagaimana Umno meraikan ahli-ahlinya - dengan persembahan tarian gelek demi kelangsungan meneruskan legasi;

Amat menghairankan, bagaimana tergamaknya mereka mengiktiraf 'Allah Bersama Umno' dalam merungkai akronim A.B.U. Apakah Umno sudah terlalu dipinggir oleh rakyat sehingga terpaksa menghidangkan hiburan melampaui batasan semata-mata untuk meramaikan kehadiran. Mereka menjemput penari untuk 'bergoyang inul' dan ini satu penghinaan ke atas orang melayu sendiri kononnya hiburan begini yang dituntut masyarakat.

Umno semakin hari semakin dipinggirkan. Banyak cawangan sudah ditutup dan selebihnya cawangan tidak banyak berfungsi. Umno hari ini hanya sekadar bermain di peringkat bahagian, mengira keuntungan projek sana-sini untuk dibahagi hanya sesama mereka.

Jika dilihat mood rakyat dalam menghadapi PRU13, rakyat lebih terbuka dan memilih untuk perubahan total. Program ceramah di Melaka dan Johor mendapat sambutan yang amat luar biasa. Rakyat juga menyatakan kesediaan untuk sebuah menerima sebuah kerajaan pusat yang baru, hasil dari testimoni baik yang ditunjukkan oleh semua kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Mood meninggalkan Umno dan menyertai Pakatan Rakyat ini dibantu dengan lebih pantas oleh isu-isu penyelewengan seperti isu NFC, PKFZ dan juga isu moral seperti tertangkapnya seorang YB dalam kelab dangdut seperti yang diberitakan di atas. Isu hubungan dagang Malaysia-Israel yang sedang hangat bermain di Parlimen juga menjadi faktor besar kerana isu Israel begitu sinonim menusuk jantung orang melayu yang berugama Islam. 

Isu kenaikan harga barang juga membantu mood 'Asalkan Bukan Umno', isu SPBA yang menyentap perasaan setiap penjawat awam peringkat pertengahan dan bawahan juga cukup membantu mood ABU. Isu lynas juga memberi mimpi ngeri buat regim pemerintah, begitu juga dengan keangkuhan Rosmah yang tetap berbelanja besar walaupun telah diberi amaran oleh rakyat dan juga anak muda SAMM. 

Semua isu ini menjadi pemangkin betapa Umno yang sudah rapuh itu harus ditinggalkan. Tindakbalas dari isu-isu yang dibongkar Pakatan Rakyat, orang Umno sendiri malu untuk mengaku sokong Umno. Mereka hanya bersuara seolah-olah orang atas pagar tetapi bau Umno masih pekat di kalangan mereka. Dari status orang tengah inilah mereka membuka mata dengan maklumat dan berpusu-pusulah mereka meninggalkan Umno.

Lihatlah gambar di bawah, rakyat hadir sendiri tanpa bas dan nasi bungkus, memberi sokongan tanpa sebarang bayaran / door gift, malah rakyat yang datang ini turut membantu mengeluarkan wang kocek memberi dana hanya untuk memastikan Bn tumbang pada PRU13. 

Gambar ini diambil malam tadi(27 Mac) dari dua kamera berbeza;



Rakyat hadir tanpa dihidangkan penari seksi. Sokongan yang besar ini membuatkan regim gentar dan pastinya akan bertindak luar batasan demi menghalang kemaraan jentera Pakatan Rakyat untuk mencelikkan rakyat. Apabila Umno gagal berhujah menggunakan otak, maka otot pula mereka gunakan. Inilah sikap dan tabiat gerombolan di hujung usia.

Ayuh rakyat, ke'samseng'an Umno tidak memberi apa-apa faedah, maka tinggalkanlah gerombolan terdesak ini. Inilah detik dan peluang terbaik ketika segala kepincangan Umno itu berada di depan mata, apakah kita rakyat celik dan yang hampir celik akan berdiam diri? Pilihlah ABU. Dalam PRU-13, ABU adalah pilihan terbaik !!

Sekali lagi Edyes nyatakan kepada penyokong Umno yang mula sangsi, cukuplah tersesat dan marilah berjuang dalam gerakkan massa ABU. Kepada penyokong Umno tegar, teruskan sesat, kami sudah cuba membantu dengan maklumat yang utuh.

Kepada Rakyat Malaysia, Ayuh tumbangkan kerajaan zalim lagi penipu, perasuah, penyeleweng, peragut dan pembunuh secara halus, dengan slogan rakyat - Asalkan Bukan Umno. ABU pilihan terbaik PRU13.  

Bayangkan, kalau wakil rakyat Umno berjawatan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam pun boleh hanyut ke pusat maksiat, apatah lagi para ahlinya. Tinggalkanlah Umno demi masa depan agama dan anak bangsa, berjuang bersama menegakkan Agama dengan maksud sebenar, bukan retorik semata-mata. 

Asalkan Bukan Umno - Tumbang Bn PRU13

EDYES @edyesdotcom
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)



DI BAWAH INI WAJIB TONTON









Tuesday, March 27, 2012

Kenyataan SAMM: Cabar Usul Diluluskan Seterusnya Noktahkan Isu Israel!!



Kenyataan Terbuka
26 Mac 2011

BERKENAAN ISU HUBUNGAN DAGANG MALAYSIA MEMBANTU ISRAEL

Regim selama ini mendabik dada kononnya merekalah pejuang Palestin dengan menjadi penentang Israel nombor wahid. Malah sentiasa menjadikan isu hubungan Israel ini sebagai modal politik menyerang musuh politik mereka yang konon kompromi dengan Israel.

Sejak 3 tahun kebelakangan ini, SAMM tanpa jemu mendedahkan betapa hipokritnya regim dalam perkara ini. SAMM telah mendedahkan perbagai dokumen yang membuktikan memang wujud hubungan Malaysia membantu ekonomi Israel ini.

SAMM ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada beberapa ahli parlimen Malaysia seperti YB Er Teck Hwa (DAP), Bakri yang telah beberapa kali membawa pendedahan SAMM mengenai isu berkaitan hubungan dagang Malaysia membantu ekonomi Israel.

Selama ini regim cuba menipu rakyat dalam hubungan Malaysia Israel namun apabila Ahli Parlimen Bakri dengan sokongan beberapa ahli parlimen lain membawa beberapa dokumen yang dibekalkan oleh SAMM kepadanya untuk dibuktikan dalam parlimen Malaysia mengenai kewujudan hubungan dagang Malaysia Israel maka Menteri berkenaan terperangkap untuk mengakuinya. Cuma penjelasan dangkal Menteri dalam persidangan lepas menyebabkan Teck Hwa bangun beberapa kali sehinggalah di perintah keluar dewan.

Perlu ditegaskan hubungan dagang Malaysia membantu ekonomi Israel bukanlah kes terpencil apabila menurut laporan Kesatuan Eropah menyatakan dengan jelas Malaysia merupakan negara yang ke 15 menjadi rakan dagang bagi membantu ekonomi Israel.

Regim juga lepas tangan dengan hanya menyatakan perdagangan tersebut hanya libatkan syarikat asing yang beroperasi dalam negara Malaysia. Persoalanya ialah barangan tersebut tetap melalui pelabuhan dan Kastam Diraja serta perlu mendapat kelulusan Kementerian berkaitan dan kita mempunyai kuasa jika benar mahu menghalangnya.

Namun yang terbaru, bulan lepas SAMM telah mendedahkan bahawa ia bukanlah semata melibatkan syarikat asing dan peralatan elektronik semata – mata. Malaysia telah juga berurusan dagang melibatkan komoditi utama negara iaitu penghantaran produk sawit ke Israel bagi membantu ekonomi mereka.

Syarikat berpengkalan di Malaysia dan produk komoditi tempatan digunakan bagi membantu ekonomi Israel. Antaranya ialah IOI loaders Crocklaan Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat IOI Group yang merupakan syarikat yang punya kaitan rapat dengan regim penguasa. Mewaholeo Industri Sdn Bhd pula mempunyai alamat perniagaan berdaftar di dalam negara. Walaupun mempunya pegangan asing tetapi ia masih beroperasi sebagai sebuah syarikat tempatan. Ini hanya sebahagian dari banyak syarikat lain yang turut terlibat dalam penghantaran produk sawit tempatan bagi membantu ekonomi Israel.

Menurut laporan dalam laman web RSPO dalam perniagaan sawit IOI disebut dengan jelas punya rantaian perniagaan dengan Felda – Johor Builkers Sdn Bhd. Dengan jelas penghantaran syarikat IOI ini menurut dokumen rasmi kerajaan menyatakan penghantaran terus ke Israel dan untuk syarikat Israel.

Menurut beberapa carian lain pula penghantaran produk sawit Malaysia ke Israel bukan semata untuk pasaran tempatan Israel tetapi sebaliknya telah menjadikan Israel juga menjadi negara pengeluar produk hasil sawit yang diambil dari Malaysia dan diperniagakan semula.

Ternyata dengan pendedahan ini regim penguasa sudah tidak boleh mengelak lagi. Regim cuba menggambarkan kononnya merekalah pejuang sejati isu Israel dan Palesti namun dalam sisi lain regim penguasa inilah menjadi penerus dan pelindung hayat Israel.

Satu lagi pendedahan ialah mengenai beberapa syarikat tempatan (bukti ditunjukkan dalam seidang media) mempunyai sijil halal Israel (Kosher) seperti Jakim. Untuk mendapat sijil halal ini kakitangan (Rabbai) agensi Israel wajib datang dan membuat pemeriksaan kebersihan dan seumpamanya. Ini bermaksud negara secara sedar membenarkan kakitangan Kerajaan Israel beroperasi di Malaysia.

Antara Logo Kosher

Pengeluar Sijil Kosher yang berpengkalan di UK
Pengiktirafan Kosher di Syarikat IOI Group

Kami juga punya bukti bergambar bagaimana hampir setiap kali barangan khususnya makanan untuk dibuat penghantaran pegawai kerajaan Israel pasti berada dalam negara bagi memastikan ‘keselamatan’ dan taraf ‘halal’ barangan tersebut.

Dalam negara terlalu banyak sangat isu seperti kenaikan harga, keselamatan (kes jenayah meningkat), beban pendidikan (pembiayaan pembelajaran) dan banyak lagi, namun kita sudah terlalu banyak menghabiskan masa membincangkan isu Israel – palestin dan Malaysia ini yang sebenarnya masing masing cuba menunjuk hero dengan memutar belit perbagai perkara. Ayuh kita letakkan noktah dalam isu ini. Israel negara haram, regim penguasa dicabar mengambil sikap berani.

Dengan ini SAMM menyarankan mana – mana ahli parlimen yang prihatin dalam isu Israel supaya membentangkan usul seperti dibawah :
· Parlimen meluluskan usul tidak mengiktiraf kewujudan Israel dan menggubal satu undang – undang melarang sebarang bentuk hubungan termasuk hubungan dagang secara lansung mahupun tidak langsung dengan Israel. Undang – undang tersebut juga seharusnya terkandung larangan penggunaan pelabuhan atau sebarang kemudahan negara untuk sebarang bentuk kepentingan yang mempunyai kepentingan Israel.
· Parlimen juga seharusnya meluluskan satu usul mengiktiraf HAMAS atau mana – mana parti politik yang dipilih oleh majoriti rakyat Palestin untuk mentadbir negara mereka.
SAMM juga mencabar semua ahli parlimen Barisan Nasional khususnya Umno untuk sepakat menyokong usul tersebut. Jika tidak sahlah regim penguasa yang mempunyai jumlah majoriti dalam parlimen Malaysia cuma bersikap ‘munafik’ dalam isu menentang Israel ini dan hanya menggunakan isu ini sebagai alat politik domestik semata – mata.

che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
www.anakmudamalaysia.com

UPDATE

Usul MP Bakri - Gesa Haramkan Semua Bentuk Hubungan Dengan Regim Israel dan Iktiraf Hamas

Isu Moral Yang Bakal Menumbangkan Umno Melaka dan SELURUHNYA!! #ABU!!

Usul MP Bakri - Gesa Haramkan Semua Bentuk Hubungan Dengan Regim Israel dan Iktiraf Hamas

Tarikh : 27.03.2012

Tan Sri Tuan Yang Di Pertua
Dewan Rakyat
Parlimen Malaysia

Tan Sri,

Pemberitahuan Usul Di Bawah Peraturan Mesyuarat 18 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat

Dengan segala hormatnya, saya ingin memberikan notis pemberitahuan di bawah Peraturan Mesyuarat P.18 untuk mengemukakan usul seperti berikut:

Dalam ucapan perbahasan Titah DiRaja bertarikh 21 Mac 2012, saya telah mendedahkan mengenai transaksi penjualan hasil sawit negara ke Negara Israel. Ini adalah merupakan lanjutan kepada isu yang sama yang telah saya bangkitkan di dalam Dewan Rakyat pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat bertarikh 17 Oktober 2011. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah menjelaskan bahawa pada tahun 1996, Jemaah Menteri setelah mendapat permohonan daripada beberapa syarikat MNC ataupun syarikat perkilangan yang besar, asing khususnya, supaya dibenarkan diimport bahan-bahan dan komponen untuk dimasukkan dalam produk-produk mereka untuk dieksport semula.

Kini, beberapa dokumen Kastam DiRaja Malaysia telah menunjukkan bahawa terdapat transaksi perdagangan hasil sawit dengan syarikat-syarikat berpengkalan di Israel. Malahan, terdapat juga anugerah pensijilan Kosher yang diberikan kepada syarikat tersebut.

Kerajaan sentiasa berdolak-dalik dalam perkara ini. Kenyataan bahawa Malaysia merupakan antara negara yang paling banyak membantu Palestin namun dalam masa yang sama, menjalin hubungan dagang dengan Israel telah mengelirukan rakyat. Sememangnya diketahui Malaysia tidak menjalin sebarang hubungan diplomatik dengan Negara Israel dan jelas melanggar Akta Kastam Larangan Import Eksport Pindaan 2008.

Isu melibatkan Negara Israel ini telah melangkaui garis agama. Ia merupakan isu kemanusiaan sejagat. Kekejaman rejim ini terhadap rakyat Palestin yang tidak berdosa merupakan satu dosa yang besar terhadap kemanusiaan. Namun, Malaysia terus membiarkan berlakunya perdagangan dengan rejim kejam ini. Selain itu, bagaimana satu rang undang-undang yang telah digubal di Dewan Rakyat dengan sewenang-wenangnya dilanggar oleh Kerajaan.

Dewan Rakyat perlu membuat ketetapan untuk mengharamkan semua bentuk hubungan dengan  Rejim Israel termasuk hubungan perdagangan sama ada secara langsung atau tidak, menggesa Perdana Menteri untuk menarik balik semua keputusan Jemaah Menteri berhubung perdangangan dengan Israel yang telah dibuat pada tahun 1996 dan mengiktiraf kewujudan Hamas atau parti-parti politik yang dilantik secara demokrasi oleh rakyat Palestin

Maka, saya berharap agar usul ini dapat dibahaskan oleh semua Ahli Dewan.


Sekian, terima kasih

Er Teck Hwa
Ahli Parlimen Kawasan Bakri

Hansard Parlimen 26 Mac 2012 - Memang Ada Perdagangan Dengan Israel !!

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed: Yang Berhormat Rembau mencabar supaya Pulau Pinang demi perkara ini menutup beberapa syarikat di Pulau Pinang. Dalam perdagangan inilah realiti dunia global beberapa komponen dibuat di negara lain setengah dibuat di Malaysia. Dalam hal syarikat multi nasional yang saya sebutkan tadi memang syarikat tersebut membeli barangan tersebut daripada Israel. Kerajaan tidak pernah menafikan bahawa ada perdagangan dengan Israel. - Hansard Parlimen 26 Mac 2012

Isu Moral Yang Bakal Menumbangkan Umno Melaka dan SELURUHNYA!! #ABU!!



Tidak ada ulasan yang paling sesuai bilamana seorang YB Umno yang memegang jawatan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Melaka dicekup di dalam sebuah kelab dangdut jam 2.30pagi dengan GRO dan arak yang bergelimpangan - Tumbangnya Kerajaan Umno Melaka!!

Peristiwa songsang serba tidak bermoral ini harus menjadi iktibar terbesar buat rakyat Malaysia amnya dan orang Melaka khususnya untuk menolak parti semunafiq Umno, yang kononnya mendakwa bahawa mereka pejuang Islam. Maka tidak hairanlah seorang PM tergamak menyediakan minuman keras di suatu sudut dalam majlis hari jadinya, ketika kita semua faham majlis tetap meriah tanpa penglibatan entiti ber-alkohol.

Apakah ini yang dimaksudkan Islam moderate yang cuba disampaikan oleh Najib sepertimana ungkapan wasatiyyah ketika membelanjakan hampir setengah juta hanya untuk perbelanjaan pertunangan anaknya? Itu belum kira soal siapa yang bayar. Apa yang kita lihat ini adalah amalan munafiq, seperti dalam isu Israel di mana sebelah tangan mereka kononnya membantah kekejaman Israel manakala sebelah lagi tangan menjalin hubungan dagang yang membantu ekonomi Israel sehingga akhirnya Israel yang sama membedil anak Palestin. Umno Munafiq!

Tidak dilupa bagaimana mereka menafsir akronim ABU sebagai 'Allah Bersama Umno' tetapi apakah Allah bersama gerombolan munafiq?? Yakinlah bahawa dengan moral begini di tahap seorang 'Yang Berhormat' merangkap sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, akronim ABU yang mereka tafsirkan itu lebih sesuai berbunyi 'Allah Binasakan Umno'!

Maka dengan ini, saya mencabar setiap umat melayu yang berugama Islam untuk menolak Umno di atas sifat retorik tahap tertinggi yang diamalkan oleh mereka sejak dulu, kini dan selamanya! Ayuh tinggalkan Umno dan selamatkan negara ini dari semua aspek kerosakkan yang dibawa oleh gerombolan elit legasi pewaris penjajah.

Orang Melaka khususnya, cukuplah lena. Asalkan Bukan Umno, kecapi kemerdekaan sebenar... ABU adalah pilihan terbaik PRU13, selain pilihanjalanraya!

Edyes @edyesdotcom

Solidariti Anak Muda Malaysia

Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, March 26, 2012

Malatop!! SAMM Gegar Parlimen Hari Ini(26Mac) Dedah Butiran Hubungan Dagang M'sia-Israel!!




Kenyataan Terbuka
24 Mac 2011

SAMM KE PERLIMEN DEDAH BUTIRAN DAGANG MALAYSIA BANTU ISRAEL

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada YB Er Teck Hwa, Ahli Parlimen Bakri kerana telah dua kali membawa isu yang dibawa oleh SAMM iaitu membongkarkan hubungan dagang Malaysia membantu Israel ke arah mendesak regim ini segera menghentikanya. Teck Hwa telah bekerjasama dengan SAMM dengan membawa bahan - bahan yang disediakan oleh SAMM ke Parlimen Malaysia.

7 November lepas Teck Hwa telah bangun beberapa kali kerana kegagalan Menteri berkaitan untuk memberi respon mengenai peranan Malaysia selaku negara ke 15 dunia yang bersungguh - sungguh membantu ekeonomi Israel sebagai rakan dagang. Pada persidangan lepas Menteri hanya berselindung disebalik perdagangan berlaku atas kehendak syarikat asing yang melabur dalam negara. 21 Mac lepas di Parlimen Malaysia Teck Hwa sekali lagi membawa isu berkaitan Israel yang dibangkitkan SAMM iaitu hubungan dagang melibatkan sawit Malaysia.

Cuma kali ini sedikit kontroversi apabila berlaku kekeliruan antara Felda dan Felcra. Serentak dengan itu juga berlaku penafian oleh Menteri yang terbabit.

Sehubungan dengan itu SAMM akan tampil ke bangunan Parlimen Malaysia bersama YB Er Teck Hwa dan beberapa ahli parlimen lain akan membuat sidang media di lobi berkenaan perkara ini pada 26 Mac sekitar jam 12.00 tengahari. SAMM akan memperlihatkan dokumen - dokumen asal mengenai hubungan dagang Malaysia - Israel dan membuktikan betapa hipokritnya regim dalam isu memerangi Israel ini.

Sebarang pertanyaan mengenai sidang media tersebut sila hubungi 0176849693 (Anuar, Penyelaras SAMM)

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia.

Saturday, March 24, 2012

Bagaimana SPR Menipu di Perak? MSK Dedahkan Modus Operandi SPR Untuk Pertahan BN!!




Dalam PRU 1999, orang Melayu lari meninggalkan Umno dan BN kerana kes Anwar. Terengganu terlepas ketangan PAS manakala Kelantan terus kukuh. Di Kedah, majoriti 2/3 dapat dihapuskan…tapi UBN masih dapat mengekalkan Putrajaya kerana undi orang Cina dan India. Cina, India dan SPR menjadi talian hayat kepada Umno.

Selepas 1999, Umno tak percaya kat Melayu. Melayu tak boleh diharap…dan untuk mengekalkan kuasa, maka UBN menggunakan SPR untuk mengubah sempadan pilihanraya. Sempadan pilihanraya dimanipulasi dengan memastikan dalam setiap kawasan Parlimen atau DUN, mesti ada peratus-peratus tertentu undi Cina dan India.

PRU 2004..Umno dan BN menang besar. Tapi masa tu mungkin kerana faktor Pak Lah. Lagi pun Mahathir yang dibenci oleh orang Melayu dah berundur.

Nasib Pak Lah tak baik sebab isteri tersayang meninggal dunia..dan bila dapat bini baru..selalu la kerja overtime. Akibatnya, Pak Lah selalu tertidur dalam waktu kerja.

Bila tiba PRU 2008, keadaan menjadi terbalik. Orang Cina dan India yang dianggap fixed-deposit bagi BN sudah berubah angin. Akibatnya, BN kehilangan lima negeri. Satu negeri berjaya dirampas balik dengan tipu helah.

Tapi sekarang tak sama macam 1999. Lepas tahun 1999, Bn masih boleh mengubah sempadan pilihanraya dan menambah kerusi kerana depa masih lagi menguasai 2/3 Parlimen. Sekarang tak boleh! Undi Cina dan India pun sudah tidak boleh diharap.

Hanya satu talian hayat yang tinggal yang boleh digunakan oleh Umno dan BN iaitu SPR.

Selepas PRU 2008, SPr duduk termenung memikirkan apa nak buat untuk memastikan UBN terus berkuasa. Sapa yang fikir SPR adalah badan bebas untuk mengendalikan pilihanraya…mereka tergolong dalam kalangan orang-orang yang bangang. SPR diwujudkan untuk memastikan BN terus berkuasa.

Nak tambah kerusi tak boleh. Nak ubah sempadan tak boleh. Tapi ada satu perkara yang boleh dibuat oleh SPR iaitu “Belah bahagi kawasan”.

Benda ini dibuat sejak Jun 2009. Kalau dulu pengundi dipindahkan..sekarang lokaliti dipindahkan. Contohnya, kalau dulu lokaliti Taman Anggerik termasuk dalam Parlimen Kuala Kangsar, sekarang Taman Anggerik sudah berada dalam Parlimen Padang Rengas.

SPR tak pindah pengundi..tapi bila lokaliti dipindahkan, maka secara otomatik pengundi-pengundi “terpindah”. oleh kerana lokaliti yang dipindahkan, maka pertambahan dan pengurangan pengundi tidak dimaklumkan dalam Daftar Pemilih Tambahan. Akibatnya, ramai la orang parti yang tak tau. Tup-tup..bila ada Pilihanraya Kecil..baru terpinga-pinga, “macam mana 14,000 pengundi sudah dipindahkan?”. Masa tu tak payah cakap dah..sebab bila tiba pilihanraya, apa yang SPR cakap adalah wahyu. Tak boleh dipertikaikan. Nak bising…bawa ke mahkamah. Tapi nak buat apa? pilihanraya dah habih.

Sapa yang nak pantau apa yang SPR buat? Nak harap parti-parti politik..aku tak harap. Dulu Khalid Ibrahim pernah mengumumkan peruntukan sejuta ringgit untuk memantau SPR. apa yang dibuat dengan duit tu aku tak tau la…tapi bila nama Khalid Ibrahim sendiri kena pindah..baru ada akai!!

SPR kata, apa yang depa buat ialah untuk menyelaraskan peta SPR dengan peta rasmi negara. Hei..SPR boleh bagi macam-macam jawapan. SPR juga kata “…menteri besar Selangor telah didaftarkan sebagai pengundi di Jalan 16/2 di Seksyen 16, Petaling Jaya, yang telah tersilap dimasukkan sebagai sebahagian daripada kawasan Petaling Jaya Selatan sebelum pembetulan sempadan itu dibuat.”

Nak terima atau tidak jawapan SPR tu? Kalau tak mau terima..nak buat apa?

Aku boleh terima la jawapan SPR tu sebab masa SPR buat belah bahagi kawasan dulu pun hangpa buat tak tau. Aku cakap pun bukan hangpa nak dengaq.

Macam mana dengan kes yang ini pulak? Ini cuma satu contoh.

Dalam PRU 2008, seramai 308 pengundi pos yang terdiri dari anggota polis dari IPD Teluk Intan mengundi dalam DUN Pasir Bedamar…manakala hanya 4 anggota polis yang mengundi secara pos dalam DUN Changkat Jong.

Dalam PRU tersebut, DUN Pasir Bedamar dimenangi oleh DAP dengan majoriti 7914 undi..manakala DUN Changkat Jong dimenangi oleh PAS dengan majoriti 899 undi.

Kalau hangpa jadi orang Umno..apa yang hangpa nak suruh SPR buat?

DUN Pasir Bedamar tu mampuih pi la. Susah nak dapat balik. Tapi..daripada membazirkan undi di Pasir Bedamar..mengapa tidak dipindahkan pengundi yang dah gerenti mengundi BN ke Changkat Jong? BN hanya perlukan 450 undi baru untuk mengalahkan PAS!!

Tapi kalau dipindahkan terus macam tu saja..nanti orang Pas tau pulak!! Jadi kena buat diam-diam. Dan yang paling selamat dipindahkan ilah undi Pos.

Langkah pertama ialah dengan menukarkan nombor kad pengenalan polis. Pasai apa ditukar..yang tu toksah risau..jawapan boleh dicipta.

Pada akhir 2009, nombor-nombor anggota polis sudah siap ditukar didalam daftar pemilih. Masa tu orang tak perasan..sebab sapa yang nak check satu persatu?

Masuk tahun 2010, pengundi pos yang terdiri dari anggota polis IPD Teluk intan ini ditukar ke DUN Changkat Jong. Tiba-tiba saja DUN Changkat jong mendapat 107 pengundi pos yang baru. Mai dari mana? Bukan ada balai polis baru!

Check punya check..tengok-tengok anggota polis kat IPD Teluk Intan ditukarkan dari DUN Pasir Bedamar ke DUN Changkat Jong. Yang ni SPR nak cakap apa?

Pembacaan seterusnya klik di sini - Terdapat beberapa gambarajah penting untuk rujukan!

Edyes yakin inilah juga modus operandi yang digunakan oleh SPR untuk merampas semula Terengganu dari PAS pada 2004, dan juga lebih penting - untuk merampas semula negeri Selangor dari Pakatan Rakyat.

Antara kesamaan yang jelas ialah, jumlah pertambahan pengundi baru di DUN yang dimenangi Pakatan Rakyat adalah jauh lebih tinggi. Tetapi bukan sembrono, pertambahan pengundi baru yang besar hanya di DUN yang dimenangi oleh PAS dan PKR sahaja, manakala yang dimenangi DAP tidak dipeduli.

Sebenarnya inilah fenomena yang berlaku di seluruh negara! Hanya SPR sahaja yang menjadi talian hayat kepada Umno untuk kekal berkuasa. Perkara ini diakui sendiri oleh bekas pengerusi SPR dalam satu wancana debat di Kelantan Januari lalu. Tan Sri Abdul Rashid membuat pengakuan bahawa ada tangan-tangan ghaib yang mengawal tindak-tanduk SPR sedangkan beliau sudah cuba untuk bertindak telus ketika menjadi pengerusi SPR.

Saudara dan saudari sekalian, mohon semua khatam wancana debat di bawah dan lihatlah bagaimana teruknya sistem pilihanraya kita dicemari;


Justeru itu, dengan pendedahan MSK di Perak dan kecelaruan senarai pengundi di seluruh negara, maka kita tidak harus berdiam diri membiarkan ibu pertiwi diperkosa semahunya!! Demokrasi yang dinafikan ini akan dibalas dengan demonstrasi besar-besaran!! 

Kali ini perhimpunan rakyat akan berlangsung tanpa sebarang rundingan lagi!! Peluang sudah acap kali diberi, BERSIH1.0 dan BERSIH2.0 adalah protes rakyat untuk membersihkan sistem pilihanraya. Namun respon pihak kerajaan terutamanya dari aspek kesungguhan SPR melangsai 8 tuntutan adalah sangat tidak boleh diharapkan. Maka hadir BERSIH3.0 tanpa syarat dan rundingan!! 

TARIKH YANG DISEBUT-SEBUT : 28 APRIL 2012
SARASAN YANG DISEBUT-SEBUT: DATARAN MERDEKA

Demi rakyat!! Demi sayangkan negara!! Kita turun BERSIH 3.0 !!!

EDYES
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Thursday, March 22, 2012

SPR Akan Terus Menipu Dalam PRU13!! Siap Sedia Untuk #BERSIH3.0!!



Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan dakwaan pembangkang mengenai bagaimana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah melakukan "penipuan besar-besaran" dalam memanipulasi daftar pengundi.

NONE"Saya akan buktikannya dan memberi contoh khusus," kata Anwar (kanan) dalam satu sidang media di lobi parlimen.

Beliau kemudian menunjukkan satu cetakancarian pengundi SPR untuk menunjukkan bagaimana pengundi dengan nama dan nombor kad pengenalan yang didaftarkan di Pulai, Johor didaftarkan semula sebagai pengundi baru di Pekan, Pahang.

Mengenai bagaimana ianya dilakukan, Anwar mendakwa, jika mereka memasuki data yang sama, komputer akan menolaknya, lalu mereka menambah tanda pangkah (/) selepas nombor kad pengenalan dalam pendaftaran baru.



TARIKH YANG DISEBUT-SEBUT : 28 APRIL 2012 

SASARAN YANG DISEBUT-SEBUT : DATARAN MERDEKA

Semboyan sudah berbunyi!! Bersedia semua, pastikan anda sepercuma yang boleh pada tarikh di atas! Kepada yang bercadang untuk nikah-kahwin pada tarikh di atas, sila awalkan atau tangguhkan... 

Demi maruah ibu pertiwi, negara kita sedang dirancang untuk dirogol buat kesekian kalinya!!! Demokrasinya hancur dan terus dihancurkan!!!

Tiada tapo-tapi lagi, ayuh mula bersenam sekarang!! ayuh mula mencari stamina sekarang!! Pastikan fizikal dan mental bersedia!!

Hidup-Hidup!! Hidup Rakyat!! BERSIH-BERSIH Pilihanraya!!!



Dr. Hassan Ali : SELURUHNYA !





Wednesday, March 21, 2012

Najib Arah Hakim Beri Kemenangan Kepada FELDA ? Apalah Nasib Peneroka...




Suatu ketika dahulu, seorang bekas Ketua Hakim Negara pernah mendedahkan bahawa Tun M seorang Perdana Menteri yang selalu campur tangan dalam urusan kehakiman negara. Kali ini Najib Razak pula dilihat mengsahihkan dakwaan belakang tabir tersebut. 

Felda yang dipimpin oleh seorang bekas pesalah rasuah, sejak kebelakangan ini berdepan ratusan saman daripada peneroka berkenaan kes dakwaan penipuan kadar perahan minyak atau OER. Kemenangan peneroka Felda Kemahang 3 di Kelantan yang menang di mahkamah berhubung tuntutan kadar perahan gred menjadi precedent case yang merunsingkan bukan sahaja pihak Felda, tetapi pihak kerajaan secara keseluruhannya.

Antara kes yang dirujuk itu membabitkan tuntutan mahkamah yang difailkan oleh 766 peneroka dari Serting Hilir dan penempatan Felda Raja Alias terhadap Felda, di Mahkamah Tinggi Seremban dan satu lagi saman oleh 645 peneroka dari penempatan Felda Maokil, yang difailkan di Mahkamah Tinggi Johor Bharu. Manakala 77 orang peneroka dari Felda Kerteh 1 dan 2, Dungun Terengganu juga telah memfailkan saman terhadap Felda di mahkamah Tinggi Kuala Terengganu. 

Jumlah peneroka yang beratur untuk menyaman penipuan Felda bertambah ke beberapa gugusan termasuklah Gugusan Ayer Tawar, Sungai Koyan dan Gugusan Jengka. Jumlah saman peneroka yang bertambah ini memberi kesan yang besar terhadap kredibiliti Felda kononnya sebagai pembela bangsa melayu dan seterusnya menyebabkan kejatuhan undi deposit Bn melibatkan sebanyak 54 kawasan parlimen dan 92 DUN mempunyai tanah rancangan Felda. Tidak mustahil peneroka yang dianiaya berpuluh tahun ini akan beralih arah.

Justeru itu, untuk menghadapi saman dari ribuan peneroka Felda selain memperbetulkan persepsi terhadap kredibiliti Felda, kerajaan Umno didakwa cuba untuk mempengaruhi hakim yang membicarakan kes-kes yang membabitkan Felda. Ia berasaskan minit mesyuarat Felda yang dipengerusikan oleh Najib Abdul Razak yang diadakan di bangunan Parlimen pada 27 Jun tahun lalu. Apa arahan Najib?  
"Pastikan Felda memenang kes ini supaya tidak menjejaskan kes-kes seterusnya"
Ini adalah bukti campurtangan kerajaan dalam menentukan keputusan mahkamah. Arahan Najib seperti terkandung dalam laporan di atas menunjukkan campur tangan secara jelas pihak eksekutif dalam badan kahakiman negara. Oleh demikian, bagaimana mungkin kita mempercayai institusi kehakiman negara jika pendedahan seperti ini tidak diendahkan?

Di bawah ini edyes bawakan kepada anda apa yang terbuku di hati seorang anak peneroka Felda, buat tatapan anda semua;

Tujuan Tun A Razak buat Felda ialah utk beri tanah secara sewa beli kpd ORANG MELAYU, ISLAM, MISKIN, TAK BERTANAH sebaik mereka melunaskan Bayaran Kembali (BK) dalam tempoh 20-25 tahun. Dah langsai hutang geran pulak tak keluar. Tanam semula melalui Felda akan memberi hutang baru kpd peneroka. NAK RANTAI PENEROKA SAMPAI KIAMAT KE?

Tipu grading, tipu buah, tipu minyak busuk, tipu minyak isirung. Sepatutnya peneroka Felda semua dah jadi jutawan di Malaysia dgn keluasan 10-12 ekar tanah sorang. UMNO balun cukup2. makan duit haram betul.

Kadar Perahan Grade (KPG / OER) di Ladang & Kilang FELDA Purata 18% & Below = Grade C hampir di semua Tanah Rancangan Felda. KPG 21% & Above = Grade A yg sepatutnya diperolehi oleh peneroka dinafikan. M’sian KPG Average 22%. Beza kalau 3% bermakna peneroka kerugian sbnyk RM50X3 X 112000 = RM16.8 juta/sebulan dirompak drp peneroka. Bil peneroka 112000 kecuali Penang, WP dan Sarawak. 

Minyak busuk/ minyak hitam/ mendapan pula : Setiap kilang ada 1 Kolam Mendap. Setiap minggu 5-6 Lori Dtg Sedut. Jika 1 liter =10 Sen, 1 Kolam = ? Tiada laporan. Tiada Audit! Pendapatan Cecah RM juta/setahun ! Minyak ini banyak di ekspot ke Indonesia utk hasilkan sabun, margerin dsb. PEROMPAK!!!

Setiap tan buah antara (90-100 biji) sekurang2 30 biji buah reject dgn alasan mengkal, muda dll. Buah reject sebenarnya diambil dan diproses juga bukan ditinggalkan diladang. Jika petik buah muda kena denda lagi. Ini cerita buah. memang diperbodohkan habis2 peneroka termasuk keluarga aku.

Dalam tempurung kelapa sawit ada isirung yg mampu menghasilkan minyak yg berkualiti tinggi. Pernahkah peneroka mendapat hasilnya walau sesen? Sapa yg sapu hasil2 semua ni?   
Wahai peneroka Felda, anda semua adalah wira bangsa yang banyak berjasa terutamanya dalam sudut menyumbang ekonomi berbentuk komoditi kepada kerajaan Malaysia. Anda semua peneroka Felda sepatutnya ditatang bagai minyak yang penuh oleh Felda dan Kerajaan Malaysia, namun semua jasa peneroka Felda dibalas dengan penipuan. 

Lebih malang, pendedahan hari ini menunjukkan penipuan itu bukan sedikit malah di pertarungan mahkamah antara peneroka dan Felda juga terdapat campurtangan yang akhirnya akan memberi kecelakaan kepada peneroka Felda.

Kepada pembaca budiman, pastikan tulisan ini sampai ke seluruh peneroka berjumlah 112,635 ribu orang, serta generasi kedua dan ketiga yang sudah boleh membuang undi. Pastikan generasi peneroka Felda celik dengan maklumat betapa mereka ditipu hidup dan mati! 

Kepada penyokong Umno yang mula sangsi, cukuplah tersesat dan marilah berjuang dalam gerakkan massa ABU. Kepada penyokong Umno tegar, teruskan sesat, kami sudah cuba membantu dengan maklumat yang utuh. 

Kepada Rakyat Malaysia, Ayuh tumbangkan kerajaan zalim lagi penipu, perasuah, penyeleweng, peragut dan pembunuh secara halus, dengan slogan rakyat - Asalkan Bukan Umno. ABU pilihan terbaik PRU13. 

"Perjuangan Adalah Perlaksanaan Kata-Kata"


EDYES @edyesdotcom
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
www.anakmudamalaysia.com

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan