Monday, January 30, 2012

Gambar Terbaik Pelancaran Kempen #AsalkanBukanUmno #ABU Peringkat N.Sembilan




Antara kata-kata Khalid Samad dalam pidatonya

"Kempen ABU kini menjadi perhatian dan ikutan buat seluruh rakyat demi menyelamatkan negara"

Asalkan Bukan Umno - Malaysia Selamat!!

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, January 29, 2012

Adam Adli Muncul di Bandar Sri Permaisuri Malam Ini (29/1) - Pentas Anak Muda Mahasiswa



Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Wilayah Persekutuan Mempersembahkan;

Siri Penerangan Isu Semasa : Pentas Anak Muda Mahasiswa

Tarikh : 29hb Jan 2012

Hari : Ahad

Masa : 9.00 malam (ini)

Tempat : Dewan Pak Mustafa (atas Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak),
Landmark - Masjid Najihin / Nasi kandar Kayu / Q Bistro

Pemidato : Adam Adli / Safwan Anang/ Khalid Ismath / Wan Farel (Penyelaras Segmentasi Mahasiswa SAMM) / Siti Aishah Shaikh Ismail Ketua Serikandi PKR

Penganjur : Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak / SAMM Wilayah Persekutuan

Semua di jemput hadir.

Diselitkan juga di bawah kenyataan SAMM dalam isu Autonomi tanpa pemansuhan AUKU.




Kenyataan Umum
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
27 Januari 2012

Autonomi Dengan AUKU Umpama Kereta Tanpa Enjin

Semalam Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan bahawa lima Institusi Pengajian Tinggi Awam - Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia and Universiti Teknologi Malaysia – akan diberikan autonomi. Walaubagaimanapun langkah ini tidak bermakna sekiranya Akta Universiti dan Kolej Universiti yang mencengkam kebebasan universiti masih berkuatkuasa.

Selama ini AUKU telah terbukti sebagai penghalang utama autonomi universiti dan kebebasan akademik. Keputusan kerajaan untuk meminda Seksyen 15 AUKU tidak membawa sebarang makna memandangkan pindaan ini tidak mengatasi budaya ketakutan dan pemusatan kuasa yang telah yang disebarkan oleh AUKU selama ini. Mahasiswa, masyarakat sivil dan pihak pembangkang telah secara konsisten menyatakan pendirian ini tetapi hanya selepas ditempelak mahkamah sendiri dalam keputusan UKM 4 barulah pihak kerajaan menerima hujah ini.

Kami juga masih menunggu jawatankuasa dwi-parti yang diumumkan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah untuk menjadi realiti. Jawatankuasa tersebut, sekiranya menjadi realiti – akan meneliti akta alternatif kepada AUKU yang telah dicadangkan oleh pimpinan mahasiswa pada 2008.

Kewujudan AUKU (akta 174 dan akta 555) sendiri telah diwujudkan dengan semangat ingin mengekang aktivisma di kalangan mahasiswa dan kakitangan akedemik di IPTA dan IPTS. Maka atas semangat ingin melihat IPT menjadi tempat melahirkan modal insan, maka undang-undang yang wujud atas semangat mengongkong ini seharusnya bukan dipinda tetapi dimansuhkan terus. 

SAMM bertegas supaya undang-undang AUKU yang bersifat draconian terhadap mahasiswa serta merencat kebolehan sebenar mahasiswa ini harus ditamatkan segera tanpa berdolak-dalik.

SAMM melihat pengumuman pemberian autonomi semalam oleh Menteri hanya bersifat retorik semata-mata, apa erti autonomi universiti jika AUKU terus berkuat-kuasa ? Autonomi IPT dengan AUKU masih beroperasi memenjara hanyalah ibarat memberikan kereta tanpa injin. Hiasan kosmetik bagi meredakan luapan amarah mahasiswa.

Pada masa yang sama, SAMM turut kesal dengan keputusan Kolej Universiti Insaniah Kedah (KUIN) untuk menggunakan AUKU terhadap lima mahasiswanya. Sedarlah tindakan di KUIN akan memberikan impak negatif kepada PR secara keseluruhan apabila dilihat tidak mampu mengotakan janji yang telah dibukukan (Buku Jingga) selain akan memberikan persepsi cakap tak serupa bikin. Tindakan di KUIN umpama mensabotaj kempen buku jingga PR yang antaranya memberikan tumpuan kebebasan akedemik, menjamin aktivisma pelajar dan pemansuhan AUKU.

Kami berharap keadilan akan tertegak di dalam kes ini dan semua negeri-negeri Pakatan harus menunjukkan komitmen mereka menentang AUKU dengan tidak membenarkan peristiwa tersebut berulang. Kita telah berjuang sekian lama untuk menentang ketidakadilan tersebut.

Dalam kesempatan ini juga, SAMM ingin memaklumkan sebuah program Pentas Anak Muda anjuran bersama SAMM Wilayah dan Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak. Pentas turut menampilkan ramai mahasiswa termasuklah Adam Adli, Safwan Anang, Khalid Ismath, Yuyu Luna, wakil anak muda SAMM dan penampilan Srikandi Keadilan untuk menyampaikan pidato menggegar rostrum. 

Program tersebut jatuh pada 29 Januari (Ahad) bertempat di Dewan Pak Mustafa, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak bermula jam 8.30 malam. Semua dijemput hadir termasuk pengamal media.


Wan Farrel
Penyelaras Segmentasi Mahasiswa SAMM Kebangsaan
www.anakmudamalaysia.com

Saturday, January 28, 2012

Pelancaran #ABU Peringkat N.S Dikunjungi Anasir Pengacau!!?

Ketika ini program baru nak bermula, namun didapati seolah-olah akan ada kekacauan yang bakal berlaku seperti mana peristiwa di jalan Kebun baru-baru ini.


Sekumpulan budak-budak berseragam baju biru putih (suspek) menanti diluar kawasan ceramah Pelancaran #ABU peringkat Negeri Sembilan di Bandar S'ban Selatan. Tidak dapat dipastikan siapakah gerangan mereka nie.


Jika ingin bikin kacau, Komrad SAMM sudah sedia menghadapi sebarang kemungkinan! Jelas dan terbukti kempen Asalkan Bukan Umno atau singkatannya ABU, memberi impak yang besar kepada Umno sehingga mereka sanggup mengarahkan budak-budak belasan tahun mengganggu majlis. Umno dan BN merosakkan anak muda negara.


Semoga program kali ini dapat diteruskan hingga ke akhirnya. Semangat ABU akan menjalar ke seluruh negara!!


Edyes

Pengarah Propaganda SAMM


Published with Blogger-droid v2.0.4

SKMM Harus Hentikan Segera Sikap Dwi-Standard Dan Pulangkan Barang Rampasan



Kenyataan Umum
Solidariti Anak Muda Malaysia
28 Januari 2012

SKMM Harus Hentikan Segera Sikap Dwi-Standard Dan Pulangkan Barang Rampasan

Seorang demi seorang blogger Pakatan Rakyat diheret ke Balai Polis dan bakal di'mahkamah'kan. Itulah kerja pantas SKMM dan pihak polis, memberkas hanya blogger-blogger yang selama ini menjadi nadi penting kepada Pakatan Rakyat. 

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengecam keras sikap SKMM yang telah menahan saudara Faizal pemilik blog Pulakdah.blogspot.com. Tindakan SKMM membuat serbuan ke rumah beliau dan merampas barang-peribadi beliau termasuk dua laptop, dua desktop, sebuah handphone dan sebuah modem adalah satu tindakan yang biadap. Ini jelas satu cubaan melumpuhkan terus aktiviti blog pulakdah.blogspot yang banyak membuat pendedahan terhadap kepincangan kerajaan pemerintah. Blog Pulakdah juga merupakan antara blog ranking tertinggi dari kalangan blog Pakatan Rakyat.

Pihak SKMM dan Polis begitu pantas bertindak ke atas 'gagasan resistance cyber' Pakatan Rakyat, tetapi tidak bertindak sewajarnya terhadap blogger-blogger yang pro Umno dan kerajaan pusat. Sebelum ini bertimbun-timbun fitnah yang dilempar oleh blogger cybertrooper Umno dan ia termasuklah penghinaan terhadap mahkamah dalam isu pembebasan Anwar Ibrahim. Namun tiada tindakkan susulan daripada pihak SKMM dan polis walaupun terdapat berpuluh laporan polis dibuat.

Apa asas kukuh yang SKMM mengenai serbuan ini? bahkan sebelum ini laporan polis juga telah dibuat oleh SAMM P.Pinang buat terhadap pemilik blog papagomo mengenai kenyataan biadap beliau termasuk menghina dan maki hamun terhadap hakim Datuk Zabidin setelah keputusan tidak bersalah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di sini memperlihatkan sikap dwi standard SKMM dalam mengambil tindakan terhadap sesuatu laporan yang dibuat. Amalan sikap 'double standard' pihak SKMM dan juga pihak berkuasa tidak keterlaluan jika kita katakan mereka adalah sebahagian dari Umno dan BN.

SAMM juga dimaklumkan, SKMM telah menyerbu rumah ibu bapa Saudara Faizal semata-mata ingin menakut-nakutkan beliau dan perkara ini telah menyebabkan trauma kepada seluruh ahli keluarga mereka.

SAMM bertegas mahukan pihak SKMM menyerahkan semula semua barang yang dirampas milik Saudara Faizal yang dibeli dari hasil keringat individu. 

Seterusnya SAMM menggesa menghentikan siasatan dwi standard ini supaya SKMM tidak dilihat sebagai alat untuk mempertahankan regim yang zalim kepada rakyat lantas menguatkan lagi hujah betapa negara ini sangat terdedah dengan undang-undang ala 'draconian'!

Dalam kesempatan yang sama, gerakan anak muda SAMM menyeru kepada rakan blogger yang lain untuk terus berjuang dan bersama menghulurkan apa jua bentuk bantuan ke atas mangsa kezaliman pemerintah kuku besi. Para peguam pendokong Pakatan Rakyat juga dialu-alukan untuk membantu dari aspek keperluan undang-undang.


EDY NOOR REDUAN (EDYES)
Pengarah Propaganda SAMM
www.anakmudamalaysia.com



Pelancaran #ABU Peringkat N.S Malam Ini (28Jan) !! Dapatkan Juga T-Shirt ABU Malam Ini!!





MALAM INI DI SEREMBAN
Jemputan ke pelancaran
kempen #AsalkanBukanUmno (ABU)
peringkat Negeri Sembilan..
"Bebaskan Diri Anda Dari Pewaris Penjajah"

Tarikh: 28 JANUARY 2012 (Sabtu)
Time: 8.30PM

Tempat:

MARKAS PAS, PASTI HASANAH,
101, JALAN BSS 1/3,
BANDAR SEREMBAN SELATAN, FASA 1,
71450 SUNGAI GADUT,
NEGERI SEMBILAN


Semua dijemput hadir !

Saudara boleh dapatkan juga pelbagai koleksi T-Shirt Asalkan Bukan Umno malam ini di tapak program!!





Friday, January 27, 2012

Autonomi Dengan AUKU Umpama Kereta Tanpa Enjin



Kenyataan Umum
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
27 Januari 2012

Autonomi Dengan AUKU Umpama Kereta Tanpa Enjin

Semalam Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan bahawa lima Institusi Pengajian Tinggi Awam - Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia and Universiti Teknologi Malaysia – akan diberikan autonomi. Walaubagaimanapun langkah ini tidak bermakna sekiranya Akta Universiti dan Kolej Universiti yang mencengkam kebebasan universiti masih berkuatkuasa.

Selama ini AUKU telah terbukti sebagai penghalang utama autonomi universiti dan kebebasan akademik. Keputusan kerajaan untuk meminda Seksyen 15 AUKU tidak membawa sebarang makna memandangkan pindaan ini tidak mengatasi budaya ketakutan dan pemusatan kuasa yang telah yang disebarkan oleh AUKU selama ini. Mahasiswa, masyarakat sivil dan pihak pembangkang telah secara konsisten menyatakan pendirian ini tetapi hanya selepas ditempelak mahkamah sendiri dalam keputusan UKM 4 barulah pihak kerajaan menerima hujah ini.

Kami juga masih menunggu jawatankuasa dwi-parti yang diumumkan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah untuk menjadi realiti. Jawatankuasa tersebut, sekiranya menjadi realiti – akan meneliti akta alternatif kepada AUKU yang telah dicadangkan oleh pimpinan mahasiswa pada 2008.

Kewujudan AUKU (akta 174 dan akta 555) sendiri telah diwujudkan dengan semangat ingin mengekang aktivisma di kalangan mahasiswa dan kakitangan akedemik di IPTA dan IPTS. Maka atas semangat ingin melihat IPT menjadi tempat melahirkan modal insan, maka undang-undang yang wujud atas semangat mengongkong ini seharusnya bukan dipinda tetapi dimansuhkan terus. 

SAMM bertegas supaya undang-undang AUKU yang bersifat draconian terhadap mahasiswa serta merencat kebolehan sebenar mahasiswa ini harus ditamatkan segera tanpa berdolak-dalik.

SAMM melihat pengumuman pemberian autonomi semalam oleh Menteri hanya bersifat retorik semata-mata, apa erti autonomi universiti jika AUKU terus berkuat-kuasa ? Autonomi IPT dengan AUKU masih beroperasi memenjara hanyalah ibarat memberikan kereta tanpa injin. Hiasan kosmetik bagi meredakan luapan amarah mahasiswa.

Pada masa yang sama, SAMM turut kesal dengan keputusan Kolej Universiti Insaniah Kedah (KUIN) untuk menggunakan AUKU terhadap lima mahasiswanya. Sedarlah tindakan di KUIN akan memberikan impak negatif kepada PR secara keseluruhan apabila dilihat tidak mampu mengotakan janji yang telah dibukukan (Buku Jingga) selain akan memberikan persepsi cakap tak serupa bikin. Tindakan di KUIN umpama mensabotaj kempen buku jingga PR yang antaranya memberikan tumpuan kebebasan akedemik, menjamin aktivisma pelajar dan pemansuhan AUKU.

Kami berharap keadilan akan tertegak di dalam kes ini dan semua negeri-negeri Pakatan harus menunjukkan komitmen mereka menentang AUKU dengan tidak membenarkan peristiwa tersebut berulang. Kita telah berjuang sekian lama untuk menentang ketidakadilan tersebut.

Dalam kesempatan ini juga, SAMM ingin memaklumkan sebuah program Pentas Anak Muda anjuran bersama SAMM Wilayah dan Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak. Pentas turut menampilkan ramai mahasiswa termasuklah Adam Adli, Safwan Anang, Khalid Ismath, Yuyu Luna, wakil anak muda SAMM dan penampilan Srikandi Keadilan untuk menyampaikan pidato menggegar rostrum. 

Program tersebut jatuh pada 29 Januari (Ahad) bertempat di Dewan Pak Mustafa, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak bermula jam 8.30 malam. Semua dijemput hadir termasuk pengamal media.


Wan Farrel
Penyelaras Segmentasi Mahasiswa SAMM Kebangsaan
www.anakmudamalaysia.com

ABU Bukan Organisasi dan Tidak Ada Ketua - ABU Milik Rakyat !




Kenyataan Terbuka
Solidariti Anak Muda Malaysia
27 Januari 2012

ABU MILIK RAKYAT

Seminggu ini ABU atau Asalkan Bukan Umno telah menjadi perhatian. Bermula dengan insiden serangan bersifat perkauman terhadap Ceramah ABU di Dewan MBSA, Seksyen 30, Kg Jalan Kebun, Shah Alam sehinggalah kenyataan terbuka oleh S.Jayathas yang selepas itu diketahui bertindak atas arahan P. Utayakumar yang merupakan pimpinan Hindraf yang telah menubuhkan sebuah parti politik yang dikenali sebagai Parti Hak Asasi Manusia Malaysia.

Ditegaskan sejak awal ABU bukan sebuah organisasi atau jauh lagi sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan. ABU ialah mewakili sentimen rakyat yang kecewa dan sedar dengan hakikat banyak masalah negara ini berpunca dari sebuah parti yang dicipta oleh penjajah iaitu United Malay National organisation (Umno). Seingat kami sentimen ABU ini mula wujud sekitar tahun 1998 selepas pemecatan DSAI dan kemudian diporpularkan oleh Hishamuddin Rais melalui blog Tukar Tiub miliknya.

Namun bermula beberapa bulan lepas beberapa organisasi seperti SAMM, SABM, PSM, PRM dan banyak lagi, juga tidak ketinggalan beberapa organisasi mahasiswa serta aktivis-aktivis masyarakat yang bergerak sendirian telah bergabung dan bersetuju menghidupkan kempen ABU untuk menjadikan ia sentimen nasional dalam menyatukan kekuatan rakyat demi menumbangkan Umno dan Barisan nasional khususnya dalam PRU akan datang.

Kempen ABU ini menggariskan 3 perkara kenapa perlu rakyat menolak Umno iaitu

  • Isu sentimen perkauman melampau yang dibawa oleh Umno telah menggagalkan penyatuan rakyat juga sebagai senjata untuk mengalihkan isu apabila satu isu besar muncul dalam negara.
  • Isu Lynas diangkat kerana isu ini menunjukkan ketidak pedulian Umno terhadap suara rakyat sanggup memperjudikan nyawa rakyat demi projek menguntungkan pihak tertentu. Isu ini juga berkait rapat dengan pembaziran, rasuah yang menghilangkan hasil petroleum negara sehingga negara terpaksa mencari industri tenaga baru bagi menggantikan petroleum.
  • Isu harga barang yang melampau dan jelas regim gagal mengawal harga barang hingga menyebabkan rakyat kian menderita.
Isu - isu ini diangkat kerana ia isu yang dekat dan mudah difahami oleh rakyat. Isu ini juga bersifat fundimental dan dikongsi oleh semua gerakan progresif. Maka dengan isu ini diharapkan dapat menyatukan semua gerakan progresif dan secara tidak lansung mengenepikan isu perbezaan yang tidak menguntungkan gerakan. Selain itu isu seperti keadilan asas dan sistem perundangan juga menjadi tumpuan.

Telah dipersetujui ABU tidak akan punya struktur tetapi hanya penggerak terdiri dari organisasi atau individu sekutu yang bersama dengan sentimen ABU. Maka tidak ada ketua cuma yang ada kemungkinan penyelaras berdasarkan keperluan program. ABU tidak ada hak cipta semua orang boleh bergerak atas ABU tetapi jika bersekutu bersama impaknya akan lebih berkesan.

ABU bukan milik sesiapa. Semua orang boleh buat t-shirt ABU atau apa sahaja bahan mempromosi ABU tanpa izin sesiapa. ABU milik rakyat.

Menyentuh mengenai Hindraf yang kononya menarik sokongan dari ABU dan kemudian dinafikan oleh Penyelaras Kebangsaannya Sambulinggam dan pimpinan dalam buangannya Waythamoorthy yang menyatakan Hindraf terus bersama ABU dan semua pihak yang menentang Umno dan Barisan Nasional. Menurut mereka kenyataan tidak bersama ABU itu cuma pendapat peribadi Uthayakumar.

Bagi SAMM yang menjadi sekutu bersama ABU kami tidak berminat dengan apa yang jadi dalam mana - mana organisasi. Tanpa atau bersama Hindraf, sentimen ABU akan terus bergerak dan terlekat dihati rakyat. Namun kami amat mengalukan Hindraf atau mana - mana organisasi atau individu yang berkongsi sentimen ini dan bergerak bersama kerana penyatuan kekuatan merupakan kelebihan dalam gerakan menumbangkan regim yang ditunjangi Umno.

Terbaru juga komen Wan Farel, Penyelaras Segmentasi Mahasiswa dalam isu melibatkan KUIN di Kedah yang sedikit dilihat menyerang Menteri Besar PR Kedah yang kemungkinan dilihat agak kontradik dengan kempen ABU yang didokong SAMM. SAMM secara penuh menyokong kenyataan Wan Farel dan menganggap ia pendirian SAMM secara rasmi.

Perlu ditegaskan dokongan SAMM terhadap ABU bukan 'cek kosong' kepada yang melawan Umno. Sokongan dan sentimen ABU berdasarkan prinsip. ABU ialah sentimen kesedaran rakyat yang ingin melihat Umno tumbang kerana keangkuhan mereka dipuncak kuasa. Namun jika mana - mana pihak khususnya yang baru berkuasa sedikit melakukan perkara yang sama maka sewajarnya ditolak.

ABU ialah milik rakyat. ABU bukan cerita siapa nak jadi YB tetapi penyatuan kuasa rakyat melawan Umno. ABU ialah menefestasi dalam PRU akan datang Umno bukan sekadar berdepan dengan Pakatan Rakyat sebagai lawan politik tetapi akan berdepan sentimen rakyat ; Asalkan Bukan Umno.

Road show ABU dan program - program berimej ABU akan terus diperhebatkan dan akan diumumkan dari masa ke semasa.

Program yang terdekat ialah Ceramah Umum memperkenalkan ABU di N.Sembilan, 28 Januari 2012, 8.45 malam di Taman Seremban Selatan akan menampilkan pemimpin politik, pemimpin NGO dan aktivis masyarakat. Semua dijemput hadir.

che'GuBard
Ketua Penyelaras SAMM
www.anakmudamalaysia.com



Blogger Pro-PR Ditahan Untuk Soalsiasat Kes Musa Hasan!


Seorang Blogger Pro-Pakatan Rakyat telah didatangi oleh SKMM bersama pihak polis lewat petang semalam. Ia berikutan isu sebuah gambar perkahwinan mewah yang menimbulkan persoalan samada pengantin lelaki tersebut adalah Musa Hasan atau sebaliknya.

Blogger yang dikenali sebagai Author Faethal, pengendali antara blog ranking teratas dari kalangan blog-blog penyokong Pakatan Rakyat, iaitu blog Pulakdah.blogspot .

Blogger Faethal dibawa ke Balai Polis Sg Rambai untuk bantu siasatan manakala barangan milik Faethal seperti laptop, handphone dan modem dirampas.

Seorang demi seorang blogger Pakatan Rakyat diheret ke Balai Polis dan bakal di'mahkamah'kan. Itulah kerja pantas SKMM dan pihak polis.

Pihak SKMM dan Polis begitu pantas bertindak ke atas 'gagasan resistance' Pakatan Rakyat, tetapi tidak berlaku adil terhadap blogger-blogger yang pro terhadap Umno dan kerajaan pusat. Sebelum ini bertimbun-timbun fitnah yang dilempar oleh blogger cybertrooper Umno dan ia termasuklah penghinaan terhadap mahkamah dalam isu pembebasan Anwar Ibrahim. Namun tiada tindakkan susulan daripada pihak SKMM dan polis walaupun terdapat berpuluh laporan polis dibuat.

Ini menunjukkan dengan jelas bahawa pihak SKMM dan juga pihak berkuasa mengamal sikap 'double standard' dan tidak keterlaluan jika kita katakan mereka adalah sebahagian dari Umno dan BN.

Diharap rakan lain semua alert dan sedia membantu blogger Pakatan Rakyat yang ditimpa musibah jahat yang hadir dari pemerintah kuku besi. Para peguam beraliran rakyat juga dialu-alukan untuk turun memberi bantuan.

Edyes

Published with Blogger-droid v2.0.3

Thursday, January 26, 2012

Isham Rais: Pilihanraya dan Kalender Maya

Tulisan: Hisham Rais
Ditampal di blog edyesdotcom bagi memberi ruang kepada yang masih belum baca sebuah artikel wajib baca...

PILIHANRAYA DAN KALENDER MAYA

Kita telah masuk minggu ketiga tahun 2012. Kita telah membaca bahawa tahun 2012 ini adalah tahun berakhirnya Kalender Maya dari Amerika Latin. Nujum dan bomoh dan mereka yang percaya dengan ilmu hitam sedang sibuk membincangkan tarikh ini. Banyak buku telah ditulis tentang tahun 2012 ini. Hollywood telah membuat sebuah filem dengan tajuk tahun ini. Mengikut Kalender Maya yang berumur lebih dari 5,000 tahun pada 21 haribulan Disember 2012 dunia kita ini akan berakhir. Qiamat akan sampai.

Pada hemat saya tidak mungkin Qiamat akan sampai pada tahun 2012 ini. Terlalu awal untuk Qiamat berlaku. Lagi pun durian yang saya tanam tahun lalu masih kecil lagi. Tak mungkin Qiamat berlaku sebelum saya merasa buah durian yang saya tanam. Tetapi, apa yang jelas Kalender Maya ini wujud dan kita telah memasuki tahun yang tidak menentu.

Tahun 2012 dibuka dengan keputusan kes tuduhan liwat Saiful Bukhari terhadap Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim didapati tidak bersalah. Ini satu keputusan mahkamah yang memeranjatkan ramai orang. Ramai yang tidak percaya akan keputusan tersebut.

Ramai penyokong dan yang bersimpati dengan Saiful merasa kecewa. Mereka kecewa kerana Si Saiful ini telah bangun berkorban untuk bangsa dan agama. Bayangkan Si Saiful ini secara terbuka telah mengaku bahawa dia telah menahan perut tidak terberak selama dua hari kerana menyimpan air mani Anwar. Bukan calang-calang anak muda yang berani memasukan plastik ke dalam jubur sendiri. Ini sikap pendekar pejuang bangsa. Ini sikap anak muda perkasa negara.

Satu minggu sesudah keputusan dikeluarkan oleh mahkamah — suasana semakin tidak menentu. Kes liwat ini masih terbuka luas. Kini Saiful dan keluarganya telah mengajukan permintaan agar pihak pendakwa membuat rayuan. Malah sokongan untuk membuat rayuan telah didengar keluar dari mulut Timbalan Perdana Menteri dan juga dari bekas Perdana Menteri.

Seperti biasa Perdana Menteri telah meniru perangai Abdullah Badawi dengan 'elegant silence' - tidak membuka mulut. Tidak didengar sepatah apa pun terkeluar dari mulut Najib Razak. Orang ramai juga tidak diberitahu apakah pemintaan biasiswa Si Saiful untuk belajar menjadi pemandu kapal terbang diluluskan oleh Najib atau tidak. Najib buat ' dek' walau pun — dua tahun dahulu — sebelum membuat lapoarn polis Si Saiful ini telah berbincang dengan Najib. Semua ini menjadikan suasana tidak menentu.

Jika tidak ada rayuan maka ini adalah kemenangan yang mengembirakan untuk Anwar Ibrahim dan keluarganya. Para penyokong Pakatan Rakya juga akan turut sama bergembira. Malah, jika kes ini tidak dirayu maka ianya akan memperkuatkan lagi anggapan bahawa Si Saiful hanyalah 'anak bidak ' dalam satu konspirasi politik

Tetapi jika Peguam Negara membuat rayuan maka keadaan tidak menentu sekali lagi akan muncul. Kemana arah mahkamah rayuan akan sampai — tidak ada sesiapa yang tahu.

Pada pembukaan tahun 2012 selain kes liwat Saiful ada satu lagi pekara yang menjadi ' hangat dan tegang'. Pekara yang menjadi labon di warong, di surau, di pejabat dan di kepala wartawan ialah bila agaknya Pilihanraya Umum ke 13 akan diadakan. Untuk warga Malaysia tarikh pilihanraya ini juga sedang menimbulkan suasana tegang yang tidak menentu.

Desas desus piliharaya ini telah kedengaran semenjak tahun lalu lagi. Mulanya dinujumkan PRU13 akan berlangsung pada bulan November. Mengikut para nujum politik tarikh ini muncul kerana Najib Razak menganggap angka 11 itu membawa tuah kepadanya. Apakah angka 11 ini simbol dua kaki terkangkang atau dua batang terpacak tidak pula jelas. Apa yang umum tahu hanyalah Najib memakai angka 11 untuk keretanya.

Keadaan tidak menentu tentang pilihanraya ini bertambah tegang apabila ada berita keluar dari sumber yang juga tidak resmi. Berita ini berpunca dari Si Polan bin Si Polan yang Bapak Saudaranya bekerja sebagai polis. Mengikut Si Polan ini Bapa Saudaranya yang berpangkat Koperal telah memberitahu dia bahawa semua percutian untuk pegawai polis telah dibekukan.

Berita cuti PDRM dibekukan ini menjadi tegang lagi apabila ada sumber yang tidak resmi ini menambah 'aji-no moto' dengan mengatakan bahawa sekolah-sekolah juga telah dikenal pasti sebagai tempat membuang undi. Kalau cuti PDRM yang telah dibekukan ini tidak meyakinkan maka akan ditambah lagi dengan pembekuan cuti Jabatan Bomba. Apa hubungan bomba dengan pilihanraya ini tidak terangkan. Dalam susana yang tidak menentu ini fikrah yang rasional memang tidak boleh digunakan. Semuanya tidak menentu.

Keadaan tidak menentu ini berterusan dengan munculnya kesah bagaimana seorang pemandu telah mendengar cerita dari kawannya seorang pemandu Mak Datin. Mengikut kesahnya: suami Si Mak Datin ini kenal baik dengan seorang Menteri Kabinet. Si Pemandu terdengar perbualan talipon Mak Datin yang mengatakan bahawa suaminya bakal menjadi calon pada pilihanraya yang akan dijalankan tidak lama lagi. Malah untuk menguatkan cerita, Si Mak Datin kini telah mendaftar disebuah gym untuk mengurangkan berat badan. Mengikut surah Si Pemandu, Pak Datin mahu melihat Mak Datin langsing dan cun apabila naik ke pentas untuk berkempen.

Berita-berita sedemikian menjadikan suasana semakin tidak menentu. Kemudian kita terbaca kenyataan Suruhanjaya Pilihanraya yang telah siap sedia untuk mengendalikan PRU13. Kenyataan SPR ini disambut pula oleh pihak polis yang mengumumkan bahawa PDRM juga telah siapa sedia.

Kenyatan dari SPR dan PDRM ini akan pula digoreng dan diolah oleh pemerhati dan nujum politik yang bertauliah dan yang tidak bertauliah. Nujum-nujum politik ini akan mengeluarkan komen dan pandangan mereka tentang suasana politik dan ekonomi Malaysia sambil memberi ramalan tarikh pilihanraya. Ada nujum politik yang bertaulih kerana mengajar di universiti. Tetapi paling ramai yang tidak bertauliah tetapi masih ingin menjadi nujum. Mereka ini memberi kuliah di laman web dan dunia siber tentang tarikh PRU13.

Ketegangan dan suasana tidak menentu tentang tarikh piliharaya ini muncul kerana ada sejarahnya. Di zaman sesudah merdeka — di zaman Tunku Abdul Rahman — tempoh kempen pilihanraya lebih dari satu bulan. Tetapi, semakin lama kita merdeka masa untuk berkempen di pilihanyara semakin dipendekkan Pilihanraya 2004 dahulu tempoh masa berkempen hanya 8 hari sahaja. Inilah yang menyebabkan suasana tegang dan tidak menentu.

Saya telah membaca bagaimana duit seratus ringgit — bantuan beli buku - telah diberi kepada murid sekolah tahun lalu. Saya telah membaca bagaimana keluarga yang berpendapatan dibawah 3,000 ringgit boleh mendapat 500 ringgit. Duit bantuan ini sedang diuruskan. Saya juga ada membaca tentang kenaikan gaji pegawai kerajaan. Setelah saya membaca semua berita ini makan saya juga ingin menjadi nujum yang tidak bertauliah.

Memang betul ramalan Kalender Maya tentang tahun 2012 ini. Kita sedang melihat ketidak tentuan dan kacau bilau yang amat sangat sedang berlaku dihadapan mata kita. Ada lembu membeli kondo, ada Menteri guna duit zakat untuk bayar peguam dan Menteri dapat duit poket dan ada Menteri yang pergi bercuti sesudah musim cutim tamat — semua ini menjadi kelam bin kabut.

Dalam kelam kabut dan tidak menentu ini biar saya membuat ramalan. Pada ramalan saya Najib Razak sebagai Perdana Menteri dan juga Presiden United Malay National Organisation (Umno) dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) akan tahu bila masa yang tepat untuk mengadakan PRU13. Tarikh ini tidak ada sangkut paut dengan Kalender Maya, tidak ada pertalian dengan bomoh dari Mumbai.

Suasana politik dunia tidak akan mempengaruhi Najib. Kucar kacir ekonomi dunia, kemelesetan ekonomi Amerika, beban hutang di negara-negara Eropah — semua ini tidak akan mempengaruhi Najib. Kenaikkan harga bahan bakar petrol juga tidak akan diambil kira oleh Najib.

Sebagai nujum politik yang tidak bertauliah saya yakin Najib Razak akan mengadakan PRU13 satelah Rosmah Mansor menetapkan tarikhnya. Mengikut komen bekas Perdana Menteri Lee Kuan Yew tentang Rosmah Mansor ' they work as a team'. Tarikh yang akan ditetapkan oleh Rosmah ini adalah tarikh paling selamat untuk Najib.

Kalau mengikut ramalan Kalender Maya kocakan dan ledakan akan berlaku dalam dunia pada tahun 2012 ini. Jika ramalan ini diterjemahkan untuk Malaysia ia membawa makna bahawa Barisan Nasional akan kalah teruk di PRU13 ini nanti. Kalah teruk ini bukan Qiamat untuk Najib. Najib akan terus selamat dari pukulan beg tangan Rosmah kerana tarikh ini dipilih oleh Rosmah Mansor sendiri. Ini hanya ramalan saya yang tidak mengamalkan ilmu hitam.

Wednesday, January 25, 2012

Kenyataan SAMM: Sindrom Penafian Isteri Perdana Menteri

Kenyataan Umum
Solidariti Anak Muda Malaysia
25 Januari 2012

Retorik Slogan 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan': Sindrom Penafian Isteri Perdana Menteri
 
Soladiriti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyambut baik keprihatinan akhbar Australia The Sydney Morning Herald yang mendedahkan perbelanjaan mewah seorang isteri pemimpin utama negara sewaktu percutian di Sydney baru-baru ini. Terbaru, Pereka fesyen Sydney, Carl Kapp turut mengesahkan bahawa isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor telah membuat pembelian di kedainya segali gus menyokong dakwaan oleh wartawan Andrew Hornery yang mendakwa DS Rosmah belanja lebih RM300,000 masa cuti di Sydney.

Pendedahan tersebut telah dinafikan segera oleh isteri pemimpin tersebut dengan alasan yang cukup lemah sedangkan pendedahan itu perlu dinafikan beserta dengan fakta dan bukti bahawa dakwaan akhbar tersebut memfitnah beliau. Penafian yang lemah itu amatlah tidak bertanggungjawab!

Sebelum ini Pengasas SAMM Badrul Hisham Saharin lebih dikenali dengan Che'GuBard juga pernah membuat pendedahan kemasukan cincin berlian berharga RM24Juta. Namun jawapan yang diperolehi ketika itu amat mengecewakan di mana rakyat hanya disajikan dengan jawapan penafian isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor seolah-olah melepaskan batuk di tangga, cukup lemah dan dangkal. Sedangkan kesedaran rakyat begitu meluap-luap untuk mendapat kepastian apakah wang dan harta negara telah digunakan sewenangnya?

Penafian yang bersahaja ini menyebabkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri terpaksa memberi jawapan secara bertulis di dalam Parlimen yang akhirnya dakwaan kewujudan dan kemasukkan ke cincin berlian RM24 juta ke bumi Malaysia adalah disahkan benar-benar berlaku.

Sikap tidak bertanggungjawab Rosmah Mansor dengan muka 'selamber' tanpa rasa bersalah serta jawapan menteri tersebut tidak diakhiri dengan keinsafan kepada Allah S.W.T tetapi masih meneruskan perlakuan berbelanja secara boros dan mewah tanpa mempedulikan keperitan serta penderitaan rakyat. Rosmah masih bersikap tidak acuh dalam aksi penafian ketika wartawan akhbar dari Australia itu terus mempertahankan dakwaan pemborosan Rosmah.

SAMM di sini ingin menyoal dan perlu dijawab terus oleh Rosmah Mansor, bukan berselindung di sebalik individu lain yang bertindak cuba mempertahankan Isteri Perdana Menteri hingga terserlah 'kebalacian' mereka!

Pertama daripada sumber kewangan/duit mana perbelanjaan rosmah secara mewah itu daripada persoalan cincin hingga dakwaan akhbar Australia beberapa kali sebelum ini termasuk yang terbaru oleh akhbar The Sydney Morning Herald ? Manakala persoalan kedua, apakah keistimewaan Rosmah Mansor hingga tiada tindakan daripada SPRM serta PDRM tetapi sekadar menafikan melalui jawapan-jawapan 'sampah' daripada seorang yang digelar 'First Lady of Shopping' atau FLOS baru-baru ini ?

Justeru, SAMM menyeru cabaran gelanggang rakyat secara terbuka agar Rosmah Mansor bertindak menyaman akhbar yang berpengkalan di Australia tersebut serta menjawab persoalan cincin yang masuk dan kononnya keluar semula dari negara ini sepertimana risalah Pemborosan Rosmah yang diterbitkan oleh SAMM. Antara persoalan yang masih tidak terjawab sehingga hari ini ialah, mengapa wujud nama Datin Paduka Seri Rosmah Mansor yang tertera dalam rekod kemasukan cincin RM24juta di dalam borang Kastam DiRaja Malaysia.

Di atas segala pemborosan yang tidak berkesudahan seorang isteri Perdana Menteri seolah-oleh diselindung dan dihalalkan, rakyat dirayu untuk menolak semua calon Barisan Nasional dalam PRU-13 ini kerana sikap boros, angkuh dan tidak bertanggungjawab mereka. Rakyat perlu memberi pengajaran total buat Barisan Nasional selain memberi laluan kepada sebuah kerajaan baru untuk menguruskan kerajaan pusat dengan lebih telus dan penuh kebertanggungjawaban.

Untuk menyelamatkan Malaysia, undilah Asalkan Bukan Umno / ABU.


Zulkifli Ibrahim
Penyelaras Pusat
Soladiriti Anak Muda Malaysia 
 
 

Video (Malaysiakini) Penyerahan Memorandum oleh Penggerak Kempen #ABU



LINTAS LANGSUNG: Memorandum Kepada SUHAKAM Berikutan Kegagalan Pihak Polis Bertindak Profesional

Sekarang ini, sedang ditayangkan beberapa 'footage' video-klip dan gambar-gambar kejadian


Published with Blogger-droid v2.0.3

Tipu dan Terus Tipu... Sampai Bila?? Jom Ubah !!

Di bawah ini berita tipu oleh Berita Harian. 


Berita yang dilaporkan adalah penipuan semata-mata.

1. Mana ada seribu orang? yang ada cuma 20 budak motor yang bikin kacau, masuk dewan naik motor, paksa orang meniaga tutup kedai sampai diterajangnya gerai-gerai yang berdegil, buat huru-hara dalam dewan. Kebanyakkan yang sempat hadir di luar dewan ialah penyokong PAS yang semuanya berkopiah putih di luar dewan yang hadir untuk bersama ceramah Timbalan Presiden PAS, Abg Mat Sabu.

2. Penyokong yang cedera bukan penyokong hindraf tetapi orang kuat Dewan Penyokong PAS Kota Raja yang berbangsa India. Mangsa siap pakai baju hijau PAS lagi.

3.Program baru nak mula, masa tu baru pukul 8.45pm, crowd berugama Islam belum ramai hadir lagi sebab baru habis Isyak. Macamana depa nak tuduh ada maki hamun terhadap melayu sedangkan Hj Md Sabu pun dah ada di pentas bersama Chegubard ketika itu?

Fitnah jahat ini akan diperjelaskan dengan lebih lanjut dalam sesi sidang media di pejabat suhakam hari ini;

Dimaklumkan bahawa satu memorandum berhubung serangan samseng pada program  ASALKAN BUKAN umno/bn di Jalan Kebun, Klang akan diserahkan pada SUHAKAM:-

Tarikh:  Rabu 25 Jan 2012
Masa :   11.00 pagi
Tempat: Pejabat SUHAKAM,
                  11th Floor, Menara TH Perdana,
                  Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur



Tuesday, January 24, 2012

Polis didakwa bersekongkol ganggu ceramah ABU

Pergerakan Asalkan Bukan Umno (ABU) hari ini mengesyaki terdapat anggota polis bersekongkol dengan pihak yang didakwa mengganggu ceramah mereka di Shah Alam pada Sabtu.

ABU dan penganjur bersama program itu Hindraf membuat laporan polis berhubung insiden itu di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi hari ini.

abu ceramah disturbed 220112 04Menurut Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) - penggerak utama kempen itu - terdapat pegawai polis yang kelihatan bercakap-cakap dengan pihak yang didakwa menyerang peserta ceramah itu.

Bercakap kepada pemberita, pemimpinnya Badrul Hisham Shaharin berkata mereka menyerahkan salinan gambar, CD dan rakaman video insiden itu untuk disiasat pihak polis.

Penganjur juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia di ibu negara pagi esok.

Dalam kejadian pada 21 Januari lalu, ceramah ABU di sebuah dewan di Jalan Kebun dekat Shah Alam terpaksa ditunda selepas diganggu sekumpulan lelaki yang dilapor bersenjatakan kayu dan topi keledar.

Akibat serangan tersebut, seorang lelaki berusia 33 tahun mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital. Mangsa kini dilaporkan stabil dan masih trauma dengan kejadian tersebut.

http://www.malaysiakini.com/news/187412


Dimaklumkan bahawa satu memorandum berhubung serangan samseng pada program  ASALKAN BUKAN umno/bn di Jalan Kebun, Klang akan diserahkan pada SUHAKAM:-

Tarikh:  Rabu 25 Jan 2012
Masa :   11.00 pagi
Tempat: Pejabat SUHAKAM,
                  11th Floor, Menara TH Perdana,
                  Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur



Sent from my Samsung Galaxy Tab

Monday, January 23, 2012

Kenyataan SAMM: Azizan Penggodam Buku Jingga


Kenyataan Umum
Solidariti Anak Muda Malaysia
23 Januari 2012

AZIZAN PENGGODAM BUKU JINGGA

AUKU adalah undang-undang draconian  yang dicipta oleh regim Barisan Nasional untuk meghalang dan menyekat kebangkitan mahasiswa pada era 70an. Sehingga kini undang-undang ini masih digunapakai untuk menyekat kebebasan mahasiswa walaupun terdapat beberapa pindaan yang hanya bersifat kosmetik.

Solidariti Anak Muda Malaysia(SAMM) segmentasi mahasiswa mengecam sekeras-kerasnya  tindakan kerajaaan PAS Kedah pimpinan Azizan Razak menggunakan akta zalim ini untuk menyekat kebebasan bersuara dikalangan mahasiswa. Azizan Razak seharusnya lebih bersikap professional dan terbuka dalam menangani masalah berkaitan mahasiswa.

Pakatan Rakyat secara jelas dalam Buku Jingga ingin memansuhkan terus AUKU tetapi tindakan MB Kedah dari PAS  Azizan Razak secara jelas telah bertindak menggunakan AUKU terhadap mahasiswa Kolej Universiti  Insaniah(KUIN) di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah yang dikuasai Pakatan Rakyat.

Selaku MB kedah beliau  harus sedar bahawa tindakkanya menggunakan AUKU  ini  telah menyebabkan janji Pakatan Rakyat untuk menghapuskan AUKU di dalam Buku Jingga  dianggap retorik dikalangan mahasiswa. Walaupun memerima banyak  kecaman dari pelbagai pihak termasuk dari pimpinan PR sendiri dan gerakan-gerakan mahasiswa  Azizan Razak masih bersikap ofensif dalam menghadapi serangan-serangan tersebut. Azizan telah menunjukkan sikap bebal dan sombong apabila berhadapan dengan mahasiswa.

SAMM melihat cara dan tindakan Azizan ini adalah satu penghinaan jelas kepada gerakan mahasiswa secara keseluruhanya. Mahasiswa adalah golongan cerdik pandai yang pemikiran mereka tidak boleh dijajah sewenang-wenangnya. Suara mahasiswa jangan dipandang sebelah mata, peranan mereka harus diiktiraf suara mereka hendaklah di dengar oleh pihak pemerintah.

SAMM berangapan mahasiswa adalah golongan yang tiada kepentingan politik mereka berjuang atas kebenaran dan kebebasan jika Azizan terus dengan sikap egonya untuk tidak menyelesaikan masalah KUIN ini secara berhemah jangan terkejut sekiranya  mahasiswa dengaan segala kekuatan yang ada bertindak menjatuh dan memghumban pemimpin ini dalam PRU 13 nanti. Azizan harus bersedia menerima balasan dari setiap tindakanya membelakangkan suara mahasiswa.


Wan Farel
Penyelaras Segmentasi Mahasiswa SAMM
www.anakmudamalaysia.com

Serangan Perkauman Umno di Program #ABU Jalan Kebun Klang (Video)





di bawah ini, ketika bersurai;




Kenyataan Rasmi SAMM

22 Januari 2012

SAMM MENGUTUK SERANGAN GANAS BERSIFAT PERKAUMAN.

Asalkan Bukan Umno (ABU) ialah sentimen rakyat yang ingin melihat penyatuan perbagai 'force' dalam usaha menumbangkan Umno ke arah menyelamatkan negara. Ini penting kerana melihat kehancuran negara yang disebabkan Umno iaitu sebuah parti yang dicipta penjajah untuk mewarisi negara ini semakin tidak terbendung.

Sentimen ABU ini ialah sentimen rakyat namun baru - baru ini beberapa organisasi pertubuhan bukan kerajaan dengan kerjasama beberapa parti politik telah bergabung untuk memberi nafas baru kepada sentimen ini menjadi kempen kesedaran peringkat nasional. Pada 15 Disember lepas ABU telah dilancarkan di Taman Melewar, Gombak dengan menyaksikan pentas perasmian dikongsi oleh ahli politik, aktivis masyarakat, peniaga kecil, kontraktor, wakil orang asal, pekerja kilang dan wakil-wakil perbagai segmentasi masyarakat hadir menyampaikan ucapan.

Selepas itu program berteraskan ABU berterusan dalam perbagai pendekatan dalam skala kecil dan besar. Antaranya ialah pelancaran ABU Pulau Pinang pada 18 Januari 2012 di Permatang Damar Laut yang menyaksikan bukan sahaja lebih 1500 kehadiran dalam kawasan yang dikenali kubu Umno sebelum ini tetapi turut menyaksikan pengistiharan keluar beramai - ramai ahli Umno yang diketuai oleh bekas ketua cawangan Umno kawasan tersebut. Bukan itu sahaja pengedaran risalah ABU serta kemeja ABU mula menjadi trend anak muda.

Mungkin melihat kejayaan dan penerimaan makin meningkat maka Umno menjadi gusar.

Minggu lepas sekali lagi ABU menjadi perhatian apabila Hindraf secara rasmi menyatakan pendirian bersama dengan ABU. Hindraf berjanji akan bersama dengan sekutu - sekutu yang bersama sentimen ABU malah koordinator Kebangsaan hindraf w.Sambulinggam menyatakan hasrat ingin bersama PR bagi mengalahkan Umno/Bn dalam PRU akan datang.

Serentak dengan itu Hindraf mengusakan beberapa pentas program ABU di beberapa tempat.

Pada 21 Januari 2012 jam 9.00 mlm telah disusun program Ceramah Umum ABU yang menampilkan Hj. Mohd Sabu (Timbalan Presiden PAS), Peguam Haris Ibrahim (SABM), cheGuBard (SAMM) dan Sambulinggam (Hindraf) di Dewan MBSA seksyen 30, Jalan Kebun,Shah Alam.

Kira - kira 8.45 malam, orang ramai memasuki dewan, kebetulan dengan waktu Isya yang lewat maka kehadiran awal ialah majoriti bukan Islam. Kira - kira 9.00 mlm semua penceramah sampai dan mula duduk diatas pentas. Serentak dengan itu datang kira - kira 20 orang pemuda menjerit perbagai cacian dan makian yang dilihat secara sengaja ditujukan kepada hadirin India. Malah ada yang membawa masuk motorsikal ke dalam dewan. Mereka bersenjatakan topi keledar dan kayu terus memukul beberapa tetamu yang hadir. Peralatan P.A dan projektor juga ada dirosakkan. Beberapa orang cedera, namun mereka tidak mahu ke hospital kecuali seorang pemuda berbangsa India terpaksa dikejarkan ke hospital kerana hampir pengsan dipukul.

Di luar dewan pula sebahagian dari kumpulan ini dengan senjata telah mengugut dengan menjerit kepada peniaga yang datang berniaga kerana program tersebut agar menutup perniagaan. Ada gerai yang menjual makanan ringan mengalamai kerugian apabila gerainya disepak dan barang makanan yang dijualnya berterabur di tanah.

Petugas dengan beberapa hadirin yang kebutulan ada yang baru datang berjaya menenangkan keadaan. Kumpulan pemuda - pemuda tersebut berundur ke seberang jalan mengadap dewan. Ketika kira kira 4-5 orang ganggota polis datang, jumlahnya mereka bertambah ramai begitu juga penyokong dan hadirin yang ingin hadir bersama ceramah ABU. Keadaan mula tegang, polis dilihat tidak mampu berbuat apa-apa.

Kira - kira jam 10.00 mlm penganjur memutuskan untuk menangguhkan program tersebut kerana bimbang soal keselamatan dan mengelakkan insiden tidak diingini berlaku.

Jelas serangan tersebut ditujukan kepada hadirin bukan Melayu khususnya India, dalam taklimat sebelum bersurai cheGuBard meminta agar kawan - kawan Melayu agar dapat memastikan kawan-kawan berbangsa India dapat di iring ke kenderaan dan selamat keluar dari kawasan kerana di keliling dewan pemuda - pemuda ada yang bersenjata bertambah ramai menjerit jerit ugutan perkauman.

Ada orang tempatan yang mengenai penyerang tersebut dengan orang kuat Umno, malah dari pakaian (ada berlogo Umno), aksi dan jeritan mereka yang menghalau orang India keluar kerana ini kawasan Melayu kubu Umno jelas menunjukkan serangan tersebut harus dipertanggungjawabkan kepada Umno. Mereka sedang mencipta pergaduhan kaum, mujur yang hadir tenang dan bertindak bijak.

Kejadian malam tadi membuktikan sikap sebenar Umno dan hipokrasi kempen 1 Malaysia. Adakah orang India sudah tidak selamat berada dikawasan ramai penyokong Umno ? satu lagi paku telah diketuk untuk menyiapkan keranda Umno menjelang PRU akan datang.

Umno harus dipertanggungjawabkan dalam kejadian serangan fizikal, ganas dan bersifat perkauman ini. PDRM dituntut bertindak profesional gambar rakaman semua tersedia dan diserahkan bersama dengan laporan yang dibuat penganjur.

Kejadian ini sama sekali tidak melemahkan. Malah semua rakyat dijemput untuk hadir ke

Pelancaran ABU Negeri Sembilan
28 Januari 2012, 9.00 malam
Taman Seremban Selatan.

Sekian

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
22 Jan 2012
2.08 pagi

Sunday, January 22, 2012

Umno Buktikan Perkauman Sempit Amalan Mereka Dulu, Kini dan Selamanya

Umno harus ambil tanggungjawab ; serangan bersifat perkauman terhadap program ABU


Kenyataan Rasmi22 Januari 2012SAMM MENGUTUK SERANGAN GANAS BERSIFAT PERKAUMAN.Asalkan Bukan Umno (ABU) ialah sentimen rakyat yang ingin melihat penyatuan perbagai 'force' dalam usaha menumbangkan Umno ke arah menyelamatkan negara. Ini penting kerana melihat kehancuran negara yang disebabkan Umno iaitu sebuah parti yang dicipta penjajah untuk mewarisi negara ini semakin tidak terbendung.Sentimen ABU ini ialah sentimen rakyat namun baru - baru ini beberapa organisasi pertubuhan bukan kerajaan dengan kerjasama beberapa parti politik telah bergabung untuk memberi nafas baru kepada sentimen ini menjadi kempen kesedaran peringkat nasional. Pada 15 Disember lepas ABU telah dilancarkan di Taman Melewar, Gombak dengan menyaksikan pentas perasmian dikongsi oleh ahli politik, aktivis masyarakat, peniaga kecil, kontraktor, wakil orang asal, pekerja kilang dan wakil-wakil perbagai segmentasi masyarakat hadir menyampaikan ucapan.Selepas itu program berteraskan ABU berterusan dalam perbagai pendekatan dalam skala kecil dan besar. Antaranya ialah pelancaran ABU Pulau Pinang pada 18 Januari 2012 di Permatang Damar Laut yang menyaksikan bukan sahaja lebih 1500 kehadiran dalam kawasan yang dikenali kubu Umno sebelum ini tetapi turut menyaksikan pengistiharan keluar beramai - ramai ahli Umno yang diketuai oleh bekas ketua cawangan Umno kawasan tersebut. Bukan itu sahaja pengedaran risalah ABU serta kemeja ABU mula menjadi trend anak muda.Mungkin melihat kejayaan dan penerimaan makin meningkat maka Umno menjadi gusar.Minggu lepas sekali lagi ABU menjadi perhatian apabila Hindraf secara rasmi menyatakan pendirian bersama dengan ABU. Hindraf berjanji akan bersama dengan sekutu - sekutu yang bersama sentimen ABU malah koordinator Kebangsaan hindraf w.Sambulinggam menyatakan hasrat ingin bersama PR bagi mengalahkan Umno/Bn dalam PRU akan datang.Serentak dengan itu Hindraf mengusakan beberapa pentas program ABU di beberapa tempat.Pada 21 Januari 2012 jam 9.00 mlm telah disusun program Ceramah Umum ABU yang menampilkan Hj. Mohd Sabu (Timbalan Presiden PAS), Peguam Haris Ibrahim (SABM), cheGuBard (SAMM) dan Sambulinggam (Hindraf) di Dewan MBSA seksyen 30, Jalan Kebun,Shah Alam.Kira - kira 8.45 malam, orang ramai memasuki dewan, kebetulan dengan waktu Isya yang lewat maka kehadiran awal ialah majoriti bukan Islam. Kira - kira 9.00 mlm semua penceramah sampai dan mula duduk diatas pentas. Serentak dengan itu datang kira - kira 20 orang pemuda menjerit perbagai cacian dan makian yang dilihat secara sengaja ditujukan kepada hadirin India. Malah ada yang membawa masuk motorsikal ke dalam dewan. Mereka bersenjatakan topi keledar dan kayu terus memukul beberapa tetamu yang hadir. Peralatan P.A dan projektor juga ada dirosakkan. Beberapa orang cedera, namun mereka tidak mahu ke hospital kecuali seorang pemuda berbangsa India terpaksa dikejarkan ke hospital kerana hampir pengsan dipukul.Di luar dewan pula sebahagian dari kumpulan ini dengan senjata telah mengugut dengan menjerit kepada peniaga yang datang berniaga kerana program tersebut agar menutup perniagaan. Ada gerai yang menjual makanan ringan mengalamai kerugian apabila gerainya disepak dan barang makanan yang dijualnya berterabur di tanah.Petugas dengan beberapa hadirin yang kebutulan ada yang baru datang berjaya menenangkan keadaan. Kumpulan pemuda - pemuda tersebut berundur ke seberang jalan mengadap dewan. Ketika kira kira 4-5 orang ganggota polis datang, jumlahnya mereka bertambah ramai begitu juga penyokong dan hadirin yang ingin hadir bersama ceramah ABU. Keadaan mula tegang, polis dilihat tidak mampu berbuat apa-apa.Kira - kira jam 10.00 mlm penganjur memutuskan untuk menangguhkan program tersebut kerana bimbang soal keselamatan dan mengelakkan insiden tidak diingini berlaku.Jelas serangan tersebut ditujukan kepada hadirin bukan Melayu khususnya India, dalam taklimat sebelum bersurai cheGuBard meminta agar kawan - kawan Melayu agar dapat memastikan kawan-kawan berbangsa India dapat di iring ke kenderaan dan selamat keluar dari kawasan kerana di keliling dewan pemuda - pemuda ada yang bersenjata bertambah ramai menjerit jerit ugutan perkauman.Ada orang tempatan yang mengenai penyerang tersebut dengan orang kuat Umno, malah dari pakaian (ada berlogo Umno), aksi dan jeritan mereka yang menghalau orang India keluar kerana ini kawasan Melayu kubu Umno jelas menunjukkan serangan tersebut harus dipertanggungjawabkan kepada Umno. Mereka sedang mencipta pergaduhan kaum, mujur yang hadir tenang dan bertindak bijak.Kejadian malam tadi membuktikan sikap sebenar Umno dan hipokrasi kempen 1 Malaysia. Adakah orang India sudah tidak selamat berada dikawasan ramai penyokong Umno ? satu lagi paku telah diketuk untuk menyiapkan keranda Umno menjelang PRU akan datang.Umno harus dipertanggungjawabkan dalam kejadian serangan fizikal, ganas dan bersifat perkauman ini. PDRM dituntut bertindak profesional gambar rakaman semua tersedia dan diserahkan bersama dengan laporan yang dibuat penganjur.Kejadian ini sama sekali tidak melemahkan. Malah semua rakyat dijemput untuk hadir kePelancaran ABU Negeri Sembilan28 Januari 2012, 9.00 malamTaman Seremban Selatan.Sekianche'GuBardSolidariti Anak Muda Malaysia22 Jan 20122.08 pagi


Published with Blogger-droid v2.0.3

Saturday, January 21, 2012

Program Anak Muda Tawan Senawang Malam Ini!!

Sebuah program dialog pelbagai hala style anak muda anjuran blogger Aduka Taruna atas nama 'Occupy Senawang' akan berlangsung di Seremban malam ini. Maklumat program adalah seperti tertera dalam poster di atas KECUALI venue program yang berubah ke pejabat YB Taufek di Taman Tasek Jaya.


Diulangi: VENUE program telah DITUKAR ke pejabat YB Taufek di Taman Tasek Jaya.


Antara panelis dialog serba terbuka ini adalah wakil daripada SAMM


Untuk pertanyaan sila hubungi saudara bangah 017-6688394


Published with Blogger-droid v2.0.3

Friday, January 20, 2012

Pelancaran #ABU di Klang - Malam Esok (21Jan2012)

SEMUA DIJEMPUT HADIR!!

ASALKAN BUKAN UMNO !! UNDILAH ABU !!

Undang-Undang Liwat Ini Lapuk dan Jumud - Anwar Ibrahim




Anda sudah dengar apa kata Hasan Ali? Anda sudah dengar apa kata media arus perdana TV123? Anda sudah baca Utusan Meloya dan Berita Hairan?

NAH! Sekarang baca pula apa kata Anwar Ibrahim di bawah; Jadilah seorang insan, kerna insan itu lazimnya mendengar hujah dari kedua belah pihak sebelum membuat sebarang penilaian...
"Sebagai muslim dan saya yakin majoriti bukan Islam di Malaysia yakin dan percaya bahawa perkahwinan antara lelaki dan perempuan itu adalah kemuliaan insan dan saya tidak akan mengambil sikap bermaaf dalam soal ini, menjawab semua bahawa kita tidak mendokong seks bebas atau homoseksual atau lesbian,” 

"Saya tegaskan dalam wawancara itu bahwa undang-undang liwat ini lapuk, jumud kerana ia diguna untuk fitnah orang, zalimi orang dan saya tidak pertahankan, tegas beliau."
“Kalau Hasan Ali kata wawancara Anwar tidak jelas dan kita minta supaya kita jelaskan tidak apa, tapi ini soal hukum dan beliau buat andaian kononnya kalau saya jadi perdana menteri saya akan sahkan undang-undang ini. Saya ulang bahawa undang-undang lapuk sedia ada ini memang lapuk kerana ia hanya alat pemerintah untuk zalimi dan fitnah orang demi kepentingan politik sempit mereka"
Dan dibawah ini pula adalah saman Anwar terhadap Utusan yang mengfitnah beliau; 

KUALA LUMPUR 20 Jan: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman sebanyak RM50 juta terhadap  Utusan Malaysia di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, pagi ini.

Saman itu ekoran laporan berbaur fitnah yang disiarkan Utusan di muka depannya bertajuk ‘Tolak Anwar- Hasan’ pada 17 Januari lalu.

Laporan itu memetik kenyataan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, yang memutar belitkan kenyataan Anwar dalam satu wawancara dengan British Broadcasting Corporation (BBC).

Anwar yang diwakili syarikat guaman Edwin Lim, Suren & Soh menamakan editor Utusan Malaysia sebagai defendan pertama dan Pengarah Urusan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd.

Pada 18 Januari lalu, Anwar mengemukakan notis saman berkenaan ekoran laporan fitnah Utusan yang mengatakan beliau menghalalkan homoseksual di negara ini.

Dalam tuntutannya, Anwar menuntut akhbar milik Umno itu menarik balik segala laporan palsu dan menyiarkan permohonan maaf di muka hadapan akhbar itu.

Beliau juga menuntut bayaran ganti rugi sebanyak RM50 juta dan memberikan tempoh 48 jam  untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun, Utusan gagal mengemukakan permohonan maaf kepada Ketua Umum KEADILAN itu.

SELAMAT DATANG 2012


SELAMAT DATANG 2012

Di Malaysia kita menyambut tahun baru ini dengan penuh ketidak tentuan. Apakah tahun 2012 ini tahun pilihanraya? Apakah Muhyiddin akan menyingkirkan Najib? Apakah Malaysia akan mendapat Perdana Menteri baru? Apakah Khir Toyo akan di penjara? Apakah Shahrizat akan di tangkap untuk bawa ke tingkat 14 pejabat SPRM? Apakah kes Najib di Paris akan di buka tahun ini? Apakah Rosmah akan cuba menurunkan berat badannya? Semua tidak menentu.

Pada Jumaat lalu Peranchis , Itali dan Sepanyol telah diturunkan taraf sebagai negara peminjam. Taraf ini adalah ukuran dari Standard&Poor – badan penilai ekonomi dunia. Dari taraf AAA kini telah turun menjadi AA atau satu A. Sembilan buah negara Kesatuan Eropah telah diturunkan taraf. Taraf 3A bermakna ekonomi negara ini segar bugar dan tidak ada masalah untuk meminjam dan membayar hutang.

Apabila taraf diturunkan bermakna meminjamkan wang kepada negara ini membawa risiko tinggi. Jika negara ini ingin menjual bond – sebagai cara meminjam duit - kemungkinan bond ini perlu menjanjikan faedah yang amat tinggi untuk menarik si pembeli. Akhirnya mungkin tidak ada bank dan pemilik dana yang berani meminjamkan duit untuk negara-negara ini.

Seawal 2009 lagi Greece, Iceland dan Ireland telah diumumkan sebagai negara muflis. Maknanya negara ini tidak ada keupayaan untuk membayar hutang negara. Apabila negara muflis bermakna ekonomi negara tidak bergerak. Ramai warga kehilangan mata pencarian. Khidmat sosial – hospital, jalan raya , sekolah sebagai contoh merosot. Nilai wang jatuh. Krisis ekonomi ini akan membuka krisis politik.

Krisis ekonomi dunia kapitalis ini bermula di Eropah pada bulan September 2008 dahulu. Kesah bermula apabila sebuah bank yang bernama Northern Rock di utara England tetiba tidak memiliki duit untuk palanggannya. Bank ini cuba mendapatkan pinjaman dari Bank of England tetapi gagal. Negara Eropah menjadi kelam kabut. Krisis keyakinan terhadap bank melanda Britain. Untuk meredakan keadaan , kerajaan British tidak ada jalan melainkan bank ini dimilik negarakan.

Punca asal krisis sebenarnya datang dari Amerika. Untuk sekian lama bank-bank di Amerika telah meminjamkan duit kepada sesiapa sahaja yang mahu meminjam tanpa cagaran. Justeru bukan satu yang pelik untuk seorang warga Amerika memiliki berpuluh-puluh kad kredit. Bank di Amerika tanpa kaji selidik dengan senang telah memberi pinjaman untuk sesiapa saja yang ingin membeli rumah. Hasilnya industri perumahan mengelembong. Suasana ini menjemput lebih banyak lagi bank untuk meminjamkan duit kepada bakal pembeli rumah.

Hutang-piutang dari para peminjam ini dikumpulkan untuk dijual kepada bank yang lebih besar di Amerika. Bank-bank besar Amerika ini pula akan mengumpulkan hutang-piutang ini dan menjualkan sekali lagi ke pasaran dunia. Setiap kali hutang ini dikumpul dan dijual – bank dan juru jual ini akan mengaut keuntungan. Dalam sistem ekonomi kapitalis apa yang boleh dijual akan dijual asalkan mendapat untung. Justeru hutang piutang pun boleh dijual beli.

Masaalah timbul apabilan bank-bank ini ingin memungut hutang. Tuan empunya hutang tidak ada keupayan untuk membayar. Jumlah hutang hutang ini berbilion bilion dolar. Akhirnya kerana gagal membayar hutang maka rumah dirampas oleh bank. Industri perumahan di Amerika jatuh berdentum. Tuan rumah kini menjadi warga gelandangan dan merempat. Hari ini hampir 4 juta warga Amerika telah kehilangan rumah.

Bank-bank kini menjadi pemilik rumah yang semakin bertimbun tambah. Perniagaan bank ialah pinjam meminjam dan bukan menjual rumah. Akhirnya banyak bank kecil di Amerika tutup kedai. Keadaan ini menjerat bank yang besar kerana perniagaan bank ini kait mengait. Ini membawa mudarat pula kepada lembaga gedong dana antarabangsa.

Solomon Brothers gedung keewangan yang menjadi pasak ekonomi kapitalis antarabangsa jatuh muflis pada September 2008. Gedung-gedung perniagaan antarabangsa inilah yang bertanggung jawab memasarkan hutang piutang , menjual beli bond dan pinjaman meminjam. Amat jelas sistem ekonomi kapitalis sedang menghadapi krisis yang lebih buruk dari zaman meleset tahun 1929.

Jawapan dari Presiden Obama ialah mengeluar 700 billion dollar untuk menutup lubang-lubang syarikat gergasi Amerika yang telah bocor dan tempang. Ini dipanggil ransangan ekonomi. Ini sama seperti 60 bilion ringgit jumlah ransangan ekonomi yang diajukan oleh Najib Razak. Hingga ke hari ini Obama dan Najib telah gagal untuk merangsang dan memberahikan ekonomi.

Di Amerika bank besar dan gedung dana antarabangsa telah mendapat suntikan dari perbendaharan negara. Mereka diberi nafas baru dengan menggunakan duit orang ramai. Manakala peniagaan kecil dan warga biasa jatuh muflis satu demi satu.

Bayangkan jika Mek Joyah dari Felda Pasoh duduk di Rumah Puteh. Apabila Mek Joyah ditanya apa yang wajib dilakukan dalam keadaan ekonomi sedang merundum? Pastilah Mek Joyah ini akan menjawab : berjimat cermat dalam masa susah.

Tetapi di Rumah Puteh yang duduk ialah Barak Obama. Jawapan Obama ialah terus melancarkan perang. Meluaskan lagi perang di Afghanistan, di Iraq dan membuka perang baru di Pakistan, Libya dan Syria. Berbilion bilion dolar hangus dalam perang. Mungkin rakyat dunia hairan ketika hampir 30 juta rakyat Amerika tanpa kerja dan lebih dari 4 juta warga Amerika tidur gelandangan di tepi jalan – Presiden Obama masih mahu melancarkan perang.

Pada minggu pertama 2012 ini telah lantang didengar bahawa Iran juga akan diserang. Rang undang-undang untuk menyekat ekonomi Iran telah diluluskan oleh Kongress Amerika. Akibatnya: harga minyak melonjak melintasi 100 dolar untuk satu tong. Dunia kapitalis mengigil takut. Jika perang pecah di Iran maka harga minyak akan meledak naik. Jelas kelihatan tidak ada lojik dalam dasar pentabiran Rumah Puteh. Seimbas pandang semua yang dilakukan oleh pentabiran Obama tidak masuk akal.

Tetapi awas! Semua yang dilakukan oleh Barack Obama ialah mengikut hukum-hukum dan syarat yang telah dipersetujui oleh orang-orang dan organisasi yang menobatkan Obama ke Rumah Puteh. Masuknya seorang berkulit hitam ke Rumah Puteh itu adalah satu rancangan yang telah dirancang oleh satu badan yang bergerak secara tertutup. Badan dan organisasi ini memiliki pelbagai nama dan bentuk. Ada yang rahsia, ada yang bergerak dibawah tanah dan ada yang bergerak terbuka.

Ada yang tersusun gelap dibawah Skull and Bones, Illuminati dan Free Mason. Ada yang bergerak dalam politik secara terbuka dan berkumpul dibawah lambang Neo-Con. Ada yang aktif cergas secara terbuka mempengaruhi dasar Amerika melalui Council of Foreign Relation. Secara gelap dan berahsia sosok-sosok ini akan berkumpul dan berbincang dan merancang program tahunan mereka di Bohemian Grove atau bertemu secara sulit dibawa jemputan Bidelberg Group.

Dalam apa pun organisasi yang mereka masuki tujuan asal mereka ialah untuk mendukung sistem ekonomi kapitalis. Mazhab dan rukun iman mereka ialah untuk melahirkan New World Order atau Satu Tata Dunia Yang Baru. Tata Dunia Baru dimana semua rakyat dunia akan tunduk dibawah pentabiran mereka.

Sebahagian besar dari ahli kumpulan ini adalah pemilik gedung dan syarikat besar dalam dunia. Tuan empunya bank dan gedung perniagaan mata wang. Tuan empunya syarikat senjata dan syarikat minyak. Tuan empunya syarikat media dan pemilik styesen tv. Merekalah yang mempengaruhi politik dunia harin ini.

Untuk perbandingan, kalau dalam negara kita mereka ini ialah keluarga Lim Goh Tong, Vincent Tan, Ananda Krishna, Daim Zainudin, Syed Mokhtar, Yeoh Tiong Lay, Mahathir Muhamad, Taib Mahmud - mereka inilah yang menggariskan dasar dan arah politik Malaysia. Justeru, secara micro politik kita sama seperti politik dunia yang dilakar oleh kumpulan Illuminati dan sekutunya.

Justeru ketika kita menyambut 2012 ini kita semua wajib sedar bahawa perancangan telah dibuat untuk memastikan perang akan berlanjutan. Negara Arab di Timur Tengah akan terus di kacau bilaukan. Kemungkinan Iran akan diserang bukan lagi satu yang mustahil. Perang dan kacau bilau akan melipat gandakan lagi keuntungan untuk kaum pemodal. TT

NOTA:
tulisan milik HISHAMUDIN RAIS ini telah disiarkan
dalam akhbar
SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
: 03-22-72-40-45

Tuesday, January 17, 2012

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1M) Menawarkan ROI 32% - Jangan Terperangkap!!




Sedar atau tidak, skim SARA 1M menawarkan ROI melebihi 32%! Dengan melabur RM5000, pulangan setahun mencecah RM1608 - menjadikan kiraan ROI (return of investment) sebanyak lebih 32% per annum. Jumlah ini wajar dikhuatiri, wajar diberi perhatian serius!

Di bawah ini Edyes rakamkan sebuah pengalaman jujur mengenai salah seorang mangsa pembeli amanah-amanah saham yang pernah ditawarkan pada awal 90an dulu. Pak cu (bukan nama sebenar), menceritakan keperitan yang dihadapinya apabila berhutang untuk membeli saham yang kononnya dijamin kerajaan.

Ikuti luahan Pak Cu;

Ambo ada pengalaman mengenai Amanah Saham. Sekitar tahun 1990an dulu negara digahkan dengan ekonomi yang kukuh.

Maka wujudlah pelbagai amanah saham, baik yang diuruskan oleh negeri mahupun pihak bank tertentu.Sebagai contohnya terdapat Amanah Saham Darul Iman (ASDI)Negeri Terengganu dan Amanah Saham Bank Simpanan Nasional (BSN).

Teruja dengan pulangan yang diwar-warkan lumayan, ambo membuat pinjaman dengan pihak bank untuk menyertai kedua-dua amanah itu dengan harapan dapatlah menikmati sedikit keberuntungan.

Inilah saja usaha dan perancangan ekonomi ambo sebagai orang kampung. Yang sadisnya tak sampai 10 tahun amanah tersebut berjalan, negara dikejutkan dengan senario ekonomi negara merudam.Kesan dan impaknya melibatkan juga amanah saham.

Daripada RM 1 seunit yang ambo beli, harganya turun hingga 30 sen seunit.

Harapan untuk mendapat bonus dan dividen tidak kesampaian. Bukan setakat itu saja ambo telah menjadi seorang penghutang kepada kedua-dua institiusi tersebut,yang menjadikan bebanan kewangan ambo meningkat setiap bulan.Ambo SERIK dengan apa jua amanah saham baharu yang ingin diterbitkan.

Ambo tidak mahu terpedaya lagi dengan pelbagai keuntungan dan faedah menarik yang DIKECURKAN.

Cukuplah sekali ....* cetusan kecewa bukan dalam konteks ASB

Tidakkah kita terfikir apa yang berlaku terhadap Pak Cu di atas akan berulang kembali kepada pembeli saham SARA 1M, yang disarankan oleh Najib supaya meminjam dari bank untuk melabur. Kejamnya sebuah kerajaan yang meletakkan rakyatnya yang bergaji bawah 3 ribu dalam keadaan risiko di atas nama 'skim bantuan sara hidup'.

Tiada pasaran saham yang dijamin. Sama seperti ASB, jika pada 90an kita kerap mendapat pulangan faedah sebanyak 12%. Namun dari tahun 1999 hingga 2011, perolehan dividen adalah sebanyak 6-7% sahaja. Justeru itu, apakah RM134 sebulan yang dijanjikan oleh Najib akan kekal?

Andainya kita meminjam untuk membeli saham ini, RM134 yang diperolehi setiap bulan itu akan ditolak dengan RM84 menjadikan perolehan bersih pemegang saham sebanyak RM50. Bagaimana sekiranya ekonomi merundum dan pendapatan pula hanya separuh dari RM134 iaitu RM67 sahaja, maka pemegang saham yang meminjam dari bank perlu pula membayar sebanyak RM17 setiap bulan kepada bank yang memberi pinjaman.

Kerajaan tetap tidak rugi kerana bukan kerajaan yang melabur. Kerajaan hanya menabur... iaitu menabur janji. Bukankah rakyat Malaysia sudah saban kali ditipu oleh kerajaan BN ? Mahukah anda kembali ditipu dan ditipu kembali?

Sila rujuk kembali entry penerangan tawaran luar biasa yang menyerupai PONZI, sila klik link di bawah;

edyesdotcom: WAJIB BACA: Kerajaan Minta Rakyat Pinjam Duit Dari Bank Untuk Melabur SKIM PONZI ?

A Samad Said Dilantik Pengerusi BERSIH !!



KUALA LUMPUR, 17 Jan — Datuk A Samad Said akan dilantik sebagai pengerusi bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dilihat akan memberi tekanan dalam menuntut transformasi pilihan raya negara.
Pengerusi Bersih Datuk S. Ambiga mengesahkan pelantikan itu kepada The Malaysian Insider, menambah satu pengumuman rasmi akan dibuat hari ini di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH).
“Ya. Saya sahkan mengenainya tetapi kami juga akan mengumuman lain,” katanya apabila ditanya sama ada pelantikan Samad sudah dibuat secara rasmi atau tidak.
Samad, Sasterawan Negara berusia 76 tahun ini yang mencipta fenomena baru semasa Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara pada 9 Julai lalu bagaimanapun enggan menjawab persoalan itu, sebaliknya mengulas sedang sibuk dengan “rancangan utama” Bersih.
“Saya tidak boleh hendak memberikan sebarang komen mengenai perkara itu tetapi akan ada satu pengumuman, elok anda datang dan dengar sendiri,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Samad menjadi perhatian selepas sajaknya bertajuk “Unggun Bersih” dideklamasikan semasa pelancaran Bersih 2.0, yang turut menyaksikan beliau dipanggil ke balai polis untuk soal siasat.
Penulis veteran ini merupakan antara peserta Bersih 2.0 yang berjaya tiba di Stadium Negara untuk mendesak pilihan raya bersih dan adil bersama Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.
Sementara peserta lain termasuk Ambiga dan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat ditahan pihak berkuasa.
Samad telah dinamakan sebagai pengerusi bersama Bersih melalui kenyataan akhbar baru-baru ini.
“Sidang media esok (hari ini) memang mengenai saya tapi saya tidak tahu secara terperinci. Saya juga diminta hadir lebih awal sebelum sidangh media diadakan,” katanya.
Ditanya sama ada akan menerima jawatan itu, Samad bagaimanapun ketawa sambil berkata ia akan diulas semasa sidang media diadakan.
“Apa-apa saya akan jawab semasa sidang media (sama ada mahu terima atau tidak), kita tunggu sahaja nanti,” katanya.
The Malaysian Insider difahamkan Bersih akan mengumumkan kempen terbarunya hari ini serta respons kepada prestasi semasa Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) yang diarahkan melihat cadangan pembaharuan pilihan raya.
“Kami akan umumkan kempen terbaru dan pandangan kami mengenai PSC,” kata Ambiga. TMI
 
EDYES wrote:
Ini berita baik! Ini berita baik!! BERSIH 3.0 way to go!!

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan