Inilah puncanya!! Kekalahan tidak dapat dielakkan dengan faktor yang 'BESAR' ini!!
Ayuh, bangkitlah. Saya percaya, setiap anak Pahang mempunyai darah kepahlawanan Mat Kilau, setiap anak Perak mempunyai semangat menentang penjajahan Datuk Maharajalela, setiap anak Terengganu mempunyai resam Rahman Limbung, dan akhir sekali, setiap anak Malayu mempunyai darah Jebat dalam memartabatkan keadilan. Bangkitlah bangsaku, menentang penjajah era baru, Kerajaan Penjajah. - Edy Noor Reduan
Tuesday, November 27, 2012
Punca Malaysia Dibelasah Singapura Telah Dikenalpasti!!
Patutlah, yang bagi motivasi pemain pun penakut pahit... takut debat, takut peguam perancis masuk Malaysia... patutlah kalah...
Ini pun GEMPAR juga LIVE dari Singapura - http://anakmudamalaysia.com/2012/11/gempar-live-dari-singapore-siaran-langsung-taklimat-scorpene-oleh-peguam-perancis-27nov-12tgh-klscah/
Kenyataan Terbuka
26 November 2012
Jika Skuad Kebangsaan Gagal ke Separuh Akhir, Undurlah Demi Sukan Bolasepak Negara (http://anakmudamalaysia.com/2012/11/jika-skuad-kebangsaan-gagal-ke-separuh-akhir-undurlah-demi-sukan-bolasepak-negara/)
Atas rasa tanggungjawab sebagai penggerak dan pelopor anak muda tanahair, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) merasakan sudah tiba masanya keputusan drastik harus dibuat bagi menyelamatkan bolasepak negara dari terus merundum.
Bolasepak merupakan sukan nombor satu negara, sukan yang paling diminati dari puluhan jenis sukan popular. Mustahil rakyat Malaysia tidak nampak apakah kelemahan dan kekurangan sebenar dan mustahil rakyat tidak tahu apakah faktor yang menyebabkan bolasepak negara tidak bermaya. Benarkah negara ini ketandusan bakat pemain sehingga gagal menyerlah dalam peringkat antarabangsa?
Percayalah bahawa negara ini tidak ketandusan pemain berbakat dan tidak juga ketandusan kepimpinan yang sebenarnya mampu membawa bolasepak negara ke tahap yang lebih baik. Cuma badan sukan bolasepak negara gagal menjalankan tanggungjawab tetapi tidak pula mengambil tanggungjawab dalam setiap kegagalan tersebut.
Puluhan tahun masa telah diberi, ratusan juta malah bilion ringgit telah dihabiskan, namun prestasi pemain kebangsaan bukan sahaja berada di takuk lama malah kini lebih jauh ketinggalan. Harus diingat, duit yang digunakan untuk pembangunan bolasepak itu adalah duit rakyat maka hasrat rakyat terbanyak harus diambil kira.
Sebagai sukan nombor satu di Malaysia, pastinya majoriti peminat mahukan prestasi terbaik mengikut kadar peruntukkan yang telah dilaburkan. Jika prestasi merosot pasti menimbulkan khuatir di kalangan peminat kerana telah banyak kali peluang telah diberikan untuk pasukan kebangsaan bangkit semula.
Bukan kali pertama bolasepak negara dilihat jatuh merundum, ia telah berlaku banyak kali termasuklah kemuncaknya pada tahun 2007 apabila Malaysia dibelasah teruk dalam ketiga-tiga perlawanan Piala Asia 2007. Malaysia tewas 0-5 kepada China, 0-5 kepada Uzbezkistan dan 0-2 kepada Iran walaupun ketika itu Malaysia sebagai tuan rumah bersama. Siri kekalahan memalukan itu berakhir dengan perletakkan jawatan Timbalan Presiden FAM Tengku Abdullah pada akhir Julai 2007. Ia juga kemuncak kedudukan tercorot pada awal 2008 apabila Malaysia menduduki tangga ke 170 dunia.
Perletakkan jawatan Tengku Abdullah merupakan satu keputusan yang tepat kerana bolasepak negara selepas itu kembali bersinar apabila bukan sahaja berjaya memperolehi pingat emas bolasepak sukan SEA kali pertama selepas dua dekad, malah pasukan Harimau Malaya turut berjaya menjuarai piala AFF edisi 2010 buat kali pertama dalam sejarah. Bolasepak negara kembali rancak, penyokong kembali memenuhi stadium dan Harimau Malaya kembali digeruni.
Namun sinar kebangkitan bolasepak tanahair dilihat tidak bertahan lama, tidak terus bangkit sepertimana yang diharapkan. Bolasepak negara hari ini disaksikan semakin tidak bermaya dengan permainan yang longgar tidak menunjukkan kegarangan.
Dalam beberapa perlawanan persahabatan kita tewas ditangan pasukan Vietnam dan Thailand. Pasukan malaysia juga hanya mampu seri dengan Hongkong, hampir tewas ditangan pasukan Filipina yang pernah kita tumbangkan dengan jaringan super besar 15-1. Baru-baru ini juga Kita gagal melepasi pasukan bolasepak Bangladesh sedangkan Thailand membelasah pasukan yang sama dengan jaringan lima gol tidak berbalas. Di manakah tahap sebenar permainan kita hari ini?
Semalam, Harimau Malaya bagaikan patah kaki apabila dibelasah tiga gol tidak berbalas oleh pasukan Singapura. Ini satu petunjuk jelas, bolasepak negara sekali lagi dalam bahaya. Persoalannya sampai bila? Wang berjuta diperuntukkan bukan untuk dihabis dengan hasil sebegini rupa?
Apakah yang sebenarnya perlu dilakukan? Presiden dan Timbalan Presiden FAM harus berundur?
Walaubagaimanapun, SAMM tetap optimis untuk melihat kejuaraan Piala AFF Suzuki dipertahankan oleh pasukan kebangsaan. Malaysia masih mempunyai peluang yang baik untuk mara ke separuh akhir setelah dibantu keputusan seri di antara Indonesia dan Laos. Terlebih dahulu Malaysia perlu membenam Laos sebelum membenam Indonesia dalam baki perlawanan kumpulan. Keputusan seri tidak banyak membantu dan jika kalah, maka ucapan selamat tinggal Piala AFF boleh dilafazkan.
Kita anak muda harus bersikap adil dalam perkara ini, peluang terakhir harus diberi sebelum sebarang keputusan drastik didesak. SAMM tetap menyokong pasukan kebangsaan sedia ada hingga ke wisel penamat dan menggesa orang ramai turun ke Bukit Jalil memberi sokongan mengambil kesempatan sebagai tuan rumah kejohanan. Sekurang-kurangnya peringkat separuh akhir kejohanan harus dijejak dan kejuaraan Piala AFF harus dipertahankan.
Namun sekiranya pasukan negara gagal melangkah ke peringkat separuh akhir, ia suatu perkara yang sukar diterima. Maka dengan keputusan seperti ini SAMM merafak sembah memohon supaya YM Presiden dan juga Timbalan Presiden FAM, memberi pertimbangan untuk melepaskan jawatan masing-masing, demi bolasepak negara.
SAMM juga mencadangkan Tan Sri Annuar Musa dilepaskan dari hukuman gantung FAM yang dikenakan ke atas beliau, dan Anwar Musa juga merupakan susuk paling berkaliber untuk dilantik sebagai Presiden FAM berdasarkan prestasi beliau dalam pengurusan dan pembangunan bolasepak peringkat negeri dan kebangsaan.
Inilah menifestasi anak muda yang ingin melihat bolasepak negara diselamatkan selain mengekang pembaziran melampau duit rakyat ke atas sukan bolasepak jika hasilnya tidak berbaloi.
Edy Noor Reduan
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Saturday, November 24, 2012
Sudah Semakin Hampir!!!!
Ayuh bersolidariti buat wira negara !
Kenyataan Umum
23 November 2012
Polis Digesa Iring Kemuncak Perarakan Anti-Lynas Sebagaimana Polis Iringi Nadir BumiSolidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menggesa pihak polis supaya mengiringi kemuncak perarakan Anti-Lynas iaitu peringkat terakhir menuju ke Dataran Merdeka, sebagaimana sejumlah besar pihak polis mengiring lebih 100 kontena yang mengandungi bahan nadir bumi.
Demi melindungi kepentingan syarikat besar konglomerat dari Australia, pihak polis telah dikerah untuk 'escort' dan membuat pemantauan proses mengalihkan nadir bumi dari lori kontena ke dalam kilang Lynas yang mengambil masa lebih 6 jam. Begitulah gigihnya anggota polis melindungi korperat barat.
Namun menjadi persoalan sekarang adakah pihak polis sanggup melindungi rakyat dalam perarakan Anti-Lynas yang dijangka besar-besaran masuk ke bandar Kuala Lumpur Ahad nanti?
Perarakkan yang bersimbolkan protes rakyat sejauh 300km dari Kuantan ke Kuala Lumpur turut disertai komrad SAMM dari Pahang, kini berada di sempadan negeri antara Pahang/Selangor dan sedia untuk merentasi Lebuhraya Karak. Perarakan Anti-Lynas akan menembusi benteng terakhir ke Kuala Lumpur bakal disambut meriah di plaza tol Karak pada petang Sabtu.
Kemuncaknya, SAMM dan seluruh warga kota akan bersama peserta Perarakan Anti-Lynas bergerak dari Stesen Komuter Sentul sekitar jam 2.00 petang menuju ke Dataran Merdeka yang menjadi lambang penyatuan rakyat sebagai titik akhir perarakan. Orang ramai yang ingin bersama acara kemuncak ini disaran hadir ke Stesen Komuter Sentul sebelum jam dua atau lebih awal bagi memudahkan perjalanan.
23 November 2012
Polis Digesa Iring Kemuncak Perarakan Anti-Lynas Sebagaimana Polis Iringi Nadir BumiSolidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menggesa pihak polis supaya mengiringi kemuncak perarakan Anti-Lynas iaitu peringkat terakhir menuju ke Dataran Merdeka, sebagaimana sejumlah besar pihak polis mengiring lebih 100 kontena yang mengandungi bahan nadir bumi.
Demi melindungi kepentingan syarikat besar konglomerat dari Australia, pihak polis telah dikerah untuk 'escort' dan membuat pemantauan proses mengalihkan nadir bumi dari lori kontena ke dalam kilang Lynas yang mengambil masa lebih 6 jam. Begitulah gigihnya anggota polis melindungi korperat barat.
Namun menjadi persoalan sekarang adakah pihak polis sanggup melindungi rakyat dalam perarakan Anti-Lynas yang dijangka besar-besaran masuk ke bandar Kuala Lumpur Ahad nanti?
Perarakkan yang bersimbolkan protes rakyat sejauh 300km dari Kuantan ke Kuala Lumpur turut disertai komrad SAMM dari Pahang, kini berada di sempadan negeri antara Pahang/Selangor dan sedia untuk merentasi Lebuhraya Karak. Perarakan Anti-Lynas akan menembusi benteng terakhir ke Kuala Lumpur bakal disambut meriah di plaza tol Karak pada petang Sabtu.
Kemuncaknya, SAMM dan seluruh warga kota akan bersama peserta Perarakan Anti-Lynas bergerak dari Stesen Komuter Sentul sekitar jam 2.00 petang menuju ke Dataran Merdeka yang menjadi lambang penyatuan rakyat sebagai titik akhir perarakan. Orang ramai yang ingin bersama acara kemuncak ini disaran hadir ke Stesen Komuter Sentul sebelum jam dua atau lebih awal bagi memudahkan perjalanan.
Titik-titik perhimpunan Adalah Seperti Berikut:
2:00ptg - Sentul KTM Station
2:30ptg - Titiwangsa Monorail Station
3:00ptg - Maju Junction/Wisma LLG
4.00ptg - DATARAN MERDEKA2:30ptg - Titiwangsa Monorail Station
3:00ptg - Maju Junction/Wisma LLG
Jika pihak polis sedia melindungi Lynas, maka untuk berlaku adil pihak polis juga lebih perlu untuk melindungi rakyat yang membantah dalam isu yang sama iaitu Lynas. SAMM menuntut pihak polis untuk tidak menghalang acara kemuncak perarakan Anti-Lynas malah harus bekerjasama menjadikan perarakan pada hari Ahad nanti berjalan dengan lancar.
Mobilisasi telah dibuat oleh semua pihak yang membantah kehadiran Lynas dan nadir buminya. Proses kesedaran juga telah sampai ke seluruh pelusuk negara. Kini masanya kita sama-sama ganding bahu menunjukkan solidariti buat wira pejalan kaki yang berjalan lebih 300 kilometer demi rakyat dan demi negara.
Sekian
che'GuBard
Ketua Penyelaras SAMM
Wednesday, November 21, 2012
Rajagopal Dedah Punca Kegagalan
Rajagopal memang layak disindir sedemikian rupa… Jika tak tahan sindiran, sila letak jawatan…
kah kah kah kah kah
Friday, November 16, 2012
Saturday, November 10, 2012
Saturday, November 3, 2012
[Gambar] Crowd Pelancaran #HimpunanKebangkitanRakyat
Walaupun hulan lebat sepanjang petang dan awal malam, Pelancaran #HKR tetap mendapat sambutan puluh ribu daripada rakyat
Sent from my Samsung Galaxy Tab