Friday, September 28, 2012

GEMPAR!! 83 Murid SK Parit Setongkat Keracunan Susu 1Malaysia!!


Siapa kata barangan keluaran 1Malaysia tidak berkualiti??

Aku tak percaya Utusan...

klik di sini untuk lihat penipuan terbaru SPR di bantu JPN

Penipuan Pilihanraya Semakin Parah - SAMM Desak Bubarkan SPR Sebelum Bubar Parlimen

Kenyataan Media
28 September 2012

Penipuan Pilihanraya Semakin Parah - SAMM Desak Bubarkan SPR Sebelum Bubar Parlimen


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) terus membongkar sebuah lagi penipuan dan persediaan untuk menipu secara besar-besaran oleh Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) dengan bantuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). 

Unit Pengesan Penipuan SPR (UPPSPR) sebuah sayap SAMM yang ditubuhkan dalam Rapat SAMM Kebangsaan yang lalu telah berjaya mengesan satu perkembangan tidak sihat telah diusahakan oleh jabatan-jabatan kerajaan untuk menutup kerja kotor SPR yang bertujuan mengekalkan kuasa regim Barisan Nasional. 

Berikut adalah penemuan baru yang berkaitan, membuktikan SPR bukan sahaja tidak melaksanakan salah satu daripada lapan tuntutan BERSIH iaitu membersihkan senarai pengundi, malah SPR didapati berusaha lebih gigih untuk memastikan regim terus berkuasa apabila berganding bahu dengan JPN;
1. Nama pelik dalam carian senarai pengundi yang tertulis hanya sebuah abjad istimewa 'apostrophe' telah ditemui selain daripada ribuan nama pelik yang didedahkan sebelum ini, tidak lagi boleh diusul periksa dalam sistem carian kad pengenalan dalam laman web JPN. Lihat keratan di bawah untuk kes terbaru nama abjad istimewa 'apostrophe' yang dikesan dalam sistem carian SPR;

Nama pelik abjad istimewa 'apostrophe' 

2. Cubaan UPPSPR untuk mendapatkan nama sebenar pemilik no kad pengenalan '781220135703' yang juga penama abjad istimewa 'apostrophe', dalam laman web yang disediakan JPN menemui jalan buntu apabila laman asal sistem pencarian telah diubah. Sistem carian kad pengenalan sebelum ini yang beralamat URL "http://www.jpn.gov.my/semakic/" - memaparkan nama dan status apabila dimasukkan nombor kad pengenalan tetapi URL laman tersebut gagal ditembus. Lihat contoh carian di bawah, ia adalah carian pada bulan Ogos 2011 ketika menemui nama pelik yang mempunyai 2 nombor kad pengenalan;

Sistem carian yang lama mempunyai ruangan nama
Alamat URL sistem carian yang lama gagal ditembus

3. Namun demikian, UPPSPR mendapati JPN telah menukar sistem carian baru di alamat URL "http://semakan.jpn.gov.my/semak_kpt/" yang tidak memaparkan nama pemilik kad pengenalan setelah nombor KP dimasukkan. Perubahan yang dilakukan JPN seolah-olah dirancang untuk menggagalkan sebarang usaha untuk mengesan penipuan SPR. Ia jelas satu langkah ke belakang apabila saki baki ketelusan sebelum ini dinafikan sama sekali. Lihat laman yang diperbaharui dalam gambar di bawah;
Laman baru, apabila dimasukkan nombor IC, hanya tertulis status permohonan
4. Perkembangan ini sangat membimbangkan selain menggambarkan sebuah kerjasama hebat telah terjalin di antara SPR dan JPN untuk mengambus penipuan pilihanraya. 
Justeru itu, SAMM mendesak agar JPN tampil menjawab apakah alasan dan tujuan mengubah sistem carian daripada yang lebih telus terperinci seperti sebelum ini kepada sistem carian yang menyembunyikan nama pemegang kad pengenalan.

SAMM melihat penemuan terbaru nama abjad istimewa 'apostrophe' membuktikan SPR tidak pernah berusaha membersihkan senarai pengundi sepertimana yang dituntut sejak tahun 2006. Ribuan nama pelik yang tidak dijustifikasi malah disusahkan lagi pencariannya dalam sistem carian JPN, berpuluh ribu nombor KP yang ada dalam senarai pengundi SPR tetapi tiada dalam sistem pangkalan data JPN, beratus ribu pengundi berada dalam kategori satu alamat diduduki ratusan pengundi pelbagai bangsa, semua ini masih tidak dibersihkan lagi oleh SPR dan tiada usaha konstruktif ke arah pembersihan senarai pengundi.

Apalagi yang boleh diharapkan dari SPR yang semakin hari semakin mengarut? Desakkan terhadap timbalan dan pengerusi SPR yang dikenalpasti sebagai ahli Umno supaya segera meletakkan jawatan tidak diendahkan. Jawatan tertinggi SPR sepatutnya diserah kepada individu lebih layak yang tidak menyertai mana-mana parti politik.

SAMM juga melihat SPR sebagai badan yang tiada kredibiliti lagi selain tidak berintegriti dalam memastikan ketelusan menjalankan kerja-kerja pengurusan pilihanraya. Rakyat yang mengimpikan demokrasi sudah hilang kepercayaan terhadap SPR. 

Dengan ini, SAMM mendesak keras agar SPR dibubarkan terlebih dahulu sebelum parlimen dibubarkan. SAMM menyeru rakyat seluruh negara, NGO dan NGI bersama bergerak mendesak SPR dibubarkan. Tekanan hebat harus diberikan kepada SPR supaya menyerahkan tanggungjawab menjaga perihal pilihanraya kepada badan lain yang lebih profesional dan punya integriti dalam menjalankan tanggungjawab.

Ayuh semua, gerakan mendesak SPR dibubarkan sebelum parlimen Malaysia dibubar harus diperhebat demi menjamin demokrasi dan masa depan negara.

Sekian


Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
www.anakmudamalaysia.com
email: edyesdotcom@gmail.com

Thursday, September 27, 2012

Karnival Konsert BERSIH (13 Oktober 2012) - Tawaran Hebat Set DVD BERSIH Merdeka Rakyat Dengan Pakej Menarik!!!


Ayuh hadir ke KARNIVAL KONSERT BERSIH yang akan berlangsung di Stadium Kelana Jaya (Stadium MBPJ) pada 13 Oktober 2012 dan anda berpeluang untuk mendapatkan DVD Merdeka Rakyat bersama pakej yang menarik.

DVD BERSIH Merdeka Rakyat telah dilancarkan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pada siri awal Jelajah Merdeka Rakyat di mana dokumentari 59 minit ini ditayangkan satu jam sebelum setiap siri Merdeka Rakyat bermula. Diterbit sendiri oleh SAMM, DVD ini wajib dimiliki dan ditayangkan di setiap rumah bagi meningkatkan kesedaran selain menafikan pengaruh dari media perdana yang berat sebelah dalam isu Menuntut Pilihanraya Bersih dan Adil khususnya peristiwa bersejarah BERSIH 3.0.

Dokumentari BERSIH Merdeka Rakyat juga memberi tekanan yang besar kepada KDN apabila memberikan gambaran sebenar apakah yang sebenarnya berlaku pada 28 April, sehingga KDN gagal menayangkan video kononnya keganasan peserta BERSIH setelah beberapa kali tertangguh. Dokumentari ini juga mengimbau kembali bagaimana sejarah himpunan BERSIH bermula dengan segmen BERSIH 1 dan 2 dan mengapa himpunan BERSIH berlaku. 


Turut dimuatkan dalam DVD ini ialah kompilasi keganasan pihak polis yang sehingga hari ini didiamkan dan tidak mampu dijawab oleh mana-mana pihak apakah undang-undang yang membenarkan pihak polis memukul, menendang, memijak dan rata-ratanya seperti cubaan membunuh yang dilakukan terhadap peserta himpunan aman yang diperuntukkan dalam perlembagaan. Himpunan BERSIH berlangsung aman sebelum pihak polis yang merusuh. 

SAMM juga melalui DVD BERSIH Merdeka Rakyat ini menjelaskan bahawa kononnya peserta BERSIH menyebabkan kenderaan polis terbalik adalah suntingan tidak adil yang disiarkan dalam Buletin TV3, malah SAMM membuktikan provokasi sebenar yang berlaku dan apakah punca kenderaan polis diterbalikkan. 

Hadirlah beramai-ramai ke konsert BERSIH, menghayati 8 tuntutan BERSIH yang masih belum dilaksanakan secara konstruktif sambil menyokong sebuah pilihanraya yang bersih dan adil pada PRU-13. Pastikan anda tidak pulang tangan kosong, dapatkan DVD Bersih Merdeka Rakyat.

Sekian

EDYES @ edyesdotcom
Solidariti Anak Muda Malaysia

Wednesday, September 26, 2012

PUTRAJAYA TERGUGAT - Sinar Harian (26 Sept)

BN akan tumbang PRU-13!! Yakinlah!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, September 25, 2012

Lagu Negaraku Dihina!! Buru Timbalan Menteri SK Devamany!!




Kenyataan Media
25 September 2012

Hina Lagu Negaraku, Timbalan Menteri SK Devamany Harus Diburu

Merujuk kepada laporan portal Malaysiakini, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memandang serius kenyataan dangkal seorang Timbalan Menteri apabila mengatakan Gangnam lebih popular dari lagu kebangsaan Negaraku. Membandingkan lagu Negaraku dan Gangnam adalah keterlaluan dan lagu Negaraku tidak sepatutnya dihina sedemikian rupa.

Kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, SK Devamany telah menghina lagu Negaraku dengan merendahkan taraf lagu tersebut lebih rendah dari Gangnam. Sepatutnya lagu kebangsaan mempunyai kedudukannya yang tersendiri sama seperti bendera kebangsaan.

Sepertimana yang berlaku pada malam ambang kemerdekaan ketika seorang anak muda menunjukkan ekspresi terhadap gambar pemimpin negara yang kemudiannya ditekan hebat, SK Devamany harus juga diburu, digari dan dibicarakan atas akta hasutan kerana menyebabkan kekeliruan orang ramai yang membandingkan lagu Gangnam dan Negaraku yang sebenarnya tidak layak dibuat perbandingan.

SAMM meminta pihak berwajib menjalankan tugas bagi menyiasat apakah motif lagu Negaraku dihina sedemikian. Apakah sebab lagu Negaraku memang dipandang sebelah mata kerana asal usulnya, maka penghinaan sebegini tidak diambil serius? SAMM juga menyeru orang ramai, NGO dan NGI bertindak memberi tekanan terhadap SK Devamany.

Sekian


Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Monday, September 24, 2012

Ayuh Sokong Royalti !! Bukan Sekadar Isu Negeri, Tetapi Merangkumi Isu Kedaulatan Negara!


Sidang media Gabungan NGO sokong himpunan 'R' (menuntut royalti petroleum Kelantan)

Tarikh : 25 Sept (Selasa)
Masa : 12.30tghari
Tempat : Markas Operasi ABU, No.17-1,Jln 109E, Tmn Desa Off Jln Kelang Lama (sebelah Bomba Taman Desa)

Jemput semua wakil ngo atau individu dtg utk beri sokongan. Akan umum prog besar 'R' di Lembah Kelang dlm 2-3 Okt. Ini isu kedaulatan bukan hanya isu negeri Kelantan.

Pertanyaan 0102675872, Pengarah Propaganda SAMM
www.anakmudamalaysia.com

GEMPAR GILABABI!!! Wanita Umno Dirasuk Syaitan Dalam Pesta Aidilfitri Merdeka!!!

Video ada bawah!!!


SEBAB TU AKU RASA NAK MUNTAH BILA NAJIB DAN MUHYIDIN KATA UMNO PERTAHAN AGAMA ISLAM!!! WTF???

GEMPAR!! Lagi Pasal Air - MPTawau Disaman RM100 Juta Kerana Biar 377 Penduduk Minum Air Mayat!!



SEJUMLAH 337 penghuni perumahan Taman Titingan di Tawau kelmarin memfailkan tuntutan saman berjumlah RM100 juta terhadap Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dan Jurunilai & Perunding Hartanah Sabah (JPHS) atas dakwaan cuai sehingga menyebabkan mayat hampir reput dijumpai di dalam tangki simpanan perumahan berkenaan.

Penduduk yang diwakili peguam Chong Kian Ming, memfailkan saman terhadap MPT sebagai defendan pertama dan JPHS selaku defendan kedua di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau kira-kira jam 2.45 petang.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa pada 12 Mei 2012, selepas beberapa kali membuat aduan sejak 30 April 2012 berhubung bau air paip tidak menyenangkan di perumahan itu, seorang daripada pekerja defendan menjumpai mayat hampir reput di dalam satu daripada tangki simpanan air perumahan itu.

Plaintif juga mendakwa sejak 20 April 2012, mereka menyedari perubahan bau air tidak menyenangkan yang dibekalkan kepada mereka dari tangki simpanan berkenaan dan mereka telah meminum serta menggunakan air dari tangki yang dicemari mayat hampir reput itu.

Menurut plaintif, penemuan mayat hampir reput yang tidak diketahui identitinya dan bukan penghuni perumahan itu di dalam satu daripada tangki simpanan perumahan Taman Titingan, adalah disebabkan kecuaian defendan kedua yang merupakan ejen defendan pertama.

Plaintif mendakwa pihak defendan telah melakukan enam kecuaian termasuk membiarkan tangki simpanan berkenaan tidak dikawal sehingga memudahkan sesiapa sahaja memasukinya dan gagal menghalang si mati daripada memasuki kawasan perumahan seterusnya masuk ke dalam satu daripada tangki simpanan di situ.

Plaintif mendakwa pihak defendan telah cuai sehingga gagal mengambil langkah berkesan bagi menghalang sesiapa sahaja daripada memasuki kawasan tangki simpanan air perumahan itu.

Defendan juga didakwa cuai dengan tidak mengambil langkah berkesan sama ada memeriksa dan menjalankan ujian bagi memastikan tidak ada dan tidak akan ada risiko pencemaran apabila plaintif membuat aduan kepada defendan kedua mengenai perubahan bau air berkenaan.

Plaintif mendakwa disebabkan kecuaian defendan berkenaan, mereka telah terminum air tercemar dalam tempoh tertentu dan akibatnya mereka sangat tertekan.

Selain menuntut RM100 juta, plantif juga menuntut supaya semua paip di dalam atau di luar rumah penghuni serta kesemua tangki simpanan air perumahan berkenaan diganti dengan yang baharu. (Bernama)


WUEKKKKKK..... Situasi air di Sabah ini 100juta kali lebih kotor daripada air di Kelantan...

GEMPAR!!! Dosa Hina Kelantan Air Kotor, Kini Bukan Pahang Sahaja Air Kotor Tapi 'STATE of THE ART'!!!

AMBIK OBAT!! Syaitan punya setan selalu hina air kotor di Kelantan... Sekarang bukan hanya di Pahang, tapi penduduk di Putrajaya tempat paling canggih berstatus MSC pun ada masalah air kotor!!! Inilah hasil kerja kotor Barisan Nasional...

PS: Ini status FB member aku for real!! Dia kerja Gomen dan tertakluk kepada akta 'OSA' maka aku tutup mana yang patut...

Sunday, September 23, 2012

Sebarang Rujukan Mengenai UMNO Baru Haruslah Ditulis 'UMNO Baru'...


hahaha kalau depa tak tulis Umno Baru, maka kita tulis UMNO BARU AAAA....

Now, siapa kata Umno hormat mahkamah ? Atau Mahkamah ini Umno Barua yang punya?

Saturday, September 22, 2012

Hanya Boleh Dilihat Dengan Lensa 3D... Cubalah!


JANGAN KELIRU!!

Bukan sekadar lensa 3D, tetapi lensa 3D yang sudah di'mantera' sahaja membolehkan anda melihat jumlah sebenar hadirin yang membanjiri ceramah Umno masakini...

Curi Untuk Beli Nasi - Penjara 16 Bulan... TETAPI...



TETAPI...


Rembat harta rakyat RM24 juta, penjara 12 bulan sahaja...

Wahai pakcik yang kat atas tu, adalah lebih baik kau jadi syaitan yang curi RM24 juta daripada kau curi sedikit-sedikit untuk sesuap nasi... 

Friday, September 14, 2012

Kali ke-3 Bas Merdeka Rakyat Disimbah Cat Merah - Setan Punya Syaitan!


1. Buat kali ketiga bas Jelalah Merdeka Rakyat disimbah cat merah membuktikan golongan-golongan syaitan yang dikenali ini berada dalam keadaan tertekan.

2. Sanggup meninggalkan kewajipan solat Jumaat untuk mengambil kesempatan (ketika orang ramai solat jumaat) demi melampiaskan nafsu hasad kedengkian - Ini dasar syaitan!

3. Banyak pengusaha pinjaman wang tidak berlesen merungut kerna menghadapi kesukaran untuk mendapatkan cat merah menurut salah seorang pengusaha iaitu sdr Ah Long Bukit Beruntung. Tambahnya, paten modus operandi membaling cat telah dicuri oleh golongan syaitan ini mendorong Ah Long untuk menyaman Umno syaitan yang dikenali.

4. Di atas masalah teknikal, lori trailer Merdeka Rakyat gagal untuk bertransformasi menjadi Optimus Prime.

5. Dicadangkan juga bas Merdeka Rakyat dicat sepenuhnya dengan warna merah, maka ia dapat meminimakan kadar kesan serangan cat merah... pasti ramai syaitan yang nak sponsor.

6. Semoga setiap kali perjalanan, pemandu dan penumpang bas disaran untuk membacakan "A'uzubillahiminashyaitonirrojimmmm" dan juga membacakan ayat kursi untuk elak gangguan syaitan yang tidak dikenalpasti mahupun syaitan yang dikenali...

sekian

Thursday, September 13, 2012

GEMPAR!! RIBUAN KERUSI HADIR CERAMAH UMNO!! (Video ada dalam)


KESIAN DIA... KESIAN DIA...

sumber rakan FB: Atheros Athelon

Tuesday, September 11, 2012

LAGI 2 SEN, SAHAM FELDA TERUS KRITIKAL!!


SAHAM FELDA KRITIKAL !!

Semakan pagi ini menunjukkan harga saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) terus merudum.

Pada jam 11.30 pagi ini, harga saham itu berada pada tahap RM4.58 – turun 10 sen berbanding harga ketika kaunter ditutup semalam.

Setakat ini, saham itu mencatat harga paling rendah di tahap RM4.57, menghampiri harga tawaran pemulaannya pada RM4.55.

Trend ini berterusan walaupun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja terus meningkatkan pegangannya daripada lima peratus kepada 6.8 peratus.

Jun lalu, FGV mengeluarkan IPO kedua paling besar di dunia.

Harga saham itu turun melampaui tahap psikologi RM5 minggu lalu dan trend itu berterusan sejak Julai lalu.

Dagangan saham di Bursa Malaysia jatuh 15 mata daripada 1,618 mata ketika berita ini ditulis. - mkini


HABISLAH FELDA TERGADAI!! DARI AWAL LAGI DAH BAGITAU...

NOW ORANG MELAYU FELDA AKAN BERHUTANG PULAK!! NAK JUAL X BOLEH SEBAB DAH NAK TURUN BAWAH PADA HARGA JUALAN!! 

AKHIRNYA, FELDA AKAN DIKUASAI OLEH TAUKEH JUDI YANG DAH BELI SAHAM FGVH BERBILION!!

UMNO BAKAL KEHILANGAN BESAR PENGUNDI FELDA DENGAN KESEDARAN INI!!!

VIDEO NAJIB BEAN DAH HILANG, TIMBUL VIDEO NAJIB-ROSMAH GANGNAM STYLE!!


WOITTT...  APA BEZA TUNJUK BONTOT DENGAN MENARI ORANG SABAH STYLE NIE ?

WALAUPUN VIDEO BEAN (ANAK ORANG KAMPUNG) DAH HILANG, TAPI HADIR PULA VIDEO BARU... KEBODOHAN NAJIB TIDAK BOLEH DISEKAT!

PM KITA SEBENARNYA SPESIS MR BEAN !!

MAKIN DIBENCI PM KITA NIE...


PATUT LA NEGARA JAHANAM DAN SEMUA LANGKAH SUMBNAG... MR BEAN JADI PM KITA!!

Wednesday, September 5, 2012

Sedarlah Wahai Polis, Jangan Jadi Aparat Regim!!

INI BILA KAU NAK TANGKAP?? 1Malaysia, tapi ada dua set undang-undang! pegi mampos dengan lahanat yang menjadi anjing suruhan !! Kepada yang boleh berubah, ayuh lawan kebathilan!!

Ini taknak siasat?

Ini taknak tangkap??

Ini lagi tak guna, kenapa tak tangkap ??

Terang-terang nampak muka dan pakai baju / topi Barisan Nasional

Pijak kepala lembu dalam isu kuil - HINA AGAMA HINDU!!