Wednesday, November 30, 2011

Cabar dan.... Lari....




... Mungkin dari perhitungan Shamsul (gambar kiri), seandainya UMNO tidak berbuat demikian, maka ia mampu membongkarkan kemunafikan UMNO di depan masyarakat Melayu, lantas Melayu sedar dan mengalihkan sokongannya dari UMNO. Jikalau inilah perkiraanya, maka ia jelas naif - kerana UMNO terkenal sebagai parti politik perkauman.  Strateginya senang, seandainya UMNO membalas cabarannya dengan menawarkan agar ahli parlimen PKR atau PAS menyokong bersama agar pindaan ini dibuat, apa pula pendirian PKR, malah Pakatan Rakyat?

Di sini langkah percaturan politik Shamsul ini mematikan PKR untuk kali kedua, di depan Melayu - sungguhpun dua kali Shamsul terselamat dalam pemilihan sebagai Ketua AMK....

Baca sepenuhnya di sini

Lagi al-kisahnya boboi di sini

Perarakkan "Walk for freedom 2 walk" Turut Disertai Penyokong Seksualiti Merdeka




 MasyaAllah... apa nak jadi nie...

Ketika isu seksualiti merdeka mula-mula meletup, TV3 dengan jahatnya menyebut Seksualiti Merdeka dalam Buletin Utama sebagai "Pesta Seks Bebas". Ini fitnah besar! Walaupun kita sokong atau tidak sokong sesuatu perkara itu, ia bukan satu lesen untuk fitnah dihalalkan.

Malam tadi, sekali lagi fitnah menjadi hidangan Buletin Utama yang ditonton oleh jutaan umat. Buletin Utama turut mengakui perarakan peguam "Walk for freedom 2 walk" untuk membantah bil perhimpunan aman disertai oleh lebih seribu peserta. Namun pada akhir babak berita tersebut, TV3 menyebut perarakkan itu disertai oleh penyokong BERSIH dan Seksualiti Merdeka.


Ini sesuatu yang pelik. Sejak bila Seksualiti Merdeka dikaitkan dengan BERSIH? Budak-budak upahan seperti dalam gambar di atas mengenakan baju kuning kononnya mewakili seketariat BERSIH membawa bersama sepanduk "Perhimpunan Seks Bebas 2.0" yang berlogo Seksualiti Merdeka. Ini menipu cara gila-babi !!

Secara jelas kumpulan budak-budak berbaju kuning tidak menyertai langsung perarakkan peguam menuju ke Parlimen. Namun TV3 dengan sengaja mengambil shoot kedudukkan kumpulan budak-budak ini bersama kain rentangnya dan sekali gus menabur fitnah terhadap penonton, kononnya mereka turut menyertai perarakkan.

Kesian aku tengok budak-budak upahan nie...dan aku lagi kesian pada TV3 kerana membenarkan debu fitnah berterbangan tidak berpenghujung... 

Pendedahan asal dari blog adinda MiloSuam - klik di sini

Tuesday, November 29, 2011

Forum "Bersekutu Mendesak Perubahan" AzizBari-AbuHassan-ZainalKidam




Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mempersembahkan sebuah forum bertajuk "Bersekutu Mendesak Perubahan".

Sebuah forum kemuncak bagi tahun 2011, mengupas kebebasan media dan akademik, bicara mengenai RUU Bil Perhimpunan Aman yang baru diluluskan, serta isu-isu semasa.

Berikut adalah maklumat dan tentatif program;

Tajuk Forum: Bersekutu Mendesak Perubahan

Panel-panel:
Prof Aziz Bari (Pakar Perlembagaan)
Prof Abu Hassan Hasbullah (Zentrum)
Prof Zainal Kidam (Biro Pendidikan PAS Pusat)


Moderator: Che'GuBard (Pengasas SAMM)

Tarikh: 03 Disember 2011 (Sabtu)
Masa: 8.30pm
Venue: Dewan Melur, Jalan Jesper 7/16, Seksyen 7 Shah Alam (Berdekatan UNISEL)

Untuk pertanyaan, sila hubungi : 013-5918017 Farel

Semua dijemput hadir.

Pengamal media turut dijemput untuk membuat liputan dan, mohon hebahan.

Lulus Bil Perhimpunan Aman Membawa Protes Tukar Regim di Jalanraya!!! (Video Wajib Lihat)





Jangan Lupa Jasa Skuad B-23 Harimau Muda !





KENYATAAN UMUM
SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA (SAMM)
28 NOV 2011


Sudah jatuh ditimpa tangga, itulah nasib yang menimpa pasukan bawah-23 kebangsaan yang tewas secara 'terkejut' kepada pasukan bawah-23 Bahrain walaupun pasukan negara mendahului dua gol sehingga minit ke-79.

Mendahului pada minit ke-30 dengan satu jaringan yang menakjubkan oleh pemain termuda atas padang, Faiz Nazmi, dan pasukan Harimau Muda menambah satu lagi gol pada minit ke-67 oleh jaringan Mahali Jasuli setelah Bahrain bermain hanya dengan 10 pemain, tidak mampu menterjemahkah sebarang mata. Akhirnya harapan untuk ke Olimpik 2012 hanya tinggal kenangan.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengambil pendekatan akan tetap bersama pasukan Harimau Muda, ingin mengingatkan semua bahawa rata-rata pemain dari pasukan Harimau Muda ini sangat berjasa kepada negara apabila bukan sahaja menamatkan kemarau pingat emas sukan SEA dua tahun lalu dan mempertahankannya dalam edisi sukan SEA kali ini. Pasukan Harimau Muda juga sebahagiannya terlibat dalam menjulang Piala AFF Suzuki yang menobatkan pasukan kebangsaan sebagai Juara Asia Tenggara.

Pasukan yang sama juga mengembalikan maruah seluruh kontigen sukan SEA negara setelah dihina dan dicerca oleh tuan rumah Indonesia di sepanjang temasya berlangsung, akhirnya anak-anak harimau ini jugalah yang mempalit duka ke atas ratusan juta rakyat Indonesia. Bukanlah kita nak bergaduh dengan kem Indonesia yang kuat provokasinya terhadap kem negara, tetapi menumbangkan garuda pada final sukan SEA adalah begitu bermakna selain kepuasan menyentap ego mereka.

Pasukan bawah-23 negara adalah pasukan kebanggaan kita yang tidak harus dipersalahkan hanya kerana 5 minit terleka. Barangkali kita lupa sebelum masuk ke padang, pasukan Bahrain sebenarnya bukan pasukan setara mengikut ranking dunia. Kedudukkan pasukan kebangsaan adalah lebih 50 anak tangga di belakang pasukan Bahrain. Oleh demikian, apakah kita terlalu kejam menghukum apabila tewas 2-3 kepada Bahrain sedangkan tiada harapan yang menggunung diletakkan dalam perlawanan tersebut?

Walaupun kita kecewa, namun bagi SAMM kita harus bersama ketika susah dan senang. Itulah resam dalam memberi sokongan membina, bukan mengkritik semata-mata hingga membawa rebah. Janganlah hanya menyanjung tinggi ketika menang tetapi bila kalah terus buat pelbagai spekulasi.

Sikap sesetengah pihak termasuklah blogger yang penyokong kerajaan dan juga akhbar Kosmo yang menghina pasukan kebangsaan setelah kekalahan kepada Bahrain adalah sangat tidak wajar. Blogger Umno tersebut telah menyentuh peribadi salah seorang pemain kebangsaan manakala akhbar kosmo dalam tajuk utama sukan hari ini mengatakan "Harimau Malaya memalukan negara". Apakah sumbangan blogger dan juga penulis akhbar Kosmo ini kepada sukan tanahair sehingga tergamak berkata demikian? Pasukan Harimau Muda Layak ke peringkat kumpulan kelayakkan sukan Olimpik juga sebenarnya telah membuktikan pasukan ini adalah produk terbaik negara.

SAMM melihat pasukan Harimau Muda ini harus diberi ruang untuk menganalisi apa yang terjadi malam itu dan menjadikannya iktibar buat mana-mana peringkat pasukan yang mewakili negara. Pasukan Harimau Muda ini juga harus diberi pendedahan lebih meluas terutamanya dari aspek pertahanan mental dan masih belum terlambat skuad bawah 23 ini terus digilap.

Sebagai penggerak anak muda, SAMM hadir sebagai platform anak muda untuk berani bersuara, bukan hadir ke dalam kelompok sukan ini untuk berpolitik semata-mata. SAMM membawa resam anak muda yang mempertahankan hak serta kebenaran. Memandangkan sukan adalah bidang utama untuk anak muda, SAMM menyahut cabaran anak muda untuk bersama dalam pelbagai program termasuklah dalam memberi sokongan terhadap pasukan Harimau Muda. Ia merangkumi sebarang usahasama dengan NGO anak muda lain seperti Ultras Malaya, demi sukan negara.

Semoga skuad bawah-23 Harimau Muda negara mempamir aksi cemerlang dalam temasya atau perlawanan akan datang. SAMM tetap memberikan sokongan walau apajua keputusannya asalkan pasukan kebangsaan menunjukkan semangat dan juga permainan menarik seperti ketika mendahului 2 gol terhadap Bahrain.


Yaser Sheikh Abdul Rahman
Penyelaras SAMM segmentasi Anak Muda
www.anakmudamalaysia.com

Monday, November 28, 2011

Boboi Janji Tak Buat Lagi!!




Teringat zaman sekolah dulu... bila anak dah buat salah, mak bapak kena menjawab... Apa punya turr....

Boboi kena janji yer, jangan buat lagi... Boboi jangan cakap bukan-bukan, papa bagi belanja sekolah tiap-tiap hari dan belanja poket tiap-tiap bulan bukan untuk cakap bukan-bukan... Papa belikan macam-macam, bukan untuk dapat result yang menyedihkan sampai papa pulak yang kena menjawab...

Teruk lah boboi nie... tak boleh harap... papa sendiri kena bagitau pulak pada mak ani (mkini) supaya jangan sebarkan pasal Bersih-bersih tu... buh pi lah demo apanama pun, tapi tukaq tang bersih tu... 

Boboi nie ketua pengawas, tak boleh ghaplah2 tak tentu hala... papa dah adjust bagi boboi jadi ketua pengawas, boboi jangan la malukan papa...

Nie papa bagi last warning, paih nie kalau kena mengadap lagi, hang jawablah sorang-sorang...

kah kah kah kah kah...

EDYES @ edyesdotcom
selingan berbisa

Thursday, November 24, 2011

Perdana Menteri: Mahasiswa Akan Dibenar Menjadi Ahli Parti UMNO !



Berikut adalah kenyataan Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi di dalam laman sosial twitter;

PM umum akn pinda Sek 15 AUKU: benarkn msiswa jd ahli parti politik, w'pun tak benar brjawatan parti. 


Kenyataan di atas juga bermaksud - Perdana Menteri akan mengumumkan akta AUKU seksyen 15 akan dipinda seterusnya membolehkan setiap mahasiswa menjadi ahli kepada parti politik. Walaubagaimanapun, mahasiswa tidak dibenarkan memegang jawatan dalam parti.

Ini merupakan suatu langkah transformasi yang baik. Mengumumkan pelbagai langkah baik adalah merupakan sesuatu yang mudah. Sebagai contoh, kerajaan melalui Perdana Menterinya boleh sahaja mengumumkan harga barang itu dan ini turun ke harga siling yang selesa kepada rakyat. Namun apakah ianya berhasil dalam aspek perlaksanaan?

Contoh seterusnya ialah, apabila kerajaan mengumumkan pemansuhan ISA dalam satu majlis yang gilang gemilang dengan liputan paling meluas beberapa minggu yang lalu. Ketika itu hampir semua saluran telivisyen menyiarkan ucapan Najib Razak mengumumkan ISA dimansuhkan. Bukalah TV123, pelbagai saluran radio dan beberapa penyiar swasta, nasional dan internasional, semuanya menjadi saksi ucapan Najib memansuhkan akta keselamatan dalam negeri.

Tetapi malang bagi rakyat Malaysia kerana mempunyai bukan satu, tetapi dua Perdana Menteri flip-flop. Tidak sampai dua bulan selepas mengumumkan pemansuhan akta ISA, akta yang sama ini terus digunakan kepada rakyat dengan penahanan 11 orang di Sabah, antara yang ditahan ialah aktivis PAS. 

Apakah hukuman setimpal untuk rakyat yang menggelar Perdana Menteri penipu, apabila sebenarnya Perdana Menteri itu memang menipu? Atau bagaimana jika kita gelar Najib adalah Bapa Penipuan?

Kali ini, Perdana Menteri yang sama iaitu Najib Razak akan membuat satu lagi pengumuman. Najib bakal mengumumkan sebuah pindaan akta AUKU yang membolehkan mahasiswa berpolitik. Benarkah??

Edyes tidak pasti apakah sebenarnya pindaan akta AUKU ini bermaksud, membenarkan semua mahasiswa menyertai parti politik asalkan ianya UMNO dan rakan-rakan sebarisan? Manakala mahasiswa yang menjadi ahli politik pembangkang pula akan ditukarkan ke kampus-kampus tercorok? Ini biasa sahaja berlaku dikalangan penjawat awam dan cikgu-cikgu yang menyokong pembangkang secara terbuka mahupun secara terkantoi.

Mahasiswa wajib melihat pengumuman ini sebagai satu taktik licik. Ketika mahasiswa dibenarkan berpolitik atau menjadi ahli politik sepertimana pindaan yang diumumkan kelak, ditakdirkan mahasiswa ditangkap kerana menyertai ceramah umum yang bakal digelar perhimpunan haram setelah akta perhimpunan aman dilaksana, maka mahasiswa ini akan didenda dan mungkin dibuang dari universiti. Ibarat taktik penjajah, inilah yang dinamakan 'transformasi'.

Bermodalkan slogan 'transformasi' yang diadaptasi daripada filem Transformers, tindakkan Najib sekali lagi diragui. Logikanya daripada filem Transformers, lori akan bertukar menjadi robot mengikut kesesuaian dan keperluan, robot yang sama juga akan bertukar menjadi lori bila diperlukan sedemikian. Maka boleh kita rumuskan 'transformasi' yang dibawa oleh Najib Razak adalah perubahan yang sama, cuma berbeza rupa-bentuknya sahaja mengikut keperluan semasa!

Oleh demikian, perlukah kita percaya dengan pengumuman Najib yang seterusnya? Memansuhkan ISA, penyediaan jawatankuasa khas parlimen untuk pilihanraya, Rang Undang-Undang akta perhimpunan aman, pindaan akta AUKU, dan pelbagai lagi pengumuman, di kala rakyat negara ini menghadapi krisis keyakinan terhadap Perdana Menteri, masihkah ada yang boleh dipercayai ?!

Sebagai mahasiswa, harus lebih bijak dalam membuat tafsiran. Sebagai rakyat marhain, berjuanglah menuntut hak kebebasan dan menuntut taraf kehidupan yang lebih layak untuk sebuah negara kaya seperti... Malaysia


EDYES @ edyesdotcom
Court of Public oPinion

Rakyat Patut hukum MP yang Sokong RUU Menindas dan Menutup Ruang Demokrasi





Kenyataan Media
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
23 November 2011


Menyebut pembentangan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman di Dewan Rakyat kononnya bagi menjamin kebebasan berhimpun adalah retorik terbesar Kerajaan Najib Razak dalam merealisasikan apa yang dikata 'Transformasi Politik'. Memang ianya suatu transformasi, tetapi malangnya ia menuju ke arah yang lebih negetif apabila satu demi satu hak rakyat dinafikan terutamanya dalam tajuk berhimpun.

Rakyat negara ini seolah-olah diijanjikan sebuah sinar harapan apabila beberapa langkah Kerajaan Malaysia termasuklah pemansuhkan akta keselamatan dalam negeri (ISA), namun akhirnya rakyat sekali lagi ditipu atas nama transformasi Barisan Nasional apabila akta tersebut masih lagi digunakan di Sabah baru-baru ini menahan antaranya dikenali sebagai aktivis PAS.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memandang serius pembentangan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman, melihat pembentangan RUU ini sebagai satu perangkap yang licik. Tiada lagi perhimpunan akan diberi laluan kepada pihak yang dicop berfahaman politik yang menentang dasar kerajaan walaupun perhimpunan itu di dalam kawasan persendirian, maka tiada lagi ceramah umum akan dibenarkan. Kita sebenarnya menuju ke pemerintahan kuku besi dalam bahasa lunak yang dicanang kerajaan pemerintah. 

SAMM menyarankan semua pihak mengambil sikap berhati-hati dan setiap langkah kerajaan itu harus diterjemah dengan lebih berhati-hati kerana rakyat sudah muak untuk ditipu berkali-kali dan terus ditipu lagi. Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman secara halus akan menyekat ruang demokrasi buat rakyat. Inikah Transformasi politik yang dilaungkan oleh Najib Razak? Ia lebih mencengkam dan menafikan ruang demokrasi dari undang-undang sebelum ini (akta polis) sebelum ini.

Akhirnya bila penguasa menggunakan undang-undang untuk menindas rakyat, perlawanan menjadi wajib. Lebih kuat rakyat ditekan dan dicengkam oleh regim pemerintah, maka secara langsung dan tidak langsung ia memupuk api kemarahan lalu semangat perlawanan itu meruncing ke penghujungnya. Rakyat harus sedar negara sedar mengundur kebelakang dalam perbagai bidang termasuk menutup ruang demokrasi. bangkit dan hentikan segera sebelum terlambat.

Pergerakan anak muda SAMM berpendapat, Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman yang akan dibentangkan ini satu lagi proses penipuan regim penguasa. Rakyat diseru bangkit. Ahli parlimen yang menyokong rang undang-undang seperti ini harus dihukum.



che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
www.anakmudamalaysia.com
http://chegubard.blogspot.com
email : chegubard@gmail.com

Tuesday, November 22, 2011

Ayuh Bersama SAMM Esok ke Bukit Jalil Untuk Pertemuan M'sia-Syria Pula !!



Simbolik - Garuda dikejar Harimau Muda !

SAMM bersama Ultras Malaya menyokong Harimau Malaya dari Seksyen 7 Shah Alam
SAMM dan Ultras Malaya meraikan kejayaan pasukan kebangsaan. Turut bersama pemenang cabutan bertuah.
Videoklip akan dimuat-naik dalam sedikit masa


KENYATAAN UMUM
Solidariti Anak Muda Malaysia(SAMM)
22 November 2011


Tahniah buat pasukan Harimau Muda!!

120 minit yang amat mendebarkan semua pengunjung Restoran Al-Hakim Seksyen 7 Shah Alam, di mana Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) , mahasiswa SMM dan kumpulan Ultras Malaya berhimpun menonton perlawanan Akhir acara bolasepak sukan SEA ke-26.

Walaupun telah berhempas-pulas memenangi pingat emas sukan SEA, namun ia bukan suatu pelepasan cuti buat skuad bawah-23 kebangsaan. Pasukan Harimau Muda yang sama ini juga, yang telah menumbangkan ego tuan rumah sukan SEA iaitu Indonesia pada malam tadi, akan bertemu Syria pula dalam kelayakkan Sukan Olimpik pada malam esok!!

Komrad SAMM mengucapkan syabas kepada pasukan Malaysia kerana berjaya mempertahankan ibu segala pingat dalam sukan SEA iaitu emas dalam acara bolasepak. Kejayaan itu tidak datang dengan mudah tetapi dengan hanya semangat juang yang tinggi dan faktor pertahan maruah juga merupakan peranan penting merebut kejuaraan.

Edisi sukan SEA dua tahun lalu, pasukan Harimau menamatkan kemarau 20 tahun pingat emas. Kejayaan kali ini dilihat oleh SAMM sebagai lebih manis apabila kita bukan sahaja pertahankan pingat emas tersebut, tetapi menumpaskan Indonesia pada 'saat Malaysia dicerca sepanjang temasya' adalah suatu yang amat bersignifikasi.

Bagi SAMM, tahap persembahan dalam perlawanan malam tadi tidak lagi menjadi ukuran. Menjengah ke perlawanan akhir sukan SEA acara bolasepak sudah membuktikan betapa pasukan negara bukanlah calang-calang pasukan. Malaysia dan bolasepak tidak lagi dikaitkan dengan pasukan belasahan, Malaysia dan bolasepak juga tidak lagi kenali sebagai jaguh kampung.

Adalah menjadi kebanggaan apabila malam tadi Malaysia muncul juara acara bolasepak sukan SEA untuk dua tahun berturut-turut. Harapan anak muda SAMM agar pasukan pelapis Harimau Muda berjaya mendapatkan hatrik dalam mempertahan pingat emas di temasha sukan akan datang yang dijangka jatuh pada 2013.

Garuda sudah dibaham harimau, tetapi halangan berikutnya tidak jauh di depan. Untuk perlawanan menentang Syria malam esok (23 November), komrad SAMM juga akan turun ke Stadium Bukit Jalil beramai-ramai untuk memberi sokongan padu kepada skuad Harimau Malaya. SAMM juga menyeru kepada semua anak muda untuk hadir ke stadium sebagai bukti menjunjung semangat kecintaan terhadap tanahair.

Dalam aktiviti anjuran SAMM kebangsaan kali ini, che'GuBard ketua penyelaras SAMM juga akan turut bersama ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk memberi sokongan kepada pasukan negara. 

Perlawanan menentang Syria adalah satu tugas berat buat skuad negara, namun dengan 'gelora' Bukit Jalil yang penuh ia pasti menjadi suatu kelebihan buat sang harimau muda.

Semoga malam esok Harimau Malaya berjaya kekalkan rentak sang juara! Bertemu Syria dalam kondisi kepenatan mengharungi jadual perlawanan yang padat sukan SEA, adalah suatu yang amat mencabar. Persetankan rasa penat itu, kami anak muda SAMM di belakang Harimau Malaya!!


Edy Noor Reduan (EDYES)
Pengarah Propaganda SAMM
www.anakmudamalaysia.com


Maklumat mengenai perlawanan malam esok;
Tiket-tiket untuk menyaksikan perlawanan kedua pusingan ketiga kelayakan Olimpik 2012 antara skuad Olimpik kebangsaan menentang Syria telah ditetapkan pada harga RM40 bagi tempat duduk utama dan RM20 bagi tempat duduk terbuka.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini, tiket-tiket tersebut boleh dibeli di Stadium Shah Alam, Selangor dan Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 dan 23 Nov ini bermula pukul 9 pagi hingga 7 malam.
“Tiket-tiket juga boleh dibeli pada hari perlawanan (23 Nov) bermula pukul 9 pagi sehingga 3 petang di Stadium Shah Alam dan dari pukul 9 pagi sehingga waktu rehat perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil,” kata FAM.
Tiket-tiket berkenaan juga boleh dibeli secara on-line di www.tickethotline.com.my.

Perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 23 Nov ini bermula pukul 8.45 malam. Skuad Olimpik kebangsaan tumpas 0-2 kepada Jepun di Stadium Tosu, Fukuoka pada perlawanan pertama, 21 Sept lepas.

Monday, November 21, 2011

Anak Muda Bersama Harimau Malaya Anjuran SAMM dan SMM (Malam Ini)


Anak-anak muda, para mahasiswa dan bapa-bapa berjiwa muda dijemput untuk bersama-sama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menonton sambil menyokong pasukan kebangsaan Malaysia yang akan menentang Indonesia malam ini di Seksyan 7 Shah Alam.

Malaysia akan mempertahankan kejuaraan pingat emas sukan SEA di Laos dua tahun lalu manakala Indonesia pula merebut pingat emas yang pertama buat mereka dalam acara bolasepak sejak 20 tahun yang lalu.

Anak Muda Bersama Harimau Malaya akan berlangsung di Restoran Al-Hakim, Seksyen 7, Shah Alam, 21 Nov (Malam ini) jam 8.00pm. 

Cabutan bertuah disediakan bagi yang hadir dalam aktiviti kali ini!!!

Anjuran SAMM Segmentasi Mahasiswa & kumpulan mahasiswa SMM .. Pertanyaan farel 0135918017 .. SEBARKAN !!!!!!



PS: Kepada komrad SAMM Selangor, kehadiran anda adalah wajib untuk satu sesi suai-kenal yang serba santai.

Sunday, November 20, 2011

Ceramah Chegubard Malam Ini (20 Nov) di Kota Raja

Ceramah @chegubard malam ini di Taman Sri Lembayung, Sek 25, Sri Muda. Semua dijemput Hadir

Instruction

Ikut highway LAKSA dari Shah Alam, tol Sri Muda exit Bukit Kemuning. terus ikut jalan Jitu hingga jumpa simpang 3, ikut kiri... Then follow bendera PAS

Friday, November 18, 2011

Tahniah Harimau Malaya!!




Sekalung tahniah! Perjalanan untuk pertahan kejuaraan pingat emas sukan SEA sebenarnya masih panjang.

Selain daripada bersedia untuk lawan Myanmar di separuh akhir, Pasukan kebangsaan juga harus bersedia untuk kembali bertemu Indonesia di Final Sukan SEA!

Dalam perlawanan yang dimenangi oleh pasukan negara sebentar tadi, Indonesia dikatakan telah menurunkan kebanyakkan pemain barisan simpanan. Apa yang dilakukan jurulatih Indonesia turut menyebabkan bukan sahaja pengulas sukan negara, Haji Zainal Abidin Rawop menjadi bingung seketika malah Edyes juga tercari-cari apakah motif sebenar.

Walaupun perlawanan perebutan tempat pertama-kedua ini sangat penting, Indonesia kononnya sengaja menyimpan kekuatan sebenar. Ini adalah sifat penakut pasukan Indonesia kerana kekalahan malam ini akan menyebabkan suatu keadaan anti-klimax sekiranya Indonesia menurunkan seluruh kekuatan.

Oleh demikian, untuk mengekang sebarang rasa malu sekiranya tertewas dengan kekuatan penuh, maka atas sebab ini Indonesia turun dengan hanya beberapa pemain utama. Jelas sikap kem Indonesia ini tidak bersifat anak jantan!

Indonesia juga mengambil kesempatan menggunakan pemain-pemain simpanannya untuk mengasak keras secara fizikal terhadap pasukan kebangsaan yang rata-rata cuba bermain bersih memandangkan tekanan hebat dari 'pemain ke-12' Indonesia.

Semua pemain kebangsaan bawah-23 tahun negara bermain dengan cemerlang kecuali penyerang tinggi lampai Izaq Faris yang banyak lepas peluang, tidak guna kelebihan yang ada dan tiada kelajuan yang diharapkan. Pujian harus diberikan kepada pemain paling muda atas padang, yang kita dapat lihat begitu cool serta mempunyai kawalan bola 'menarik'.

Edyes jangka Malaysia akan bertemu semula pasukan Indonesia di Final nanti. Ketika itu pemain negara harus lebih cekal dan bermain dengan penuh displin!

Semoga kita dapat pertahankan Emas paling penting dalam temasya sukan terbesar asia tenggara.


EDYES @ edyesdotcom
Blogger Sukan Anda


Thursday, November 17, 2011

Konvoi 'Titian Kasih ke Memali' SAMM



Gambar ketika permulaan Konvoi Raksasa Rembau-Permatang Pauh SAMM pada Akhir 2010


Kenyataan Umum
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
17 November 2011



Sebagai anak muda yang berusaha melakar sejarah, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan menganjurkan sebuah konvoi sempena ulangtahun ke-26 peristiwa Memali yang berlaku 19 November 1985. Konvoi yang diterajui sendiri oleh Ketua Penyelaras SAMM Chegubard, akan bermula dari Seremban dan singgah di Pulau Pinang untuk berkumpul dengan komrad SAMM dari utara sebelum meneruskan perjalanan ke Memali.

Konvoi 'Titian Kasih ke Memali' anjuran SAMM adalah bagi memperingati tragedi berdarah Memali yang memperlihatkan kekejaman kerajaan Malaysia menyerang kedudukan Ustaz Ibrahim Libya di Memali, Baling. Kesudahannya, 14 orang pejuang Islam termasuk ustaz Ibrahim Libya telah shahid di medan mempertahankan Islam, dan berpuluh yang lain telah ditahan serta dipenjarakan.

Status mereka sebagai syahid disahkan oleh ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah, Tuan Guru Haji Yahya Junid dan Ustaz Azahari Abd Razak. Tetapi pihak kerajaan telah menuduh kematian pejuang-pejuang Islam ini adalah 'bughah', iaitu penderhaka kepada pemerintah.

Tragedi Memali adalah sejarah hitam yang disorokkan kebenarannya. Pejuang-pejuang Islam yang gugur syahid ekoran mempertahankan hak mereka yang mahu di tangkap oleh Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh UMNO/BN, telah dituduh dengan pelbagai label supaya pembunuhan ini dihalalkan.

Sudahlah mereka dibunuh dengan kejam, Ibrahim Libya dan pengikutnya dituduh pula sebagai penjenayah, mengamal ajaran sesat, pelampau, komunis, bughah dan sebagainya. Tuduhan-tuduhan ini kekal bersama sejarah dan seterusnya memberi kesan yang amat besar terhadap waris-waris as-shahid.

Bagi SAMM, sejarah ini harus diperbetul dan maruah semua waris perlu dikembalikan. Selama 26 tahun lamanya waris Memali menanggung keperitan hidup, dicela dan dihina. Tidak keterlaluan untuk fail sejarah ini dibuka semula dan dikaji oleh pengamal sejarah yang ahli. Jika as-syahid yang terdiri daripada penegak agama Allah di bumi Memali ini sebenarnya tidak bersalah, maka SAMM berjanji untuk pastikan sejarah ini kembali diubah lantas waris wajib diberi penghormatan serta pampasan yang setimpal.

Atas faktor mencari kebenaran, SAMM sendiri akan meredah belantara untuk menemui saki-baki beberapa waris dalam program konvoi 'Titian Kasih ke Memali'. Selain dari itu, sumbangan dari poket kecil anak muda SAMM juga akan disalurkan kepada waris Memali. Biar kecil sumbangannya asal besar pengertiannya. Konvoi ini juga sepenuhnya menggunakan perbelanjaan sendiri, sebagaimana resam anak muda yang mengejar Fisabilillah.

Konvoi akan mula bergerak dari Seremban pada malam hari Jumaat(18hb November) dan seterusnya akan menghabiskan sepanjang hari Sabtu di Memali. Salah satu rumah waris juga akan dipilih untuk diadakan bacaan Yasin. SAMM juga akan turut bersama dalam program PAS pada hari yang sama sempena ulangtahun memperingati peristiwa Memali.

Aktiviti konvoi membawa anak muda mengenali sejarah merupakan satu tuntutan demi melihat kekejaman yang dilakukan oleh sang penguasa penerus legasi penjajah. Dari pengamatan sejarah kejam ini, akan membawa anak muda SAMM mencipta sejarah !

Keras lawan keras, Api lawan API !


Yasir Sheikh Abdul Rahman
Penyelaras SAMM Segmentasi Anak Muda
www.anakmudamalaysia.com

Wednesday, November 16, 2011

Dapatkan Risalah 'Isu Cincin Puaka' Secara Percuma di Taman Melati Malam Ini (16Nov)!!



Salam hormat,

Kepada penduduk Taman Melati, Taman Permata, Taman Melawati, sekitar Wangsa Maju, Setiawangsa, Jelatik, Ampang dan sekitar Gombak, anda berpeluang untuk dapatkan risalah penjelasan isu cincin berpuaka malam ini. Semoga penerima risalah ini dapat melelapkan mata kerana dikhuatiri kepuakaan rosmah akan menghantui tidur malam anda.

Ayuh datang beramai-ramai...


Ceramah Umum Isu Cincin

Penceramah :-

Dato' Dr Tan Kwee Kong(Penyelaras Parlimen Wangsa Maju)
Sdr CheguBard (Ketua Penyelaras SAMM)
Y.B Dato' Johari Abdul (Ahli Parlimen Sg Petani)
Tempat : Dewan Org Ramai Taman Melati
Tarikh : 16/11/2011 (Malam Ini)
Semua dijemput hadir

Ahli SAMM Wilayah WAJIB hadir

Azmir Hj Mustafa
Penyelaras SAMM Wilayah

Lintas Langsung: Pelancaran Petisyen Menuntut P'raya BERSIH

Sekarang, sedang berlangsung sidang akhbar "Mencari Keadilan" untuk arwah Badaruddin Ahmad - Wira BERSIH 2.0 yang gugur di medan 'perang'.

Dalam majlis yang sama, dilancarkan juga satu petisyen menuntut Pilihanraya BERSIH.

Nantikan laporan penuh...

Bila Rakyat 1Malaysia Ditipu Kerajaan 1Malaysia...




Ujian makmal ke atas sos cili yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) mendapati tahap raksa dan plumbum melebihi paras yang dibenarkan dalam Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.
Dalam laporan draf penyelidikan perbandingan produk yang diperolehi oleh Malaysiakini, Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (Standards Users) mendapati 3.64ppm plumbum dan 0.08ppm raksa atau merkuri dalam sos cili 1Malaysia.

Sedangkan, tahap yang dibenarkan untuk sos cili adalah 2ppm bagi plumbun manakala 0.05ppm untuk raksa.

Laporan itu membandingkan sos cili jenama 1Malaysia dengan tiga jenama lain, iaitu Tesco Value, Life dan Lingham. Semua jenama berkenaan didapati mematuhi had yang ditetapkan, malah kadar mereka juga jauh lebih rendah daripada yang dibenarkan oleh undang-undang.

Ujian bagi produk berkenaan dijalankan oleh Unipeq Sdn Bhd, sebuah syarikat yang ditauliahkan di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) oleh Jabatan Standard Malaysia.

Ketika dihubungi, ketua pegawai eksekutif, Standard Users, DN Ratna berkata, organisasinya telah menjalankan penyelidikan seumpama itu selama lebih tiga tahun dan memutuskan untuk memasukkan produk 1Malaysia dalam kajian kerana pengguna sedang digalakkan membeli produk itu.
"Kesan logam berat itu boleh menyebabkan keracunan. Jika seseorang menggunakan jenama itu bagi jangkamasa yang lama, logam itu akan terkumpul di rambut, tisu dan bahagian-bahagian badan yang lain ... Jika mereka orang yang terdedah itu tidak sihat, maka kesannya lebih cepat dan nyata.

"Ini berkaitan logam berat, mereka (Kementerian Kesihatan) sepatutnya tidak membenarkan jualan produk itu sehingga mereka sahkannya dengan ujian sendiri dan mengambil tindakan lanjut," katanya.

Menurut laporan itu, raksa yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan kepada sistem saraf pusat tunjang serta sistem endokrin, yang berpotensi membawa kepada kerosakan buah pinggang.


Salam 1Malaysia(baca = penipu),
Apa dah jadi dengan kedai 1Malaysia? Sebelum nie susu, sekarang sos cili. Sedar atau tidak, semua ini adalah barangan keperluan yang rata-ratanya digunakan setiap hari.

Apakah bangsat sangat rakyat Malaysia golongan susah di negara ini, apabila kedai 1Malaysia yang menyasarkan golongan susah telah menjual barangan keperluan yang bukan sahaja tidak berkualiti malah bahaya untuk kesihatan! Lebih ramai rakyat Malaysia akan menginap di hospital selepas menggunakan barangan 1Malaysia, lebih malang bila hospital 1Malaysia pula selalu penuh sesak dan wardnya selalu penuh.

Apa sahaja perkara yang berkaitan dengan 1Malaysia adalah penipuan. Kedai 1Malaysia sebelum ini juga didapati menjual bendera, topi Umno/BN dan pelbagai lagi keperluan pilihanraya. Sepatutnya kalau betul 1Malaysia, bendera parti pembangkang juga boleh dijual. 



Lagi, Restoran 1Malaysia juga tidak meletakkan harga yang sama kepada rakyat biasa, tidak sepertimana yang ditawarkan kepada Perdana Menteri. Dapat kita lihat bagaimana mewahnya lauk yang diambil oleh Najib Razak hanya dikenakan RM4 sahaja, tapi bila kita ambil lauk walaupun tidak semewah Najib, kita dikenakan RM6 serba satu. Ini satu penipuan jelas, 1Malaysia digunakan untuk menipu orang ramai terutamanya golongan susah.




Pasukan Formula Satu negara iaitu Team Lotus pada awalnya dicadangkan supaya diberi nama Team 1Malaysia, selari dengan memperkenalkan Malaysia di mata dunia. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, mimpilah kalau nak tengok kereta racing F1 diwarnai warna bendera kebangsaan. Idea kereta racing F1 warna bendera Malaysia berakhir di kandang cadangan sahaja.


Jadi kenapa nak sokong 1Malaysia yang menipu? Janganlah benarkan diri anda semua ditipu siang dan malam, sedarlah rakyat kita dah lama dibangsatkan... 

Edyes ambil contoh mudah, kereta Waja jual di Australia dan negara arab pada harga RM32k dengan spek yang dibanggakan, tetapi untuk rakyat sendiri kita dikerah untuk bayar 60k lebih untuk speks longkang. Hasilnya, rakyat buat hutang 9 tahun dengan bayaran RM600 sebulan. Bayangkan jika kita peroleh harga RM32k, sudah tentu pinjaman hanya sekitar RM300 sebulan dengan tempoh pinjaman yang sama. Hasilnya, rakyat boleh menyimpan dengan skala ini.


Mengapa rakyat Australia terus dibiarkan mewah, tetapi rakyat negara ini terus dihimpit. Tahukah anda semua dengan pendapatan per kapita rakyat negara Australia yang tinggi, harga kereta proton yang dijual di sana adalah didapati sangat-sangat murah!


Fikir-fikirlah, anak-anak muda harus mengambil peluang untuk buat perubahan. Sedarlah bahawa kita berada di sebuah negara yang menindas rakyatnya, di atas nama 1Malaysia !!

Baca semula tulisan yang Edyes nukili hampir 4 tahun lalu - Kerajaan Penjajah !


EDYES @ edyesdotcom


Tuesday, November 15, 2011

Mesyuarat BN: P'raya atau rombakan kabinet? - Malaysiakini

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membuat spekulasi bahawa rombakan kabinet akan diadakan, memandangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan bermesyuarat dengan ketua-ketua parti komponen malam ini.

NONELim, yang juga setiausaha agung DAP, menyifatkan mesyuarat yang dijadualkan malam ini sebagai "menarik" dan mengandaikan salah satu daripada dua perkara yang dijangkakannya itu.

"Ia mungkin pembubaran Dewan Rakyat, tetapi kemungkinannya kecil. Tetapi ada satu lagi sebab, yang kebanyakan orang tidak jangkakan - rombakan kabinet," katanya kepada pemberita di Pulau Pinang hari ini.

Jika ia mengenai rombakan kabinet, Lim berkata persoalan yang akan timbul adalah sama ada Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan kekal memandangkan kemelut projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dimiliki keluarganya.

azlan"Adakah beliau (Shahrizat) akan digugurkan? Daripada menternak lembu di ladang, beliau mahu ternak lembu di sebuah kondominium," sindir Lim.

Sebelum ini, pemimpin BN menuntut perletakan jawatan Shahrizat. Ia termasuk Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) Datuk Bung Moktar Radin memberitahu Dewan Rakyat bahawa menteri kabinet yang bertanggungjawab patut meletakkan jawatan.


EDYES wrote:
Untuk apa satu rombakkan kabinet bagi tempoh 6 bulan?? Apa yang sempat menteri baru lakukan dalam tempoh tidak sampai 6 bulan dari lantikan?

Kalau bukan rombakkan kabinet, apakah mesyuarat malam ini adalah berkisar rombakkan parlimen?

Adakah Najib berani untuk bubar parlimen ? Ada perbezaan ketara di antara protes BERSIH dan protes menukar kerajaan... Selagi rakyat memilih untuk turun ke jalanraya di atas tajuk BERSIH, selagi itu pilihanraya masih menjadi pilihan. Ingatlah!

Kenyataan SAMM hari ini -SAMM Sambut Kehadiran BERSIH 3.0

 

SAMM Sambut Kehadiran BERSIH 3.0






Kenyataan Terbuka
Solidariti Anak Muda Malaysia(SAMM)
15 Nov 2011

Kerajaan Barisan Nasional terus ditekan supaya membuat pertimbangan serius dalam merealisasikan tuntutan pilihanraya bersih dan adil.

Setakat hari ini, kerajaan melalui agensi SPR dilihat masih tidak membuat apa-apa pendekatan awal untuk baik-pulih sistem pilihanraya terutamanya dalam aspek tuntutan yang tidak memerlukan perubahan akta seperti penggunaan dakwat kekal.

Dalam PRU 2008, pihak SPR telah membeli sejumlah dakwat kekal bernilai RM8juta untuk digunakan dalam pilihanraya tersebut. Malangnya atas desakan kerajaan, SPR telah menarik semula penggunaan dakwat kekal empat hari sebelum PRU-12 walaupun menyedari tindakkan penarikan itu membazirkan RM8 juta wang negara selain menimbulkan keraguan besar. Peristiwa pembatalan penggunaan dakwat kekal di saat-saat akhir itu juga membuktikan SPR mempunyai kuasa untuk membuat keputusan tanpa sebarang perubahan akta di parlimen. Ia diakui sendiri oleh pakar perlembagaan, Aziz Bari.

Dalam perkembangan lain, timbul pelbagai spekulasi negetif terhadap SPR dan JPN dalam isu kewarganegaraan segera untuk membenarkan warga asing mengundi dan juga spekulasi memanjangkan penggunaan undi pos kepada anggota RELA dan penjawat awam selain polis dan tentera. Ini sama sekali bukan satu usaha baik-pulih sistem pilihanraya tetapi melacur sistem pilihanraya demi untuk terus berkuasa. Ia tidak selari dengan usaha merealisasi tuntutan BERSIH 2.0.

Justeru itu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memberi sokongan penuh untuk BERSIH 3.0 sedia dilancarkan bila-bila masa dari sekarang. SAMM melihat pelancaran BERSIH 3.0 adalah demi memastikan BN benar-benar menunaikan janjinya terlebih dahulu sebelum membubarkan parlimen. Tarikh untuk perhimpunan BERSIH 3.0 juga sudah dipilih dan akan diumumkan oleh seketariat BERSIH dalam masa terdekat.

BERSIH 3.0 yang bakal dilancarkan ini juga bertujuan untuk memberi kata dua kepada Perdana Menteri samada lakukan perubahan sistem pilihanraya terlebih dahulu sebelum PRU13 atau berdepan dengan satu lagi perhimpunan protes rakyat terbesar dalam sejarah.

SAMM berpendapat, pengumuman tarikh BERSIH 3.0 akan turut menjadi faktor pemantau perjalanan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) supaya ia tidak dilengah-lengahkan dengan sengaja di atas muslihat tertentu. Penetapan tarikh BERSIH 3.0 adalah selari dengan peluang yang diberi kepada kerajaan untuk buktikan penambah-baikkan sistem pilihanraya melalui PSC.

Seandainya apabila tiba masanya kerajaan terus berdolak-dalik dalam soal tuntutan BERSIH sebelum ini, BERSIH 3.0 ketika itu sudah bersedia dengan mobilisasi besar dan Kuala Lumpur bakal sekali lagi dipenuhi lautan rakyat tidak kira apa warna kulitnya dan apa jua warna bajunya. SAMM tetap bergerak ke arah mobilisasi BERSIH 3.0 walaupun PSC sedang dalam proses sebagai langkah berjaga-jaga.

Harus diingat, setiap mereka yang turun pada BERSIH 2.0 akan tetap hadir lagi sekali apabila menyedari tiada apa yang boleh menghalang 120 ribu rakyat berhimpun di Kuala Lumpur pada tanggal 9 Julai lalu. Mereka yang tidak sempat hadir pada BERSIH 2.0 juga akan turun bersama apabila menyedari demi demokrasi, tiada apa yang perlu ditakuti apabila hak untuk berhimpun itu wujud dalam perlembagaan.

Berapa ratus ribu yang akan turun dalam BERSIH 3.0 bukan soalnya lagi. Kerana kali ini semua yang hadir turut bersedia untuk dicekup dan ditangkap, memandangkan makanan yang disediakan adalah semewah RM25 sekepala. Pihak berwajib perlu sediakan kem tahanan yang lebih besar untuk BERSIH 3.0 kerana rakyat yang hadir kali ini semuanya lapar... Lapar demokrasi!

SAMM dengan ini, menyatakan tahap sedia bukan sahaja untuk turun berdemonstrasi secara aman, tetapi bersedia untuk ditahan oleh pihak berkuasa dengan syarat, sediakan makan minum secukupnya kerana ramai akan bersama SAMM untuk ditahan dan kemudian dibenarkan makan percuma.

BERSIH 3.0 akan membuka tirainya bila-bila masa dari sekarang. Tarikhnya akan diumum sebagai amaran bagi pihak kerajaan supaya serius melaksana reformasi pilihanraya.

Jangan sekali-kali 'under-estimate' kekuatan rakyat. SAMM bersama ratusan NGO sudah buktikan mobilisasi rakyat kuat di BERSIH 2.0 dan kami tiada masalah untuk buktikannya semula dalam BERSIH 3.0.


Edy Noor Reduan (EDYES)
Pengarah Propaganda SAMM
www.anakmudamalaysia.com

Monday, November 14, 2011

Black: Pilihanraya Sebelum Reformasi?

Oleh Amin 'Black' Iskandar

Demonstrasi anjuran BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu sedikit sebanyak membuahkan hasil.

Selain dari berjaya menyedarkan orang ramai tentang pentingnya reformasi dilakukan terhadap proses pilihan raya di Malaysia, ia juga menyebabkan kerajaan Malaysia terpaksa menubuhkan jawatankuasa pilihan khas bagi menambah baik sistem pilihan raya (PSC).

PSC terdiri daripada wakil BN, Pakatan Rakyat dan bebas. BN diwakili oleh Datuk Seri Maxumus Ongkili, Datuk Alexander Nanta Linggi, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad, Tan Sri Dr Fong Chan Onn dan P Kamalanathan.

Manakala Pakatan pula menghantar Azmin Ali, Dr Hatta Ramli dan Anthony Loke. Bebas pula diwakili oleh Wee Choo Keong.

Tanggungjawab, peranan dan tugas PSC ini adalah mengkaji perkara-perkara yang akan memperkukuhkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mengkaji proses pilihan raya yang bebas dan adil.

PSC yang diluluskan penubuhannya oleh Dewan Rakyat pada 3 Oktober 2011 akan bertugas selama enam bulan dari tarikh penubuhannya.

PSC mempelawa wakil pertubuhan, persatuan berdaftar dan individu untuk mengemukakan cadangan atau syor yang boleh memperbaiki proses pilihan raya di Malaysia.

11.11.11

Oleh kerana sistem pilihan raya di Malaysia memberikan kuasa penuh kepada perdana menteri untuk menentukan tarikh, ia sering mengundang spekulasi.

Ramai pihak yang percaya, pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) akan dilaksanakan sebelum PSC selesai menjalankan tugas.

Terdapat berberapa faktor yang menyebabkan ada pihak yang percaya bahawa pilihan raya akan diadakan dalam jangka masa terdekat.

Belanjawan 2012 yang diumumkan baru-baru ini oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak dianggap oleh sesetengah pihak sebagai "belanjawan pilihan raya" oleh kerana terdapat banyak pemberian wang tunai secara "one off" kepada banyak golongan dan habuan-habuan yang besar kepada sektor awam.

Tambahan lagi diambang sambutan hari Malaysia pada malam 16 September 2011, perdana menteri mengumumkan bahawa kerajaan akan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan berberapa undang-undang "draconian" yang lain.

Tindakan ini dilihat sebagai satu langkah untuk mendapatkan undi popular dalam pilihan raya apatah lagi pemansuhan ISA adalah diantara agenda utama perjuangan Pakatan.

Malahan ada juga pihak yang percaya pembubaran parlimen akan berlaku pada hari ini, 11.11.11 (11 November 2011) oleh kerana angka sebelas dikatakan sebagai angka kegemaran Najib.

Undang kemarahan

Jika benar PRU 13 akan dilaksanakan sebelum PSC selesai menjalankan tugas, tindakan ini akan mengundang kemarahan ramai pihak.

Kerajaan akan dilihat "tidak ikhlas" dalam usaha untuk memperbaiki sistem pilihan raya di Malaysia dan penubuhan PSC hanyalah satu "wayang" untuk mengula-gulakan rakyat jelata.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) - sebuah organisasi yang semakin berkembang popular dikalangan anak muda - dan berberapa organisasi lain baru-baru ini mengadakan sidang akhbar.

Sidang akhbar tersebut bertujuan untuk memberi kata dua kepada kerajaan - jika PRU 13 dilaksanakan sebelum reformasi pilihan raya dilaksanakan, sebuah mobilisasi rakyat secara besar-besaran akan dilakukan untuk membantah tindakan tersebut.

"Maka tidak menolak kemungkinan kali ini rakyat turun bukan sahaja untuk melakukan protes tapi benar - benar untuk menukar regim yang sekian lama gagal menjamin hak rakyat untuk mendapatkan proses demokrasi pilihan raya yang bersih dan adil.

"Kita tidak boleh menolak kemungkinan rakyat akan bangkit untuk memastikan regim turun agar proses pilihanraya yang adil dan bersih boleh mengambil tempat dan negara ini boleh diselamatkan", kata jurucakap SAMM Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard.

Tindakan membubarkan parlimen sebelum PSC menyelesaikan tugas adalah tindakan yang tidak bijak.

Jika kita ingat kembali, antara punca kemarahan orang ramai dalam pilihan raya lepas adalah apabila penggunaan dakwat kekal dibatalkan empat hari sebelum hari mengundi.

Kali ini, jika PRU 13 berlangsung sebelum reformasi pilihan raya dilaksanakan atau sebelum PSC sempat menyelesaikan tugas, tidak mustahil kemarahan rakyat akan menjadi lebih besar.

Lebih parah lagi jika proses pilihan raya di Malaysia tidak lagi diyakini oleh orang ramai dan kaedah lain seperti "pilihan jalan raya" akan dipilih untuk menentukan kepimpinan negara.

Jika dilihat daripada sejarah negara-negara jiran lain di Asia Tenggara seperti Indonesia dan Filipina, pilihan jalan rayalah yang akhirnya menumbangkan regim dan barulah proses reformasi politik berlaku.

Sunday, November 13, 2011

Tahniah PRM di Atas Kongress Nasional ke-43



Kenyataan Terbuka
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
13 November 2011

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Parti Rakyat Malaysia (PRM) sempena ulangtahun kelahiran sebuah parti yang berjuang di atas nama rakyat.

Pada tarikh 11 November 56 tahun yang lalu, PRM telah diasaskan oleh seorang aktivis pejuang kemerdekaan iaitu Ahmad Boestamam sejurus selepas beliau dibebaskan dari penjara pada tahun 1955. PRM ditubuhkan dengan nama asalnya Parti Rakyat pada tanggal 11 November 1955.

Mengimbau kembali bagaimana PRM ditubuhkan adalah mengenai sejarah perjuangan Ahmad Boestamam dalam menuntut kemerdekaan negara. Dari seorang penulis dan juga wartawan yang prolifik, Ahmad Boestaman menjadi aktivis kemerdekaan setelah terdedah dengan tekanan penjajah British. Beliau begitu terkenal menerbitkan Testamen Politik Api antaranya yang mengajukan gagasan ‘merdeka dengan darah’. Kerana karya tersebut, beliau dihadapkan ke mahkamah British atas tuduhan menghasut.

Dari semangat melawan penjajah ini lahirlah Angkatan Pemuda Insaf (API), sebuah pertubuhan politik kiri yang bergerak secara radikal. API ditubuhkan pada 17 Februari 1946 di Ipoh oleh Ahmad Boestamam dan beberapa aktivis pejuang kemerdekaan.

API yang pada awalnya merupakan sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) diharamkan oleh kerajaan British pada 17 Julai 1947 dalam Warta Kerajaan Malaya Union. Tindakan mengharamkan pertubuhan yang berhaluan kiri itu adalah mengikut Ordinan Persatuan, 1947 (Societies Ordinance, 1947). API merupakan pertubuhan politik yang pertama diharamkan oleh British.

Tindakan mengharamkan API didakwa disebabkan kononnya kekacauan yang dilancarkan serta kegiatan-kegiatan golongan kiri adalah dipelopori oleh API. Kerajaan British juga mendakwa asas-asas perjuangan API yang merbahaya kepada British melalui buku Testament Politik API yang ditulis oleh Ahmad Boestamam dan akhirnya beliau dipenjarakan selama 7 tahun dari 1948 hingga 1955.

Walaupun dipenjarakan dalam tempoh yang begitu lama, semangat berjuang Ahmad Boestamam tidak berakhir di sini. Bebasnya dari penjara, Ahmad Boestamam kembali ke kancah politik tanahair dengan menubuhkan Parti Rakyat yang hari ini dikenali sebagai PRM.

Memenangi sebuah kerusi parlimen sebagai pembangkang dalam pilihanraya tahun 1959 menjadikan Ahmad Boestamam sebaris dengan tokoh politik terkenal seperti Dato Onn Jaafar dan menjadi anggota pembangkang yang sangat disegani.

Ahmad Boestamam akhirnya ditangkap buat kali ketiga dalam zaman yang berbeza, kali ini beliau ditangkap oleh kerajaan yang dipilih oleh rakyat sendiri. Beliau masih sebagai ahli parlimen Setapak ketika ditangkap pada tahun 1963 di atas alasan subversif.

Begitulah sejarah perjuangan Ahmad Boestamam sehingga terlahirnya gerakan API dan parti PRM. SAMM sebagai gerakan anak muda radikal sangat mengkagumi ketokohan Ahmad Boestamam. SAMM tidak berselindung untuk menyatakan Ahmad Boestamam sebagai ikon pejuang dan turut menganggap SAMM adalah kelahiran semula Angkatan Pemuda Insaf atau API Muda dalam arena politik masakini. Testimen Politik Api antaranya berbunyi "Keras lawan keras, Api lawan api" menjadi teras semangat perlawanan SAMM dalam menempuh ranjau menumbangkan kerajaan yang menindas rakyat.

PRM hari ini dipimpin oleh seorang wanita yang cukup berkelayakkan. Dr Rohana Ariffin memangku jawatan presiden PRM sejak tahun 2010 dan dilihat bertungkus-lumus mengembalikan wajah PRM sebenar walaupun PRM dikatakan sebuah parti yang sudah berkubur. PRM yang mewarisi perjuangan Ahmad Boestamam masih lagi sebuah parti yang sah dan tidak pernah dibubarkan oleh sesiapa.

Pendaftaran PRM masih kekal sah sebagai parti politik mengikut Pendaftar Pertubuhan dan parti yang berlogo kegagahan seladang itu masih terbuka untuk disokong dan didokong oleh rakyat Malaysia. Tahniah buat Dr Rohana Ariffin yang begitu kental dalam cubaan beliau membawa PRM kembali ke zaman kegemilangannya.

Kongress Nasional PRM ke-43 berlangsung hari ini di ibupejabat PRM di Petaling Jaya Utama. Perasmian Kongress Nasional PRM diwarnai kehadiran Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan beberapa ahli parlimen. Ketua penyelaras SAMM Che'GuBard turut dijemput hadir memberi kata alu-aluan.

SAMM juga mengambil peluang untuk mengucapkan tahniah dan selamat berkongress kepada Parti Rakyat Malaysia, antara parti pembangkang terawal yang kekal konsisten sejak 56 tahun yang lalu. Semoga PRM kembali menjadi parti pendokong rakyat yang dipandang tinggi oleh kawan dan lawan.


Edy Noor Reduan (EDYES)
Pengarah Propaganda SAMM
www.anakmudamalaysia.com

Selangor Lebih Hebat Tanpa Umno dan BN !!

Mengapa perlu undi Umno / BN, jika Pakatan Rakyat mampu sediakan pakej terbaik untuk rakyat? Bukan sekadar 'one off'...

Fikir-fikirkan...

Friday, November 11, 2011

Parlimen Bubar Selepas Mesyuarat Dewan Tertinggi BN Petang Ini ?




Salam Jumaat,

Hari jumaat adalah hari yang paling sesuai untuk memulakan langkah. Jumaat juga sesuai untuk berbuat sesuatu seperti memotong kuku, potong rambut, bersedekah malah malam Jumaat juga umat islam menunaikan pelbagai ibadah termasuk berpeluang membunuh kafir dalam erti kata sunnah. Bagaikan hari raya mingguan, begitu banyaknya kelebihan dan syafaat hari Jumaat.

Hari Jumaat kali ini agak lebih istimewa kerana hari ini berganding dengan tarikh 11.11.11. Tarikh yang sebelum ini disebut sendiri oleh Najib sebagai hari pembubaran parlimen pada awal tahun dulu. Beberapa kali tarikh 11.11.11 disebut-sebut sebagai tarikh untuk parlimen dibubarkan.

Hari ini 11.11.11, yang jatuh pada hari mulia Jumaat. Adalah satu peluang buat kem Najib membuat satu 'sudden strike'. Pihak manakah yang paling bersedia antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, seandainya parlimen benar-benar dibubar hari ini ? Sudah tentu BN lebih sedia kerana BN sudah merancang samada untuk pilihanraya awal ataupun pilihanraya lewat. 

Adalah merupakan satu kelebihan besar buat kerajaan pemerintah yang mengamalkan sikap tidak adil, apabila hanya mereka sahaja yang benar-benar tahu bilakah tarikh bubar parlimen. Element of surprise juga merupakan satu perancangan licik, yang membolehkan Barisan Nasional bersedia dengan senapang yang menghala ke Pakatan Rakyat, yang ketika itu sedang tercari-cari pedangnya.

Edyes juga percaya jika Barisan Nasional belum cukup persiapan, kita di Pakatan Rakyat pula lebih jauh tertinggal dari bersedia. Faktor penyediaan PACA yang cukup liat di kebanyakkan tempat membuktikan kita sebenarnya belum bersedia dan hanya mengharapkan angin kemarahan rakyat kekal seperti PRU Mac 2008. Maka jika Pakatan Rakyat hanya bergantung kepada sentimen kebencian rakyat kepada kerajaan, bermakna kita tidaklah sekuat mana. Tidak mustahil juga Barisan Nasional terlebih dahulu membuat kira apabila beberapa ratus ribu PATI diputih(biru)kan...

Semua penganalisa politik juga menyedari bahawa semakin lama Barisan Nasional bertahan dengan mandat sedia ada, semakin Barisan Nasional ditolak oleh rakyat. Mengapa banyak penganalisis politik menjangka pembubaran parlimen bulan November, adalah kerana bulan inilah bulan yang paling banyak kebarangkalian Barisan Nasional bertahan, berbanding bulan Mac 2012 atau mana-mana bulan lain.

Pagi Jumaat yang mulia ini, sedar atau tidak, Najib mempengerusikan sebuah mesyuarat kabinet. Petang hari jumaat ini juga, Najib turut mempengerusikan sebuah lagi mesyuarat iaitu mesyuarat tertinggi Barisan Nasional. Apakah yang bakal diumumkan setelah dua mesyuarat ini selesai? Pembubaran parlimen?

Harus diingat, Najib masih mempunyai peluang untuk membuat kejutan. Satu peluang dengan hari dan tarikh yang istimewa. Walaupun Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan beberapa organisasi massa telah memberi amaran kepada Najib, namun kerakusan untuk terus menipu demi untuk terus memerintah menguatkan lagi kadar kepedulikan Najib kepada rakyat. Sudah 10 pilihanraya mereka tipu, apa salahnya jika tambah lagi satu?

Sekarang tinggal kita sahaja untuk buat pilihan, samada pilihanraya atau pilihanjalanraya. Percayalah, selagi kita sokong perhimpunan BERSIH, selagi itu kita masih memilih pilihanraya. Tetapi bila kita tidak dipeduli oleh kerajaan untuk membuat pilihan, maka kita juga boleh pedulikkan kerajaan dan pilihanraya ciptaan mereka...

Lawan tetap Lawan !! Perjuangan Adalah Perlaksanaan Kata-Kata...


EDYES @ edyesdotcom
Komrad SAMM

Thursday, November 10, 2011

Najib Bubar Parlimen Esok, Bakal Berdepan Protes Tukar Kerajaan !



Kenyataan Terbuka
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
10 November 2011


Spekulasi pembubaran parlimen pada tanggal 11.11.11 menjadi khabar angin yang bertiup kencang apabila terdapat laporan yang mengatakan DS Najib telah berjumpa dengan semua ahli parlimen yang telah bersara hari ini. Ia disokong lagi dengan masalah dalaman Umno yang memperlihatkan kemaraan kem Muhyiddin Yassin untuk dinobat menggantikan Najib bagi menghadapi PRU ke-13. Hanya dengan mandat yang baru dan lebih besar buat Najib mampu selamatkan kedudukkannya sebagai Perdana Menteri.

Sebelum ini, SAMM telah mendedahkan daripada sumber-sumber dalaman yang boleh dipercayai bahawa Perdana Menteri akan membubarkan parlimen dalam bulan November bagi membolehkan pilihanraya umum berlaku dalam masa terdekat. Hari ini ura-ura pembubaran parlimen semakin menjadi kenyataan dan tarikh 11.11.11 adalah pilihan Najib untuk membubarkan parlimen. Najib juga seolah-olah tidak mempunyai masa untuk melengahkan tarikh pilihanraya di atas faktor tekanan dari Umno sendiri.

Beberapa laporan media juga turut membuat spekulasi bahawa Parlimen akan dibubarkan esok, dengan angka "11" disebut-sebut sebagai "nombor bertuah" pilihan Najib, dan 10 Disember mungkin menjadi hari pengundian.

Jika Najib tetap berdegil membubarkan parlimen esok(11.11.11) demi menyelamatkan regim pemerintahannya, bermakna Najib di atas apa alasan sekalipun telah menafikan sistem pilihanraya yang bersih dan adil. Apatah lagi tindakkan bacul ini telah membelakangi usul kerajaan untuk reformasi sistem pilihanraya dan penubuhan Jawatankuasa Khas(PAC) adalah semata-mata sebuah drama untuk meredakan kemarahan rakyat pasca himpunan BERSIH 9 Julai 2011.

Maka kami Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama dengan teman-teman organisasi massa yang lain pada hari ini mewakili rakyat keseluruhanya akan turun ke jalanan bertindak melampaui protes sepertimana yang kami janjikan pada 5 November lalu. SAMM akan pastikan rakyat turun ke jalanan bukan lagi untuk protes pilihanraya tetapi protes untuk menukar regim yang sekian lama gagal menjamin hak rakyat untuk mendapatkan proses demokrasi pilihan raya yang bersih dan adil.

Kita tidak boleh menolak kemungkinan rakyat akan bangkit untuk memastikan regim turun agar proses pilihanraya yang adil dan bersih boleh mengambil tempat dan negara ini boleh diselamatkan.

Justeru, kami SAMM sebagai penggerak anak muda sekali lagi memberi amaran keras buat regim Najib supaya jangan cuba untuk membubarkan parlimen pada 11 November atau mana-mana tarikh sebelum penambahbaikkan sistem pilihanraya melalui jawatankuasa khas diselesaikan terlebih dahulu. 

Jika Najib berani membubarkan parlimen, itu bermakna Najib berani berhadapan jutaan rakyat yang bakal membanjiri ibu negara dengan tujuan, menukar kerajaan !



EDYES SAMM
Pengarah Propaganda SAMM
www.anakmudamalaysia.com


BERSIH 3.0

Kerajaan Barisan Nasional terus ditekan supaya membuat pertimbangan serius dalam merealisasikan tuntutan pilihanraya bersih dan adil.

Setakat ini, kerajaan melalui agensi SPR dilihat masih tidak membuat apa-apa pendekatan awal untuk baik-pulih sistem pilihanraya terutamanya dalam aspek tuntutan yang tidak memerlukan perubahan akta seperti penggunaan dakwat kekal.

Malah timbul pelbagai spekulasi negetif terhadap SPR dan JPN dalam isu kewarganegaraan segera untuk membenarkan warga asing mengundi dan juga spekulasi memanjangkan penggunaan undi pos kepada anggota RELA dan penjawat awam selain polis dan tentera. Ini sama sekali bukan satu usaha baik-pulih sistem pilihanraya tetapi melacur sistem pilihanraya demi untuk terus berkuasa. Ia tidak selari dengan usaha merealisasi tuntutan BERSIH 2.0.

Justeru itu, BERSIH 3.0 sedia dilancarkan bila-bila masa dari sekarang demi memastikan BN benar-benar menunaikan janjinya terlebih dahulu sebelum membubarkan parlimen. Tarikhnya sudah dipilih dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

BERSIH 3.0 yang bakal dilancarkan ini juga bertujuan untuk memberi kata dua kepada Perdana Menteri samada lakukan perubahan sistem pilihanraya terlebih dahulu sebelum PRU13 atau berdepan dengan satu lagi perhimpunan protes rakyat terbesar dalam sejarah.

BERSIH 3.0 akan turut memantau perjalanan PSC supaya ia tidak dilengah-lengahkan dengan sengaja di atas muslihat tertentu dan penetapan tarikh BERSIH 3.0 selari dengan peluang yang diberi kepada kerajaan untuk buktikan penambah-baikkan sistem pilihanraya melalui PSC.

Seandainya apabila tiba masanya kerajaan terus berdolak-dalik dalam soal tuntutan BERSIH sebelum ini, BERSIH 3.0 ketika itu sudah bersedia dengan mobilisasi besar dan Kuala Lumpur bakal sekali lagi dipenuhi lautan rakyat tidak kira apa warna kulitnya dan apa jua warna bajunya.

Harus diingat, setiap mereka yang turun pada 709 akan tetap hadir lagi sekali apabila menyedari tiada apa yang boleh menghalang 120ribu rakyat berhimpun di Kuala Lumpur pada tanggal 9 Julai lalu. Mereka yang tidak sempat hadir pada BERSIH 2.0 juga akan turun bersama apabila menyedari demi demokrasi, tiada apa yang perlu ditakuti.

Berapa ratus ribu yang akan turun dalam BERSIH 3.0 bukan soalnya lagi. Kerana kali ini semua yang hadir turut bersedia untuk dicekup dan ditangkap, memandangkan makanan yang disediakan adalah RM25 sekepala. Pihak berwajib perlu sediakan kem yang lebih besar kerana rakyat yang hadir kali ini semuanya lapar... Lapar demokrasi!

Edyes dengan ini, menyatakan tahap sedia bukan sahaja untuk turun berdemonstrasi secara aman, tetapi bersedia untuk ditangkap dengan syarat, sediakan makan minum secukupnya kerana ramai akan bersama saya untuk ditangkap dan kemudian dibenarkan makan percuma.

BERSIH 3.0 akan membuka tirainya bila-bila masa dari sekarang. Tarikhnya akan diumum sebagai amaran bagi pihak kerajaan supaya serius melaksana reformasi pilihanraya.

Jangan sekali-kali 'under-estimate' kekuatan rakyat. Kami sudah buktikan rakyat kuat di BERSIH 2.0 dan kami tiada masalah untuk buktikannya semula dalam BERSIH 3.0.


EDYES @ edyesdotcom

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan