Sunday, October 30, 2011

Hudud Penyebab Negara Mundur - Soi Lek

Menurut laporan The Star, Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek menyatakan
niat PAS laksana hukum hudud akan menyebab negara mundur dan menakutkan pelabur. Kesannya berat terhadap FDI dan pelancong yang tidak akan berkunjung, katanya, dan menambah beberapa negara yang melaksanakannya mundur kecuali kekayaan hasil buminya sahaja

****************************

Seluruh umat Islam termasuklah NGO Islam yang sebelum ini berhimpun tidak harus berdiam diri apabila Chua Soi Lek untuk ke-sekian kalinya menghina Islam.

Ini bukan kali pertama Islam dicerca oleh Soi Lek. Masih ingat lagi bagaimana bekas presiden MIC mengatakan akan habis batu untuk dibuat jalanraya apabila batu digunakan untuk merejam. Juga kita tidak lupa ketika di PRK Tenang, Soi Lek yang sama ini juga mengatakan Islam sombong bila Cikgu Mala mengenakan sarung tangan untuk bersalaman dengan bukan mahramnya.

Soi Lek acap kali menguji kesabaran umat Islam di negara ini. Jika tidak setuju hudud itu terpulang kerana perbezaan agama. Tetapi perbezaan agama juga tidak membenarkan mana-mana pihak dalam negara ini melontar penghinaan terhadap hukum Islam yang dijamin Allah.

Inilah isu yang harus disahut keras oleh umat islam di negara 'islam' ini. Parti Islam PAS khususnya sayap pemuda harus segera bertindak. Tinggal segera isu se-komersial hantu bonceng dan kembali ke landasan penentangan keras terhadap Soi Lek.

Kita menolak sebarang usaha untuk menimbulkan ketegangan antara agama, namun harus bertindak bijak memahat mulut jahat agar tidak berbunyi sumbang lagi terhadap Islam.

Bertindaklah!

EDYES @ edyesdotcom

Saturday, October 29, 2011

Demo Mahasiswa Untuk Mahasiswa Jika UiTM Gantung Mahasiswa



Kenyataan Media
28 Oktober 2011

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Segmentasi Mahasiswa mengutuk sekeras-kerasnya tindakan amaran penggantungan pengajian oleh Universiti Teknologi Mara(UiTM) Shah Alam terhadap saudara Khalid Mohd Ismath berkaitan tulisan beliau dalam blognya yang "menghentam" pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berhubung isu penggantungan tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari dan terlibat dengan Demonstrasi Aman Kebebasan Akademik di UIAM, jumaat lalu.

Sedangkan pihak pentadbiran UIA sendiri sudah melepaskan Professor Dr Aziz Bari membuktikan tindakkan UIA tidak berlandas kepada peraturan, di manakah silapnya jika mahasiswa mengkritik universiti tersebut secara ilmiah dan terbuka? Kekangan pihak UiTM terhadap mahasiswa yang mempunyai pandangan dari sudut berbeza akan merealisasikan apa yang dipanggil 'pembonsaian minda' terhadap mahasiswa.

SAMM Segmentasi Mahasiswa berpendapat tindakan amaran penggantungan yang dikenakan kepada saudara Khalid Mohd Ismath adalah satu tindakan yang zalim dan tidak relevan kerana ia melanggar hak kebebasan bersuara dan berhimpun seperti yang terkandung dalam perlembagaan perkara 10(1)(B).

Khalid adalah mahasiswa tahun satu Fakulti Undang-undang dan merupakan timbalan presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI). Menurut sumber tertentu melalui tulisan di blognya, Khalid menyifatkan penggantungan tugas pakar perlembagaan itu sebagai tidak patut memandangkan Prof Abdul Aziz digantung sebelum dibicarakan lantas Khalid mengajak semua pihak turun berdemonstrasi membantah  keputusan pentadbiran UIA Selasa lalu.

Perkara ini membuktikan, Hak kebebasan bersuara yang termaktub dalam Perlembagaan jelas telah dilacurkan oleh  pihak Universiti atas tindakan memanggil Saudara Khalid dan mengarahkan beliau memadamkan tulisan di blognya.

Atas desakan pihak universiti Khalid terpaksa Akur dan memadamkan tulisan yang ditulis diblognya. Jika sebelum ini ada pihak yang cuba membangkitkan bahawa kuasa mahasiswa atau kehebatan mahasiswa tidak sehebat seperti era 70-an, namun sebenarnya yang “membisukan” suara mahasiswa adalah sikap pentadbiran seperti yang ditunjukkan UiTM dan juga Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) yang jelas masih mencengkam suara mahasiswa.

Amaran keras buat pihak pentadbiran UiTM sekiranya mengambil tindakan terhadap saudara Khalid, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Segmentasi Mahasiswa tidak akan teragak-agak untuk melancarkan demonstrasi besar-besaran dan akan bekerjasama dengan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) untuk mendesak keadilan kepada saudara Khalid.


Wan Farel
Penyelaras Segmentasi Mahasiswa SAMM
www.anakmudamalaysia.com

FAM Kapitalis Sukan !




 

KENYATAAN MEDIA
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
27 Oktober 2011

Walaupun diasak oleh peminat sukan tanahair terutamanya penyokong bolasepak kedua-dua pasukan finalis yang merebut Piala Malaysia, FAM selaku badan induk sukan bolasepak negara tetap tidak berundur dari keputusan meletakkan harga tiket dengan harga yang tidak munahsabah iaitu RM50 bagi seorang penonton. Harapan peminat bolasepak tanahair supaya FAM pertimbang harga tiket hancur lebur apabila langsung tidak diendahkan malah peminat dilayan seumpama pengemis sukan. 

Sukan bolasepak adalah sukan rakyat, juga sukan utama bagi anak muda. Solidariti Anak Muda Malaysia(SAMM) selaku kumpulan anak muda penggempur apa jua kebiadapan entiti terhadap rakyat, memberi amaran kepada FAM supaya tidak terlalu ghairah mengambil kesempatan di atas kesempitan rakyat. Peminat bolasepak tersepit di antara cinta terhadap sukan bolasepak dan tekanan kewangan dari FAM.

Tindakkan FAM meletakkan harga RM50 adalah sama sekali tidak wajar. Harga tersebut adalah di luar kemampuan rakyat terbanyak dan FAM seolah-olah menafikan harga yang lebih selesa buat penonton yang selama ini banyak memberi sokongan terhadap sukan bolasepak negara, setelah banyak perbelanjaan lain seperti kos perjalanan termasuk petrol dan tol perlu dikorbankan peminat. Tidakkah timbul rasa kasihan FAM kepada penyokong bolasepak negara untuk mengurangkan sedikit kenaikkan harga tiket berbanding harga tahun sebelumnya?

Dalam final Piala Malaysia edisi yang lalu, FAM telah memperkenalkan harga baru iaitu RM30 bagi setiap penonton. Ia merupakan kenaikkan 50% daripada edisi sebelumnya dari RM20 kepada RM30. Harga tiket RM30 hanya kekal setahun sahaja dan edisi kali melihatkan FAM sekali lagi menaikkan harga tiket dari RM30 kepada RM50 untuk satu kepala. Kenaikkan harga tiket hampir 70% ini membunuh mood rakyat untuk terus menyokong bolasepak negara di masa akan datang. Peminat terasa dipermainkan oleh FAM.

Di manakah Presiden FAM ketika ini? Tidakkah berita kenaikkan harga tiket hampir 70% tidak sampai ke pengetahuan Presiden FAM? Tidakkah Presiden FAM mempunyai sedikit ehsan memayungi peminat bolasepak negara yang juga rakyat Malaysia dengan mempertimbangkan harga tiket yang lebih rendah? Atau adakah Presiden FAM sendiri yang menetapkan harga tiket RM50 hingga harga tersebut tidak langsung boleh dibahas atau dibincangkan?

SAMM ingin menegaskan bahawa sukan bolasepak bukanlah sukan elit mahupun sukan untuk para kerabat atasan tetapi sukan bolasepak diangkat oleh rakyat biasa. Kebanyakkan penonton yang turun ke stadium juga adalah dari kalangan rakyat yang serba sederharna. Oleh demikian, demi kemajuan sukan bolasepak tanahair SAMM akan bersama golongan muda peminat sukan dalam membendung mana-mana tindakkan FAM yang ditakrif mengambil kesempatan serta melampaui batasan kemampuan.

Jangan dilupa bagaimana FAM merayu-rayu agar peminat bolasepak membanjiri stadium di setiap negeri beberapa tahun lalu ketika kegelapan melanda era bolasepak negara. Kesediaan peminat untuk kembali memenuhi stadium telah dibalas dengan kegilaan harga tiket berganda setara dengan harga tiket sebuah konsert!

Apakah pemain liga BPL turut beraksi dalam final kali ini kerana harga tiket hampir menyamai tiket perlawanan jemputan Malaysia dengan pasukan BPL. Keadaan padang di stadium Shah Alam yang berlopak dan berbukit juga menjadi satu kecacatan bila dibandingkan dengan harga tiket yang ditawarkan FAM. 

FAM harus malu apabila masih berkeras tidak mahu mempertimbang harga tiket menyamai tahun sebelumnya sedangkan harga tiket bagi perlawanan separuh akhir di Stadium Paroi yang mempunyai kondisi padang lebih baik dari stadium Shah Alam, hanya RM8 ringgit berbanding harga RM50 bersamaan 6 kali ganda lebih tinggi untuk perlawanan akhir.

Difahamkan juga, terdapat sejumlah tiket yang disubsidi oleh persatuan bolasepak negeri. Selain mengoyak kantung kewangan persatuan negeri, tindakkan seperti ini mengundang penjualan tiket 'black market' berpandukan harga asal yang ditetapkan oleh FAM. Jika sebelum ini menjadi satu isu besar bilamana harga tiket dijual lebih mahal dari harga asal, kini FAM seperti memberi kelulusan kepada aktiviti jenayah ulat tiket yang pastinya memperaga harga RM50 walaupun tiket tersebut asalnya dibeli dengan harga subsidi. FAM secara tidak langsung merancakkan lagi fenomena perniagaan 'keuntungan atas angin' yang sangat tidak beretika. Sesungguhnya FAM telah mengkapitaliskan sukan bolasepak tanahair.

Ingatlah, walaupun perlawanan akhir Piala Malaysia edisi kali ini adalah pertembungan antara Negeri Sembilan dan Terengganu, tidak mustahil nasib yang sama menimpa peminat finalis Piala Malaysia bagi musim depan. 

SAMM memandang serius ketelanjuran FAM yang meletakkan harga tiket luar biasa dan memastikan FAM akhirnya akan tunduk kepada peminat bolasepak negara biarpun dengan desakkan keras supaya Presiden FAM meletakkan jawatan. Demi kemajuan sukan paling popular di kalangan anak muda, SAMM akan sedia ke hadapan!


EDYES SAMM
Pengarah Propaganda SAMM
www.anakmudamalaysia.com
edyesdotcom@gmail.com

Thursday, October 27, 2011

Dapatkan Risalah Penjelasan 'Cincin Puaka' Secara Percuma !!



Dapatkan risalah penjelasan isu 'cincin puaka' secara percuma di beberapa venue antaranya;

29 Oktober 2011 (Sabtu)  
9.00 mlm : Pelancaran Risalah Pemborosan Imelda Rosmah peringkat negeri Johor
PASTI Al-Huda, Parit Baru, Batu 18, Air Hitam, Bakri Johor
untuk keterangan/pertanyaan sila hubungi : 017-6849693

2 November 2011
9.00 malam : Ceramah Umum perkenal booklet Cincin RM24.45j & Pemborosan Imelda Rosmah peringkat negeri Perak
 
(venue akan diumumkan kelak)

3 Nov. 2011
9.00 mlm : Ceramah Umum perkenal booklet Cincin RM24.45j & Pemborosan Imelda Rosmah peringkat P.Pinang
(venue akan diumumkan kelak)


Risalah ini wajib dimiliki dan diagihkan dari kalangan rakyat yang tidak punya akses maklumat internet! Sila dapatkannya secara percuma dan agihkan maklumat penting pemborosan Imelda Rosmah !! 



Tuesday, October 25, 2011

Mobilisasi Besar Melampaui 'PROTES' Jika Laksana PRU Tanpa Penambah-Baikkan (WAJIB SEBAR)

Najib akan adakan Pilihanraya Umum tanpa menunggu proses penambahbaikan pilihanraya.

Malaysia antara negara demokrasi terkebelakang dari segi proses pilihanrayanya. Sehingga kini tidak ada siapa boleh mengesahkan bila PRU itu akan berlaku yang ada hanyalah spekulasi-spekulasi. Mengambil kira semua spekulasi dan beberapa maklumat dalaman yang diperolehi maka diyakini Najib Razak akan membubarkan parlimen dalam masa terdekat ini.

Menurut sumber yang ada menyatakan, tahun ini Najib dan Rosmah akan menunaikan ibadah haji dan akan pergi dengan penerbangan terakhir. Pemergian beliau ini juga dikaitkan dengan pembinaan dan pembaikan imej beliau dan isterinya yang teruk tercalar dengan beberapa isu.

Diyakini telah disusun di Tanah Suci nanti liputan media yang akan menyiarkan gambar – gambar pasangan suami isteri ini mengerjakan ibadah Haji untuk memberikan satu persepsi baru kepada orang ramai khususnya dalam usaha mengepung undi orang Melayu. Jangan terkejut nanti kalau imej atau klip Najib dan Rosmah memasuki kaabah akan dimainkan tiap malam.

Najib dan Rosmah dijadualkan balik dengan pesawat penerbangan khas sekitar 6 November. Selepas itu dia akan mengukur kejayaan misi hajinya selain dari membuat beberapa keputusan akhir menjelang tarikh penting. 11 November 2011 menurut maklumat yang diyakini Najib akan membubarkan Parlimen dan serentak dengan itu negeri – negeri dibawah BN juga akan membubarkan DUN. Sehingga kini dalam Pakatan Rakyat masih belum ada kata sepakat dalam pembubaran DUN di negeri dibawah PR.

1 Disember dikatakan akan diadakan penamaan calon dan 10 Disember (sabtu) akan diadakan proses pengundian. Angka berkaitan 1 ini sengaja dipilih menurut maklumat yang ada kerana mengikut nasihat paranormal dan tukang tilik yang biasa digunakan mereka yang menyatakan nombor berkaitan 1 merupakan nombor tuah bagi Najib dan Rosmah. Diyakini sehingga hari ini dari maklumat dalaman sah Najib akan mengikut tarikh ini walaupun kuat yang menasihatinya agar jangan mengadakan PRU awal dan secara mengejut.

Pilihanraya awal ini dipercayai juga kerana krisis dalaman Umno yang makin meruncing. Sudah mula ada pihak yang mahu menjatuhkan Najib dalam Umno sendiri. Najib tidak boleh membiarkan ini merebak, mereka yang terlibat perlu disingkirkan. Namun sebelum itu Najib perlu mendapat mandat baru dan memastikan majoriti yang dinamakan sebagai Calon PRU. BN perlulah individu yang boleh menyokong beliau tanpa belah bagi

Pada 9 Julai puluhan ribu rakyat telah turun ke jalanraya kerana menuntut Pilihanraya Bersih dan Adil. Walaupun penuh sekatan hampir tidak masuk akal apabila melihat puluhan ribu yang masih berjaya hadir walaupun K.Lumpur dibuatkan seperti darurat oleh penguasa dengan melakukan kepungan dan memaksa banyak organisasi untuk tidak menjalankan operasi pada hari tersebut. Ini semua kerana iltizam dan kehendak kuat rakyat untuk menuntut pilihanraya bersih dan adil.

Najib sendiri akhirnya terpaksa mengakui bahawa kepincangan wujud dan proses pilihanraya memerlukan reformasi. Satu jawatankuasa terpilihan Parlimen diwujudkan untuk maksud tersebut.

Malangnya usaha Najib hanya pada kulit. Dalam mengumumkan langkah pemerkasaan demokrasi dalam negara tetapi beliau (baca : Barisan Nasional) sendiri terus mengerjakan banyak perkara jahat membunuh demokrasi khususnya dalam proses pilihanraya. Isu penganugerahan istimewa orang asing dengan taraf wargananegara secara mudah dengan syarat mengundi Bn dilihat antara kemuncak kekurang ajaran Bn ini.

Jesteru ini Solidariti Anak Muda Malaysia memberikan peringatan kepada Najib, Rosmah dan regim BN keseluruhanya, JANGAN ADA SEBARANG PROSES PRU SEHINGGA SELESAI PROSES PENAMBAHBAIKAN PRU KHUSUSNYA MELAKSANAKAN 8 TUNTUTAN BERSIH. Jika PRU diadakan sebelum proses reformasi PRU diadakan maka PRU tersebut bakal menjadi PRU terkotor dalam sejarah negara.

Jika PRU tetap diadakan sebelum proses reformasi pilihanraya selesai maka PRU yang diadakan itu hanyalah penipuan dan hanya proses bohong yang hanya ingin memanjangkan hayat Umno dan barisan Nasional selaku regim pemerintah. ia hanya satu proses demokrasi palsu dan menipu rakyat.

Najib dan regimnya mungkin boleh terus berdegil memanggil PRU dan jika ini berlaku yakinlah pasti akan ada mobilisasi terbesar rakyat dan SAMM tidak menolak kemungkinan kali ini bukan sekadar demonstrasi protes tetapi ia mobilisasi rakyat benar – benar untuk menumbangkan regim, mobilisasi rakyat untuk memasuki Putrajaya. Mobilisasi rakyat kali ini akan benar – benar berwajah Malaysia dengan menolak sebarang sentimen perkauman. Dari pengamatan SAMM yang sama bergelumang di bawah, majoriti rakyat yang sedang terhimpit kehidupan mereka telah bersedia, rakyat tidak redha BN terus mendapat mandat dengan cara menipu dan terus menghancurkan negara.

Ulasan lanjut akan dibuat dalam forum mengakar perubahan malam esok. Jumpa disana. Pihak media juga dijemput hadir

che'GuBard
Ketua Penyelaras SAMM


Hadir tanda solidariti

Pada 25 Okt. 2011, jam 9 mlm di 50B, Ting.2, Bangsar Utama, Segmentasi Anak Muda Mahasiswa, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan menganjurkan satu Forum bertajuk Anak Muda Mengakar Perubahan.

Forum ini bakal mengupas peranan anak muda dalam mencetus dan melaksanakan perubahan itu. Forum ini menampilkan tokoh yang tidak asing lagi antaranya Prof. Dr. Abu Hassan yangakan mewakili Zentrum, Tokoh gerakan mahasiswa Saudara Hilman Idham serta che'GuBard yang mewakili Solidariti Anak Muda Malaysia.

Semua khususnya anak muda dijemput hadir sama berdiskusi. Diskusi ini bukan diskusi biasa tetapi diskusi ke arah melahirkan gerak kerja praktikal yang bakal mengombak arus perubahan dalam negara.

Sebelum Forum berlansung di lokasi yang sama akan diadakan 'rapat tergempar penyelaras SAMM kebangsaan dan negeri', ada beberapa keputusan penting mengenai gerakan akan disepakati dan akan diumumkan melalui forum tersebut.

Farel
Penyelaras Segmentasi Mahasiswa SAMM

24 Okt 2011
email : dedek_1717@yahoo.com

Aktiviti penting 25 Oktober 2011 (mlm ini)

8.00mlm - Rapat Tergempar SAMM kebangsaan

9.00mlm - Forum Anak Muda Mengakar Perubahan

Tempat: 50B, Tingkat 2, Bangsar Utama (bersebelahan pejabat Malaysiakini)

Sila hubungi 010-2675872 untuk pertanyaan
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, October 24, 2011

Utusan : Rosmah dan Mashitah Kumpulan Penyamun ?




Tidak pelik tetapi benar...

Bukan Harakah cakap... tapi Utusan yang cakap... jadi orang umno kena lah percaya kah kah kah...

Sebelum nie TV3 beberapa kali kenakan Najib, dan Semalam BHarian buat hal di sini, dikatanya HIMPUN gagal... hari nie, Utusan pulak buat hal... apakah semua nak beli INSURANCE??


Himpunan Sejuta Umat Gagal Capai Sasaran - B.Harian




Tidak pelik tetapi benar... Ketika Utusan Malaysia melaungkan kehadiran 10 ribu umat ke Perhimpunan sejuta umat (10 ribu adalah mengikut sifir kalkulator utusan), Berita Harian Online semalam pula telah melaporkan kehadiran adalah tidak sampai 1 ribu umat... Dalam laporan yang sama, BHarian turut menyatakan bahawa himpunan tersebut juga telah gagal. Kehadiran tidak sampai 1 peratus dari yang dijangka!!

Berbekalkan slogan / tagline "Hidup Melayu Hidup Islam" dan "Melayu Sepakat Islam Berdaulat", ternyata ia tidak langsung meraih sokongan rakyat yang semakin mendekati kerangka Islam meninggalkan 'dada melayu'... 


Ke mana perginya tiga juta melayu islam yang menyertai parti melayu yang bermati-matian pertahan melayu, walaupun slogan 'hidup melayu hidup islam' berkumandang? Apakah mereka tidak lagi menyokong melayu itu islam?? 

Pastinya ada sesuatu yang tidak kena dengan HIMPUN yang membuat jangkaan kehadiran sejuta umat tetapi hanya dihadiri tidak sampai seribu menurut laporan Berita Harian. Keterlibatan ekstrimis melayu seperti PERKASA dan campurtangan ahli parlimen dibenci rakyat, Zul Nordin menjadi sebab memburukkan lagi kadar kehadiran. Siapakah pula yang akan bertanggungjawab jika kegagalan himpunan ini menjadi bahan jenaka? 

Perhimpunan sejuta umat kalau betul tajuknya, kena dengan cara dan keperluannya, patut tiada masalah untuk kehadiran sekurang-kurangnya separuh dari jangkaan. Bayangkan, dalam keadaan publisiti media yang meluas, tiada sekatan polis untuk ke stadium, tiada FRU yang menanti, tiada watercanon bersama air kimia yang mengganggu, tiada bom asap, tiada kawat berduri, tiada pimpinan yang ditangkap, tiada senarai blacklist untuk memasuki Shah Alam dan tiada roadblock yang menyebabkan kesesakkan berkilo-kilo meternya, tetapi masih bilangan yang hadir sangat mengecewakan. Di mana silapnya ?

Itulah bezanya keikhlasan dalam perjuangan. Jika dalam himpunan BERSIH, walaupun dengan segala halangan yang disebut di atas, berjaya juga menghadirkan hampir seratus ribu umat. 

Mengapa melayu umno tidak hadir memberi sokongan kepada HIMPUN? Apa yang berlaku di kalangan jutaan melayu islam yang menyokong Umno ialah, mereka biasa hadir ke perhimpunan yang turut disaji dengan artis tersohor tanah air berserta dengan konsert besar-besaran. Tetapi malangnya HIMPUN tidak sesuai menyediakan artis dan konsert, dan melayu umno jadi malas untuk hadir... Frankly speaking ini hakikat, siapa boleh bangkang hakikat ini ?

Sebab itu Edyes dari awal dah buat kenyataan di sini, kalau tajuk himpunan itu ditukar kepada "Desakkan penutupan aurat terhadap isteri PM dan isteri menteri yang berugama Islam", ianya pasti akan mendapat sambutan yang lebih mengkagumkan !


EDYES @ edyesdotcom

Sunday, October 23, 2011

Hidup Melayu Hidup Islam ?? Memang Wajar Himpunan Ini Diabaikan !!







Salam to all,

Lihat dulu gambar-gambar di atas, dan anda akan faham kenapa perhimpunan ini gagal...

Hidup melayu hidup Islam ? susahlah kalau melayu dulu baru Islam... Apakah ungkapan itu bermaksud lahir sebagai melayu dulu kemudian diislamkan??

Nampaknya kehadiran hanya sekitar 3 ribu orang sahaja, memerlukan lagi 997 ribu orang untuk mencukupi sejuta. Jumlah 3 ribu itupun mujur sangat dengan bantuan bas-bas percuma untuk mengimport orang-orang kampung datang ke perhimpunan penuh hipokrit ini. 

Hidup melayu, hidup Islam? Edyes berani jamin, kalau mati melayu pun, Islam tetap hidup hingga ke akhir zaman!!

oklah, malas nak cerita banyak-banyak pasal himpunan hipokrit nie... dari awal Edyes dah kata, himpunan tersebut tidak memberi manfaat kepada Islam terutamanya bab akidah, malah memudharatkan kerana terdapat unsur fitnah yang bertebaran di sebalik himpunan itu...

Baca semula artikel tulisan Edyes di sini

Saturday, October 22, 2011

Pelancaran Booklet 'Cincin Puaka' Di Ampang Malam Ini!!

Ceramah Umum 'Pelancaran Booklet Cincin RM24.45j dan Pemborosan Imelda M'sia' peringkat Selangor/Wilayah Persekutuan'

Tarikh : 22 Okt (malam ini)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Dewan JKK Kg Tasek Tambahan, Ampang

Pertanyaan lokasi : 012-2958353

Datanglah beramai-ramai untuk dapatkan risalah 16m/s penjelasan isu cincin puaka secara percuma!!

Risalah penjelasan isu cincin puaka ini sangat hot untuk dimiliki!! Datang malam ini dan dapatkannya!!


www.anakmudamalaysia.com

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Pelancaran Booklet 'Cincin Puaka' Di Ampang Malam Ini!!

Ceramah Umum 'Pelancaran Booklet Cincin RM24.45j dan Pemborosan Imelda M'sia' peringkat Selangor/Wilayah Persekutuan'

Tarikh : 22 Okt (malam ini)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Dewan JKK Kg Tasek Tambahan, Ampang

Pertanyaan lokasi : 012-2958353

Datanglah beramai-ramai untuk dapatkan risalah 16m/s penjelasan isu cincin puaka secara percuma!!

Risalah penjelasan isu cincin puaka ini sangat hot untuk dimiliki!! Datang malam ini dan dapatkannya!!


www.anakmudamalaysia.com

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, October 21, 2011

SAMM Akan Turun Bersolidar Buat Aziz Bari !!

InsyaAllah Edyes sendiri akan turun demo mewakili SAMM demi solidariti buat Aziz Bari yang digantung dari menjalankan tugasan beliau di UIA. Perhimpunan itu dijadual berlangsung di masjid kampus di Gombak selepas solat Jumaat.

Kepada rakan yang ingin mendapat liputan first hand information, sila follow akaun twitter @edyesdotcom atau klik di sini bagi yang sudah mempunyai akaun twitter. Kepada rakan yang belum mempunyai akaun twitter, demi medium penyampai maklumat yang padat lagi pantas, sila buka satu... 

Doakan anak-anak muda dan mahasiswa yang bersolidar selamat... Cendiakawan seperti Aziz Bari wajib dibela... selamatkan maruah akedemia negara !

Dr Maza juga sebelum ini berpendirian sama;
"Tahniah Prof Aziz Bari. M'sia mmerlukan org spt anda yg merdeka fikiran. Bebas dari jiwa feudal melayu. Sultan bkn nabi, mrk tdk maksum."

 Di bawah saya naikkan semula entry kenyataan terbuka SAMM;

Kenyataan Terbuka
19 okt 2011

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini menyatakan sokongan terhadap kenyataan Profesor Aziz Bari yang menyatakan bahawa titah monarki boleh dikritik dan diperdebatkan. Tindakan penguasa regim mengambiltindakan hanya atas komen tersebut dilihat hipokrit dan terkebelakang.

Dalam dunia yang terbuka ini semua perkara harus dihujahkan dengan matang. Ini bukan zaman rakyat khususnya anak muda menerima apa sahaja yag disuap dari pihak atasan. Zaman ini setiap hujah itu pasti akan dibahas dan dikritik jika perlu.

Begitu jugalah institusi monarki bukan sahaja di negara ini tetapi terdapat di seluruh dunia. Institusi monarki ini harus segera menyesuaikan diri termasuklah berevolusi sesuai dengan peredaran zaman. Mahu atau tidak ia sesuatu yang wajib demi kelansungan untuk institusi beraja.

SAMM merafak sembah menghormati titah kerabat monarki di Negeri Sembilan, Tunku Zain Al ‘Abidin Tuanku Muhriz yang menitahkan bahawa titah diraja boleh dibincangkan oleh ahli akademik dan media, selagi ia tidak mendatangkan kemudaratan yang sebenar. Menunjukkan dengan jelas betapa dalam dunia terbuka ini institusi monarki harus bersedia untuk titah mereka diperdebatkan dan dikritik masyarakat.

Dalam memperkatakan perkara ini, mana – mana pihak pun pasti akan merujuk peristiwa krisis antara istana dan kerajaan di bawah bekas Perdana Menteri Dr.Mahathir. Namun bagi SAMM kami dengan jelas menyokong tindakan Dr Mahathir meminda perlembagaan negara membawa institusi monarki dalam realiti masyarakat kini.

Namun apa yang kami tidak setuju ialah cara bagaimana Dr Mahathir memalukan dan menghina institusi monarki dengan memberikan persepsi hina kepada institusi monarki demi meraih sokongan rakyat terhadap usaha pindaan perlembagaannya.

Merujuk peristiwa kedua pula di mana Menteri Besar pilihan Barisan Nasional, Idris Jusoh telah ditolak dari mengangkat sumpah di Terengganu. SAMM berpendapat sememangnya institusi monarki punya kuasa atau peranan dalam memperkenan siapa mahu menjadi ketua negara atau ketua negeri dalam pentadbiran politik tetapi institusi monarki juga harus berdepan dengan rakyat iaitu menjelaskan sebarang tindakan mereka dalam hujah yang boleh diterima. Pada ketika itu, istana harus tampil memberi penjelasan kepada rakyat Terengganu mengenai tindakan mereka.

Respon rakyat pada ketika itu yang dipengaruhi oleh parti politik juga ada yang tidak kena. Umno (pro Idris Jusoh) telah bertindak melulu sehingga menghina sultan dengan panggilan ‘natang’ (dialek Terengganu yang bermaksud binatang). Pihak yang bersetuju dengan keputusan menyingkirkan Idris pula telah menyokong Sultan secara melulu, ini tidak progresif. Seharusnya pihak ini merafak sembah meminta Istana tampil memberikan penjelasan kenapa tindakan itu diambil dan ini lebih progresif.

Pihak berkuasa juga dalam perkara ini menjadi kuda tunggangan regim. Sekiranya menghina monarki itu berpihak regim maka mata pihak berkuasa sengaja dibutakan, tetapi jika timbul saranan walaupun saranan itu ke arah memperkasa monarki diutarakan oleh pihak bukan dari regim, maka tindakan ‘segera’ diambil.

che’GuBard sendiri pernah berdepan situasi ini hanya apabila mencadangkan betapa penting peranan institusi monarki dalam menjaga kepentingan agama malah dalam perkara mutakhir ini sering pula dipertikaikan maka che’GuBard pernah mencadangkan agar sultan atau bakal sultan wajib sekurang – kurangnya memiliki diploma syariah islam atau berkaitan bagi membantu baginda membuat keputusan tepat bukan sekadar dipengaruhi ‘nasihat’ yang mungkin mewakili kepentingan tertentu. (klik sini untuk baca artikel tersebut)

Malangnya selepas posting yang ditulis sempena keputeraan DYMM YDP Agong ini dibuat, Ketua Pemuda Umno Rembau telah mengarahkan pemudanya membuat laporan polis terhadap artikel ini kononnya menghina monarki dengan tidak pandai hal ehwal Islam. Atas laporan dangkal itu maka berkejarlah polis menahan saya. Saya ditahan dalam serbuan polis ketika sedang mempengerusikan mesyuarat AJK cabang Rembau.

Begitulah berterusan, ini membukti betapa hipokrit regim Umno. Mereka memperlaku institusi istana seumpama pelacur, apabila suka dicari untuk berlindung tetapi apabila tidak suka diterajang hina.

SAMM ingin menyeru kepada institusi monarki negara ini agar sedar hakikat keperluan berevolusi mengikut zaman untuk kekal relevannya. Rakyat masih boleh menerima bajet yang besar diperuntukan untuk monarki dalam negara ini, tetapi rakyat sudah tentu tidak boleh menerima jika jumlahnya tidak masuk akal dalam keadaan rakyat terhimpit dengan perbagai kepayahan.

Intai dan pelajarilah institusi beraja di banyak negara bagaimana peranan dimainkan. Ada yang sudah umpama muzium dan alat keraian seperti kebanyakan negara Eropah termasuk England tetapi ada juga yang terus kekal dihormati seperti di Thailand.

Ini bukan zaman Melaka, dunia berkembang pesat sewajarnya isi kandung dalamnya juga harus transform secepat perkembangan dunia jika tidak mahu ketinggalan. Rakyat tidak lagi boleh lagi dipaksa akur membuta tuli.

Akhirnya diingatkan juga institusi monarki ini seharusnya bukan punya orang Melayu sahaja. Institusi beraja ini seharusnya juga dihormati oleh semua bangsa atau keturunan yang diamnya dalam tanah jajahan ini. Untuk itu ruang perbincangan dan pemahaman sewajarnya harus juga sampai kepada semua rakyat.


che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

http://www.anakmudamalaysia.com
http://chegubard.blogspot.com
chegubard@gmail.com


Edyes akan bersolat Jumaat di Masjid UIA... jumpa di sana...


Edyes @ edyesdotcom

Restoran Rakyat Penipu 1Malaysia !!




Resit nie dijumpa di blog kanda Edyes, sila baca dulu di sini

Kita rakyat Malaysia nie tak habis-habis kena tipu... sampai bila?? Tolonglah rakyat Malaysia, hiduplah dengan lebih bermakna... Janganlah biarkan kita ditipu lagi setelah lebih 50 tahun basah ditipu oleh 'geng jahat'. Daripada perihal merdeka, sampai hal makan minum pun nak ditipunya!!
lihat petikan berita di bawah, menceritakan tentang 'menu rakyat';
'Menu Rakyat' yang disediakan di restoran ini menjadi tumpuan oleh pelanggan yang datang ke restoran ini baik sarapan mahupun makan tengah hari. Untuk sarapan, para pelanggan boleh menikmati set lengkap Roti Canai + Teh Tarik dengan hanya RM 1 sahaja manakala untuk tengah hari pula, pelanggan dapat menikmati hidangan nasi putih + lauk + sayur + papadom dengan hanya RM 4.

Tengok gambar Najib dengan lauk-pauknya, terliur beb... kalau macam poster di bawah ni punya harga, Edyes akan hari-hari makan tengahari di restoran 1Malaysia ni...

Cuba tengok poster di bawah ni berapa harga yang dijanjikan berbanding dengan resit di atas.

Ditulis dengan jelas dalam poster di bawah - sarapan rakyat RM1 (teh tarik + roti canai) dan tengahari/malam RM3 (nasi putih + ayam/ikan/daging + sayur + papadom + minuman)... BEST BROOOOO....



Akhir sekali, Bila edyes tengok gambar paling bawah nie, barulah Edyes sedar dan berasa tidak hairan mengapa Najib dapat harga diskaun 50%... No wonder lah, muka 50%...


Basah lencun 1Malaysia kena kencing...


EDYES @ edyesdotcom

PS: Mungkin ada yang mendakwa harga resit di atas menjadi RM6 kerana ambil lebih, tetapi kenapa tidak tertera dalam resit tersebut apa yang 'lebih'nya? Sepatutnya tertulis senarai yang lebih, namun resit tersebut seolah-olah menunjukkan harga standard...

Thursday, October 20, 2011

Memahami Harga dan Nilai



Nukilan terbaik dari Isyam Rais... sila hadamkan...

KAMPONG BARU HARGA DAN NILAINYA

Pembaca yang budimana – saudara saudari pasti telah terbaca atau terdengar kenyataan Pak Menteri Islam dari United Malay National Organisation tentang betapa berharganya tanah Kampong Baru. Dari akhbar dan tv kita semua diberitahu bahawa tanah Kamnpong Baru ini berhampiran dengan bangunan Petronas. Justeru tanah Kampong Baru ini setaraf harganya dengan tanah di Segi Tiga Emas Bukit Bintang.

Kenyataan Pak Menteri Islam ini amat tepat. Para Menteri Melayu Islam ini memang tahu harga yang betul. Kita diberitahu bagaimana harga tanah di Jalan Raja Alang hanya 2 ringgit untuk satu kaki persegi berbanding dengan 2000 ringgit di Jalan Pudu. Ini adalah kenyataan saheh. Kenyatan yang tidak boleh kita pertikaikan keafdalannya. Jelas, kenyataan Menteri Melayu Islam ini bertujuan untuk membuktikan bahawa dia bijak dan kita semua bodoh.

Kita dianggap bodoh kerana menentang status Kampong Baru. Kita bodoh kerana kita berkempen menentang rang undang undang Kampong Baru yang ingin diluluskan oleh parlimen. Kita dianggap bodoh kerana menentang rang undang-undang yang membolehkan tanah Kampong Baru dijual dipasaran terbuka. Malah sesiapa sahaja yang tidak tahu harga tanah Kampong Baru di pasaran terbuka akan dimasukkan ke dalam kumpulan OBKG – Orang Bodoh Kampong Baru.

Sayugia diingati , para Menteri-Menteri Malayu Islam ini amat bijak kerana mereka tahu semua harga. Mereka tahu harga tanah, tahu harga rumah, tahu harga sawah atau tahu harga hutan balak. Tanyalah tentang harga – dengan sekelip mata mereka akan menjawab. Menteri-Menteri Melayu Islam cukup arif dengan harga barangan.

Tetapi ada sesuatu yang Menteri Melayu Islam ini bebal dan tidak tahu. Menteri Melayu Islam tahu semua harga barang tetapi mereka tidak tahu nilainya. Mengetahui harga bukan bermakna mengetahui nilainya. Nilai bukan harga. Disini kita semua akan melihat dengan jelas kebebalan Menteri Melayu Islam ini.

Menteri Melayu Islam ini telah berbuah-buih mulut menyatakan betapa stratejik letaknya tanah Kampung Baru ini. Tanah seluar 123 hektar yang terletak ditengah kota Kuala Lumpur ini akan menjadi hempeh kalau tidak dijual ke dalam pasaran terbuka. Malah menurut Menteri Melayu Islam ini tidak ada tanah sestratejik ini akan ditinggalkan oleh sesiapa yang waras otaknya tanpa dijual untuk dijadikan modal. Tanah seluas ini jika tidak dibangunkan maka akan memperlihakan kebodohan Orang Melayu yang gagal dalam perjuangan untuk menjadi kaya.




Disini biar saya bangangkan Menteri Melayu Islam yang suka menipu Orang Melayu ini. Ucapan dan kenyataan Menteri Melayu Islam ini tidak berpijak di bumi yang nyata. Kenyataan ini ‘diterima’ untuk dijaja kepada Manusia Melayu kerana selama ini Manusia Melayu telah dibonsaikan akal fikrah mereka. Otak bonsai ini telah dipaku pula dengan budaya feudal. Otak bonsai dan budaya feudal adalah campuran dua kimia yang telah berjaya melahirkan Manusia Melayu untuk menjadi Tukang Angguk. Otak bonsai tidak berkeupyaan untuk memiliki fikrah yang cerdas dan kritikal.

Manusia Melayu ditipu dengan maklumat yang tidak lengkap. Betul tanah Kampong Baru stratejik letaknya. Tetapi dalam dunia ini ada lagi tanah stratejik yang harganya berjuta juta kali ganda dari harga tanah Kampong Baru. Orang Melayu tidak diberitahu tentang wujudnya tanah-tanah kosong yang paling stratejik tetapi masih ditinggalkan kosong. Tanah tanah kosong yang hektarnya lebih luas dari tanah Kampong Baru masih tersadai kosong di London dan di New York.

Kota London adalah kota perniagaan paling tua. Kota London pernah menjadi kota terbesar dalam dunia. Ertinya harga tanah cukup mahal dalam kota ini. Di tengah-tengah kota London ada tanah seluas 253 hektar yang kosong. Ianya menjadi padang rumput yang dipenuhi dengan pokok-pokok dan dihiasi oleh beberapa buah tasik. Di sebelah tanah kosong ini adalah kawasan hotel dan kawasan perumahan yang harganya berjuta ringgit.

Tanah ini telah dibiarkan kosong semenjak tahun 1637 lagi. Tanah kosong ini telah diwakafkan untuk kegunaan orang ramai bersantai. Selama lebih dari 500 tahun belum ada kedengaran cadangan dari Menteri British yang Kapir untuk membuka dan menjualkan sebahagian dari tanah ini. Menteri-Menteri Kapir ini tahu harga tanah ini. Tetapi dalam masa yang sama Menteri Kapir ini tahu juga akan nilai tanah ini.

Dari kota London biar saya bawa para pembaca ke satu lagi kawasan tanah yang paling stratejik dalam dunia ini. Tanah seluar 341 hektar ini berada ditengah-tengah kota New York. Tanah ini dibiarkan bagitu sahaja – menghutan dan mengrimba. Rasa saya mungkin tidak ada harta tanah yang paling berharga dalam dunia ini melainkan tanah kosong ini di New York. Di sebelah tanah hutan ini ialah pejabat dan gedung-gedung perniagaan antarabangsa.

Bayangkan kota New York ini adalah kota Yahudi. Masyarakat Yahudi ini sering dikatakan memiliki kesedaran perniagaan yang cekap dan licik. New York ialah tempat orang Yahudi berniaga mencari untung. Justeru tidak jauh dari tanah kosong ini ialah tempat dimana para peniaga Yahudi, kapitalis gergasi dan kaum pemodal antarabangsa dunia ini berniaga. Di tepi tanah kosong in para peniaga antarabanga meniagakan riyal, dolar, dinar, minyak, rempah, emas, intan dan apa sahaja yang boleh diniagakan. Bukan sahaja disini mereka berniaga harta tanah malah di Wall Street ini mereka meniagakan turun naiknya sesebuah kerajaan.


Bayangkan di New York – kota Yahudi - masih ada tanah kosong seluas 341 hektar. Tetapi tidak terlintas dikepala ahli-ahli perniagaan Yahudi New York ini untuk membelit para politikus Amerika. Tidak terlintas dikepala peniaga Yahudi ini untuk menipu warga New York agar bersetuju diubah undang-undang Tubuh Kota New York agar tanah ini dapat dijualkan kepada Vincent Tan, Ananda Krishnan atau Teik Jo Low.

Lihat betapa berbezanya Menteri Kapir di London dengan Menteri Melayu Islam di Malaysia. Lihat betapa berbezanya ahli perniagagan Yahudi di New York dengan Menteri Melayu Islam di Putrajaya. Apakah Menteri Kapir di Lodon tidak tahu akan harga tanah di Hyde Park? Apakah ahli perniagaan Yahudi di New York tidak sedar akan harga tanah di Central Park? Apakah ahli perniagaan Yahudi New York ini tidak memiliki pengaruh? Saya jamin mereka tahu harganya. Mereka bukan hanya tahu harga tanah kosong tetapi mereka juga tahu akan nilai tanah kosong ini.

Disini jelas Menteri Melayu Islam ini tidak mengetahui makna nilai. Kerana mereka tidak mengetahui nilai maka bangunan-bangunan lama dirobek. Lihat bagaimana Rumah Pasong Lama, Pejabat Pos Lama, kedai-kedai lama diruntuhkan agar kroni dapat projek baru untuk mendirikan bangunan baru. Jangan sesekali kita melupakan bagaimana Penjara Pudu yang berumur lebih dari 100 tahun telah juga dirobek untuk dijualkan kepada para Cukong.

Untuk anak-anak muda. Untuk mereka yang berumur dibawah 40 tahun ingin saya beritahu disini bahawa satu ketika dahulu Bukit Ceylon itu adalah satu kawasan hutan tropikal asli yang tidak pernah diusik. Juga ingin saya beritahu disini bahawa pada satu ketika dahulu bangunan Parlimen kita dikelilingi oleh Taman Tasek berhutan tanpa Kancil, Rusa dan Kelisa menaburkan karbon monoxide.



Hari ini sejarah telah memperlihat bagaimana hutan Bukit Gasing digondolkan. Kita telah melihat bagaimana hutan Bukit Lenjan musnah. Tidak lama lagi kita akan melihat padang di hadapan Rumah Pasong Brickfeild musnah dilelong. Hari ini kita telah mendengar bagaimana Padang Kelana Jaya tempat warga bersantai telah dilelong.

Apa sebenarnya makna semua ini? Bagaimana kita hendak memahaminya? Biar saya jelaskan bahawa semua ini adalah manifestasi dari sistem ekonomi kapitalis. Dalam sistem ekonomi kapitalis yang diutamakan ialah keuntungan maksima. Dalam sistem ekonomi kapitalis apa yang boleh dijual akan dijual. Apa yang boleh membuat untung akan dijual. Kalau anak, isteri atau ibu bapa boleh mendatangkan keuntungan maka – mereka juga akan dijual.

Tetapi kenapa tanah kosong Central Park di New York dan Hyde Park di London tidak dijual. Bukankah Mat Saleh Kapir dan Yahudi New Yok itu pengamal sistem kapitalis? Betul mereka mengamalkan sistem kapitalis. Tetapi para kapitalis kita adalah kapitalis dari Dunia Ketiga. Kapitalis Dunia Ketiga baru muncul – mereka lucah, rakus dan tidak memiliki nilai.

Manakala kaum kapitalis di Eropah dijana ratusan tahun dahulu. Mereka lahir dari pertempuran. Mereka bangun berjuang menentang sistem feudal yang memerangkap mereka. Mereka pemula. Mereka memeta dunia. Mereka menjana seni dan budaya. Mereka melahirkan kaum pemikir dan kaum intelektual.

Semua nilai ini tidak dimiliki oleh kaum kapitalis Dunia Ketiga seperti di Malaysia. Kaum kapitalis di Malaysia ini kalau berbangsa China atau India – teromba dan salasilah mereka adalah kuli di ladang getah atau di lombong bijih. Seni budaya dan nilai hidup bukan milik mereka.

Kaum kapitalis Melayu – ini adalah kumpulan yang baru dimunculkan oleh Dasar Ekonomi Baru. Mereka ini memiliki sifat yang amat hodoh. Lebih hodoh dari kapitalis China atau India yang telah wujud agak lama dlasm negara kita ini. Kaum kapitalis Melayu ini jadi kaya kerana menjual kontrek dan pencari komisen. Mereka bukan pemula, pereka atau berniaga. Inilah hakikat kapitalisma di Malaysia hari ini - kapitalisma Dunia Ketiga.

Kumpulan kapitalis Melayu ini pula akan bersekongkol dengan politikus Menteri Melayu Islam. Amat susah untuk kita mencari garis pisah antara Usahawan Melayu Berniaga Kontrek dengan Menteri Melayu Islam. Dua kumpulan ini sering bekerja sama dan kadangkala orang yang sama. Mereka berpolitik untuk mendapat projek agar menjadi kaya dengan cepat. Justeru jalan pintas untuk kaya dengan cepat inilah dengan menjual tanah Kampong Baru. Akhirnya Kampong baru di gadaikan. (TT)

NOTA:
tulisan ini telah
disiarkan dalam SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa yang ingin melanggan akhbar minggun
ini sila pukul talipon : 03-22-27-40 -45

25 Oktober: Forum Anak Muda Mengakar Perubahan (Anjuran SAMM)




Tarikh: 25 Oktober 2011 (Selasa)
Masa: 9.00 pm
Tempat: 50B , Tingkat 2 Bangsar Utama ( Berdekatan Pejabat Malaysiakini) Panel: Che'Gubard ( Penyelaras SAMM)
Prof. Abu Hassan Hasbullah ( ZENTRUM)
Hilman Idham ( Aktivis Sosial)

Perubahan Harus Didesak, Bukan Ditunggu !!!!!
Sejarah telah membuktikan banyak kerajaan telah ditumbangkan oleh golongan Anak Muda. Oleh yang demikan sama-samalah kita hadir ke program ini bagi memupuk kesedaran didalam jiwa kita tentang masalah yang melanda negara kita.Oleh itu peranan anak muda harus ditingkatkan bagi membawa " PERUBAHAN" kepada negara tercinta.

Sebarkan kepada teman2 .. " Di usia Muda kita mencipta sejarah, di usia tua kita membaca sejarah"

Tempat Terhad.

Mengapa Perlu Tolak Himpunan Hipokrit !! (Artikel Wajib Baca!!)




Pertama sekali, Edyes bersyukur dan mengucapkan tahniah kepada Tuan Guru Hadi Awang kerana bertindak bijak dengan tidak membenarkan PAS terjerumus ke dalam tipu muslihat golongan munafik. Keputusan kepimpinan PAS wajar dipuji kerana ia bukan sekadar keputusan yang terburu-buru malah telah mengambil kira dari pelbagai sudut penting dalam membuat ketetapan, terutamanya dari sudut 'bagaimana kerajaan menangani isu murtad?'

Apakah kerajaan benar-benar serius dalam menghadapi gejala murtad? Apakah langkah kerajaan Malaysia dalam membasmi aktiviti murtad? Adakah dengan menjadikan negara ini sebuah negara hub-hiburan, memperbanyak konsert hilang akal, maka kemurtadan itu akan berkurang? Apa yang perlu dilakukan kerajaan ialah mengkaji semula apakah punca terjadinya murtad, bukan memberi galakan untuk rakyat berhimpun dengan permit yang pantas tersedia. 

Kerajaan menunjukkan sikap tidak acuh dengan perhimpunan yang menampilkan aktiviti pertembungan antara agama, tetapi bertindak seperti binatang dalam menghadapi himpunan BERSIH. Sikap double standard kerajaan cukup menjelikkan. Keadaan huru-hara berkisarkan ketegangan agama seolah-olah diharapkan berlaku, dan ia boleh menjadi kenyataan apabila ucapan-ucapan keras terhadap agama lain dihambur di pentas yang dibiarkan terbuka oleh kerajaan.


Secara jujur, perhimpunan sejuta umat yang bakal berlangsung 22 Oktober ini tidak memberi sebarang manfaat kepada agama kerana tiada impak terhadap punca berlakunya murtad, tetapi hanya menerbitkan risiko terhadap ketegangan antara agama. Biarpun 10juta yang hadir berhimpun, kerajaan pemerintah masih mendokong perlembagaan negara yang 'memberi laluan' kepada aktiviti murtad. Itu hakikatnya.

Dari sudut lain pula, bukan sahaja perlembagaan yang menjadi persoalan tetapi langkah kerajaan yang selalu mengabaikan syariat Islam memudahkan lagi terpesongnya akidah umat Islam. Banyak faktor-faktor yang menyumbang ke arah berlakunya murtad tidak diambil peduli oleh kerajaan pemerintah.

Jangan kita lupa bagaimana Umno yang kononnya memperjuangkan akidah telah bertindak menyekat peruntukkan sekolah agama rakyat (SAR). Bayangkan jika anak tidak bersekolah agama dan hanya mengharapkan kelas agama sekolah kebangsaan yang diperuntukkan hanya setengah jam sehari, menjadikan anak-anak kita terbatas pengetahuan agamanya.

Kerajaan yang dipimpin Umno jugalah yang mengusulkan judi baru berbentuk judi sukan ketika piala dunia edisi 2010. Tidak cukupkah dengan judi bernombor yang premisnya banyak 'dilawat' oleh orang islam? Tidak cukupkah segunung pusat perjudian dibenarkan oleh kerajaan tanpa kawalan dan tidak boleh diperiksa oleh pihak berwajib atas alasan hak persendirian.


Langkah memperkenalkan judi sukan bukan sahaja menyebabkan pertambahan aktiviti perjudian dalam negara malah boleh juga menyumbang ke arah terjadinya murtad apabila terdapat segelintir orang beragama islam yang terpaksa menerima bantuan daripada paderi kristian untuk menjelaskan hutang berjudi, akhirnya akidah terpesong kerana kesempitan ilmu agama dan juga dipakejkan sekali dengan kesempitan hidup. 


Jangan juga kita lupa kilang arak dirasmikan juga oleh pemimpin Umno. Arak itulah punca kemaksiatan dan kerajaan tidak memantau dengan baik penjualan arak ke atas umat islam, malah dari parlimen sendiri menyebut ada ahli parlimen islam daripada Umno yang 'kaki minum'. Dari kalangan kaki mabuk ini, di manakah nilai Islam yang tinggal?

Kerajaan yang dipimpin Umno jugalah yang mengusulkan 'negara Islam' Malaysia dijadikan negara hub hiburan antarabangsa, dan juga turut menampilkan konsert-konsert yang menghilangkan akal di samping membawa pengunjungnya ke lembah maksiat apabila banyak kondom terpakai ditemui ketika pembersihan tapak konsert. Terdedahnya anak-anak muda secara melampau ke atas hiburan yang melampau had masanya juga akan turut meruntuhkan akidah, seolah-olah tiada dosa untuk dihindari dan tiada tuhan untuk ditakuti.

Lagi pelik dan ajaib apabila ramai yang tidak sedar bahawa negara ini sebenarnya bakal memiliki gereja terbesar asia tenggara dan merupakan antara gereja terbesar di asia. Apakah negara ini sebuah negara majoriti kristian sehingga memiliki sebegitu besar gerejanya? Tidak salah negara berbilang agama Malaysia mempunyai gereja, ia adalah suatu tuntutan untuk kebebasan beragama. Tetapi ia tidak bermakna menjadikan Malaysia sebuah negara hub terbesar kristianiti dari kalangan negara asia memandangkan penganut agama kristian sangat minoriti di dalam negara ini.


Kerajaan manakah yang meluluskan gereja antara terbesar di asia ini jika bukan kerajaan 'negara islam' Malaysia. Sudahnya Umno tuduh pula kerajaan Selangor yang bina gereja ini, boleh lihat tuduhan tidak berasas dalam tajuk "Pembinaan Gereja Terbesar di Selangor Guna Tanah Rizab Melayu" . Sebelumnya DAP pernah dituduh menjadi dalang kononnya nak tubuhkan negara kristian sedangkan ahli DAP yang berugama kristian tidak sampai 20 peratus.

Akhirnya apabila diselak dan diperhatikan baik-baik, kerajaan pimpinan Umno lah yang membenarkan gereja terbesar asia tenggara dan antara terbesar asia sudah terbina di bumi bertuah ini. Gereja tersebut bersebelahan dengan stadium bukit jalil dan akan siap sepenuhnya menyambut tahun 2012. Tahniah Umno!

Oleh demikian, kerajaan manakah yang sebenarnya menjadi pendokong kepada berleluasanya gejala murtad berlaku dalam negara ini, jika bukan kerajaan yang menganggap British itu bukan penjajah. Bersekongkol dengan British dalam menuntut kemerdekaan juga menimbulkan keraguan, apatah lagi bila British itu sendiri diangkat sebagai 'penasihat' sepertimana tertera dalam buku teks sejarah tingkatan dua.

Umno telah menguasai kerajaan selama lebih 50 tahun lamanya. Jika benar kerajaan pimpinan Umno menitik beratkan perihal agama dan juga soal akidah, jika benarlah kerajaan pimpinan Umno berjuang untuk menegakkan syariat Islam, mengapa kadar murtad bertambah dari sehari ke sehari? Di manakah silapnya dan mengapa ia tidak pernah secara serius diperbaiki? 

Ingat! Bukan DAP yang memerintah Malaysia selama hari ini, tetapi pimpinan Umno. Tetapi hasilnya umat islam menuju kehancuran!! Lihatlah agama mana yang mendahului kes buang anak? lihatlah penganut agama mana yang menjadi majoriti di pusat serenti? Lihatlah bangsa mana yang menghabiskan sepertiga malamnya dengan menjadi juara rempit!

Rentetan hujah-hujah ringkas di atas sudah cukup untuk menunjukkan betapa hipokritnya usaha untuk berhimpun dengan alasan menghadapi gejala murtad, di kala kunci penyelesaian kepada masalah gejala murtad ini tidak langsung diendahkan.

Justeru itu adalah lebih baik kita(PAS dan Pakatan Rakyat) menumpukan perhatian kepada gerak-kerja untuk menumbangkan kerajaan bongkak yang tidak pernah mengaku salah dalam PRU yang semakin hampir. Jangan terpedaya dengan tipu daya walaupun Ketua Pemuda PAS hampir terperangkap, syukurlah diselamatkan. Edyes percaya menumbangkan Barisan Nasional yang dipimpin Umno adalah satu jalan terbaik bagi menyelesaikan gejala murtad.

Walaubagaimanapun, Edyes secara peribadi akan bersetuju dan akan turut berhimpun jika tujuan perhimpunan ini adalah untuk mendesak isteri Perdana Menteri mengenakan tudung dalam setiap majlis rasmi yang dikunjungi...


EDYES @ edyesdotcom
Lama tidak menulis...

PROMOSI!!

Dapatkan risalah penjelasan cincin puaka(16mukasurat) dalam setiap pembelian buku FITNAH terbitan SAMM bermula dari tarikh risalah ini dilancarkan (16 Oktober)

Dapatkan segera!! Klik di sini

Wednesday, October 19, 2011

Isu Titah Boleh Diperdebat : SAMM Dokong Aziz Bari Dan Sokong Dr M





Kenyataan Terbuka
19 okt 2011

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini menyatakan sokongan terhadap kenyataan Profesor Aziz Bari yang menyatakan bahawa titah monarki boleh dikritik dan diperdebatkan. Tindakan penguasa regim mengambiltindakan hanya atas komen tersebut dilihat hipokrit dan terkebelakang.

Dalam dunia yang terbuka ini semua perkara harus dihujahkan dengan matang. Ini bukan zaman rakyat khususnya anak muda menerima apa sahaja yag disuap dari pihak atasan. Zaman ini setiap hujah itu pasti akan dibahas dan dikritik jika perlu.

Begitu jugalah institusi monarki bukan sahaja di negara ini tetapi terdapat di seluruh dunia. Institusi monarki ini harus segera menyesuaikan diri termasuklah berevolusi sesuai dengan peredaran zaman. Mahu atau tidak ia sesuatu yang wajib demi kelansungan untuk institusi beraja.

SAMM merafak sembah menghormati titah kerabat monarki di Negeri Sembilan, Tunku Zain Al ‘Abidin Tuanku Muhriz yang menitahkan bahawa titah diraja boleh dibincangkan oleh ahli akademik dan media, selagi ia tidak mendatangkan kemudaratan yang sebenar. Menunjukkan dengan jelas betapa dalam dunia terbuka ini institusi monarki harus bersedia untuk titah mereka diperdebatkan dan dikritik masyarakat.

Dalam memperkatakan perkara ini, mana – mana pihak pun pasti akan merujuk peristiwa krisis antara istana dan kerajaan di bawah bekas Perdana Menteri Dr.Mahathir. Namun bagi SAMM kami dengan jelas menyokong tindakan Dr Mahathir meminda perlembagaan negara membawa institusi monarki dalam realiti masyarakat kini.

Namun apa yang kami tidak setuju ialah cara bagaimana Dr Mahathir memalukan dan menghina institusi monarki dengan memberikan persepsi hina kepada institusi monarki demi meraih sokongan rakyat terhadap usaha pindaan perlembagaannya.

Merujuk peristiwa kedua pula di mana Menteri Besar pilihan Barisan Nasional, Idris Jusoh telah ditolak dari mengangkat sumpah di Terengganu. SAMM berpendapat sememangnya institusi monarki punya kuasa atau peranan dalam memperkenan siapa mahu menjadi ketua negara atau ketua negeri dalam pentadbiran politik tetapi institusi monarki juga harus berdepan dengan rakyat iaitu menjelaskan sebarang tindakan mereka dalam hujah yang boleh diterima. Pada ketika itu, istana harus tampil memberi penjelasan kepada rakyat Terengganu mengenai tindakan mereka.

Respon rakyat pada ketika itu yang dipengaruhi oleh parti politik juga ada yang tidak kena. Umno (pro Idris Jusoh) telah bertindak melulu sehingga menghina sultan dengan panggilan ‘natang’ (dialek Terengganu yang bermaksud binatang). Pihak yang bersetuju dengan keputusan menyingkirkan Idris pula telah menyokong Sultan secara melulu, ini tidak progresif. Seharusnya pihak ini merafak sembah meminta Istana tampil memberikan penjelasan kenapa tindakan itu diambil dan ini lebih progresif.

Pihak berkuasa juga dalam perkara ini menjadi kuda tunggangan regim. Sekiranya menghina monarki itu berpihak regim maka mata pihak berkuasa sengaja dibutakan, tetapi jika timbul saranan walaupun saranan itu ke arah memperkasa monarki diutarakan oleh pihak bukan dari regim, maka tindakan ‘segera’ diambil.

che’GuBard sendiri pernah berdepan situasi ini hanya apabila mencadangkan betapa penting peranan institusi monarki dalam menjaga kepentingan agama malah dalam perkara mutakhir ini sering pula dipertikaikan maka che’GuBard pernah mencadangkan agar sultan atau bakal sultan wajib sekurang – kurangnya memiliki diploma syariah islam atau berkaitan bagi membantu baginda membuat keputusan tepat bukan sekadar dipengaruhi ‘nasihat’ yang mungkin mewakili kepentingan tertentu. (klik sini untuk baca artikel tersebut)

Malangnya selepas posting yang ditulis sempena keputeraan DYMM YDP Agong ini dibuat, Ketua Pemuda Umno Rembau telah mengarahkan pemudanya membuat laporan polis terhadap artikel ini kononnya menghina monarki dengan tidak pandai hal ehwal Islam. Atas laporan dangkal itu maka berkejarlah polis menahan saya. Saya ditahan dalam serbuan polis ketika sedang mempengerusikan mesyuarat AJK cabang Rembau.

Begitulah berterusan, ini membukti betapa hipokrit regim Umno. Mereka memperlaku institusi istana seumpama pelacur, apabila suka dicari untuk berlindung tetapi apabila tidak suka diterajang hina.

SAMM ingin menyeru kepada institusi monarki negara ini agar sedar hakikat keperluan berevolusi mengikut zaman untuk kekal relevannya. Rakyat masih boleh menerima bajet yang besar diperuntukan untuk monarki dalam negara ini, tetapi rakyat sudah tentu tidak boleh menerima jika jumlahnya tidak masuk akal dalam keadaan rakyat terhimpit dengan perbagai kepayahan.

Intai dan pelajarilah institusi beraja di banyak negara bagaimana peranan dimainkan. Ada yang sudah umpama muzium dan alat keraian seperti kebanyakan negara Eropah termasuk England tetapi ada juga yang terus kekal dihormati seperti di Thailand.

Ini bukan zaman Melaka, dunia berkembang pesat sewajarnya isi kandung dalamnya juga harus transform secepat perkembangan dunia jika tidak mahu ketinggalan. Rakyat tidak lagi boleh lagi dipaksa akur membuta tuli.

Akhirnya diingatkan juga institusi monarki ini seharusnya bukan punya orang Melayu sahaja. Institusi beraja ini seharusnya juga dihormati oleh semua bangsa atau keturunan yang diamnya dalam tanah jajahan ini. Untuk itu ruang perbincangan dan pemahaman sewajarnya harus juga sampai kepada semua rakyat.


che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

http://www.anakmudamalaysia.com
http://chegubard.blogspot.com
chegubard@gmail.com

Royalti Hak Rakyat!! (Wajib Tonton)





Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan