Friday, September 30, 2011

WAJIB ; PRU HANYA SELEPAS SELESAI PROSES PENAMBAH BAIKAN

Pada 9 Julai yang lepas Himpunan Bersih 2 telah membuktikan bagaimana negara ini berada dalam krisis hilang kepercayaan rakyat mengenai proses pilihanraya yang bersih dan adil. Ini bukan sahaja di ukur dengan jumlah rakyat yang begitu komited dan serius berdepan perbagai sekatan untuk turun menyatakan bantahan aman tetapi juga diukur dari respon sepanjang kempen diadakan di seluruh negara termasuk diluar negara melibatkan rakyat Malaysia.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri telah mengakui kepincangan yang berlaku dalam proses demokrasi pilihanraya Malaysia dengan akhirnya terpaksa akur untuk menubuhkah satu Jawatankuasa Khas Parlimen (Parliament Select Committee) untuk mengkaji dan menambahbaik sistem serta proses pilihanraya dalam negara ini. Proses ini walaupun masih terdapat kepincangan atau keraguan namun kerana kehendak rakyat yang tinggi untuk melihat proses penambahbaikan berlaku dalam proses pilihanraya ahli parlimen pembangkang yang mulanya ingin memboikot juga akhirnya akur untuk menyertai kerana memenuhi harapan tinggi rakyat.

Namun ini semua ini hanyalah proses retorik yang sia – sia jika PRU tetap diadakan sebelum selesai proses penambahbaikan tersebut. Perdana Menteri dalam satu kenyataan yang pernah disiar media menyatakan tidak menolak kemungkinan PRU akan diadakan sebelum proses penambahbaikan selesai. Ini sungguh mengecewakan.

SAMM memandang serius perkara ini, perkara ini dibincang secara serius dalam Rapat (Pengurusan) Kebangsaan 02/11 yang baru diadakan dan diangkat menjadi bahan penting dalam resolusi rapat tersebut. Resolusi kedua dari 12 resolusi tersebut ialah

2. Demokrasi negara ini sedang 'tenat' apabila kadar kepercayaan rakyat terhadap proses pilihanraya amat rendah, SAMM menyokong usaha telus penambahbaikkan sistem pilihanraya dan mendesak 

PRU WAJIB hanya boleh diadakan selepas proses penambahbaikan selesai. SAMM mendokong tuntutan BERSIH2  iaitu1. BERSIHKAN  SENARAI UNDI

2. MENREFORMASI UNDI POS

3. GUNA DAKWAT KEKAL

4. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI

5.  AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL

6. KUKOHKAN INSTITUSI AWAM

7. HENTIKAN RASUAH

8. HENTIKAN POLITIK KOTOR

Tanpa pelaksanaan tuntutan tersebut maka janji transformasi PRU hanya retorik Perdana Menteri Malaysia, malah lebih kianat lagi jika Perdana Menteri jika PRU dipanggil tanpa selesainya proses penambahbaikan itu selesai. SAMM tidak menolak untuk bersama mengembeling kekuatan untuk memobilisasi kekuatan rakyat secara fizikal untuk menolak proses pilihanraya jika ia terus diadakan tanpa selesai proses penambahbaikan yang disarankan.

Lebih parah lagi bukan sahaja proses pilihanraya itu diragui malah mutaakhir ini berlaku pula proses memberikan kerakyatan secara diragui dan dipercayai untuk tujuan membolehkan pendatang yang kebanyakannya masuk secara tanpa izin ini mengundi. SAMM sendiri baru ini membangkitkan mengenai beberapa penempatan warga asing yang majoriti memperoleh kerakyatan di Pekan, Pahang iaitu kawasan parlimen Perdana Menteri sendiri. Sudahlah kes pemberian kad pengenalan yang dikenali sebagai 'Projek IC Dr. M' di Sabah belum boleh diperjelaskan kini strategi yang sama muncul dengan skala lebih besar. Kedaulatan dan keselamatan negara kini dipertaruhkan kerana kuasa politik.

SAMM juga menegaskan buat sekian kalinya bersama mendokong usaha murni Jawatankuasa kempen BERSIH 2.

Kenyataan Media ;

Badrul Hisham Shaharin
Pengerusi
Solidariti Anak Muda Malaysia

30 September 2011

www.anakmudamalaysia.com

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

TUNAIKAN 8 TUNTUTAN, BARULAH PRU-13 - Malam Ini di Dewan Cina !!


MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BERSIH 2.0: "TUNAIKAN 8 TUNTUTAN, BARULAH PRU-13"


9 Julai 2011 merupakan hari yang sangat bermakna untuk semua penyokong demokrasi di Malaysia. 50,000 rakyat Malaysia telah berhimpun di Kuala Lumpur untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.


Hampir 3 bulan selepas Perhimpunan BERSIH 2.0, kerajaan tetap lagi berdolak dalik untuk melaksanakan 8 tuntutan BERSIH 2.0 demi pilihanraya bersih dan adil. Oleh itu, BERSIH 2.0 melancarkan kempen baru iaitu "Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13".


Pilihanraya Utama Ke-13 (PRU-13) tidak patut diadakan sebelum 8 tuntutan BERSIH 2.0 dilaksanakan!


Sertai kami di Pelancaran Kempen "Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13"!
Tarikh  : Jumaat, 30 September 2011
Masa   : 8.30pm
Tempat: Dewan Perhimpunan Cina KL Selangor, No. 1, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur
Facebook: http://www.facebook.com/event.php?eid=218188344906856
Ucapan khas daripada Masjaliza Hamzah (Centre for Independent Journalism), Fadiah Nadwa (Lawyers for Liberty), Ahmad Syukri (Solidarity Mahasiswa Malaysia), Prof Aziz Bari (UIAM) dan dari AJK BERSIH 2.0 iaitu Maria Chin Abdullah, Zaid Kamaruddin, Dr Farouk Musa dan Dato' Ambiga Sreenevasan.

Aktiviti-aktiviti lain termasuk:
- Pendaftaran pengundi
- Semakan status dalam daftar undi
- Daftar untuk latihan PACA (Polling Agent & Counting Agent)
- Buku-buku dan barangan lain akan dijual
- KHAS: Datang untuk menemui kartunis politik terkenal, Zunar!


Sila sebarkan dan datang beramai-ramai.


Sekian Salam Bersih!




Jawatankuasa Pepandu
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0)


Jawatankuasa Pepandu BERSIH 2.0 terdiri daripada:
Dato’ Ambiga Sreenevasan (Pengerusi), Andrew Khoo, Arul Prakkash,  Arumugam K., Dr Farouk Musa, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato’ Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato’ Yeo Yang Poh and Zaid Kamaruddin.

Apakah 8 tuntutan BERSIH 2.0?
1. Bersihkan senarai undi
2. Mereformasikan undi pos
3. Gunakan dakwat kekal
4. Tempoh kempen minima 21 hari
5. Akses media yang bebas dan adil
6. Kukuhkan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor
PS: Dapatkan senaskah "FITNAH" Terbitan SAMM malam ini !!

Delegasi SAMM Berlepas ke Sabah


Lawatan Kerja SAMM ke Sabah 30 Sept – 2 Okt 

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan mengadakan satu lawatan kerja rasmi ke Sabah bermula 30 September 2011 hingga 2 Oktober 2011. Lawatan kerja rasmi ini sebahagian dari rangka kerja yang diputuskan dalam Rapat (pengurusan) Kebangsaan yang diadakan hujung minggu lepas.

Lawatan ini bertujuan untuk bertemu dan menyusun massa muda radikal di bumi dibawah bayu. Selain itu ia juga bertujuan untuk memulakan kaji selidik, mengumpul pendapat dan suara muda di Sabah mengenai beberapa isu.

Seramai 6 orang delegasi dari SAMM Kebangsaan yang diketuai sendiri oleh che’GuBard akan memenuhi jadual padat aktiviti yang dijadualkan akan diadakan di K.Kinabalu, Kudat dan Sandakan. Semua acara ialah acara tertutup.

Pertemuan dan taklimat khas bersama kader – kader baru SAMM di Sabah dan pertemuan dengan pimpinan SAMM Sabah menjadi agenda utama. Pertemuan dengan pemimpin politik (parti pemerintah dan pembangkang), pemimpin – pemimpin masyarakat setempat serta beberapa tokoh muda turut diadakan, ini bertujuan untuk bertukar pandangan dan mengumpul pendapat isu sebenar di Sabah.

Perbagai isu terpendam di Sabah ;  dari isu kerakyatan, isu tanah NCR, isu royalti sehinggalah tuntutan janji pelaksanaan Perkara Perjanjian 20 yang mengikat Sabah ke dalam Malaysia. Semua isu ini tidak boleh diselindungkan saja. Masalah rakyat Sabah juga masalah rakyat Malaysia. Anak Muda Malaysia tidak kira di mana termasuk kita di semenanjung harus memahami apa sebenarnya yang berlaku di Sabah. Sabah sebahagian dari kita, jika mata kiri sakit mata kanan berpotensi tinggi berjangkit.

Selama ini kita cuma dimaklumkan mengenai pandangan dan situasi Sabah melalui propaganda pihak tertentu sahaja. Ia mungkin ditambah atau disunting ikut kepentingan. SAMM berharap dengan lawatan kerja ini dapat melihat sendiri dan mengumpul suara pandangan anak muda Sabah yang sebenar. Selain dapat mencari titik temu kerjasama yang lebih erat dalam menyusun kebangkitan massa muda.

Kenyataan Media :

Khairul Fauzi Hj Muhammud
Penyelaras SAMM Kebangsaan
29 September 2011

Tuesday, September 27, 2011

12 Resolusi SAMM Menggoncang Politik Tanahair !!




RESOLUSI RAPAT KEBANGSAAN (PENGURUSAN) SAMM 02/2011 24-25 SEPTEMBER 2011 

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah mengadakan Rapat (Pengurusan) Kebangsaan yang menghimpunkan penyelaras kebangsaan dan negeri dari seluruh negara selama dua hari di Shah Alam. Rapat kali kedua ini berjaya mengumpulkan orang sumber dari perbagai latar belakang dan penuh dengan sesi diskusi sehingga menghasilkan idea pelaksanaan praktikal.

Sempena rapat ini SAMM telah mencapai 12 resolusi penting yang perlu diangkat.

1.  SAMM ialah sebuah gerakan radikal muda bebas bukan 'front' mana mana parti politik tetapi sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik mahupun apa jua organisasi untuk menyelamatkan negara dari kerakusan pemerintah korup yang kedudukan indeks rasuahnya yang parah mengikut beberapa statistik badan dunia.

2.  Demokrasi negara ini sedang 'tenat' apabila kadar kepercayaan rakyat terhadap proses pilihanraya amat rendah, SAMM menyokong usaha telus penambah-baikkan sistem pilihanraya dan mendesak PRU WAJIB hanya boleh diadakan selepas proses penambahbaikan selesai.

3.  Apa jua DASAR dan PERUBAHAN NEGARA perlu mengambil-kira pandangan rakyat khususnya orang muda. Justeru itu SAMM melancarkan kaji selidik (skala besar) dalam masa 10 minggu untuk mendapatkan pendapat anak muda khususnya dari 11 juta golongan pekerja muda yang sedang bergelut dalam menyara kehidupan seharian yang semakin menggila kosnya.

4.   SAMM meyakini pemansuhan ISA adalah kejayaan desakan rakyat dan perlu diteruskan terhadap undang-undang 'draconian' lain seperti AUKU. SAMM gesa rakyat jangan termakan gula-gula pengumuman. Undang-undang tidak boleh mansuh dengan pengumuman tetapi pemansuhan harus dilakukan di Parlimen. Selagi tidak dibawa ke parlimen pengumuman pemansuhan tidak bermakna dan tidak boleh dipercayai lagi.

5.    Isu-isu yang menyentap sensitiviti agama dan perkauman serta permainan politik lucah yang tidak langsung menguntungkan rakyat harus segera dihentikan. Tumpuan sumber dan tenaga harus ditumpukan kepada bagaimana membantu rakyat yang semakin susah.

6.   Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957 manakala bagi Sabah,Sarawak pula 1963. Maka SAMM dengan tegas mengatakan semua organisasi dan individu yang berjuang melawan penjajah sebelum tarikh merdeka wajar diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan.

7. SAMM menegaskan semua keperluan asas rakyat seperti pembekalan eletrik,air,lebuhraya perlu dimiliknegarakan. Pendidikan serta perkhidmatan kesihatan percuma tidak boleh dikompromi. SAMM menggesa rakyat agar menjadikan ini sebagai agenda utama penilaian ketika PRU nanti.
 
8.   Menyedari betapa pentingnya kesedaran dan kepedulian di kalangan anak muda, Rapat SAMM kali ini membuat keputusan SAMM harus punya sekolah politik dan jabatan penyelidikan bagi memantapkan pemahaman politik dan kesedaran hak warga dikalangan anak muda.

9. SAMM menentang keras pengkhianatan pemerintah terhadap kedaulatan negara yang mengagihkan taraf kerakyatan kepada warga asing dengan sewenang-wenangnya.

10.SAMM juga menyeru supaya rakyat menolak SEMUA ahli politik atau kaum keluarganya yang menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri dan mengumpul kekayaan. Imej Rosmah Mansor bermewahan amat mengguris hati rakyat yang sedang bergelut dalam kehidupan seharian. Ia umpama mencurah garam ke luka rakyat.

11. Kenaikan harga barang semakin menghimpit, ini diparahkan lagi dengan kewujudan cukai terus kepada pengguna seperti GST/VAT. Adalah satu pembohongan sistem cukai terus kepada pelanggan belum dilaksanakan. SAMM menuntut pemerintah segera bertindak membatalkan sistem cukai yang menjerut leher rakyat. Sistem cukai ini memberi ruang selesa kepada korporat dengan mengalihkan cukai kepada peniaga besar kepada rakyat.

12. Negara semakin berada di bawah kawalan korporat besar. Indeks jenayah kononya dikatakan turun, tetapi amat berbeza dengan realiti kerana setiap hari jenayah terus kepada rakyat seperti ragut, rompakan (rumah seumpamanya), bunuh, ugut semakin meningkat. Yang dikatakan turun hanyalah kerana diberi tumpuan kepada jenayah skala tinggi seperti rompakan bank dan seumpamanya. Ini memberi persepsi Negara dikawal pemodal dan korporat besar. Indeks jenayah yang mempengaruhi turun indeks jenayah Negara ialah jenayah besar yang jejas korporat besar, tetapi bagaimana dengan jenayah yang semakin menggila yang berlaku terus kepada rakyat.

SAMM mendapati negara ini bukan sekadar diambang krisis tetapi sudah memasuki pintu krisis dan perlu diselamatkan segera. 

SAMM melihat anak muda harus menjadi pelopor politik nilai. Dalam isu membela hak rakyat dan memberdaya anak muda, SAMM mengajak anak muda agar tidak kompromi, tidak ada istilah kedurjanaan yang harus dihalalkan untuk mencapai matlamat baik.

Untuk maksud resolusi,serentak dengan itu juga dirancang perbagai aktiviti dengan pendekatan radikalisma muda.

Selamatkan negara.

Resolusi ini telah disepakati oleh 28 pengarah, penyelaras pusat dan negeri SAMM yang hadir mewakili perbagai segmentasi anak muda. SAMM mengadakan rapat (pengurusan) kebangsaan 3-5 bulan sekali bergantung kepada keperluan. Resolusi ini akan memberi pedoman kepada semua gerakan SAMM sehingga rapat (pengurusan) kebangsaan akan datang.

sumber: www.anakmudamalaysia.com

PS: Kepada anak muda yang ingin menyertai perjuangan radikalisme SAMM, sila daftar keanggotaan di sini dan anda akan dipanggil oleh penyelaras setiap negeri yang disertai dalam masa terdekat.



[UPDATE 27/9]

Liputan resolusi Rapat (Pengurusan) Kebangsaan SAMM 02/11 di perbagai portal berita

12 Resolusi Rapat (pengurusan) Kebangsaan 02/11 SAMM telah mendapat liputan berita dari perbagai portal berita. Berikut ialah antara senarainya :


Resolusi penuh dan lengkap boleh dicapai di www.anakmudamalaysia.com
 

Monday, September 26, 2011

Hubungan Rapat SAMM dan Mahasiswa Cuba Digeser Pihak Tak Bertamadun




Aku rasa macam malas nak layan orang macam nie... tiba-tiba lempar kenyataan bodoh terhadap seorang pemimpin yang diberi perhatian oleh golongan muda dan juga mahasiswa. Hanya kerana sakit hati atau cemburu dengan hubungan baik antara Chegubard dan mahasiswa, seorang mat smart yang bertugas sebagai seketari Nik Nazmi bertindak kurang bijak.

Lihatlah tweet di bawah, barangkali inilah punca seseorang itu hilang punca di atas sifat mencemburui progresif anak muda yang lain...



Aku nasihatkan mike2 yang dapat peruntukkan berkepuk-kepuk tu buat lah kerja elok-elok... Janganlah hentam orang tak tentu pasal kelak akan makan diri sendiri...

Sahabat aku dari selatan juga ada entry yang lebih terperinci mengenai apa yang dilakukan oleh sipolan tu, pastinya lebih PANASSS... klik di sini

Kali ni aku reserve sikitlah... tapi janganlah paksa aku serang geng sendiri hanya kerana tindakkan kurang bijak sipolan ini.

Thursday, September 22, 2011

Dr. McDonald - Kes Anwar Ibrahim Terulung di Dunia !




Pakar DNA Australia Dr Brian McDonald menyifatkan kes liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana ahli kimia mampu menjumpai DNA dari rektum selepas 56 jam dan ditinggalkan 48 jam lagi secara terbuka, sebagai antara penemuan paling menakjubkan jika keputusan itu boleh dipercayai.

NONEDr McDonald berkata ia amat jarang sekali berlaku untuk menjumpai sperma selepas 113 jam berada dalam rektum, katanya merujuk kepada satu artikel 1997 yang ditunjukkan kepadanya dua hari lalu oleh pihak pendakwaan.

"Kes itu, bersama-sama dengan kes 1982 (yang sebelum ini menyatakan sperma boleh didapati selepas 65 jam), adalah hanya dua yang pernah didokumenkan. Dalam 99.9 peratus (kes), anda tidak akan dapat mencari sperma selepas waktu sebegitu lama.

"Walau bagaimanapun, kes (Anwar) ini merupakan satu-satunya (yang saya tahu) dalam dunia di mana sperma boleh dikesan selepas 56 jam dan diserahkan kepada ahli kimia dua hari kemudian, di mana anda masih boleh menemui sampel DNA yang baik," katanya.

NONEBeliau berkata demikian bagi menjawab soalan dari Ramkarpal Singh semasa pemeriksaan-balas hari ini.

Dr McDonald, dua hari lalu bersetuju dengan cadangan yang diajukan oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden (kiri), berhubung penemuan berkenaan berdasarkan artikel yang bertajuk 'Sexual Assault and Semen Persistence' yang ditulis oleh GM Willot dan JE Ellard.

McDonald berkata sepanjang pengetahuannya dan mengikut beberapa jurnal, DNA yang masih dalam keadaan baik boleh didapati pada sampel yang diperolehi dari rektum selepas lapan jam. -mkini


EDYES wrote:

Dari awal lagi kita didedahkan dengan sebuah pendakwaan yang cukup goyah tetapi mahkamah tetap meneruskan pendakwaan. Hari ini sesi pembelaan memperlihatkan seorang saksi pakar DNA dari Australia cukup begitu terkejut dan pelik sekiranya kes ini tetap berjalan berpandukan pelbagai kepincangan, terutamanya dalam soal DNA. 

Ianya termasuklah DNA yang dikatakan mampu bertahan melebihi 100 jam. Dr Brian menyifatkan perkara itu tidak mustahil tetapi hanya 0.1% sahaja peluang untuk DNA tersebut bertahan melebihi 100 jam lantas beliau sangat tidak bersetuju seandainya DNA yang sama itu dijadikan rujukan kes.

Pendapat Edyes, bukan DNA yang terdedah itu sahaja yang sudah tercemar malah kes liwat ini sendiri telah tercemar dicemari.

WAJIB SEBAR!! UMNO Serah Kerakyatan Kepada Bangsa Asing Untuk Kekal Kuasa!



Ayuh, jadilah agen penyebar !!

Jual lah negara ini jika perlu, demi mengekal kuasa melayu ?

Sedarlah wahai sahabat, sudahlah melayu jauh tertinggal berbanding bangsa lain yang punya kewarganegaraan Malaysia, kali ini melayu terpaksa dua kali merempat untuk bersaing pula dengan peniaga minang, siam dan bangla... Apalah nasib orang melayu bila melayu elit terus memijak melayu terbanyak di atas nama Hidup Melayu !!

Berita ini saya petik dari blog adik saya MiloSuam yang turut menghuraikan pendedahan Wikileaks dan juga portal media Indonesia.




Live Coverage!! Perbicaraan Anwar 22 Sept 2011 !!

Wednesday, September 21, 2011

Najib Elak Di'Sapena' ! Bukankah Najib Tahu Semua ?


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dijangka memfailkan permohonan untuk menolak sepina yang mewajibkan mereka untuk tampil sebagai saksi pada perbicaraan liwat yang membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung. 

Menurut sumber yang memaklumkan Malaysiakini, pasangan itu akan memfailkan permohonan mereka pada hari ini. Butiran mengenai permohonan itu setakat ini tidak jelas. Masa mereka akan memfailkan permohonan itu juga belum diketahui.-mkini 

Kenapa Najib mengelak dari di'sapena' ? 

Najib pernah berkata yang dia tahu semuanya ketika diajak berdebat oleh Anwar Ibrahim, jadi ini adalah peluang untuk dedahkan apa yang Najib tahu di mahkamah. Mengapa peluang sebegini tidak digunakan oleh Najib? Rosmah pula, sampai hari raya ke-19 pun masih lagi buat ucapan raya di tv, tapi untuk hadir ke mahkamah tidak berani. 

Najib dan Rosmah terlibat secara langsung kes liwat ini kerana Saiful telah berjumpa Najib dan Rosmah dua hari sebelum diliwat. Mari kita imbas kembali peristiwa serba pelik ini.

Pada 24 Jun 2008 Saiful telah berjumpa dengan DS Najib dan isterinya DS Rosmah melalui Mumtaz Jaafar. Kemudian Saiful diberi panduan untuk menghubungi KPN melalui telefon. Pada 25 Jun 2008 pula Saiful berjumpa dengan SAC Rodwan sebanyak dua kali di Hotel Concorde dan Hotel Melia. Akhirnya pada 26 Jun 2008 Saiful yang bertubuh sasa mendapati dirinya diliwat oleh seorang tua berumur 60 tahun. 

Semua maklumat penting ini tertulis dalam buku FITNAH terbitan SAMM. Buku yang wajib dimiliki demi mengimbau kembali bagaimana penentangan menuntut keadilan itu bermula. Dapatkannya dalam entri di sini
 

Live !! Perbicaraan Anwar - 21 Sept 2011 !!




Untuk melihat perbicaraan semalam sili klik di sini manakala di bawah pula adalah perbicaraan hari ini 21 Sept 2011.




Mat Sabu Ditahan Ketika di Airport !




Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, ditahan untuk diambil keterangan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang sebelum dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

NONEKetua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakub (kiri), berkata Mohamad ditahan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dari Kuala Lumpur pada jam 7.30 petang tadi dan dibawa ke IPK Pulau Pinang.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, tiba di IPK Pulau Pinang pada 8.30 malam dan dilihat meninggalkannya ibu pejabat polis itu pada 9.05 malam selepas keterangan beliau diambil.
Menurut Ayub, pemimpin PAS itu akan didakwa berikutan terdapat lebih 1,000 laporan dibuat terhadapnya berikutan ucapan kontroversialnya pada sebuah ceramah diTasek Gelugor pada 19 Ogos lalu.
"Laporan dibuat oleh waris polis yang kecewa dengan kenyataan Mat Sabu,” katanya pada sidang media di Georgetown.
“Saya gesa semua pihak supaya bertenang agar proses undang-undang dapat dijalankan,” katanya.

mingguan malaysia 280811 mat sabu dikecamPetang tadi, peguam pemimpin PAS itu, Hanipa Maidin berkata, anak guamnya dimaklumkan pihak polis bahawa beliau akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth esok.

Ini berikutan ucapannya berhubung isu Mat Indera dan tragedi Bukit Kepong yang akan dituduh mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam.
Utusan Malaysia pada 27 Ogos lalu melaporkan pemimpin parti Islam itu dalam ceramahnya di Pulau Pinang sebagai berkata, Mat Indera wira sebenar dalam tragedi itu dan bukannya "polis British".

Ucapan itu mencetuskan kontroversi besar dan dikritik pelbagai pihak, terutamanya pemimpin BN dan meleret kepada polemik kemerdekaan negara dan sama ada negara ini pernah dijajah. 

Jika bersalah Mohamad menghadapi kemungkinan dipenjarakan sehingga dua tahun, atau didenda atau kedua-duanya sekali. - mkini


EDYES wrote:
Adakah ini alasan untuk menampilkan semula undang-undang baru menggantikan ISA ?

Semalam, Nazri Aziz membuat pengakuan bahawa ISA tidak dimansuhkan sepenuhnya tetapi hanya dilakukan penjenamaan semula. Pakej undang-undang ISA diperbaharui, rakyat masih boleh ditahan tanpa perbicaraan, tanpa perundangan dan tanpa keadilan !

Sampai bila kita rakyat nak duduk di bawah undang-undang legasi penjajah? Apakah kerajaan yang ada hari ini adalah kerajaan penjajah ? sila ke entry "Kerajaan Penjajah" tulisan Edyes tahun 2008 !


Tuesday, September 20, 2011

Live Dari Mahkamah!! Perbicaraan Anwar - 20 Sept 2011 !!




Semalam, Pakar DNA Australia Dr Brian McDonald berkata kedua-dua ahli kimia tempatan Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon - tidak sepatutnya mengabaikan penemuan DNA ketiga. Dr Seah sebelumnya tidak menerangkan dengan lebih lanjut bagaimana DNA ketiga boleh ditemui.

Antara yang disebut oleh Dr Brian ialah;
I have yet to see any documentation indicating the sources of DNA; our assumption of source purely based on DrSeah's explanation. Seah was guessing and had no evidence to base her conclusions as to the cell source of the DNA from Saiful's rectum. Evidence of contamination; presence of DNA in the complainants anus from others unrelated!  
Ini juga bermaksud DNA milik lelaki Y(yang dimaksudkan Anwar Ibrahim), tidak dapat dibuktikan berbentuk sel sperma. Mengapa DNA ketiga itu tidak dipedulikkan oleh pihak pendakwaan? 

Edyes dan che'GuBard telah menulis dalam buku 'FITNAH' dalam salah satu sub-chapter, mengapa DNA 'extra' diperlukan untuk merealisasikan apa yang dikata pemalsuan DNA. Sila dapatkan senaskah di sini

Perbicaraan disambung pagi ini 20 Sept 2011 dan saksikan secara live di bawah;



Monday, September 19, 2011

Live Coverage!! Perbicaraan Anwar Ibrahim 19 September 2011

Penipuan Eskay Bermula Sejak Sidang Akhbar Pertama Dato 'T'!!





Selepas Papagomo mengeluarkan video baru jam 10pagi hari Jumaat lalu, beberapa blog pro-Pakatan Rakyat telah mengeluarkan hujah masing-masing bagi menyangkal dakwaan blogger Papagomo. Edyes tidak menolak usaha baik sahabat-sahabat blogger yang bangkit memberi penerangan kepada rakyat terbanyak mengenai apa yang berlaku terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim - sememangnya Fitnah !

Namun begitu tahukah anda, Buletin Utama hanya mengambil masa selama 2 minit setengah untuk keudarakan pendedahan terbaru Papagomo? Ini memberi gambaran yang jelas betapa pendedahan Papagomo itu sebenarnya tidak cukup kongkrit, malah hanya memberi 'backfire' kepada pihak regim. Overkill akan memberi kesan backfire yang lebih effective berikutan kes ini adalah cukup lucah.

Pendirian Edyes mudah - Mengapa perlu kita percaya kepada Eskay atau Rahim atau Datuk Trio, yang sememangnya dari awal didapati menipu?

Jangan kita lupa ketika sidang akhbar pertama yang menampilkan Datuk T, Eskay telah membuat pengakuan bahawa dia berada di tempat berlakunya aksi seks tersebut dan lokasi yang disebut ialah sebuah hotel di sekitar Kuala Lumpur.

Dalam buku FITNAH yang diterbitkan oleh SAMM, tulisan che'GuBard dan Edyes, telah dinyatakan dalam pertikaian pertama yang menyebut pengakuan Eskay mengenai lokasi kejadian iaitu di hotel. Hari ini, pendedahan video terbaru yang tersiar dalam blog papagomo dan Buletin Utama sebentar tadi menyatakan lokasinya ialah sebuah apartment di Ampang. Jelas dan nyata ia bercanggah !

Jadi mengapa perlu kita percaya sesuatu yang jelas bercanggah ? Kalau di mahkamah, sudah tentu awal-awal lagi pendakwaan ditolak... Maksud Edyes mahkamah yang adil.

Kalau nak pertikai sekalipun, memang banyak yang boleh dipertikai contohnya bagaimana baju gelap dan seluar gelap Eskay menjadi terang sedangkan talipinggangnya tidak pula bertukar menjadi warna terang. Masa masuk dan keluar lif juga boleh dipertikai, pakaian Anwar Ibrahim juga boleh dipertikai. Tetapi mengapa perlu terus dilayan lagi fitnah ini?

Oleh demikian, untuk rujukkan bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim difitnah dari Fitnah Liwat I hingga ke Fitnah ketiga iaitu skandal videoseks, dapatkan senaskah buku bertajuk FITNAH terbitan SAMM. Kepada yang belum memiliki dan ingin memiliki buku tersebut, sila klik di sini untuk mendapatkannya. Buku wajib dimiliki kerana di sinilah perlawanan bermula.

Ayuh tolak politik lucah !!


EDYES @ edyesdotcom

Friday, September 16, 2011

ISA Hanya Dijenamakan Semula ?

Kumpulan pro-ISA beranggapan pemansuhan ISA dan memperkenalkan undang-undang baru sebagai ganti satu petunjuk bahawa "roh ISA" untuk menjamin keselamatan dan ketenteraman negara tidak terjejas.

Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) mengibaratkan langkah terbaru kerajaan itu sebagai proses penjenamaan semula dan bukan "melenyapkan produk" dari pasaran.

NONE"Pemansuhan ISA ini bukan kejayaan GMI (Gerakan Mansuhkan ISA) , tetapi GMI juga selepas ini perlu re-branding nama mereka mengikut aksara akta baru yang bakal diumumkan nanti," kata Penasihat Undang-undang Magaran Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam tadi mengumumkan keputusan memansuhkan ISA dan Akta Buang Negeri 1959 serta akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Bagaimanapun, katanya, untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan jenayah, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini, Khairul Azam (kanan) mencadangkan dibentuk undang-undang baru dibentuk berdasarkan Akta Patriot yang digunapakai Amerika Syarikat.

Serangan pencegahan
"Elok ikut Akta Patriot di AS. Ia membenarkan pre-emptive strike (serangan pencegahan) jika ancaman dipercayai wujud.

"Akta Patriot membenarkan serangan pencegahan atas sasaran yang dipercayai boleh ancam keselamatan AS walaupun sasaran itu tidak berada di bumi AS," katanya.

NONESebagai contoh, Khairul Azam berkata, menggunakan akta itu, anggota Agensi Perisikan Pusat (CIA) boleh datang ke negara lain untuk menyerang pihak yang menjadi ancaman kepada Rumah Putih.

Mengulas pengumuman Najib semalam, Magaran menyifatkannya "tindakan populis" pentadbiran perdana menteri.

Magaran sebelum ini mencuri tumpuan dengan menganjurkan perhimpunan menyokong ISA pada hari dan tempat yang sama dengan perhimpunan anjuran GMI.

Bagaimanapun, jumlah penyokonya yang hadir pada 1 Ogos dua tahun lalu di ibu negara jauh lebih kecil daripada pihak yang menentang ISA. Kedua-dua pihak gagal mendapat permit polis.-mkini


Ulasan Edyes di sini

Thursday, September 15, 2011

Pastikan ISA Benar-Benar Dimansuhkan, Bukan Di'Mansor'kan...




1. Tahniah GMI dan mereka yang pedih mata, hidung, kerongkong dan dada ketika menyertai demonstrasi menentang ISA berbaju putih 1 Ogos 2009.

2. Tahniah Najib kerana membuka langkah untuk bertindak memansuhkan ISA. Banyak lagi undang-undang penjajah yang perlu direformasi atau dimansohkan. Tetapi jangan pula ada undang-undang yang di'Mansor'kan seperti pengecualian cukai untuk aksoseri wanita termasuk cincin berlian.

3. Sebelum Pakatan Rakyat mempunyai kuasa, adalah lebih baik langkah memansuhkan ISA digerakkan ketika Barisan Nasional mempunyai kuasa. Sekurang-kurangnya peroleh kredit walaupun akan lahir lagi dua undang-undang penahanan jangka sederhana yang tidak diketahui apa muslihatnya.

4. Sebelum Pakatan Rakyat menggunakan undang-undang zalim ISA, adalah satu langkah yang cermat buat Najib dan Barisan Nasional untuk terlebih dahulu 'mencuci tangan', menjadikan gelanggang lebih terbuka dan selamat buat 'mereka' sekiranya Barisan Nasional benar-benar menjadi pembangkang Putrajaya. Namun begitu, pada dasarnya ISA adalah undang-undang yang akan dimansuh sekiranya Pakatan Rakyat memerintah kelak.

5. Kamunting masih lagi beroperasi. Sepatutnya Kamunting ditutup malam ini juga dan tahanan ISA dibebaskan sehingga pendakwaan berlangsung.

6. Tidak sabar untuk menyaksikan sebuah demonstrasi anjuran PERKASA untuk menentang keputusan memansuhkan undang-undang zalim ISA.

7. Dua lagi undang-undang baru yang bakal digubal harus dibincangkan secara terbuka dan memanggil panel dari NGO dan wakil pembangkang. Ini kerana setiap orang yang ditahan ISA memberi impak besar ke atas kerajaan Najib, kerana namanya ISA. 

7.5 Adakah setelah menukar nama dan method undang-undang, penangkapan yang sedikit sederhana tempohnya daripada ISA, apakah rakyat akan lebih mudah disumbat dalam tahanan tetapi tidak mengambil masa yang panjang berbanding ISA? Tujuan untuk memudahkan penangkapan tanpa memberi impak sebesar undang-undang zalim ISA.

8. Adakah pengaruh komunis akan berkembang lebih pesat dengan mansuhnya undang-undang zalim ISA ? Maka diperketatkan akta ordinan darurat supaya Mat Sabu dan che'GuBard lebih mudah ditahan.

9. Terima kasih juga perlu diucapkan kepada Mat Sabu kerana menjadi salah satu punca keputusan malam bersejarah ini tercatat dari Angkasapuri. 

10. Akhirnya Najib akui betapa undang-undang ISA adalah zalim, tidak bertamadun dan bertentangan dengan agama. 

11. Apa yang boleh Edyes katakan sekiranya ramai di antara kita yang berpendapat, pemansuhan ISA adalah seperti 'tukar nama' sahaja, tidak lebih dari itu.

Saman Ekor ?



Ini namanya 'saman ekor'

Edyes tak pasti gambar nie pernah tayang di mana-mana ataupun tidak. Tapi gambar di atas Edyes petik dari facebook wall Norazizi SAMM.

Barangkali inilah yang gambar yang paling tepat untuk mendefinasikan 'saman ekor'... kah kah kah...

Terpulang kepada sesiapa yang nak komen...


EDYES @ edyesdotcom


Wednesday, September 14, 2011

Ceramah Umum "Mat Indera Penderhaka Atau Pejuang" di Taman Melewar Malam Ini


Ceramah Umum
"Mat Indera penderhaka atau pejuang ?"


14 Sept. 9.00 mlm ini
Markas PAS, Taman Melewar


bersama YB Salahudin Ayub, Hanipa Maidin,
che'GuBard dan kemunculan khas adik Mat indera
  Di Markas PAS Taman Melewar malam ini juga, saudara boleh dapatkan juga senaskah buku terbitan SAMM terbaru - FITNAH

Najib Umum Akan Laksana GST Selepas PRU13 !!




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata bahawa kerajaan sedang meninjau kemungkinan untuk melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) selepas pilihan raya umum akan datang. - mkini

Wahai Najib, sebelum Barisan Nasional melaksanakan GST selepas PRU ke-13, apa yang diperlukan oleh Barisan Nasional ialah kemenangan... 

Wahai rakyat, sebelum GST dilaksanakan oleh Barisan Nasional pimpinan Najib selepas PRU-13, adalah lebih baik kita pastikan Barisan Nasional tidak perolehi kemenangan...

Rakyat yang bijak menolak servis perkhidmatan (jika perkhidmatan pun macam sampah dan tidak improvisi), rakyat yang kurang bijak menerima servis perkhidmatan tanpa memikirkan impak kepada rakyat kebanyakkan.

Ayuh pastikan Barisan Nasional tidak memperolehi kemenangan dalam PRU akan datang kerana sesungguhnya kemenangan Barisan Nasional adalah satu penyiksaan buat rakyat kebanyakkan...

Menumbangkan Barisan Nasional adalah kemenangan rakyat...


Edyes @ edyesdotcom

Tuesday, September 13, 2011

Ugutan Bunuh Nawemee dari Blog Tegar Penyokong UMNO ?




Dengan tajuk "Parang Panjang Untuk Potong Kaki Namewee Sudah Tersedia", sebuah blog penyokong kerajaan telah bertindak liar di atas ketidak-puas-hatian kepada Perdana Menteri, iaitu orang yang selama ini dipertahankan habis-habisan. 

Blog RBF atau lebih dikenali sebagai Ruang Bicara Faisal menyuarakan kekecewaan terhadap Perdana Menteri kerana tidak dapat bertemu dengan PM walaupun mempunyai idea dan aspirasi, sedangkan Nawemee yang dikatakan telah menghina negara, bangsa dan agama diberikan peluang untuk bertemu dengan Perdana Menteri. 

Edyes memetik beberapa perengan dari blog RBF;
Kawan-kawan sekalian, sepertimana yang anda tahu bagaimana saya serta kawan-kawan saya, siang malam, pagi petang kami berusaha mempertahankan kerajaan serta PM. Bukan setakat mempertahankan PM, malah terpaksa mempertahankan juga isteri PM daripada fitnah-fitnah yang dilemparkan termasuklah isu cincin 24 juta , tapi kami tidak pernah pun dijemput seperti namewee untuk berjumpa PM.

Tapi si bangsat tersebut sudah melakukan bermacam-macam dajal dan sial serta menghina kaum serta agama , tiba-tiba mendapat layanan istimewa untuk berjumpa PM. Mana pergi namewee ketika Rosmah difitnah beli cincin 24 juta. Kenapa dia tak buat lagu yang mengatakan tuduhan itu fitnah ?

Kawan-kawan semua, saya dah lama menyimpan impian untuk berjumpa PM bagi memberitahu beberapa perkara termasuk idea-idea, tapi tak kesampaian. Saya terfikir , siapalah saya ini untuk berjumpa pemimpin tertinggi negara. Kalau ada pertemuan dengan PM pun di majlis-majlis besar yang melibatkan ramai orang. Maka sudah tentulah sukar untuk kita bercakap di majlis-majlis seperti itu.

Tapi anak haram itu senang-senang sahaja dapat jumpa PM. Siapa yang tak berasap beb ?
Kekecewaan RBF dilihat tidak dapat lagi disorok apabila secara terbuka menempelak pimpinan sendiri beserta dengan satu ancaman bunuh terhadap Nawemee yang akan berjumpa dengan PM. Ia seolah-olah mencabar kewibawaan PM sekiranya mengambil tindakkan kepada RBF akan dilihat sebagai tidak prihatin ke atas bangsa sendiri tetapi membela Nawemee.

Mari kita lihat apa tindakkan pihak berwajib seandainya terdapat laporan polis di atas tindakkan RBF.


EDYES @ edyesdotcom


Monday, September 12, 2011

FITNAH - Buku Terbaru Terbitan SAMM Kini di Pasaran




Mulai Isnin ini (12 Sept.) akan siap dicetak dan berada di pasaran buku kedua terbitan SAMM. Buku kedua ini bertajuk Fitnah mengandungi 250 muka surat menerangkan kita secara ringkat, padat dan mudah mengenai Fitnah 1 yang bermula dengan buku 50 Dalil, Fitnah 2 dan isu video seks.

Penerbitan buku ini bertujuan memperingatkan semua kisah dimana kita bermula untuk bersatu melawan regim kerana kes perbicaraan ini telah menjadi titik penyatu perlambangan kerosakan negara apabila semua elemen dipergunakan untuk membunuh seorang insan bernama Anwar Ibrahim.

Dengan penerbitan buku ini bertujuan untuk memahamkan rakyat betapa perlu bangkit segera untuk membebaskan Jabatan kehakiman, Polis dan maruah negara ini dari terus dipandang buruk oleh dunia. Perbicaraan fitnah 1, fitnah 2 dan konspirasi video seks membuktikan bagaimana negara ditadbir dengan begitu rakus oleh pihak terdesak. Harus diingatkan ia bukan kerana susuk Anwar semata - mata, kes Anwar hanya penyatu untuk rakyat bangkit dan sedar mengenai kebobrokan negara dan perlunya reformasi demi kelansungan negara ini.

Buku ini sesuai untuk bacaan semua peringkat. Bagi yang berada lama dalam lapang perjuangan buku ini sesuai menjadi 're cap' mengingatkan kita mengenai peristiwa penyatu 1998. Bagi yang baru 'tersedar' dan meminati perkembangan ini buku ini ringkas dan mudah untuk difahami. Bagi kita semua khususnya yang berminat menjadi 'penyampai' yang baik buku ini menyingkap semua peristiwa fitnah bermula dari buku 50 Dalil, fitnah 1, fitnah 2 dan terkini konspirasi video seks. Terdapat juga beberapa dokumen mahkamah yang mungkin belum anda temui. Semuanya akan membantu anda menjadi penyampai yang padat, mudah dan ringkas.

Semoga rakyat malaysia mendapat kesedaran dari apa yang dibaca dan semoga kita akan terus bersama dalam memperjuangkan keadilan dalam negara ini. Kes ini harus dipandang bukan sekadar serangan peribadi ke aras Anwar tetapi kecurangan sistem dan kehancuran keadilan dalam negara, ia perlawanan menegak negara hukum. Berjuang bersama Anwar tidak semestinya Anwaris. Kita anak muda memilih untuk bersama Anwar Ibrahim untuk mengambil kesempatan ke atas beliau mempergunakan kesnya bagi menyatukan semua tenaga bagi melawan regim warisan penjajah demi masa depan tanahair.

-----------------------------------------------------------------------
Buku ini terbitan Solidariti Anak Muda Malaysia. SAMM ialah sebuah gerakan anak muda 'non-formal structural' yang menghimpunkan anak - anak muda Malaysia dari perbagai latar belakang yang percaya akan keperluan bangkit dengan keberanian dan sepenuh daya mendesak perubahan. Perubahan bukan suatu takdir yang harus dinanti tetapi merupakan tanggungjawab anak muda untuk sama mendesak dan menggerakkan massa ke arahnya.

Perjuangan yang kita lakukan hari ini ialah warisan perlawanan rakyat yang ditindas sebelum ini. Perjuangan ini ibarat mata rantai kita bukan yang dahulu tetapi kita bukan yang terakhir. Cuma lakukanlah yang terbaik di zaman kita, anak muda harus berani mencipta sejarah !

p/s : Bagi yang nak menempah awal melalui Pos ada 2 cara;

1.  Melalui Maybank/maybank2u.com , sila jelaskan pembayaran sebanyak RM20 (RM15 harga buku,RM5 caj POS) ke akaun 1550 1493 8842 di atas nama EDY NOOR REDUAN.

2. Melalui Wang Pos, sila hantarkan wang POS RM20 - PEMBELIAN MELALUI WANG POS TELAH DIMANSUH. TQ

Sila maklumkan pembelian/penghantaran wang pos/pindahan wang(maybank2u) melalui email edyesdotcom@gmail.com beserta dengan maklumat pembeli (nama, alamat penghantaran dan no hanphone)

[UPDATE 16 OKTOBER]

SETIAP PEMBELIAN SELEPAS TARIKH DI ATAS AKAN DI KEPILKAN SEKALI RISALAH 'PENJELASAN CINCIN PUAKA' YANG BARU DILANCARKAN, SECARA PERCUMA!! 



ORDER BUKU "FITNAH" SEKARANG !!

GERPAR!! RM80,000 Sebulan Untuk Parpukari Bagi Kerja-Kerja Fitnah ?




Pernahkah anda dengar ayat ini dari Parpukari - "DEMI ALLAH SAYA TAK MAKAN DUIT"? Percayakah jika saya katakan pendapatan parpukari adalah 80ribu sebulan? 

Tidak menuduh, tetapi menjadi persoalan bagaimana seorang blogger Umno memperolehi sebanyak RM80,000 sebulan ? Apa pekerjaan Parpukari atau nama sebenarnya Mohamad Salim bin Iskandar selain dari blogging ?

Sahabat saya MiloSuam yang blognya berada di kedudukkan ranking paling atas pun amat jauh sekali untuk mencecah pendapatan RM80ribu sebulan. Blog Parpukari adalah jauh lebih tertinggal daripada blog MiloSuam. Persoalan ini bukan hanya perlu dijawab tetapi perlu disiasat oleh SPRM.

Sila lihat slip di bawah yang tertera nama dan nombor IC sekali ;




Berikut pula adalah maklumat peribadi parpukari

Nama Penuh: Mohamad Salim bin Iskandar.
Nama Samaran: Parpukari
Blog :  www.parpukari.blogspot.com/
Nombor IC: 730709-08-5123
Nombor A/C Maybank: 114124062908

Lagi menjadi persoalan ialah, menteri manakah sugardaddy parpukari ?

Saturday, September 10, 2011

SAMM Terjah Utusan !!

SAMM tampal salinan laporan SPRM dan salinan 'penipuan' Utusan Malaysia dalam isu cincin !


Utusan telah menyiarkan berita mencabar che'GuBard membuat laporan SPRM dalam isu cincin berlian nilai RM24.45 juta yang dikaitakn Rosmah Mansor yang telah didedahkan SAMM sejak 8 Julai lepas. Namun selepas 'fitnah' 1 syawal tersebut satu email telah dihantar minta Utusan betulkan fakta namun tidak diendahkan. Mustahil Utusan tak mengetahui laporan SPRM telah dibuat tetapi sengaja menggunakan taktik propaganda memperbodoh rakyat untuk menjaga kepentingan regim Najib Razak.

Respon dari itu beberapa aktivis SAMM di Negeri Sembilan telah membuat aksi menampal keratan fitnah Utusan Malaysia dan salinan laporan SPRM di pintu pejabat Utusan Malaysia di Seremban.

Selepas melakukan aksi menampal Saufi Mi'ad, selaku Penyelaras SAMM N.Sembilan menyatakan depan wartawan "tak guna bercakap dengan media pekak alat propaganda regim ini, kami tampal dan biar mereka baca sendiri"

"Terpulang kepada Utusan nak kata kami serang dan rosak pejabat mereka atau nak lapor polis kerana tindakan kami, dah ini saja cara nak layan akhbar penipu yang membodoh minda rakyat" tambah beliau lagi depan wartawan sebelum beredar dari pejabat Utusan.

Ketika mereka menampal dan bercakap dengan wartawan tiada kakitangan yang keluar cuma mengintai-intai dari balik cermin gelap tetapi beberapa orang menyerbu dan mengambil gambar sebaik sahaja aktivis-aktivis SPRM meninggalkan pejabat tersebut.

Aksi yang sama turut di lakukan pada 7 September lepas oleh aktivis-aktivis SAMM Pulau Pinang yang diketuaki oleh sdr. Aidil dan turut serta Ketua AMK P.Pinang, Sdr. Amir Ghazali.

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan