Wednesday, August 24, 2011

Chegubard Atau Rosmah Perlu Mohon Maaf ?

Disalin tampal bagi tujuan untuk disebarkan;

Sejak semalam che'GuBard dihubungi ramai wartawan dan teman khususnya apabila media arus perdana digunakan untuk 'menyerang' che'GuBard dalam isu pendedahan berlian bernilai RM24.45 juta yang dikaitkan dengan Rosmah Mansor.

che'GuBard dituntut mohon maaf dan dituduh diam dan gagal menjawab apabila kononya didedahkan menipu.

Persoalan penting ialah adakah media arus perdana berani mengeluarkan kenyataan che'GuBard mengenai perkara ini.

Sudah hampir sebulan pendedahan mengenai wujud satu kemasukan berlian bernilai RM24.45 j terkait nama 'Imelda' Rosmah. Sejak itu dia diam dan membisu cuma 'pengampu-pengampu' dia yang sibuk bertungkus lumus menjawab. Cuma sekali dia menjawab itupun hanya menuduh ia fitnah tanpa sebarang penjelasan.

Menarik perlu diperhatikan di sini. Mulanya pengampu Imelda mengatakan bukti tersebut palsu dan akhirnya sudah tidak boleh menyangkal setelah SPRM mengesahkan dokumen tersebut maka muncul pula borang kastam kedua kononya belian itu dibawa keluar 4 hari selepas itu. Kononya belian itu untuk satu pameran berlian yang diadakan secara sulit, di tempat yang sulit dengan tetamu-tetamu yang sulit. Semua yang sulit itu sedang diusahakan dan disusun skripnya.

Mungkin gagal menyusun skrip pameran sulit maka seorang lagi pengampu muncul dan mengatakan belian tersebut bukan milik Rosmah tetapi milik besannya. Jadi mana yang betul sebenarnya.

Klik bahan - bahan di bawah untuk membaca mengenainya.

  • Pendedahan antara bukti yang diperolehi "gambar screen komputer kastam" yang mengandungi maklumat kemasukan belian bernilai RM24.45 j. Nilai ini saya sebut dari awal dalam RM bukan USD cuma mungkin ada blogger terkeliru dan menukarnya dalam USD. klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/imelda-rosmah-dan-cincin-nilai-rm244.html sebaik sahaja bukti ini disiarkan pengampu - pengampu Imelda terus mengatakan ia gambar photoshop palsu.
  • Tidak kurang juga yang konon cabar kalau berani che'GuBard tampil buat laporan SPRM. maka pada 13 Jul. che'GuBard bersama teman-teman SAMM Pulau Pinang bersama juga wakil Dewan Pemuda PAS dan AMK P.Pinang hadir ke SPRM P.Pinang untuk membuat laporan SPRM dengan menyerahkan juga bberapa bukti yang masih belum disiarkan. klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/samm-tampil-buat-laporan-sprm-isu.html
  • Ketika membuat carian mengenai barang-barang kemas Imelda Rosmah terjumpa pula gambar Rosmah Mansor yang sedang menggayakan gelang tangan yang sememangnya dari Jacob & co yang merupakan syarikat pengeluar belian RM24.45j tersebut. klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/imelda-rosmah-memang-penggemar-jacob-co.html ini menguatkan hujah bahawa Imelda Rosmah memang peminat barangan Jacob & co.
  • Pengampu makin hilang punca dan menyerang yang kononya tidak masuk akal belian bernilai RM24.45 j wujud. Posting ini hanya untuk buktikan bahawa belian lebih mahal juga wujud dalam dunia yang mana manusia rakus mengejar kemewahan ini. klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/masuk-akal-atau-tidak-cincin-bernilai.html
  • SPRm tidak boleh berdolak dalih perlu tampil untuk nyatakan pendirian mengenai kewujudan belian ini. Klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/sprm-kena-muncul-menyatakan-pendirian.html posting ini membuktikan bahawa sememangnya beberapa hari sebelum belian ini masuk ke Malaysia, Rosmah dan suaminya Najib baru sahaja pulang dari New York untuk lawatan ke sana.
  • Sah bukan dipalsukan bukti tersebut kerana SPRM telah menyerbu KLIA dan menurut sumber kami di sana A.Krishnan (yang tidak bersalah) diambil dari petang hingga subuh. Siasatan SPRM pula tumpu kepada bagaimana cukai boleh kosong. nampak sangat SPRM tidak buat kerja rumah. Najib pada belanjawan yang lepas sememangnya telah menghapuskan cukai perbagai perkara seperti pakaian, perhiasan dan seumpamanya. Kini baru rakyat sedar bahawa pemasuhan cukai itu mungkin ada kena mengena dengan perangai Imelda Rosmah yang akan bawa masuk perbagai barang hiasan mewah. Sistem kastam juga telah 'diganggu' selama tiga jam. http://chegubard.blogspot.com/2011/07/sistem-kastam-down-3-jam-semalam-dan.html dalam posting ini juga dinyatakan rupanya gelang Rosmah yang dibeli dari Jacob & co itu bernilai RM1.6 juta (paling murah) berdasarkan respon email Jacob & co sendiri yang di qoute dari sebuah laman portal klik http://www.freemalaysiatoday.com/2011/07/14/41834/ juga http://www.freemalaysiatoday.com/2011/07/13/now-rosmahs-diamond-bangles/
  • Pengampu panik bukti tersebut bukan palsu dan ternyata benar belian RM24.45 j masuk dan ada terkait Rosmah di dalam dokumen tersebut maka mereka masuk fasa baru dalam mengampu berkenaan isu ini. maka muncul borang kedua kononya belian itu dibawa keluar dari Malaysia ke Singapura pula selepas 4 hari di Malaysia. Konon belian itu untuk pameran di tempat rumah VVIP rahsia dengan tetamuVVIP rahsia. Semua sedang bertungkus lumus menyiapkan skrip. Namun borang kastam kedua itu banyak kelemahan klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/usaha-terdesak-untuk-lindungi-imelda.html
  • Tiba - tiba jumlah pelayar blog ini meningkat mendadak, jumlah komen juga meningkat. Hampir semua komen diluluskan kecuali yang mencarut dan lucah melampau. ternyata pengampu Umno terpaksa bertungkus lumus menjawab. kebanyakan komen dari IP yang sama termasuk yang mencarut kemudian hantar pula hadis nabi. Ini pula posting yang menyatakan komen seorang orang lama dalam Kastam mengenai kewujudan pembelaan kononya barang tersebut untuk pameran klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/maklumat-dari-orang-kastam-edyess.html
  • terbaru mereka guna media perdana termasuk Buliten Utama TV3 untuk menyerang che'GuBard. Kenyataan Anuar Shaari yang lagaknya umpama setiausaha sulit 'FLOM' menyatakan kononya berlian itu bukan milik Imelda Rosmah sebaliknya milik besannya. Ini menjadikan rakyat tertawa dengan semua hujah mengampu bela Imelda Rosmah dan lebih sedih dan marah dalam kesempitan hidup seharian.
Persoalanya mula - mula tuduh pendedahan palsu, kemudian tuduh pula untuk pameran dan terbaru mengakui bukan sahaja berlian itu wujud masuk tetapi pusing cakap pula kata kononya berlian itu milik besannya tetapi Imelda Rosmah tetap diam.

Rosmah yang samalah yang selama ini membazir bukan sedikit wang rakyat.
Ada pula geng pengampu Imelda yang tuduh kononya komplot serangan ini ada kaitan dengan Khairy Jamaluddin jawapanya ialah ia tidak ada kena mengena. Kalau mereka ada masalah antara mereka pun che'GuBard tak minat campur. klik http://chegubard.blogspot.com/2011/04/khairy-mengelabah-konon-orang-nak.html

Ingat che'Gubard tidak menuduh sesiapa tetapi kewujudan borang kemasukan berlian bernilai tinggi itu dan tertera dengan jelas nama orang yang menyamar wanita pertama negara ketika rakyat susah dihimpit kenaikan kos hidup perlu diperjelaskan. Dia bukan pegawai kastam, dia bukan pegawai syarikat penghantaran dan adakah dia membuat kerja 'part time' sebagai penganjur pameran ? Adakah sesuai dengan imejnya yang menyamar sebagai wanita pertama dan membuat kerja part time ?

Ada beberapa pengampu yang kononya sejak minggu lepas mendendangkan yang che'GuBard akan disaman, tetapi yang lucunya bukan disaman oleh Imelda Rosmah tetapi oleh syarikat yahudi Jacob & co.

Tidak ada keperluan untuk che'GuBard mohon maaf. che'GuBard tidak ada kena mengena dengan permohonan maaf KOMPAS atau Pengarah Komunikasi PKR. Sebaliknya imelda Rosmah yang seharusnya tampil untuk menjelaskan duduk perkara sebenar.

Kepada pengampu - pengampu lebih baik kamu semua diam dan nasihat Rosmah untuk jawab kerana lagi banyak pengampu ini jawab makin berbelit isu berlian ini. Cubaan kamu semua mengampu sebenarnya meletakkan Imelda Rosmah dalam keadaan lebih sukar.

Monday, August 22, 2011

Edyes Akan Muncul Kembali Selepas AidilFitri ...

Percayalah bahawa, tiada cuti untuk saya bagi menentang regim jahat penguasa zalim. Walaupun blog ini tidak diupdate, bukan bermakna tiada gerakan dari pihak edyesdotcom yang kini sedang mengusahakan 'sesuatu'.

Jangan kata bulan puasa, hari raya pun edyes tetap teruskan serangan ke atas regim!! Jumpa lagi di Syawal nanti... Edyes ucapkan selamat menghabiskan Ramadhan dan salam kehadiran Syawal...

Wahai Regim, tiada maaf bagimu...


Wednesday, August 17, 2011

SAH!! Undi Pos Bantu Kemenangan BN!!

Mengapa SPR terus berdiam? Difahamkan, ada lagi 4 pengakuan 'mengundi DUN dan Parlimen bagi pihak'. Maka tidak hairanlah mengapa undi pos sangat penting bagi kerajaan hingga tidak sanggup mereformasikannya sepertimana tuntutan BERSIH.

Andainya undi tersebut dihabagi 2, separuh untuk BN dan separuh untuk PR, itu sedikit baik. Tetapi malangnya kita mendapati, hampir keseluruhan undi pos jatuh ke tangan BN dengan alasan - polis dan askar taat mengundi kerajaan. Sedangkan sebenarnya, polis dan askar juga ramai yang telah benci kepada kerajaan korup penindas rakyat.

Berikut adalah laporan Malaysiakini:

Seorang bekas anggota tentera mendakwa, beliau telah menanda ribuan kertas undi pos semasa bertugas sebagai kerani tadbir ketika pilihan raya ketujuh dijalankan.

Kamarulzaman Ibrahim, 53, mendakwa beliau bersama beberapa lagi rakannya diarahkan supaya berbuat demikian oleh pegawai pemerintahnya.

Beliau mengaku berbuat demikian sepanjang tiga hari menjalankan tugas berkenaan di Kem Terendak, Melaka.

Katanya, beliau telah menanda kertas undi berkenaan "sehingga lenguh tangan" dan turut menandatangan setiap borang yang dikepilkan bersama kertas undi tersebut.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini, Kamarulzaman berkata, beliau berbuat demikian kerana "sekadar menurut perintah."

Selain Kamarulzaman, turut tampil membuat pendedahan hari ini ialah dua orang lagi anggota dan seorang pegawai tentera. -mkini


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, August 13, 2011

Minit Mesyuarat JK Fatwa P.Pinang Yang Meluluskan Larangan Guna Pembesar Suara!







Saya adalah antara blogger prihatin yang paling awal memberi ulasan menjawab isu larangan penggunaan pembesar suara untuk bacaan Al-Quran ketika subuh di P.Pinang. Saya menyokong tindakan berani JHAIPP yang saya kira cuba memperbetulkan apa yang selama ini difikirkan betul.


Seperti yang kita jangkakan, UMNO melalui media putar belitnya pasti akan spin isu ini seolah-olah merekalah yang lebih mengetahui tentang hukum syarak sedangkan apa yang sebenarnya cuba mereka perjuangkan ialah melayu, bukannya Islam. Jadi mereka akan berbuat apa sahaja demi melayu hingga sanggup menjual agama. 

Jangan kita lupa bagaimana mereka melebung umat islam 1Malaysia dalam isu judi kuda di Pulau Pinang tidak lama dahulu. Mereka menyembunyikan hukum sebenar mengenai hukum mengurus kewangan negera dalam mengagih bantuan kepada fakir miskin. 

Kali ini mereka sekali lagi menyerang kerajaan negeri P.Pinang dengan mengakatan kononnya arahan pengeluaran pekeliling larangan guna pembesar suara itu adalah dari DAP. Sesungguhnya negeri Pulau Pinang cukup sinonim sebagai medan UMNO mendagang agama demi kepentingan survivalnya. 

Atas faktor menyampaikan kebenaran, saya tampil bersama minit mesyuarat jawatankuasa fatwa yang membawa kepada keputusan larangan tersebut. Mesyuarat tersebut juga telah dipengerusikan sendiri oleh Datuk Mufti Hj Hassan Hj Ahmad, seorang ulama yang disegani. 

Bersama ini dikepilkan sekali senarai kehadiran, dalil dan dokumen berkaitan minit mesyuarat tersebut. (semuanya di awal entry kerana method update dari BB yg serba terhad) 

Pujian harus diberikan kepada YB Malik selaku exco agama P.Pinang, termasuklah pegawai kerajaan negeri Chegu Zulkifli Mohamed dan Mohd Fitri Ibrahim dan Zulkifli Hj Ibrahim SAMM yang memainkan peranan besar dalam menangani isu yang cuba di'spin' oleh puak regim yang tidak bertanggungjawab. Tindakkan pantas memberi kefahaman berkaitan larangan tersebut menyelamatkan bukan sahaja JHAIPP dan pejabat mufti, malah martabat Islam juga tidak sempat dicemari dengan cubaan mengelirukan umat Islam.

Diharap dengan pendedahan dokumen penting ini, tidak akan ada masyarakat yang memandang serong terhadap keputusan yang dilakukan oleh JHAIPP, terutamanya apabila membabitkan tuduhan keterlibatan kerajaan negeri dalam melontarkan arahan. Apa yang kita sedia maklum, kerajaan negeri yang diketuai DAP sangat peka dan prihatin dalam menjaga martabat Islam di P.Pinang dengan pelbagai inisiatif dan bantuan yang melebihi kebanyakkan negeri lain.

Dalam entri ini juga, saya mengambil kesempatan memetik sepenuhnya kenyataan Dr Asri Di Bawah;
 
Oleh: Dr Asri

Saya amat bersetuju dengan keputusan Jabatan Mufti Pulau Pinang yang mengeluarkan arahan agar suara bacaan al-Quran tidak dikuatkan melalui pembesar suara seperti yang berlaku di kebanyakan masjid sebelum waktu solat. Fatwa atau arahan ini bagi saya selaras dengan kehendak syarak. Seperti yang lepas, saya berpegang kepada alasan-alasan berikut menyokong keputusan berkenaan;

1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.

2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.

3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.

4. Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa'id al-Khudri:
"Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: "Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat" (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).
Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga mengganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.

Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya:

"Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid). Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa..tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid..dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini..boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya". (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).

Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Saudi Arabia yang penduduknya kesemuanya muslim. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.

5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:

"Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar". ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).

Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?

Maka, dengan itu memang wajar arahan meminta dielakkan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Umat Islam Pulau Pinang sepatutnya menyokong keputusan ini, dan saya menyokongnya.

----------------------------

Semoga artikel maklumat ini dapat disebarkan ke seluruh pelusuk negara agar mereka faham, mengapa Pulau Pinang acapkali dijadikan medan mengelirukan fahaman umat Islam oleh pihak terdesak.

EDYES @ edyesdotcom
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone




Friday, August 12, 2011

Karpal Buli Rosmah ?




Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor memberitahu peguam yang mewakili ketua pembangkang yang juga defendan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa mereka tidak mahu menjadi saksi pembela.

Ini didedahkan oleh peguam utama Anwar - Karpal Singh - dan juga peguam Sankara Nair.

Karpal dan Sankara, serta peguam kanan Datuk Param Cumaraswamy dan Ram Karpal, berada di dalam bilik yang sama apabila saksi-saksi dibawa masuk, seorang demi seorang.

Karpal berkata, apabila peguambela tiba di kompleks mahkamah, Najib dan Rosmah sudahpun berada di situ.

"Najib masuk dahulu dan apabila kita tanya, beliau kata tak mahu jadi saksi pembela dan tidak mahu ditemubual," kata Karpal.

Kemudian tiba giliran Rosmah dan beliau memberitahu perkara yang sama, dan diikuti pula oleh bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof.

Ketiga-tiga mereka (Najib, Rosmah dan Rodwan) berada di dalam bilik dan mereka tidak ditemani peguam.

Najib dan Rosmah tiba kira-kira jam 2.55 petang dan beredar kira-kira jam 3.28 petang.

Pembantu mereka menunggu di luar semasa mereka menghadiri temubual ringkas itu.

Karpal berkata mereka terkejut kerana tiada tanda-tanda yang Najib dan Rosmah akan datang hari ini.

"Biasanya, mereka akan memberi notis terlebih dahulu," kata peguam kanan itu.

Karpal menyifatkan Rosmah dalam keadaan 'teramat tegang' ketika diajukan soalan dan pada satu ketika, beliau (Rosmah) berkata, "jangan buli saya, Encik Karpal".


Kata Karpal, beliau tidak tahu mengapa Najib dan Rosmah takut untuk datang ke mahkamah, ketika mengulas keengganan mereka untuk menjawab soalan.-mkini

Najib, Rosmah hadir untuk ditemubual peguam Anwar !!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor berada di Kompleks Mahkamah Jalan Duta untuk ditemubual oleh peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka tiba pada jam 2.55 petang ini dan kini berada di tingkat tujuh. Manakala bekas ketua polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof (juga) juga hadir untuk ditemubual.

Anwar juga berada di situ untuk menghadiri temubual tersebut.

Peguam Karpal Singh, Sankara Nair dan Param Cumaraswamy mengendalikan temubual itu.-mkini


EDYES wrote:

Akhirnya Najib-Rosmah-Rodwan sampai juga untuk ditemubual. Semoga rakyat Malaysia akan diperoleh kebenaran demi kebenaran.

Bagaimana pula dengan bekas KPN Musa Hasan?


Menjawab Isu Larangan Bacaan Al-Quran Guna Sistem PA di P.Pinang



Saya yakin dan percaya akan tindakkan Jabatan Hal Ehwan Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) tentang Larangan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara ketika subuh di P.Pinang. Tindakkan yang sama ini juga yang mengikut hukum syarak, harus dipertimbang untuk dilaksanakan oleh negeri-negeri lain. Namun demikian, pendekatan dan cara yang digunakan oleh JHEAIPP dilihat sedikit drastik dan terburu-buru.

Fahami semula pendirian saya tentang isu ini. Saya yakin, percaya dan sokong tindakkan JHEAIPP yang berani melaksanakan apa yang telah dibincangkan selaras dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri sebelum ini, tetapi agak terkilan kerana cara dan pendekatan pihak JHEAIPP yang terus mengeluarkan pekeliling larangan pembacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh. Sepatutnya sebelum pekeliling ini dikeluarkan, wajib ada banyak sesi penerangan agar lebih ramai yang memahami apa hikmah larangan ini sebelum memasuki fasa perlaksanaan larangan.

Harus diingat, keputusan ini dibuat adalah berdasarkan hukum syarak yang dibincang dalam majlis mufti, bukan mengikut keputusan keraajaan negeri.

Di bawah adalah petikan dari Berita Harian;

Jabatan Hal Ehwal Agama Pulau Pinang putuskan amalan bertentangan hukum syarak

TASEK GELUGOR: Jabatan Hal Ehwan Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menghentikan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh kerana amalan itu bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.

Arahan itu selaras dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 April lalu dan surat pekeliling mengenai larangan sudah dikeluarkan pada 3 Ogos lalu dan diedarkan kepada semua jawatankuasa kariah masjid. -BHarian

Sefaham saya, Al-Quran bukan hanya untuk dibaca dan didengar sahaja tetapi mesti difahami dan diamalkan, malah sistem perundangan juga wajib ikut lunas dari Al-quran untuk umat islam. Melaksanakan apa yang disuruh dalam Al-Quran itu adalah jauh lebih penting.


Saya bawakan untuk anda sebuah hadis sahih yang berbunyi;

Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (Al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: "Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat" (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).

Sebelum mengulas lebih panjang, saya reserve untuk tunggu dan lihat apa penjelasan daripada pihak JHEAIPP dan jawatankuasa Mufti Pulau Pinang kerana difahamkan akan ada sidang media dalam masa terdekat.


EDYES @ edyesdotcom

Saya buka buah bicara untuk sebuah diskusi dalam ruangan facebook di bawah;

Thursday, August 11, 2011

Laporan Polis Kali Ke-3, Untuk Bela Kematian 3 Das Tembakkan!!



Kes Polis Tembak Tiga Remaja, Keluarga Buat Laporan Kali Ketiga

PETALING JAYA, 11 OGOS: Tiga keluarga remaja yang mati ditembak polis di Glenmarie, Shah Alam pada November tahun lalu, membuat satu lagi laporan polis hari ini bagi menyatakan bahawa kesemua anak mereka ditembak mati oleh pasukan keselamatan itu.

Malah, ketiga-tiga keluarga mangsa menegaskan bahawa pendirian itu dibuat berdasarkan laporan bedah siasat yang diterima baru-baru ini.

Sejak kejadian itu berlaku pada November lalu keluarga mangsa telah membuat dua laporan polis dan laporan hari ini merupakan yang ketiga.

Terkini laporan bedah siasat yang melibatkan Muhamad Hanafi Omar menunjukkan remaja berusia 22 tahun itu ditembak tiga kali iaitu di pipi, di bawah cuping teling dan dada.

Berdasarkan laporan bedah siasat dua lagi remaja, Mohd Shamil Hafiz Shafie, 16, dan Mohd Khairul Nizam Tuah sebelum ini juga menunjukkan mereka menerima tembakan di kepala dan dada.

Dalam kejadian pada 13 November lalu, kesemua mereka mati di tempat kejadian, namun polis menegaskan ketiga-tiga remaja itu ditembak kerana cuba menyerang dengan parang.

Ketiga-tiga keluarga itu membuat laporan polis hari ini kerana mahu polis membuka semula kertas siasatan dan mendakwa kesemua pegawai yang terlibat dalam kes tersebut.

“Laporan-laporan bedah siasat ini menunjukkan bahawa peluru telah memasuki badan mangsa pada sudut 45 darjah ke belakang, kami percaya ini adalah kerana mereka ditembak oleh penembak yang berada di kedudukan atas mereka iaitu mereka mungkin dipaksa melutut sebelum ditembak mati.

“Soalnya juga kenapa perlu dua das tembakan ke kepala dan dada jika tujuannya kononnya hanya untuk menghalang mereka daripada menyerang polis, kesemua mereka menerima dua tembakan kecuali Hanafi (tiga tembakan),” kata ketiga-tiga keluarga mangsa.

Sehubungan itu, keluarga mangsa mendakwa polis cuba menutup penyalahgunaan kuasa oleh pegawai mereka dengan mengatakan kesemua remaja itu cuba menyerang dengan parang dan terpaksa dihalang dengan tembakan.

“Kami menuntut supaya satu penyiasatan dimulakan segera ke atas anggota-anggota polis yang terlibat atas kesalahan membunuh.

“Kami juga mahu pegawai atasan yang mengeluarkan kenyataan berhubung kes ini disiasat kerana memberikan maklumat palsu, kami menuntut keadilan atas kematian anak-anak kami,” katanya.

Ketika membuat laporan hari ini ketiga-tiga keluarga remaja itu diwakili oleh Hamidah Kadar, 51, iaitu ibu Mohd Khairul Nizam, Norhafizah Mad Razali, 37, yang merupakan ibu Mohd Shamil dan bapa Mohamad Hanafi, Omar Abu Bakar, 58.

Ketiga-tiga remaja itu mati ditembak polis di Jalan Kerjaya Glenmarie kira-kira pukul 4.15 pagi selepas menyamun sebuah stesen minyak 13 Disember lalu.

Menurut laporan media sebelum ini ketiga-tiga remaja ini disyaki sebagai ahli Geng Minyak dan mati ditembak kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

Sementara itu Peguam hak asasi N. Surendran yang mewakili Lawyers For Liberty menegaskan, laporan bedah siasat terbaru yang diterima beberapa hari lalu menunjukkan ia bercanggah dengan maklumat polis.

“Kami telah menerima laporan bedah siasat Muhamad Hanafi dan ia jelas menunjukkan kesemua mereka telah ditembak dalam jarak dekat.

“Mohd Shamil ditembak di tengah-tengah dahi dan dada, (Mohd) Hairul Nizam di tepi kepala dan dada, dan Mohamad Hanafi menerima dua tembakan di kepala iaitu di sisi pipi dan di bawah cuping telinga selain turut ditembak di dada,” katanya pada sidang media di Ibu pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini.

Tegasnya lagi, laporan bedah siasat secara jelas membuktikan kesemua remaja itu ditembak dengan tujuan “membunuh.”

“Jika polis nak hentikan (serangan) mengapa tidak tembak di tangan atau kaki? Mengapa mesti di kepala dan dada?

“Tembakan ini bukan bertujuan untuk menghentikan (serangan) tapi bertujuan untuk membunuh,” katanya.

Dalam pada itu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar yang turut bersama keluarga mangsa membuat laporan polis berkata, beliau mahu Putrajaya memberikan penjelasan berhubung kes tembakan tiga remaja itu .
Nurul Izzah, yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberikan penjelasan berhubung peningkatan kes tembakan mati yang melibatkan polis.

“Sudah tentu kita akan bawa perkara ini Parlimen tapi terlebih dahulu kita mahu penjelasan perdana menteri, menteri dalam negeri dan ketua polis negara dalam isu ini,” kata Nurul Izzah. -tvsnews-


EDYES Wrote:

Bayangkan jika anak kita, adik-beradik kita, atau saudara-mara kita, mengambil tempat anak muda yang kepala dan badannya ditembusi tiga das tembakkan dari polis. Cerita di sebalik cerita, siapa yang boleh merungkainya kerana ketiga-tiga remaja terbabit telah dipastikan mati apabila ditembak berkali-kali dan dikatakan ditembak di paras dekat ?

Jika dalam kes arwah Amirul Rashid, parang cuba diseludup masuk ke dalam bonet dengan cubaan menuduh anak muda kaki masjid ini sebagai penjenayah. Siapa yang boleh terima kelaku macam nie? Mungkin orang awam masih boleh terima andainya kejadian itu benar berlaku kesilapan yang tidak disengajakan oleh pihak polis, tetapi seperti yang kita sedia maklum pihak berkuasa itu sentiasa betul.

Lebih malang, sudahlah ibu bapa Amirul kehilangan anak yang disayangi, dituduh pula sebagai penjenayah. Ini sebenarnya fenamena yang sememangnya menimbulkan kemarahan rakyat.

Dalam kejadian 3 remaja mati ditembak polis di Glenmerie November lalu, apakah yang sebenarnya berlaku apabila ketiga-tiga remaja itu ditembak bukan untuk menghentikan serangan tetapi bagaikan untuk dibunuh. Dua daripada tiga remaja itu ditembak sebanyak 2 das setiap seorang manakala seorang lagi ditembusi 3 das tembakkan termasuk di kepala.

Siri tembakkan semuanya mengenai kepala, pipi dan juga dada. Apa yang menjadi persoalan, tidakkah pihak polis mempunyai kemahiran untuk menumbangkan penjenayah (sekiranya 3 remaja ini penjenayah) dengan menembak ke arah kaki ataupun tangan?

Seorang remaja yang umurnya hanya menjangkau 22 tahun dan dua lagi remaja berumur sekitar 16 tahun. Bukankah beberapa das tembakkan amaran ke langit akan membuatkan mereka semua meletakkan parang yang mereka miliki di tangan (jika benarpun parang itu adalah milik mereka) ?

Kesangsian seperti ini mewajarkan tindakkan ibu-bapa mangsa membuat laporan polis kali ketiga, hari ini.


SPR Mendahului JPN Dalam Proses Memadam Maklumat Isacc Yavon !!



Lewat petang semalam, blog edyesdotcom telah buat pendedahan bahawa penama Isacc Yovan A/L K Pitchay mempunyai 2 kad pengenalan yang telah diambil dari JPN. Sila rujuk ke entri PECAH LAGI!! Isacc Yovan Boleh Mengundi 2 Kali di Parlimen Lembah Pantai !! 

Ketika bersahur hari ini, seorang pengguna facebook telah memaklumkan kepada saya bahawa setelah beliau usul periksa dalam sistem semakan SPR, beliau mendapati salah satu nombor kad pengenalan yang membawa kepada pengundian di lokaliti R/Pangsa Seri Pahang dalam daerah mengundi Bukit Bangsar, telah DIPADAMKAN. Semakan oleh pengguna facebook tersebut dilakukan jam 1.30 pagi bertarikh hari ini.

Apabila saya usul periksa semula dalam sistem SPR dan mendapati rekod nombor kad pengenalan 630124035077 telah tiada tiada. Lihat gambar di bawah hasilnya;



Namun demikian, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga ke tanah. Kerja keras SPR hingga lewat malam untuk menyembunyikan penipuan demi penipuan tidak disinkronasikan dengan sistem semakan JPN. 

Walaupun SPR telah memadam maklumat yang menunjukkan Isacc Yavon boleh mengundi dua kali dengan menggunakan dua kad pengenalan (yang juga dua nombor kad pengenalan), namun nombor kad pengenalan kedua Isacc Yavon itu masih berada dalam sistem maklumat JPN. Mungkin ini satu lagi peluang untuk JPN dipersalahkan sepertimana yang berlaku dalam kes Mismah.

Lihat gambar di bawah, kali ini saya printscreen waktu dan tarikhnya sekali;

sila besarkan gambar untuk melihat tarikh dan waktu
Sekarang komplot SPR dan JPN sudah terbongkar dan terperangkap. Mungkin jika mereka padam kedua-duanya serentak, maka agak susah untuk kita trace di mana kepincangan SPR dan JPN. 

Hanya nombor kad pengenalan Isacc Yavon yang kod lahirnya '10' sahaja yang tinggal dalam daftar pemilih dan yang kod lahirnya '03' telah hilang. Tetapi dalam sistem semakan JPN, kedua-dua nombor kad pengenalan ini masih wujud dan saya sempat merekodkan kesemuanya.

Sekarang mari kita sama-sama nantikan, bilakah mereka akan padam pula rekod kad pengenalan dalam sistem maklumat JPN pula setelah berjaya dilakukan dalam daftar pemilih SPR 'tanpa disedari'.

Kepada rakan blogger lain yang banyak buat pendedahan pengundi 'double' ini, sila usul periksa semula maklumat tersebut kerana ianya tidak kekal begitu sahaja. Ini kerja kacang sahaja bagi mereka, sedangkan rekod imigresen Altantuya pun mereka boleh padam, inikan pula rekod daftar pengundi yang begitu mudah dimanipulasi oleh badan yang serba tidak amanah.

Kesempatan ini juga, saya cabar Kerajaan Malaysia supaya membubarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana badan yang diamanahkan untuk menjadi nadi terpenting demokrasi negara ini sudah tidak boleh dipercayai. Rakyat wajar dianugerahkan sebuah badan berkecuali baru yang menguruskan pemilihan wakil rakyat dan kerajaan pemerintah menggantikan SPR yang dilihat tidak lagi kredibel kerana didapati begitu condong membantu kerajaan sedia-ada mengekalkan kuasa!

Cabaran saya ini jangan sesekali dipandang enteng. Berwaspadalah wahai Kerajaan Malaysia, apabila majoriti rakyat yang cintakan demokrasi sudah mula mengugut !!

Wednesday, August 10, 2011

Tiada Lagi Elaun Perpindahan Bagi Cikgu !



Imej : diambil dari laman web KPM dinyatakan
dengan jelas mengenai 'kehilangan' elaun perpindahan
Banyak pendedahan pembaziran wang negara telah didedahkan. Dari ketirisan dalam perbagai sektor dan perbagai peringkat hinggalah kepada pembaziran Keluarga Perdana Menteri Malaysia itu sendiri.

Namun rakyat dibawah terus diarah berjimat. Terbaru che'GuBard mendapat email dari teman-teman yang pernah sama sepengajian yang masih berkhidmat sebagai pendidik. Mereka mengeluh kerana meremenerima perbagai tekanan. Sudahlah perbagai peruntukan untuk sekolah dipotong. Ketika dikhabarkan RM111 juta diperuntukan untuk program PERMATA milik Imelda Rosmah tetapi sekolah bantuan penuh kerajaan yang sepatutnya menjadi tempat utama pendidikan rakyat telah dipotong perbagai peruntukan dan diarahkan berjimat.

Terbaru kelompok guru ini telah didera dengan 'dihilangkan' elaun perpindahan buat mereka. Bayangkanlah guru-guru ini yang semenjak habis pengajian terus dengan rela dicampakkan ke pendalaman sejauh Borneo tetapi setelah ada yang lebih 12 tahun di sana dan apabila bertukar ke Semenanjung tidak diberi sebarang elaun untuk pindah.

Ada yang sudah bekeluarga dengan anak yang ramai, sudah punya kenderaan dan berapakah perbelanjaan untuk memindahkan keluarga besar ini ke Semenanjung ? Menurut teman - teman yang menyatakan keluhan mereka mahu semua faham selalunya kalau pundiberi elaun perpindahan ini mereka masih perlu menambah dengan duit sendiri. Elaun perpindahan ini sebenarnya pun tidak pun cukup tetapi beerti besar dalam membantu perpindahan khususnya bagi mereka yang telah lama di pendalaman Sabah dan Sarawak.

Regim ini semakin tidak berpijak di bumi nyata. Rakyat terus disuruh berjimat tetapi mereka diatas terus bermewah. Ketika Imelda Rosmah bermewah rakyat terhimpit semakin payah.

Kepada teman-teman yang masih berkhidmat sebagai guru. Regim ini terlalu yakin semua guru takut dengan perubahan ayuh bersama kayuh perubahan demi negara. Kuasa ditangan anda. Daftarkan diri sebagai pemilih dan lalukan perubahan dengan berani demi diri kita dan masa depan negara.

Kementerian Pelajaran dah jadi kementerian rojak dan caca merba agaknya. Guru-guru hanya boleh meluahkan perasaan mereka melalui surat dan forum di akhbar saja. Apakah Menteri, Pengarah Pelajaran dan Pegawai Pelajaran dah jadi PBB (Pekak, Bisu dan Buta)? Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) tak selesai kini masalah pengangguran di kalangan Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.

Antara luahan guru - guru di media setelah Kementerian gagal mendengar
  1. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0808&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_05.htm
  2. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SistemSAPSbanyakmasalah/Article
  3. http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2011%2F8%2F4%2Fnation%2F9224912 

PECAH LAGI!! Isacc Yovan Boleh Mengundi 2 Kali di Parlimen Lembah Pantai !!




Secara ringkas dan padat, saya bongkar lagi satu perselingkuhan di antara JPN, SPR dan juga si polan terdesak.

Isacc Yovan A/L K Pitchay mempunyai dua kad pengenalan yang telah dikeluarkan oleh JPN. Kedua-dua kad pengenalan milik Isacc mempunyai perbezaan pada nombor kad pengenalan pada empat digit terakhir. Adakah ini juga satu kesilapan teknikal JPN ?

Lihat skirn di bawah atau anda boleh semak sendiri di laman http://www.jpn.gov.my/semakic/ dan masukkan dua nombor kad pengenalan seperti tertera di bawah;




Adakah kesilapan JPN seperti ini seolah-olah disengajakan untuk membantu Barisan Nasional mengekalkan kuasa ?

Baiklah, seorang warganegara mempunyai dua kad pengenalan adalah satu perkara yang mungkin teknikal. Tetapi bagaimana pula jika setiap satu kad pengenalan milik Isacc Yovan itu membolehkan dia mengundi di dua daerah mengundi yang berbeza dalam parlimen Lembah Pantai ?

Lihat pula semakan daftar pemilih di bawah atau anda boleh cuba semak sendiri di alamat portal SPR http://daftarj.spr.gov.my/semakdm/ . Sila masukkan kedua-dua IC tersebut untuk dapat keputusan seperti di bawah ;


Skrin di atas adalah berdasarkan semakan isi rumah, dipaparkan seperti ini untuk menunjukkan satu nama iaitu Isacc Yovan, dengan dua nombor kad pengenalan, dengan dua kali peluang mengundi di dua daerah mengundi berbeza, dan mempunyai nombor IC lama yang sama.

Dua tempat lokaliti yang boleh diundi oleh Isacc Yovan ialah Kondo Rakyat di bawah daerah mengundi Pantai Hill Park manakala satu lagi ialah R/Pangsa Sri Pahang di bawah daerah mengundi Bukit Bangsar. Percayalah saudara, andainya sistem dakwat kekal digunakan dalam pilihanraya umum ke-13, pasti Isacc Yovan yahudi ini tidak akan berjaya mengundi buat kali kedua. Hanya boleh memilih satu daripada dua lokaliti sahaja.

Ini adalah antara ratusan siri pendedahan yang dibongkar oleh mereka-mereka yang benci kepada penipuan. Saya percaya, pasti ada di antara orang dalaman JPN yang tergolong daripada mereka yang tidak mahu menggadai maruah negara, sanggup membocorkan maklumat demi maklumat.

Dengan begitu banyak pendedahan, bermula dari Mismah-gate, hingga yang terbaru iaitu pengundi dua kali parlimen Lembah Pantai, Isacc Yovan, pasti anda semua tidak sabar untuk beraksi dalam himpunan BERSIH 3.0 yang dijangkakan akan berlangsung bulan November nanti.


EDYES @ edyesdotcom


Pecah Berita !! Hakim Benarkan DS Anwar Hadir Ketika Temubual !!



Hakim Mahkamah Tinggi KL Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah putuskan DS Anwar boleh hadir masa temu bual saksi tapi tak dibenar soal mereka (saksi yang dipanggil).

DS Anwar hanya boleh merenung tajam, menjengkil mata, menyindir keras ketika bercakap dengan peguamnya, tersenyum sepertimana gayanya yang tersendiri dan akhir sekali boleh menyebut fakta-fakta yang bukan berbentuk soalan.

Adalah sangat tidak jelas, mengapa DS Anwar Ibrahim dikatakan tidak boleh menghadiri sesi temubual tersebut? Ada pula yang mengatakan, kehadiran DS Anwar dalam sesi tersebut akan mengganggu proses perbicaraan. Woi, apa maksud mengganggu perbicaraan itu kalau diri DS Anwar sendiri yang sedang dibicarakan ?

Justeru itu, arahan mahkamah yang membenarkan DS Anwar hadir menunjukkan saksi yang merupakan bekas Ketua Polis Negara rupa-rupanya buta kepada undang-undang negara.


EDYES


"Ertinya, Pengajaran dan Dakwah Kita Perlu Disemak Semula"



Begitulah ayat terakhir Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam menerangkan betapa agama Islam itu adalah agama hujah. Pendirian saya sebelum ini ialah saya menyokong tindakkan JAIS menyerbu gereja berkenaan asalkan ianya bukan acara keagamaan yang sedang berlangsung. Namun apa yang lebih penting ialah, serbuan tersebut perlulah dikongkrit dengan maklumat yang lengkap bersama risikan yang tepat. Tidak perlu waran kerana kita bukan negara Amerika.

Tetapi setelah menghadam penjelasan Dr Asri, minda ini sedikit terbuka untuk berfikir dari suatu sudut. Sudut yang mengajar kita bahawa Islam itu indah dan Islam itu adalah dakwah di mana hanya yang mengejar kebenaran sahaja akan bersama dengan Islam. Saya benar terkesan apabila mengamati ayat berikut "Islam adalah agama hujah dan semestinya ditegakkan dengan hujah serta dilindungi oleh hujah" oleh Dr Asri.

Dalam masa yang sama, saya juga mendapat respon dari Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan iaitu YB Taufek Abdul Ghani. Respon ini agak berbeza dari sudut pandangan yang dilontar Dr Asri. YB Taufek juga telah mendengar penjelasan daripada JAIS, dan beliau melontarkan pendapat peribadi yang akhirnya saya petik seperti di bawah;

Saya dah dengar taklimat dari pihak Jais sendiri berhubung isu ini, pandangan saya sebarang xtvt dalam gereja , tidak boleh melibatkan orang Islam kerana ia mengundang fitnah (ketika org Islam berduyun2 ke masjid utk terawih, tiba2 ada yg ke gereja) dan ia juga bertentangan dgn Perlembagaan kerana dilihat seolah-olah cuba dakyah masuk Kristian (dari bukti yg Jais kumpul , bukan cuba dakyah lagi tapi benar2 dakyah).

Saya setuju dalam apa jua keadaan, kita kena jaga hak bukan Islam dan rumah Ibadat mereka tetapi dalam masa yg sama pihak gereja mesti juga jaga perasaan umat Islam dgn jgn sekali2 ajak Org Islam ke Gereja utk apa jua prgm. Kalau mereka jumpa org Islam yg susah..pertolongannya adalah mohon htr maklumat pada Jais , baitulmal , masjid dll. Sekadar pandangan peribadi.

Begitulah pendapat peribadi dari YB Taufek. Mencegah lebih baik dari mengubati, mungkin ini perumpamaan paling sesuai dengan pendapat di atas. Serbuan JAIS itu suatu bentuk pencegahan sebelum gejala murtad yang telah menjadi trend berdekad lamanya di negara ini menjadi lebih parah. Positifnya, serbuah JAIS ini membuka mata banyak pihak dan mengundang bicara disegenap ruang mengenai betapa soal murtad harus dikekang secara serius, hingga gereja diserbu sedemikian rupa.

Di bawah pula ialah sebuah laporan mengenai pendirian Dr. Asri yang saya petik dari portal Malaysiakini. Dapat dilihat ada perbezaan pendapat dalam isu serbuan JAIS baru-baru ini. Perbezaan pendapat itu adalah harus kerana ia boleh mencerdaskan minda di samping menjadikan kita sebagai masyarakat berfikir. Kita bukan lagi di era 80an yang mana pemikirannya adalah sehala. Masyarakat yang ada hari ini adalah masyarakat yang sentiasa mencari rahmat di sebalik perbezaan pendapat.

Sila amati pula petikan-petikan pendapat Dr. Asri di bawah yang dibawakan kepada kita oleh Malaysiakini;

Islam adalah agama hujah dan semestinya ditegakkan dengan hujah serta dilindungi oleh hujah, kata bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

NONESehubungan itu, katanya Malaysia sebagai sebuah negara Islam sepatutnya, berlaku keadaan di mana orang lain terpengaruh dengan Islam dan bukannya umat Islam di negara ini pula yang dipengaruhi oleh hujah pihak lain.

"Saya terfikir bagaimanakah jika negara-negara bukan Islam seperti Thailand, United Kingdom, Amerika Syarikat dan negara-negara di Eropah mengambil tindakan yang sama ke atas masjid-masjid di sana.

"Kita tahu umat Islam di sana aktif berdakwah kepada bukan Islam di pelbagai tempat khususnya di pusat-pusat Islam dan masjid-masjid. Bukan Muslim dijemput datang ke masjid dan diberikan al-Quran dan risalah-risalah berkaitan Islam.

"Jika mereka memakai undang-undang seperti kita, tentu masjid-masjid akan diceroboh dan didakwa," katanya dalam satu SMS ringkas kepada Malaysiakini, petang semalam.

Dr Asri mengulas kejadian 3 Ogos lalu, apabila Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) didakwa menyerbu sebuah majlis makan malam yang diadakan di sebuah gereja di Petaling Jaya tanpa sebarang waran.

azlanExco kerajaan Selangor bagi hal ehwal Islam, Datuk Hasan Ali bagaimanapun mempertahankan tindakan JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama itu dengan alasan terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

Menurut Dr Asri sebagai agama hujah, pengajaran dan dakwah Islam sepatutnya mampu menangani isu berkenaan tanpa memerlukan tindakan seumpama itu daripada JAIS.

"Bukan hendak mmpertikaikan JAIS, namun untuk renungan kita umat Islam di Malaysia; sehingga bila kita hendak bergantung dengan undang-undang?

"Ertinya, pengajaran dan dakwah kita perlu disemak semula," katanya mengakhiri SMS itu.

Saya setuju dengan Dr Asri, betapa pengajaran dan dakwah kita perlu disemak semula. Dalam masa yang sama, saya juga bersetuju dengan tindakkan JAIS yang berjaya menggegarkan negara melawan isu murtad.

Namun apa yang lebih penting ialah, gejala murtad perlu dikekang dengan hujah kebenaran Islam, dengan kehebatan dan kemahsyuran Islam, dengan kasih sayang yang ada dalam Islam, bukan melalui kerangka undang-undang semata-mata.


EDYES @ edyesdotcom

Artikel ini juga disiarkan di portal lidahrakyat.com


Tuesday, August 9, 2011

Bila 100 Ribu Rakyat Sedia Untuk Ditahan !




Rusuhan di London, mengakibatkan banyak harta-benda yang punah terbakar. Kecurian pun banyak berlaku di mana banyak supermarket yang ditembusi oleh perusuh yang mengambil kesempatan. Banyak kenderaan polis dan kenderaan awam dibakar, dan terdapat juga laporan yang mengatakan 3 orang polis dimasukkan ke hospital selepas dirempuh kereta perusuh.

Cuba lihat laporan di bawah;
Sementara itu, AFP melaporkan sekurang-kurangnya 160 orang ditahan oleh polis kerana didakwa terbabit dalam rusuhan dan samun di utara London sejak Ahad lalu manakala keganasan baru dilaporkan tercetus dan merebak ke bahagian lain di ibu negara Britain itu.
Wartawan AFP melaporkan beribu-ribu penduduk mencuri barangan dari sebuah gedung barangan elektrik di kawasan Brixton, selatan London pada awal pagi ini, menakala gerombolan pemuda membaling objek ke arah polis.
Menurut Scotland Yard, kejadian mencuri merebak ke beberapa kawasan di utara, timur dan selatan bandar raya ini, sementara sekumpulan kira-kira 50 pemuda merosakkan harta benda di kawasan tumpuan pelancong di Oxford Circus.

Perusuh merosakkan sebuah kereta polis dan memecahkan tingkap di Enfield, pinggir utara London kira-kira lima kilometer dari Tottenham, medan kekacauan pada malam sebelumnya.

Pasukan polis tambahan dikerahkan di kawasan-kawasan kediaman bergolak selepas tiga anggota polis dimasukkan ke hospital akibat dirempuh kereta.
Ini namanya perhimpunan tidak aman, atau lebih senang dipanggil rusuhan. Sekucar-kacirnya bandaraya yang berumur satu milenium iaitu Bandaraya London, hanya 160 orang sahaja yang ditangkap polis. Penangkapan tersebut juga punya kewajaran bagi membendung rusuhan daripada menjadi lebih buruk.

Cuba kita kenang kembali peristiwa yang berlaku pada 9 Julai 2011, atau dikenali sebagai B-709. Ratusan ribu rakyat di atas jalanraya menuntut hak demokrasi. Mereka berhimpun secara aman sebelum dileraikan dengan penuh kekasaran. Namun displin tetap ada, kerana tersemat dalam jiwa setiap demonstran yang hadir ke Kuala Lumpur pada tanggal 709 itu, sebuah semangat cintakan negara. Inilah patriotik sebenar, bukan seperti 'pakturut' berbaju merah.

Dalam peristiwa bersejarah BERSIH 2.0, cuba kira berapa jumlah kedai yang dipecah masuk oleh demonstran ? Berapa jumlah kenderaan polis yang terbakar? Berapa jumlah bas RapidKL yang terbalik dek amukan demonstran pengejar demokrasi ? dan berapa pula orang anggota polis yang cedera parah hingga dikejarkan ke hospital kerana dirempuh rakyat yang menuntut pilihanraya bersih dan adil ?

Sifirnya mudah, jika dalam keadaan perhimpunan aman yang tidak tercetus sebarang rusuhan dan huru-hara, lebih 1500 rakyat Malaysia telah ditahan sepanjang kempen BERSIH samada pra atau pascanya. Bagaimanakah agaknya jika bukan perhimpunan aman yang berlaku pada 9 Julai 2011 tetapi sebuah rusuhan? Pastinya lebih seratus ribu rakyat yang bakal ditahan. Kerajaan Malaysia dan pak polisi harus berasa bersyukur kerana demonstran BERSIH berhimpun atas semangat cintakan negara dan juga keamanan, bukan seperti apa yang berlaku di London.

Namun begitu percayalah wahai Kerajaan Malaysia, jika 100ribu rakyat perlu ditahan oleh polis, berjaya merevolusikan negara ini dengan sistem pilihanraya yang bersih dan adil, jika 100ribu rakyat bakal disumbat dalam tahanan demi sebuah pilihanraya yang boleh diharap dan dipercayai, pasti ratusan ribu rakyat akan bersedia untuk ditahan. Demi demokrasi, demi pilihanraya bersih dan adil, supaya dipilihanraya jugalah tumbangnya kerajaan penipu lagi zalim.

Kami rakyat masih mahukan proses peralihan kerajaan melalui pilihanraya. Oleh demikian, jangan sesekali perlekeh hasrat rakyat yang akhirnya menjadikan pilihan yang ada itu bukan pilihanraya !

BERSIH 3.0 bersedia pada bila-bila masa. Pembongkaran 'Mismah-gate' membangkit ghairah rakyat untuk turun menentang sekuat mana pun kerajaan sedia ada! Adalah satu detik awal sebuah kerajaan apabila rakyatnya mula mengugut!


EDYES @ edyesdotcom

Disiarkan di lidahrakyat.com

Waran Tangkap Untuk Musa Hassan dan Mohd Rodwan Berkuatkuasa ?



Keengganan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof untuk bekerjasama memberi keterangan dalam temubual peguam pembelaan, membolehkan waran tangkap dikeluarkan ke atas mereka.

Temubual peguam pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Tan Sri Musa Hassan dan Datuk Rodwan yang sepatutnya berlangsung hari ini telah dibatalkan. Ini berikutan kedua-dua saksi tersebut tidak mahu bekerjasama dalam temubual dengan penguambela hanya kerana kehadiran tertuduh iaitu DSAI. Ini suatu alasan yang tidak boleh diterima dan seterusnya menyebabkan kelewatan perjalanan kes.

Menurut perintah mahkamah;
 
"Sekiranya mereka gagal berbuat demikian, pihak pembela boleh memohon sepina untuk memastikan mereka hadir di mahkamah," kata Noorin (DPP).

"Sekiranya mereka gagal, kami akan memohon waran tangkap terhadap mereka," kata Karpal


Berikut adalah berita yang dipetik dari Malaysiakini;


Temubual peguam pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof (bawah, kiri) yang dijadualkan hari ini telah dibatalkan.

NONEIa berikutan bantahan daripada pihak pendakwaan mengenai kehadiran ketua pembangkang itu pada temubual berkenaan.

Perkara itu dimaklumkan kepada peguam Anwar oleh pegawai penyiasat kes berkenaan DSP Jude Blacious Pereira.

Karpal Singh dan Sankara Nair, yang juga sebahagian daripada pasukan pembelaan berkata perkara ini belum pernah terjadi.

"Kehadiran Anwar diperlukan kerana beliau adalah orang yang dituduh dan mempunyai hak untuk berada di sana," kata Karpal.

"Beliau perlu hadir kerana kami mungkin perlu mendapatkan arahan daripadanya. Ini, saya tekankan, belum pernah terjadi sejak saya menjadi peguam dan ini kali pertama," katanya.

Menurut Karpal, beliau terpaksa memperbetulkan persepsi bahawa bukan pihak pembelaan yang melenggah-lenggahkan perbicaran kerana bantahan dibuat oleh pihak pendakwaan.

"Kami mahu kes berjalan secepat mungkin," katanya.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohd NONEAbiden, yang mengetuai pihak pendakwaan dalam SMS berkata kehadiran anwar tidak diperlukan.

Karpal berkata Yusof mahu berjumpa dengan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, untuk arahan selanjutnya berhubung perkara itu.

"Kita akan tunggu pihak pendakwaan berjumpa hakim, kerana mereka tidak boleh berbincang dengannya secara sendirian. Kami juga perlu hadir bersama."

Karpal berkata Jude juga memberitahu bahawa enam lagi saksi telah dijadualkan untuk ditemubual esok tetapi tidak memberikan butirannya.

Semalam, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan tempoh seminggu oleh pihak pendakwaan untuk membolehkan pihak pembelaan menemu bual 15 saksi, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Musa dan Rodwan.

azlanAnwar pada 16 Mei lalu diperintahkan membela diri selepas mahkamah memutuskan bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes liwat itu, adalah saksi yang bercakap benar dan berwibawa.

Anwar, 63, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos, 2008, terhadap pertuduhan melakukan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.


Monday, August 8, 2011

MSK: Jurang Realiti (Wajib Baca!!)



Oleh: MSK

Setiap kali kita makan nasi…tahukah kita dari mana datangnya beras itu? Bila kita makan ikan, dari mana datangnya ikan itu? Bila kita makan ayam, dari ladang mana ayam itu?

Pengguna sudah tak kisah kalau peha ayam dari Manjong, kepak ayam dari China, dada dari Vietnam. Itu tak penting…yang penting kita makan saja.

Bila kita makan sayur, tahukah kita sayur itu dari Indonesia atau dari Australia?

Ramai pelawat ke Cameron Highlands suka mencari ubi keledek rebus Cameron Highlands. Ubi keledek ni special sebab kurang serat dan manis. Apa yang orang tak tau…ubi ini dari Indonesia tapi dijual di Cameron Highlands.

Ramai orang beli carrot dan broccoli kat Cameron Highlands…tapi apa yang depa tak tau, carrot dan broccoli itu semua dari Australia. Carrrot Cameron Highlands kecik-kecik dan dijual dengan daunnya sekali.

Baru-baru ini, heboh pasai telur tiruan dijual di Pulau Pinang. Dulu pun ada orang jual telur ayam murah di Kuala Kangsar. Kalau telur ayam biasa, satu tray antara RM8-10. Tapi ada orang jual hanya RM5.00 untuk satu tray (30biji). Belum sempat keluar lori dah habis.

Pengguna hanya mahu barangan yang murah tanpa mahu mengetahui dari mana asal usul barangan itu dan berapakah kos yang munasabah. Depa tak peduli kalau telur ayam itu telur reject dari pusat penetasan anak ayam.

Maklumat rangkaian makanan ini sengaja diputuskan untuk memastikan pengguna boleh ditipu. Sekarang ini berapa ramai yang tahu sama ada ikan itu datang dari Pangkor atau Narathiwat? Berapa ramai yang kenal mana kobis Cameron Highlands, kobis Indonesia atau kobis China? Peduli la…yang depa tau kobis murah atau kobis mahal.

Pengguna menetapkan spesifikasi tentang barang yang depa mahu. Murah, segar, dan sedap. Kalau makanan yang sudah siap…spesifikasinya ialah , bau rupa, rasa.Hangpa nak bubuh apa…itu aku tak peduli.

Keselamatan makanan tak termasuk dalam spesifikasi. Peduli la kalau penuh dengan racun. Kadang-kadang aku kesian tengok pelancong ke Cameron Highlands yang kemaruk strawberry. Sampai saja terus petik..dan terus masuk mulut.

Cuba fikir…strawberry tak tunggu hujung minggu atau hari cuti baru dia nak masak. Strawberry tak tunggu pelancong untuk masak. Dan untuk memastikan buah strawberry masak serentak dengan kedatangan pelancong..macam-macam depa bubuh. Kalau mahu racun-racun yang diharamkan, yang diseludup masuk dari Thailand…pergi Cameron Highlands. Tapi kena ada kabel la.

Sama macam mana sistem pendidikan dipisahkan dari masyarakat..pertanian juga dipisahkan dari pengguna. Kalau ibubapa sudah tidak mahu ambil tahu apa yang berlaku disekolah, pengguna juga sudah tidak mahu ambil tahu tentang apa yang berlaku diladang atau kebun.

Dalam pendidikan, ibu bapa hanya mahu tahu anak depa dapat berapa "A". Depa tak peduli kalau sistem pemarkahan itu dimanipulasi untuk menghasilkan lebih ramai pelajar yang dapat "A". Depa tak peduli kalau markah lulus untuk Additional Mathematics ialah 1. Dapat satu markah pun lulus!!

Dalam pertanian, pengguna hanya mahu sayur yang segar dan murah. Hangpa nak buat macam mana..itu hangpa punya pasal.

Kemudian datang hypermarket. Mula-mula dulu Giant, Carrefour..tapi yang paling agresif ialah TESCO. TESCO dianggap "berjaya' kerana dibantu oleh ajensi kerajaan seperti FAMA ataupun Pertubuhan Peladang.

Kriteria utama TESCO ialah MURAH. Kalau harga cabai masak di pasar awam berharga RM10.00 sekilo, TESCO mesti jual antara RM6.00-8.00. Kalau harga di pasar awam jatuh kepada RM4.00, TESCO akan jual lebih murah lagi.

 Itu harga jualan runcit. Berapa harga diladang? Katakan TESCO ambil untung 30%. Pembekal yang meraih dari peladang perlu ambil minima 70%. Ramai orang ingat orang tengah ambil untung atas angin dan mencekik darah…tapi kena ingat…orang tengah kena bayar petrol, tol PLUS, tol JPJ, tol trafik. Berapa yang petani dan pekebun dapat? Sedangkan harga baja, upah pekerja semakin meningkat!

Pembekal kepada TESCO ini juga perlu menanggung modal yang tinggi. Setiap kali penghantaran belum tentu dapat bayaran dalam masa sebulan. TESCO jual barang secara tunai dan duit tu depa masuk dalam bank. Dua bulan dah berapa interest yang depa kutip? Manakala orang tengah kena pinjam dari bank untuk menanggung kos dan terpaksa membayar interest.

Pengguna pula dah tak mahu beli sayur di pasar awam sebab mahal. Petani pula tak sanggup nak jual kepada pembekal TESCO sebab harga yang terlalu murah. Akhirnya…lebih baik tanam sawit.

Tapi…kalau petani tak mau tanam sayur, apakah TESCO tak dapat bekalan? Depa buat hubungan dengan cukong-cukong kaya untuk membuat ladang sayur Hi tech yang memerlukan modal jutaan ringgit.

Hangpa seronok makan broccoli, cauliflower, salad ataupun sayur-sayur iklim sederhana. Kacang panjang, terung, kobis..macam dah tak ada standard. Dari mana datang sayur-sayuran ini?

Siapa yang duduk sekitar Nilai tentu tau ladang sayur Sime Fresh. Ladang ni tak tanam sayur kat tanah…tapi menggunakan teknologi Aeroponik. Ingat lagi siapa businessman yang pergi Israel zaman Mahathir dulu? Teknologi Aeroponik ini diimpot dari Israel.

Akhirnya? Petani-petani susah nak cari makan disebabkan TESCO. Memang pada mulanya, TESCO dikenali sebagai cuba membantu petani. Ramai pegawai-pegawai Jabatan Pertanian dan FAMA  menyanjung TESCO tapi kalau pernah berurusan dengan TESCO…tau la.

Seperkara lagi, setiap kali TESCO membuka cawangan baru, kedai-kedai kecil terpaksa tutup. Macam mana nak bersaing dengan TESCO? Cuma yang kreatif sikit…yang dapat bertahan.

Benarkah harga barang-barang di TESCO itu murah? Apa definasi murah?

Tak perlu serabut kepala. Cuma tengok harga kereta. Kalau nak dibandingkan, semua orang akan kata harga Proton murah. Memang murah kalau dibandingkan dengan kereta lain. Tapi nilai sebenar Proton berapa? Harga Proton murah kerana harga kereta lain dinaikkan dengan menaikkan cukai impot.

Dalam pertanian pun macam itu. Sebelum TESCO datang..harga baja dan harga racun serangga, racun kulat jauh lebih murah. Sayur-sayuran pun murah. Tapi pasai apa sekarang mahal?

Kita semua kena tipu sebab kita tak peduli macam mana TESCO berniaga. Mampuih pi la dia nak buat macam manapun, janji aku boleh beri barang dengan harga murah. Mampuih pi la kalau ada petani yang jual kebun…janji aku dapat beli barang dengan harga yang murah. Kalau TESCO nak impot barang dari China pun..mampuih pi la kat depa.

Kita tak peduli Menteri nak buat apa dengan sistem pendidikan…janji anak kita dapat 8A.

Kita tak peduli  peniaga nak buat apa..janji kita dapat beli barang murah.

Hey…kita juga tak peduli orang politik nak buat apa…janji hidup kita senang.

Mampuih pi la Rosmah nak beli cincin 24 juta…janji harga getah naik.

Mampuih pi la Najib sapu komisen Scorpene…janji harga sawit tinggi.

Bukankah Ketua Penerangan Umno Selangor dah cakap.. orang Melayu luarbandar lebih peka terhadap siapa yang mereka undi. Kalau orang tu datang repair jamban, ganti atap rumah…yang tu depa sokong. Hangpa nak rasuah ka…nak sapu komisen ka..nak beli cincin ka…itu bukan isu depa.

Aku tak peduli Khalid Ibrahim jimat berapa ratus juta duit negeri. Aku tak peduli Hasan Ali melancarkan program bernilai ratusan juta. Aku tak peduli Rodziah melancarkan program tah apa benda. Tapi anak-anak aku nak makan…kalau aku terpaksa minta dari gereja…itu aku punya pasai. Hangpa pun bukan nak ambik tau hal aku!

Itu realitinya. Berapa ramai pemimpin Pakatan Rakyat yang memahami realiti ini?

EDYES: Terbaik dari Abg Mat... Entry asal di sini


Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan