Tuesday, May 31, 2011

Pembinaan Gereja Terbesar di Selangor Guna Tanah Rezab Melayu ??



Satu tuduhan melulu mengenai pembinaan gereja terbesar di asia telah dilontar oleh Razlan Rafii, seorang ketua pemuda UMNO bahagian Seputeh.

Kenyataan Razlan melalui laman sosial twitternya adalah seperti di bawah;


Razlan dalam twitternya berkata, tapak pembinaan gereja terbesar di Selangor yang juga terbesar di asia adalah dalam kawasan Kinrara, merujuk kepada kawasan di bawah tanggungjawab YB Teresa Kok.

Tuduhan Razlan seolah-olah kerajaan PR Selangor telah mengambil tanah rizab melayu untuk dijadikan sebuah gereja terbesar di asia. Ini adalah satu tuduhan yang sangat serius! Sudahlah dituduhnya kerajaan PR ambil tanah rizab melayu, dituduhnya pula tanah tersebut untuk pembinaan sebuah gereja. Tajuknya yang boleh mengganggu keharmonian penduduk berbilang agama di Malaysia - Tanah hak milik kekal melayu dijadikan gereja oleh kerajaan PR ?

Adakah tuduhan ini berasas ? Atau main hentam sembrono sepertimana UMNO membaling batu sembunyi tangan? 

Sebelum saya meneruskan dengan lebih terperinci, persoalan yang harus difikirkan ialah ketika mula digazetkan tanah rizab melayu selepas penjajahan british berapa jumlahnya? Sekarang berapa pula bakinya? Siapa memerintah selama ini yang membenarkan tanah rizab hilang begitu banyak tanpa diganti? 

UMNO sebenarnya masih tidak percaya betapa rakyat telah mengetahui siapakah yang bertanggungjawab menjadikan tanah rezab melayu berkurangan hampir separuh jumlahnya selama jubli emas pemerintahan UMNO.

Justeru itu, ingin saya menjawab balas tuduhan seorang ketua pemuda bahagian yang sepatutnya saya tidak perlu melayan. Tetapi oleh kerana melihat tuduhan ini sebagai sesuatu yang sangat serius hingga membolehkan mereka yang tidak punya maklumat akan memandang busuk kepada Pakatan Rakyat, maka saya jawab dalam bentuk point;

1. Lokasi Bukit Jalil - Kuala Lumpur

Tuduhan yang mengatakan tanah tersebut adalah dalam negeri Selangor di Kinrara adalah sangat tidak tepat. Sila lihat peta 1 dan 2 di bawah;

Peta 1 - Selatan Kuala Lumpur

Lihat tanda bintang berwarna biru, itulah kedudukan gereja terbesar Asia. Ia termasuk dalam peta Kuala Lumpur bahagian selatan.

 Peta 2 - Map dari laman web CCC sendiri

Dengan dua peta di atas, boleh buat perbandingan yang menunjukkan kedudukan gereja terbesar asia adalah terletak dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Persoalannya, bagaimana mungkin kerajaan PR melaksanakan projek gereja terbesar asia yang menelan belanja ratusan juta ini di dalam kawasan persekutuan ? Siapakah yang meluluskannya jika bukan DBKL? atau Menteri Wilayah ??


2. Tanah rizab melayu ?

Jika tanah asal tapak pembinaan gereja ini adalah tanah rezab melayu, maka kemarahan rakyat terhadap BN sepatutnya akan lebih parah. Tetapi fakta tetap fakta, tidak disembunyikan dalam pendedahan ini. 

Tanah tapak pembinaan gereja tersebut adalah di bawah zon antarabangsa. Untuk pengetahuan, salah satu bangunan antarabangsa yang berhampiran dengan tapak gereja terbesar asia ini ialah Bangunan AFC. Namun begitu, tidaklah pihak saya mendapat kepastian apakah status tanah zon antarabangsa di Bukit Jalil ini samada asalnya adalah salah satu tanah rezab melayu yang hilang tak berganti. Ini kerja UMNO ?


3. Kelulusan pembinaan.

Tuduhan Razlan dalam akaun twitternya juga meleset apabila ia bermaksud projek pembinaan gereja terbesar asia ini adalah di bawah kelulusan pentadbiran kerajaan negeri Selangor. Sekarang mari kita lihat apakah benar bagai dikata;

Lihat kenyataan di bawah yang saya petik dari sumber di sini ;
The stamp duty for the property purchase amounted to slightly over RM 1 million. Our application for a stamp duty exemption was initially turned down because the Calvary Convention Centre was viewed as a profit making project. We made an

appeal and explained to the authorities what the convention centre will be used for. The Lord favoured us once again and the authorities granted us a 50% stamp duty exemption.
Praise the Lord. The development plans for Calvary Convention Centre were submitted to the authorities for approval in April 2004. With great rejoicing, we received approval from the authorities in July 2005. This process took a mere one and a half years. According to people in the industry, to get approval in such a short time for a project of this size of Calvary Convention Centre is indeed astounding. Soon after the development plans wereapproved, we also received

approval from the tax authorities for the Calvary Convention Centre Building Fund to be tax exempt.

Rupa-rupanya kelulusan telah dibuat pada tahun 2005 lagi. Tidaklah mahu sata terperincikan siapakah yang meluluskan gereja terbesar asia ini. Fikir sendirilah parti manakah yang menang besar dalam PRU tahun 2004 dan menghadiahkan rakyat Malaysia sebuah gereja terbesar di asia. Hidup melayu !!

Jika anda nak lihat progress pembinaan, sila ke laman di sini . Anda boleh lihat bagaimana progress sebuah gereja terbesar asia terbina di bumi malaya di atas kelulusan pejuang-pejuang Islam bersongkok 3 jengkal panjangnya. Tarikh bermula pembinaan ialah 15 Febuari 2008 iaitu hampir sebulan sebelum rakyat Malaysia menunjukkan kebangkitan tsunami 8 Mac 2008 ! 

contract 'kick-off' pada tarikh 15 Febuari 2008

Mungkin satu upacara 'doa selamat', ia berlaku pada 15 Feb 2008

Apakah kerajaan Selangor di bawah MB Khalid telah terlebih dahulu meluluskan pembinaan gereja terbesar asia sebelum menawan negeri selangor ? Mungkin kita leka dan terlupa bahawa sebenarnya telah dijelaskan dalam perkara 1 - kedudukan zon antarabangsa Bukit Jalil bukan di dalam negeri selangor!


Cukuplah setakat 3 perkara saya jawab fitnah yang ditaburkan oleh seorang ketua pemuda bahagian. Saya jawab dengan fakta yang lengkap kalau pun kurang sempurna demi untuk menjelaskan kepada semua bahawa sudah menjadi kebiasaan bagi puak-puak yang terdesak untuk menabur fitnah jahat demi secalit undi.  

Tanpa sedar, tuduhan liar sebegini bukan sahaja memburukkan nama baik kerajaan Pakatan Rakyat dengan perkara yang tidak benar, tetapi juga ia mengundang ketegangan antara agama jika tidak dibendung sebaiknya.

Seperkara lagi yang terakhir. Kalau benarlah gereja terbesar asia itu diluluskan oleh PR dan dibina dalam negeri PR, sudah tentu berita TV123 akan menyiarkan modal ini setiap hari hingga sampai detik pilihanraya. Tetapi pembinaan gereja terbesar asia ini sunyi dari diberitakan ke seantero malaya, apakah maknanya ? Adakah 'mereka' yang sebenarnya curi tanah rezab melayu untuk bikin gereja ??


EDYES @ edyesdotcom

Monday, May 30, 2011

Tiga Jawatan Menteri Untuk PAS Jika Sertai BN !!

Katanya, Sejuta Pengundi Baru Untuk Pertahan Putrajaya, Tapi Mohon Talian Hayat Daripada PAS ???

'5 kali cuba pujuk Nik Aziz, tawar 3 menteri'

Usaha memujuk PAS bekerjasama dengan Umno dilihat berterusan apabila Datuk Nik Aziz Nik Mat mendakwa beliau didatangi wakil Umno sebanyak lima kali untuk tujuan itu dalam masa terdekat.

NONEMenurut ahli parlimen Pasir Puteh Muhammad Husain, Nik Aziz mendedahkan perkara itu ketika bertemu dengan anak-anak Kelantan di Lembah Klang di Dengkil petang semalam.

"Ya, betul, beliau sebut (ada) lima kali pertemuan. Ia berlaku dalam masa terdekat, (ia) mengenai isu kerjasama PAS dengan Umno," katanya yang hadir dalam majlis di dewan orang ramai di situ.

Menteri besar Kelantan itu bagaimanapun didakwa tidak memperincikan individu itu sebaliknya hanya menyebutnya sebagai "berpangkat datuk" dan "pesara kerajaan".

Muhammad juga berkata, Nik Aziz ada memberitahu, PAS ditawarkan tiga jawatan menteri sekiranya membentuk kerajaan perpaduan dengan parti Islam itu.

Bagaimanapun menurut Muhammad, Nik Aziz menolak mentah-mentah pujukan itu kerana PAS sudah membuat perjanjian dengan DAP dan PKR.

Muhamad juga menjelaskan, mursyidul am PAS itu memberitahu, usaha itu berlaku sejak April lalu apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kembali menjaja isu kerjasama kedua-dua parti Melayu itu.

Peserta terkejut

Difahamkan, majlis itu dihadiri kira-kira 500 orang. Turut serta Setiausa Agung PKR Saifuddin Nasution dan dua anggota parlimen, termasuk Abdul Aziz Abdul Kadir (Ketereh), Abdullah Sani (Kuala Langat).

Sementara itu, beberapa pihak yang hadir dalam majlis minum petang itu mengesahkan ucapan Nik Aziz itu dan ada daripada mereka yang difahamkan terkejut dengan pendedahan itu.

umno pasSementara itu, sumber yang dekat Nik Aziz mengakui terdapat beberapa pertemuan, termasuk di rumahnya di Pulau Melaka diadakan sejak awal tahun ini

Bagaimanapun, sumber itu tidak dapat memastikan butiran spesifik berhubung masa dan tarikh ia berlangsung.

Sejak timbulnya isu itu pada 2008, Nik Aziz antara pemimpin PAS yang paling lantang menolak idea itu sehingga mendorong beliau mencadangkan diadakan Muktamar Khas bagi menyingkirkan beberapa pemimpin parti itu.

Bagaimanapun, beliau sendiri pernah dikaitkan dengan perkara itu apabila menghadiri majlis dengan Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin, yang turut dihadiri perdana menteri di ibu negara.

Nik Aziz bagaimanapun menyeru semua pihak sama ada media atau invidu supaya tidak mengaitkan istana dengan pergolakan politik negara kerana ia hanya majlis santapan malam.


EDYES wrote:

Mengikut pergerakkan dan kekuatan PAS menurut pandangan saya, PAS memilih untuk TIDAK bersama dengan sebuah kerajaan yang penuh maksiat dan kezaliman!! PAS menuju kepada pembentukkan sebuah negara kebajikan yang meletakkan agama Islam sebagai keutamaan !!



TERNOW!! Pengusiran di PJS1 Akan Berlaku Walaupun MB Selangor Sudah Bagi Notis Halang !!

Maklumat baru masuk !!
Isu Perumahan PJS 1 jln klang lama; MB sudah bagi stop work notis; exco YB Iskandar kata tak akan berlaku pengusiran paksa. Tetapi polis , light strike force dah sampai, bailiff mahkamah dah sampai, dan mengatakan pengusiran akan berlaku. Turun ke PJS 1 untuk menghalang pengusiran. 0193055906. parames. Sebarkan

Kalau Sejuta Belia Bersama Najib Pertahan Putrajaya, Maka Bungkuslah !! Bungkuslah Putrajaya !!!

SEMALAM GUA ADA KERJA DI PUTRAJAYA...
TAK TAU PULAK UMNO ADA BUAT PERHIMPUNAN....
SETIAP LALUAN GUA LALU ADA SIGNBOARD
"HIMPUNAN SEJUTA BELIA"...

SUDAH....GUA DAH RASA GUNDAH GULANA..
APA TIDAK NYA..GAMBAR ANWAR IBRAHIM
DGN TOK GURU NIK AZIZ..
TERLEKAT KAT BELAKANG KERETA GUA
CANTEKKK PUNYA....KHAKHA

GUA APA PEDULI.. GUA JLNKAN JUGA URUSAN GUA..
SELEPAS SELESAI URUSAN GUA...
GUA SINGGAH JAP KAT HIMPUNAN TU...

FUH...!! MEMANG GUA XSANGKA....
MEMANG KALI INI...BETUL2 PAKATAN RAKYAT BUNGKUS...
YANG MANA NIAT NAK PERGI 9 JULAI NI
PASTI GOYANG KEPALA LUTUT PUNYA...
JALAN JEM TAK PAYAH CERITA BEB...

GUA PERGI JALAN2 LAGI...
TIBA2 RAMAI ORG AMBIK GAMBAR GUA...
GUA DAH JADI SEGAN...KAHKAH
TAPI BILA GUA TOLEH RUPANYA
MAT NAJIB BARU SAMPAI...KHAKHA
GUA INGAT PEMINAT GUA TADI...HAHAHA

GUA PUN APA LAGI...
GUA CARI LAH KAK ROS KAU..
CARI..PUNYA...CARI TAK JUMPA...
INGAT NAK AMBIK GAMBAR DGN KAK ROS..KAHKHA

KAT SINI SEMPAT GUA SNAP GAMBAR...
LUORG TENGOK LAH SENDIRI...
LUORG NILAILAH SENDIRI BERJUTA2 BELIA DGN NAJIB...
GUA SAMPAI BERHIMPIT2 NAK AMBIK GAMBAR NAJIB...
GILA DASYAT...WOI....

GILA RAMAI BELIA...LUORG LAYANLAH SENDIRI GAMBAR NI..


GAMBAR MAT NAJIB BARU TIBA...


MAT NAJIB XPANDANG AKU..TAK GUNA BETUL..
MCM TAU2 JE AKU NI ORG PAKATAN..KHAKHA


NI GAMBAR MAT NAJIB NK NAIK PENTAS..


MAT NAJIB ATAS PENTAS..(SESAK BEB)


FUH...GUA DAH CAKAP RAMAI GILA BELIA.. BUNGKUS PAKATAN MCM NI..

GUA KEBELAKANG SKIT... NK BG VIEW LEBIH CLEAR
LUORG TGK ...FUH..SESAK BEB...SESAK...


LG GUA KEBELAKANG...


LG GUA KEBELAKANG...GILA BEB...BUNGKUS PAKATAN...

YG NI GUA LG XLEH BLAH... FUH 1 JUTA TU BEB..
AKU INGAT BERSIH 2.0 NI KITA BATALKAN JE LA..KAHKAH..

EDYES salin tampal dari blog checkmate .

Sekali sekali, penulis blog juga tidak terlepas dari aksi penyampai berita berbentuk 'copy n paste'... hehehehe


Najib Minta Bantuan Belia Untuk Pertahan Putrajaya? Apa Kata Mereka di Malaysiakini?

Onyourtoes: When leaders are bankrupt, what they continue to talk about are castles in the air - yes, more programmes, more projects and more hot air.

Have we heard lately from them telling our young people the meaning of ethics, good governance, and the menace of corruption and excessive abuse of power? No, we don't hear these things anymore.

Do you want to know why, young people? Because the leaders have lost the moral fortitude to say things like these. They know the whole world will be laughing at them. They know no one would believe what they say.

Putrajaya does not belong to any particular party or group of leaders. Putrajaya is Malaysia, it belongs to all of us. We, the people, young and old, must defend Putrajaya from the enemies from without and termites from within.

Muak: PM Najib Razak is 'defending Putrajaya' at the taxpayers' expense again? And who are we defending Putrajaya from? Who is Putrajaya's enemy? Citizens of this country who do not vote for BN?

AnakBangsaMalaysia: Reports from other sources suggest the total number of people present at the One Million Youth Gathering in Putrajaya was around 8,000.
One wonders how many would have turned up without the enticements of goodies, giveaways that have become a defining characteristic of BN-organised events.

The context and character of Najib's speech echoes that of Adolf Hitler, Hermann Goering, Ernst Rohm and Josef Goebbels in the early days of Nazi Germany - when they addressed and brainwashed thousands of gullible youths into joining the Hitler Youth, Sturmabteilung (SA) and Schutzstaffel (SS) to 'defend the Aryan nation' from the imaginary threat of Jews, homosexuals, political opponents and anyone else who refused to subscribe to the Nazi ideology.

These youths went on to commit horrific war crimes. It is fitting that when Najib made this speech, he was flanked by the political eunuchs of MCA, Gerakan and the other BN component parties, whose main function is - as the Chinese idiom goes - to 'act as a decorative vase'.

Ferdtan: One million youth? I don't see that many. The gathering has many events thrown in. You even have the army taking part, showing their war machines, organising competitions and training programmes.

So just how many came on their own accord? Please tell us how much money per person were spent to organise such an event to prod up the prestige of BN?

Sentinel: How much did the government spend taxpayers' money to hire those buses and coaches to bring the youth there from all over the country, and how much each get paid for allowances and lunches?

1,000,000 youth divide by 40 per bus = 25,000 buses x RM600 rental each bus = RM15 million. Another RM10 million for allowances and lunch. 'Semua duit rakyat' used to defend the BN government. Where is the ethics?

Meranti Kepong: Najib, if you or any of your cohorts happen to read this comment, be informed that you should not distort the meaning of the political revolution in Egypt. The young Egyptians have successfully booted out the dictator and oppressor, Hosni Mubarak.

You have no right whatsoever to call upon Malaysians to defend Putrajaya. It is time that you should go as you have failed in your sacred mission to unite all the races in this country.

Alan Goh: One million Egyptian youths gathered at Tahrir Square to demand change to the corrupted Egyptian government. Another million gathered in Syria and Libya to demand change to their countries, which are ruled by dictators and warlords.

Hopefully, rational Malaysians can see and realise the corruption under Umno/BN and vote for change in the upcoming 13GE. But it will be an uphill task given the uneven playing field and a lopsided Election Commission.

AnakPinang: Do these youths who have so enthusiastically responded to the PM's call to defend Putrajaya realise that in 20 years' time, they probably would be hard pressed to find a decent paying job, a house to live in or money to feed their children?

I wonder how many will become disillusioned and seek greener pastures elsewhere when Malaysia becomes a failed economy thanks to poor governance.

The Malays need to discard their feudal mentality and break free from this patronage and dependency. There is no need to defend something so rotten because we all know that it will fall on its own accord.

Anonymous_5fb: Goodness Najib, you really still want to 'syiok sendiri' like your right hand man, Dr Koh Tsu Koon? One million in Putrajaya, is that right? Do you know how many live in Kuala Lumpur? Only 1.4 million. Where did you get the one million youths? Felda?

Docs: The youths all look very young. Can they vote? If they cannot, then how are they going to help BN defend Putrajaya from the more mature and forward-minded adults which incidentally are voters and more likely to vote Pakatan Rakyat.

If BN can mobilise one million youths as seen here, then maybe this is a good time for Najib to call for an election.

SaveMalaysiaNow: Najib's Manchester United lost badly to a clearly superior Barcelona in the Champions League final. Perhaps a bad omen for him in the coming general election?

Saturday, May 28, 2011

Pentas Pemuda Bersama CheGuBard & Azman Shapawi di Kuala Langat Malam Ini (28Mei)!

Klik gambar untuk image yang lebih besar.

Hadirlah beramai-ramai, bersama tokoh anak muda Chegubard dan Azman Shapawi!

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, May 27, 2011

Promosi Mengiurkan Demi Menghimpun Sejuta Anak Muda !!? (Wajib Sebar!!)

klik untuk besarkan gambar

Perhatikan betul-betul gambar di atas, untuk lebih jelas sila besarkan gambar dengan klik pada gambar tersebut. Gambar ini saya ambil tanpa izin dari akaun FB sahabat saya Hamsah Djabir, seorang Ahli Majlis Perbandaran Ampang.

Pertama, saya minta rakan pengunjung untuk bagi komen samada gambar ini adalah tulen ataupun sebuah karya pengubahsuaian gambar. Saya nampak macam tulin.

Jika gambar ini tulin, adalah begitu dukacitanya kerana design porno sebegini dijadikan promosi untuk memberansangkan anak muda supaya menyertai Himpunan Sejuta Belia yang akan berlangsung selama tiga hari. Anak muda yang berdarah muda syahwatnya pasti akan tertarik dengan iklan serupa ini. 

Ditambah pula dengan tersebarnya berita bahawa Himpunan Sejuta Belia bukan berlangsung selama sehari tetapi tiga hari kalau saya tidak silap. Ini bermakna, apakah yang difikirkan berlaku sebelah malamnya oleh anak muda yang menyertai himpunan ini, tidak lain dan tidak bukan ianya mengundang persepsi negetif bermaksud maksiat.

Adakah begini teruknya arah tuju anak muda hasil bimbingan UMNO ? Hancurlah anak bangsa kalau mereka yang berkiblat regim tel aviv terus memerintah !!


EDYES @ edyesdotcom

Gempar!! Si Pelaku Video Seks Mirip Anwar Telah Dipanggil Polis ??

KUALA LUMPUR 26 Mei – Polis masih menjalankan siasatan berhubung rakaman video seks didakwa membabitkan pemimpin parti pembangkang yang pertama kali didedahkan pada 21 Mac lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar juga mengakui, pihaknya telah memanggil pelaku terbabit untuk membantu siasatan namun enggan mengulas lanjut tentang perkara itu.

Beliau juga enggan mendedahkan siapa pelaku tersebut.

“Seperti yang diberitahu Ketua Polis, Tan Sri Ismail Omar baru-baru-baru ini, kita telah kenal pasti dan sedang menyiasat. Itu termasuklah memanggil dia bagi membantu penyiasatan,” katanya.

Bagaimanapun, Khalid memberitahu, tindakan lanjut tidak dilakukan kerana tiada sebarang maklum balas daripada Jabatan Peguam Negara setakat ini.

“Kita menanti keputusan Pejabat Peguam Negara untuk tindakan susulan terhadap pelaku dan juga mereka yang mendedahkan video itu,” jelasnya.


EDYES wrote:

Sekarang barulah kita tahu mengapa pihak polis tidak sekali-kali berniat untuk mendedahkan siapakah pelakunya yang sebenar. 

Jika Anwar adalah pelakunya, dari awal kertas siasatan yang telah di hantar kepada peguam negara pasti telah diterima. Maka tidak hairanlah peguam negara mengarahkan pihak polis menyiasat dengan lebih mendalam.

Jika Anwar adalah orangnya, sudah pasti pihak polis dengan senang membuat pengumuman gempar - Pelaku video seks yang ditayang oleh produksi Trio jahanam itu adalah Ketua Pembangkang !

Cuba saudara siasat adakah Anwar Ibrahim singgah di mana-mana balai polis untuk beri keterangan baru-baru ini ?


Gaji + Elaun CEO TNB = RM1.1 Juta Sebulan ? Untuk Itu Tarif Letrik Naik ??

Salam to all,

Hari nie taknak cerita banyak. Kau nak naik, kau naiklah... Sekurang-kurangnya aku tau kenapa kau nak naik... sebab kau nak tanggung CEO korang yang gajinya berjuta sebulan tu kan???

Gaji + Elaun CEO TNB sebulan mencecah RM1.1 Juta !!?

Gaji CEO Maybank tidak termasuk elaun ialah lebih RM400 ribu sebulan??

Gagi CEO SYABAS termasuk elaun ialah RM430 ribu sebulan ??

GLC-GLC lain ??

Konglomerat anak-anak syarikat kerajaan yang lain ??

Kalau campur semua, berapa bilion habis setahun dengan gaji yang 10 ribu kali ganda daripada nelayan, pekerja tol, pekerja am, pengawal keselamatan dan mereka-mereka yang bergaji tak sampai seribu sebulan???

Mampos rakyat negara nie dibunuh secara halus dan perlahan !!

SAMM: Alukan Jemptan Parti Komponen BN Sertai BERSIH & Kesal Kenyataan Menteri !

SAMM: Alukan Jemptan parti komponen BN sertai BERSIH & kesal kenyataan Menteri !
 
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini menyatakan persetujuan dengan kenyataan pengerusi BERSIH 2 Datuk Ambiga Sreenevasan pada sidang akhbar di Kuala Lumpur pagi ini.

BERSIH 2 ialah himpunan inisiatif masyarakat madani dan bukannya inisiatif mana - mana parti dengan sifat kepartian. Tuntutan bersih jelas iaitu memperkukuh ruang demokrasi dengan menjamin perjalanan pilihanraya yang adil dan bersih. Jika ada pihak menentang maka mereka menentang hasrat mendesak pilihanraya bersih dan adil.

Contohnya dalam desakan menggunakan dakwat kekal yang jelas praktikal untuk mengelakkan pengundian berulang. Ini harus didokong oleh semua parti politik. Jika ada yang tidak mahu digunakan dakwat kekal maka sudah tentu ada niat serong seperti ingin menang pilihanraya dengan pengundian berulang (undi hantu dan lain-lain).

Semua parti politik harus bersama dalam himpunan BERSIH ini.

Mengenai kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien yang mendesak perhimpunan dibatalkan kerana memburukkan imej negara dan kalau nak diadakan harus diadakan dalam stadium.

SAMM kesal dengan kenyataan menteri seperti ini. Pertama imej negara buruk kerana demokrasi yang pincang. Imej negara akan lebih baik jika negara membuka ruang demokrasi, rakyat dibenar berhimpun dan mesra polis maka pelabur dan pelancong juga akan senang. Di negara seperti Korea Selatan boleh dikatakan setiap hari ada himpunan aman, namun jumlah bilangan pelaburan dan pelancong ke negara tersebut jauh meninggalkan negara ini. Demonstrasi wujud di seluruh dunia dan menjadi hak asasi manusia berkumpul dan menyatakan pendapat. Setakat ini rekod himpunan aman hanya kecoh apabila diganggu anggota keselamatan yang bertindak berdasarkan arahan 'atasan'.

Daya saing negara dan pengiktirafan dunia pasti datang seiring dengan pelaksanaan demokrasi yang adil dalam negara.

Kedua Menteri Dalam negeri harus mengubah persepsi beliau terhadap himpunan aman. Himpunan aman kalau dianjur oleh 'front' regim semua boleh berlaku aman tanpa gangguan polis. Sebaliknya jika dianjur oleh rakyat yang bertembung dengan kepentingan regim mesti menjadi haram. Adakah himpunan hanya menjadi hak mutlak PERKASA atau Umno ?

SAMM juga tidak bersetuju dengan desakan Menteri Dalam negeri yang mengarahkan untuk himpunan harus di dalam stadium. Bagi SAMM di mana dan bagaimana harus diadakan ia harus diputuskan oleh Jawatankuasa BERSIH 2 bukan Menteri yang kelihatan berat sebelah dalam menangani isu seperti ini.

Himpunan sudah tidak boleh di elakkan kerana kebanyakan tuntutan bersih bukan tuntutan baru. Ia wujud sejak himpunan BERSIH 2007 lagi namun regim seolah tidak mengendahkannya. Selepas itu juga begitu banyak memorandum, kenyataan desakan dan seumpamanya namun regim masih seolah pekak.

Maka demi mempertahankan hak rakyat maka BERSIH 2 harus tetap diadakan pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur. Semua parti sekali lagi dijemput hadir. Semua parti politik harus mengambil sikap kalau keputusan PRU rakyat menolak parti tersebut harus menerima dan akur sebaliknya harus melawan jika keputusan PRU rakyat ditipu dengan helah jahat SPR dan Regim menafikan hak.

Hi Tea Bersama che'GuBard & Ust Radzi Melissa di Benut, Malam Pidato di Pekan Nenas Pontian !

Hi Tea bersama che'GuBard & Ust Radzi Melissa
27 Mei , 5 petang
Pekan Sanglang, Benut

(pertanyaan 01
77617144)


sebelah malam;

Ceramah Umum
27 Mei, 9.00 mlm
Markas PAS, Pekan Nenas, Pontian

DR MAZA: Wang Kerajaan, Macam Duit Mak Bapak Kau (BN) !!



Thursday, May 26, 2011

Jangkaan Edyes Tepat - RON95 TIdak Naik !!

Berikut adalah petikan tulisan Edyes dalam entry bertajuk Hero Di Sebalik RON95 ;

Kini langkah regim memperkenalkan RON95 telah membuahkan hasil. Harga minyak RON97 telah mencecah RM2.90 seliter sebaliknya harga RON95 yang telah lama kekal di takuk RM1.90 seliter dikhabarkan akan berganjak dengan keputusan ahli-ahli parlimen BN yang bersetuju mengurangkan subsidi petrol untuk rakyat. 

Menteri bertanggungjawab pada mulanya berjanji tidak akan menaikkan harga petrol telah mula lari intonasinya. Menteri bertanggungjawab telah akur betapa harga petrol akan dikaji semula walaupun baru sahaja beberapa hari mengumumkan harga petrol RON95 tidak akan berganjak walau sesen.

Kini tiba masa dan ruang untuk Perdana Menteri Malaysia menjadi hero memenangi isu. Ditambah pula dengan gendang-gendang PRU-13 yang kononnya hebat dipalu. Ura-ura kenaikkan petrol RON95 bakal diselamatkan oleh Perdana Menteri Malaysia bagi mencerminkan betapa prihatinnya dan begitu berjiwa rakyatnya Perdana Meneteri Malaysia.

Telah dijangka, RON95 tidak akan berganjak dan akan hanya dijadikan sebuah sentimen yang menakutkan dan mempermainkan perasaan rakyat. Kerajaan mengura-urakan kenaikkan RON95 kononnya tidak dapat dielakkan, konon tanggungan subsidi yang keterlaluan yang di luar kemampuan kerajaan.

Akhirnya, kerajaan sendiri yang mengumumkan RON95 tidak dinaikkan setelah mengambil kira beban rakyat, seolah-olah berlakon menjadi sebuah kerajaan yang prihatin. Rakyat semua sedar, ini adalah permainan untuk membersihkan nama baik kerajaan yang tidak berdaya mengawal ekonomi rakyat bawah dan sederhana. Mereka mempermainkan perasaan rakyat dan sedikit sebanyak membuatkan rakyat panik.

Ia seumpama sebuah syarikat pengeluar softwere anti-virus yang hebat. Mereka cipta sebuah virus, sebarkan dan dalam masa yang sama mereka hulurkan penawarnya. Itulah perumpamaan yang sesuai.


EDYES @ edyesdotcom

 

Wednesday, May 25, 2011

Polis Hulur Tali Untuk OKT Bunuh Diri ?

Seorang lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes pencerobohan kediaman ditemui mati dalam lokap Balai Polis Simpang Renggam di Kluang hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohd Fawzi Arshad berkata Nasrul Redzuan Mohamad, 25, ditemui mati tergantung kira-kira pukul 10.20 pagi oleh anggota polis yang bertugas ketika mahu memindahkan lelaki terbabit ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang.

"Nasrul Redzuan ditahan polis selepas dipercayai menceroboh kediaman salah seorang penduduk di kawasan Simpang Renggam dan menyerang sehingga mengakibatkan kecederaan pada mangsa pada kira-kira pukul 6.30 pagi tadi.

"Dia kemudian dibawa ke Balai Polis Simpang Renggam sebelum ditempatkan sementara di lokap tahanan bagi proses laporan. Bagaimanapun, ketika anggota bertugas ingin memindahkannya ke IPD Kluang, anggota berkenaan menemui dia mati tergantung di dalam lokap tersebut," katanya kepada pemberita.

Mohd Fawzi berkata pemeriksaan lanjut mendapati Nasrul Redzuan yang berasal dari Felda Bukit Rokan Utara, Gemencheh, Negeri Sembilan, menggantung dirinya menggunakan seutas tali.

Beliau berkata mayat lelaki itu kemudian dihantar ke Hospital Kluang untuk bedah siasat.

PERSOALAN : Bagaimana OKT memperolehi tali yang cukup sesuai untuk membunuh diri / menggantung diri ?

Keyakinan rakyat semakin kabur bilamana mereka katakan bahawa mereka sentiasa betul...

Perarakan Demokrasi : SAMM Ikrar Untuk Jayakan BERSIH 2 !!


KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyatakan kesediaan mereka untuk terlibat secara langsung dalam himpunan Bersih 2 yang akan diadakan pada 9 Julai 2011.

Pengerusinya, Badrul Hisham Shahrin atau CheGuBard dalam satu kenyataan media berkata, SAMM bersedia menawarkan diri untuk menyertai jawatankuasa mobilisasi yang akan dibentuk kelak.

"Kami akan menggerakkan semua poket dan sel anak muda yang bergabung dengan SAMM untuk turut sama terlibat dalam proses mobilisasi. Sememangnya mempertahankan demokrasi hak rakyat merupakan teras utama pendirian kami.

"SAMM akan bersungguh-sungguh untuk memastikan kelancaran dan kejayaan program, kerana himpunan kali ini dijangka adalah dua kali ganda lebih besar dari himpunan Bersih 2007," tegas CheGuBard.

Beliau berkata, sehingga kini rejim Barisan Nasional masih tidak mempedulikan 4 tuntutan Bersih semenjak himpunan pertama pada November 2007 lalu.

4 tuntutan Bersih pada himpunan 2007 ialah penggunaan dakwat kekal untuk mengelakkan pengundian berganda, pemansuhan undi pos, membersihkan daftar pemilih dan peluang akses kepada media oleh semua parti politik yang bertanding.

Manakala dua lagi tambahan tuntutan ialah larangan penyalahgunaan institusi kerajaan dalam pilihan raya sehingga rakyat tidak dapat menilai antara parti politik dan kerajaan, dan melanjutkan tempoh kempen pilihan raya yang lebih munasabah berbanding tempoh kempen lapan hari sebelum ini.

"Semua tuntutan ini adalah munasabah. Namun rejim Barisan Nasional seolah-olah pekak dan angkuh dan tidak langsung mahu mendengar.

"Tuntutan ini bukan tuntutan baru. Ia telah lama berkumandang, namun rejim terus angkuh. Oleh kerana tidak ada jalan lain, maka jalan mobilisasi rakyat dipilih.

"Ini merupakan program aman dalam ruang hak rakyat yang dijamin oleh perlembagaan Persekutuan. Perkara ini dilakukan demi masa depan negara dan menjamin hak demokrasi rakyat.

"Dalam proses pilihanraya sudah tentu ada yang menang dan ada yang kalah. SAMM bersedia untuk melihat ada pihak yang kalah,  namun tidak sanggup melihat rakyat tewas kerana penipuan pilihan raya," jelasnya.
Sabtu lalu, Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi Pas, Mohamad Sabu mengumumkan mobilisasi terbesar rakyat dikenali sebagai 'perarakan demokrasi' yang akan berlangsung di Kuala Lumpur 9 Julai ini,  manakala tempat spesifik, warna tema akan dimaklumkan pada suatu tarikh terdekat. -SK

EDYES wrote:

Semoga taktikal dan teknik melumpuhkan bandar yang dipelajari oleh Penyelaras SAMM sewaktu di Korea dulu hanya digunakan jika perlu.

Siapakah SAMM ? Jika anda seorang anak muda yang berani menentang ketidak-adilan, berani mencabar kekuatan kerajaan pemerintah yang zalim dan berazam untuk menumbangkan regim BN serta yang sewaktu dengannya, maka anda adalah sebahagian daripada SAMM !!


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone


Tuesday, May 24, 2011

Ayahanda PEKIDA Ditugaskan Untuk Tawan Selangor dan P.Pinang ?


Maklumat baru masuk! Puak-puak terdesak bukan sahaja menawarkan kad pengenalan kepada bangsa asing asalkan mereka mengundi BN dalam PRU akan datang, tetapi juga teknik menukar alamat pengundi turut akan diperhebat.

Kali ini, diberitakan ayahanda-ayahanda PEKIDA seluruh negara telah diberi tanggungjawab untuk menyediakan seramai mungkin pengikutnya supaya bersedia untuk menjadi pengundi di dua buah negeri yang mahu ditawan semula oleh Barisan Nasional. Teknik yang pernah digunakan sebelum ini untuk menawan negeri Terengganu dan Kelantan akan digunakan semula dengan perpindahan jumlah pengundi yang lebih ramai. 

Dengan berita ini juga, saya berharap petugas-petugas pilihanraya akan bekerja lebih keras untuk mengesan aktiviti-aktiviti pertukaran alamat ini kerana dikhuatiri ianya bukan sahaja misi penukaran alamat tetapi juga adalah misi duplicate pengundi. Ini bermakna setiap alamat yang ditukar itu dikhuatiri bukan hanya ditukar tetapi sebenarnya ditambah menjadikan seorang pengundi boleh membuang di dua negeri. Modus operandinya mudah, sebelah pagi di negeri asal dan sebelah petang di negeri yang ingin mereka rampas secara penipuan.

Segala kos pertukaran alamat akan ditanggung sepenuhnya. Di atas faktor ini juga, pasti SPR tidak akan sesekali mempertimbangkan cadangan penggunaan dakwat hitam kepada setiap pengundi yang sudah membuang mandatnya.

Jangan kita hairan jika pelbagai cara digunakan untuk menyekat kebangkitan rakyat. Puak terdesak akan melakukan apa sahaja waima hancur tulang belulang demi untuk mempertahankan Putrajaya. Kini mereka menggunakan ayahanda PEKIDA kononnya untuk mempertahan kepentingan melayu tetapi sebenarnya apa yang cuba dipertahankan ketuanan UMNO dalam memenuhkan tembolok masing-masing. 

Sumber berita diperolehi oleh badan bukan kerajaan yang boleh dipercayaai.


EDYES @ edyesdotcom

SAMM Bersama Mat Sabu Mobilisasi BERSIH 2 !!



Pengerusinya Badrul Hisham Shaharin berkata, SAMM akan terlibat dalam proses memobilisasi rakyat turun ke jalan raya terpilih dalam Himpunan Bersih nanti.
SEREMBAN: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan menggerakkan semua rangkaian anak muda yang bergabung dengannya untuk turut sama terlibat dalam Himpunan Bersih (Walk for Democracy) bagi menuntut Pilihan Raya di Malaysia dikendalikan dengan bersih dan telus.

Pengerusinya Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard berkata, selain dari anggota gabungannya SAMM akan terlibat dalam proses memobilisasi rakyat turun ke jalan raya terpilih dalam perhimpunan Bersih nanti.

Sabtu lalu, Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi PAS dan juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu, mengumumkan akan menganjurkan perhimpunan Bersih dengan memobilisasi 100,000 ahli dari parti itu sahaja.

“SAMM mendokong sepenuhnya program tersebut memandangkan sikap regim Umno-Barisan Nasional (BN) yang langsung tidak mempedulikan empat tuntutan Bersih sejak Himpunan Bersih kali pertama November 2007,” kata CheguBard dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, selain dari empat tuntutan itu, SAMM menambah dua lagi tuntutan menjadikan enam kesemuanya. Tuntutan-tuntutan tersebut ialah:

Dakwat kekal 

• Penggunaan dakwat kekal seperti mana yang dilakukan di banyak negara untuk elak pengundian berganda (undi hantu), hanya ada satu alasan tidak melakukan ini iaitu Umno-BN gusar kalah jika tidak melibatkan undi hantu.

• Pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain seperti warganegara Malaysia yang bekerja atau menuntut di luar negara.

• Penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala kesalahan dan ketempangan yang sedia ada dapat dihapuskan dan menyediakan satu daftar pemilih yang benar-benar telus dan meyakinkan.

• Semua parti yang bertanding sepatutnya menerima akses yang sama rata kepada media yang dikawal kerajaan terutamanya TV dan radio. Iklan politik daripada semua parti mestilah diterima tanpa sebarang sikap pilih kasih. Media juga perlu memberi hak menjawab sekiranya terdapat laporan berunsur negatif yang berkaitan dengan seseorang ahli politik atau parti politik.

• Penyalahgunaan institusi kerajaan dalam Pilihan Raya sehingga rakyat tidak dapat menilai antara parti politik dan kerajaan.

• Melanjutkan tempoh kempen Pilihan Raya di peringkat kebangsaan dengan “tempoh yang lebih munasabah” berbanding tempoh lapan hari yang dianggap sebagai terlalu singkat.

Umno-BN pekak, angkuh
 
Beliau berkata semua tuntutan ini adalah tuntutan munasabah, namun regim Umno-BN seolah-olah pekak, angkuh dan tidak langsung mahu mendengar.

“Tuntutan-tuntutan ini bukan tuntutan baru, ia telah lama berkumandang namun regim Umno-BN terus angkuh. Maka oleh kerana tidak ada jalan lain maka mobilisasi rakyat untuk turun di jalan raya yang dipilih,’ jelasnya.
“ Ini merupakan program aman dan dalam ruang hak rakyat yang dijamin Perlembagaan Persekutuan. Perkara ini dilakukan demi masa depan negara dan menjamin hak demokrasi rakyat.

“Sememangnya pertahan demokrasi hak rakyat merupakan antara teras utama pendirian SAMM,” katanya.

Himpunan kali ini dijangka akan menjadi dua kali ganda lebih besar dari Himpunan Bersih 2007 dan tidak mengambil kira sama ada ahli PKR, DAP dan lain-lain gerakan pertubuhan bukan kerajaan serta kumpulan anak muda.


EDYES wrote:


Jika BERSIH siri pertama dapat kita kumpulkan sejumlah 100ribu umat (setelah dicampur dari tiga kawasan yang ditawan), kali ini dalam BERSIH siri 2 kita akan kumpulkan kekuatan 200ribu angkatan demonstrasi penggerak demokrasi pilihanraya !! 

Himpunan aman yang akan kita jayakan, diulangi, himpunan aman yang akan kita jayakan adalah untuk mendesak sekerasnya agar DYMM Agong perkenan untuk menitahkan kerajaan supaya menimbang secara serius tuntutan-tuntutan yang masih belum dilaksana ketika PRU dan PRK selepas BERSIH pertama. Semoga tuntutan ini dapat merealisasikan satu pertandingan yang BERSIH dalam pilihanraya yang menentukan nasib masa depan bangsa.


Bagaimana 200ribu berjaya dikumpul ? PAS sahaja bersedia menempatkan seluruh kekuatannya dengan janji 100ribu ahli dan kepimpinannya. Baki lagi 100ribu adalah menjadi tanggungjawab setiap parti komponen Pakatan Rakyat termasuklah NGO-NGO dan rakyat yang menyokong fasal-fasal tuntutan pilihanraya yang adil. Kiraannya, 30ribu dari PKR, 30ribu dari DAP, 20ribu adalah dari rakyat atas pagar yang tidak berparti dan 20ribu yang terakhir adalah dari ahli-ahli UMNO sendiri yang tercekek dan tergadah ingin merubah. Maka cukuplah bilangan 200ribu yang inshaAllah bakal dicapai !!

Jadilah sebahagian dari sejarah kerana dijangkakan BERSIH 2 adalah himpunan jalan raya yang terbesar pernah berlangsung dalam kelahiran kita setakat ini!!

Ribuan Hadiri Ceramah CheGuBard & Salahudin Ayub di Parlimen BN S.Bernam


Kalau beginilah sambutan kehadiran yang diberikan oleh rakyat di kubu Barisan Nasional, inshaAllah BN akan ditunjukkan jalan keluar dari Putrajaya pada PRU akan datang.

Tetapi jangan lupa untuk bersama-sama dalam himpunan aman BERSIH siri 2 demi mencari pilihanraya yang adil, demi demokrasi yang kian terpadam. Terlebih dahulu, kita harus mendesak keras agar ketelusan pilihanraya itu berlaku. BERSIH2 adalah jawapannya!

Ayuh tumbangkan Barisan Nasional untuk menegakkan sebuah kerajaan rakyat!!

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, May 23, 2011

Majlis Dialog Anak Felda Sendayan Dan Ceramah Perdana ( 2 dlm 1)

klik untuk besarkan gambar

Program 2: Ceramah Perdana Isu Semasa & Felda

TARIKH : 24.05.2011 (SELASA ) Masa : 8.45 MALAM

Tempat : Lot. 382, Bandar Baru Sendayan (Rumah TANGGAM)
Penceramah :
WAN ROHIMI WAN DAUD ; PEGUAM, WAKIL PENEROKA FELDA KEMAHANG
YANG MENANG TUNTUTAN 11 JUTA TERHADAP FELDA.
MAZLAN ALIMAN; PENGERUSI, PERSATUAN ANAK PENEROKA FELDA
KEBANGSAAN (ANAK )
che'GuBard ; PENGERUSI, SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA
YB TAUFEK ; ADUN Paroi
 
SEBELUMNYA DI SEBELAH PETANG ;
Program 1 : Majlis Dialog Anak Felda Sendayan
Tarikh : 24.05.2011 (SELASA )
Masa : 5.00 pe
tang
Tempat : lot. 245, Bandar baru sendayan (Rumah Daud idris)
Panel : WAN ROHIMI (peguam yang memenangkan kes Felda Kemahang)
MAZLAN ALIMAN (Pengerusi ANAK) ,
CHEGUBARD & YB TAUFEK

Isu-Isu yang akan dibincangkan :

* MASALAH KES TANAH 2 EKAR YANG MELIBATKAN KELUASAN, LOKASI,GERAN & SUDAH LAMA TERBIAR.
* MASALAH KELUASAN LOT BANGLO YANG TIDAK MENCUKUPI SERTA KUALITI BANGLO YANG TIDAK MENEPATI HARGA SEBENAR
* MASALAH ANAK-ANAK PENEROKA FELDA YANG TIDAK BOLEH MENCARUM DALAM KOPERASI PEMODALAN FELDA.(K.P.F). MENGAPA?
* MASALAH TANAH PERKUBURAN ISLAM YANG TERTIMBUS AKIBAT PROJEK NAIK TARAF JALAN YANG TERBIAR TANPA SEBARANG MAKLUMAT
* ISU PADANG SEKOLAH MENENGAH YANG MENJADI KAWASAN PERTANIAN.
* MASALAH PENCEMARAN UDARA OLEH KUALITI ALAM

DAN BANYAK LAGI MASALAH & PERSOALAN YANG AKAN DIBANGKITKAN.
 

!! PECAH BERITA !! Ketua Hakim Negara Kritikal Di ICU !!

PUTRAJAYA 23 Mei - Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi dipercayai berada dalam keadaan kritikal setelah terjatuh di Wad ED, Hospital Putrajaya pagi ini.

Beliau dipercayai mengidap tekanan darah rendah dan komplikasi jantung.

Bagaimanapun, beliau kini telah dibawa ke Institut Jantung Negara (IJN), untuk rawatan susulan. - Utusan


EDYES wrote : Juga saya doakan semoga sembuh seperti sediakala dengan keinsafan agar sempat melihat kebangkitan rakyat dalam PRU13. Atau sekurang-kurangnya dapat lihat BERSIH2 pada 9 Julai depan... Amin...

SAMM sedia jayakan "Walk For Democracy" (BERSIH 2) !!







Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) telah mengumumkan akan diadakan satu mobilisasi terbesar rakyat yang dikenali sebagai "perarakan demokrasi" (Himpunan BERSIH 2) yang akan diadakan pada 9 Julai 2011, jam 2 petang.

Pengumuman ini telah dibuat oleh Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi PAS Mohamad Sabu, semalam dan turut menyatakan program ini akan berlansung di Kuala Lumpur dan tempat yang spesifik akan diumumkan nanti.

Sehubungan dengan itu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) juga telah membuat keputusan hari ini untuk mendokong sepenuhnya program tersebut memandangkan sikap regim yang lansung tidak mem pedulikan 4 tuntutan yang dituntut oleh BERSIH semenjak Himpunan BERSIH kali pertama November 2007 lalu. Selain menambah dua lagi tuntutan yang dikira penting dalam menjamin demokrasi hak rakyat dalam pilihanraya akan datang.

Tuntutan tersebut ialah :

  • Penggunaan dakwat kekal seperti mana yang dilakukan di banyak negara untuk elak pengundian berganda (undi hantu), hanya ada satu alasan tidak melakukan ini iaitu Bn gusar kalah jika tidak melibatkan undi hantu
  • Pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara;
  • Penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala kesalahan dan ketimpangan yang sedia ada dapat dihapuskan dan menyediakan satu daftar pemilih yang sebenar-benarnya telus dan meyakinkan;
  • Semua parti yang bertanding sepatutnya menerima akses yang sama rata kepada media yang dikawal kerajaan terutamanya TV dan radio. Iklan politik daripada semua parti mestilah diterima tanpa sebarang sikap pilih kasih. Media juga perlu memberi hak menjawab sekiranya terdapat laporan berunsur negatif yang berkaitan dengan seseorang ahli politik atau parti politik.
  • penyalahgunaan institusi kerajaan dalam pilihan raya sehingga rakyat tidak dapat menilai antara parti politik dan kerajaan.
  • melanjutkan tempoh pilihan raya di peringkat kebangsaan dengan "tempoh yang lebih munasabah" berbanding tempoh lapan hari yang dianggap sebagai terlalu singkat.
Semua tuntutan ini adalah tuntutan munasabah, namun regim seolah pekak dan angkuh tidak lansung mahu mendengar. Tuntutan - tuntutan ini bukan tuntutan baru, ia telah lama berkumandang namun regim terus angkuh. Maka oleh kerana tidak ada jalan lain maka jalan mobilisasi rakyat dipilih.

SAMM bersedia menawarkan diri menyertai jawatankuasa mobilisasi yang akan dibentuk dalam turut sama menjayakan program tersebut. SAMM akan menggerakkan semua poket sel - sel anak muda yang bergabung dengan SAMM untuk turut sama terlibat dalam proses mobilisasi ini. Sememangnya pertahan demokrasi hak rakyat merupakan antara teras utama pendiri SAMM.

Ini merupakan program aman dan dalam ruang hak rakyat yang dijamin perlembagaan persekutuan. Perkara ini dilakukan demi masa depan negara dan menjamin hak demokrasi rakyat. Dalam proses pilihanraya sudah tentu ada menang dan ada kalah namun SAMM sedia melihat mana - mana pihak untuk kalah kepada rakyat namun tidak akan sanggup melihat rakyat tewas kerana penipuan pilihanraya.

SAMM akan bersungguh - sungguh untuk memastikan kelancaran dan kejayaan program ini. Himpunan kali ini dijangka akan menjadi dua kali ganda lebih besar dari Himpunan BERSIH 2007. 
CheGuBard
Penyelaras SAMM

Saturday, May 21, 2011

Tanah Runtuh Hulu Langat - Bantuan SEGERA Diperlukan!!

Kepada siapa yg ingin sumbang bantuan segera! Lihat keperluan di bawah;

Hulu Langat Landslide - they need 6 gen set, torch lights, waterproof canvas, blankets, fresh water, can food n warm food for rescue team & medic.

Contact En Naza 0173280013.

Location-Rumah Anak Yatim Semungkis,Bt 13 Hulu Lgt,@ Jln masuk Pusat rekreasi lembah azwin
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sebuah Retorik 'Juara Rakyat' !

ALOR SETAR, 21 Mei — Umno akan menerapkan dua elemen baru dalam fasa kedua program Juara Rakyat bermula Jun ini untuk mengukuhkan kesepaduan komponen Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang dianggap Tan Sri Muhyiddin Yassin lebih getir. Umno memperkenalkan program Juara Rakyat awal tahun lalu dan telah diadakan secara di seluruh negara.

Umno mengaku bahawa mereka adalah 'juara rakyat' sejurus selepas menaikkan harga gula hingga ke tahap RM2.30 sekilo. Tetapi sedarkah penyokong-penyokong UMNO semua betapa hakikatnya sebelum UMNO memperkenalkan diri sebagai 'juara rakyat', harga gula baru sekitar RM1.45 sekilo?

Sebelum UMNO disebut sebagai 'juara rakyat', Harga petrol RON97 adalah sekitar RM1.90 seliter berbanding selepas 'juara rakyat' ini merompak di siang hari menjadikan harga petrol RON97 milik rakyat setinggi RM2.90 seliter. Harga RON97 ini juga akan meningkat setiap awal bulan dan dijangka menjecah angka sasaran RM3.60 seliter. Masihkah buta mata hatimu wahai penyokong UMNO? 

'Juara rakyat' versi retorik bukan sahaja merompak hasil khazanah bangsa, tetapi juga mencuri keamanan yang ada pada hari ini apabila tergamak membiarkan lidah rasminya mengundang huru-hara dengan tajuk "Kristian Agama Rasmi" yang bermaksud, kristian cuba mengambil alih agama rasmi negara. Sedangkan, berita tersebut adalah fitnah semata-mata sehingga sumber yang dipetik oleh lidah rasmi 'juara rakyat' ini telah memadam entry fitnahnya.

Mereka cerita soal perpaduan, mereka canang soal kesepakatan antara kaum, mereka berdendang soal persefahaman antara agama. Tetapi dalam period yang sama, mereka bakar sentimen perkauman dengan membuli kaum minoriti, jangan kita lupa bagaimana mereka menghina penganut agama hindu dengan memijak kepala lembu di hadapan SUK Selangor dalam isu kuil di Shah Alam. Penganut kristian juga jadi terancam apabila difitnah kononnya ingin menukar agama rasmi sedangkan ia bukan agenda penganut agama minoriti dalam negara.

Perlu diingat, sekiranya berlaku huru-hara, siapakah yang bakal mendapat manfaat paling besar jika bukan mereka-mereka yang terdesak mempertahankan kuasa. Apalagi dalam keadaan kuasa di tangan mereka. Maka menamakan UMNO sebagai 'juara rakyat' adalah satu penjenamaan yang retorik dari faktor kestabilan ekonomi untuk rakyat mahupun faktor keselamatan dan keamanan untuk rakyat sepertimana yang dicanang 1Malaysia.

Hadirnya 'juara rakyat' versi retorik ini untuk mengelabui mata rakyat kebanyakkan bukan sahaja demi mempertahankan tembolok yang membolehkan golongan bangsawan UMNO memperolehi harta berjuta, tetapi juga demi menyelamatkan diri masing-masing daripada di heret ke dalam kancah keadilan mahkamah sebenar. Pertempuran sengit PRU13 pastinya mengundang pelbagai tipu helah dan silap mata termasuklah projek tipu rakyat berbentuk retorikal 'juara rakyat'.

Semoga rakyat kebanyakkan sedar apa wayang yang cuba ditayangkan demi meraih simpati undi dalam pilihanraya yang mendatang. UMNO 'juara rakyat' adalah jelas sebuah retorik ! Ini hakikat sebenar yang perlu disampaikan kepada semua rakyat agar mereka celik dan tidak tidur lagi dalam menjalankan tanggungjawab menghumban UMNO dan Barisan Nasional ke dalam muzium sejarah.

Pertahankan hak anda sebagai rakyat, raikan demokrasi dan pilihlah menifesto yang menawarkan sebuah kerajaan rakyat, bukan retorik 'juara rakyat' semata-mata!


EDYES @ edyesdotcom
Juara Rakyat myAss


Rentetan Pembatalan Demo AMK - 6 Tweet Untuk Shamsul !


Dari akaun twitter , 6 tweet untuk Shamsul Iskandar di atas kegagalannya mengatur dan mobilisasi anak muda dalam demo Utusan yang sepatutnya berlangsung hari ini. Semoga Shamsul Iskandar mengakui kelemahan yang ada dan bertanggungjawab di atas kegagalan yang akhirnya menyerlahkan imej kurang baik AMK di mata anak muda.

Mukadimah

 7 jam yg lalu


Isi (6 tweet untuk shamsul)

1. Tanpa siapa paksa, amk pusat yg umum nak demo. Jgn nanti kata DSAI yg suruh. mcm demo qazaf, dgrnya bisik DSAI yg suruh

2. AMK negeri tidak digerakkan seperti biasa ! apa yg dipentingkan hanya seronok2 nak sidang media sahaja...

3. Tiba2 dengarnya alih demo ke Lynas ?? AMK x mampu buat prog sendiri tapi cekap landing / menumpang dalam program orang?  

4. kegagalan hari ini di utusan bermakna gagal mengekalkan imej reformasi dalam AMK ! Gagal dalam mobilisasi anak muda

5. mengekor ke Indonesia! tp Anwar balik, Sam belum balik. Ada prog di Jakarta utk Ketua AMK, tapi tuang shj

6. Kalau rasa diri dah x mampu, demi perjuangan, berundurlah... x salah berkorban, masih ada sedikit masa !


Penutup

tidak mengakui kegagalan ? Mohon baca 6 tweet sy sebelumnya. Akan sy muatkan tweet ini dlm blog mlm ini

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan