Monday, January 31, 2011

VOTE : Kerusi DUN Merlimau Harus Ditandingi Oleh...


Mengikut Pandangan Anda, Kerusi DUN Merlimau Harus Ditandingi Oleh...

PAS (status quo)
PKR


Sila buang undian anda di atas, dan nyatakan pendapat anda di bawah...

Pengundian ini akan dipantau oleh blogger.com, bukan JPP mahupun SPR. Ketelusan terjamin !!


Shamsul Iskandar Calon Merlimau ?

Shamsul Iskandar Calon Merlimau ? (Wajib Baca!!)

Klik untuk besarkan Gambar

My statement must be read in the proper context. Registering the intention of one party to contest in the election is not going against the spirit of Pakatan Rakyat. Since when we are against the freedom of expression ! There is no such thing as any political party owning the seat. The seat belong to the raayat. If PAS have stood and lost it the last round, perhaps shoud let PKR or DAP stand this time. It is more important to put a winnable candidate in any Pakatan Parties. No point in standing just to reduce the margin as in Tenang. If PAS claim they are strong in Merlimau, they should have won the seat. Wallahu'alam. - Shamsul Iskandar


Salam 1Melaka,

Saya mulakan entri ini dengan quote yang pernah diungkap oleh Mahatma Ghandi;

"The world has enough for everyone's need but not enough for everyone's greed"

Suatu yang mengejutkan, apabila sekicau tweet yang mengatakan dirinya dalam perjalanan ke tanah perkuburan kerana kematian seorang Adun, sedangkan Adun tersebut masih lagi terlantar di hospital diiringi doa keselamatan dari keluarga dan sahabat handai. Kemudian tweet itu hilang dari pandangan dan setakat yang diketahui, belum ada permohonan maaf terhadap keluarga Adun tersebut secara terbuka di atas kesilapan yang agak memalukan itu.

Tidak cukup dengan jawatan Ketua AMK Pusat, Ketua AMK Negeri Selangor dan MPN Negeri Melaka yang disandang, Shamsul Iskandar mengorak selangkah lagi untuk menjadi calon DUN Merlimau sedangkan kerusi tersebut adalah milik PAS.

Berpegang kepada persetujuan sebelum ini, ia patutnya dikekalkan status quo kepada PAS tetapi apa yang terjadi ialah kerusi DUN Merlimau secara tidak langsung menjadi rebutan kepada PAS dan PKR setelah satu sidang media telah dianjurkan oleh Shamsul Iskandar bagi melobi dirinya sebagai calon kerusi tersebut. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh tak berkata. Dengan pantas memangkah kerusi tersebut supaya diberi kepada PKR adalah sesuatu tidak wajar sama sekali.

Di atas alasan ketewasan PAS di DUN Merlimau dalam PRU lalu dan juga beberapa PRK kebelakangan ini, belum cukup untuk menyatakan PKR lebih berhak ke atas kerusi Merlimau atau mana-mana kerusi yang PAS tewas sebelum ini.

Cuba saudara dan saudari sekalian fikir dalam-dalam, tidakkah kenyataan Shamsul Iskandar itu bakal mengundang persoalan - "Bolehkah PAS mengambil alih kerusi yang PKR tewas sebelum ini?" ataupun persoalan lebih pedih dengan berkata "Bolehkah PAS mengambil alih kerusi PKR yang ADUN atau MPnya telah melompat?"

Semangat setiakawan Pakatan Rakyat haruslah diambil kira dan menjadi keutamaan agar Pakatan Rakyat dilihat cukup stabil dalam membentuk apa jua keputusan dan bukan semata-mata di atas kepentingan parti sendiri. Ini dijelaskan dengan cukup terang oleh DSAI dalam Konvensyen Pakatan Rakyat lalu, segala keputusan haruslah melalui meja bulat rundingan. Sebarang tindakkan melulu yang mendahului parti komponen lain pastinya akan mengundang padah.

Jika benar Shamsul Iskandar ingin bertanding DUN Merlimau di atas tiket PKR sekalipun, sepatutnya perbincangan dalaman dilakukan di antara kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat. Mengapa perlu ada sidang media untuk melobi diri? Tindakkan gopoh ini telah menghina rakan sepakatan lain seolah-olah PAS telah ketandusan calon anak Melaka.

Ketelanjuran Shamsul ini telah ditegur dari segenap lapisan penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat, baik dari PAS atau PKR sendiri. Tetapi dengan angkuh dan sombong Shamsul mengatakan bahawa 'jika PAS mendakwa mereka kuat di Merlimau, mereka sepatutnya telah menang kerusi tersebut!'. Seraya itu satu lagi persoalan timbul, apakah PKR Melaka cukup kuat untuk menang di Merlimau? Atau juga sekadar ingin mengurangkan jumlah majoriti BN sepertimana yang Shamsul sendiri perlekeh calon PAS di Tenang.

Tidak kiralah samada untuk mengurangkan majoriti atau menambahkan undi, kerusi DUN Merlimau harus dipertahankan untuk diletak calon PAS bagi menjamin kestabilan setiakawan di dalam Pakatan Rakyat! Bukan sekadar untuk memastikan menang semata-mata, kestabilan perhubungan melalui semangat perjanjian itu juga merupakan faktor penting apabila mengenangkan PRU sudah semakin hampir. 

Jika maksudnya supaya PAS beralah untuk PKR bagi menewaskan Barisan Nasional, kita sepatutnya melihat PRK Batu Sapi pada akhir tahun lalu sebagai pertandingan satu lawan satu, lantas mengambil peluang untuk meluaskan lagi skop Pakatan Rakyat dengan menggabungkan parti Yong Tek Lee ke dalam Pakatan Rakyat atas jemputan yang bijak.

Memanglah apabila difikirkan, tidak pasti samada terdapat perjanjian hitam putih bagi mengekalkan status quo untuk mana-mana kerusi yang bakal dipertandingkan dalam PRK. Tetapi janji persetujuan bersama dalam bentuk persefahaman itu wujud di antara Pakatan Rakyat demi mencari kata putus yang lebih lunak untuk ditunaikan. Bak pepatah melayu, "Lembu berpegang pada tali, manusia berpegang kepada janji". Pilihlah untuk menjadi manusia daripada menjadi lembu.

TG Hadi Awang juga sudah bersuara, bukan hanya bayang-bayang calon sahaja untuk diketengahkan oleh PAS bagi kerusi Merlimau, tetapi memang sudah ada ramai yang berkaliber dari Merlimau untuk dijadikan calon. Jadi adakah Shamsul Iskandar tidak faham?

Justeru, oleh kerana perasaan tamak itu sudah menguasai diri, kita melihat tindakkan Shamsul Iskandar yang mahu merebut kerusi Merlimau itu sebagai kurang cerdik dan hanya membuahkan pergeseran di antara PAS dan PKR lantas memberi satu modal yang besar kepada gerombolan UMNO Barisan Nasional untuk disaji kepada rakyat golongan atas pagar - betapa PAS-PKR-DAP adalah fragile dan tidak bersatu hati.

Akhir kata, bersamalah kita memupuk kesedaran bahawa PAS tidak sekuat mana, PKR juga tidak sekuat mana, begitu juga dengan DAP. Sesungguhnya Barisan Nasional tidak takut dengan PAS, PKR dan DAP. Tetapi mereka cukup gentar dan takut apabila PAS, PKR dan DAP bergabung di atas nama Pakatan Rakyat, dan PAS-PKR-DAP yang membentuk Pakatan Rakyat adalah jauh lebih baik daripada Barisan Nasional, maka sebab itu sehingga hari ini nama Pakatan Rakyat masih belum berjaya didaftarkan lagi!

Tujuan artikel ini dikeluarkan juga bukanlah untuk menambahkan geseran, tetapi untuk memastikan kita semua tegak dengan istiqomah biarpun di atas perkara dalam parti agar ianya tidak dipandang remeh dan boleh sewenangnya dikompromi tanpa menyedari kesan sebenar kepada penyokong dan pendokong.



EDYES @ edyesdotcom
Yang kurik itu kundi...

Terima Kasih Kepada Pengundi BN di Tenang, Hadiah Anda Tengah Malam Ini - RON97 Naik RM2.50 !!

 
 
Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut satu sumber industri. Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).

Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97. Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalam.

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.

Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Apungan itu diperkenalkan tahun lalu dan satu gred baru petrol RON95 turut diperkenalkan. Harga bagi RON95 kini ditetapkan pada kadar RM1.80 seliter.

Pengurangan subsidi bagi bahan keperluan seperti petrol telahpun mula diperkenalkan melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sejak awal tahun lalu.

Badan berkenaan ditubuhkan bagi mengurangkan beban subsidi negara.
 
 
EDYES wrote;
 
Sebab itu aku tulis Terima Kasih Peneroka Felda...
 

Mohon Bantuan dan Sumbangan Untuk Mangsa Banjir !

Salam,

Mohon bantuan kepada rakan seperjuangan. Rumah sahabat yang saya tumpang ketika hari Penamaan Calon N05 telah ditenggelami air sedalam 1.5 meter atau melebihi paras tingkap rumah. Rumah tersebut di kampung Redong. 

Saya mohon agar saudara pengunjung dapat meringankan beban kerugian yang ditanggung oleh sahabat saya yang bernama Mohd Hashim. Beliau merupakan anak tempatan yang mengundi di N05 dan juga memainkan peranan penting dalam kempen pilihanraya kecil DUN Tenang.

Di sini saya sertakan no akaun Maybank En Roslee Mohd Shariff yang merupakan teman rapat kepada saudara Hashim kerana mangsa banjir tidak mempunyai akaun Maybank tetapi hanya akaun BSN (dan mungkin juga buku akaun ini dah hilang/rosak dek banjir).

Nama : Roslee Mohd Shariff
No Akaun : 1510 1621 3002 (Maybank)

Gambar di bawah adalah rumah saudara Hashim ketika pagi hari pilihanraya. Sebelah petangnya rumah ini telah tenggelam separas atas tingkap.


Antara sebab saya memohon bantuan ini adalah - Dikhuatiri saudara Hashim tidak mendapat bantuan secukupnya dari pihak kerajaan kerana dikenalpasti sebagai penyokong kuat pembangkang.

Bantulah orang kita...


EDYES @ edyesdotcom

Karnival Anak Muda dan Jualan Selangor 2011

Klik untuk besarkan gambar

Solidariti Anak Muda Malaysia akan mengadakan Karnival Anak Muda dan Jualan Selangor 2011. Karnival yang akan bermula 5 Feb 2011 hingga 17 Febuari 2011 ini akan mengandungi perbagai program dan aktiviti.

Dari program Forum Perdana menampilkan Ust. Badrul Amin, YB Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Ust Ghani Abd Rahman, Pesta Futsal Anak Muda, Konvoi dan Klinik Motorsikal bersama Yaser Said, Bersama Angkasawan negara Sheikh Muzaffar hinggalah kepada sukaneka juga aktiviti kesenian menampilkan Ust. Akhil Hayy, Azhan (juara Akedemi Nashid TV9), Pynhabib, Pak Samad Said, Din Seman, Amin Iskandar, Meor dan ramai lagi.

Pengisian Ilmu dan maklumat melalui pengisian Perasmian Menteri Besar Selangor, Ucapan YB Dr. Mariah Mahmud, Ucapan YB Rodziah Ismail, Ucapan YB Haniza Talha, ucapan YB Ust Dr Mujahid, Ucapan Hj Mohamad Sabu, Ucapan YB Dr. Yunus, YB Amiruddin, YB Chang Lih Kang dan Bengkel Hak Warga oleh Arulchelvan.

Antara acara kemuncak karnival ini ialah Malam Diskusi Anak Muda yang akan menampilkan pimpinan utama dari beberapa kampus IPT dalam negara dengan pimpinan muda politik negara termasuk dari Bn dan PR.

Sepanjang karnival sebanyak 50 buah khemah jualan dan pameran dibuka. 20 gerai untuk tujuan kormesial perniagaan disewakan dengan kos berpatutansesuai dengan program ini yang bukan bersifat keuntungan, bagi peniaga atau pihak korporat dijemput bersama dengan Karnival yang akan menghimpunkan ribuaan anak muda di Dataran Prima Cyberjaya. Berminat sila hubungi Yaser 0126794704.


Sekilas Demo Depan Kedutaan Mesir

Demonstrasi di hadapan kedutaan Mesir, semuanya berjalan lancar untuk satu permulaan yang baik. Demo yang lebih besar akan diadakan Jumaat ini.

Semuanya ok kecuali, ada sorang budak tukang pegang poster yg menyangka dirinya hebat apabila tidak membenarkan org lain bergambar dengannya, kerana mempunyai 'poster hebat'...

Cuba lihat gambar terakhir - al kisah budak pegang poster yang terlampau...


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

SAMM Akan Turut Serta Demo di Kedutaan Mesir

Panji Hitam SAMM akan turut berkibar dalam perhimpunan di kedutaan Mesir hari ini bagi menunjukkan sokongan terhadap rakyat Mesir yang bangkit.

Chegubard akan bersama dengan Mat Sabu bagi memimpin demonstrasi kali ini.

Ayuh turunlah bersama untuk menyertai perhimpunan di Kedutaan Mesir. Ayuh turunlah untuk demo bersama Chegubard melalui SAMM dan Abg Mat Sabu melalui PAS!! Anak muda harus bangkit menyahut cabaran Tunisia, Mesir dan Jordan!!

SAMM komited untuk bersama-sama dengan PAS dan NGO lain bagi menjayakan perhimpunan yang dijangka bakal mendapat sambutan hangat sekitar jam 11 pagi hari ini!!

Di bawah adalah maklumat dari TukarTiub.

JANGAN LUPA PAGI INI

tunjukkan setiakawan dengan warga mesir
bersama melakar sejarah turun ke kedutaan mesir:

alamat:

No 12 Jalan Rhu
Off Jalan Ampang Hilir

Perhimpuan ini anjuran Parti Islam Semalaysia Dan Ngo

Perhimpuanan ini dipimpin oileh Mat Sabu
Dan Arul dari Parti Sosialis ( PSM )
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, January 30, 2011

Terima Kasih Peneroka Felda

Terima kasih warga Felda,

Sememangnya andalah penyelamat bangsa, penyelamat ketuanan melayu.

Terima kasih warga Felda,

Kerana mempertahankan kaki lelong tanah orang. Inilah hak anda, itulah kualiti anda.

Terima kasih warga Felda,

Seminggu di Tenang, sedetik pun tiada sesal. Kerana tak kenal maka tak cinta, perhitungan sebenar akan tiba tak lama lagi. Teruskan mengundi BN, teruskan selamatkan BN di pendalaman dan di Felda-Felda, sedang kerajaan pusat bertukar tangan, tinggal lah BN hanya di Felda dan juga pendalaman. Meneruskan legasi kesusahan ciptaan sendiri.

Terima kasih warga peneroka,

Kerana meraikan demokrasi dengan cara tersendiri. Kami berbangga dengan warga Felda yang masih tekad dengan istiqomah mempertahankan kebejatan hanya kerana 'dilawat dan dirawat' bersama kasih sayang berupa beras sekampit dan sekotak keperluan dapur sekali dalam puluhan tahun. Walaupun mereka sedar akan puluhan tahun mereka ditipu dalam aspek kira-kira perahan sawit. Ini mungkin untuk mengenang jasa Tun Razak yang budinya bukan sahaja dibawa mati, tetapi mungkin juga dibawa sehingga kiamat.

Terima kasih peneroka Felda,

Kerana menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat dalam meraikan demokrasi, itulah hak anda, kami tetap menghormatinya. Samada untuk terus berkubur bersama UMNO, itu pilihan warga Felda!

Terima kasih warga Felda, terima kasih segalanya.


EDYES @ edyesdotcom

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Keputusan Tak Rasmi Undi Pos

Keputusan tak rasmi mula keluar: 6.10pm: Keputusan undi pos(tidak rasmi):

BN - 115, PAS - 3, rosak 1

(Mkini)

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

71.71% Undi Dibuang dalam PRK N05 Tenang!

EC says 71.71pc or 10,579 voters cast their ballots when polling ended at 5pm. - malaysianinsider


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Kampung Redung Tenggelam!!

Beberapa rumah di kg. Redung ditenggelami air dan ianya termasuklah rumah SAMM ketika period hari Penamaan Calon minggu lepas.

EDYES


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Backup Malaysiakini 11.30am

Tenang: Hujan lebat, 24 peratus sudah mengundi

Nasib calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil Tenang akan ditentukan oleh 14,753 pengundi di kawasan itu hari ini.

Pengundi akan memilih antara calon BN Azahar Ibrahim, 30, bekas pembantu pegawai daerah dan calon PAS Normala Sudirman, 38, seorang bekas guru.

Sebanyak 12 pusat mengundi di 12 daerah mengundi telah dibuka pada jam 8.00 pagi tadi dan akan tamat kira-kira jam 5.00 petang ini.

Kawasan berkeluasan 295.20km persegi itu meliputi tigaFelda, lima kampung Melayu, tiga kampung baru Cina, 25 kawasan perumahan moden, sebuah kuaters kerajaan, empat estet dan dua kawasan Orang ASli.

Pengundi Melayu mewakili 47.5 daripada jumpah penduduk diikuti oleh Cina (39 peratus), India (12 peratus) dan lain-lain (1.3 peratus).

Selepas pusat mengundi ditubuh, perjumlahannya akan dibuat di Dewan Serbaguna Labis, seterusnya diumumkan di tempat yang sama, dijangka antara jam 8 hingga 9 malam ini.

Menurut ramalan, cuaca pagi ini akan mendung diikuti hujan lebat di tengah hari.

Kerusi Tenang kosong ekoran kematian penyandangnya Sulaiman Taha (BN) akibat komplikasi kencing manis.

Tenang, sebuah DUN dalam kawasan parlimen Labis, merupakan kubu kuat BN.

Bagaimanapun, pada pilihan raya umum lalu, PAS berjaya mengurangkan majoriti BN daripada 5,517 kepada 2,492 pada tahun 2008.

Kali ini, BN mensasarkan 5,000 undi manakala Pakatan Rakyat pula beranggapan sudah 'berjaya' sekiranya berjaya mengurangkan majoriti sedia ada BN.

LAPORAN LANGSUNG

10.45am: Di SMK Kamarul Ariffin, pengundi berpayung ke pusat pengundian. Sebahagian besar penduduk di kawasan sekitarnya adalah terdiri daripada masyarakat Cina.

10.35am: Pintu masuk ke pusat pengundian di SK LKTP Tenang sesak seperti pasar dengan kedua-dua anggota Puteri Umno dan pekerja PAS mengiringi pengundi keluar dari kereta untuk ke pusat tersebut.

11.00am Walaupun hujan lebih di Tenang dan setengah kawasan sudah banjir. sehingga jam 10 pagi ini, 24.34 peratus atau 3,591 pemilih atau satu perempat daripada pengundi sudah keluar mengundi. Hujan lebat turn sejak malam tadi.

Kawasan ladang kelapa sawit di Jalan Tenang turut ditenggelami air hujan.

10.20am Calon PAS Normala Sudirman tiba di SK LKTP Tenang dan diejek penyokong BN.

"Ini wakil rakyat yang kamu mahu? Tak pernah masuk universiti," jerit penyokong BN.

Manakala penyokong PAS pula membalas dengan jeritan "rasuah".

10.05am Di pusat pengundian di SMK Kamarul Ariffin, proses pengundian berjalan tenang tanpa sebarang kekecohan.

Kedua-dua perayu undi, walaupun dengan hujan lebat, masih meneruskan usaha merayu undi.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengadakan sidang media, di Kompleks Institutsi Pendidikan SMK Tenang, yang terletak bersebelahan pusat mengundi ini tidak lama lagi.

9.55am Keadaan trafik hampir terhenti akibat kesesakan di Felda Tenang, yang terdapat pusat pengundian SK LKTP Tenang.

8.50am Calon BN Azahar tiba 'disambut' laungan sindiran "jangan lelong tanah saya" di Kampung Paya Merah.

8.40am Cubaan penyokong PAS mendirikan khemah berdekatan dewan sebaguna Kampung Paya Merah dihalang polis.

9.40am: Menurut seorang pekerja parti DAP Lim Swee Kuan dalam laman Twitter, peratusan keluar mengundi sehingga jam 9 pagi sebanyak 10.06 peratus atau 1,576 orang.

9.30am Keadaan mula meriah dengan laungan takbir dan "Hidup BN" kira-kira 100 penyokong bersilih ganti di di SK Pekan Air Panas, Pekan Ayer Panas.

Hujan terus terus mencurah-curah, dijangka naik ke paras kaki tidak berapa lama lagi.

9.25am Jabatan Bomba dan Penyelamat kini bersedia dengan bot untuk menghadapi kemungkinan banjir teruk.

8.55am Calon PAS Normala Sudirman tiba di pusat pengundian SK Kampung Tenang, Kampung Redong.

Dengan yakin, beliau percaya pengundi akan membuat pilihan yang tepat.

8.55am Calon BN Azahar membuang undi di Kampung Paya Merah dengan neneknya berusia 95 tahun.

8.40am Beberapa petugas SPR menurunkan bendera dan poster - yang gantung sepanjang jalan menuju ke pusat pengundian- kerana berada kawasan pengundian.

Perayu undi dari kedua-dua parti, kini mula berada di luar pusat pengundian untuk merayu undi.

8.15am Hujan menyebabkan air naik di Kampung Redong. Jika berterusan, kawasan tersebut akan dilimpahi banjir.

Di Kampung Paya, SPR mula melarang payung dibawa ke tempat membuang undi.

8.02am Kelihatan BN dan PAS masing-masing membuka pondok panas mereka sendiri di sekitar pusat mengundi walaupun dilarang oleh Suruhjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengundi keluar agak perlahan ekoran hujan renyai-renyai. Banyak payung hijau dan biru mewarnai sekitar kawasan mengundi.

Di Kampung Paya, ahli parlimen Labis Chua Thee Yong antara yang menunggu BN dalam hujan renyai di mana calon itu akan mengundi.

"Kita jangkakan ia akan jatuh kepada 60 peratus atau lebih rendah lagi, bergantung pada keadaan," katanya.

Beliau berpendapat, peratusan keluar mengundi akan rendah ekoran cuaca semasa.

8.00am Peti undi dibuka.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Backdated: Program Motor Kuasa Besar bersama Yaser Said di Felda Anjuran SAMM, ANAK dan PAS

Selepas acara sukaneka berlangsung dengan jayanya di Padang Felda Chempelak, acara hari ini diteruskan dengan Program Motor Kuasa Besar bersama Yaser Said di Felda Chempelak Anjuran SAMM, ANAK dan PAS.

Kebingitan motor kuasa besar memecah keheningan petang seantero felda dengan sesi pertunjukkan brek kecemasan dan gaya pemanduan selamat oleh Juara 2 kali cuprix peringkat asia, saudara Yasir Said.

Kemuncak acara ini ialah pertandingan bawak motor paling perlahan dan selamat. Bermula dengan peserta menentang Yasir untuk menang dan terus mendapatkan hadiah, disudahi dengan pertandingan satu lawan satu bagi merebut hadiah.

Perkara yang paling mengejutkan dan menyebabkan gelihati ialah apabila salah seorang peserta yang mengambil bahagian memakai topi dan baju BN. Sesungguhnya semangat kesukanan merentas fahaman politik apabila pakcik BN itu juga turut menerima hamper kemenangan.

Kedatangan YB Husam juga menghangatkan lagi suasana selain memberi semangat kepada para hadirin terutamanya kepada anak muda. Sempat juga YB Husam memenuhi ruang acara dengan memberi ucapan berbentuk amanat sebelum menyampaikan hadiah hamper kemenangan.

Terima kasih juga diucapkan kepada penduduk Felda Chempelak dan Chempelak Barat kerana begitu sporting untuk turun bersama dalam program ini walaupun penganjur sedar akan kebanyakkan dari mereka mempunyai latar belakang politik yang berbeza-beza.

Syabas dan Tahniah, mohon segala yang terbaik untuk anak bangsa dapat diterjemah dalam bentuk undi untuk pakatan rakyat!! Demi Rakyat!!

Selamat Mengundi...


EDYES @ edyesdotcom

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, January 29, 2011

Ceramah Malam Terakhir di Dataran Cikgu Mala

Salam 1Malam,

Walaupun malam ini hujan turun selebatnya, namun kehadiran pengundi Tenang di Dataran Cikgu Mala cukup membanggakan.

Dataran Cikgu Mala adalah salah satu medan ceramah dari 12 ceramah di setiap UPU DUN Tenang. Mungkin jika setiap penceramah dibenar menyampaikan ceramah melalui saluran TV media perdana, tidak perlulah pengundi berbasahan untuk hadir mendengar ceramah.

Tetapi Alhamdulillah demi perubahan, ramai pengundi Tenang menyahut cabaran meredah hujan bagi menerima dan juga menyampaikan maklumat dari apa yang disampaikan oleh para pemidato.

InsyaAllah pada malam akhir ini, setiap UPU akan dilawat oleh kepimpinan Pakatan Rakyat dalam kerja keras mereka yang membelakangi kepentingan peribadi.

Inilah manisnya perjuangan... Bersama kita menentang kezaliman!

Hidup Rakyat!!

Takbir!!

EDYES @ edyesdotcom
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

GEMPAR!! INI BUKAN RASUAH!!!

Salam 1Rasuah,

Satu bencana telah berlaku pada malam terakhir sebelum PRK Tenang!

Setiap rumah di Felda Chempelak dan Chempelak Barat telah didatangi segerombolan manusia berbaju merah disulami merah jambu, membawa sekotak hadiah dan diberikan kepada setiap tuan rumah.

Pemberian ini bukan rasuah SEKIRANYA penerima tidak mengundi Barisan Nasional yakni pihak yang memberi.

Fikir-fikirkan...


EDYES @ edyesdotcom

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sukaneka Felda Chempelak Anjuran SAMM, ANAK & PAS Berlangsung!!

Acara sedang berlangsung dengan meriah sekali!

Hujan renyai dan lebat silih berganti namun di atas keberkatan, hujan berhenti sejurus sebelum acara bermula. Ramai anak-anak Felda bersama ibu bapa menyertai sukaneka ini.

Hadiah-hadiah cabutan bertuah yang lumayan juga menjadi faktor penarik kehadiran dan memeriahkan suasana.


EDYES @ edyesdotcom
Majulah Sukan Untuk Negara

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Masih Mengundi UMNO BN?

50 Tahun Merdeka... Inilah kebanyakkan rumah Felda...

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Ini Cara Kempen UMNO!

Kalau dah takde modal...

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan