Tuesday, January 25, 2011

F.L.O.M Terus Digempur Untuk Didedah Oleh Blogger !! (Analisis Wajib Baca!!)

Salam 1stLadyofMalaysia,

Bermula dari 2 pendedahan edyesdotcom pada awal Januari tempoh hari, di dalam entri di bawah;



Kemuncaknya ialah apabila isu FLOM telah masuk ke blog Tukar Tiub di dalam tajuk Ekspidisi Mencari Mak Janda... 

Ini satu perkembangan baik bila lebih ramai blogger membuat pendedahan terutamanya dalam membuat panggilan hangit ke pejabat Bahagian FLOM sepertimana yang tertera dalam laman rasmi Jabatan Perdana Menteri.

Isu FLOM juga telah dirungkai dengan baik sekali oleh blogger PriaMalaya dan Anak Sungai Derhaka hingga menarik perhatian blog termashur milik raja petra iaitu Malaysian-Today di bawah tajuk Pejabat ‘First Lady’ di Jabatan Perdana Menteri untuk Rosmah .

Blogger PriaMalaya mengambil bahagian dalam mengulas isu FLOM di sini beserta beberapa entri yang khas untuk meletupkan isu FLOM. Blogger tergarang semalaya yang mempunyai undang-undang ISA dalam blognya iaitu Blogger IkutSukaAku juga terlibat secara langsung menghangatkan FLOM!! Ada lebih kurang 5 entri berkaitan dalam blog ISA mengenai kaitan Rosmah dan FLOM dan yang terakhirnya adalah bertajuk - Ini Semua Ro$mah Man$or Punya Hal...!!!!

Blog hangat seperti MiloSuam juga tidak melepaskan peluang menambah kegirangan pendedahan FLOM apabila memberi ulasan dalam dua entrinya dan salah satu adalah bertajuk Pegawai khas sembunyikan maklumat pejabat Rosmah.

Pakar video klip Pakatan Rakyat iaitu Hanief.blogspot @ Malaysianews juga telah membuat satu rakaman panggilan di sini selepas edyes sebelum ini menghubungi salah seorang pegawai bertugas di Pejabat Bahagian FLOM dalam tajuk Rakaman Perbualan Dengan Pegawai Pejabat Bahagian FLOM !!

Setakat ini, lebih 50 blog kecil dan besar telah memberikan ulasan dan pandangan mengenai betapa F.L.O.M ini wajib dibubarkan. Keberanian setiap blog dan individu yang menentang kebejatan FLOM menghabiskan duit rakyat untuk kemewahan isteri Perdana Menteri melancong dan melencong di atas nama lawatan rasmi Kerajaan Malaysia!! Ini adalah urusan menteri, bukan urusan isteri !!

Saya menyeru agar lebih ramai yang tampil membuat panggilan, menyiasat dan menerjah pintu pejabat FLOM ini supaya dapat didedahkan kepada semua rakyat.

Saya juga difahamkan blogger UMNO juga ada yang bekerja keras untuk memastikan FLOM ini tersungkur kerana ianya telah menjadi beban kepada mereka yang ingin mempertahankan UMNO. Maka kita juga harus mempertahankan harta rakyat melalui gerakan-gerakan yang menyembam FLOM ke bumi!

Ayuh, sila dail nombor-nombor di bawah ini untuk mendapatkan maklumat dan buatlah lawatan sambil belajar ke Pejabat Bahagian FLOM untuk mendedahkan rupa sebenar pejabat yang mengawal-urus aktiviti isteri Perdana Menteri di dalam dan di luar negeri terutamanya. Termasuklah juga event-event mengarut yang menghabiskan banyak duit rakyat !


klik untuk besarkan

Ayuh bangkit anak muda ! Jadikan jiwa muda merdeka sebagai pembakar semangat untuk menentang kebejatan !! Hidup Rakyat !! Kegilaan Rosmah harus ditamatkan segera!!!


EDYES @ edyesdotcom
Semangat Membara !

1 comment:

kedah online ™ said...

Salam ziarah... mohon link blog hamba di blog ni..hamba harap permintaan ini dapat ditunaikan tq..

http://kedah-online.blogspot.com

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan