Friday, January 29, 2010

Saya Berhenti Blogging Berkuat Kuasa SERTA MERTA !!

Dengan keputusan jawatankuasa displin PAS yang sangat mengecewakan, dengan keputusan jawatankuasa PAS yang ter-arah kepada pembentukkan Kerajaan Perpaduan, Saya mengambil satu langkah yang amat drastik demi untuk tidak membuang lebih banyak masa!

Sebagai tanda PROTES terhadap keputusan jawatankuasa displin PAS yang diumumkan sebentar tadi, saya edyes, webmaster edyesdotcom akan berhenti berblog!

Untuk apa saya mempertaruhkan risiko kehilangan pekerjaan, risiko ditangkap dan disumbat ke dalam lokap, serta pelbagai lagi risiko, jika akhirnya satu keputusan yang ter-amat tidak-masuk-akal diterbitkan dari serumpun cendiakawan yang berjuang atas nama Allah.

Sehingga satu waktu yang difikirkan sesuai untuk saya kembali, blog edyesdotcom akan diubah menjadi satu blog directory untuk tatapan pengunjung.

Inilah saat paling upset bagi saya sejak memainkan peranan kecil dalam politik tanah air, dan teramat malang sekali kerna ia hadir dari sebuah parti perjuangan Islam PAS!

Saya akhiri blogging saya dengan sebuah pantun;

Paku dulang paku serpih,
Paku berkarat yang keparat juga yang lebih!!
FAKAP FOR ALL !!!

Assalamualaikum...

Aduka Masih di Mahkamah!

Saya amat berharap Aduka Taruna dapat dibebaskan dengan diberi ikat jamin sewajarnya.

Semoga Aduka tidak lagi ditahan dilokap memandangkan esok adalah hari besar buatnya.

Di sini juga saya ingin menyampaikan sebuah berita yang masih panas dari oven;

Berita yang diterima dari Cyberboron dari pekarangan masjid Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Berpuluh pelajar telah di tahan di pekarangan masjid UKM ekoran demonstrasi yang dilakukan oleh pelajar-pelajar UKM bagi membantah penangguhan pilihanraya kampus disana.

Setakat ini, dua trak FRU telah dipenuhi oleh pelajar-pelajar dan ramai lagi yang telah dipukul dan didera oleh pihak FRU.

Kami meminta seberapa ramai peguam-peguam, baik dari Pakatan Rakyat untuk turun membantu pelajar-pelajar ini.

Untuk bantuan guaman atau apa sahaja bantuan yang boleh diberikan…sila hubungi Cyberboron (016-5022447)
berita di petik dari perakexpress

Akhirnya Menantu Nik Aziz Serah Jawatan !

Sekarang jangan nak bising-bising lagi, jangan toleh belakang lagi !! Ayuh mara ke depan sokong kepimpinan Tok Guru ! 

Sepertimana berjayanya perhimpunan raksasa 100ribu rakyat Kelantan malam tadi (28 Mac), begitu jugalah gegak gempita sokongan rakyat terhadap TGNA dan Pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan. Mereka(rakyat kelantan) rela untuk tidak menerima suapan RM300 setahun daripada membiarkan berbilion ditelan oleh kerajaan zalim !

Apapun, kita ucapkan tahniah kepada Ir Ariffahmi dan sayonara de la morte...

KOTA BHARU, 28 Jan: Isu membabitkan Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) akhirnya berpenghujung apabila kedudukannya di agensi itu berakhir 31 Januari ini.

Petang tadi, berlangsung majlis perpisahan dan serah tugas yang disaksikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tempat Ariffahmi diganti bekas Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Ir Mustafa Salleh.

Sebelum ini, menantu menteri besar itu menghantar notis meletak jawatan yang akan berakhir pada 23 Mac hadapan.

Bagaimanapun, ia dipercepatkan lagi bagi membolehkan pengurusan baru mengambil alih tanggungjawab.

100 RIBU GEGAR !!!!

Korang Jangan Terlepas Tengok Nie !
Lihat sepenunh-penuhnya di sini

Rakyat Klate Dok Seh Wang Ehse!!!
(dok mace set ganu)

Thursday, January 28, 2010

Cerita Babi! (Mesti Baca!!)

Salam hormat,

Di sini ada cerita kes kecurian. Ceritanya adalah seperti di bawah;

Dalam sebuah kampung, ada sepasang kawan yang agak karib. Sorang nama Poji dan sorang lagi nama Isa. Dua-dua orang nie masih lagi tak bekerja, asyik lepak kedai kopi janda milah main dam haji berpapan-papan.

Mereka ini adalah penyokong tegar parti UMNO memandangkan kedua-duanya bercita-cita menjadi 'juara rakyat'. Bagi Poji dan Isa, tiadalah parti lain yang boleh membimbing Malaysia ini ke jalan yang benar.

Pada sebelah malamnya, seperti biasa mereka merayap-rayap untuk mencari rezeki terpijak. Mereka menuju ke rumah Pak Husin yang kini berada di Kuala Lumpur melawat anak cucunya di sana.

Sampai di depan reban belakang rumah Pak Husin, Isa bersuara...

"Jie, sungguh ko demo royak nie... lampu rumoh pok husin kocak dok nyala tuh..."

"dok soh runsing la, takdok oghre lahh rumoh dio nie.. pok husin kocak lepah doh di KL nue... huk aloh" Poji memberi jaminan kepada Isa...

Mereka pun mulakan kerja, mencuri ayam Pak Husin... Setelah dapat sorang seekor mereka pun pulang sambil menyanyikan lagu "hoi hoi ya hoi"...

Esoknya, ketika Isa sedang mengasah parang untuk sembelih ayam yang dicuri, Poji menyapa Isa...

"demo nok wat gapo pare tu...?"

"nok sembelih aye lah..."

"bakpe mu nok sembelih behngong? buke ke aye tu hok kita curi? pulah jo lah pale aye tu... demo sembelih pun hare jugak".....

Isa garuk kepala...

Rancangan jahat dua sahabat karib ini diteruskan lagi. Kali ini kelaku mereka lebih berani, memecah masuk rumah Pak Husin.

Sampai dalam rumah, mereka curi apa sahaja yang senang di bawa asal boleh dijual kerana tiada barang kemas yang dijumpai.

Isa terlihat senaskah Al-Quran yang begitu cantik dijadikan hiasan di atas meja yang teletak di tepi dinding.

"Hok nie kalu jual buleh pitih nie"... Isa kemudian mencari sesuatu untuk dibuat alas...

"demo carik gapo nie?" Poji bertanya kerana heran melihat Isa yang mundar mandir.

"Kawe cari kain nok buat lapik"

"nok buat lapik gapo behngong?"

"kawe nok curi Quran yang cantik molek nie, tapi kawe takdok air sembahye, sebab tu kawe nok carik lapik nok angkat Quran nie..."

Poji pulak yang garu kepala...


KESIMPULAN - PERSOALAN : Kenapa kepala babi yang diletakkan dalam halaman Masjid Taman Datuk Harun itu dibungkus dengan plastik? Malas nak samak tangan yang memegang/membawa?

Aku rasa payah jugak orang cina nak masuk Masjid tu, biar waktu malam atau waktu pagi buta pun...


Cerita di atas direka khas oleh edyes, tidak ada kene mengena dengan sesiapa yang bernama Poji ataupun Isa. kah kah kah kah...

Wednesday, January 27, 2010

Azmin: Pemuda UMNO Terlibat Bakar Gereja!!


Bakar Gereja : UMNO

Demo Kepala Lembu : UMNO

Kepala Babi di Masjid : ??

GEMPAR!! Lompat Parti Demi Jawatan MENTERI !!!

Inilah Tujuannya !!!! ;
Mengikut sumber, pemimpin PKR itu telah berjumpa dengan presiden Umno dan pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan tindakannya serta memohon kemungkinan diberikan jawatan dalam kabinet.

Bukan satu yang nak melompat... tak tau lah berapa! ;
Ahli parlimen dari Pulau Pinang itu juga dikatakan sudah mendapat persetujuan daripada ahli parlimen Pakatan Rakyat yang lain untuk turut melompat. Dia juga didakwa sedang memikat beberapa ahli parlimen pembangkang yang lain lagi.

 Baca berita di bawah dari Malaysiakini;

Khabar angin kini bertiup kencang kononnya seorang pemimpin kanan PKR akan berpaling tadah dan menyertai sebuah parti lain yang mesra dengan Barisan Nasional.


Ahli parlimen dari Pulau Pinang itu juga dikatakan sudah mendapat persetujuan daripada ahli parlimen Pakatan Rakyat yang lain untuk turut melompat. Dia juga didakwa sedang memikat beberapa ahli parlimen pembangkang yang lain lagi.

Rancangan mereka ialah menjadi ahli bebas sebelum menganggotai Parti Cinta Malaysia (PCM) yang baru ditubuhkan dan dipimpin oleh Tang Weng Chew.


Bulan lalu, ahli dewan undangan negeri PKR Gabriel Adit Demong menyertai parti baru yang berpangkalan di Pulau Pinang itu sebagai ketua Sarawaknya.

Meng

ikut sumber, pemimpin PKR itu telah berjumpa dengan presiden Umno dan pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan tindakannya serta memohon kemungkinan diberikan jawatan dalam kabinet.

Jika perkara itu menjadi kenyataan, ia adalah keputusan politik yang paling mengejutkan selepas BN berjaya merampas semula Perak daripada kerajaan Pakatan Rakyat.

Sekiranya semua itu menjadi kenyataan, hasrat BN mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen akan termakbul. Mereka kini hanya kekurangan lapan kerusi untuk meminda sebarang perlembagaan mengikut sesuka hati.

Adakah ini yang diidamkan oleh segelintir pemimpin PAS ???

Tuan Guru Jib


Gurujib

Masjid Dicemar Dengan Kepala BABI!



Salam 1Malaysia(Baca: Najib Lahanat),

Hari ini negara sekali lagi digemparkan oleh satu serangan yang tidak bermoral oleh orang yang sangat tidak bertanggungjawab.

Apakah tindakkan susulan dari polis dan kerajaan? Pencemaran agama seumpama ini harus dipandang keras oleh semua pihak.

Terdetik dalam hati ini, adakah serangan-serangan ke atas rumah ibadat setakat ini gagal menimbulkan huru-hara maka satu bentuk serangan baru dilancarkan?

Huru-hara akan menguntungkan satu parti. Saya percaya rakyat Malaysia boleh 'adept' segala bentuk ancaman yang boleh mengundang rusuhan-agama ini dengan rasional dan yang penting - memelihara keamanan! Ini akan merencatkan rancangan jahat satu pihak.

Soalan : Adakah ini kerja budak-budak nakal juga?


TERKINI dikemaskini 12:05am Kepala babi ditemui dilontarkan ke dalam perkarangan dua buah masjid sekitar Jalan Klang Lama, di ibu negara, hari ini.

Kepala babi berkenaan dijumpai di perkarangan masjid Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama.
Berita Seterusnya di sini. (Mkini)

PS: Masjid Taman Dato Harun - Sebelah dengan tempat aku bersanding dulu...

Betul ke Aduka Nak Lari ke Siam ??


Aku begitu hairan dengan persepsi sesetengah orang melayu, asal pergi ke Kelantan je dikaitkan dengan nak lari ke Siam.

Pada malam hari Ahad tu, aku cuba call Aduka untuk nasihatkan dia serah diri dan aku nak teman dia mana-mana balai polis yang difikirkan sesuai untuk serah diri memandangkan rumah aku kat Seremban tu dekat sangat dengan rumahnya.

Bila call Aduka tak dapat, aku call Poji TP untuk ajak dia turun Seremban dengan aku dan sama-sama support Aduka kat Paroi nie. Aku dah on standby mode dengan harapan TP akan bersama kerana aku kenal budi bicara TP yang sanggup tolong kawan-kawan tak kira masa tu. Rupanya TP dah bincang dengan AT dan AT bersetuju untuk gerak ke KB.

Berikut adalah SMS yang aku terima dari TP selepas sesi soal jawab telifon selesai, aku tak edit satu sen pun;
Ptg td kita dh meeting dkat KB, kita kumpul duit, bankin pd aduka n mntk aduka balik KB dgn wife dia segera. kol 11mlm td aduka dah gerak dr lokasi dia n skang dia odw

Baru aku ingat, wife Aduka orang Kelantan. Baru cuti skolah hari tu dia nikah kat sana (bukan di siam ye). TP pun ada ajak aku ke KB tapi aku tak dapat follow sebab ada urusan kat KL nie.

Mengikut kata TP, beliau dah jumpa OCPD dan bincang baik-baik untuk kenalpasti saluran mana yang baik untuk kes Aduka Taruna. Di KB juga TP kumpulkan ramai blogger untuk jaga keselamatan AT yang diamcam pelbagai pihak di atas 'kenakalan' AT sendiri. ngee... Blogger yang ada termasuklah Uncle MD (Baca: MountDweller), PinkTurtle, Tok Gawa yang akan sambut Aduka di KB.

Aku sempat pesan pada TP supaya keselamatan Aduka diberi top priority. Aku rasa sedikit tenang bila membayangkan Aduka akan selamat di KB dan aku boleh tidur dengan aman. Mana tak risau, aku dan Aduka sama-sama membesar di tempat yang sama. Cuma kenal dalam blogosfera pasca tsunami 2008.

Dalam nak lelap tu, satu lagi SMS masuk. Daripada Poji TP;
Aduka skarang kat Jempol odw ke sini ikut Muadzam Shah

Simple je SMS tu, tapi cukup bermakna. Ini taktik diversion oleh TP, dia kata AT akan ikut Muadzam Shah dalam SMS tu tetapi aku jangka Aduka akan ikut Karak atau mungkin Jeli untuk mengelak sebarang kemungkinan berdepan dengan inteligent Johor. Aku nie kuat jugak terpengaruh dengan filem barat.

Aku pun tidor dengan aman dan terjaga sekitar jam 4 pagi. Aku dapati mesej aku kepada Mat Saman Kati dah dibalas. Rupanya MSK langsung tak tau cerita sebab terputus akses internet selama 3 hari di Kuantan. Tak tau la apa MSK buat, pergi pulau ke?

Aku minta MSK call aku untuk tau cerita sebab kredit aku dah abis masa call TP sebelum tu. Aku terangkan semua yang aku tau pada MSK kecuali maklumat-maklumat yang konfidential termasuklah lokasi AT untuk esok pagi. Kami sembang sampai abis pulak kredit MSK. chet, pakai pre-paid jugak brader aku nie, patut la Anwar slalu bising kat dia fasal fulus.

Itulah sedikit sebanyak kronologi apa yang aku lalui sewaktu Aduka lari ke Siam Kelantan. Tunduk bukan mengalah, lari bukan tak bersebab. Demi keselamatan isteri, Aduka ke KB. Itu satu kesimpulan.

Tuesday, January 26, 2010

F-5E: Tiada Orang Atasan Terlibat


Baguslah kalau tiada orang atasan yang terlibat. Tapi...

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara mendapati tiada pembabitan orang atasan dalam kes kehilangan dua enjin jet pejuang F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang hilang, kata Pengerusinya, Datuk Seri Azmi Khalid.

Sekiranya tiada orang atasan yang terlibat sekalipun, takkan takde orang atasan yang nak bertanggungjawab atas kecuaian kehilangan Enjin F-5E ? 

Saya cadangkan individu yang menjadi Menteri Pertahanan pada waktu kehilangan enjin tersebut mengambil tanggungjawab penuh dan hukuman setimpal dikenakan : Menjadi duta negara ke Monggolia.

30 Orang Mickey Mouse Memberi Amaran Kepada SPRM !



 Kira-kira 30 anggota AMK Selangor turut memakai telinga ala 'mickey mouse' sebagai satu peringatan kepada SPRM supaya jangan berat sebelah dan melalukan 'pendakwaan terpilih' dalam mendakwa mana-mana pihak.

Berikut adalah lapuran dari Malaysiakini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiapkan siasatan dakwaan penyalahgunaan dana awam untuk lawatan bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo (bawah) ke taman tema Disneyland di Perancis dan Amerika Syarikat.
Pengarah SPRM Selangor Datuk Jaafar Mahad berkata kini terpulang kepada peguam kanan persekutuan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk mengambil lanjut."Saya dimaklumkan SPRM Putrajaya telah menyelesaikan siasatannya mengenai itu dan (hasilnya) telah dihantar ke peguam kanan persekutuan.
"Sekarang, peguam kanan persekutuan akan menyiasat perkara itu dari semua sudut perundangan, berdasarkan keterangan yang diberikan," katanya dalam sidang di pejabatnya diShah Alam hari ini, lapor Bernama.


Mohd Khir didakwa menggunakan dana kerajaan negeri untuk membuat dua "lawatan teknikal" ke taman tema di Perancis dan Amerika Syarikat pada 2004 dan 2007, yang dikatakan membabitkan perbelanjaan kira-kira RM1.7 juta wang anak syarikat kerajaan negeri Permodalan Negeri Selangor Bhd.Sebelum itu, pada kira-kira jam 11.30 pagi tadi, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor telah menghantar 'rombongan' ke pejabat SPRM di Shah Alam, dengan membawa replika 'Disneyland'.
Ia merupakan satu 'ingatan' kepada SPRM supaya membuka segera kes lawatan Khir ke Disneyland, pada 2004.
Dalam satu kenyataan, Abdul Razak Ismail - pegawai kepada exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar, berkata pejabat baru bahagian aduan SPRM kini terletak di Bangunan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).


Ketua AMK Selangor, Khairul Anwar Ahmad Zainuddin ketika berucap di perkarangan bangunan PKPS berkata, mereka kesal dengan penahanan Hussein Ahmad, pegawai khas exco kerajaan Selangor, Yaakob Sapari, yang didakwanya dibuat tanpa sebarang bukti kukuh.Katanya, Hussein direman selama lima, sedang SPRM tidak menahan reman Khir Toyo semasa siasatan dilakukan.
Kira-kira 30 anggota AMK Selangor turut memakai telinga ala 'mickey mouse' sebagai satu peringatan kepada SPRM supaya jangan berat sebelah dan melalukan 'pendakwaan terpilih' dalam mendakwa mana-mana pihak.
SPRM akan lebih dikenalpasti sebagai salah satu parti komponan Barisan Nasional sekiranya hanya sibuk menyerbu kakitangan exco selangor sahaja.

Apakah fungsi sebenar SPRM? Mencejah rasuah atau Menjaga rasuah??

SPRM sekali lagi tersalah langkah apabila dilapurkan oleh media arus perdana bahawa SPRM telah menahan seorang pegawai khas Menteri Besar Perak berhubung kes penyeludupan pasir sedangkan ia dinafikan sekerasnya oleh Datuk Seri Mohammad Nizar. Atau adakah yang ditahan itu pegawai khas Zambery (baca: gelap masa depan)?

IPOH: Bekas Menteri Besar, Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menafikan laporan dua stesen televisyen swasta semalam bahawa seorang pegawai khas beliau antara 38 orang yang ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes penyeludupan pasir.

Beliau memberi tempoh 24 jam sehingga 3 petang esok untuk kedua-dua stesen televisyen berkenaan memohon maaf secara terbuka berhubung laporan yang disifatkannya satu fitnah.

"Sekiranya kedua-dua stesen televisyen berkenaan gagal membuat permohonan maaf berkenaan, kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan perundangan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Siapa Aduka Taruna? Kenapa Dengan Herman?


Dalam entri kali ini, ingin saya bentangkan pernyataan saya terhadap Ketua Dewan Pemuda PAS Johor  iaitu Khairul Faizi yang juga sahabat saya dalam blognya minda-kembara.com. Saya menerangkan kepada beliau betapa kecewanya saya terhadap Herman Shamsudin kerana kenyataannya yang mungkin mengakibatkan Aduka lebih lama dalam tahanan. Kenyataan herman di sini.

Dalam masa yang sama, saya menyokong kecaman saudara Khairul Faizi di atas kapasiti DPP Johor terhadap Aduka dalam isu menghina kemangkatan Almarhum Sultan. Saya juga menjelaskan siapa Aduka di mata saya. amati tulisan saya di bawah;

Salam Sahabat,

Kecaman saudara terhadap Aduka di atas kapasiti Ketua Dewan Pemuda PAS Johor adalah rasional bagi pandangan saya. PAS Johor wajar berpendirian sedemikian.

Namun begitu, saya berasa amat sedih dengan kenyataan Heerman Shamsudin yang menekan sahabat saya Aduka dengan mengungkit segala hasil kerja AT yang tidak baik dari pandangan mata Herman.

Seperti yang saudara maklum, Aduka pasti berada dalam keresahan yang amat setelah apa yang dilaluinya minggu ini. Herman seolah-olah menambah duka dan mengeruhkan lagi nasib AT dalam menghadapi tindakan mahkamah kelak. Saya sangat tidak bersetuju dengan beliau kali ini.

Ingin saya ingatkan, AT juga punya banyak jasa dalam me’reformasi’kan pemikiran golongan atas pagar dengan artikel-artikel beliau yang logikal terhadap salah laku kerajaan pemerintah.

Kelantangan beliau mengkritik pucuk pimpinan ‘tertinggi’ PAS juga mempunyai sebab dan hujah yang kukuh serta mempunyai sokongan yang cukup. PAS Reform cetusan AT mempunyai dasar yang ingin melihat parti gerakan islam PAS bergerak selaras dengan fungsinya - Menegakkan Syiar Islam! Walau dalam rangkuman masyarakat majmuk sekalipun, PAS wajar berkedudukan menang-menang untuk semua bangsa.

Aduka Taruna juga merupakan antara blogger yang menentang hebat gerakan jahat yang ingin menggabungkan PAS dan UMNO atas nama perpaduang. Atau adakah atas jawatan menteri yang ditawarkan? Isu inilah yang hampir setiap hari dimainkan AT. Lihatlah berapa kali nama Hasan Ali, Mustapha Ali terukir dalam blog AT.

Jika beginilah sikap Herman Shamsudin terhadap blogger yang ditimpa kesusahan, saya berasa amat, amat kecewa. Sudahlah kami blogging Fisabilillah, menyokong perjuangan pihak pembangkang, dibalas dengan demikian rupa. Namun kami blogger berhati kental, tidak akan tunduk mengalah dan merajuk lalu bertukar haluan, itu bukanlah resam kami.

Saya harap Herman dan Dewan Pemuda PAS lebih peka dalam mengeksploitasi sesuatu isu kerana ia kadang kala membabitkan nasib seseorang sepertimana yang dilakukan Herman.

Faizi sahabat saya, harap faham dengan apa yang cuba saya jelaskan di sini. Sama-sama kita berjuang walaupun dalam medan yang berlainan dan peranan yang berlainan, namun kita di pihak yang sama dalam menghancurkan sebuah kerajaan zalim.

edyesdotcom

Harap penjelasan membuatkan anda lebih kenal siapa Aduka Taruna dan apakah fungsi peranannya

Aduka Serah Diri Petang Semalam ! Serahkan Pada Muka Pengadilan...




Semalam, saya call salah seorang blogger yang menemani Aduka untuk mengetahui perkembangan terkini. Alhamdulillah, Aduka Taruna telah serah diri dan bekerjasama dengan pihak polis bagi membantu siasatan. Itulah jalan terbaik.

Syabas saya ucapkan kepada rakan-rakan blogger yang memainkan peranan bagi membantu Aduka yang mungkin tertekan dengan ketelanjuran beliau. Saya tak expose berita ini walaupun telah mengetahuinya semalam atas sebab tertentu.

Sewaktu saya call blogger yang teman Aduka, secara kebetulan saya sendiri mendengar perbualan Aduka dengan polis yang bertugas. Mungkin ketika ini beliau sedang di'interview' sebelum berhadapan dengan pegawai inspektor untuk siasatan.



Pada sebelah malamnya, tiada berita yang menunjukkan Aduka serah diri dalam Buletin Utama TV3 walaupun Malaysiakini telah melapurkan berita tersebut.

Kita sebagai blogger, tidak kiralah berhaluan kanan atau berhaluan kiri, marilah sama-sama kita ambil iktibar dari peristiwa yang berlaku. Aduka dah pun serah diri, disiasat, seterusnya diadili di mahkamah. Harap semuanya akan selesai dengan keputusan yang positif untuk semua pihak.

Berkenaan Projek Langgar Hadi (PLHH), ada yang mengatakan gerakan ini sudah terkubur. Tetapi bagi saya, ia baru sahaja bermula!

Saya menunggu kepulangan Aduka ke Tanah Adat untuk 'majlis'nya yang InsyaAllah akan saya hadiri. Harap Aduka ada di majlis tersebut, hari besar buat Aduka.


Gambar oleh : PinkTurtle

Monday, January 25, 2010

Siap Sedia! Sempena DUN Perak Bubar !!


Saya fikir kerajaan tidak mampu lagi menghadapi tekanan daripada road-show Anwar Ibrahim dan beberapa siri ceramah serata negara yang penuh dengan kekuatan hujah serta isu yang kongkrit.

Setelah kerajaan Najib kian tersisih dengan 'slogan yang makan tuan', jika dibiarkan fenomena kerajinan Anwar membuat ceramah hampir setiap hari, ditakuti ia akan menimbulkan ancaman tsunami peralihan pendirian golongan pertengahan dan golongan atas pagar. Sebelum sampai ke satu tahap turning point, adalah lebih baik kerajaan BN mengambil langkah awal dengan membubar DUN Perak.

Berikut adalah berita terkini yang dipetik dari blog cina islam;

10 Safar 1431H


PAS Perak hari ini menggesa seluruh rakyat negeri itu bersiap siaga menghadapi kemungkinan berlakunya pilihanraya semula berikutan desas-desus yang bertiup kencang akan berlakunya pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain, ketika mengulas isu itu turut menggesa seluruh rakyat khususnya mahasiswa dan anak muda yang masih belum mendaftar untuk segera berbuat demikian bagi memastikan mereka tidak terkecuali dalam membuang undi sekiranya pilihanraya berkenaan benar-benar berlaku

"Saya dengan ini merayu dan menggesa seluruh mahasiswa, belia dan mana-mana golongan rakyat di negeri ini (Perak) yang belum mendaftar sebagai pemilih untuk berbuat demikian secepat mungkin.

Ini kerana jika DUN dibubarkan, kita tidak mahu mereka yang layak mengundi tidak dapat berbuat demikian disebabkan kelewatan mereka untuk mendaftar" jelas beliau.

"Oleh itu sebagai anak muda, kita perlu sedar akan peranan dan suara kita yang sangat berkuasa dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah kerajaan" tambahnya lagi.

Dalam pada itu, beliau juga berharap agar konflik yang berlaku di Perak selama ini akan terlerai dengan pembubaran DUN demi menjamin kestabilan politik dan pembangunan di Perak.

"Apa yang lebih penting bagi kita adalah apabila mandat diserahkan semula kepada rakyat melalui pilihanraya, kestabilan politik di Perak akan dapat dikembalikan demi menjana pembangunan dan ekonomi yang mapan" jelas beliau seperti kenyataannya yang diterbitkan dalam Malaysiakini..


RE-FOR-MA-SI !!!

Lagi Blog Hina Almarhum Sultan Johor + Hina Allah Sekali!!

Saya tak sanggup nak copy & paste isi kandungan entri tersebut - jauh lebih dasyat daripada apa yang dipaparkan oleh Aduka Taruna. Saya masukkan secepis sahaja seperti di bawah..

With all the violence he conducted before, he deserves to join Allah, the master of all violence.

Blog yang saya maksudkan ialah guttermalaysia.blogspot. Di harap pihak kerajaan dapat mengambil tindakkan yang lebih tegas kepada empunya blog yang berbangsa bukan melayu ini.

Mungkin apa yang dikatakan dalam entri tersebut hanya cetusan daripada komen pengunjungnya, tetapi saya percaya tajuk entri tersebut membolehkan pemiliknya ditangkap.

Saya jumpa blog cilake tersebut melalui sebuah blog sahabat di sini. (Lamputih.blogspot)


Saya difahamkan guttermalaysia.blogspot telah beberapa kali membuat isu panas sebelum ini, dan lahanat nie berani sebab dia menetap di luar negara. Klik sini untuk ke blog tersebut.

Difahamkan juga lapuran polis telahpun dibuat.

Harap pemilik blog ini dapat diheret ke muka pengadilan walaupun bermastautin di negara bebas sekalipun !

PS: Terdapat sedikit pembetulan dalam entri ini di atas sebab teknikal.

Ulasan Al-Banjari yang Menarik Tentang Nasib Aduka...

Saya begitu tertarik dengan pendirian Al-Banjari terutamanya dengan nasihat-nasihat beliau yang mampu menyejukkan hati yang sedang panas membara. Pendekatan Al-banjari amatlah dikagumi dengan sebuah entri begitu membantu. Berikut adalah antara sedutan dari entri yang dimaksudkan;

Jika ditanya kepada saya, yang salah tetap salah dan perlu diadili. Tetapi tidak juga menjadi satu yang salah jika kita dapat memberi 'reda' kepada beliau dengan memberi kemaafan. Siapa yang tidak kenal Aduka, berapa 'tan' kutukan dan sindiran juga maki yang saya tidak terima kerana tidak bersetuju dengan hujahnya melalui blog? Tidak sedikit. Biarpun tulisan beliau turut menghiris hati. Sama jua rasa terhirisnya rakyat Johor bila dikelirukan oleh beliau melalui tulisannya tempohari. Atas semangat saudara dan agama, dan sangka baik saya, saya reda memaafkan. Sungguh benar, memaafkan seseorang yang kita 'geram' bukan sedikit cabarannya. Alhamdulillah. Dan itu yang sebaik-baiknya, maaf memaafkan. Kerana itu hubungan sesama blogger tetap terjalin baik. Hujah balas hujah. Itu asasnya. Maafkanlah beliau.

Saya sangat berharap agar Aduka benar-benar insaf dengan mengambil iktibar sebaik yang mungkin, dan saya berdoa agar beliau selamat dan tidak di apa-apakan oleh pihak yang memburunya. Kita serahkan kepada undang-undang.

Untuk bacaan penuh entri Al-banjari, sila klik di sini.

Tolonglah Tengok Klip Ini Sampai Habis !! Tolong Lah!! Penting!!!


RE-FOR-MA-SI !!

RE-FOR-MA-SI !!

RE-FOR-MA-SI !!

TAKBIR! ALLAH HUAKHBAR!!!

Sebab inilah Anwar tidak dibenarkan berceramah di Pantai Dalam !!!

Origin : Hanief.blogspot

Snippets: "Zul Nordin Pun Ada".... "Patah Balik, Patah Balik!"

Cerita di bawah agak kelakar dan memberi maksud tajam yang tersendiri.

Sedutan dari blog Pak Bakaq di bawah;

Pegawai itu memberitahu ada sidang media Ustaz Taib Azamuuddin mengenai kes Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Zulkilfi Noordin pun ada," kata pegawai itu.


Apabila mendengar nama Zulkifli, Almarhum terus bingkas: "Patah balik! Patah balik!"


Mereka kemudiannya pergi minum di kedai makan Haji Anuar Hasan dekat Pejabat Agung PAS itu. Kerana agak lama menanti, Ustaz Fadzil mengarahkan pegawai tersebut memastikan Zulkifli sudah tidak ada.

Dilaporkan juga, Zulkifli Nordin(Baca: Barua UMNO) bakal menghadapi tindakan displin yang tegas! sedutannya di bawah;


Dan di bawah ini pula disiarkan oleh Malaysiakini;

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui ahli parlimen kontroversi PKR Zulkifli Noordin telah melampaui batasnya.


Bercakap kepada pemberita sebelum ceramahnya di Hulu Kelang malam semalam, Anwar berkata selama ini beliau telah bertolak ansur dengan ahli parlimen dari Kulim Bandar Bharu itu dengan membiarkannya dengan pendapatnya sendiri.

“Saya fikir dalam isu ini, banyak yang tidak dapat ditolak ansur..ia bertentangan dengan semangat demokrasi,” kata Anwar.

Anwar mengulas laporan polis yang dibuat oleh Zulkifli ke atas ahli parlimen Shah Alam, minggu lalu yang mendakwa Khalid Samad, menghina Islam dan institusinya di negara ini, khususnya di Selangor.


Anwar juga melabelkan Zulklifi sebagai angkuh dan tidak menghormati pandangan pihak lain.

Laporan polis berkenaan adalah berdasarkan pandangan Khalid yang disiarkan di Malaysiakini, yang mahukan enakmen agama bukan Islam 1988 dikaji semula.

Dan satu lagi ulasan dari Zaid Ibrahim, juga laporan dari Malaysiakini


Penyelaras Pakatan Rakyat, Zaid Ibrahim(bawah) mencadangkan ahli parlimen PKR dari Kulim- Bandar Baharu, Zulkifli Noordin dipecat.


Menurut beliau, Pakatan tidak mampu mempunyai wakil rakyat yang menentang pembaharuan.

"Jika dia berkata cadangan pindaan undang-undang adalah salah, ia adalah okay. Tetapi apabila dia membuat laporan polis, tindakan itu satu bentuk ugutan,” katanya pada sidang media.

Zaid yang juga ahli majlis pimpinan PKR mengulas laporan polis yang difailkan ke atas ahli parlimen PAS, Khalid Samad yang mencadangkan enakmen agama Selangor dipinda.


Zaid juga memberi amaran imej Pakatan sebagai juara demokrasi akan tercalar jika gabungan itu tidak bertindak ke atas Zulklifi (kanan).

"Jika tidak 'Middle Malaysia' akan tanya apa pendirian kita dan parti kita akan menjadi bahan ketawa. Kita bukan Umno atau Barisan Nasional," katanya.
Akhir sekali, Entri saya sebelum ini berkenaan YB Zul << Mesti Baca..

Reformasi Bergema Lagi


Sumber: Media Rakyat

Alhamdulillah acara di Ampang dibanjiri puluhan ribu rakyat tanpa sebarang masalah.

Tetapi program di tanah PKNS, Kampong Kerinchi bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid dan Nurul Izzah menghadapi masalah permit polis.

Entah mengapa sejak kemenangan kita usai tahun 2008, belum pernah sekali kami dibenarkan berucap di Lembah Pantai. Shahrizat terus berdendam dengan kekalahan dan Raja Nongchik menganggap beliau punyai kuasa mutlak. Dan polis bertindak sebagai alat penguasa Umno.

Dalam pengalaman saya berdepan dengan pegawai polis sebelum ini dalam isu ceramah, saya belum pernah menyaksikan keangkuhan pegawai saperti Wan Bari dari IPD Brickfields. Selalunya pegawai datang – pernah Ketua atau Timbalan Ketua Polis Negeri menyatakan dengan sopan (dari bawah pentas) bahawa saya harus segera menghentikan ucapan. Dalam kes ini beliau terus naik ke pentas pukul 11.33 malam dan minta saya hentikan ucapan. Saya setuju dan meminta hadirin bertenang.

Saya berhenti berucap tetapi beliau arah saya turun pentas segera. Saya minta beliau sopan, kerana saya sudah berhenti dan tidak wajar beliau pamer kuasa secara angkuh.

Alhamdulillah majlis berakhir dengan tenang. Ayuh Selamatkan Malaysia!

ANWAR IBRAHIM


PS: Korang tau pasai apa depa tak bagi Anwar ceramah?? Sebabnya di sini! (tengok sampai abis ye)

Copy & Paste : WoW !! SAMSENG KINABATANGAN !!!!

Semalam ketika warga johor dalam kesedihan..
YB Bung Mokhtar berseronok di sebuah kelab di KK sampai jam 4 pagi bersama 'isteri mudanya'...hehehe..
:Author Faethal

Ini menurut kata sumber gambar ini diperolehi..
"Semalam, 23 Januari, pasangan laki bini ni berjoli sakan kat club (Shen - WR, K.Kinabalu) sampai jam 4pagi...
Abe Bung berdansing cam orang mudo............. semoga hangpa kekal bahagia kay.
Puan mod.. mintak tacang lebih2 sikit yeah... gambaq baru ni. terima kasih! kepada yang nak mencuri gambaq ni........ letak la DEBRA FORUM CARI! sendiri mau pikir la..."







Dasyat....sampai terkoyak baju...hehehe..

sumber : Pulak Dah 


Entri ini adalah entri salin tampal dari blog 'pulak dah', tanpa mengubah origin asal. harap maklum!

Tukar Tiub : Siapa Zul Nordin Sebenar ??

PKR WAJIB BUANG ZUL NORDIN

Parti Keadilan Rakyat hanya ada satu pilihan:
lucutkan keahlian Zulkifli Nordin dari menjadi ahli PKR.

Jika Zulkifli Nordin tidak dibuang dari PKR maka ini implikasinya:

- pemimpin PKR tidak tegas
- pemimpin PKR berdulak dalik
- rakyat kurang yakin dengan pimpinan PKR
- adanya Zulkifli Nordin didalam PKR akan merosakkan setiakawan antara parti parti di dalam Pakatan Rakyat.


siapa malaon ini?

malaon adalah saekor baral yang telah mencelah masuk ke dalam arena politik ketika anwar ibrahim ditahan. ramai orang silap anggap. ramai orang menyangka malaoan ini ialah salah seorang dari pasokan peguam dalam kes anwar ibrahim tahun 1998.

tidak betul. malaoan ini hanya menebeng di mahkamah. kemudian malaoan ini menjadi pak sibuk. berceramah ke hulu ke hilir. ceramah ceramah kosong tentang mak yan. saya pernah
menulis pada tahun 2000 tentang ceramah mak yan ini. ada juga ceramah ceramah tong kosong dari malaoan ini. contoh nya ceramah tentang kuku jari anwar ibrahim yang hitam kerna di racun. ini ceramah bohong.


sebagai saekor peguam yang kurang kes anwar ibrahim telah membukakan peluang untguk malaoan ini menonjolkan diri dengan ceramah ceramah seram lagi bodoh lagi tak sekolah. umum wajib diberitahu malaoan ini pada satu ketika dahulu ialah ahli parti pas dan ada jawatan di bandar tun razak. tetapi kerana tidak ada kudrat dan ilmu pengetahuan maka orang pas pun tidak memerlukan malaon kelas ketiga ini.


pilihanraya yang lalu malaon ini telah menang. tetapi kerana bangang malaon ini telah melakukan kesilapan dalam hal peraturan pilihanraya. lalu kes dibawa ke mahkamah. malaoan ini telah berunding. hasil rundingan - kes telah digugurkan. untuk gantinya malaoan ini wajib meracau sepanjang masa.


justeru malaon ini contoh terbaik untuk PKR dan PAKATAN agar dimasa hadapan berhati-hati apabila memilih bakal calon. 


nota:
jangan tunggu sehingga malaon ini akan mengeluarkan kenyataan yang menganggap saiful sebagai gadis suci murni yang punggungnya masih bergetah dan bercendawan kah kah kah.

Tolong Ampunkan Aduka Taruna...


Salam hormat,

Saya percaya Aduka Taruna (AT) telah menyesal di atas perbuatannya yang melampau itu. Salah tetap salah, AT telah mengakui kesilapannya dan telah pun memohon maaf. Setiap manusia pernah melalui kesilapan yang mengundang padah, begitulah juga dengan nasib AT.

Saya, edyes, memohon agar semua rakyat Malaysia khasnya rakyat negeri Johor, mengampunkan ketelanjuran beliau berblog. Saya juga memohon kerabat istana Johor memberi kemaafan kepada AT.

Sepertimana rakyat memaafkan Nawemee, saya mohon diberi muka kepada AT. Hukumlah AT dengan undang-undang yang diperuntukkan, dan seterusnya maafkanlah AT.

AT masih muda, baya-baya umur saya. Berilah dia peluang ke-dua untuk dia tebus kesalahan yang dilakukan. Mungkin kerja-kerja amal untuk suatu tempoh atau apa jua bentuk hukuman seharusnya.

Berkemungkinan beliau akan serah diri pada bila-bila masa dari sekarang. Maafkan AT, Ampunkan AT.


Entri edyes sebelum ini berkenaan AT;






Sunday, January 24, 2010

Salah Satu Salinan Report Polis Terhada Aduka Taruna



Report nie datangnya dari Klang... 1Malaysia Report nie... aduhai kasihan kat Aduka...
 Satu langkah salah, lebur semuanya...

Harap ada ehsan untuk si Jebat...

Di bawah adalah pemecah berita yang timbul di Bharian Online;

JOHOR BAHRU: Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat blog yang dikatakan menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, yang mangkat kelmarin.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata sebanyak 25 laporan polis diterima daripada pelbagai pihak di seluruh negeri ini yang dukacita terhadap penulisan blog http://adukataruna.blogspot.com itu.

"Kita akan cari dan heret mereka ke mahkamah," katanya sambil menegaskan kesalahan itu adalah sangat serius dan tidak dapat dimaafkan.

Mohd Mokhtar berkata, kes itu disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia serta Akta Hasutan 1948.


Ketelanjuran Aduka Taruna - Mengundang padah kepada Blogger?


Apakah undang-undang atau akta komunikasi dan multimedia yang lebih ketat bakal dikenakan terhadap penulis blog setelah ketelanjuran yang dilakukan oleh Aduka Taruna?

Adakah pihak tertentu yang akan menggunakan peluang ini bagi menyumbat semua blogger radikal termasuklah Raja 'no hold barred' Petra dan blogger-blogger lain yang mempunyai imej gurau melampau?

Saya telah komen berkenaan Aduka Taruna di sini dan saya tidak akan komen lagi mengenai nasib Aduka Taruna dalam entri ini. Apa yang saya ingin terangkan ialah nasib blogger lain yang mungkin bakal terjerat setelah isu ketelanjuran Aduka menjadi hangat.

Lebih memeritkan keadaan, ada juga yang sampai menuduh Aduka sebagai agen UMNO yang sengaja meletakkan entri berbentuk hinaan yang sangat sensitif seterusnya membuka peluang kepada Kementerian Dalam Negeri bertindak terhadap semua blogger yang 'pernah' terlanjur kata dan juga blogger yang memainkan isu yang memberi persepsi buruk kepada kerajaan pemerintah.

Seperti yang ke-udara di TV3 sebentar tadi, sebuah demo menuntut tindakkan diambil terhadap blogger yang memainkan isu super-sensitif, seumpama merujuk kepada SEMUA blogger yang berorientasikan buah fikiran yang rebellious terhadap kerajaan. Kesempatan ini bakal digunakan sebaiknya oleh KDN bagi melenyapkan ancaman medium blogger yang kini menjadi alternatif kepada rakyat bagi mendapatkan berita yang lebih tepat.

Pra dan pasca tsunami politik Mac2008, rangkaian blog menjadi pilihan kepada rakyat yang dahagakan ketelusan berita. Sepertimana peralihan zaman, media perdana tidak lagi menjadi sumber berita utama golongan pertengahan malah ia hanya sebagai rujukan dan berita sebenar yang tersebar di blogosfera akan timbul di carian google.

Kerajaan telah cuba pelbagai cara untuk mengurangkan pengaruh blog termasuklah dengan menyekat laman tertentu daripada memasuki 'dinding api' akses kepada pejabat-pejabat kerajaan. Kini, peluang telah terhidang untuk meracun blogger dengan 'roundup' yang dihasilkan sempena isu menghina kemangkatan sultan yang diputarkan dalam Buletin Utama.

Pedih atau tidak, Aduka pastinya akan lebih sesal jika tindakkan beliau menyebabkan lebih ramai blogger ditahan di atas nama 'menahan blogger terlampau'.

Melainkan jika Aduka benar-benar seorang agen yang diberi signal untuk membuat entri super-sensitif? Saya tidaklah begitu terpengaruh dengan filem barat lalu menuduh Aduka sebagai agen UMNO. Berat sungguh tuduhan yang sedemikian rupa.

Kesimpulanya, kita sebagai blogger perlu satu suara, harus sentiasa peka terhadap isu yang dimainkan dan yang penting, sama-sama bangkit menentang kezaliman yang terang benderang. Sama-sama kita doakan keselamatan Aduka dan semua blogger yang berdarah Jebat seperti beliau. I Support Aduka Taruna !

Harap juga entri ini 'Kerajaan Penjajah' melepasi tapisan.


Dari Rusila ke Rusia, Mohon Maaf Sahaja Tak Cukup, Brader Aduka...

Aku bukan sokong sangat institusi raja... tapi tak sampai menghina. Cuma aku terasa institusi ini macam langsung takde kene mengena dalam hidup aku. Kerabat sana sini hidup mewah, itu mereka punya fasal. Aku tak peduli dan tak menghina secara terbuka. Rezeki dah lahir macam tu.

Rukun negara ke-dua - Kesetiaan kepada raja dan negara.

Aku setia, tapi tak bermaksud aku kena sokong semua raja kat Malaysia nie... Kalau yang baik aku sokong la... tapi setakat nie semua baik kot, hehe..

Kalau ada raja yang buat tak betul, kita kena sanggah jugak sebab kita manusia yang ada akal... bukan lembu yang menurut perintah. Simpang 44 malaikat untuk aku ikut resam Hang Tuah.

Sekiranya muqadimah di atas tidak menepati tahap pemahaman pembaca, ingin diberitahu di sini bahawa seorang blogger telah terlanjur kata. ketelanjuran yang mungkin sangat tidak disenangi oleh seluruh warga Johor yang menyanjung tinggi Sultan nya.

Sahabat aku, Aduka Taruna telah terlanjur. Posting ketelanjuranya telah dipadam dan yang tinggal cuma pernyataan permohonan maafnya di sini. Print screen posting asalnya terdapat di beberapa blog, itu cari sendiri lah. Aku tak lekat di entri ini kerana masih hormat pada sahabat.

Aku tak maafkan Aduka... sebab dia tak buat salah pun dengan aku, kenapa aku mesti maafkan dia. Cuma sebagai kawan, aku agak kecewa kerana Aduka secara teknikalnya telah merosakkan nama baiknya sendiri dan lebih menyedihkan, hampir menjahanamkan haluan perjuangan yang dibawa oleh beliau sendiri - Projek Langgar Hadi di Rusila. Ya, memang aku kecewa. kenapa perlu aku sembunyi kecewa tu.

Namun sebagai sahabat, aku harus bersikap supportive, sekurang-kurangnya dari segi sokongan moral. Aku tak suruh pun aduka berubah, sebab wataknya amat diperlukan, dan yang penting, idea-idea kebijaksanaan serta gerakan dari orang seperti beliau sangatlah ditagih. Acap kali aku bentangkan bahawa AT adalah seorang idealist radikal yang realistik.

Kini, segala kemungkinan akan dihadapi oleh Aduka Taruna. Itu aku tak boleh nak tolong, even Mat Saman Kati pun tak boleh tolong. Anwar? dia pun rasanya taknak tolong. Tapi kalau Hadi yang tolong, aku takleh nak kata apa lah. Memang lepas tu mungkin AT akan jadi sahabat karib Hadi.

Apa yang aku boleh tolong? cuma berdoa agar dia tak masuk ISA. Apapun, aku akan terus support Aduka Taruna dalam projek langgar Hadi di Rusila... mahupun di Rusia... full stop.

Friday, January 22, 2010

“Tuhan mahu musnahkan semua rakyat Haiti kerana mereka jahat,’’


“Tuhan mahu musnahkan semua rakyat Haiti kerana mereka jahat,’’ 

- kata Eleude Joseph, seorang ibu dua anak kepada AFP di sebuah kem kotor yang menempatkan 6,000 mangsa di Place Saint-Pierre.


Susulan daripada kejadian gempa bumi ke-dua yang melanda Haiti selepas gempa yang pertama 8 hari yang lalu. Berita selanjutnya adalah seperti di bawah.

PORT-AU-PRINCE 21 Jan. – Satu gegaran susulan kuat menggegar bandar Haiti semalam, yang telah terjejas akibat gempa bumi sebelum ini, mengakibatkan beribu-ribu mangsa gempa bumi yang masih trauma bertempiaran lari ke jalan-jalan raya dalam keadaan takut.

Dalam pada itu, walaupun selepas lapan hari bencana tersebut berlaku, masih ada mangsa berjaya diselamatkan daripada runtuhan yang disifatkan sebagai satu keajaiban.

Di tengah-tengah kubur besar, khemah yang menempatkan klinik sementara dan mangsa yang kian terdesak menanti bantuan, pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan seorang bayi, beberapa kanak-kanak dan mangsa-mangsa lain daripada bawah runtuhan di negara Caribbean itu.

Beribu-ribu tentera Amerika Syarikat (AS) turut ditempatkan ketika negara-negara lain berjanji untuk menghantar lebih ramai tentera bagi membantu pengagihan bantuan, menyediakan rawatan perubatan dan menjamin situasi selamat di jalan-jalan bagi mangsa yang terjejas untuk terus hidup.

Gegaran susulan terbesar menggegar waktu subuh semalam, lapan hari selepas ibu negara Haiti dikejutkan dengan satu gempa bumi sekuat 7.0 pada skala Richter, mengorbankan sekurang-kurangnya 75,000 nyawa dan mengakibatkan sejuta yang lain hilang tempat tinggal.

Ingin saya tegaskan, tidak mustahil negara kita dilanda bencana sepertimana Haiti, sepertimana Acheh... Sekiranya negara kita dipenuhi kejahatan yang dibenarkan, dipenuhi kejahatan yang digalakkan, dipenuhi kejahatan yang diberi laluan... fikirkanlah...

Thursday, January 21, 2010

Kerajaan Tidak Taja F1 Team??


SHAH ALAM - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek menegaskan kerajaan tidak mengeluarkan sebarang peruntukan dalam Bajet 2010 bagi membiayai projek Pasukan 1Malaysia F1 Team.

Menurutnya, perbelanjaan melaksanakan projek itu dibiayai syarikat swasta yang terlibat seperti Proton, Naza Group, Air Asia, Lotus Car dan lain-lain dalam pertimbangan komersial syarikat masing-masing.

“Kerajaan tidak mengeluarkan wang rakyat walaupun sesen untuk projek ini. Kerajaan hanya memberi sokongan dan mengalu-alukan projek swasta sebegini.

“Perbelanjaannya adalah dari syarikat swasta yang terlibat atas pertimbangan komersial syarikat masing- masing. Ini tidak membazir kerana ia akan memberi elemen pemasaran yang besar pada negara apabila menyertai kejohanan F1 itu nanti,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Pas yang membidas Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang didakwa membazirkan wang rakyat dengan memberi peruntukan ‘hangus’ RM1 bilion dalam Bajet 2010 untuk Formula 1.

Pas menyifatkan BN cuba melepaskan tanggungjawab ekonomi negara kepada rakyat dengan mengurangkan subsidi gula sehingga menyebabkan harga gula naik 20 sen sekilogram dan mencadangkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Ahmad Shabery berkata, dakwaan pembangkang itu tidak berasas sama sekali, sebaliknya perbelanjaan syarikat swasta untuk projek Pasukan 1Malaysia F1 Team juga tidak mencecah RM1 bilion.

Pasukan 1Malaysia F1 Team, usaha sama kerajaan dan swasta akan menyertai perlumbaan F1 mulai tahun ini. Projek itu melibatkan gabungan kepakaran Proton dan Lotus dengan disokong Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Persatuan Permotoran Malaysia (MAM), Naza Motor dan Air Asia.

ADUHAI....

YB Shabery...

Kami rakyat bukan bodoh macam zaman Chedet... tolong jangan memperbodohkan rakyat yang dah advance macam kami - pasca Mac 2008! Atau rakyat pasca-paklah....

Memanglah antara syarikat yang menyumbang ialah Proton, Naza Group, Air Asia, Lotus Car... Nak tanya menteri nie, adakah sumbangan mereka ini secara percuma??? betul ke shabery???

Nanti bila syarikat-syarikat Proton, Naza Group, Air Asia, Lotus Car nak bayar cukai, ada tak pelepasan cukai atas sebab - memberi sumbangan / sponsor ???

Kami rakyat bijak, takkan undi Barisan 'penyangak' Nasional...

hehehe... sila continue baca sini...

Apakah Maksud Obligasi ?

Terus terang saya katakan, amat jarang kedengaran di halwa telinga akan perkataan obligasi oleh seorang yang agak cetek pengetahuanya seperti saya. Jadi ingin saya tahu secara suapan, apakah maksudnya obligasi ?

atau saya berikan pernyataan ayat penuh untuk perkataan obligasi;

Jangan pula langkah melaksanakan satu obligasi sosial seperti yang dipersetujui oleh Tok Guru dalam kes Bazar ditukar menjadi penyelewengan pada hal tidak. Lihat kenyataan terima kasih para peniaga Arked Uda atas langkah yang diambil oleh Tok Guru. Tok Guru memayungi rakyatnya dengan belanja RM 23 juta dan bagi Pemuda UMNO Kelantan, itu adalah salah.

Atau perlu saya tanya Husam?

Sila baca petikan penuh dari blog Husam berkenaan ayat di atas - untuk sesiapa yang ingin tahu apakah maksud obligasi seperti yang dinyatakan oleh Husam.


Kepada sesiapa yang sudi, nyatakan apakah maksudnya obligasi ?

Dan kepada sesiapa yang lebih sudi, nyatakan sokongan anda terhadap kepimpinan TGNA... dan support Husam...

Mungkinkah Pemberian COLA Akan Ditarik Balik ?


Saya telah menerima berita yang bertaraf khabar angin ini dua minggu yang sudah, namun belum mahu mendedahkannya di blog edyesdotcom. Tetapi apabila saya mendengar khabar yang serupa dari sumber yang berlainan, maka saya laporkan di sini ;  Bantuan Sara Hidup (COLA) berkemungkinan ditarik balik.

Walaubagaimanapun, saya ingatkan bahawa berita ini masih di bawah status khabar angin dan menyeru agar semua kakitangan kerajaan lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Kerajaan Najib yang masih pekat dengan 'syndrom denial'nya tidak akan mengaku kalah. Kerajaan Najib ingin ditafsirkan sebagai sebuah kerajaan yang berjaya dan berduit walaupun timbul isu pengurangan subsidi gula serta kemungkinan kenaikan harga minyak. Liabiliti kerajaan dikurangkan dan rakyat menjadi mangsa bertepatan dengan cogankata - Rakyat Didahulukan.

Ketirisan dalam pengurusan yang kini semakin menjadi-jadi semakin merugikan pihak kerajaan selain hanya menguntungkan proksi dan cukung darat. Kerugian demi kerugian ini akhirnya ditanggung oleh rakyat setelah GST diperkenalkan kelak. Banyak isu ketirisan yang masih lagi tidak ditebus, antaranya termasuklah isu 12 Bilion PKFZ, isu komisen ratusan juta pembelian Sukhoi dan Scorpene, termasuk juga isu projek hospital yang kosnya naik dari 300juta kepada 500juta. Inilah ketirisan yang akhirnya ditanggung oleh rakyat jelata - Kenaikkan harga gula dan harga minyak dan seterusnya 'rantaian beraksi' kenaikkan harga barang.

Kerajaan juga begitu gah mengumumkan penyertaan pasukan F1 Malaysia yang menelan belanja sebilion untuk semusim perlumbaan. Nama pasukan yang sepatutnya adalah Pasukan Lotus F1 Malaysia Racing Team kerana ini adalah antara matlamat Najib dalam menyertai pertandingan mewah ini, tetapi nama pasukan tersebut ditukar kepada Lotus F1 Racing Team.  Pelumbanya pula adalah pelumba import dengan Fairuz Fauzi memanaskan bangku simpanan untuk sepanjang musim.

Pernah rakan saya membantah pendirian saya dengan mengatakan penyertaan pasukan F1 Malaysia dibiayai oleh 4 syarikat gergasi Malaysia antaranya termasuklah Air Asia dan Kumpulan NAZA yang melibatkan sejumlah RM500juta. Di manakah liabiliti kerajaan? Maka saya jawab, RM500juta itu sememangnya dari konglomerat swasta, tetapi kerajaan juga kehilangan RM500juta yang berbentuk cukai! Sudah pasti konglomerat yang sponsor sejumlah RM500juta akan dilupuskan cukainya dalam jumlah nilai yang sama! Inilah ketirisan terancang.

Kini, setelah tertiris di sana sini, maka giliran kakitangan kerajaan pula menjadi korban dengan pemberian nafas COLA yang bakal ditarik balik... Kemungkinan yang dirancang...

SHAH ALAM – Ura-ura kerajaan mahu menghapuskan elaun kos sara hidup (Cola) bagi menjimatkan perbelanjaan negara, dilihat memberikan impak besar kepada kakitangan awam. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman berkata, pelaksanaanya kelak akan menjejaskan sara hidup sektor awam yang kini dihimpit dengan ekonomi yang tidak menentu.
Katanya, beliau bimbang kemungkinan tindakan itu menjejaskan prestasi kerja kakitangan awam.
“Penghapusan elaun Cola merupakan tindakan paling tidak wajar untuk dilaksanakan jika benar apa yang diperkatakan. “Langkah ini perlu dipertimbangkan dengan mendalam. Sejajar dengan perkembangan ekonomi semasa yang tidak mengizinkan, akan menambahkan lagi beban ke atas hidup kakitangan awam,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata demikian mengulas desas desus di internet melaporkan penghapusan elaun Cola akan dilaksanakan pada 2010, sebagai langkah menjimatkan perbelanjaan negara. Omar berkata, sewaktu ekonomi negara dilanda kegawatan pada 1998, kerajaan tidak mengambil langkah memotong elaun Cola sebagai salah satu alternatif untuk berjimat.
“Oleh itu, sebagai jalan terbaik, kerajaan perlu meneliti dan mengkaji rasionalnya atau mengambil langkah lain dalam menjimatkan perbelanjaan negara,” katanya. Sinar Harian


Bubar DUN Perak : Kali Ini Macam Boleh Jadi !!


Salam 1Malaysia (Baca : Najib Lebong),

Kali ini saya yakin DUN Perak akan dibubarkan pada bulan Februari 2010 dan pilihanraya akan jatuh pada Mac 2010. Perkara-perkara yang membuatkan saya yakin adalah seperti di bawah;
  1. Jumlah 4 hakim yang menyebelahi Nizar.
  2. Gerakan Jentera BN dan pemimpinnya di Perak.
  3. Usaha berganda dari MB haram Zamberi untuk meraih undi.
  4. Pendedahan daripada PerakExpress dan beberapa blog inter-Perak.

Antara Pendedahan oleh Mat Saman Kati adalah seperti di bawah;

Pilihanraya DUN Perak semakin hot. Zambry dan Najib sudah bertemu di Riyadh untuk membincangkan tentang pilihanraya DUN.

Zambry tak mahu DUN dibubarkan kerana takut kehilangan jawatan Menteri Besar. Najib sudah cuci tangan. Dia mau membersihkan imejnya di Perak dan mahu menyingkir Zambry dari jawatan Menteri Besar.

Semua orang tau, rampasan kuasa di Perak dirancang oleh Najib. Tiga ekor katak yang melompat, dibayar oleh Najib dan semasa perisytiharan mereka sebagai calon bebas, ketiga-tiga calon PR itu diapit oleh Najib.
Semasa mula-mula BN merampas kuasa di Perak, Najib telah berjumpa Sultan untuk menghantar nama Menteri Besar Perak pada pukul empat petang. Tetapi pada pukul enam petang, Pak Lah memintas perancangan Najib dengan mencalonkan Zambry sebagai Menteri Besar.

Lembu punya susu, sapi dapat nama. Najib kerja keras, Zambry jadi Menteri Besar.

Keputusan mahkamah Persekutuan telah pun diketahui. Keputusan lima orang hakim yang mengadili kes Nizar Zambry telah lama menghantar keputusan kepada Ketua Hakim Negara, Zaki Tun Azmi.
Ketua Hakim Negara meminta keempat-empat hakim yang memihak kepada Nizar supaya menimbang semula keputusan tersebut tetapi mereka tetap tidak berganjak. Ini bukan lagi menjadi rahsia. Tanya Nizar kalau tak percaya.

Menurut sumber, Sultan Perak telah dimaklumkan tentang perkara ini dan Sultan juga bersetuju supaya DUN dibubarkan, untuk mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku sekiranya DUN bersidang lagi. Imej Sultan dan Negeri Perak sudah teruk dan sekiranya DUN tidak dibubarkan, maka imej Sultan juga akan terus merudum.

Najib mahu mengembalikan imejnya untuk persiapan menghadapi pilihanraya umum akan datang dan Perak menjadi liabiliti kepadanya. Lagi pun, Zambry bukanlah orang pilihannya. Najib mahu mengadakan pilihanraya DUN Perak untuk menyingkir Zambry, tetapi dalam masa yang sama, dia mahukan kemenangan BN di Perak.

Dalam masa Pakatan Rakyat sibuk berceramah tentang rampasan kuasa di Perak, BN sibuk mengatur strategi untuk menang dalam pilihanraya DUN akan datang dengan bantuan SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Sejak Mac 2008 sehingga kini, seramai 100,000 pengundi baru telah didaftarkan di Perak. Siapa mereka? Yang ini, petugas Pakatan Rakyat kena buat kerja.



Dan dalam entri terbaru PerakExpress yang merungkai konspirasi SPR;

Dalam siri “Siapa Aku” dulu, aku pernah tulis tentang macam mana aku pernah jadi ‘konsultan’ macam mana nak memenangkan sesuatu calon itu dengan mengunakan strategi ‘pindah undi’.

Bila aku bagi tau kat petugas PKR atau PAS tentang macam mana ianya dilakukan, depa bukan nak percaya apa yang aku cakap…sebaliknya depa kata aku SB. Bila bukan musim pilihanraya…semua dok kalut dengan ceramah dan makan malam…cari duit. Bila tiba musim pilihanraya…baru kelam kabut…bila nama pengundi-pengundi dah hilang atau dipindahkan. Baru ada akai! Puluh kali aku dok kata SPR memang kaki belit..hangpa tak mau percaya.

Hari ini aku ada contoh yang cukup baik macam mana Umno buat kerja dengan bantuan SPR. Begitu jugak kesilapan Pas dalam strategi kesepakatan dalam Pakatan Rakyat.

DUN N36 Pengkalan Baru dalam Parlimen P68 Beruas bersempadan dengan DUN N15 Trong dalam Parlimen P59 Bukit Gantang.
bruas
Daerah Mengundi (DM) N36/08 Ulu Bruas dalam DUN Pengkalan Baru bersempadan dengan Daerah Mengundi (DM) N15/13 Batu Hampar dalam DUN Trong.

Pengundi-pengundi di Kampong Padang Serai dan Batu Hampar menjadi pengundi cacamarba. Ada yang mengundi di DUN Pengkalan Baru dan ada yang mengundi di DUN Trong.

DUN Trong adalah kerusi tradisi Pas. Manakala DUN Pengkalan Baru bertukar tangan sejak tiga pilihanraya yang lepas. Tahun 99, Pas bertanding di Pengkalan Baru. Bila Pas bertanding, orang PKR merajuk. Akhirnya BN menang.

Tahun 2004, PKR pula bertanding di Pengkalan Baru. Bila PKR bertanding, Pas merajuk. Akhirnya BN menang. Bukan setakat itu, ada pengundi PAS Pengkalan Baru yang berpindah tempat mengundi ke Trong selepas 2004 kerana merasakan bahawa kerusi Pengkalan Baru akan kekal ditangan PKR. Lebih baik mengundi calon Pas di Trong daripada mengundi calon PKR di Pengkalan Baru.

Tahun 2008, Pas pula bertanding. Bila Pas bertanding, PKR pula merajuk. Bukan setakat calon PAS tak dapat undi dari orang PKR, malah PAS juga kehilangan pengundinya yang telah berpindah ke Trong. Akhirnya calon PAS tewas dengan 14 undi.

Itu cerita PAS dan PKR. Kalau hangpa tak mau berpakat…mampuih pi la.

Baca seterusnya di sini (panjang lagi bhai...)

Sunday, January 17, 2010

Husam Kapak Kepala Kickdefella !!!



Saya semakin geram terhadap blogger pengkhianat kickdefella dengan entry yang memburuk-burukkan kepimpinan TGNA, kononnya kerajaan Kelantan rugi RM50 juta kerana ingin menjaga air muka TGNA.

Datuk Husam bingkas menepis tuduhan kickdefella dalam entry beliau yang disalin tampal seperti di bawah. Sila fahami, kerana jika anda faham, maka akan rasa betapa mulianya TGNA terhadap rakyat negeri Kelantan...

Husam : Cerita Bazar

Tuhan mencipta manusia dengan bakat yang berbeza.

Apabila artis cuba mentafsir angka, fakta ekonomi sudah menjadi lukisan abstak.

Mengeluarkan pendahuluan untuk membeli aset sebanyak 23 juta, bukan bermakna kerugian. Tidak sama sekali.

Perjanjian antara PMBK dengan Sensa Timur telah tertandatangani. Sensa Timur akan membina sebuah Bazar tiga tingkat dengan perbelanjaan syarikat. Tingkat satu dan dua yang dianggarkan bernilai RM 40 juta akan diserahkan kepada PMBK. Pulangan untuk Sensa ialah tanah seluas 6 ekar beserta tingkat bawah Bazar tersebut. Sebahagian tanah pula akan digunakan sebagai jalan untuk laluan baru dan juga kegunaan awam yang lain.

Nilai Bazar tingkat bawah itu ialah RM 23 juta.

Sekarang, peniaga yang hendak ditempatkan di Bazar ini mahukan tingkat bawah juga dijadikan sebagai lot untuk mereka. Bazar ini sepenuhnya untuk para peniaga kecil. Itu yang mereka mahu. Kerajaan pula, memang bercadang melindungi terus para peniaga kecil ini dengan kedudukan perniagaan yang strategik. Itu hasrat Tok Guru.

Kalau Kota Bharu dikatakan barangan dengan harga murah, mungkin sebahagian ialah kerana kos premis yang juga murah. Kalau premis sudah berharga mahal, barangan yang dijual juga perlu naki harga.

Keperihatinan Tok Guru dalam isu ini amat jelas.

Menjelang pilihanraya yang lalu, isu ini berbangkit sekali lagi kerana Pasar Lama MPKB yang telah berusia lanjut dan disahkan uzur, perlu dirobohkan. Ke mana peniaga di situ akan ditempatkan?

Mereka bersetuju Bazar Tok Guru adalah 'sarang' perniagaan mereka yang baru.

Mungkin ada sedikit 'over look' di pihak PMBK ketika menandatangani perjanjian itu. Mungkin PMBK beranggapan mana-mana tingkat adalah o k bagi peniaga.

Selepas peniaga membangkitkan semula isu ini dan memohon jasa baik Tok Guru untuk tetap menjadikan premis utama perniagaan mereka di tingkat bawah, selain lain-lain tingkat, Tok Guru telah bersetuju membentuk sebuah Jawatankuasa yang dipengerusikan sendiri oleh YB Datuk Timbalan Menteri Besar. Jawatankuasa ini dipersetujui oleh Mesyuarat Exco Kelantan.

Jelas, kelebihan Tok Guru. Jarang pemimpin akan bersikap lunak atas nama hasrat dan permintaan rakyat dan terbuka untuk apa sahaja perubahan asalkan ia boleh memberikan kepuasan kepada pelanggan iaitu rakyat jelata. Kenapa sikap dan pendirian Tok Guru ini tidak dibesar-besarkan dan disanjung?

Jawatankuasa ini telah beberapa kali bermesyuarat, termasuk dengan wakil peniaga. Keputusan terakhir Jawatankuasa telah dimaklumkan untuk persetujuan Exco Rabu lepas.

Kerajaan akan membeli dari Sensa Timur, mewakili para peniaga, bahagian mereka dari Bazar ini iaitu tingkat bawah, dengan harga nilaian RM 23 juta.

Tujuannya ialah supaya tingkat bawah tersebut boleh dijadikan lot peniaga kecil dan boleh dijual atau disewajual kepada para peniaga.

Jika setiap lot dijual dengan harga RM 60,000, dengan jangkaan lotnya sebanyak 383 lot, Kerajaan boleh mendapatkan semula RM 23 juta tersebut. RM 23 juta itu sebenarnya hanyalah bayaran pendahuluan oleh Kerajaan. Lagipun, ia tidak perlu dikeluarkan serta merta dan mungkin hanya perlu dibayar selepas pembinaan disiapkan. Ini bermakna, dalam tempoh pembinaan, Kerajaan sudah boleh memulakan jualan lot-lot berkenaan.

Bagaimana jumlah RM 23 juta yang merupakan harga bagi tingkat bawah Bazar itu yang akan diperolehi semula oleh Kerajaan boleh dikatakan kerugian?

Jika ia dikatakan kerugian, itu bukan rumusan ekonomi tetapi sebuah karya seni. Apa motif karya seni dihasilkan sedemikian, terpulang.

Antara peniaga yang akan dipindahkan ke bazar baru ini selain peniaga Arked Lama MPKB ialah peniaga Arked Uda.

Kalau Arked Lama MPKB dikatakan uzur, peniaga Arked Uda pula perlu berpindah kerana Uda akan mendirikan gedung perniagan baru mereka di tapak yang ada sekarang.

Uda ditubuhkan untuk menjaga kepentingan strategik orang Melayu di pusat-pusat bandar.

Dalam perjalanannya yang jauh, fungsi UDA semasa penubuhannya dulu mungkin telah beransur berubah.

Bangunan yang besar dengan ruangan niaga yang mahal, dicampur orientasi keuntungan, sedikit demi sedikit meletakkan tanggung jawab sosial semakin terpinggir.

Dalam kes ini, Kerajkaan Negeri pula terpaksa mengambil alih peranan UDA dengan peniaganya sendiri di Arked mereka terpaksa mencari tempat bernaung di bazar yang akan didirikan khas oleh Kerajaan Negeri.

Ini sebenarnya sudut yang harus dilukiskan dengan penuh perasaan oleh artis-artis. Lebih-lebih lagi, bagi sesiapa yang masih ingat kisah peniaga kecil ini yang terpaksa berpindah randah, bermula darti Medan Hijau berdekatan Bangunan UMNO Negeri Kelantan sekarang, satu masa dulu.

Atas sebuah perjalanan yang datang bersekali dengan pertukaran Kerajaan pada masa itu dan sebuah obligasi sosial yang akan dijayakan oleh Tok Guru, RM 23 juta bukan pertaruhan tanpa perhitungan.

Ia gambaran komitmen Kerajaan Negeri terhadap nasib rakyatnya , termasuk para peniaga dan atas tujuan memenuhi obligasi sosial sahaja, ia selamanya bukan sebuah kerugian.

Bagaimana maklumat ini bocor?

Ia satu sudut bagaimana isu ini boleh dilihat, kalau maklumat ini dirasakan rahsia atau perlu dirahsiakan.

Pertama, ia dibincang oleh Jawatankuasa. Jawatankuasa ini ada ahlinya. Pemaju juga mungkin dijemput untuk berbincang dan persetujuan mereka tentulah perlu. Kerana itu, mereka mungkin orang paling awal tahu tentang maklumat ini. Waklil PMBK juga mungkin hadhir dan wakil ini mungkin pula perlu berbincang dengan rakan sejawatan mereka di PMBK. Mereka tahu tentang maklumat ini, Ia kemudian dibincang dalam Exco.

Jika 'kebocoran' ini perlu disiasat, saya sangat menyokong. Ia boleh mengelakkan ada mana-mana pihak menjadi mangsa permainan- baik bernama sangkaan atau tudingan. Jalan yang paling mudah, rasa saya, ialah Tok Guru memanggil majlis dan dengan menggunakan apa-apa kaedah yang diajar oleh Islam, mencari orangnya. Ia boleh bermula dengan Ahli Exco sendiri supaya ia tidak berpanjangan dan berterusan dalam prasangka.

Juma'at lalu, Mahkamah Rayuan di Putra Jaya telah menolak rayuan seorang peniaga yang telah menyaman Akademi Keluarga Bahagia atas isu pembekalan baka-baka kambing. Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah juga menolak permohonan mereka.

Isu ini telah dikaitkan dengan saya sedemikian lama oleh seorang penulis blog. Sesekali tulisan penulis blog ini semacam menunjukkan ada maklumat dalaman. Pada masa yang sama, penulis ini berkawan rapat dengan pemimpin dan orang tertentu. Malah permit penerbitannya digunakan untuk menerbit satu tabloid pro PAS.

Rasanya sudah lebih emat tahun blog ini mencincang saya berbagai gaya.

Saya mengambil sikap tidak bertindak balas baik pada penulis blog tersebut mahu pun rakan-rakannya yang sesetengahnya juga adalah rakan saya.

Sebabnya, isu yang dibangkitkan tidak faktual. Ia lazimnya dicampurkan dengan fantasi dirinya sendiri. Ia sampai lebih tahu apa ada dalam hati kecil kita dari kita sendiri. Ia sampai memasang niat saya seakan dia adalah saya dan saya adalah dia.

Tapi itu bukan kerja baru.

Islam telah mengajar semua itu.

Selagi kita benar, kebenaran akan terserlah, lambat atau bangat.

Keputusan kedua mahkamah itu adalah contohnya.

Serangan seperti i ni amat bertunjangkan kebencian, bukan kejujuran.

Dalam kes baka-baka kambing tadsi, kisah bermula apabila saya meminta bekalan yang hendak dihantar kepada Kerajaan mestilah dijalankan melalui proses tawaran harga. Tawaran syarikat lain untuk spesifikasi sama ialah semuanya di bawah RM 900.

Ia menjadi punca kemarahan tetapi Insya Allah, saya rela mati mempertahankan prinsip dari tunduk kepada ugutan.

Ia memang tidak mudah. Sentiasa ada pemain-pemain yang lincah bermain di luar garis peraturan. Sumbatan belakang tabir mungkin boleh terjadi.

Namun, semua itu lumrah yang tidak ada penghujungnya sementara dunia belum kiamat.

Zulaikha yang cuba memperdaya Nabi Yusuf tiba-tiba terlepas dengan bijak berkata-kata dan Nabi Yusuf pula menjadi mangsa tuduhan. Abang-abang Nabi Yusuf yang cuba membunuh baginda pulang menemui bapa mereka dalam keadaan menangis teresak-esak, membawa pulang baju berlumuran darah. Semuanya sebuah pementasan drama kehidupan.

Sentiasa ada yang perlu berkorban untuk jenayah dan keburukan yang dilakukan orang lain.


edyes wrote:

Satu-satunya Bazar di Malaysia yang menawarkan hanya RM60 ribu untuk lot bawah kawasan perniagaan termasyur di Kota Bharu.

Bayangkan, mana ada lain tempat yang menawarkan RM60 ribu? Kalau di KL, dah tentu melebihi RM600 ribu... Jangan silap, Kota Bharu setanding Kuala Lumpur dari segi jualan MEGA nya. Bersama tawaran harga lot perniagaan yang begitu murah, semurah hati TGNA...

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan