Saturday, July 31, 2010

Raja Petra : Saiful Juga Diliwat Oleh Ketua Pendakwa !!


Tajuk di atas ditulis untuk mengajak kita semua berfikir - Adakah ketua pendakwa raya kes perbicaraan Liwat DSAI iaitu Datuk Yusof Zainal Abiden akan digugurkan dari pasukan pendakwaan oleh Peguam Negara sekiranya Raja Petra melalui laman Malaysian Today, mendakwa bahawa pasukan pendakwaan hilang integriti dan tahap profesionalnya apabila Saiful juga telah diliwat oleh ketua pendakwa raya? 

Adakah Abdul Gani juga akan membuat kenyataan bahawa ketua pendakwa, Datuk Yusof terpaksa digugurkan bukan kerana beliau didapati bersalah tetapi bagi mengelakkan sebarang persepsi negatif daripada orang ramai terhadap pasukan pendakwa?

Juga difahamkan Datuk Yusof sebagai ketua pendakwa, hanya mempunyai peranan sebagai pemerhati dan memantau hasil kerja pengambil nota prosiding mahkamah yang ditugaskan kepada timbalan pendakwa raya bagi perbicaraan kes tersebut.

Kesimpulan

Rakyat yang telah melalui revolusi 308 merupakan rakyat yang celik berita, celik persepsi dan celik mahkamah. Rakyat menilai setiap berita, setiap persepsi yang dilelong dan tidak kurang juga yang mengamati perjalanan sebuah perbicaraan mahkamah. Penilaian rakyat akan ditafsirkan apabila mereka sekali lagi diberi peluang untuk memilih masa depan mereka melalui sekeping kertas membuang undi.

Adalah diberitakan, Peguam Negara mengesahkan timbalan pendakwa raya yang digugurkan bukan kerana didapati bersalah, tetapi hanya demi menjaga kredibiliti pasukan pendakwaan. Dalam masa yang sama, Peguam Negara melalui ketua pendakwa raya mengeluarkan kenyataan yang solid dengan mengatakan dakwaan yang dilempar oleh Raja Petra tidak dapat disahkan.

Justeru, mungkinkah ketua pendakwa raya juga boleh digugurkan dari pasukan pendakwaan sekiranya dituduh mempunyai hubungan sejenis dengan saksi utama perbicaraan, walaupun dakwaan itu tidak mendapat kepastian atau tidak dapat disahkan?

Sekonyong-konyong dapat dirumuskan, sekiranya Raja Petra membuat dakwaan bahawa pertuduhan liwat oleh Saiful Bukhari terhadap Anwar Ibrahim adalah satu konspirasi jahat bertujuan membunuh karier politik Anwar Ibrahim, sekonyong-konyong itulah rakyat Malaysia harus mendesak supaya perbicaraan kes Anwar Ibrahim digugurkan, walaupun dakwaan Raja Petra itu tidak mendapat kepastian atau tidak dapat disahkan.

Kekusutan seumpama ini sebenarnya amat mudah ditafsir dengan menimbulkan serangkap persoalan - Mengapa digugurkan seorang timbalan pendakwa raya sekiranya dakwaan seorang pengendali web tidak dapat disahkan? noktah

EDYES - 30 JULAI 2010

Friday, July 30, 2010

Zul Nordin : Haramkan DAP !!


Wahai ostad al-fadhil Zul Nordin, kenapa DAP yang nak diharamkan, bukan JUDI sukan?

Halal atau haram, duit elaun ribu-ribu ringgit sebagai ahli parlimen yang dipilih atas tiket Pakatan Rakyat ? Atau adakah ianya HALAM mengikut takrifan ulama UMNO ?

Kalau Zul Nordin nak berbicara tentang prinsip, letaklah jawatan sebagai ahli parlimen terlebih dahulu baru boleh cerita fasal prinsip sesungguhnya kau tak layak digelar wakil rakyat kepada pengundi Kulim Bandar Baharu.

Kalau Zul Nordin nak berbicara tentang halal dan haram, halalkan dahulu mata pencarian yang mencurah-curah setiap bulan. Sesungguhnya kepercayaan pengundi KBB telah dikhianati tanpa rasa malu dan segan, menyuruk disebalik pengetahuan ilmu agama, malah menyalahgunakannya.

Aku letih nak bicara hal Kulim Bandar Baharu, tunggu sahajalah nasib Ahli MP ini pada PRU akan datang. Apakah diberi laluan oleh BN untuk bertanding? atau gagal segagalnya seperti seorang peguam gagal.

Bacalah artikel yang terbit oleh Zul Nordin di sini, maka anda dapat lihat kata-kata yang terpacul itu saling tak tumpah seperti orang-orang UMNO yang meniup semboyan perkauman. Dengan 13 Mei diungkit-angkat, DAP nak diharamkan. Apakah kita juga perlu haramkan Zul Nordin??

Aku fikir, kalaulah ada perkataan yang lebih haram dari 'haram', itulah Zul Nordin...

Thursday, July 29, 2010

VIP Itu Ialah Tun Ling Liong Sik !! Fail PKFZ dibuka Kembali !!

Bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya berhubung pembabitannya dengan skandal Zon Pelabuhan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Ling, 67, juga adalah bekas presiden MCA. Beliau adalah antara ahli politik terkemuka pernah didakwa atas tuduhan rasuah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Beliau tiba di mahkamah sebentar tadi dengan ditemani oleh isterinya, Toh Puah Ena Ling serta dua anak lelakinya dengan memakai baju berwarna unggu muda dengan tali leher berwarna unggu gelap.

Ling didakwa menipu dan dituduh mengikut Seksyen 417 dan 418, Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dan denda jika sabit kesalahan.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan ikat jamin diletakkan pada RM1 juta. Mkini

Akhirnya 'Ikan Jerung' naik ke darat !!

Dari dulu dah disebut-sebut, baru hari nie tangkapan dapat dibuat !

Apa yang dihairankan oleh bekas menteri pengangkutan dan bekas presiden MCA dengan jumlah ikat jamin yang bernilai RM 1 juta itu ? Sedangkan wang rakyat yang dirembatnya melebihi 2 ribu juta!! di ulangi, 2000 juta !

Kalau kurang satu juta, masih ada RM 1999 juta !!

Pasti lepas nie banyak lagi yang akan terbongkar !!

Soalan cepu emas edyes :- ADAKAH INI ADALAH DI ANTARA FAKTOR PM KITA BERCUTI ??

Farah Azlina Membatalkan Perkahwinannya !!


1. Dua hari lalu, Abdul Gani, pada sidang akhbarnya, mengesahkan Farah Azlina telah digugurkan daripada pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes liwat Anwar. 

Persoalan - Mengapa Farah Azlina digugurkan serta-merta setelah pendedahan dilakukan oleh Raja Petra ?


2. Beberapa bulan lalu, Farah pernah dipindahkan dari Bahagian Rayuan dan Perbicaraan kepada Unit Jenayah Komersial di bawah Bahagian Pendakwaan setelah dinaikkan pangkat. Farah Azlina pada mulanya bukan sebahagian daripada pasukan asal pendakwaan dalam kes perbicaraan Anwar tetapi dibawa kemudiannya selepas seorang daripada timbalan pendakwa raya yang ditugaskan mengambil nota perbicaraan meletakkan jawatan.
 
Persoalan yang harus difikirkan - Mengapa timbalan pendakwa raya yang asal (sebelum digantikan oleh Farah Azlina) meletakkan jawatan? Adakah kerana tidak mahu bersubahat dengan pasukan pendakwaan??
 
 
3. Sebelum kejadian itu iaitu sebelum pembongkaran oleh Raja Petra, Farah Azlina dilaporkan akan melangsungkan perkahwinan tetapi membatalkannya seminggu sebelum tarikh yang dijadualkan itu. Sebab pembatalan itu juga tidak diketahui.
 
Persoalan - Mengapa perkahwinan Farah Azlina dibatalkan seminggu sebelum ia dilangsungkan ? Adakah ianya berkait rapat dengan hubungai romantis antara Farah dan Saiful ??
 
 
4. Difahamkan, sumber dari Suara Keadilan menyatakan bahawa Saiful dan Farah dikatakan bercadang melangsungkan perkahwinan mereka secepat mungkin bagi menggelakkan lebih banyak persepsi buruk masyarakat terhadap mereka.

Persoalan - Mengapa terlalu kalut untuk cepat berkahwin? Adakah suatu kebusungan yang hendak disembunyikan??
 
 
Sumpah laknat yang dihamburkan oleh Saiful Bukhari telah memakan diri. Mungkin jika peristiwa ini berlaku di zaman para nabi, pastinya si pesumpah akan mendapat balasan secara 'cash' dengan kuasa Allah.

Tetapi di zaman ini, sumpah yang makan tuan itu ditunjukkan dalam bentuk yang mengaibkan peribadi seperti ditangkap khalwat dengan pelajar di bawah umur, dan mungkin juga didapati 'mengandungkan' seseorang ketika masih mempunyai ikatan pertunangan dengan orang lain.
 
Personaliti media yang bernama Janna Syariza harus tampil menyatakan status pertunangan mereka. Ini bertujuan untuk membersihkan nama Janna dari terus terlibat dengan kebobrokan sebuah pasukan yang cuba menjatuhkan Anwar Ibrahim dalam apa jua kosnya.
 
Saudara dan saudari sekalian, mungkin apa yang kita lihat hari ini dan apa yang ditunjukkan kepada kita hari ini kesemuanya adalah berbentuk peribadi. Jika diikutkan, apa perlu untuk kita mengambil pusing perihal peribadi yang sedang hangat diperkatakan? Apakah rasionalnya?

Maka perlulah diingat bahawa, pertuduhan yang dilempar kepada DSAI juga sangat-sangat peribadi dan juga sangat mengaibkan. Seorang anak muda yang diberi kepercayaan supaya suatu hari nanti menjadi orang yang berguna kepada rakyat akhirnya menuduh tuannya dengan tuduhan yang tidak masuk akal - Kononnya diliwat ketika punya kekuatan untuk melawan.

Masalah peribadi yang dihadapi oleh Saiful Bukhari harus menjadi rasional untuk dibicarakan kerana ia telah menyebabkan keperibadian seorang pemimpin dicalar sehabisnya hingga mungkin bakal menamatkan karier politik seorang pejuang.

Oleh demikian, keperibadian 'orang yang menuduh' iaitu Saiful Bukhari perlu di ambil perhatian lebih-lebih lagi orang yang dituduhnya merupakan seorang pemimpin yang punya kredibiliti, kedudukan dan punya karisma. Jika benar Saiful diliwat, hingga dibawakan kepada kita sebuah sumpah lakhnat tujuh keturunan sejurus sebelum PRK Permatang Pauh pada Ogos 2008, maka perjalanan yang dilalui oleh Saiful sepatutnya lebih dipermudahkan.

Apalah perlunya perbicaraan kes liwat DSAI ini diteruskan sekiranya orang yang menuduh tidak mempunyai moral setulus dahi legamnya. Sama-sama kita lihat di manakah berakhirnya konspirasi yang semakin kucar dan kacir, adakah ia berakhir di Sungai Buluh atau berakhir di Putrajaya. Mohon petunjuk dari Allah...

Akhir kata, masih ingatkah kita akan sumpah lakhnat yang dilakukan oleh DS Najib suatu masa dulu? Apalah balanya yang bakal dituruti sekiranya sumpah ini memakan tuannya, adakah ia berbentuk kekalahan teruk pada PRU akan datang? Sabar-sabarlah kita nantikan...


EDYES - 29 JULAI 2010

Perkara no 1, 2 dan 3 merujuk kepada laporan Malaysiakini. Manakala perkara no 4 merujuk kepada Suara Keadilan.

Wednesday, July 28, 2010

Jangan Lupa Ini Malam !! Aduan Rakyat TV3 !!




Salam 1Malaysia,

Sila jangan lupa, malam ini aduan rakyat memaparkan kisah kesedihan warga pendalaman negeri Pahang (kubu Barisan Nasional) berkaitan masalah air.

Mari kita saksikan, hasil 50tahun merdeka yang sebenarnya tidak diagih dengan adil. Padahal, mereka di kampung dan pedalaman ini jugalah pengundi tegar Barisan Nasional.

Harap ia akan menimbulkan kesedaran mereka-mereka di kampung dan felda, yang masih menyokong kebobrokan Barisan Nasional !

Malam ini, Jam 9.00 malam (Rabu 28 Julai 2010)

Nasib Seorang Pejuang Rakyat - Anwar Ibrahim !!


Kalau ditanya apakah sukar bagi saya? Ya sukar. Apakah saya ada pilihan? Tidak.. saya tidak mempunyai pilihan. Saya tahu risikonya. Tidak ada manusia yang mahu dimalukan hari-hari. Malah tiada manusia yang umurnya sudah melebihi 6o tahun mahu disumbat ke penjara. - ANWAR IBRAHIM

 
Fikir-fikirkanlah wahai saudara, di saat kita menikmati usia, membesarkan anak dan membahagiakan isteri, di saat itu jugalah sesusuk tubuh berumur 62 tahun itu menggadai masa dan kehidupannya... demi masa depan anak-anak kita semua...
 
Bersedialah untuk kembali ke jalanraya, jika susuk kian uzur ini dinafikan keadilannya...
 
RE-FOR-MA-SI !
RE-FOR-MA-SI !!
 
TAKBIR!!!

Tuesday, July 27, 2010

Setelah Janna Syariza Gugur, Farah Azlina Juga Gugur ?


Masihkah anda ingat lagi dengan nama Janna Syariza Mohd Zaki ? Nama yang sebelum ini meletop kerana menyimpan salah satu bahan bukti terhadap kes mahkamah yang sedang berlangsung di Jalan Duta.

Janna Syariza ialah tunangannya Saiful Bukhari Azlan, dan bahan bukti yang pernah disimpannya ialah seluar dalam tunangnya yang berjenama Levis berwarna biru tua. Ironinya seluar dalam tersebut, merupakan seluar dalam yang digunapakai oleh Saiful Bukhari sejurus sebelum dara duburnya dirobek.

Mengapa bahan bukti tersebut berada dalam mesin basuh di rumah Janna tidak di rumah Saiful bukanlah perkara yang ingin dipersoalkan. Status pertunangan antara Saiful dan Janna juga tidak akan diperkatakan di sini samada masih lagi dijalin atau sudah gugur talak tayapawaunya.

Terdapat juga khabar angin bahawa hubungan tunang ini telah terputus dek kerana Saiful tidak mahu bertanggungjawab di atas kandungan yang terhasil sebelum ikatan perkahwinan, dan terdapat juga khabar angin yang bertiup kencang menyatakan Saiful mahukan kandungan tersebut digugurkan dan akhirnya menyebabkan hubungan tunang itu terputus di tengah jalan. Namun khabar angin tetap berstatus khabar angin selagi ia tidak dibuktikan sahih. Politik persepsi begitu kejam untuk diharungi walaupun khabar angin tidak mungkin dijadikan asas bukti atau saksi. Maka saya menganggap hubungan tunang di antara Janna dan Saiful masih terjalin.

Jika saudara pembaca semua masih ingat, kata-kata Janna bahawa dia akan berdiri teguh di belakang tunangnya dan bersama-sama mengharungi segala kemungkinan dan dugaan yang akan mendatang. Itulah tekadnya seorang tunang menanti kebenaran menyebelahi sang tunang. Begitu hebatnya cinta seorang pengamal media terhadap seorang coffee boy, yang sebelum ini gagal menghabiskan pengajiannya walaupun mendapat biasiswa dari pejabat Timbalan Perdana Menteri.

Apakah agaknya perasaan Janna bila mengetahui tunangan kesayangan berlaku curang? Masihkah utuh keteguhan Janna di belakang tunangnya apabila kebenaran yang dicari, dicurahkan dengan kepahitan sebuah perselingkuhan?

Hari ini, perjalanan perbicaraan kes Anwar sekali lagi menimbulkan gempar. Tidak cukup dengan kegemparan yang disahut ketawa guling-guling apabila mangsa mendakwa dua hari berturut-turut tidak membasuh dubur dan tidak berak semata-mata untuk menjaga bahan bukti yang bersifat cecair. Tidak cukup dengan kegemparan sespontan ayat can I fcuk you today? Tidak cukup dengan kegemparan seorang mangsa liwat bergender lelaki 20an tidak berdaya menolak asakkan warga emas yang umurnya mencecah 60an. Kegemparan kali ini berlaku di luar mahkamah, iaitu hubungan romantis di antara seorang mangsa liwat dengan si penyambung nyawa iaitu timbalan pendakwa rayanya sendiri - Farah Azlina.

Berikut adalah kata-kata yang pernah diluahkan oleh Janna dalam blognya yang kini hanya telah ditutup untuk tatapan umum;

“Saya juga sedar akan perjuangan yang menanti kami di hadapan. Insya-Allah kami akan menghadapinya bersama walaupun ia memakan masa yang lama. Kebenaran akan terbukti jua….,”

Maka kebenaran yang dicari oleh Janna telah terbukti jua apabila Saiful digosip-hangat sedang menjalinkan hubungan romantis dengan seorang timbalan pendakwa raya. Gosip atau khabar angin adalah tidak manis untuk dibicarakan secara terbuka kerana ia akan menggerakkan penyebaran fitnah, namun jika 'madunya' si Janna Syariza yang bernama Farah Azlina telah digugurkan serta merta dari pasukan pendakwa raya, maka saya melihat tuduhan Raja Petra adalah berasas. Mengapa begitu terburu-buru menggugurkan seorang timbalan pendakwa raya, dan dengan pantas menafikan peranan seorang timbalan pendakwa raya dalam sebuah kes yang berprofile tinggi?

Farah Azlina telah gugur di medan mahkamah bagi mengelakkan kredebiliti pasukan pendakwa raya tercalar, dan ia juga bertujuan untuk menyelamatkan perjalanan kes yang semakin songsang pada bacaan umum. Apakah persepsi yang bakal timbul sekiranya seorang mangsa liwat didapati meliwat timbalan pendakwa rayanya sendiri? Oleh demikian, sebelum episod tidak mustahil ini menjadi kenyataan, adalah lebih baik Farah Azlina digugurkan dan Saiful pula dinasihatkan supaya tidak lagi menambah beban kepada sebuah pasukan yang mempunyai misi besar - Menyumbat Anwar Ibrahim kembali ke Sungai Buluh.

Rakyat melihat perjalanan kes ini, rakyat membaca selok-belok dan segala cornering yang berlaku di dalam dan di luar perbicaraan mahkamah yang melibatkan seorang ketua pembangkang. Sedikit demi sedikit cacat-cela di pihak pendakwaan telah terbit membentuk kebenaran di pihak yang didakwa.

Mahukah rakyat percaya kepada seorang kasanova yang melempar tuduhan menjadi mangsa liwat kepada seorang pemimpin pejuang rakyat bernama Anwar Ibrahim? Mahukah rakyat percaya kepada seorang pro-aspirasi yang gagal dalam pembelajaran universiti? Mahukah rakyat percaya terhadap seorang pengotor yang sanggup tidak membasuh duburnya untuk tempoh dua hari demi sebuah bukti?

Keperibadian Saiful tidak mahu tidak, menjadi pertaruhan besar dalam mendepani pandangan rakyat dan juga pasukan peguambela Anwar kerana susuk pejuang ratyat ini bukanlah mudah untuk ditewaskan selagi mendapat sokongan rakyat kebanyakkan. Menyumbat Anwar ke penjara tanpa asas yang kukuh bakal menyebabkan kebangkitan rakyat yang diterjemah di jalan raya pada tahun 98 kembali berulang. Oleh itu juga, keperibadian Saiful direka-cipta apabila penampilan terbaru menunjukkan Saiful mempunyai 'lebam sujud' di dahinya. Sedangkan sembahyang berbelas tahun belum tentu ada tanda di dahi.

Kekalahan dari sudut keperibadian akan menyebabkan Saiful kalah lebih awal dalam bicara awam walaupun akhirnya Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara. Memenangi kes mahkamah dengan jualan persepsi yang tidak laku akan menyebabkan kebangkitan, malah kebangkitan kali ini tidak dapat dijangka hebatnya. Inilah yang mahu dielakkan oleh pihak pengatur konspirasi, namun sehebat mana pun perancangan mereka nescaya perancangan Allah itu Maha hebat.

Berbalik kepada soal Janna Syariza yang tidak diketahui apakah nasib yang menimpa dirinya ketika ini, jika ditakdirkan Janna membaca artikel blog ini, ingin saya nasihatkan kepada Janna betapa Allah masih menyayangi diri Janna apabila memberikan hidayah serta petunjuk yang jelas akan wajah-wajah sebenar Saiful Bukhari disebalik dahi legamnya.

Maaf jika kebenaran itu amat pahit untuk ditelan oleh yang empunya badan, kehidupan harus diteruskan dan harapan agar ia membangkit keinsafan lantas satu keberanian untuk mendedahkan sesuatu adalah dituntut. Sebagai tunang atau bekas tunang kepada Saiful, Janna pastinya mempunyai sesuatu untuk didedahkan demi sebuah kebenaran terpendam. Semoga Janna berjaya mengadaptasi apa jua kebenaran yang telah terserlah.

Kepada rakyat yang mengikuti perbicaraan Fitnah Liwat II dengan tabah dan sabar, Anda juga berhak menghakimi perbicaraan yang penuh songsang lagi meragukan. Berjanjilah jika keadilan itu dinafikan oleh penghakiman yang berat sebelah, yang menyebabkan Anwar meringkuk dalam penjara, ayuh kembali ke jalanraya!! Anda semua terpanggil untuk sekali lagi mengharungi air gatal water cannon oleh pasukan bomba berbelantan. Disinilah manisnya berjuang, demi masa depan ugama, anak bangsa dan tanah air.

Jika tahun 1998 dulu saya tidak berkesempatan bersama pejuang jalanan (kerana ketika itu di bawah pengaruh Tun Mahathir), kini saya bersedia di atas medan mana pun, mencari keadilan untuk pejuang keadilan !! Ayuh kita kembali ke jalanan, demi sebuah keadilan yang dinafikan!!

RE-FOR-MA-SI

TAKBIR ! ALLAH HUAKHBAR !!


EDYES - 27 JULY 2010 - 22.52pm

Sunday, July 25, 2010

Mufti sial cakap pusing-pusing !!


Hari ini;
“Kami memang tidak membincangkan langsung pasal kerjasama Umno dan PAS tetapi perpaduan orang Melayu di negara ini kerana kami melihat orang Melayu semakin berpecah.
“Kami hanya membincangkan soal bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian untuk menyatukan perpaduan di kalangan orang Melayu, itu sahaja.

“Langsung tidak menyentuh soal kerjasama politik Umno dan PAS,” - Harunsani Zakaria
 
Hari itu;
Saya Sedia Jadi Orang Tengah - Harunsani Zakaria

Justeru itu, siapakah yang berada di kiri dan kanan Harunsani sekiranya dia bersedia untuk menjadi orang di tengah-tengah jika bukan PAS dan UMNO - dua parti melayu yang salah satunya memperjuangkan Islam !

Kalau orang UMNO cakap pusing-pusing, aku tak kesah sebab diorang memang kaki pusing. Tapi bila mufti yang dengan riaknya berkata "Saya Mufti, takkan saya berbohong" sanggup menipu apabila telah didedahkan menipu!!! 

Oh saya silap... saya tak patut berasa terlalu upset jika Harunsani itu UMNO ugamanya...

niamakahai!! tak pasal2 blog aku tercemar dek kata nista terhadap seorang mufti !!

Tahu Apa Itu SK dan SI ? (Mesti Lihat!!)

Jawapannya terdapat dalam klip video ini...



Yaa ampun... inilah Perdana Menteri kita...

Perhatikan pada kedudukkan masa 0:50... apa yang anda nampak ?

Apa yang anda nampak pada 0:50 itu ialah ilmu yang diturunkan oleh ziana zain suatu masa dahulu... ayuh perhatikan lagi sekali, tak salah jika mencuba lagi..

beri rasuah salah...
tak beri rasuah kalah...


credit sekali lagi untuk hanief.blogspot @ malaysianews - hasil kerja yang disukai ramai...

Anwar Ibrahim : UMNO Haram Disokong !


Kepada ahli UMNO, ketua cawangan UMNO, ketua bahagian UMNO, kepimpinan tertinggi UMNO dan Presiden UMNO, sila buat laporan polis ke atas Anwar Ibrahim kerana di dalam klip video di bawah, Anwar Ibrahim telah mengatakan bahawa UMNO haram disokong !


Saya meminta kepada semua ahli UMNO yang mempunyai keberanian supaya membuat lapuran polis sewajarnya kerana UMNO telah dikatakan haram untuk disokong oleh ketua pembangkang dalam satu siri ceramah sepertimana dalam klip video di atas.

Klip video di atas juga menceritakan sebuah fitnah dari DSAI berkenaan pembayaran subsidi terhadap pemilik janakuasa letrik swasta (IPP), di mana jumlah pembayaran tersebut bernilai 20ribu juta ringgit setahun (20Bilion). Saya mohon agar pihak kerajaan menafikan perkara ini sekiranya ianya suatu fitnah dari DSAI kerana tuduhan ini amatlah serius kerana ia boleh merosakkan nama baik UMNO dan ia juga mencerminkan betapa kerajaan telah mempermainkan perasaan rakyat apabila tanpa segan silu menyelaras subsidi (baca: merampas subsidi) sehingga menyebabkan kenaikkan harga keperluan utama rakyat kebanyakkan.

Sebagai kerajaan yang dipimpin oleh UMNO juara rakyat yang berslogankan 1Malaysia Rakyat didahulukan, seharusnya menafi sekerasnya kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Anwar Ibrahim dalam roadshow selamatkan 1Malaysia. Ini juga memberi maksud bahawa kerajaan melontar subsidi yang banyak kepada pengusaha IPP tetapi menarik subsidi minyak, gula dan sebagainya dari rakyat yang terdiri daripada golongan miskin dan sederhana. Apakah benar kenyataan Anwar Ibrahim ?

Sekiranya tiada penafian dilakukan oleh kerajaan, terutamanya berkenaan subsidi 20bilion yang diberi kepada pengusaha IPP yang sedia kaya raya, maka kenyataan-kenyataan Anwar Ibrahim itu adalah terpakai dan memang benarlah UMNO itu haram untuk disokong.

Saya memberikan tempoh 48jam kepada kerajaan 1Malaysia untuk bertindak sewajarnya ke atas Anwar Ibrahim, atau, rakyat terbanyak akan pastikan UMNO itu selayaknya ditinggalkan dari natijah pemikiran bangsa.


credit video klip kepada hanief.blogspot @ malaysianews

Friday, July 23, 2010

Ke Mana Arah Mu...



Ke Mana Arah Mereka Ini Melangkah ?





Kezaliman Harus Ditentang, Bukan Disubahat !

Thursday, July 22, 2010

I Like !


Berhubung isu perjumpaan pemimpin PAS dengan Mufti Perak pula, ianya amat mudah untuk dirumuskan. SEKIRANYA ada mana-mana pemimpin PAS, walaupun atas kapasiti peribadinya, bertemu dengan Mufti Perak untuk meminta beliau mengusahakan kesatuan UMNO dengan PAS, maka pemimpin tersebut TIDAK WALA’ kepada parti. Ini adalah kerana dasar parti jelas dan ditegaskan di dalam 3 Muktamar berturut-turut. Kukuhkan PR dan tolak perpaduan dengan UMNO! - Khalid Samad

Kalau saya jumpa kenyataan di atas dalam FB, saya akan klik butang 'Like' !

klik sini untuk baca selanjutnya

Adakah PAS Dilihat Jahat Jika Menolak Tawaran Perpaduan Islam UMNO?


Salam Hormat,

Entri kali ini dimulakan dengan petikan kata-kata kepimpinan PAS dalam isu pembentukkan perpaduan di antara PAS dan UMNO.


Apa kata Ketua Dewan Pemuda PAS;

"Maka, apalah salahnya jika kini UMNO pula mengambil giliran dan langkah serupa seperti dulunya PAS pernah menyertai Perikatan demi penyatuan melayu Islam di era Tun Abdul Razak [ Lagi pun pemimpin UMNO kini yang beria - ia benar mahukan penyatuan ] .

"Kini di era YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak pulalah menghulur tangan, sanggup dan sedia bersama PAS menyertai Pakatan Rakyat memperjuangkan Islam dan bangsa melayu Islam agar kita dapat membina sebuah negara yang aman, makmur, sejahtera, adil, telus, saksama tanpa sebarang pertelagahan atau persengketaan yang merugikan ummat Islam dan bangsa Melayu itu sendiri.


Apa kata 3 Naib Presiden PAS;

Mahfuz Omar Berkata;

“Inilah agenda Umno pada setiap kali sesak nafas mereka akan meminta 'oksigen' dari PAS,”. Umno secara jelas melalui pemimpin utamanya yang menguasai Kerajaan Malaysia telah melantik syarikat perunding APCO Worldwide yang merupakan proksi kepada gerakan zionis antarabangsa yang menjaga kepentingan politik Israel dan Amerika sebagai penasihat Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN). “Perbuatan ini satu pengkhianatan kepada perjuangan umat Islam dan rakyat Palestin,”


Salahuddin Ayub Berkata;

Jika benar Umno mahukan perpaduan, Umno perlu menyertai Pakatan Rakyat bersama PAS, PKR dan DAP.


Tuan Ibrahim Tuan Man Berkata;

PAS menyatakan dengan tegas kita perlu bersatu di atas landasan yang digariskan oleh Allah; “Bertolong bantulah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan jangan bertolong bantu dalam perkara dosa dan permusuhan”. Lantaran itu PAS lebih rela Melayu berpecah dalam mentaati perintah Allah daripada berpadu dalam mendurhakai Allah!

PAS tidak akan merelai perpaduan bagi mendokong tindakan yang bertentangan dengan Islam yang ditaja oleh UMNO. Mereka sanggup menghalalkan perjudian di atas nama kebajikan dan sukan walhal dengan jelas Islam menyatakan judi itu haram!

 
Apa kata Timbalan Presiden PAS;
 
PAS masih lagi berpegang dengan ketetapan yang telah dibuat dalam muktamat-muktamar yang lalu. PAS akan terus memfokuskan kepada gerak kerja mendepani pilihan raya umum k-13 untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru.
 
Saya juga menyeru kepada seluruh pimpinan dan ahli agar dapat melipatgandakan usaha untuk memantapkan organisasi, terutama di peringkat cawangan dan kawasan serta menambah keahlian baru PAS semaksima mungkin.
 
 
Apa kata Presiden PAS ;
 
(Maaf, ikhlasnya saya katakan, tiada lagi komen dari TG Presiden setakat ini, dan ia bukanlah satu kesalahan kerana timb. presiden dan naib-naib presidennya telah memberi komen serta penegasan. Namun saya percaya pendirian TG Presiden adalah senada)
 
 
Apa kata Mursyidul Am PAS;
 
PERGI JAHANAM DENGAN UMNO !!!
 
 
Oleh demikian, saya memohon kepada semua pucuk pimpinan UMNO supaya berfikir dengan akal yang dikurniakan oleh Allah, bahawasanya, pinangan UMNO terhadap PAS adalah ditolak tanpa syarat dan tanpa bicara, kerana tindak-tanduk dan kebejatan melampau UMNO itu sendiri telah menjadi faktor betapa PAS dan UMNO tidak mungkin bersatu buat ketika ini. 
 
Sepertimana yang dilafazkan oleh Puteri Gunung Ledang terhadap Sultan Melaka berkenaan terjemahan-terjemahan yang berupa permintaan itu, adalah sebenarnya satu penolakkan.
 
Kepada rakan-rakan seperjuangan dan mereka yang di ambang perubahan, sedarlah bahawa permainan propaganda UMNO ini sebenarnya satu perangkap yang menang-menang bagi UMNO. Ini kerana apabila PAS menolak kerjasama politik demi perpaduan melayu dan Islam, maka PAS akan dilihat jahat kerana membelakangkan perpaduan yang dituntut. Akhirnya tiba satu perenggan yang membunuh segala prasangka, hadir dari Tuan Ibrahim Tuan Man yang berbunyi - PAS lebih rela Melayu berpecah dalam mentaati perintah Allah daripada berpadu dalam mendurhakai Allah!
 
Persoalan di sini ialah, adakah PAS akan dilihat jahat kerana menolak pelawaan UMNO? Adakah PAS akan dipandang serong sekiranya tidak menerima tawaran perpaduan melayu dan Islam ini ?
 
Sedarlah saudara dan saudari sekalian. PAS bukan berdepan dengan tawaran perpaduan sesama Islam, PAS juga bukan berdepan dengan tawaran perpaduan walau sesama melayu sekalipun. PAS sebenarnya berdepan sebuah tawaran perpaduan dari sebuah gerombolan pengkhianat bangsa!
 
PAS berhadapan dengan tawaran perpaduan dengan gerombolan yang tidak bertanggungjawab terhadap peristiwa Memali, mengamalkan Akta zalim ISA, merancang kudeta rampasan kuasa di Perak, menafikan hak royalti Terengganu dan Kelantan ketika PAS berhak ke atasnya, dan yang paling menyedihkan, PAS berhadapan tawaran perpaduan oleh pihak yang mengfitnah PAS sebagai parti ajaran sesat. 
 
Oleh demikian, di atas kelaku gerombolan terdesak seperti di atas, wajarkah PAS dipandang serong sekiranya menolak tawaran perpaduan? Saya yakin, sesiapa sahaja tidak akan dipandang serong sekiranya menolak untuk berpakat serta bersubahat dengan perompak. Inikan pula menolak lamaran penggadai maruah agama dan bangsa. Seperti itu jugalah Puteri Gunung Ledang menolak lamaran seorang sultan yang zalim.
 
Perlu diingat, penyatuan PAS dan UMNO merupakan jalan terakhir bagi menyelamatkan sebuah empayar yang berdiri di atas keringat rakyat. UMNO tidak akan membiarkan harta yang disiap-sediakan untuk tujuh keturunan mereka dirampas oleh kuasa rakyat setelah berdepan kekalahan pertama kerajaan pusat pada PRU yang semakin hampir. Walaubagaimanapun, kita harus bersyukur kerana kesepakatan kepimpinan PAS hari ini telah melemahkan peluang talian hayat terakhir UMNO.
 
Hari ini, minggu ini, telah dibuktikan bahawa UMNO itu benar-benar semakin lemah dari pelbagai aspek. Pertelingkahan antara mereka ada di mana-mana, Mesyuarat cawangan dan bahagian lemau tidak bermaya, yang bertumbuk juga ada. Malah, isu pasir yang mereka tembak ke arah Kerajaan Selangor juga telah menyebabkan pergaduhan sesama mereka, serta menerbitkan 'overkill' yang memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat.
 
Dikesempatan ini, saya menyeru kepada semua kepimpinan Pakatan Rakyat agar bertindak bijak, sepertimana yang berlaku hari ini, minggu ini.
 
Salam Perjuangan, Salam Reformasi, Salam Revolusi 308
 
Saya akhiri dengan sebuah slogan yang telah dimodifikasi ;
 
1Perjuangan - Islam didahulukan, Kebajikan diutamakan !
 
 
EDYES - 22 Julai 2010 - 2.32am

Wednesday, July 21, 2010

Khairy Jamaluddin Dah Bosan - Semua Dah Perasan !

KJ menempelak kepimpinannya sendiri apabila mempertikai muka satu akhbar berhaluan kerajaan yang menunjukkan seolah-oleh Barisan Nasional berada dalam keadaan terdesak.

Permainan propaganda yang syok sendiri ini telah membuatkan ketua pemuda UMNO tertekan kerana beliau benar-benar tahu bahawa UMNO sememangnya terdesak memerlukan talian hayat yang paling berharga - perpaduan UMNO-PAS!

Tindakkan KJ ini harus dihormati dan diberi pujian kerana ia berpijak di bumi yang nyata, betapa UMNO sudah kian terdesak. Diharapkan janganlah ada pemimpin Pakatan Rakyat yang gatal satu badan, meroyan jawatan-jawatan yang bakal ditawarkan seperti yang dinyatakan oleh seorang rakan di sini.

Berikut adalah berita dari mkini berkenaan KJ yang separuh meroyan ;



Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berharap usaha mewujudkan kerajaan perpaduan dengan musuh politik mereka PAS dihentikan kerana dia menggambarkan seolah-olah Umno terdesak.


"Saya rasa cukuplah dengan usaha dan artikel (tentang) perpaduan Umno-PAS (ditulis).

"Cerita muka 1 Utusan (Malaysia) hari ini nampak macam kita desperate (terdesak) sangat," kata Khairy dalam laman Twitter.

Beliau mengulas berita muka depan akhbar Umno itu berjudul "Pelan Damai Umno, PAS" yang memetik Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan yang berharap kedua-dua parti mempunyai satu pelan damai atas nama Islam supaya persengketaan yang panjang berjaya ditamatkan.

Nasrudin juga dilaporkan berkata, hasrat itu wajar disegerakan kerana umat Islam terlalu bosan dengan pertelagahan tersebut terutama gelagat pemimpin tertentu yang memburu kepentingan politik dengan mengeksploitasi sentimen kebencian antara Umno dan PAS.

Malah, memetik tulisan di blog Nasrudin, Utusan juga melaporkan PAS boleh melupakan sejarah perit seperti ditolak daripada Perikatan, peristiwa Memali dan penahanan pemimpin parti itu bawah ISA, demi penyatuan umah.

''Sebagaimana PAS boleh melupakan kenyataan serta tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN)," laporan itu dipetik.


PS - Mungkin juga KJ terlalu cemburu kerana cerita di muka 1 itu bukanlah berkenaan dengan ketua pemuda UMNO tetapi ketua pemuda seterunya iaitu PAS.

Siapa Lagi Nak Cerita Pasal Pasir ?

Kepada lahanat yang tak habis-habis nak hentak Tan Sri Khalid berkenaan isu pasir Selangor, sila tengok gambarajah di bawah puas-puas ;




Tiada apa yang saya harapkan dari anda-anda yang memandang rendah keupayaan Kerajaan Negeri Selangor di bawah bimbingan Pakatan Rakyat, selain dari membuka hati dan minda untuk bersama-sama mengorak perubahan !

Bayangkan jika kerajaan pusat tidak lagi mengalami ketirisan terancang... pasti rakyat tidak lagi meratap subsidi yang sebenarnya milik sendiri.

Tantawi Sokong Pertemuan Muhyiddin - TGNA ?

Dalam Akhbar Berita Harian, Tajuknya berbunyi - Pemuda PAS Sokong Perpaduan.

Siapa yang mahu percaya ?

Adakah Dewan Pemuda PAS sokong untuk berpadu dengan UMNO ?

Siapa mahu percaya ?

Adakah Tuan Guru Nik Aziz ingin bertemu dengan Muhyiddin ?

Siapa Percaya ?

Sebelum ini, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO, menyatakan kesediaannya untuk bertemu dengan Menteri Besar Kelantan itu bagi membincangkan mengenai perpaduan Melayu dan kepentingan Islam. Nik Aziz turut melahirkan kesediaannya untuk bersemuka pada bila-bila masa, asalkan dibuat secara empat mata.

Siapa yang meroyan ?

Beliau berkata, pemimpin kedua-dua parti tidak seharusnya prejudis terhadap pertemuan itu, sebaliknya perlu menganggapnya sebagai kesempatan untuk membincangkan pelbagai perkara dari segi agama Islam hinggalah kepada isu politik. “Bagi pihak PAS wakil kita adalah Mursyidul Am dan pihak kerajaan pula Timbalan Perdana Menteri. Mereka boleh bincang perkara asas, bagi pihak Pemuda PAS, kami memberi kepercayaan penuh kepada Mursyidul Am kerana beliau mempunyai asas agama yang kukuh,” katanya (Tantawi).
Adakah Timbalan Perdana Menteri masih tak sedar, Tuan Guru Nik Aziz pernah menyapa bahawa sebarang pertemuan dengan UMNO yang melibatkan kerjasama politik akan berakhir dengan ayat - Pergi Jahanam Dengan UMNO ?

Dah kena Jahanam pun masih nak jumpa??

Terdesak tahap apakah ini?


PS: Saya lebih percaya Mursyidul Am, daripada seorang ketua pemuda. Dan saya lebih percaya kepada seorang ketua pemuda, daripada sebuah Akhbar UMNO !

Anwar Ibrahim Akan Mengalah !!


Menjadi Ketua ABIM - Pass
Mengetuai Protes Baling - Pass
Ditangkap dan diISAkan di Kamunting - Pass
Menjadi Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan - Pass
Menteri Pertanian - Pass
Menteri Pelajaran - Pass
Menteri Kewangan - Pass
Timbalan Perdana Menteri - Pass
Pemangku Perdana Menteri - Pass

Difitnah Liwat I - Pass
Difitnah salah guna kuasa - Pass
Ditangkap di rumah sendiri - Pass
Disepak dan disepak oleh KPN - Pass
Mata Lebam - Pass
Ditelanjang bogel - Pass
Dipenjarakan di Sungai Buluh - Pass
Dibebaskan dari penjada - Pass
Dibenarkan kembali bertanding dalam pilihanraya - Pass
Menang PRK Permatang Pauh - Pass
Menjadi Ketua Pembangkang - Pass
Difitnah Liwat II - Pass
Ditangkap sekumpulan polis bertopengkan balaclava - Pass
Ditahan lokap sehari semalam - Pass

BERDEPAN DENGAN KEMUNGKINAN KEMBALI DIPENJARAKAN - PAS !!!

Apa lagi yang tidak dilalui oleh Anwar Ibrahim sehingga membolehkan beliau menyerah kalah?



Tajuk sebenar entri ini ialah - Anwar Ibrahim Tidak Akan Mengalah !

Mengapa Perlu 5 Tahun Tanpa Cukai ?

Salam Perjuangan,

Mengapa perlu 5 tahun tanpa cukai ? Hanya Datuk Husam punya jawapan.

Pada dasarnya saya tidak bersetuju dengan cadangan sepenggal tanpa cukai. Walaubagaimanapun, saya masih lagi tidak melihat dari aspek keseluruhan mengenai apakah yang dikatakan '5 tahun tanpa cukai' seorang pemimpin yang saya sanjung iaitu Datuk Husam Musa, maka saya tidak akan komen secara melulu.

Untuk meringankan beban rakyat, kita mempunyai banyak cara untuk memintas secara total dengan apa yang dilakukan oleh UMNO selama mereka memerintah. Pendidikan percuma dari tadika hingga ke universiti sebagai contoh, adalah antara manifesto kerajaan PR ketika PRU12, maka mantapkan lagi manifesto ini supaya ia benar-benar menjadi kenyataan.

Jika Kerajaan BN kerap mengamalkan pendekatan 'mengurangkan subsidi', kerajaan PR boleh mengatur untuk mengurangkan bayaran tol-tol di seantero Malaysia sekiranya menjadi kerajaan pemerintah, kerana tol lebuhraya adalah bebanan harian bagi mereka yang merentasi laluan 'ekpress' yang 'jammed' di setiap persimpangan kutipan tol.

Kerajaan PR boleh mengambil langkah yang lebih slowmotik dengan mengurangkan kutipan cukai lesen memandu dari RM30 setahun kepada RM30 untuk 3 tahun. Kerajaan PR juga boleh menenggelamkan beban rakyat apabila menawarkan ketelusan yang utuh dalam pemerintahan seraya segala ketirisan dan kebocoran yang selama ini berlaku, dapat dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk yang efektif.

Kerajaan PR mempunyai sepenggal untuk membuktikan mereka 10 kali ganda lebih baik daripada kerajaan yang ada sekarang, maka seharusnya lebih berhati-hati dalam mengatur langkah demi memenangi hati rakyat supaya kerajaan PR kekal ke penggal seterusnya. Jadikan kepincangan kerajaan PAS '99 sebagai pedoman.

Sekiranya yang penghapusan cukai dimaksudkan oleh Datuk Husam merujuk kepada cukai pendapatan, ingin saya jelaskan bahawa penghapusan jenis cukai pendapatan tidak banyak membantu orang yang berpendapatan rendah dan sederhana, ia hanya membantu golongan yang berpendapatan tinggi, high profile dan golongan yang kaya-raya di atas kekayaan tersendiri. Malah ia langsung tidak membantu dalam merapatkan jurang golongan miskin tegar, sederhana dan kaya.

Pendapatan tahunan di bawah RM 20ribu adalah bebas dari pembayaran cukai pendapatan, manakala pendapatan tahunan melebihi RM 20ribu pula akan di ambil kira faktor tanggungan seperti persekolahan anak-anak, tanggungan ibu-bapa dan tanggungan kepelbagaian perbelanjaan, membolehkan cukai pendapatan ini diberi pelepasan. Inilah pendapatan golongan rendah dan golongan sederhana yang merupakan golongan majoriti penduduk negara ini.

Oleh demikian, pelupusan cukai pendapatan secara keseluruhannya tidak membantu golongan yang sememangnya bebas dari membayar cukai pendapatan. Jadi mengapa perlu 5 tahun tanpa cukai ?

Sepertimana yang dimaksudkan pada permulaan entri ini, tiada spesifikasi oleh Datuk Husam berkenaan apa yang dimaksudkan '5 tahun tanpa cukai' sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Secara kasarnya, janganlah Datuk Husam mengemukakan cadangan yang serba berani ini hanya kerana ingin memancing undi, sedangkan mekanisma pembalikkan kewangan untuk kerajaan hasil dari pelupusan cukai itu tidak dibentangkan untuk dikongsi bersama. Saya percaya Datuk Husam sudah menghalusi cadangan ini sebelum diutarakan untuk difikirkan oleh umum.

Sekali lagi ingin saya tegaskan, bahawa saya tidak sekali-kali memandang rendah keupayaan Datuk Husam yang selama ini dianggap permata ekonomi negeri Kelantan. Untuk bertindak adil, Datuk Husam harus diberikan peluang. Mungkin Datuk Husam mempunyai kaedah yang tidak terjangkau dek akal mentaliti kapitalis, untuk melaksanakan agenda '5 tahun tanpa cukai' ini. Akan sampai juga masanya untuk Datuk Husam menerbitkan kepintaran ekonomi islam lantas mengembalikan era dinar islam !

Ayuh bersama kita pastikan kerajaan PR melakukan yang terbaik untuk rakyatnya, yang menyokong atau membangkang, selagi ia ditakrifkan sebagai rakyat.

Sunday, July 18, 2010

Tunjukkan Tanda Seperti Ini Kepada UMNO yang Kepingin Nak Memikat PAS !!!


Kepada Rakan Pakatan Rakyat, Tunjukkan Tanda Seperti Ini Kepada UMNO yang Kepingin Nak Memikat PAS !!!

Harusssssani harussss berambusssss!!

(muka budak baju merah nie = muka UMNO tak malu !!)

Siapa lagi yang jumpa Harun Sani kalau bukan ...

Siapa lagi ? sudah terang lagi bersuluh !!

Ingat lagi PNB Darby Park ??

Siapa lagi kalau bukan sipolan itu?? Sudah gaharu cendana pula !!


TETAPI !

wahai sahabat...

Haruskah kita peduli ? Walau siapa pun yang mereka jumpa, haruskah kita ambil kisah ??

Tidak perlu bingung!! Tidak perlu pusing!!

Sudara sudari sekalian... percaya atau tidak, inilah propaganda yang menyambung talian hayat yang sudah terputus !

Propaganda yang menceritakan, betapa mereka di ambang kekalahan...

no further comment, unless you think wisely on what i have said !

Tuesday, July 13, 2010

Oh Oranje... sob... sob...


Saya lebih rela Belanda dikalahkan oleh Germany daripada kalah kepada Spain, maka sebab itu kemaraan Spain ke Final WC menimbulkan resah... sob sob...

Akhirnya, pasukan yang bermain dengan baik, dengan hantaran sempurna dan gerakkan yang menarik - layak memenangi piala dunia... begitu juga dengan penyokong tegarnya...

World cup 2010 dah habis, begitu juga dengan segala demam dan epidemik yang dibawanya.. maka sama-samalah kita fokus kepada apa jua bidang yang kita ceburi selama ini - Blog edyesdotcom akan kembali bergema!!

Jumpa lagi di Brasil 2014 !! Oranje akan kembali dengan pasukan yang lebih mantap, dan lebih oren...

La viva espaniol... deserved as well !!

PS: Kepada mana-mana penyokong segera, yg tiba-tiba sokong spain lepas game semi-final tempoh hari - u're not deserved any credit for this... just enjoyment... muahahahaha

Thursday, July 8, 2010

Mengapa Yahudi Harus Dibunuh ??


Hitler tahu mengapa yahudi harus dibunuh!

Umat Islam juga harus tahu mengapa yahudi harus diperangi !